#ceritaNasa – Akal atau Nafsu? (Full story)

#Thriller #kisahbenar #bukanceritahantu. Salam admin, salam pembaca, salam satu Malaysia. Masih kisah pembunuhan, terima kasih sudi follow!

“Baby shark ke doo doo do do do…. baby shark ke doo doo dooo…”

“Jar… apa kes yang pasal m**i kene tembak tu?.” Nas berdiri depan rakannya.

“Mamy shark ke doo do do do, mamy shark ke doo do do….. Aduhh!!!! Sakit sakit!!!.” Hajar urut kaki dia bila kene pijak. “Sakitlah Nassss….”

“Beb! apa kes pasal yang kene tembak tu aku tanya… Macam menakutkan je….” Aku duduk. Mahu tidaknya, walaupun kisahnya dah lama, tapi masih teringat-ingat.

“Sebenarnya Jefri tu tak salah pun. Si Manan tu yang salah. Ada ke patut buat macam tu, tak pasal-pasal dua-dua m**i.” Hajar mengomel. Nas cuma angguk jelah, dia bukan tahu cerita, Si Hajar ni pun cakap tak ada hujung pangkal.

“Biasalah beb, orang kalau dah takut, kalau dah salah, kalau dah marah…” Hajar mengeluh.

“Tak nak story ke?.”

“Halaaaa… belanjalah aku air ke, makan ke?.” Jawab Hajar tersengih

Sebuah rumah kayu, separuhnya batu, bendang indah, cuaca cerah, tepi sawah, Di Kuala Lumpur. Ya, tahu tak wujud sawah di KL? Tapi kan dah cakap Nama dan Lokasi diubah, sukatilah nak cerita kat mana pun. Hari ni aku perlu bersiap nak pergi kerja. Lagipun ini adalah hari pertama aku bekerja setelah lama habis belajar. Yes!!! Aku turun tangga cepat-cepat nak sarapan, sebabnya mama aku dah tunggu.

“Noly… apa yang kelam kabut sangat tu.” Mama aku tanya. Aku terangkan pada dia yang aku perlu bersiap untuk ke kerja sebabnya… aku tak nak terlewat pada hari pertama. Aku pandang kiri dan kanan, abang aku tak ada sekali.

“Abang Jefri ko dah pergi kerja, dia kan keje guard. Kenelah awal. Pagi-pagi lagi dah pergi. Ko je yang masuk pukul 9 pagi.”

Aku tarik kerusi, duduk, ambik roti, sapu jem strawberi dan makan, punyalah lama mama aku di dapur, rupanya roti yang mama sediakan, ahaks! Tak apalah janji kenyang dan tidak menyusahkan, dan sepatutnya aku yang sediakan sarapan bukannya mama.

“So… betul ke Noly kerja dengan Manan?.” Mama aku pula yang tersipu-sipu. Mama memang suka sangat lah dengan Manan tu, walaupun baru kenal tiga bulan, tapi entah kenapa pula sayang benar aku tengok mama dengan Manan. Dan untuk pengetahuan, Manan yang tolong aku cari kerja ni, kalau tanpa Manan aku tak tahulahhhhh dapat ke tidak.

“Ala mama ni…. Noly ngan Manan tu kawan jelah.”

“Aish kalau lebih-lebih pun apa salahnya, ko bukan muda lagi.” Mama bangun dan sambung basuh pinggan. Ye! Aku sayang Manan tapi aku masih jual mahal lagi. Saja main tarik tali. Manan baik, cumanya ada satu perkara yang aku pelik, Manan akan tetapkan hari apa yang kami boleh bertemu, mahupun menelefon. Ada hari yang boleh ada hari yang tidak boleh.

Perjalanan ke tempat kerja satu jam je, kalau tak jem, kira oklah, kalau jem, tak boleh buat apalah. Aku dengar macam-macam lagu di radio, satu pun tak kene di tekak. Eh! Di telinga… apa yang duk ulang lagu sama je setiap masa? Ah bosan! Aku tutup radio. Jari jemari mengetuk stereng, kepala aku tertoleh-toleh, jam di tangan menunjukkan pukul lapan.

