Hai semua pembaca FS, terlebih dahulu saya ingin menerangkan bahawa cerita pertama saya iaitu “Cermin Antik” adalah rekaan semata-mata sahaja dan tiada berkaitan dengan hidup dan yang m**i. Andai tersalah susun ayat dalam cerita saya, mohon maaf yer. Ceritanya bermula begini. Sekitar tahun 1993, Scott dan Maritza yang baru sahaja ingin mendirikan rumah tangga bercadang ingin membeli sebuah banglo untuk belajar hidup berdikari. Scott dan Maritza sudah lama berazam ingin memiliki rumah idaman mereka sendiri kerana mahukan “Privacy” dalam kehidupan seharian. Perjalanan mereka dalam mencari rumah idaman dipermudahkan oleh rakan karib Scott iaitu Mila yang merupakan rakan sekerjanya. Mila mempunyai perasaan cinta terhadap Scott namun dipendamkannya sahaja sehingga suatu hari Mila diberitahu bahawa Scott akan berkahwin. Hatinya remuk dan bersumpah untuk merosakkan kebahagiaan mereka.
Suatu hari Mila telah berjumpa Bomoh untuk meminta ilmu pengasih dan ilmu penunduk. Bomoh tersebut memberitahu bahawa ubat tersebut mesti digunakan selama satu hari sahaja. Berjaya atau tidak terpulang kepada Mila bagaimana beliau meletakkan ubat tersebut kedalam minuman Scott. Keesokkan harinya, di syarikat Scott dan Mila mengadakan mesyuarat tergempar. Mila tanpa membuang masa terus memasukkan ubat tersebut kedalam minuman dimeja Scott. Nasib menyebelahi diri Scott. Semasa tukang bersih mengemas meja Scott, tukang bersih tanpa sengaja telah terjatuhkan air minuman Scott. Mila yang melihat kejadian tersebut merasa sakit hati kerana usahanya gagal.
Sekali lagi Mila bertemu dengan bomoh. Kali ini bomoh tersebut telah memberi Mila sebotol kecil minyak dagu. Kata bomoh tersebut, minyak dagu itu bukan sebarang minyak dan ia mempunyai kuasa yang sangat luar biasa dimana sesiapa saja yang melihat seseorang tersebut akan tertunduk kepada sesiapa yang ditujunya. Hanya tubuh dan jasad si pemakai yang meninggal sahaja dapat memulihkan orang yang terkena ilmu hitam tersebut. Mila, yang mendengarkan arahan daripada bomoh tersebut menggiakan segalanya. Petang itu, Mila memulakan rancangannya. Mila telah menelefon Scott untuk pergi kerumah banglo milik Scott kerana mempunyai masalah. Scott yang kebetulan masa itu tidak mempunyai rancangan lansung saja ke banglo tersebut untuk menyelesaikan masalah rumah tersebut.
Setibanya Scott dihalaman banglo tersebut, Scott telah disambut baik oleh Mila. Scott terus terpukau dan tidak sedar akan perbuatannya. Mata Scott layu dan memuji kecantikkan Mila petang itu dan langsung lupa akan tujuannya. Scott tanpa segan silu telah menyatakan luahan hatinya kepada Mila.
“Wah, cantiknya kau Mila. Kenapa selama ni aku buta akan kecantikkan yang kau miliki, sungguh sayang kalau kau tidak menjadi isteriku.” Luahan Scott.
Mila yang mendengar setiap tutur kata dari Scott tersenyum kegirangan dan langsung menjawab persoalan dari Scott; “Mila kalau cantik hanya untuk abang jer, abang saja yang tak pernah tengok Mila.”
“Eh, Mila janganlah macam itu, kalau macam itu biar abang tidur dengan Mila malam ini untuk buktikan rasa cinta abang kepada Mila.” Ucap Scott kepada Mila.
Mila berasa senang hati mendengar kata-kata tersebut. Mereka berdua langsung sahaja masuk ke banglo tersebut. Scott tanpa sedar telah melakukan hubungan intim bersama Mila. Keesokkan harinya, Mila dan Scott pergi bekerja seperti biasa. Apa yang mengejutkan pekerja lain akan keintiman Scott bersama Mila ditempat kerja. Ada yang beranggapan bahawa Scott telah putus bersama Maritza. Setiap hari perangai dan perubahan Scott mula berubah dimana dia tidak lagi menelefon Maritza untuk bertanya khabar, mula tidak balik kerumah. Pabila bakal isterinya Maritza menelefon, Scott akan memberikan pelbagai alasan terhadapnya. Maritza mula perasan akan perubahan tersebut.
