#ceritaNasa – Itu Realitinya (Full story)

#thriller #CN #real. Koleksi dari kisah benar. Sebarang penambahan skrip tidak mengubah cerita asal, melainkan untuk kefahaman dan memudahkan sesi pembacaan. Nama dan lokasi juga diubah. Semoga jadi ikhtibar.

“PENDATANG ASING….” Hajar mengomel melihat antara mereka yang berpeleseran di bandar Melaka

“Biarlah… tentu ada sebab mereka ke sini.”  Tambah Nas.

“Bersepah di Malaysia ni?.”

“Ada dokumen kan?.” Nas berjalan mendahului.

“Yang tak ada dokumen tu? apa cerita pula?? Macam mana boleh bertenggek dekat negara kita.” Cepat kaki Hajar melangkah. Mereka ke sport direct, tujuan untuk membeli barang hiking. Minat yang sama, hobi yang sama. Mudah nak berkawan.

“Aku malas nak cerita lebih. Sensitiffff ok! So sekarang ni, kau nak beli barang ke cerita pasal negara?.” Mereka berdua melangkah laju ke arah tempat yang ingin dituju.

BUDI DUDUK mencangkung melepaskan lelah. Membuka penutup botol. Peluh dikesat dengan lengan baju. Terasa panas mencengkam. Menjadi pemungut buah sawit? Bukan tugas yang  mudah. Berat! Penat! Tapi dia jarang mengeluh. Kedatangannya ke Malaysia hanya untuk bekerja menyara keluarga kecilnya di sini.

“Dah habis kerja?.” Tanya Khairul. Juga tidak mempunyai apa-apa dokumen diri yang lengkap. sekadar datang melalui agen yang berjanji akan memberi mereka kerja dan penempatan. Budi menggeleng menghabiskan air lalu menyambung tugas.

Setiap hujung bulan, mereka akan diberi gaji, sama macam kerja swasta dan kerajaan yang lain. Bezanya? Mereka bukan rakyat Malaysia, bukan juga sudah menetap lama. Mahu tidak mahu terpaksa ikut – tak mahu nanti majikan mereka menyerahkan mereka kepada polis. Dalam hati hanya ingat keluarga dan anak bini. Dan tentu sekali ikhlas tujuan mereka berada di sini.

“Gaji bulan lepas pun bos bagi separuh.” Khairul membebel. tidak tahulah Budi dengar atau tidak, biasanya mamat tu hanya menurut. Terlampau baik, tidak pernah membantah. Sudahnya, hujung bulan duitnya juga yang dipinjam.

“Kau dengar tak ni Budi!!.” Khairul mencampakkan penyangkuk buah sawit. Bengang betul tidak dilayan. Budi? Macam biasa meneruskan kerja. Kalau tak siap nanti akan dimarah, malah sudah tentu gaji langsung tidak diberi. Berbeza dengan Khairul yang sangat jelas cara berontaknya.

Khairul mencampakkan kayu galah itu lantas berlalu, membebel sendiri, lepsatu maki memaki. Budi menghela nafas, menoleh ke arah rakan yang sudah menjauh. Dalam hati tidak menafikan tentang masalah yang dia sendiri alami.

KAMARIAH mengusap perut. Makanan untuk suaminya si Budi siap dihidang. Sengaja memerhati lelaki itu makan dengan berselera. Terasa bangga apabila sepinggan habis dan nasi ditambah-lapar betul. Faham kerja berat seperti Budi perlu tenaga, lantas berapa kalori sehari diambil, tidak perlu dikira. Tak susah untuk berfikir soal diet seperti mana Kamariah siap senaraikan makanan selepas bersalin nanti. Tak nak gelebeh sana, gelebeh sini. masih jaga kecantikan untuk suami sungguhpun Budi tidak mungkin cari pengganti. Diet guna cara tradisional. Makan ulam, makan sayur, banyakkan senaman.

Budi membasuh pinggan, tahu juga dia tentang keinginan isteri untuk membeli teh dari Fatin Farha. Siapa tak kenal? Teh tersebut dikira seperti jamu. Serata tempat wanita itu menjual malah di Taman Seksyen Shaha luar ladang namanya sangat terkenal. Untuk kelangsingan badan dan kecantikan dalaman. Dia faham Kamariah teringin. Tapi… harganya mahal. Dia memang tak mampu. Sesekali nak hadiahkan bini pun termanggu-manggu. Mana tidaknya gaji pun sendu.