“Awal lagi….” Bisik aku. Ok! Time ni Manan boleh call! Yes!! Sukanya hati. “Hello….” Jawab aku mendayu.

“Sayang! Dekat mana?.”

“Apa sayang sayang? Nama saya Noly.” Aku balas konon-konon marah.

“Amboiii garangnya. Makin garang makin abang sayang.” Aku masa dengar ni berbunga jugalah. Aihs! Nak cerita pasal Manan ni? Orangnya dah lah hensem, baik, dan yang paling penting sangat menghormati keluarga aku, mak aku dan terutama abang aku yang akan bertindak sebagai wali. Ayah aku dah tak ada, abang akulah yang jaga sebaik mungkin, kami dua beradik je. Tapi abang aku ni susah sangat lahhh nak berbaik dengan Manan ni, mungkin usia mereka sama dan dia sentiasa curiga.

“Umur macam dia tu, 42tahun! betul ke masih single?.” Tanya abang aku satu malam.

“Betul lah bang… kenapa abang asik curiga je dengan Manan ni?.”

“Sebab Noly adik abang! Sekali je Noly boleh kahwin. Tapi bagi lelaki sampai dua tiga kali dia boleh.” Marah abang aku Jefri. Aku duduk termenung. Tengok muka aku sedih, abang aku datang pujuk.

“Abang sayangkan Noly, abang tak nak Noly kecewa. Noly faham tak ni?.” Jefri cuba pujuk aku. Dia belai rambut aku. Memang dia seorang abang yang bertanggung jawab. Tapi aku ni mudah sangat sentap. Aku naik bilik aku tutup pintu dan aku menangis. Aku memang sayang Manan.

“Hello!!!.” Manan pekik dekat telinga aku. Bunyi hon kereta belakang pun dah membingit. Aku berangan sampai tak sedar yang aku masih dalam kereta.

“Errr… nanti jumpa ya Manan, saya drive ni.” Lepas letak telefon aku pun terus memandu membelah jalan raya. Sepanjang perjalanan tu aku terfikir, kalau abang aku masih tak nak terima Manan, macam mana aku? Boleh ke aku hidup tanpa Manan. Kenapa pula abang Jefri sentiasa curiga degnan Manan ni. Dalam hati aku ni dah ditutup rasa cinta, mana mahu aku fikir lain selain kebaikan si Manan je.

Hari ni lepas makan tengah hari, aku suruh Manan datang merisik, sebabnya satu je. Aku nak yakinkan pada abang aku Jefry yang Manan ni bersungguh. Walaupun aku cakap aku nak jual mahal, tapinya aku ketepikan semuanya. Yelah! Sebab aku takutlah Manan ni melepas. Sungguh! Manan memang sangat menyenangkan.

“Boleh!.” Jawab Manan tanpa ragu. “Bila tu?.”

“Bila keluarga Manan rasa free…” Aku tersenyum.

“Tapi mungkin saya tak bawa keluarga untuk merisik. Hurmmm saya bawa kawan.” Jawab Mana bersahaja sambil mengunyah. Masa ni aku terkejut juga tapi kata Manan, setakat merisik je jadinya aku pun lega. Kata Manan lagi selepas habis merisiik, dia akan pastikan keluarga dia datang untuk meminang, lagipun keluarga dia jauh di Perak sana, tak sihat, malas nak menyusahkan dan aku percaya sepenuhnya apa yang dikatakan Manan, bagi aku yang penting, majlis itu selamat dan aku dapat menutup segala pandangan negatif abang aku pada Manan ni.

“Sooo lepas habis kerja ni Noly ada pegi mana-mana tak. Kalau tak ada saya nak bawa berjalan.”

