#ceritaNasa – Parking (Full story)

#Thriller #Real #Ilmupengajaran. Salam admin, salam pembaca. Yang baik jadikan iktibar, yang tidak jadikan sempadan.

“Orang ni parking macam otak dia juga!.” Marah Hajar

“Hala… parking lah tempat lain.” Nas memujuk. Hari macam ni susah nak dapat parking. Tengah cuti.

“Boleh buat gaduh tahu tak pasal parking ni!!.” Hajar turun menghempas pintu kereta.

“Nak pergi mana oii!!.”

“Aku nak sound orang ni.” Hajar menunggu di sebelah kereta tadi. Sanggup pula dia  tunggu tengah panas macam ni. Nas layankan je.

“Ko tahu tak, pasal parking macam ni lah boleh buat gaduh!!.”

“Kan dah cakap tadi, tak payahlah ulang… aku tak pekak pun.” Marah Nas.

“Ko tahu tak Nas… apa natijahnya kalau jadi orang yang tak berilmu sampaikan perkara senang pun nak kene ajar?.” Tanya Hajar. Satu soalan yang menggerunkan bagi Nas. Tengok mata dia terbeliak pun dah menceritakan segalanya.

BASRI tertinjau-tinjau rumah sebelah. Melihat lelaki itu keluar dia tersenyum. “Maaflah encik Roslan terpaksa panggil awal pagi macam ni, ganggu encik nak tidur.” Sapanya hemah. Walaupun memang ternyata salah jirannya, dia juga yang terpaksa meminta maaf. Disebabkan Roslan baru berpindah, dia tidak mahu terlalu berkasar.

Roslan menghidupkan enjin kereta. Lalu dia memandu dan mengalihkan keretanya dari pagar rumah Basri. “Sorrylah semalam penuh kawasan ni, saya tak ada tempat, saya parking depan rumah encik Basri.” Jawab Roslan seraya menghempas pintu kereta.

“Yee saya tahu, saya tak kisah cumanya kereta saya terhalang tak boleh keluar bila kereta encik ada di depan tu.” Jawab Basri masih lagi tersenyum.

“Sikit je! Boleh je kalau awak nak keluar ikut kanan, kereta awak bukannya besar pun!.” Roslan sedikit bengang apabila terpaksa bangun semata- mata untuk mengalihkan kereta. Sudahlah balik lewat semalam. Kerjanya memaksa dia pulang lewat sekitar jam tiga pagi. Malas bercakap banyak dia terus masuk ke rumah dan menyambung tidur.

Basri menjeling sedikit mencengih. Sudah beberapa kali juga dia berpesan agar tidak menghalang pagar rumahnya, tapi setiap pagi perkara yang sama juga berlaku. Bosan sudah dia menghadap perkara itu. Memang diakui kawasan rumahnya itu sangat banyak kereta tapi Roslan boleh berfikir bijak sepatutnya. Bukan juga dia budak-budak untuk berpesan berkali-kali.

“Berlagak betul jiran kita tu!.” Marah Rosy, isterinya. “Dah terang-terang salah dia, masih lagi nak marah kita. Apa kes!!?.”

“Dah lah sayang, biarlah. Abang malas nak bertekak.”

“Abang tulah baik sangat!! Sampai kene buli pun diam.”

“Aih?? Yang awak ni pula nak marah kenapa?.” Kedua mereka masuk dalam kereta dan berlalu dari situ. Sepanjang perjalanan Rosy sentiasa membebel marah melihat cara suaminya yang dirasakan terlalu berlembut dengan Roslan. Mana tidaknya hampir setiap hari kereta Roslan akan diparking di hadapan pagar mereka, atas alasan rumahnya masih penuh barang yang belum dikemas. Sebaik menghantar isterinya, Basri terus ke pejabat.

“APA NI Basri? Saya suruh apa awak buat apa!.” Marah Encik Dali. “Awak tahu tak dah dua ke tiga kali klien tolak proposal awak ni, entah apa je yang awak buat untuk mereka, saya dah terangkan banyak kali, tanya dulu dengan klien apa yang mereka mahu, barulah awak boleh hantar proposal, ini tidak, dah bazirkan masa saya.”