“Nak bersalin ni, barang macam belum beli lagi kan.” Kamariah bercakap namun cukup berlapis. “Dapat stok susu pun ok dah.” Balasnya tersenyum, tak nak pula Budi resah. Lagipun memang tiap bulan macam tu juga caranya. Terpaksa meminjam Khairul, kalau nasibnya sedikit baik, Khairul pula yang meminjam, tapi dalam tiga bulan kebelakangan ini, ibu nya sakit di negara seberang, jadinya banyak juga duit dihantar –tidak cukup. Mereka masing-masing berada di negara ini untuk bekerja dan mencari duit belanja. Mata wang sini agak tinggi, bolehlah dibandingkan dengan negaranya.

PAGI INI Khairul masih lagi membebel tidak sudah, itu ini tidak cukup. Sebenarnya dia ingin meminjam juga kepada Budi, tapi memandangkan Budi sentiasa serius, cuak juga untuk meminta.

Tidak jauh dari situ, majikan mereka Tuan Syed berjalan melihat keliling, mengarah itu ini. Kemeja biru tersemat rapi, rambut disisir tepi, tidak lepas rokok di bibir. Datang berdiri, menunjuk sana sini lepastu kalau salah habis semua carutan behamburan. Ya! Dia adalah bos di ladang tersebut. Jauh di pedalaman, menggaji mereka yang tidak mempunyai dokumen untuk kepentingan diri. samaada gaji mereka dibayar atau tidak, tentu sahaja tidak ada yang berani bersuara. Kenapa? Kerana hidup mereka dalam tangannya. Bersikap kuku besi tanpa sedar, menggunakan kuasa dalam memerintah.

“Khairul!!!!.” Jerit Tuan Syed. Semalam Khairul beriya ingin berjumpanya. “Jumpa aku di dalam pejabat.” Arahnya terus berlalu. Budi dan Khairul bepandangan sesama sendiri. Keningnya diangkat, bertanya dalam bahasa isyarat – untuk tujuan apa si Khairul kena datang mengadap.

Khairul mencampakkan kayu yang dipegang, berlari mengikuti dari belakang, sesekali dia menoleh kebelakang dan tersenyum. Budi tidak mengerti, tapi layankan jelah.

Dari luar. Cermin pejabat dibuka langsir, jarang ditutup kecuali untuk tujuan tertentu. Nampak jelas Tuan Syed sangat bengang. Tangannya terangkat kanan dan kiri. Khairul pula menunduk. Dapat juga Budi mengagak tentu sahaja dimarah. Masakan tidak? kalau dah hal gaji sahaja yang selalu ditanya. Dia menghela nafas kasar. Memang kedatangannya tanpa dokumen sah, tapi dia datang untuk bekerja. Gajinya dibayar sesuka hati, bulan ni penuh, bulan depan tidak, terpaksa berganti pada bulan berikutnya. Bukan baru sekali malah berkali-kali. Bila ditanya, entah kenapa yang dia dapat hanya maki, jadi paling mudah adalah berdiam diri.

KHAIRUL MELUDAH di hadapan rumah Budi, tidak asal-pasal pula lagaknya.

“Aku memang tak puas hati dengan si Syed tu. Aku target aku nak rompak dia!.”

“Macam mana nak rompak?.”

Khairul menoleh laju ke arah rakannya. “Owh… tak bisu… selalu aku tanya senyap je!.”

“Aku malas nak fikir, kau tengok apa yang kau dapat kalau bercakap pasal ni tadi?.”

“Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak cakap Budi… kesian aku tengok kawan-kwan kita tu, semua mengeluh benda yang sama. Aku datang sini nak keja Budi, bukan jadi orang tanpa gaji. Dua tahun kita kerja, tapi masih sama, gaji tak naik, dibayar sesukahati!!.” Kali ini Khairul tidak dapat menahan marahnya.

