Ceritera Budak Asrama

Budak asrama dengan cerita-cerita mistik ni memang tak boleh dipisahkan kan? Orang kata sebab asrama ni biasa buat kat tapak-tapak kubur jepun lah apalah. Yang pasti asrama memang selalunya letak kat ceruk hutan simpan punya lah. Tempat jin bertendang orang kata. Ok, aku sebenarnya nak share cerita mistik yang jadi sepanjang aku dok kat asrama dari sekolah sampai lah ke U.

Ceritanya masa aku form 3. Ada satu hujung minggu tu aku balik sebab ada family day. Bila aku balik semula ke asrama aku rasa macam pelik sangat. Untuk yang pernah dok asrama, mesti korang tahu kan macam mana suasana asrama hujung minggu. Aku tak tahulah tempat korang sama tak dengan tempat aku. Asrama aku hujung minggu selalunya memang macam tapak pesta. Especially kat bilik TV (bilik khas untuk tengok tv), sebab hujung minggu jek kitorang dibenarkan untuk tengok tv. Tapi kali ni aku balik, asrama senyap gila macam takde orang. Aku dah pelik dah tapi tak fikir apapun. Sampai dorm jumpa kawan aku, 1st ayat dia cakap “Kau balik macam-macam jadik weyh”. Bila aku tanya dia cakap nanti dia cerita, sampai ke sudah tak cerita pun. Hehe..

Malam tu prep macam biasa. Tapi aku still dalam mood excited nak bercerita dengan kawan-kawan. Orang baru balik bercuti katakan, tapi hampeh member tak layan. Tengah syok cerita tetiba dengar suara budak perempuan jerit. Mula-mula bunyi kat atas (kelas aku time tu tingkat bawah sekali). Yang kat atas dah senyap ada pulak sambung kat bawah……pulak. Aku dah start seram dah. Rupanya ini cerita yang kawan aku nak cerita tu. Beberapa ketika jeritan tu main sahut menyahut, tetiba ramai-ramai pulak menjerit serentak.

Memang kucar-kacir betul sekolah time ni. Aku yang tengah mood excited tadi, terus lemah semangat sebab terkejut sangat. Yeklah, orang lain dah mengalami malam sebelumnya, kira tak berapa terkejut lah. Aku ni…baru balik holiday kotttt…Serious lutut longgar time ni tak boleh berdiri. Terkejut sangat punya pasal. Member-member dah kumpul kat aku sebab takut kena kat aku pulak. Tapi alhamdulillah lepas aku baca-baca ayat sikit dapat balik semangat yang hilang. Sebabkan kelas kitorang kat bawah sekali, kitorang kena berkumpul kat bilik rawatan (tempat budak-budak yang kena histeria dikumpulkan) untuk tolong cikgu tenangkan kawan-kawan yang kena. Aku cuak gak time tu, tapi tak tahu mana datang kekuatan tetiba jadi berani.

Kat dalam bilik tu, aku kena tolong pegang sorang junior, sementara ustaz nak rawat budak tu. Budak tu sikit punya kecik, empat orang pegang pun dia boleh lepas korang bayangkan. Badan aku dah sakit-sakit dah nak kawal budak tu. Pastu ustaz minta aku bacakan 3qul..Ehh ke baca qulhuwallah tu sambil picit ibu jari kaki budak tu. Mak aii…dia punya meronta macam nak tercabut tangan aku. Tapi alhamdulillah pulih jugak lepas ustaz baca-baca. Kat dalam bilik tu sebenarnya macam-macam lagi jenis yang kena. Ada yang perempuan tapi keluar suara garau lelaki. Ada yang sampai 2-3 budak laki pegang pun dia boleh lepas. Yang tu paling dahsyat pada aku.