Aku pun suka, aku ikut je ke mana dia nak pergi. Walaupun aku tanya berkali-kali kenapa susah untuk aku jumpa dia waktu bercuti, Manan tegaskan dia terpaksa balik kampung dan tengok ke dua orang tuanya. Disebabkan diaorang tak sihat, jadi Manan terpaksa ulang-alik, kenapa dia ditugaskan di Kuala Lumpur? Sebabnya dia sendiri ditukarkan. Dia jumpa dan kenal aku pun secara kebetulan. Kami berjalan ambil angin. Dan Manan tidak kedekut, semua barang aku, dia beli dan belanjakan.

“Lambat balik?.” Tanya abang aku malam tu bila aku pulang. Bila aku beritahu yang aku berjalan dengan Manan, dia jadi marah tiba-tiba. Aku dan abang Jefryaku bertekak lagi malam tu. Tapi bila aku cakap Manan akan datang merisik, barulah abang aku terdiam.

“Abang tak halang kalau Manan tu orangnya betul.” Aku tak tahu itu satu persetujuan atau apa, sebab selama ni memang Manan ni takut nak bersemuka dengan abang aku. Tapi abang aku izinkan sebabnya dia nak berjumpa face to face dan nak tahu apa sebenarnya kisah si Manan ni. Dah banyak kali abang aku ikut Manan ni rupanya, tapi tak ada bukti apa pun yang dia bermasalah, sampaikan rupanya abang aku upah kawan dia untuk mengintip si Manan. Disebabkan kes aku ni, habis kerja je, abang aku sanggup tak tidur semata-mata nak tahu siapa lelaki bernama Manan ni, dia sanggup ni ikut aku walaupun beberapa kali terkantoi dengan aku dan Manan. Manan rilek je.

“Betul ke?.” Tanya Manan girang. Aku mengangguk menandakan keluarga aku setuju, mak aku paling gembira lah bila dapat tahu anak dia nak kahwin.

Sebulan sebelum pembunuhan Jefri dan Manan…

Aku dah pakai siap-siap, lawa ni, tudung biru, baju kurung biru… tengok muka sendiri dekat cermin macam tak percaya pula. Padahalnya setakat nak merisik, aku pulak lebih-lebih, tak ksiahlah janji aku bahagia. Manan datang bersama kawan dan sepupu dia. Tak ramai dalam lebih kurang tujuh orang je.

“Dekat mana kau tinggal, dengan siapa? Keluarga ko mana? Kau kerja apa? Betul ke masih single? Kau dah berapa lama kenal Noly?.” Tu dia… sekali gus abang aku tanya. Manan jawab tapi takut-takut juga. Kawan dia yang lain cuma senyum je. Selepas bagi alamat penuh dan menjawab semua soalan tersebut, barulah abang aku Jefri rasa puasa hati. Dan majlis merisik tu jalan tanpa ibu dan ayah Manan atas alasan yang ibu dan ayahnya sakit kuat di kampung.

Berbunga hati aku bila lepas satu step. Lepas ni aku nak pastikan majlis tunang aku berjalan lancar. Dan yang paling penting aku nak majlis kawin aku dalam waktu terdekat. Hari-hari yang kami lalui macam biasa tapi apa yang aku tak tahu adalah abang aku Jefri minta cuti semata-mata untuk menyiasat siapa Manan sebenarnya. Alamat yang diberi diikut dan dari situlah semuanya bermula…

Tiga minggu sebelum pembunuhan Jefri dan Manan…

“Betul…. saya isteri dia yang sah encik.” Jawab perempuan di hadapan Jefri. Wanita itu mengandung tujuh bulan dan masih ada tiga lagi anak yang kecil. “Suami saya ditugaskan di sana sebabnya company dia yang suruh. Tapi saya tak tahulah pula kalau apa yang encik cakap ni betul atau tidak.”

“Kalau akak kata gambar ni adalah suami akak, maknanya betullah Manan tu yang merisik adik saya.” Lepas Jefri bercakap, wanita itu menangis tidak menerima. Dan ternyata ibu dan ayah Manan tidak sakit pun, ada je sihat walafiat, semata nak kawin dengan Noly punya pasal dia membohong.