“Saya minta maaf encik. Saya silap.” Basri tetap merendah diri. Rasanya sepanjang sebulan ini, dia asyik dibebel dengan perkara yang sama. Entah apa lah benak otaknya sekarang ini. Rasa seperti tidak berfungsi langsung dalam syarikat itu.

“Mari minum duluuuu…” Pelawa Ehsan, rakan pejabat. Meletakkan secawan kopi di hadapan meja. “Tak payah fikir kerja, sampai m4ti pun tak habis.” Air yang dibuat sendiri diteguk sehingga habis.

“Entahlah semua tak kena.” Balas Basri pendek.

“Rileks… dah macam ayam berak kapur muka ko.” Tawa Ehsan terbahak, namun sekejap sahaja mereka berbual sebelum dia berlalu melakukan tugasnya kembali. Basri mula bosan kerja di ssyarikat itu, produktivitinya semakin menurun dan dia sudah diberi surat amaran banyak kali juga. Nasib baik Encik Dali masih betimbang rasa. Hari ini Basri pulang ke rumah awal sedikit, kali ini tidak mengambil isterinya seperti biasa, kerana wanita itu pulang sedikit lewat. Keretanya berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah.

“Aiseyyyhhhh… parking lagi dekat sini ke? Tak pergi kerja ke harini?.” Basri turun dari kereta, berjalan ke pagar rumah Roslan, dan memanggil nama lelaki itu. Dari atas Roslan hanya menyelak langsir tingkap.

“Encik Roslan, kereta ni boleh tak alihkan?! Saya nak masuk ni?!.” Tanya Basri dari bawah rumah. Menunggu jawapan dari Roslan, namun masih lagi lelaki itu tidak turun. Dia meneriak beberapa kali lagi agar Roslan turun.

Pintu depan dibuka kasar. Roslan berjalan laju ke arah pagar. “Awal balik hari ni?.” Tanyanya perli. “Selalu lewat petang.”

“Encik Roslan tak pergi kerja ke hari ni?.” Tanya Basri

“Aku ambik cuti!.”

“Tolong alihkan kereta boleh?.” Dia tidak tahu kenapa rumahnya jadi pilihan sedangkan banyak lagi rumah lain yang Roslan boleh parking, mungkin betul cakap Rosy yang dia terlalu berlembut. Roslan mengalihkan keretanya dan menunggu Basri masuk, sebaik pintu pagar ditutup, Roslan kembali meletakkan keretanya di hadapan pagar, menghalang pintu utama seperti mana tadi. Basri menutup pintu keretanya kasar.

“Encik Roslan! Boleh tak kalau tak letak kereta depan rumah saya?.”

“Aih? Selalu tak jadi masalah pun?.”

“Sekarang jadi masalah bagi saya…”

“Kau tak nampak semua tempat penuh???.” Marah Roslan meninggi suara. “Hidup berjiran jangan berkira sangat! Kalau tempat lain lapang, aku tak ingin lah parking dekat rumah kau!.”

“Sebab kita hidup berjiranlah saya nasihat agar kita tidak bertekak pasal benda kecil.”

“Kau yang besarkan benda yang kecil!!! Depan rumah aku ni aku belum siap kemas lagi. Tumpang sekejap pun tak boleh ke???!.” Roslan jadi panas baran tiba-tiba, tidak mahu mengalah, tidak mahu bertolak ansur, baginya Basri sepatutnya lebih peka akan masalah di perumahan tersebut, bukannya menambah masalah itu.

“Boleh je kalau Encik Roslan nak parking dekat pokok sana, jalan bukannya jauh pun!.” Malas melanjutkan hal itu Basri terus masuk ke rumah. Tension dia memikirkan jiran yang tidak pandai menghormati orang lain. Bagi Roslan pula, Basri yang tidak pandai langsung hidup berjiran.

