Aku sekarang student sem akhir dekat sebuah IPT. Apa yang aku nak cerita ni pasal pengalaman aku lah duduk dekat asrama ni.
Aku satu bilik dengan seorang budak ni, kos bisnes. Nama dia Aina. Budak ni nampak macam orang kaya. Perangai dia manja, macam budak-budak. Tapi dia memang anak orang kaya pun. Hahah. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.
Hari first aku satu bilik dengan dia, okay laa. Tak ada apa-apa masalah. Tapi seminggu selepas tu, dia terpaksa balik kampung nenek dia dekat Johor. Dia cakap nenek dia meninggal. Dia ponteng kelas 3 hari, dia suruh aku inform dekat lecturer kelas dia yang nenek dia meninggal.
Okay takpa lah, aku pun tolong inform kan.
Lepas dah settle uruskan jenazah nenek dia, dia balik kolej. Dia balik tapi bawa something dengan dia.
Satu cermin antik. Macam cermin pusaka laa. Cantik cermin tu, ukiran kayu yang unik buatan tangan. Dia kata mak dia suruh bawak datang sini. Berat jugak lah cermin tu.
Aku tanya dia kenapa bawak balik cermin tu datang sini.
Dia cakap mak dia suruh. Cermin tu arwah nenek dia selalu guna tapi bukan nenek dia je guna, dari turun temurun lagi cermin tu maksud nya dah berapa keturunan laa cermin tu.
Yang aku pelik, Aina ni makin lama makin pelik tingkah laku dia semenjak dia bawak cermin tu datang sini. Aku pun selalu jugak kena kacau. Banyangkan, setiap malam dia akan sikat rambut dia depan cermin tu, pakai baju warna putih. Rambut dia panjang, dia suka lepas rambut dia. Lepastu macam baca mantera something lepastu belai-belai muka dia. Setiap kali sebelum tidur, dia akan berhias.
Aku pernah sekali tegur, kenapa kau pakai baju putih bagai apa semua ni kan siap dengan bermekap bagai padahal nak tidur je kot?
Tau dia jawab apa?
“Kau kenapa haa? Cemburu dengan aku ke? Orang memang selalu cemburu dengan kecantikan aku!!”
Dia toleh tengok aku dengan muka bengis, suara pun dah lain. Tak macam aina yang aku kenal, manja, lembut je orang nya.
Memang tak tegur dah laa cerita dia. Malam-malam kalau dia berhias aku buat hal aku sendiri. Aku malas nak tegur, kang tak pasal-pasal mendapat pulak aku.
Aina ni memang cantik. Mak dia pun lawa, kalau korang tengok mak dia dah 50an tau tapi muka maintain lawa macam anak dara. Macam baru 20an. Serius lawa. Takda langsung kedut² dekat muka. Aina pernah tunjuk kan gambar nenek dia dekat aku. Nenek dia pun lawa, Tapi sekilas aku pandang gambar nenek dia tu, aku rasa macam nenek dia tengah perhati aku.
MashaaAllah, memang tersentak aku time tu. Time tengah taip ni pun meremang bulu roma aku terbayangkan muka nenek dia. Lawa tapi seram.
Nenek dia orang siam, belah Kelantan.
Setiap malam, sebelum tidur aina memang akan bukak tingkap. Bila aku nak tutup dia tak bagi, dia tarik tangan aku dengan muka bengis. Kurang boleh bayang setiap malam aku tidur dengan tingkap terbuka, sejuk, dengan nyamuknya lagi. Aku terpaksa redha je. Kadang aina selalu duduk tepi balkoni tu dengan cermin dia sambil cakap sorang-sorang.
Pernah satu malam ni, aku ternampak macam ada something keluar dari cermin tu. Lembaga hitam, besar gila. Time tu Aina dah tidur, aku masa tu dah nak lelap tiba-tiba ternampak pulak ‘benda’ tu. Apa lagi, memang cuak laa. Jantung aku berdegup kencang gila, aku harap ‘benda’ tu tak perasaan aku. Aku tengok ‘benda’ tu keluar daripada cermin tu berjalan pergi dekat Aina, tidur sebelah dia.
Ya Allah time tu aku rasa macam nak lari keluar daripada bilik tapi sebab aku takut sangat, aku berjaga sampai nak dekat subuh aku tak tidur lagi.
Bila dah nak dekat azan subuh, ‘benda’ tu jalan masuk balik dalam cermin. Sebelum ‘benda’ tu masuk, dia macam tunggu kejap lepastu pandang katil aku. Aku rasa ‘benda’ tu sedar aku perhatikan dia. Lepas dia masuk balik dalam cermin, terus azan subuh. Time tu apa lagi, aku terus bangun pergi bilik air, ambil wudhu’, solat subuh lepastu aku terus siap-siap lepak bilik kawan aku sebelum pergi kelas. Aku cerita pasal si Aina ni dekat kawan aku tu, dia cakap better aku mintak pindah bilik.