Rasanya adalah juga dalam seminggu benda ni berlarutan. Dan sepanjang tu jugak lah aku akan terbangun setiap pukul 3 pagi. Korang bayangkan pukul 3 pagi semua orang dah tido mati kot. Time aku terbangun tu, bunyi orang ngigau bersahutan-sahutan aku dengar. Best kan? Kalau ngigau biasa-biasa takpe, ni sampai macam ajak berbual. Yang paling best, member sebelah aku ngigau siap nak cekik aku. Ko rasa? Benda terjaga setiap pukul 3 pagi ni berlarutan makan minggu juga lah, even kes histeria tu dah setel. Time tu aku menangis-nangis cakap dengan mak aku nak pindah sebab tak tahan asyik bangun pukul 3 pagi. Last-last mak aku bawak pergi berubat jumpa ustaz.

Bila jumpa ustaz, ustaz cakap memang ada yang datang sekolah aku tu. Dia panggil “orang laut”. Aku tak tahulah orang laut tu macam mana, Cuma sebab sekolah aku ni dekat gak dengan pantai, so aku rasa “penduduk-penduduk” situ gak yang tumpang lalu kot. Lepas berubat tu alhamdulillah ok. Rupanya, lepas aku berubat tu baru aku tahu, akak dorm sebelah pun kena sejenis macam aku. Asal 3 pagi jek terbangun.

Dia pun sampai nak pindah gak, dia lagi kesian sebab stress nak SPM lagi. Aku cerita yang aku pergi berubat segala. Aku tak tahu lah dia pergi berubat juga ke, atau lepas aku berubat memang gangguan dah hilang ke tak tahu lah. Yang penting dia stay kat sekolah tu sampai habis SPM. 5 tahun sekolah kat asrama ni memang macam-macam yang aku nampak. Kelibat-kelibat yang macam chipsmore sekejap ada sekejap takde tu memang dah biasa. Tapi part yang histeria ni yang aku paling terkesan.

Aku rasa dah panjang sangat aku cerita part sekolah nih. Tak seram kot, tapi cukuplah jadi pengalaman yang memang aku tak nak lagi berulang (even berulang gak kat U tapi tak secara besar-besaran). Oh ye, sebelum aku terlupa, korang tahu tak after-effect kes histeria tu? Salah seorang senior aku sampai terpaksa berhenti (bercuti panjang lah kiranya) sebab yang masuk dalam badan dia ada sekeluarga dan tak nak keluar. So dia tak boleh nak belajar sebab dia pun bukan diri dia yang sebenar. Korang fahamkan? Memang kesian aku tengok.

Ada seorang lagi junior aku, benda yang masuk dalam badan dia suka sangat dengan dia. Tapi bila pujuk-pujuk dia nak keluar. Cuma before keluar tu dia bagi “hadiah” sixth sense sebagai tanda kenangan katanya. Tapi junior aku tu taknak & pulang balik. Kalau aku pun tak sanggup kot. Member aku yang kena pulak cerita (benda tu cerita kat dia), sebenarnya sekolah kitorang kena serang sebab benda tu kata kitorang kacau tempat dia. Sebenarnya, beberapa hari before kejadian hutan kat belakang asrama terbakar.

Puncanya orang kata, ada strangers nak ceroboh masuk sekolah (asrama perempuan sebenarnya) tapi tak dapat. Entah macam mana hutan boleh terbakar pula aku pun tak pasti. So ustaz-ustaz yang buat rawatan ni, buat perjanjian dengan ‘dorang’. Dorang dapat penempatan baru kat satu pokok kat dalam kawasan sekolah aku. Lepas kejadian tu, kalau tengok pokok tu memang agak pelik lah. Sebab dia sebatang jek kat tengah-tengah kawasan lapang, merimbun hijau pulak tu, macam dijaga. Yang pasti, takde orang berani dekat dengan pokok tu.

Pesan aku untuk yang dok asrama ni, banyakkan baca al-Mulk & yassin sebagai pendinding diri. Jangan lupa lazimi quran & benda-benda yang sunat selain yang wajib. Insyaallah selamat hendaknya….

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

Be the First to Comment!

avatar
wpDiscuz