Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca cerita seram di Fiksyen Shasha Kisah yang aku ingin kisahkan ini adalah daripada Pengalaman aku sendiri. Mungkin ianya tidaklah seseram mana, tapi bagi aku ia adalah pengalaman seram yang pernah aku alami sepanjang aku hidup. Dan aku berterima kasih kepada admin jika kisah aku kali ini dapat disiarkan.
Intro sedikit. Nama pena aku ialah Faifa. Dan tinggal di Selangor. Aku akan ceritakan kisah pengalaman seram aku dekat pembaca cerita seram Fiksyen Shasha. Pada tahun 2011, keluarga kami mengadakan “Family Day” di Perak. Kami memilih percutian kami di tempat peranginan yang sangat popular di sekitar Perak iaitu di Teluk Batik. Pada hari tersebut, hanya keluarga aku sahaja yang bertolak dahulu, kerana keluarga aku yang lain mereka bertolak setelah masing-masing pulang dari kerja. Bagi keluarga aku pula, aku memang sudah start cuti sekolah dan ayah aku pula sudah ambik cuti. Sebab nak elakkan jem di jalan raya memandangkan cuti persekolahan sudah bermula Semasa perjalanan aku dan adik aku yang sangat excited sebab nak jumpa sedara mara dan bercuti.
Okey sampai sahaja di Teluk Batik. Macam biasa kami akan check in dahulu hotel dan kemudian akan keluar membeli barang-barang untuk BBQ esok malamnya. Selepas sahaja kami membeli barang keperluan dan makan tengahari. Kami pun pulang ke chalet tersebut. Dan semasa perjalanan pulang, aku tengok keadaan disitu agak lengang dan tiada penghuni langsung di Chalet tersebut. Dan tidak macam kebiasaannya. Dan baru aku tahu, pada waktu itu ramai pelancong pergi ke Lumut sebab ada pesta air disitu. Ikutkan kami mahu ke Lumut, tapi memandangkan kami punya perjalanan yang agak jauh dan penat. So, kami pun hanya duduk di Chalet sahaja.
Pada waktu malam pula, ayah aku menyuruh aku letakkan ice batu di dalam peti ais di chalet sebelah (chalet sedara-mara aku). Aku meminta adikku untuk teman aku ke chalet sebelah. Tapi malangnya, dia tidak mahu ikut. Jadi, aku pun ajak mama teman aku. Masa aku nak keluar dari pintu itu. Aku merasakan ada sesuatu yang memerhati aku dari jauh. Aku pun hiraukan sahaja. Sebab aku tengah menikmati suasana malam yang sangat menenangkan dengan bunyi deruan ombak. Dan lamunan aku terhenti seketika, selepas aku terasa ada seseorang yang mencuit bahuku. Aku nak toleh kebelakang aku rasa seram pula, tiba-tiba terdengar suara “Dah Jom Pergi Chalet Sebelah” rupa-rupanya suara mama hahahhaa. Aku pun tutup pintu chalet dan terus pergi dekat mama.
Lepas sahaja separuh jalan aku berjalan menuju ke chalet sebelah. Tiba-tiba sahaja aku sudah rasa tak sedap hati. So bermulalah kisah seram disini, semasa aku lalu di bawah pokok yang sangat besar. Aku memandangkan begitu aneh sekali. Sebabnya, setahu aku tadi masa aku jalan takdelah nampak pokok besar ini. Maybe tadi petang aku tak khusyuk sangat kot. Okey back to story.
Masa aku tengah berjalan aku terdengar seperti pokok bergerak. Dan yes. I saw the thing for the first time. Mulanya, aku ingatkan layang-layang. Last, aku nampak kain putih. Dengan rambut panjang menutupi muka dan baju yang sangat lusuh membuatkan aku nak pengsan jugak time tuh. Tapi dalam hati aku “saya tak kacau awak, saya Cuma nak masuk chalet ni je” dengan lajunya aku berjalan terus masuk dalam chalet sebelah. Lepastuh, aku tak ceritakan pun dekat mak aku, apa yang aku nampak. Kalau aku cerita sah-sah, tak keluar kami berdua.
Aku ingatkan dia kacau sampai situ sahaja. Rupanya, masa sedara aku semua sudah sampai. Kami biasalah dengan enam orang sepupu masih lagi berborak. Dan, sepupu aku iaitu Halin mengajak kami ke chalet mereka. Dalam perjalanan ke chalet sebelah. Yang di depan hanya aku dan halin. Barisan kedua hanya ada adikku dan akak sepupu aku Tengah khusyuk menyembang, tiba-tiba kami dengar bunyi orang sedang mengilai. Orang kata kalau benda itu jauh, dia dekat. Bunyi dekat, dia jauh. So kita orang dengar bunyi dekat. So that’s mean dia jauh. Yang adik aku dan akak sepupu aku terus terhenti dan terus lari pergi chalet aku balik. Yang aku dan halin teruskan jalan. Pastuh halin sempat cakap “wooii, tinggalkan kita orang je erk tadi” masing-masing gelak.
Sampai je chalet aku, kita orang bagitahu Wan. Dengan apa yang kita orang dengar, last-last wan kata. Tengoklah dah pukul berapa “pukul 3 pagi”. Kami semua pun terdiam dan aku selamba cakap ini koranglah ini datang lambat hahaha. Dah jom kita tidur. Okey part yang aku tak boleh lupakan. Time tengah nak tidur ni mulalah dia mengacau kami. Masa kita orang nak tidur, si halin ni dia nak pergi bilik air. Lepastuh, dia ajak aku teman dia. So aku pun temanlah dia. Lepas dia dah buang hajat. Aku, halin, akak sepupu aku dan juga adikku tidur sebilik. Tengah kita orang duduk berborak. Sekali itu si halin, dia terdengar orang panggil nama dia. Dengan selamba “weyh aku nak bukak tingkap ada orang panggil nama akulah” pastuh adik aku pun cakaplah “kau dah kenapa, siapa panggil nama kau pagi-pagi buta ni” dengan tak semena-mena kami tidur berpelukkan pagi itu hahahaa..
Sekian sahaja cerita aku. So aku Cuma nak bagitahu dekat korang. Kita kenalah sentiasa berwuduk tak kira dekat mana pun. Waktu tidur sentiasa baca tiga Qul dan juga ayat Qursi dan bacaan doa untuk tidur.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Tiru citer org…AKU DAH DGR CITER NIE 3 KALI WEYH..JLN CITER SAMA…