#CeritaNasa – Siapa Pembunuhnya? (Full)

 #Thriller #CN #selipar #langsir #perodua #tupperware. Selalunya membaca je kan? Hari ni aku nak ajak main satu game. Masa korang baca cerita di bawah ni nanti, aku nak korang jujur! Siapa pembunuh yang korang syak dari awal sebenarnya?? Jangan tengok jawapan di pengakhiran cerita ok! Jom!

HARUM…. itulah bau yang dapat dicium dari bunga sundal malam. Bauan yang sedikit lembut namun menerkam hidung. Gadis itu membongkok mengambil bunga yang terjatuh dari pegangan, banyak ditaburkan, bermula dari tempat dia menapak bumi sehinggalah ke jalan masuk hutan. Gadis itu mendongak, berdiri dan berpaling kebelakang, angin dingin menerpa tubuh. Dedaun pokok lembut melambai, cuaca mendung sejuk membelai. Tina akhirnya berlalu masuk ke dalam rumah dengan setangkai bunga masih ditangan.

Dari dedaun rumput yang memanjang, sepasang mata memerhati, meneliti setiap pergerakan gadis sunti. Lima orang kesemuanya sebagai mencukupkan syarat, baru tiga jadi sasaran. Dua lagi masih dalam pencarian. Mata itu memejam, mendengus kencang. Parang ditangan erat dipegang. Dia berdiri menampakkan sesusuk tubuh yang gagah. Gagal lagi mendapatkan gadis yang sama. Bukan satu kali dia mencuba. Lelaki bertopeng itu lari semula menghilangkan diri.

“INI BUKAN kes pertama Shah!.” Inspektor Yusuf meletakkan fail di hadapan. “Masih lagi tak tahu punca kenapa lelaki ni m******h.”

Shah mengangguk, gambar kematian tiga gadis di daerah itu menjadi tanda tanya. Semua d*****h kejam. Dan kesemua mereka berusia belasan tahun. Baru sahaja tamat sekolah. Yang menjadi pelik. Mereka semua tidak ada perkaitan, tapi ada persamaan! Mangsa belum berkahwin, dan masing-masing bukan dari keluarga calang-calang. Mak dan ayah mereka kaya!

“Ni mesti kes ritual ni. B***h, k***r leher, lepastu minum d***h! Kalau tak, kenapa ada lilin dekat sekeliling mangsa. Pemujaan!!.” Inspektor Shah menutup fail. Terbeliak mata Yusuf mendengar, tidak sangka pula kalau ke situ perginya. Dia susah percaya benda-benda mistik ni. Namun tiga kes pembunuhan sebelum ini juga nampak sekata, mereka m**i dalam keadaan yang sama, susunan lilin disekeliling mangsa. Jenuh pula nak mencari manusia yg mengamalkan ilmu hitam ni.

HAKIM BERSANDAR memegang bunga. Ketawa sendiri. Amir memandu di sebelah, tergelak melihat rakannya berangan. Memang Amir belum ada kekasih, tidak seperti Hakim yang sentiasa diburu wanita. Dan wanita yang ingin dijumpai nanti adalah gadis kaya keturunan cina. Hakim memang cari yang kaya sebabnya dia suka jika dibelanja.

Fara… Kulit mulus putih dan tentu sekali cantik. Siapa tidak kenal Fara, gadis sunti dari kawasan pekan mereka. Sebaik sampai, Hakim terus turun dari kereta dan menyuruh Amir memarkir jauh-jauh. Bukan apa… jika nak dibandingkan antara dua, tentu sekali Amir jauh lebih segak, cumanya pemalu, dan dia tidak pernah bercerita pasal wanita sebab tu sampai sekarang tidak berpunya.

Kecil juga hati Amir dihalau begitu, nasib baiklah dia kenal Hakim tu dah lama. Jika tidak tentu sahaja ditinggal dan biarkan Hakim balik berjalan kaki. Demi menghabiskan masa yang terluang, Amir sekadar bermain game di telefon sambil menunggu Hakim menyudahkan pertemuannya. Saat berganti minit, sedar tidak sedar, hampir dua jam juga Amir menepek, sanggup meneman Hakim berdating.

TINA BERJALAN perlahan melalui kawasan taman tersebut, sepatutnya dia mengambil Fara malam ni, Dia dah berjanji. Sesekali menoleh kebelakang, berhenti dan memandang ke arah semak. Haruman itu…. ya dia mengenali haruman itu, sama seperti yang dihidu di rumahnya dulu. Dari tempat dia berpijak, kelihatan bunga putih, harum sundal malam bersepah, beralur hingga ke arah semak samun. Cepat-cepat Tina mendongak memandang atas, risau pula jika ada Maya Karin seperti mana lakonan wanita itu sebelum ini. Bunga itu diletakkan kembali dan Tina berjalan cepat.

Dari dalam semak, lelaki yang sama, bertopeng memegang parang berjalan laju mengekori. Hanya beberapa saat sahaja dia sudah berada di hadapan mata. Tina tergamam, tidak bergerak, ketar seluruh tubuh. Tanpa ada bicara, parang itu dilibas mengenai leher, dalam keadaan berdiri, kepala Tina terjuntai kebelakang, akibat kelaran itu yang hampir memutuskan sambungan kulit. Tidak lama kemudian Tina jatuh melutut dan terlentang. Manusia bertopeng itu menarik Tina ke dalam semak.