Sebulan telah berlalu, Scott bagaikan tidak terurus dimana dia seperti orang gila dan asyik menyebut nama Mila sahaja. Melihat keadaan Scott yang tidak terurus, Maritza telah mengupah Aiman untuk menjaga banglo tersebut kerana dia tidak mampu tinggal disana kerana terpaksa berulang alik dari tempat kerja ke banglo tersebut disamping itu menjaga tunangnya. Semakin hari badan Scott mulai susut dan meracau tidak tentu arah. Melihat Scott selalu menyebut nama Mila, Maritza mula mengesyaki sesuatu. Maritza telah membawa Aiman untuk berjumpa Mila di banglo tersebut. Setibanya di banglo tersebut, Maritza bertanya kepada Mila apa yang telah Mila lakukan terhadap Scott. Mila yang mendengar soalan tersebut terus menolak badan Maritza lalu memarahinya;
“Iya, memang aku sayang dengan Scott. Sebelum kau muncul lagi aku memang suka dengan Scott. Tapi kenapa dia memilih kau daripadaku? Apa kurangnya aku dalam diri kau?” Bentak Mila.
“Sampai hati kau Mila, aku dan Scott percaya sangat dengan kau. Apa dosa kami sampai kau sanggup buat begini? Harapkan pagar, rupanya pagar yang makan padi! Apa yang kau lakukan sampaikan Scott seperti orang bodoh?” Tanya Maritza yang menanggis keesakan.
“Ya!! Memang ku ada buat sesuatu terhadapnya agar Scott tidak berpaling dariku. Kau bodoh Maritza! Kau tak dapat pulihkan dia lagi. Hanya nyawa dan jasadku dapat menyembuhkannya.” Bentak Mila.
Aiman yang melihat pergaduhan tersebut terus keluar dari kereta untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Langkah Aiman terhenti apabila melihat kekasih lamanya dahulu si Mila. Mila yang melihat Aiman terus sahaja berhenti memarahi Maritza.
“Ooo.. Rupanya kau masih hidup lagi yer Aiman. Tak cukupkah kau sudah merosakkan ‘life’ aku dulu haa laki durjana?” Teriak si Mila.
Mila terus sahaja masuk kedalam banglo tersebut tetapi di cegah oleh Maritza. Pergolakkan diantara mereka berdua semakin menjadi sehingga Mila telah menolak Maritza sehingga jatuh dari tangga dan menyebabkan dia pendarahan dalaman. Aiman yang melihat kejadian tersebut terus menghubungi ambulans. Maritza telah dikejar ke ward kecemasan. Berbalik semula kisah dibanglo tersebut, Aiman bertemu dengan Mila dan mencari punca kenapa Mila tergamak melakukan perbuatan seperti itu. Mila yang tidak terkawal lagi kemarahannya telah bertindak terburu-buru dengan mengacukan pistol kepada Aiman namun hanya terkena sedikit di pipi kirinya kerana sempat ditepisnya. Aiman terus mendapatkan tangan Mila untuk merampas pistol daripadanya. Pergolakkan tersebut telah menyebabkan Aiman tertekan picu pistol lalu tertembak perut Mila.
Belum sempat Aiman berterus terang akan siapakah ayah kepada dalam kandungan Mila tersebut, Mila sudah tidak bernyawa lagi. Aiman bagaikan m**i kutu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Jika dia menelefon polis pasti dia akan dipenjara. Dia telah membawa badan Mila ke bilik tingkat atas. Berbalik semula ke cerita Maritza yang berada dalam ward kecemasan, semasa Maritza dalam tempoh jagaan rapi, Maritza telah bermimpi bertemu dengan lelaki tua yang memberi tahu bahawa bakal suaminya telah terkena buatan orang. Hanya jasad dan nyawa orang yang menggunakan minyak dagu sahaja dapat memulihkan orang yang terkena ilmu penunduk tersebut. Didalam mimpinya tersebut, Maritza telah dibawa oleh lelaki tua untuk memasuki pintu gerbang dimana untuk pergi kedunia lain dan tidak mungkin kembali kedunia lagi.
Namun, nasib langkahnya terhenti pabila tangannya telah ditarik oleh Scott dan memintanya untuk kembali kepadanya. Scott merayu pada Maritza untuk balik ke pangkuannya. Maritza pun melepaskan tangannya bersama lelaki tua tersebut. Selepas kejadian mimpi tersebut, Maritza terbangun dari komanya dan terkejut melihat Scott tidur di sebelah katilnya. Scott yang lena tidur disisi katil terkejut melihat Maritza yang sudah sedar dari komanya. Mereka berdua mengucap rasa syukur kepada tuhan kerana semuanya sudah pulih seperti sedia kala. Maritza pun bertanyakan kepada Scott bagaimanakah Scott kembali sembuh. Scott menggelengkan kepala dan memberitahu bahawa dia mendapati dirinya berada di sebuah gudang lama. Tambah Scott, dia telah dibantu oleh nenek tua yang berada dikawasan hutan berdekatan gudang tempat dia diikat. Semasa hendak keluar dari gudang tersebut, nenek tersebut sempat berpesan kepadanya untuk tidak melihat kebelakang. Jika melihat kebelakang, dia tidak dapat menemui jalan pulang.