SEBUAH LAND ROVER berhenti di ladang tersebut. seorang lelaki keluar, sebuah beg besar dipegang. Khairul dan Budi mendekat satu sama lain. Setiap bulan lelaki itu akan datang untuk memberi duit secara cash kepada Tuan Syed. Pembayaran mereka cash, jadi duit yang dibawa itu adalah gaji kesemua pekerja. Lelaki itu adalah pengurus besar yang memantau dari luar sahaja. Biasanya dia akan meninggalkan gaji kepada Tuan Syed untuk dibahagi mengikut jumlah pekerja yang ada.

“Berapa banyak dia bawa?.” Tanya Budi takut-takut. Khairul masih tetap dengan perancangannya.

“Aku tak pasti. Tapi ko tahu dia selalu datang setiap hujung bulan kan?.” Tanya Khairul. Melihat pengurus itu berjalan melewati mereka sambil tersenyum. Pengurus itu masuk ke ruang kamar pejabat Tuan syed. Pintu ditutup kasar. Dari jauh cermin kelihatan berukir dengan design dari kain langsir yang menutup ruang tingkap.

Budi menoleh Khairul. “Ko nak buat apa?.”

Khairul memandang jam di tangan. “Sekarang pukul 8. Biasanya Pengurus akan datang jam 8 ke 8.30.” Itu sahaja waktu yang Khairul lihat. Lama sudah dia memerhati.

“Ko nak serbu ke?.” Soal Budi.

“Aku tak bodoh lah… dia ada pistol. Kau jangan mengarut.”

“Habistu apa tujuan ko cerita semua ni kat aku?.” Tanya Budi meninggi suara.

“Sebab aku nak plan rancanganlah…”

Tiba-tiba seorang lelaki datang dari arah belakang, menepuk kedua bahu rakannya. Menyuruh mereka melakukan kerja, dari pagi tadi asyik termenung, entah apa yang dibincangkan. Maka perbualan itu terhenti untuk seketika, seperti siaran iklan di televisyen. Kedua mereka tidak berniat untuk meneruskan. Budi yang paling berdebar dengan perancangan gila tersebut.

MALAM ITU sekali lagi Khairul bertandang dirumah. Kamariah hanya menjamah dengan air kopi dan biskut kosong. Khairul tenung, sebenarnya dalam hati, nak juga rasa kuih atau makanan berat.

“Tu je yang ada.” Balas Budi tiba-tiba-dapat baca isi hati rakannya. “Kenapa datang?.”

“Tentang hal petang tadi.”

Budi menoleh kebelakang, memastikan isterinya tidak mendengar. Kadang-kala risau juga dengan Khairul. Bersungguh benar dia ingin mencuri. Rancangannya agak gila, namanya rancangan tapi tidak ada perancangan langsung!

“Lepas curi kau nak bawa duit ke mana?.”

“Kita lari!.” Jawab Khairul yakin sambil meneguk air.

“Lari ke mana?.” Soalan Budi itu tidak dijawab dan dia, si Khairul memang tak tahu pun nak ke mana, pendek cerita perancangannya tidak kemas. Mereka tidak ada saudara mara apatah lagi teman rapat. Hanya kenal antara mereka. Budi malas mengambil tahu lagi, lagipun memang kalau ingin teruskan mereka terpaksa juga menunggu bulan depan, bukannya boleh esok. Jadi Budi menganggp hal ini hanya angan-angan. Khairul kemudian pulang ke rumah. namun dia tetap mahu mengambil duit itu dan lari membawa diri.

PEMBAHAGIAN GAJI pada hari itu masih sama. Yang bulan lepas sudah dikurangkan, tapi tidak diganti dengan bulan ini, malah gaji bulan ini turut tidak cukup. Bayangkan sepatutnya yang didapat adalah seribu setengah tapi hanya sembilan ratus. Teralu banyak beza, bulan lepas pun sama.

“Tuan… tak  akan ni je.” Khairul berani besuara. Budi menarik-narik hujung baju rakannya.

“Itu je yang dapat, ko jangan risau, nanti bulan depan, aku akan pastikan semuanya cukup.” Tuan Syed memujuk. Sudah tentu sahaja pengurus sebenarnya memberi duit yang cukup untuk gaji pekerjanya, tapi Tuan Syed jujur ke? Itu yang terbayang di benak Khairul dan Budi. Melihat dari cara dan tingkah laku, tak mustahil kalau Tuan Syed yang songlap. Macam mana pun itu hanya telahan yang tidak pasti. Sebagai pekerja hal ini sentiasa berada di mana-mana minda.