“Ada jiran pun bodoh!.” Marah Basri dan menghempas diri di sofanya. Sekejap sahaja dia sudah tertidur. Entah bila tidak sedar, dia terkejut apabila mendengar suara isterinya bising di luar. Dia melihat jam di dinding. Sudah 10malam. Terlelap dari petang tadi rupanya. Basri bergegas ke luar.

“Mana Roslan ni!!!.” Marah Rosy.

“Kenapa marah-marah ni!.”

“Awak tengok tak ni?? Dia tak reti parking kereta elok-elok ke!! Tong sampah rumah kita habis berselerak dia langgar!! Dah lah parking depan pagar!!.”

“Awak pasti ke dia yang langgar???.”

“Habis siapa lagi bang!!.” Rosy naik angin, “Sekarang ni dia entah ke mana, kereta dia biarkan tinggal di luar rumah. Kalau kita nak keluar nanti macam mana??? Dasar jiran bodoh!!!.” Tengking Rosy. Setelah puas bebel dia masuk ke dalam rumah. Basri menoleh ke arah rumah sebelah, ya! Roslan tiada, dan selalu sahaja lelaki itu akan lepak bersama kawan.

Kawasan dalam rumah penuh barang menyebabkan Roslan tidak dapat meletakkan keretanya di dalam. Basri mengalihkan pandangan ke arah tong sampahnya yang sarat. Tong sampah rumah Roslan sudah penuh, jadi lelaki itu

menggunakan tong sampah rumah Basri, masalahnya tugasnya tidak bersih. Sampah hanya dibaling sehingga mengotorkan kawasan rumahnya pula.

“Kenapa dia ni tak pandai berkemas?!.” Bentak Basri. Dia mengambil semula sampah yang berselerak, dibaling di kawasan rumah Roslan semula. (Satu lagi perangai suka balas membalas.) Berang betul hatinya dengan sikap Roslan. Melihat ke arah ruang halaman Roslan yang berselerak, Basri mendengus.

BUNYI RADIO kereta sangat kuat berdentum apabila lelaki muda yang menjadi pemandu. Roslan keluar dari kereta menjerit gembira selepas melepak bersama teman-temannya. Dia agak terperanjat melihat Basri sudah berada dalam pagar rumahnya. Habis semua barang di ruang depan dikemas, licin, barang disatukan dan dialihkan agar ruang itu luas untuk meletakkan kereta.

“Apa kau buat dalam rumah aku ni!!.” Marah Roslan seraya berlari ke dalam halaman pagar.

“Aku kemas. Selepas ini kau boleh letak kereta kau di sini dan jangan letak depan rumah aku.” Marah Basri sambil melempar barangan yang dipegang.

“Pecah barang aku tu bodoh!!.”

“Kalau kau ada otak! Kau tak akan biarkan kawasan rumah kau berselerak dan menyusahkan orang lain pulak!!.”

Namun Roslan pula mengamuk kerana komponan barang keretanya tidak dijumpai. Sepanjang mengemas, Basri sekadar meletakkan barang tersebut di mana-mana sahaja. Apabila tidak berjumpa dia jadi baran. Tiba-tiba dia menumbuk wajah Basri. Lelaki itu tidak berpuas hati turut memukul dan menendang Roslan maka pergaduhan tidak dapat dielakkan. Beberapa rakannya tadi cuba meleraikan malah Rosy turut masuk campur apabila memaki hamun dengan kata-kata kesat. Malam itu berlalu kekecohan sehingga melibatkan jiran yang lain. Masing-masing tidak mahu mengalah.

FAIL DIHEMPAS di atas meja, Encik Dali duduk bersandar di atas kerusi empat roda merenung Basri yang dari tadi tidak duduk diam. “Kau bergaduh ke?.”

“Tak encik.” Bohong Basri walaupun wajahnya jelas tidak dapat disembunyi.

“Habis tu lebam dekat muka kau tu?? Hiasan zaman moden ke???!.” Dia duduk menegak, mencantumkan jari jemari antara satu sama lain. Basri malas memanjangkan cerita. Dia tidak larat memikirkan hal jirannya lagi.