“Entahlah dik, kalau betul suami akak tu nak kawin, akak pun tak halang, biarlah dia, lagipun dia pun jarang balik, kami ni dah redha je.”

“Kalau dengan akak dia tak bertanggung jawab, macam mana dia nak bertanggunjawab dengan adik saya?.” Marah Jefri. Dia tidak mahu Noly jadi mangsa. Petang tu selepas habis dia berjumpa dengan wanita itu yang merupakan isteri pertama Manan, Jefri terus balik. Dia tidak mahu berlama, hari ini juga dia akan memutuskan ikatan hubungan Noly dan Manan!

Jefri dan Manan duduk bersemuka di sebuah restoran. Wajah Jefri masam mancuka. Apa yang didengar dari mulut wanita itu semalam cukup menggambarkan yang Manan adalah seorang yang tidak bertanggung jawab dalam segala hal rumah tangganya. Manan pula hanya tersenyum bila tahu yang Jefri selidik latar belakangnya. Sesekali dia bermain main dengan sapu tangan di atas meja.

“Aku memang tak suka kau dari awal.” Marah Jefri.

“Aku dah minta kebenaran isteri aku Jef.”

“Dia tak tahu apa-apa Manan.” Jefri meninggi suara. Kenapa masih berbohong sedangkan dia sudah mengetahui semua??

“Maksud aku…. dia akan tahu juga nanti.” Senyum Manan besahaja, rilek mengawal keadaan.

“Tapi bukan Noly. Kau boleh kawin dengan sesiapa sahaja kecuali Noly. Kalau kau boleh tinggalkan isteri kau, satu masa nanti kau juga boleh tinggalkan Noly.” Jefry tak berpuas hati.

“Aku tetap akan berkahwin dengan Noly! Walau apapun. Kau tak ada hak lah Jef nak halang aku.”

“Aku wali dia! Kau ingat sikit.”

“Kalau wali dia tak ada, dia boleh pakai wali lain kan?.” Satu ancaman berbentuk ugutan, tapi Jefry tak layan, dia habiskan minuman dan keluar dari situ. Manan hanya ketawa galak. Sesekali melirik mata ke arah Jefry yang sudahpun menjauh.

Seminggu sebelum pembunuhan Jefri dan Manan…

“Dia ugut abang Noly! Abang tahu dia bukan lelaki yang baik.” Jefri menutup langsir tingkap. Sudah tiga hari Manan ulang alik depan pintu pagar rumah, dia berjalan ke hulu kehilir sambil memanggil nama Noly. Lagak sudah seperti orang tidak betul.

“Apa kita nak buat bang?. Tanya aku risau, langsung tidak sangka kalau perhubungan aku sehingga tahap ini.

“Noly tunggu dalam, abang pergi keluar.” Jawab Jefri lantas terus keluar rumah. Dari dalam aku dengan mak aku sekadar tengok je perbualan tu. Nampak baik dan berhemah, tidak ada tinggi suara dan aku nampak abang aku pujuk Manan agar lupakan aku. Aku kalau boleh tak nak ada pergaduhan disebabkan hal macam ni. Tapi tak lama kemudian aku dengar diaorang bertekak, tangan masing-masing dah naik. Aku dengan mak aku lari keluar.

“Dah bang!!! Dah!! Manan kau pergi balik.” Aku halau Mana sebab aku tak nak pergaduhan jadi besar.

“Aku akan berkahwin dengan kau Noly!!!.” Pekik Manan

“Jangan datang lagi!!!.” Abang aku tampar Manan. Masa ni Manan tak balas, dia diam, dia dengan serabutnya, dengan tak terurusnya, dia cuma menangis dan minta aku tak tinggalkan dia. Tapi aku dah nekad, kalau dia sendiri tak jaga isteri, macam mana nak jaga aku.

“Balik sekarang!!! Sebelum aku panggil polis!.” Marah Jefry. Muka abang aku dah merah padam. Masa ni Manan berlalu juga. Tapi aku tak tahu lah samaada dia simpan dendam pada abang aku atau tidak.