Sekali lagi Budi murung dan termenung. Anaknya bakal lahir dan dia tidak pasti bagaimana untuk mencukupkan bekalan keluarganya.

SUARA BAYI kedengaran. seorang bidan keluar, tersenyum nampak giginya yang sedikit kuning. Katanya bayi lelaki. Bukan main suka lagi Budi, Khairul pun sama macam itu pula anaknya.

Dan hari-hari yang disangkakan indah itu banyak ujian. Kos rawatan anaknya pula menjadi hal. Entah apa sakit yang dialami. Nak ke doktor, dokumen tak ada. Susah kalau hidup di negara orang, hanya beli dari farmasi.

Budi serabut dengan suara tangisan bayi itu setiap malam. Sentiasa demam dan dia tidak ada ikhtiar lain tanpa menggunakan wang ringgit. Kamariah pula sibuk dengan berpantang., sudahlah seorang. Duduk rumah sendiri, nasib baiklah ada jiran yang sama juga seperti nasib mereka.

“Abang minta tolong Tuan Syed esok ya Kamariah. Duit habis buat beli ubat anak je.” Rungut Budi. Itu belum masuk hal berpantang dan makanan harian. Pening, pening.

Di tempat kerja, Budi tidak boleh fokus. Seriusnya dia kusut dengan masalah hariannya. Tidak sampai sebulan pun anaknya lahir, sudah tunggang langgang hidupnya. Khairul sangat bersimpati tapi apa boleh buat pun? Dia sendiri tiada wang yang cukup untuk kegunaan keluarga. Khairul ada mencadangkan untuk berjumpa dengan Tuan syed. Tapi untuk berbincang hal duit? Peduli ke dia pasal hal pekerjanya? Sudahlah sebelum ni pun ada Budi meminta tolong tapi tidak dipeduli. Yang Tuan Syed tahu, kerja siap. Masalah pekerja bukan masalahnya.

TUAN SYED MENGAMUK apabila barang di pejabatnya hilang. Budi terbuntang mata, dalam hati tentu sahaja Khairul punya hal. Lelaki tu dari dulu merancang yang bukan-bukan tapi tak ada satu pun yang menjadi.

“Kau kan Budi?.” Tuduh Tuan Syed.

“Saya tak curi encik…”

“Macm mana duit boleh hilang. Bukan kah kau yang nak sangat duit? Kau tak puas hati pasal gaji lepastu kau mencuri???.” Marah Tuan Syed tanpa usul periksa. Di tengah-tengah ladang dia menjerit, tak ke gila??? Kalau ye pun, jumpalah di pejabat, berbincang baik, nasihat atau apa sahaja yang tidak menjatuhkan air muka. Namun kebanyakan majikan, suka sangat menunjuk kuasa. bukan kata dalam hal ini, mana-mana tempat pun sama. kalau boleh ikutlah prosedur, masing-masing ada maruah, mereka juga manusia! Khairul hanya berdiam diri, masa ni Budi dah tenung mata dia. Boleh pula Khairul buat selamba. Siapa lagi yang punya kerja. Khairul je yang beriya-riya.

KHAIRUL mengejar Budi dari belakang. Balik dari kerja dia terus meminta maaf. Memang betul tekaan Budi. Ini semua kerja si Khairul. Dia berpaling dan berhenti.

“Khairulll kerana kau, aku dituduh. Kau tahu betapa susahnya aku sekarang ni?.” Budi terus berjalan. Hanya minta maaf sahaja yang keluar dari mulut Khairul.

“Sekarang ni Tuan Syed dah beritahu pengurus dan nak suruh aku keluar dari sini. Aku tak ada duit Khairul… pernah tak kau fikir? Aku nak ke mana?.” Kali ini air mata Budi mengalir. Dia memang sangat terdesak sekarang. Memang dia dituduh tapi dia tak sampai hati nak menyalahkan Khairul walaupun terang dan jelas lagi itu kerjanya. Kali ini Khairul benar-benar bersalah. Dia berhenti dan berlari di hadapan Budi. memegang bahu lelaki itu.

“Dua hari lagi…. pengurus datang menguruskan hal gaji…” Khairul berdehem beberapa kali. “Kita buat seperti apa yang aku rancang?.”