“Kerja kau teruk, entah apa lah kau buat. Aku tak suka kau masuk campurkan hal urusan rumah tangga kau dengan kerja.” Marah Dali, terbeliak mata Basri apabila dituduh bergaduh dengan Rosy.

“Saya tak…”

“Sudah!! Dengar ni! Aku nak kau buat semula benda ni dan tunjuk aku esok pagi. Kalau kau masih sama, terpaksalah aku buang kau dari kerja. Kau faham!!.”

“Encik Dali….”

“Aku dah beri kau peluang banyak kali Basri. Ramai klien komplain pasal kau ni! Kau nak aku rugi ke!!.”

Basri melemparkan seluruh kertas di atas mejanya. Dia duduk menakup wajah. Panggilan telefon berbunyi dari Rosy. Wanita itu membebel kenapa dia tidak membayar sewa rumahnya. Sudah tiga bulan tertunggak dan sekarang ini tuan rumah itu sudah marah. Walaupun Basri cuba menerangkan beberapa kali tetap juga isterinya membebel. Dia akhirnya mematikan talian, tidak sanggup terbeban dengan perkara seperti ini. Pulang petang itu, Rosy mula bertekak tentang soal anaknya yang meminta yuran namun belum juga dijelaskan. Dia mengadu masalah itu memandangkan Basri adalah suaminya. Berharap dapat menyelesaikan masalah itu bersama, namun bagi Basri, itu juga merupakan beban yang tertanggung di bahunya. Kereta mereka berhenti apabila sudah sampai di hadapan rumah.

“Awak ni tak kisah ke pasal anak kita? Buat tak tahu je bila saya cerita..”

“Saya ada cakap ke???.” Marah Basri membuka pintu pagar. “Kalau awak marah saya pada satu perkara boleh tak jangan kaitkan perkara lain?!!.”

Namun belum sempat lagi dia masuk, Roslan sudah terjerit-jerit memanggil namanya. “Basri!! Weh Basri!!! Kau ni memang biadap kan!.” Pekik Roslan. Basri sedikit terkejut, dia berpaling bercekak pinggang.

“Apa masalah kau lagi ni Lan?.”

“Apa masalah aku??? Kau yang cari masalah.” Roslan bengang apabila tayar keretanya pancit. Dia menuduh Basri dengan sengaja menyebabkan hal itu berlaku. “Aku tahu ini kau punya kerja!!.”

“Kau cakap baik sikit Lan. Jangan nak naikkan d***h aku!.”

“Siapa lagi punya kerja kalau bukan kau!! Kau je yang tak puas hati dengan aku!!.” Pekik Roslan, jiran sekeliling hanya melihat namun tidak masuk campur, puas sudah mereka dengar pergaduhan yang berlaku antara Basri dan Roslan.

“Woohoo kau ni dah melebih Lan…”

“Sekarang ni nak kira macam mana ni?.” Roslan menolak Basri, sengaja mencurah api kemarahan.

“Know what?? Kau kiralah sorang-sorang!! Aku dah penat! Dan aku banyak perkara nak fikir lagi!!.” Pekik Basri menyerahkan kalkulator untuk Roslan kira apa yang dia mahu kira antara mereka. Dia lalu masuk, kali ini Rosy pula yang menyampuk. Dia bertekak dengan Roslan tidak semena-mena, namun hal itu dibiarkan oleh Basri. Dia cukup serabut untuk masuk campur hal jirannya lagi. Dan sekali lagi jiran tetangga lain masuk campur dalam meleraikan. Dari atas Basri sekadar melihat. Pening kepalanya dengan tingkah Roslan.

PAGI INI selepas sarapan, Rosy menyatakan yang dia akan menaiki kereta rakannya, jadi tidak perlu lagi Basri menghantar, ternyata hal semalam masih lagi berbekas, dia cukup bengang apabila suaminya membiarkan dia bergaduh semalam bersama Roslan tanpa membantu. Basri tidak banyak cakap. Dia sekadar mengiyakan dan menunggu sehingga wanita itu pergi, anak mereka dibawa sekali untuk dihantar ke rumah pengasuh.