FARA TERTOLEH-TOLEH mencari Hakim. Katanya sekejap sahaja ke tandas, namun hampir setengah jam juga dia menghilang. Fara berjalan ke arah di mana kereta Hakim diparkir, berharap berjumpa lelaki tu di situ. Namun tiada juga sesiapa. Hakim tiada, Amir pun sama. Hatinya hairan, dia menoleh sekeliling, melihat jam di tangan. Sepatutnya Tina sudah datang untuk mengambilnya. Masih juga tidak mucul. Hakim dan Amir juga entah ke mana. Fara hanya menunggu….

“Fara?.” Sapa Amir dari belakang, terkejut wanita itu sampai terlompat. Entah dari mana sahaja Amir. Tiba-tiba wujud. “Fara cari siapa?.” Tanyanya lagi

“Hakim…”

“Bukan dengan Fara ke?.” Amir duduk di kerusi penumpang. Dia menyambung main game. Tangannya yang bertanah dikibas kibas.

“Tadi ada, tapi hilang.”

“Owhhh…. ok” Jadi Amir menyuruh Fara tunggu sehingga Hakim sampai. Mereka berbual ala kadar. Bercerita perihal sekolah dan lain-lain hal. Tidak lama kemudian barulah Hakim muncul, dengan sedikit berpeluh, terkocoh-kocoh, membetulkan rambut dan baju. Wajahnya tegang. Kedua Fara dan Amir agak hairan, namun Hakim tidak bercakap apa-apa. Jelas wajahnya sangat tertekan.

“Jom balik.” Arah Hakim sebelum duduk di kereta. Moodnya sangat down ketika ini. Namun Fara berkeras untuk menunggu Tina.

“Alaaa… nanti dia tengok awak tak ada, dia balik lah.” Ujar Hakim berwajah mencuka. Dia mahu segera pulang

“Saya tunggu Tina…” Fara meninggi suara, tidak suka dipaksa.

“Tina mungkin tak datang, saya hantar awak pulang.” Hakim tersenyum, mengelap peluh. Dia berdebar tidak menentu. Amir memerhatikannya pelik. Berkali-kali juga Hakim memaksa.

“Kau kenapa Kim? Ada yang tak kena ke?.” Tanya Amir hairan. Aneh sungguh perilaku rakannya.

“Aku tak apa-apa…”

“Macam muka lepas buat salah pula…” Tawa Amir sambil bermain game kembali. Berbaring menunggu Tina seperti mana dimahukan Fara. Hakim pula tidak senang duduk. Tidak lama kemudian terdengar jeritan dari arah semak. Ketiga mereka terkejut bukan kepalang. Fara dan Amir berlari ke arah suara itu. Namun Hakim tidak. Dia tidak bergerak

“Cepatlah!!!.” Arah Amir. Pelik kenapa Hakim tidak mahu ikut sekali. Dia berpatah balik dan menarik tangan rakannya untuk turut serta. Sesampai sahaja, Fara tergamam, dia tidak bercakap dan pengsan. Amir terdiam, terduduk dan Hakim masih bediri melihat orang ramai yang penuh di sekeliling. Mayat Tina dijumpai di dalam semak. Dengan kepala yang hampir putus dan lilin penuh di sebelahnya. Amir dan Hakim saling berpandangan. Wajah masing2 tersimpan seribu persoalan….

 

JENG! JENG! GAME BERMULA… SIAPA PEMBUNUHNYA??

 

“Aku dah kata ni kes pemujaan!.” Pekik Shah tiba-tiba.

“Paaap!!!.” Satu penampar hingga di kepala.

“Kita berdua je yang hidup kat sini…  kenapa nak jerit kat bilik mayat?.” Marah Yusuf mengurut dada. Terperanjat dia.  Balik-balik itu juga yang dinyatakan. Memang keadaan Tina itu sama seperti tiga mayat yang sebelum ini, kepalanya hampir putus dengan lilin bersepah di sisi. Disebabkan tiada suspek atau petunjuk, maka sekali lagi kes ini dalam siasatan. Lagipun mereka tidak berjumpa dengn suspek yg kelihatan seperti pengamal ilmu hitam. Keluarga Tina merayu agar pembunuhan Tina dapat diselesaikan. Masuk Tina sahaja sudah empat gadis yang m**i dalam keadaan mengerikan di kawasan mereka.

BEBERAPA HARI selepas kematian Tina, Amir memandang Hakim curiga, sejak dari malam kejadian,  Hakim banyak diam, ditanya mengenai Tina pun tidak dijawab. Bukan ini kali pertama  kes kematian sedemikian rupa. Malah heboh sebelum ini beberapa gadis ditemui dalam keadaan yang sama. Amir berpaling ke kiri kemudian ke kanan, bergolek-golek. Sebaik melihat Hakim duduk di katil, Amir juga duduk sama. Apabila melihat Hakim baring, Amir pun turut serta.

“Kau kenapa?.” Tanya Hakim pelik.

“Tak ada apa…” Kemudian mereka berdua berbaring kembali. Sesekali Hakim menoleh ke arah Amir, namun Amir juga sama. Mata bertentang mata. Oleh kerana tidak sedap hati, Hakim duduk menghadap rakannya, dia mnghidupkan suis lampu dan menoleh ke arah Amir.