Budi terdiam. Dia sudahpun sampai depan rumah. Tidak tahu nak bagi jawapan apa. Mahu atau tidak? separuh hatinya mahu, namun mindanya kata tidak. Antara akal dan nafsu masing-masing hebat memburu.

Suara tangisan bayi kedengaran dari dalam. Sekali lagi anaknya sakit. Dia memang tiada wang untuk ke klinik berdekatan. Kereta pun dipinjam. Budi menoleh ke arah Khairul

“Apa rancangannya??.”

Malam itu Budi menyiapkan barangan, siap dibungkus dan membawa apa yang patut. Hanya beg kecil yang memuatkan susu dan lampin. Sedikit baju dan makanan dalam tin. Dia menyerahkan beg baju itu kepada Khairul. Menyuruh Khairul yang membawa kesemua barang termasuk keluarganya. Kamariah sedikit pelik namun kata Budi esok mereka akan ke tempat lain, berpindah atas arahan Tuan Syed. Malam itu juga Budi tidak boleh tidur memikirkan rancangan yang disusun. Samaada dia atau Khairul yang gila sebenarnya??.

SEBUAH LAND ROVER berhenti di hadapan pejabat tersebut. Seorang lelaki keluar. Tanpa penjaga namun bersenjata. Siap bertopi dan lengkap berjaket. Seperti biasa dia akan tersenyum pada semua pekerja, namun tidak pernah bertanya keadaan mereka. Bulat-bulat diserahkan kepada Tuan Syed. Apa yang penting keuntungan yang diperolehi. Pengurus itu mengeluarkan sebuah beg. Warna hijau. Nampak keras, zipnya siap dimangga. Selama dua tahun dia akan berbuat begitu. Nilai di dalam? Lebih dari seratus ribu. Dibawa cash dan dibayar tunai kepada pekerja. Satu perkara yang tidak menghairan bagi mereka semua. Yang mereka tahu… esok duit itu akan diagihkan, tidak ada siapa yang mempersoalkan sikit atau banyak jumlah diterima. Mereka tahu mereka bukan sesiapa yang datang ke negara ini, jadi terpaksa mengikut.

Budi meletakkan kayu yang dipegang, dia memandang Kharul, mengangguk.- satu bahasa isyarat yang telah diatur dari semalam. Budi berpeluh. Namun dia menoleh sekeliling, pekerja lain masih sibuk, tidak peduli pun tentang mereka. Budi berjalan laju dan menuju ke belakang bilik pejabat sebelum pengurus sampai.

“Syed!!.” Pengurus itu mengetuk pintu. Tidak lama itu barulah Syed buka. Kali ini dia leka, Budi datang dari tepi, menolak mereka berdua ke dalam. Mengacukan parang dan menghentak pengurus itu sehingga pengsan. Matanya melirik ke arah Tuan Syed.

KHAIRUL melihat pekerja lain. Masih lagi tidak perasan. Maknanya rancangan berjalan lancar. Dia hanya perlu mengikat Tuan Syed dan pengurus lepastu melarikan diri bersama Budi. Perlahan-lahan Khairul berjalan ke arah pejabat. Kalau boleh dia tidak mahu berlama. Sebaik pintu dibuka Khairul terus menapak masuk.

Dia terkejut melihat Budi memegang parang. Bukan juga rancangannya.

“Budi!! Apa ni? Dah jom!!.” Khairul siap mengambil tali dan kain untuk menutup mulut kedua mereka. Namun Budi tidak berganjak. Parang di tangan di genggam erat.

“Budi dah lah jom!!.” Marah Khairul, namun tiba-tiba Budi mengetuk kepala pengurus yang baru sahaja tersedar. Khairul agak terperanjat. Dia menolak Budi semula.

“Apa ni!! Letak parang tu… kita keluar dari sini, duit dah dapat!.”

Tuan Syed hanya diam, takut juga untuk bersuara kalau dah kedua mereka bertindak begitu. Budi mletakkan parang di belakang seluarnya lantas pistol pengurusnya diambil. Dihalakan ke arah mereka. dengan Khairul sekali angkat tangan separas bahu.

“Wooo wooo apa ni Budi? Apa kau buat ni?.”