Esoknya bila aku pergi kerja, aku dah tak nampak lagi Manan, kata pegawai tempat aku kerja tu, Manan hantar surat berhenti on the spot. Ok! Masa ni aku tak sedap hati, sebab pagi tadi masa aku selisih dengan dia aku tengok muka dia sembap. Sebenarnya aku masih lagi kesian, tapi itulah keputusan yang aku dah buat, aku tak nak ada apa hubungan lagi dengan Manan. Dia baik tapi tidak bertanggungjawab. Aku cepat-cepat call abang aku dan cakap yang Manan dah berhenti, dan tentu sekali abang aku lega mendengar.

Hari pembunuhan Jefry dan Manan…

“Wah… abang cepat siap?.” Aku beseloroh.

“Wahh.. adik abang awal bangun?.”

Aku terkekek ketawa, aku tahu sengaja abang aku perli. Hari ni cuti jadi aku saja je nak habiskan masa mengemas dan bawak mak dan abang aku pergi berjalan. Tapi abang aku pula cakap yang dia kerja.

“Bukan sepatutnya abang cuti ke?.” Tanya aku hairan, memang dua hari lepas abang aku cakap dia cuti dan dia yang bersetuju nak ikut dan bawa kami jalan-jalan.lagipun hari ni hari jadi abang aku, aku dah janji nak belanja makan, sebenarnya aku dah buat suprise siap hadiah lagi masa kami makan nanti, rancangan ni dengan mak aku sekali. Kira abang aku tak tahu. Abang aku ni hidup dia kerja je untuk kami, dia walaupun tak berapa pandai, tapi sangat bertanggungjawab dalam hal menjaga kami.

“Ala… kawan abang tu isteri dia bersalin. Tak akan lah pula abang nak bercuti, kesian dia, lagipunnnn…. abang balik awal. Petang abang balik. Tak ada orang jaga pondok kawasan pembinaan tu…. kalua abang tak kerja, nanti kalau ada orang masuk curi barang macam mana?.” Aku pun iyekan ajelah. Abang aku memang kerja jaga dekat kawasan pembinaan. Tapi yelah yang penting petang ni balik, aku boleh lah ajak dia makan. Selepas bersalam, abang aku keluar dari rumah.

“Jefri…. selamat hari jadi.” Karim ucap secara bersahaja, “Sorry tak ada hadiah, tak ada apa, lagipun kita dah sama tua.”

Jefri cuma tergelak tapi dia ucapkan terima kasih. “Alahh aku tak minta hadiah pun lah. Kau dah nak balik ke?.” Tanya Jefri dan lelaki tadi mengangguk. Tapi tak lama selepas itu, Manan datang dengan wajah bengis. Dia marah-marah kenapa Jefri batallkan majlis pertunangannya dengan Noly, walaupun ditenangkan oleh Karim tapi Manan tetap tidak mahu mengalah.

“Dah lah Manan, kau ada bini, balik tengok bini kau, kau ni dah kenapa??.” Jefri malas melayan, dia terus sambung kerja, memperkemaskan kemeja dan baju uniform. Tetap juga rasa tidak puas hati sebab Manan sengaja cari pasal di tempat kerjanya

“Kau tampar aku hari tu!!.” Pekik Manan macam orang hilang akal.

“Sebab kau biadap! Kau ugut aku!.” Marah Jefri. Tapi tiba-tiba Manan keluarkan pistol dan diangkat separas kepala Jefri. Karim terkedu, dia tidak berganjak. Untuk pertama kali berdepan dengan keadaan yang macam tu, dia sendiri takut, maka kali ini dia tidak menenangkan. Jefri sama terkedu, tak sangka sampai tahap ini sekali Manan bertindak, dia cuba menenangkan tapi Manan tetap tidak mahu mengalah, dan dia rasa tercabar ditampar.