Basri menekan punat remort kereta, membuka pintu dan meletakkan beg di sebelah penumpang, melihat keadaan keretanya, wajahnya merah padam. Dia menutup kembali lantas terus melompat ke pagar sebelah. Kali ini tidak lagi berlembut. Dia berdiri di hadapan pintu depan dan mengetuk kuat. Hilang sudah sabarnya terhadap kelakuan Roslan. Dari dalam terdengar roslan ketawa dengan suara televisyen yang kuat, namun sengaja membiarkan Basri di luar. Basri yang hilang sabar menendang pintu tersebut menyebabkan kunci depan terkopak.

Roslan bangun dari duduknya, terperanjat. Wajahnya mencuka. “Kau ni apahal!!!.”

“Kau yang calarkan dan pecahkan cermin depan kereta aku kan?.” Jawapan itu tidak dijawab, hanya Roslan ketawa sakan. Sekali lagi Basri bertanya namun tetap juga sama. Oleh kerana bengang, dia mengambil kayu di hadapan rumah lelaki itu dipecahkan cermin kereta Roslan sama seperti yang dilakukan padanya. Roslan mengamuk, dia menerkam belakang lelaki itu dan mereka berguling di atas simen. Beberapa kali Roslan menendang Basri menyebabkan lelaki itu berlari ke dalam rumah Roslan untuk berlindung.

Roslan menumbuk wajah Basri beberapa kali. Tidak diam, Basri turut melawan, dia menendang perut dan dada lelaki itu hingga terhentak di rak dapur. Roslan mengambil pisau di atas para sebelah, berlari untuk menikam. Basri menunduk dan mengelak setiap kali bilah pisau itu dilibas ke arahnya. Menepis tangan lelaki tu kuat.

“Roslan!! Roslan!!!.” Basri cuba menenangkan, namun Roslan sudah seperti orang kerasukan. Basri menolak Roslan dan cuba untuk berlari keluar, namun Roslan m******r tubuhnya menyebabkan Basri terjatuh, badannya melayang, tersungkur ditendang dari belakang. dia segera mencapai kayu yang digunakan tadi dan dihentak di leher Roslan. Serentak itu Roslan terus rebah tidak sedarkan diri. Menggigil tangan Basri apabila melihat Roslan tidak bernafas. Malah d***h mengalir dari mulutnya. Kerongkongnya pecah dihentak tadi.

“Lan… Lan…” Basri memangku tubuh itu, terduduk bernafas kencang, dia tidak berniat langsung untuk berbuat demikian. Hanya untuk melindungi diri sendiri. Beberapa kali dia menelefon isterinya untuk pulang namun kerana pergaduhan semalam Rosy tidak menjawab. Basri gelabah kerana takut. Tidak tahu apa perlu dilakukan, dia menyorokkan kayu tadi dan meninggalkan Roslan sendiri. Balik ke rumahnya dan tidak hadir kerja. Telefon dari pejabat tidak dijawab dan panggilan Ehsan juga dibiarkan.

“Argh!!!.” Basri mengubati dirinya sendiri, sekadar menampal kain ala kadar pada tempat yang luka. Bekas torehan itu besar dan dia perlu dirawat namun kerana takut, maka dibiarkan, segala baju dibawa dan dia lari dari rumah tersebut. Itu adalah yang mampu difikir buat masa sekarang. Sekejap sahaja baju yang dipakai betukar merah apabila bekas luka itu berdarah, tidak sampai beberapa langkah keluar dari pagar, dia pengsan.

ROSY menangis di katil hospital, beberapa orang anggota polis juga telah siap di sebelah, Basri duduk menegak, tangannya bergari bersama besi katil, dia menoleh sekeliling.

“Abang pengsan dah dua hari.” Tangis Rosy dan kes pembunuhan Roslan itu diketahui dilakukan oleh suaminya. Basri turut menangis dan meminta maaf kepada isterinya. Bagi Basri, kalau lah dia boleh bersabar sedikit lagi, sudah tentu perkara begini tidak akan berlaku.