Namun Budi lebih menumpu pada Tuan Syed. Laras senjata dihalakan ke arah lelaki itu. “Kau keluar Khairul.” Arah Budi perlahan.

“Apa ni??? Aku cakap apa semalam???!.” Dan memang Khairul bengang kerana Budi tiba-tiba mengikut kepalanya sendiri.

Pengurus tersebut mengerang sakit, dia bangun memapah meja. Namun tiba-tiba sahaja Budi melepaskan dua das tembakan ke arah lelaki itu. Pengurus itu mati serta merta. Khairul terperanjat bukan kepalang, dia menjerit ketakutan. Tuan Syed menelan liur.

“Budi… Budi… baik kau letak senjata tu.” Arah Khairul terketar. Duit yang terbentang di atas meja sudah tidak difikir. Hidupnya sudah tunggang langgang. Menyesal benar dia.

“Ini untuk kau yang menyusahkan hidup orang lain.” Budi melepaskan dua das tembakan juga kearah Tuan Syed. Khairul tidak cakap banyak, terus dia keluar menjerit meminta tolong bagai orang gila. Masa tembakan pertama lagi pekerja lain sudah menghubungi polis, melihat Khairul lintang pukang lari, kesemua mereka turut lari. Habis kosong ladang tersebut.

KERETA POLIS memenuhi ladang dan Budi masih lagi di dalam. Duduk memegang senjata, mengakui itu semua kerjanya. Dia yang menembak dengan sengaja dan niatnya untuk membunuh! Masih lagi tidak melibatkan Khairul dalam hal ini.

“BUDI…. nanti lepas kita ambik duit tu kita lari ok? biar aku yang masuk dulu.” Khairul menerangkan apa yang perlu mereka lakukan pada malam mereka berbincang. Biskut di dalam tin dikunyah, memang itulah yang mereka hadap hari-hari.

“Tak apa Khairul aku akan masuk dulu.”

“Kenapa? Nanti ko takut… tak jadi kerja…” Khairul membantah tidak setuju

“Tak apa… biar aku buat. Aku ada rancangan aku.” Budi menyerahkan beg baju yang siap dibungkus kepada Khairul sambil tersenyum. Menyuruh lelaki itu simpan di rumahnya. Dan Budi? Memang dari awal rancangannya untuk melihat kedua lelaki itu mati.

HAJAR melopong mendengar cerita tersebut. Malah tidak sedar pun ayam di dalam pinggannya habis dimakan oleh Nas. “Serius lah??. Habis apa jadi?.”

“Aku tak tahu masih dalam bicara lagi kot… tapi apa yang aku tahuuuu si Tuan Syed tu hidup lagi. Dia cedera je. Belum ajal…yang lain-lain semua dah angkut pergi balai.”

“Bodoh!!.”

“Syhhhh….” Nas meletakkan jari di tengah bibir. “Apahal kau ni? Emosi? Walaupun apa yang Budi lakukan tu sebab tak puas hati, tapi matlamat tak menghalalkan cara.”

“Kau tak bengang ke dengar cerita tu?.” Tanya Hajar.

“Well since laki aku pun polis. Aku dengar pasal jenayah ni hari-hari. Dekat tv pun belambak, surat khabar pun bersepah, belum masuk lagi di fb di ig di mana-mana lah! But yeah… sakit hati juga, tapi kau boleh buat apa pun.”

Hajar mengangguk. Ada betul nya juga. Dia marah-marah pun bukan dapat apa. Sekadar sakit tekak, tapi jenayah? Masih lagi proceed setiap masa. Dan kadang-kadang sesuatu kejadian itu tidak logik, malah boleh dielak. Argh!!!! Malas untuk mengambil tahu hal dunia. Tiba-tiba pula dia monyok.

“Macam nilah Jar…” Nas menolak pinggan menjauh.

“Dunia ni memang susah nak adil, kau tak akan jumpa yang adil. TAK AKAN ADA!! Kalau ada pun di akhirat nanti.  Yusuf selalu pesan pada aku. Back to basic. Buat apa yang betul jangan buat apa yang baik. Ingat!! Benda yang betul selalunya baik. Tapi benda yang baik tak semestinya betul.”

“Maksudnya?.” Hajar benar-benar tidak faham.

“Maksudnya…..Biarlah nampak jahat asalkan betul, sebab manusia suka dipuji baik walaupun salah.”