“Aku tak sengaja…. aku minta maaf…” Pujuk Jefri tapi serentak itu juga Manan melepaskan tembakan tepat menghala ke kepala Jefri menembusi tengkorak belakang dlam jarak dekat tidak sampai tiga kaki. Jefri terus jatuh terlentang. M**i serta merta. Masa ni Karim dah macam patung. Tak tahu nak buat apa.

“Aku dah b***h dia… aku dah b***h dia… aku b***h dia…” Berkali kali Manan ulang benda yang sama. Berjalan kehulur hilir. Karim tak cakap apa-apa, takut dia pula yang ditembak. Tiba-tiba Manan meletakkan pistol itu di sebelah kepala kanannya sendiri, dia pandang Karim dan memejam mata. Picu ditekan dan tembakan dilepaskan. Manan jatuh tersungkur apabila peluru menembusi kepala kanannya. Kawasan tersebut penuh d***h dan orang ramai yang berada di sekitar, mula mengerumuni. Dua mayat Jefri dan Manan berada tidak jauh satu sama lain. Jefri dan Manan m**i pada hari yang sama. Jefri m**i akibat ditembak dan Manan pula m**i sebab b***h diri.

Nas letak semula kuih karipap tadi. Tak jadi telan.

“Kenapa?.” Tanya Hajar yang serupa orang kebulur.

“Aku nak termuntah…” Nas duduk bersandar, tertelan liur Tapi dia terus panggil pelayan tadi untuk kira semua jumlah mereka makan.

“Wooo woo aku tak habis makan lagi..” Marah Hajar. “Tak rock lah ko ni.”

“Tiga puluh ringgit kak.” Senyum pelayan tadi. Mendengar perkataan tiga puluh ringgit. Sekali lagi Nas tertelan liur. Kerana tiga puluh ringgit dulu pun boleh jadi kes pembunuhan. Apa nak jadilah dunia…

Dari ‘Ali bin Abi Tholib k.w.: “Kekayaan yang paling besar adalah Akal.” Maka sempurnakan lah akal dalam mengawal nafsu. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#ceritaNasa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

74 thoughts on “#ceritaNasa – Akal atau Nafsu? (Full story)”

  1. “Baby shark ke doo doo do do do…. baby shark ke doo doo dooo…”

    Aku tak baca wei ! Aku nyanyiiiiii… Hahahahahahahaha. Ulang balik nak baca, tapi aku tetap jugak nyanyi doo doo doo ni..

    Nafsu melebihi akal. Betapa bahaya nya mengikut kata nafsu daripada akal. Itulah hebatnya bisikan syaitan. Allahu.

    Reply
  2. Ish3…Kesian si Jefri. Manan nie dh ade bini pun dok mnggatal ngn pmpuan lain. Mmg ptut pun si Jefri xbg kwin dgn adk die.
    #bilanafsumenguasaiakal

    Reply
  3. walaupon cerita cu bukan la termasuk dlm kelompok cerita seram, tapi nenek berpuas hati dengan gaya penceritaan cu.. byk isi yg boleh diperoleh dari setiap cerita yg disampaikan…cuma buat masa ini, nenek masih terkesan dengan cerita seorang lelaki yg terdesak pinjam duit kawan dia utk beli susu anak dia dan seorang abg yg m******h semata2 nak dapatkan duit utk tiket bas…akhirnya m**i di tali gatung..

    p/s : berfikir lah menggunakan akal..sentiasalah percaya pd qada’ dan qadar ketentuan Nya..

    lately nenek malas sgt nak mengomen disebabkan wujudnya org tua yg guna nama belakang yg sama ngn nenek..huh!

    Reply
  4. Untung ada abang yg penyayang gini. Tapi Allah lebih menyayangi dia. tu lah bak kata pepatah, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi.

    Reply
  5. Cerita best cos kisah benar..Sy br nak baca semua cite akk. Kak Nasa ni detektif ke? Mane dpt kes2 ni? Sy cadangkan akk kurangkan atau tiadakan dialog awal dan penutup tu, sebab agak mengelirukan cerita. Cerita direct je kak…THORBAEK

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.