Sebenarnya dalam sesuatu kes yang melibatkan pembunuhan, umumnya kita ketahui tentang dua akta yang sentiasa disebut iaitu 302kk dan 304kk, Tapi noq, terdapat beberapa faktor yang diambil kira sebagai m******h untuk mempertahankan diri.

Berborak dengan member aku peguam, dia kata seksyen 100 Kanun Keseksaan (100kk) menyenaraikan enam kategori dalam mempertahankan hak yang sangat jelas. Antara enam hak yang korang perlu pertahankan dan kem4tian dibolehkan adalah…

–Serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa kem4tian akibat daripada serangan jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan

–Serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa cedera parah akibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan

–Sesuatu serangan dengan niat hendak merogol

–Sesuatu serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii

–Sesuatu serangan dengan niat menculik atau melarikan orang

–Sesuatu serangan dengan niat hendak mengurung orang dengan salah dalam keadaan yang munasabah menyebabkan ia takut bahawa ia tidak boleh mendapat pertolongan pihak berkuasa bagi kelepasannya. (Boleh rujuk buku akta di Malaysia. Nak tahu lebih lanjut korang tanya pada mereka yang pakar. kalau setakat am ni boleh lah aku kongsi ilmu yang aku tahu sikit. )

Nas mengangguk faham.

“Apa yang kau angguk?.”

“Aku fahamlah cerita ko tu Hajar…” Nas menoleh sekeliling. “Ni sekarang ni? Mana tuan punya kereta ni? Dah sepuluh minit kita tunggu. Ko ni pun banyak tempat lain, kenapa kat sini juga kau nak parking? Ko dengan Roslan tak jauh beza perangai.”

Tidak lama selepas itu barulah seorang lelaki berlari mendapatkan keretanya. Dia meminta maaf berkali-kali kerana dia dalam keadaan kecemasan. Ibunya tiba-tiba sesak nafas, lalu lelaki itu parking ala kadar semata-mata untuk hantar ibunya ke klinik tidak jauh dari situ. Hajar dan Nas berpandangan sesama sendiri. Yaa!! Suka-suka nak marah dan tuduh orang tanpa tahu punca. Assalamualaikum

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

134 thoughts on “#ceritaNasa – Parking (Full story)”

  1. Wah hebat dapat jiran kurang ajar dan panas baran macam tu! Tak pasal pasal disebabkan dia bergaduh untuk mempertahankan diri dah dicop sebagai pembunuh. Ish geramnya baca!

    Reply
  2. kak Nas!!!!! ailebiu more and more and more… next story plishhhhhhh

    citer kak nas maira nak bagi 9.2/10…. tak pernah mengecewakan.

    Reply
  3. rumah nek nun hujung corner lot..setakat ni diorg tak berani lagi laa park depan pintu pagar sampai nek tak bole kluar…cuma penah ada jiran2 nek ni suka sgt jadikan port tepi rumah nek sebagai tapak pembuangan sampah..nek ape lagi, terus call mpk, buat report, kna denda laa diorg tu rm500….

    Reply
  4. Boss aku slalu ambik tmpt parking aku.. aku sabar je ngan dia.. kalau aku ni basri da lama dia jd macam roslan..

    Setori mcm biasalah …best 10/10

    Reply
  5. Bengang. Serius. Bab parking ni, kalau orang selfish ni memang saya anggap dia tak ada adab je. Kawasan kuarters saya juga macam ni. Parking limited. Tapi owner kereta pulak parking macam orang tak sekolah.
    Emosi pulak.