“Benci?  marah? dendam? itu semua sifat kita bernama manusia, tapi ingat!! Garis panduan telah tetap dalam agama, walau apapun keadaannya. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.”

ITU REALITINYA

Assalamualaikum!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

N.A.S.A
rate (4.86 / 29)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

254 Comments on "#ceritaNasa – Itu Realitinya (Full story)"

avatar
FF

Morning~

#Maira

morning tea lady..~~~~

FF

morning hm jap nak panggil kau lady apa eh? hahaha

Nasa

Lala ulalaa gaga u gaga. Lady gaga hehe

FF

HAJAR melopong mendengar cerita tersebut. Malah tidak sedar pun ayam di dalam pinggannya habis dimakan oleh Nas. “Serius lah??. Habis apa jadi?.”

kak, ni ko makan ayam kepsi ke? hahahahahhah

Nasa

Alaaa kantoii hahahahahahh

FF

kotak habis jugak ko gigit kak? hahahaahhahahaha

#Maira

awal pagi setori kau keluar kak.. haha

Nasa

Itulahhh hahaha cepat kuar. Cepat kene cari idea baru hahaha cerita tsunami tu mggu depan kot kuar hahaha aku dh anta semalam

#Maira

gila cepat kau submit kak.. haha aku baru nak submit ni..

Bulan Biru

Suka, ayat last tu.
Buat apa yang betul,jangan buat apa yang baik

Nasa

Sbb Yang batul selalunya baik, yang baik, x semestinya betul 👍🏻👍🏻👍🏻

cikbambam

Kak typo tu..ko jgn byk mkn ayam kepci..aku syak jari ko da semakin bulat ni..manjang typo je..hahaha

DeluStar

Parking ferrari jap..

Nora danish

Tepi sikit lambo i nak lalu

Nasa

Alih sikit kk nora. Proten saga nak park sebelah. Benda legend selalu mahal. Shuh shuh korang berdua

DeluStar

Asal korang sebokkan parking aku..byk parking lain kottttt..

DeluStar

Huhu..yeke..maafkah..driver aku salah parking..nati aku fired…

Melorq

lambor aku punye daa.
ko gi amik kete abam terlajak laris. bnyak lagi yg tak bersewa. 🙂

Ummi Annur
rate :
     

Tak mengecewakan stoli dr nasa..
Xbaca lgi..
Tp aku rate full star kay..

ayunur
rate :
     

wow…part yang hujung-hujung tu amatlah terasa dalam hati..betul sangat ayat tu dalam zaman sekarang ni..
really nice story.. 🙂

Nasa

Muah nur!! Yup itulah realitinya.

FF
rate :
     

Budi membasuh pinggan, tahu juga dia tentang keinginan isteri untuk membeli teh dari Fatin Farha. Siapa tak kenal? Teh tersebut dikira seperti jamu. Serata tempat wanita itu menjual malah di Taman Seksyen Shaha luar ladang namanya sangat terkenal. Untuk kelangsingan badan dan kecantikan dalaman. Dia faham Kamariah teringin. Tapi… harganya mahal. Dia memang tak mampu. Sesekali nak hadiahkan bini pun termanggu-manggu. Mana tidaknya gaji pun sendu.

Hm. Tak sangka teh Fatin Farha dah semakin femes sampai ke orang luar~ Hahahahahahahaha. Puan Kamariah, kalau nak sangat rasa teh tu, meh lah datang jumpa aku. Aku bagi free je. Jarang tau aku berhati baik macam ni. Kesian kau. Huhu. Nanti bila ko dah cantik, dah langsing, jangan ko lupa aku dan jangan sesekali menggedik! Ingat tu~

Tapi, selalunya manusia kalau dah jadi macam tu, memang akan jadi Kacang melupakan kulitnya.

Kenapa? Sebab itulah realitinya!

CikSyer

Amboii… Ngn aku ko jual.. Hahaha
Ini tidak adill~~ sobs sobs

FF

ko nak free ke? Ko pregnant dulu lah, baru aku bagi ko free. hahahahahahahhaha

cikbambam

aku preknen 2 hari ni..nak teh jgk ff..