Time aku nak pindah bilik tu Aina merayu-rayu mintak aku stay, jangan tinggalkan dia. Dia takut. Tapi perangai dia tu lagi membuatkan aku takut. Okay lah takpa. Aku teman lagi dia. Aku tak jadi pindah sebab kesian dekat dia.
Tapi tak lama mana pun. 2 minggu lepas tu aku pindah.
Korang nak tau sebab apa?
Ada satu hari ni, si Aina ni jatuh dari balkoni aras dua.
Aku taktau apa-apa pun. Tetiba riuh pagi tu orang tengok Aina tu terbaring atas rumput dengan berdarah kepala.
Banyak orang tuduh aku tolak dia. Dia sendiri cakap yang aku ni pergi tolak dia. Time tu aku dah bengang, aku dengan taktau apa-apa suka dia je tuduh aku macam-macam. Orang dah bersangka buruk dekat aku. Aku ni siap kena pergi bilik kaunseling la apa laa sebab orang ingat aku ni sakit jiwa pergi tolak dia. Lepas diorang check cctv, memang Aina tu terjun sendiri dari situ.
Aku dah hilang sabar, time tu jugak aku pindah bilik. Aku dah tak peduli pasal dia. Sebab dia la aku kena tuduh macam-macam. Tau dia cakap apa dekat aku?
“Sampai hati nak tinggalkan aina….. Takpa… Malam nanti Aina datang bilik alang okay…..”
Sambil dia senyum sinis.
Dah memang meremang dah aku time tu.
Aku tidur bilik kawan aku. Sampai habis sem. Aina pulak masih lagi datang pujuk-pujuk aku suruh balik bilik. Rindu aku kata nya.. Memang tak lah aku nak balik.
Semenjak aku dah tak duduk dengan dia, macam-macam aku dengar pasal dia. Ada sekali tu dia pernah toreh tangan dia dengan pen. Aku taktau la ni aku dengar daripada orang lain. Diorang cakap jumpa dia dekat bilik sambil tangan tu berdarah, luka dekat tangan dia memang teruk, tapi ada tulisan dekat tangan dia. Macam mantera something. Aku syak ni mesti kerja benda tu.
Tak lama lepastu aku ternampak mak dia datang kemas-kemas barang dia. Pindah kolej rasanya. Mak dia pandang aku semacam gila.
Macam cara Aina pernah pandang aku. Bengis gila muka.
Aku pun buat taktau je lah. Malas nak tegur, kang mendapat pulak aku. Sekarang dah bahagia sikit hidup aku. Setakat ni dia lah orang yang paling menyeramkan yang pernah aku jumpa.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Peerrgghhhh…
Psycho banget loorrr…
Seb bek ade cctv…
Klu x smpi sudah org kecam ko dik…
Gamaknye klu mse lembaga tu kuor pastu kita pecahkan cermin tu mesti nnt muke mak die terus kuor kedut2 gamaknye kan…
Pk cmtu jugak.. Ape kate pecahkn, boleh tak lembaga tu keluar.. Tak pun rendam cermin tu dlm air biar lembaga tu lemas.. Hahaha..
Hahahahahha…
Part rendam bg lemas tu mmg xleh blah…
salam..kak yulie sihat ke? Sy ada terbaca comment kat cerita si celupar tiong mas tu ada berita buruk jadi kat kak..
Psiko siot!!!
Kejadah dia bwk bebenda ngarut tu lahaiiiii.
Alih2 nyusahkan orang lain.
Semoga dia tak kacau lagi hidup kau lepas ni dek non.
Alhamdulillah syukur tak jadi pape kat awak. Orang berdamping dengan syaitan ni tak lama akan terbongkar rahsia dia.
Fuiyoooo… giler r ko leh stay dengan dia.. kalo aku tu, confirm dah blaa.. kental gak ko ni lang.. hebatt..
aah kan dik..pastu takot..tido dgn mak…jgn kecam akk ye..hahahahhahaha
Ce tampei gmbo uncle seekers kat cermin tu mesti antu tu takot nk masuk balik..
aina jatuh dari aras 2 , tak patah riuk pulak ??
Ade yg nyambut ler tu…
Die kan makei ilmu…
dah si aina ada setan tu, dah tentu ler setan tu jaga baik punya. ilmu kebal la katakn.erm
huish dasyat nyaa.. zaman bila ni?
ada lagi org mcm ni…scary
saka la teewwww
ko letak gambar kak ros kat almari … sambil senyum sinis. mesti lembaga hitam tu lari
tok njang bg 10 keseraman…
nasib de cctv..hurmm
Mak aih. seram banget cite ko dik. klu aku la, mmg x de sbb aku nk terus²an stay dgn org camtu. sbb dh pnh nmpk bnda yg pelik² kn, so angkat kaki sajalah dr nk hadap org yg bermasalah.