    10/10

    Reply
          • Lubuk hati cik bunga..hehe
            Kisah nya begini..seekor lebah (RC) merantau dari kampung (Cerita seram dekat FS nie..hehe) ke kampung untuk menyebar kan debunga (komen dari RC) secara sendirian..suatu hari..lebah telah berjaya sampai dulu ke kampung dengan pantas nya..tetapi mendapat tempat kedua..secara tidak langsung.. datang lah segelintir penduduk kampung bunian untuk memberi ucapan tahniah dan tidak kurang nya juga memberi hadiah..oh yeah..haha

            D pendek kan cerita..cik bunga memberi kata² yang membuat kan hati lebah berbunga bunga..setelah beberapa lama bercia cia tu..datang lah seekor pepatung jadian entah dari mana..ingin merampas cik bunga dari lebah.. pertarungan hebat pun tercetus dan akhir nya..pepatung tewas d ekor lebah (lebah x de tangan..hehe)..dan mereka berdua pun hidup dengan gembira nya..(mungkin)..tu je lah dulu untuk mukadimah nya..hehe

          • Cerita memang serius..tapi kisah cinta kami terbatas d alam maya..haha
            Cik bunga..entah siapa gerangan adinda titew tu..yang RC tau..cik bunga titew asal sarawak..serah kepada titew..hahaha

          • pliss sambungan, tak sabar. tapi tak payah anta kat FS lama nak approve ko anta kat sini je tak pun forum. hahahaha

          • Hahaha..nanti jadi macam cerita JuriFS pula..haha
            Yup.. betul tu..lama admin approve cite yang dah d submit..hmm..

          • Aku tengok tamai gila hantar semua masih draft sian kat admin huhu pening dia nak baca wehh cite ko pon aku nmpak tadi draft hehehe

          • Ehh..macam mana CN bole nampak..aku x bole nampak pula cite dekat draft..?
            **Tolong rahsia kan cite aku tu..hehe

          • Aku ternampak sebb rezeki aku. AKu tgok mairah punya cerita “pokok bunga kertas” ada ko pounya pon ada RC. Tajul punya smpai part 9…. tapi semua draft dn ada penulis yg aku x kenal. Tpi banyakk aku tau dh kenapa fs lmbat approved. Pening weh!!!! Kesian diaorg hahahahah

          • Owhh..ingat kan sebab hijab CN terbuka..hehe.. tergerak hati aku nak tulis juga cerita..tu sebab aku submit seminggu lepas kalau x silap..hehe
            Hahaha..macam guru BM pula yang memeriksa kertas ujian karangan pelajar² nya..haha

          • Daddy rili wan tu know siapa gerangan pepatung yg nak merampas kesayangan daddy ni..

            Eh menantu kesayangan daddy..

          • JuriFS ayah..ehem².. kesayangan daddy eh..hahaha
            Nasib baik RC x sambung cite tu..sebab time tu lah ayah ikut sekali ingin merampas bunga dari sang lebah..hehe

  6. Aku mmg benci org paking mcm haram ni.rumah sewa aku dlu lama kosong.jiran sblh buat paking dpn rmh.bila kitaorg sewa.ada 3 biji keta.jiran aku punya musibat syaitan punya perangai buh tanda tu paking dia padahal btl2 dpn pagar rmh kitaorg.blom campur perangai masuk pagar sidai kain baju dia…hellooo..dah ada org kot sewa situ.hanjing punya jiran..yup mmg geram smpi boleh mmbunuh.i feel u brother.

    Reply
    • Kann dia dh tahan lama lah tu. Kalo x kenapa boleh sampai m******h kan? Btol2 aku sendiri pernah kene calar keretalahhh boleh gaduhhhh

      Reply
      • aku penah kene calar dgn pancit tayar dgn jiran tu sbb aku alih tanda dia dgn kunci pagar dia xleh sidai kain.laki bini bengong.boleh laki dia g sokong..so apa kitaorg buat,tiap2 kali kuar rumah mesti pandang je rumah dia..pandang tajam tu..saje psiko.sampai langgar2 pagar punya nak bg nampak pisko..masuk2 keta terburai gelak..hahha…siram pokok ke buang sampah mmg kitaorg kuar je tenung rumah dia tajam2..dua tiga bulan gak la bru dia slow2 xpaking kat situ..