“Kau kenapa hawau?? Kau ada apa nak cakap ke?.” Tanyanya garau, rimas dengan cara Amir. Namun Amir menggeleng dan menutup selimut seluruh badan. Tidak lama kemudian barulah mereka berdua tidur kembali. Tiba-tiba pintu bilik mereka dibuka kuat. Keduanya duduk melunjur menegak badan, terperanjat!

“Baru pukul 9 dan tido?.” Tanya Dali. Dia meletakkan burger di atas meja, setakat dibeli di gerai depan rumah.

“Aku ambik burger dekat budak Erman depan tu. Macam biasa, Dia belanjaaaa.” Lalu mempelawa rakannya berdua dan berbual mesra tak ingat dunia. Selalu kalau tak sempat memang itu jelah yang diaorang hadap. Tapi dia hairan kenapa pula Hakim dan Amir terdiam. Keduanya makan menunduk, masing-masing berlainan perasaan, apa yang nak diluahkan diam terbungkam.

“Korang bergaduh ke?.” Tanya Dali hairan, memang dia tahu rakannya itu rapat antara satu sama lain, tapi tiada jawapan. “Errr Fara macam mana sekarang Hakim. Dia tu kan kawan baik Tina. Yelah…. dia ok tak sekarang ni?.” Dali tidak jadi menelan makanan, masih lagi kedua rakannya terdiam. Dan keadaan terus sepi sehingga habis makan .

Esoknya nak pergi kerja, mereka tidak pergi berdua seperti biasa, Amir menyuruh Dali pulak untuk temankannya. Menurut laporan polis yang dia dengar dulu, gadis yang m**i semua tidak berkaitan, tetapi anak orang kaya. Dekat tempat tinggal mereka hanya berapa k***t je orang yang kaya. Bagi Amir, Hakim suspek utama kerana dia sendiri mengaku dia sukakan wanita yang kaya. Lagipon malam kejadian Tina d*****h, Hakim dalam keadaan terkocoh-kocoh. Tertekan dan berpeluh! Lama benar Hakim pergi buang air. Tentu ada sesuatu yang dilakukan

“Tak baik tuduh Mir… bersangka buruk tu adalah penyakit hati paling dasyat!.” Balas Dali sebaik mendengar penjelasan Amir. Namun Amir perlu mencari bukti yang Hakim terlibat dengan pembunuhan Tina dan gadis sebelum ini, tindakannya itu menyebabkan Dali menjadi hairan.

“Kejap..kejap… kenapa kau beriya nak tuduh Hakim ni? Kau pasti ke?.”

“Aku pasti…” Amir berdehem beberapa kali. Wajahnya berkerut namun tidak memandang Dali, dia banyak menunduk. Setelah bersetuju barulah Amir dan Dali menyelak buku-buku sekolah lama mereka, album, dan segala bagai yang boleh dikaitkan bagi mencari bukti yang sebenarnya Hakim yang m******h kesemua wanita yang sebelum ini. Dah macam detektif pula lagaknya. Beberapa keping gambar diselak.

“Kenapa nak cari gambar lama pula ni?.” Marah Dali.

“Sebab aku tahu Hakim yang b***h mereka.” Beberapa helai album diselak. “Tengok ni! Dia kata tak kenal semua mereka, tapi kenapa dia ada bergambar dengan semua perempuan yang m**i ni.”

“Apa ni Mir!! Gambar aku pun ada kat sini, gambar kau pun ada kan!! Dah tu tak akan ko nak tuduh aku, dan tak akan aku nak tuduh ko!.” Dali malas melayan. Entah kenapa Amir terlalu fobia. Bagi Amir dia perlu mencari siapa pembunuh Tina agar kejadian dapat dihentikan. Kehilangan Hakim pada malam Tina d*****h dan keterangan polis nampak selaras. Cuma pihak  polis tak ada bukti dan masa soal siasat dijalankan, memang semua yang berdekatan menafikan! Pembunuhan ini bukan tentang ritual. Tentu ada rahsia disebaliknya…

HAKIM PULANG ke rumah awal hari ni. Tiada siapa. Sejak kebelakangan ini Amir menjauhkan diri. Sebenarnya dia terasa pelik. Rumah sewa itu memang mereka tinggal bertiga, sepi! Diam! Hakim keluar semula. Dia berjalan dan duduk di gerai burger depan. “Erman! bungkus berger dua ya.”

“Baik bos!!.” Cepat Erman menyiapkan, lagipun memang mereka bertiga pelanggan tetap. “Kenapa sedih ni bang…” Sengaja memulakan perbualan, lagipun sejak akhir ini ketiga lelaki itu jarang lagi membeli di gerainya.

“Tak ada apa…. kau dengar pasal pembunuhan tu?.”

“Owh yang pasal m**i baru-baru ni?.” Lincah tangan Erman mengadun roti dan daging “Kenapa pula tu? Dah selesaikan kes tu?.”

“Polis masih mencari pembunuhnya.”

“Tak lama lagi dapatlah tu. Orang macam tu tak akan lepas. Kadang-kadang orang yang b***h tu orang yang rapat dengan mangsa.” Kata-kata Erman menyebabkan Hakim terfikir-fikir. Adakah selama ini Amir menganiayanya? Lagipun pada malam kejadian Tina d*****h, Amir dilihat keluar dari rimbunan semak.