Scott pun mengangguk tanda paham. Sebelum keluar dari gudang, nenek tua sempat memberi segelas air dan sebotol air kepada Scott untuk diminum sampai habis. Kata nenek tersebut dalam badan Scott terlalu kotor dan banyak benda tidak bagus akibat perbuatan keji orang. Scott meminum air dalam gelas tersebut. Ternyata Scott telah termuntahkan benda yang tidak asing seperti ulat, paku dan sebagainya. Dan air dalam botol tersebut untuk di renjiskan kepada badan Maritza kerana Maritza sedang berada diambang maut. Scott mengangguk akan apa yang diperkatakan nenek tersebut. Maritza tergamam seketika akan apa yang diperkatakan oleh Scott.
Berbalik kepada kejadian di banglo tersebut, Aiman telah mencuci semua d***h Mila di banglo tersebut untuk menghapus segala bukti akibat tembakan tersebut. Aiman telah menemui sebuah cermin antik dimana belakang cermin tersebut mempunyai ruang. Ruang tersebut sangat luas untuk Aiman meletakkan mayat Mila. Setelah dia meletakkan mayat Mila, Aiman pun mengunci pintu bilik tersebut menggunakan mangga. Dia keluar dari bilik tersebut dan memasuki semula melalui tingkap. Aiman masuk kedalam ruang cermin antik dimana dia meletakkan mayat Mila dan mengacukan pistol dikepalanya dan menembak dirinya. Maritza dan Scott telah membuat laporan polis untuk mengeluarkan waran penangkapan Mila.
Pencarian Mila mula dijalankan, namun pihak polis menemui jalan buntu akan keberadaan Mila. Selain itu, Scott juga memohon pihak polis untuk mencari Aiman juga kerana hilang tanpa diketahui. Akhirnya mayat Aiman dan juga Mila mereput didalam cermin antik tersebut dan tiada sesiapa tahu menahu akan mayat mereka berdua. Akhirnya, Scott dan Maritza memutuskan banglo tersebut untuk disewa. Mereka berdua tidak mahu tinggal disana kerana peristiwa yang dihadapi mereka berdua cukup memeritkan. Kini, sesiapa sahaja melewati kawasan banglo tersebut pasti akan mendengar bunyi das tembakan. Kekadang, ada juga yang mendengar helaian ketawa dan tangisan seorang wanita serta bunyi tangisan bayi. Pabila orang kampung bersepakat mencari bunyi tersebut, namun tidak menemui apa jua bukti. Begitulah iya terjadi pada hari seterusnya tanpa henti sehingga orang kampung sudah lali akan bunyi tersebut
Walaupun fiksyen..tapi best..senang faham
cter ni kalau diolah lagi menarik, mesti lagi best
Ada sambungan lagi x,,best sgt..sronok baca mcm betol2 tgh tgk crita seram..
Thankse semua atas komentar anda dan saya sedia perbaiki gaya penulisan saya. 😊
goodluck rey gurn .
best cerita ni
x leh msuk lh citer.. jln citer melayu, watak mat saleh…
Cerita menarik dan aseronok mmbaca..teruskn mnulis.
best ! 10/10
thanks wildad
Cita menarik…teruskan berkarya..
GOOD JOB.
It’s almost like a book. Mungkin cuma tambah sedikit suspense. Keep it up!
idea best cuma boleh improve dkt pengolahan cerita. Cara penyampaian terlalu simple. keep it up
Misteri cermin antik masih menjadi persoalan bagi masyarakat. Perjanjian antara manusia dan syaitan, sesuatu yang sangat dilarang dalam sebuah agama. Tetapi manusia, tanpa mengira akibatnya, telah berpaling daripada tuhan, disokong dengan nafsu tamak yang akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Bolehkah mereka menghentikan sihir hitam? Tunggu untuk “Cermin Antik 3: Final”
Mcm cerita komik
saya tunggu sambungan ye
baru jmp part 3 dah lupe so ulang balik lah bace part 1 n 2..
Bru selesai baca part 1 dan part 2…now bru blh baca part 3 pulak..hehehe