        Reply
    • Owh syer terima kasih syer hahaha haa tunggu next story. Nak cari mak cik bawang akk yg selalu doo cerita kat hakak pasal kes2 ni. Dia bercuti plak hahaha

      Reply
  7. Uishh boleh sampai m******h ek. Better tulis surat cinta selit dekat wiper je, haha. Nak park rumah orang tp tutup jalan utama orang tu, maroh la maroh.

    Kak Nas mana pernah tak best!

    Reply
    • kan.. sebab cite gini memang berlaku. kadang-kadang lebih takut dari hantu Iris.. hantu tak b***h orang, manusia ni lagi dasyat dari hantu, jagnan tak tahu heheh

      Reply
  8. Sabar itu separuh daripada iman. Tapi kalau dah mcm gini punya perangai jenis parking kereta merata haihhhh boleh jadi iman entah kemana sabar pun entah kemana.

    Btw kak nasa, kite nk bg 5 ? Tak pernah mengecewakan.

    10/10

    Reply
  9. Bagus cerita ni,, penulisan yang mantap dan mudah dfahami,, dan yg pling penting pengajaran,, kena banyakkan bersabar dalam hidup berjiran ni n kena pndai brtoleransi,,

    Reply
  10. beginila perangai jiran sy dl, parking sesuka hati. sy nk kuar parking je amik ms setengah jam, malas nk memekak punye pasal, kuarkan gak kereta, sudahnya tersagat pagar sendiri. demit.. pastu esoknya dpt nota cinta dari jiran katanya saya parking sesuka hati. LOL, parking dalam pagar sendiri pun kena marah, padahal nak bg kt kereta lain, selit kat kereta sy sebab sama jenis dan kaler. apala malang nasib. mujur la sabar saya masih tebal.

    Reply
  11. pernah jadi kat sye.. garage kosong g park depan rmh org.. mmg kne sound la.. lpas tu senyum macam kerang busuk.. takde makne nak senyum balik

    Reply
    • haah betul. kalau penulisna aku bermula dengan skrip antara aku dan hajar atau aku dan yusuf, story tu real, kalau terus pada cerita bbiasanya fiksyen.

      Reply
  12. Best!!!! Semua cerita awak saya suka! Kadang-kadang aku pun tak suka jugak bila mak aku nak parking, ada kereta kat sebeblah tu parking senget. Saya bagi 5/5 bintang!

    Reply
  13. baru sempat baca hahahahahaha. hm. asal aku pulak rasa nak marah bila baca cite ni? hahahaha

    Macam aku.. Aku pun selalu parking keta depan rumah orang. tapi rumah kosong lah. Kalau tempat tu di ambil orang, aku pi lah parking kat depan rumah jiran gak. Tapi tak selalu lah. Boleh je kita nak parking kat tempat orang, tapi kena lah minta izin. And aku selalu kalau tempat lain semua penuh, aku parking je tepi jalan. Settle masalah.

    Lagi satu, kesabaran itu penting. Kena sabar. Settle baik baik. Jangan ikut nafsu.

    Macam biasa CN, 9/10!

    Reply
  14. 9.9/10

    Aku suka cerita kau ni kak. Sebab aku selalu gaduh dengan jiran aku pasal parking.. Rumah aku rumah kampung tau kak.. halaman rumah tu luas boleh parking 2-3 biji kereta kalau elok susunannya. Tapi si malaun sorang ni, dia punye syok sendiri sampai aku ngn pakcik rumah sebelah tak dapat nak park. AKu letak note dekat kereta dia “LAIN KALI PARKING INGAT ORANG KELILING JUGA”. punyalah sopan santun ayat aku tu, dia boleh pekik2 depan rumah sound balik. Aku punya tahap dah hilang sabar rasa macam nak bagi pecah cermin kereta dia je. Start dari hari tu, tiap kali aku balik kerja kalau kereta dia ada depan rumah aku, aku hon sampai jiran semua keluar. Biar dia malu time nak alihkan kereta.

    Reply
  15. nape aku tak jumpa komen aku dalam nih..musyekil plak..takpelah haku rate jeklah lagi sekalik..huhu…
    cerita CN tidak pernah mengecewakan setakat nih

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.