Selepas mendapatkan burger yang dipesan, Hakim terus masuk ke rumah. Berdebar juga dadanya ingin menyiasat rakan sendiri. Makanan dikunyah perlahan dan selepas habis, siasatan diteruskan. Kaki menginjak tangga, bilik Amir dibuka. Hakim melangkah perlahan membuka almari dan mencari segala bukti yang Amir ketahui. Tidak berjumpa apa-apa. Selepas itu dia melewati bilik Dali, namun terhenti apabila mendapati beberapa kotak lilin berserakan. Banyak! Matanya terbuntang. Dia menolak terus pintu lalu mengutip kotak tersebut. Kematian kesemua wanita itu ada kaitan dengan ritual. Itu yang diterangkan inspektor Shah.

Hakim berlari keluar menelefon Amir. Dia tahu Amir keluar dengan Dali sejak kebelakangan ini.

“Jawab Mir… jawab….” Hakim berlari turun, namun serentak itu juga Dali sudah ada di depan pintu rumah. Dia melirik mata ke arah kotak lilin yang dipegang Hakim. Pintu rumah ditutup, Dali tersenyum menapak menghampiri. Hakim menelan liur.

“JOMLAH FARA… saya minta maaf sangat kalau terpaksa menyusahkan awak.” Amir menyusun sepuluh jari, berharap Fara menemaninya.

“Kenapa tak ajak Hakim?.”

“Sebab saya nak bercakap soal dia ni. Saya perlu berterus terang…. kalao boleh saya tak nak dia tahu” Amir tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Fara pula baru habis kerja, namun dia bersetuju kerana ibu dan ayahnya tiada di rumah dua hari ni. Dia mengikut Amir juga akhirnya. Sepanjang perjalanan Amir senyap tidak berbual. Fara sedikit hairan. Wajah Amir mencuka masam. Sesekali menoleh ke arah Fara dengan pandangan sinis.

“Kata nak bercakap soal Hakim tadi?.”

“Ya.. saya nak bercakap soal pembunuhan Tina…” Amir menoleh menjeling wanita itu.

HAKIM DAN Dali berguling di lantai, habis beselerak kerusi dan meja. Belum sempat Hakim menjerit, Dali menutup mulutnya. Disebabkan Hakim hilang kawalan, Dali menumbuk lelaki itu namun dia turut tercampak apabila ditendang. Hakim mengambil sesuatu, dia mengangkat tinggi. “Kalau kau dekat, aku pukul kau dengan benda ni!!.” Tengkingnya

“Wehh jangan, jangan, jangan. Aku baru betulkan remort tv tu, nanti tak dapat tengok astro!.” Dali menggeleng. Dia duduk mengah. Tidak tahu kenapa Hakim tiba-tiba menyerang. “Cuba kau duduk dulu, bincang dengan aku apa masalahnya ni?.”

“Kau yang b***h Tina dan yang lain-lain?.” Tuduh Hakim “Kau berpura baik dengan kami, agar kami tak tahu kegiatan kau.”

“Kau dah gila ke? Ada bukti?.”

“Lilin ni!!.” Hakim membaling kotak tersebut. “Kau buat apa banyak-banyak lilin. Kau kenal Tina kan? Dan kau rapat juga dengan dia!.”

“Walawei…. semua rumah ada lilin! Kau dah hilang akal apa? Lagipun itu bukan aku punya. Aku nampak dekat dalam tong sampah depan rumah ada banyak, aku hairan!! Jadi, aku bawak masuk rumah semula sebab aku nak tanya perkara yang sama pada kau dan Amir. Aku tahu wanita yang m**i tu dikaitkan dengan ritual…” Dali duduk mengelap peluh.

“Jadi ni bukan kau punya?.”

“Buat apa aku nak beli lilin banyak-banyak wehhh.” Marah Dali. Pening dia! Sekejap Amir menuduh Hakim, sekejap lagi Hakim menuduh Amir, sekarang dia terlibat.

“Kalau ni bukan kau punya, dan bukan juga aku punya… maknanya…” Suasana hening sekejap. Mereka berdua berpandangan.

“KITA DEKAT mana ni Amir?.” Tanya Fara. Namun Amir masih lagi menjengah kiri dan kanan. Tercari-cari orang “Amirrr saya tanya ni apa kita buat dekat sini.”

“Betul ke awak suka dengan Hakim?.” Tanya Amir tiba-tiba. Fara hanya mengangguk. Rasanya soalan itu tidak perlu ditanya. Bukan hak Amir

“Kenapa tanya?.”

“Hurmm….”  Amir berdehem, berdiri menjauh menapak beberapa langkah kehadapan. Dia berpusing semula, menunduk, memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluar, berdiri tegak.

“Sebenarnya apa Amir? Kalao tak ada apa saya nak balik ni….”

“Hakim tu memang kawan saya Fara…” Kali ini Amir mendongak memandang wanita itu, Fara berdiri, menapak kebelakang. Dadanya menendang laju. Amir kelihatan garang pada pandangan matanya.

“ERMAN KALAU nampak Amir, call polis!.” Arah Hakim terkocoh-kocoh dan mereka bergegas menaiki kereta. Erman dan beberapa pelanggan yang sedang membeli tercengang dan terlopong hairan.

“Kenapa kau tuduh Amir pula ni??? Siasatlah dulu!!.” Tanya Dali hairan. Dan barulah Hakim menceritakan, pada malam Tina d*****h itu, dia melihat Amir keluar dari semak, tertunduk-tunduk, dan menyorok malah Amir berseorangan ketika itu. Tidak tahu apa dibuat. Tidak lama kemudian dia dapat tahu Tina d*****h. Sudah pasti sahaja Amir adalah pelakunya. Jarak masa yang sangat dekat!