FF

2 hari bam? ingatkan 2 jam hahahaha

CikSyer

Aku pregnen 💩 ni… Bole kira jugak x? Hahaha

FF

sorry not included. huhu. please try again hahahaha

Lina
rate :
     

Tak ada benda nak komen, asyik best je. Next CN!

Nasa

Terharu mengalir air mata.. hahaha cukuplah singgah dan mengomen CN i love u…. hahahaha

Lina

Hahaha okay lepasni Lina komen cenggitu ye.

DeluStar
rate :
     

I agree with you CN..it make me thinking..thanks!

Cik_bunga
rate :
     

Budi membasuh pinggan, tahu juga dia tentang keinginan isteri untuk membeli teh dari Fatin Farha. Siapa tak kenal? Teh tersebut dikira seperti jamu. Serata tempat wanita itu menjual malah di Taman Seksyen Shaha luar ladang namanya sangat terkenal.
hahaha
Pemes tul air teh ff😂

FF

hm. rasa bangga lah pulak hahahahahhaha

cika
rate :
     

suka betul cerita nasa!! semua pasal pengajaran, pagi2 dah keluar cerita pengajaran.

keep it up. hantar byk2 lg k. takde aku bosan sorg2 dkt opis. hahaha

cikbambam
rate :
     

“Maksudnya…..Biarlah nampak jahat asalkan betul, sebab manusia suka dipuji baik walaupun salah.”

Nice..aku suke ayat ni kak..ko kalo x merembat ayam org mmg x sah kan..nasib baik mkn pkai pinggan..kalo pakai kotak mst kotak pun ko kunyah..(aku harap ko paham)

Nice story..jelas & nyata cara penyampaian ko..eh malas la aku nk ulang ayat yg sama..hahaha..aku bg 9.7/10..yumm ikitt😘😘😘

FF

nak yumm jugakkkkk

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

nak gakk…hahah.

FF

hahahahahanat

cikbambam

ngeri la ko ni juri..g mintak yumm kt bini ko tu..hahaha

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

yumm tu ape?haha

cikbambam

Bahasa bdk gedik cm ktorg pgil yumm..kalo bahasa baku cium..kehkehkeh..nak yumm lg x??😏

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

oh yeke.haha.
taknak lah. penat nak pujuk karang.kahkah

cikbambam

da gosok gigi belom??hahaha

FF

hm kumur pakai listerine je ni hahahahaha

sophia

xseram >_<
tpi best ~

feeya
rate :
     

Wahhh teh Fatin Farha dan sampai ke Taman Seksyen Syaha. Makin maju dah hahahah

FF

jangan puji sangat lah, cik piah ~ hehehehehe

feeya

tahniah la fatin, dengan mcm2 kecaman, hinaan, makian.. teh tetap laku jugak hahaha

FF

Rezeki tak pernah salah alamat haahaahahahah

haters make me femes~

feeya

hahahaha kannnnnn

tengokkk sape yg rajin dislike ni, dgn aku2 sekali dia benci haihhh

FF

aih betul ke cik piah? rajin betul orang tu dislike semua komen huhu

feeya

tau takpe.. cakap elok2 pun nak dislike ishh

CikSyer
rate :
     

Nice kak nas..

Suka ngan ayat last “Buat apa yang betul jangan buat apa yang baik”

Buat bnda yg baik x semestinya boleh datangkan manfaat.. Wpun org cop kita jahat, yang penting kita da buat bnda yg betul, itu yg terbaik…

DeluStar

Sukunggg

#Maira

aku memang jenis yang tak boleh orang salah eja ni Delu… It’s SOKONG not SUKUNGGG…

DeluStar

Kalo oghang nismilan dio koba sukunggg..den sukung kau..

#Maira

kau still nak betul ea Delu?? haha loghat & ejaan bukan dalam skop yg same…

DeluStar

Sapo lah yg dislike ni..den seligi gak kang

#Maira

tolong seligikan Delu.. ailebiu!!!

CikSyer

Bunyi macam tkepit je.. Ko tgh tahan berak ke delu..

MEDICAKK

ko ni syer, org nak berak, ko pegi tegur buat pe? bedesup “masuk” balik.

CikSyer

Hahahaha sory arr delu..
Esok jela ko berak.. Huhuu

MEDICAKK

dah. jom~

DeluStar

A ahh cirit lakkk

1 2 3
wpDiscuz