“Patutlah dia beriya tuduh kau HaKim… beriya cari bukti yang kau m******h… rupanya dia nak selamatkan diri dia.. Tak guna punya Amir. Dia tentu sahaja akan buat semua orang percaya yang kau adalah pembunuhnya Hakim!.” Tegas Dali.

FARA MENGANGGUK mendengar Amir bercerita, sesekali dia menguap, melihat lelaki tu mengeluarkan air mata hanya bercerita pasal kekasih lama, sudah tentu sahaja menjengkelkan. Lelaki mana yang menangis hanya kerana wanita? Ada ke? Hurmmm

“Sebab tu saya tak nak awak diapa-apakan Fara… saya tahu Hakim yang b***h Tina malam tu.” Sebak hati Amir saat membayangkan yang rakannya akan ke tali gantung, namun dia tidak ada keberanian untuk menceritakan kepada pihak polis.

“Amir… saya rasa awak ni merepek lebih lah… awak nak cakap dia yang m******h, bukan ke awak juga hilang pada malam yang sama. Sudah!! Saya tak nak dengar benda mengarut ni. Saya tak percaya.”

“Saya tak tipu…. saya nampak dia malam tu….” Jawab Amir bersungguh, berharap yang Fara percayakannya. Namun tidak lama kemudian Fara meminta diri untuk pulang ke rumah, kebetulan rakannya ada di situ. Jadi dia mengambil keputusan untuk balik bersama rakannya sahaja. Amir tidak bercakap banyak, dia mengeluh melihat Fara pergi. Wajahnya masam mencuka. Tidak berjaya meyakinkan Fara! Telefon berbunyi, Panggilan Hakim dijawab dan dia bersetuju untuk berjumpa.

HAKIM MENGHENTIKAN kereta di tempat yang dinyatakan oleh Amir. Sebaik mereka berdua bertemu,  Hakim terus menuduh. Malah dia tidak memberikan peluang untuk Amir bercakap langsung. Tiba-tiba sahaja dia memusingkan tangan Amir kebelakang dan menghentak tubuhnya ke arah dinding batu, seperti polis pula gaya. Tercengang Amir ketika itu.

“Apa benda ni???”

“Kau dah buat salah kau tak nak mengaku. Sudahlah Amir!! Aku tahu kau yang b***h Tina dan semua perempuan tu. Aku nampak pada malam Tina d*****h kau yang keluar semak. Ikut aku pergi balai polis!!”

“Aku tak b***h dia lah!!.”

“Habis tu apa kau buat kat dalam semak malam tu ternyorok-nyorok??.” Namun Amir terdiam, Dia tergagap untuk berterus terang.

“Cakap!!!.” Tengking Hakim, masih lagi dia memulas lengan lelaki itu. Mahu tidak mahu, Amir terpaksa berterus terang.

”Aku nampak apa kau buat malam tu Hakim!!!” Tengkingnya. Hakim melepaskan dan berundur. Terperanjat.

”Ko nampak???”

”Semuanya… apa yang berlaku… ko yang b***h Tina!!!” Jerkah Amir. Hakim menoleh sekeliling. TIDAK Menyangka jika Amir nampak segala galanya apa yang dilakukan pada malam itu. Wajahnya merah padam

MALAM KEJADIAN…

Amir terasa nak ke tandas, tapi apabila sampai, rupanya tandas di kawasan taman itu tutup. Jadi dia berpusing-pusing mencari tandas lain. Apabila tidak berjumpa, dia bercadang untuk melepaskan hajat murninya di sekitar kawasan berdekatan.

“Tak boleh… nanti orang nampak.” Jadi Amir berjalan jauh sikit ke dalam semak, namun tiba-tiba dia terlihat Hakim sedang mencangkung tidak jauh dari kawasannya. Malah sedang leka dengan nyanyian kecil.  Punggungnya tergelek-gelek menari, badannya melentok lentok bak tarian hindi. maklumlah tiada orang.

Terbeliak mata Amir. Satu rahsia besar yang dia tahu tentang Hakim kali ini. “Aiseyhhh…. patutlah kalau dia guna tandas lama… itu kerja dia…” Bebel Amir menepuk dahi. Oleh kerana tidak mahu Hakim malu, Amir terpaksa juga menyorok, menunduk sehingga lah Hakim selesai. Amir tidak jadi buang air, hilang pula selera. Dia mengundur dan keluar ikut kawasan lain agar tidak dilihat oleh Hakim. Berharap dia tidak perlu mengulang cerita yang Hakim itu terkantoi buang air dengan penuh gaya.

Hakim selesai hajat, zip seluar, berdiri menoleh sekeliling, dia melihat Amir keluar dari semak, tertunduk-tunduk, dan menyorok, malah Amir berseorangan keluar dari kawasan itu. tidak tahu apa dibuat. Hakim hairan namun tidak pula dia ingin bertanya. Sebaik sahaja Hakim melangkah. Perutnya pula memulas.

“Aduhhh time aku nak dating time tulah kau nak berak!.” Bentaknya keras. “Ni macam tak jadi dating je ni, baik aku balik, buatnya aku tercirit nanti mampos aku!!.” Beberapa tapak melangkah dia terkentut, Hakim membongkok cuba mengambil bau, dan  bau dia… Pergh!!!. Hakim berhenti seketika, membiarkan bau itu hilang, dia mengibas-ngibas p******g agar bau itu tidak mengikutinya bersama.

“Aiseyhhh kalau Fara bauuu, konfirm talak tiga ni..” Dia membebel sambil berjalan

namun perutnya yang memulas memaksa Hakim lepak dahulu sebelom bertemu rakannya. Hakim berpeluh-peluh menahan, malah wajahnya ketat cuba mengawal reaksi muka.  Tidak lama itu dia muncul, sedikit berpeluh, terkocoh-kocoh, membetulkan rambut dan baju.

“Jom balik.” Arah Hakim sebelum duduk di kereta. Moodnya sangat down ketika ini. Dia terpaksa menahan cirit yang sudah hampir di hujung-hujung. Hanya orang pernah merasainya tahu bagaimana azab melaluinya. dan Fara masih lagi mahu menunggu rakannya? Owh man!! Fara tetap berkeras untuk menunggu Tina  pada malam itu.

“PUIHHHH!!” Amir meludah. Tidak pernah lagi dia jumpa orang sepengotor Hakim! Cium kentut sendiri!!

”Jangan beritahu sesiapa weh!! Malu aku!” Hakim menggaru kepala.

“Kau bila last makan tapak kasut saiz 18?.” Marah Amir menerangkan duduk pangkal cerita asalnya. Sudahlah tak pasal-pasal tangannya dipulas. Dan memang dia langsung tidak tahu menahu tentang kotak lilin yang banyak di dalam tong sampah depan rumah.

“Kau ingat kita duduk zaman batu ke nak pasang lilin? Lampu tak ada?.”

Hakim terdiam. Mereka berdua duduk rehat  setelah tahu kisah sebenar. Amir memang cukup meluat mendengar cerita tadi, susah payah dia menyiasat, patutlah Hakim berwajah cuak, rupanya dia hanya tahan berak???!

“Mana Dali?.” Tanya Amir lelah.

“Dia tak jadi ikut aku. Dia kata ada hal nak settle.” Hakim dan Amir berpandangan. Terdiam!

“Dali!!!.” Serentak kedua mereka menjerit

HARI INI Fara menyendiri, bosan juga apabila ibu bapanya tiada, pergi rumah saudara. Anak tunggal tidak ada adik beradik duduk di rumah besar, memang  sunyi. Fara berhenti melangkah. Melihat apa yang dipijak. Haruman itu…. dia membongkok mengambil bunga yang diletak sepanjang perjalanan ke kawasan belakang rumah. Bunga sundal malam itu bersepah namun menuju ke suatu kawasan jauh di pedalaman semak belakang. Dia berjalan perlahan ke arah kawasan itu.

“KAU PERCAYA sangat Dali tu!!.” Marah Amir

“Mana aku tahu dia yang b***h!! Dia tipu aku!! Dia yang punya angkara semua ni. Dia tahu kegiatan dia terbongkar sebab tulah dia tuduh kau Amir!.”

“Alahh kau pun tuduh aku juga Hakim…” Perlinya. Sebaik kereta berhenti dihadapan rumah. kereta Dali tiada di situ. Erman juga sudah tutup gerainya. Namun jiran sebelah sibuk terngintai.

“Mak cik bawang… eh! Mak cik Dayang… ke mana Dali?.” Tanya Hakim

“Owh dia kata nak ke rumah Fara.” Tidak membuang masa mereka berdua segera memandu pergi. Dan sesampainya ke rumah Fara benar!! kereta Dali ada di situ. Hakim dan Amir membawa  kayu masuk ke dalam. Hari ini mereka terpaksa juga menggunakan kekuatan super saiya jika ada apa berlaku. Takut-takut tapi berani.

Suara jeritan Fara kedengaran. Apalagi kedua mereka menendang pintu depan dan kelihatan seorang lelaki bertopeng sedang memegang Fara, tangannya sebelah menggenggam parang, diangkat tinggi separas bahu siap untuk menamatkan riwayat mangsanya.

“Dahlah Dali!! Kau tak payah jadi syaitan, kami tahu itu kau!!.” Tengking Hakim

Fara cuba bercakap namun cepat Hakim memotong, mengangkat tangan separas bahu. masa ni lah tunjuk hero. “Fara tak apa, awak jangan risau,” Hakim mendongak memandang Dali. “Dali! baik kau serah diri!!.”

Suasana senyap, tidak bercakap.

“Hakim…” Fara cuba menerangkan.

“Fara… awak akan selamat, saya akan pastikan yang Dali ditangkap dan dihukum. Orang macam dia tak layak untuk hidup. Sepatutnya kau dah lama m**i!!! Dasar khinzir!!”

“Oi!! Cakap tu baik sikit!!.” Satu suara berbunyi dari belakang. Serentak Amir dan Hakim menoleh. Dali duduk terikat di kerusi tidak boleh bergerak, terperanjat kedua mereka.

“Apa kau buat kat sini Dali!!!.” Marah Amir.

“Aku tak jadi ikut kau sebab aku ada hal…. lepas aku mandi… aku nampak dia buang kotak lilin depan rumah kita.” Marah Dali Lantas mereka semua memandang depan. Lelaki bertopeng itu ketawa kuat menanggalkan sarungnya.

“Erman!!!!!!.” Serentak mereka semua menjerit.

“Yaaa aku!!! Sengaja aku buat korang curiga satu sama lain. Senang kerja aku nak b***h semua perempuan ni!! Tak ada orang syak!!”

“Puihh!!!!.” Sekali lagi Amir meludah. Patutlah selalu bagi burger free… memang lepas ni sesiapa pun yang bagi dia makan free Amir berjanji tidak akan terima. Diam ubi berisi, ada maksud rupanya di sebaliknya.

“Aku b***h mereka sebab diaorang ni berlagak! Aku tahulah kaya, kau tak pandang orang macam aku ni ???!” Marah Erman geram. Kelima lima gadis itu pernah cuba untuk didekati, namun alasan mereka sama, tidak memandang orang tidak berpangkat atau bernama. Bila mendapat tahu Fara dan Tina berkawan dengan mereka bertiga, Erman menyusun rancangan.

Sebaik Erman mengangkat parang, kedua mereka berlari menerpa. Berguling, bertindih, bergolek antara satu sama lain. Fara membuka ikatan Dali dan mengucapkan terima kasih kerana cuba membantu. Dali membantu rakannya dan Fara berlari keluar meminta pertolongan jiran. Nasib baik sahaja Dali sampai tepat pada masanya tadi.

Tidak lama kemudian Inspektor Shah tiba, dia berlari ke dalam rumah tersebut selepas mendapat panggilan dari Dali awal tadi. Dia terus mendapatkan Erman dan menggari lelaki itu. Erman di bawa menaiki kereta ke balai polis dan Yusuf serta Shah mengucapkan terima kasih kepada kesemua mereka walaupon dia agak marah tindakan mereka secara sendiri. Kes selesai!!

Pintu kereta ditutup.  Shah bersandar. “Tak sangka yang Erman sengaja letak lilin tu untuk mengaburi mata kita! Tak ada motif ritual pun dia m******h!”

“Paaap!” Satu penampar hinggap di kepala.

“Berapa kali aku nak cakap jangan jerit kalau cuma kita berdua je yang ada…..” Marah Yusuf sambil menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

“Buruk sangka adalah penyakit hati yang paling dasyat.”…. “Apa yang kita nampak selalunya tak seperti apa yang kita nampak.”

So? Siapa yang korang syak pembunuh pada awalnya? Hehehe.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

340 thoughts on “#CeritaNasa – Siapa Pembunuhnya? (Full)”

  1. okay kak jujur lar memang 1st aku syak Hakim,second aku syak Dali. ehhh alih2 si Erman rupanya pembunuh tu . Thumbs up kak nas,berdebar2 aku baca .

    Aku bagi semua lilin2 dikedai,ehh silap semua bintang2 dilangit .

    *muahh dahi

    Reply
  2. Terbaik..
    First aku syak amir sebab dop kibas2 tangan dia yg bertanah
    Second syak hakim sebab datang dengan tergopoh-gopoh.
    Then Dali la.
    Last sekali orang lain yang buat…kuang3..
    Da macam Detektif Conan da aku rasa…

    #peminatceritanasa

    Reply
  3. 1st..saya syak…orang yg x dikenali…pastu ada juga syk erman…tapi dia cuma watak minor je… tak kan la dia pulak..pastu syak amir ..dali…hakimm…ataupun fara…haha…semua la saya syak

    Reply
  4. First syak amir sebab lap tanah tuh kann… pastu beli teringat erman asyik bg burger free ku ingatkan dya yg b***h sbb nak lakukan kedai burger dya.. hahahaha jauh tersasar lak ??

    Reply
  5. eh..kat sini pon sunyi?mana sume org?
    aq teka erman.sbb aq tau penulis mst putaq2 cerita.jadi mula2 aq teka fara..bila watak erman masuk aq teka erman plk..bijak kan aq..best cerita ngko nasa.

    Reply
  6. Mula2 syak hakim, lepastu Dani lepastu eh amir punya angkara ke? Lepastu otak dok syak si hakim balik. Apeni? Last2 give up and I thought Fara tu kot suspek utama sebenarnya huahua. Sekali haa si penjual burger yg empunya angkara.

    Hmm normal la tu manusia akan percaya dengan apa yg diorg nampak pada pandangan pertama. Siasat belakang kira, janji diorg percaya dgn apa yg mata diorg nampak.

    Reply
  7. “Owh yang pasal m**i baru-baru ni?.” Lincah tangan Erman mengadun roti dan daging “Kenapa pula tu? Dah selesaikan kes tu?.”

    “Polis masih mencari pembunuhnya.”
    -Bukan nak menipu. start ni aku da tahu sape pembunuh dia. Sebab writer biase akn timbulkan watak baru dan kurang bercerita tentang watak. pape pun best..

    Reply
  8. Bersimpang siur otak akak menganalisis. Erman2…kau yg punya angkara yer..sedih akak.xpsl2 buat dosa kering tuduh 3 sahabat tu pembunuh…huhu

    Reply
  9. Aku dh agak ermann. Hahaha katakn insp. Dr awal2 cerita CN mcm xde ken mngenaa je. Pastu tiba masuk dierg ber3 salahkn satu sama lain dh agak erman punya kerja sbb erman mcm xde watak HAHHAHHAHAH.

    Reply
  10. Plot twist habis kn CN ne.. memula aku syak hhmm dali.. den erman.. sebab bagi aku biasanya mesti watak2 yg minor ne lah yg b***h

    Apapun mcm biasa story memang best ????? ?????

    Reply
  11. Mula² ingat Amir, sebab Hakim mg nmpak obvious akn dijdkan sbg tertuduh pertama dlm kes ni. Jadi Hakim disqualified hehe. Then bla Dali muncul, start tmbahkan Dali sbgai suspek. Tp last² rupanya Erman, aiseyh. Mg dahsyat oenykit hati ni. Btw, best n keep it up ??

    Reply
  12. Kay…
    Akk baru smpi part Dali blk bwkkan beger utk Amir dan Hakim…
    Bersungguh tangguhkan bace sbb x sabar nk jwb…
    Haahahahahha…

    Akk teka Hakim dah ternampak Amir b***h Tina mase die buang air…
    Betol tak????
    Kay…
    Nk smbg bace lagi…
    Berdebor ni nk tau pembunuh sbnr…

    Reply
  13. Pembunuhnya ialah ERMAN! yeayyyyy! ??

    Tumpang sikit eh. Aku nak bagitau satu teka teki melalui pepatah ni. Ok aku tipu. Huhu

    Mengaku dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih.

    Pandai menasihati orang jangan dok merapu sana sini, tapi sedar tak diri itu pun merapu juga yang tiada kaitan dengan cerita?

    Cakap baik, cakap bagus. Tapi sedar tak diri sendiri cakap tak serupa bikin?

    Sekadar memberitahu sahaja. Cermin diri sendiri sebelum melihat diri orang lain pada cermin yang lain.

    Miss my tea? Lets have a cup!

    Reply
  14. stori kak nasaaaa memeang tak penah mengecewakan.
    pembunuhnya ermann. memula ingat hakim. sebab die berpeluh semacam je. pastu amir pastu dali. hahah
    seb bekla ade 3 ketul tuh je. kalo ade 10 ketul orang dlm ni. 10 ketul la mawar syak. kahkah!

    Reply
  15. as usual # 9.8/10 #

    kak Nas!!! Maira dah baca. Dah buat marathon.. sat lagi maira review satu2 ye citer kau kak.. hahaha

    untuk setori ni.. nice! kau twist otak orang sesuka hati kau je kan kak?? Mule2 Maira ingat Amir takpun Hakim. Pastu Dali. Pusing2 diorang bertiga je la yang Maira duk teka. Tak terfikir pula si Erman tu sebab dia tu macam tak penting sangat dalam cerita ni. Rupanya silap! hahaha yang tak penting tu la kadang2 penyebabnya…

    sama jugalah kesnya pada sesetengah keadaan. Adakala kita nampak omelan orang yang entah apa-apa tu tak penting dan semak! Tapi hakikatnya, dalam tak sedar omelan tu la yg jadi penyeri.

    NEXT STORY PLEASE!!!

    Reply
  16. wahhh best ni main teka2..
    Mula2 ingat ke Amir, tapi rasa curiga pulak kat Hakim. Tapi bila Dali bagi burger, rasa mcm Dali je pembunuh. Hm, masa Amir jumpa Fara, mula syak Amir pembunuh. Pastu bila Amir cakap dia nampk semua Hakim buat kat semak tu, rasa mcm nak tuduh Hakim balik. Kadang2 rasa mcm Fara tu yg b***h. Tak terpikir langsung Erman permbunuh sebenar haihhh.

    Ok, aku tak boleh jadi penyiasat.

    Reply
  17. Lina berpegang teguh Dali seorang pembunuh, Tapiiiiii tak sangka Erman orangnya, ingatkan dia iklan burger je dalam cerita ni hahaha pandai twist eh CN. Best best.

    CN, Lina nak tahu ni kisah benar ke atau fiksyen untuk pembaca perah otak?

    Reply
  18. Erman keluar lambat sangatt.. Mula-mula ingatkan amir, pastu yg jumpa lilin tu ingatkan dali,meiyo syak dia reka2 je lilin tu jumpa dpn rumah padahal dia punya… Last last erman cissss…tapi kelakar la masa dali sergah “oi cakap baik2 sikit” lepas dikhinzirkan ?.. Overall best.. Busuk hatinyaa seorang manusia,sampai nak bunuh2.. Kalau tak diterima, move on jela hish

    Reply
  19. Mula aku target hakim tp terlalu mudah nak jd target lg satu kat mana dia nak simpan parang dia yg berdarah tu. Aku suspek dali dgn erman

    Reply
    • wow! detail. aku pun tak terfikir pasal parang dia guna tu walaupun aku yang menulis. hhaha sebb aku target nak ketengahkan hakim, dali dan amir. sebb aku nak jadikan erman suspek hahahah

      Reply
  20. Jalan cerita yang sangak menarik kerana telah dipusung beberapa kali..Kepala saya pun berpusing juga..Rupanya Erman,saya ingat Amir

    Reply
  21. Jalan cerita yang sangak menarik kerana telah dipusing beberapa kali..Kepala saya pun berpusing juga..Rupanya Erman,saya ingat Amir

    Reply
  22. pusing nama sana sini rupanya si penjual burger.

    kalau panjangkan lagi kisah ni lagi best, sb penceritaan menarik sgt.

    tp ok la kisah ni walaupun baru nk panas enjin dah habis hihi. settle cepat

    Reply
  23. First amir
    Second hakim
    Third dali
    Erman? Tak ada dalam senarai 😂
    So aku tak boleh jadi inspektor, semua aku syak aku tangkap

    Reply
  24. ermm mula2 igt inspektor tu yg b***h..pastu syak hakim subahat ngn fara…ad gak syak erman tu..tpi syak kat dali lgi kuat..heehe..last2 btul erman..huhuhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.