CHALET NO.16

Assalammualaikum pembaca FS. Aku Juwita. Karya aku yang pertama yang berjudul Dua Beradik telah disiarkan.

Lepas disiarkan terus aku panggil keluarga aku dan paksa diorang cerita kat aku pengalaman mistik masing-masing supaya aku boleh submit lagi cerita kat FS. Sikit punya diktator.

Link : https://fiksyenshasha.com/dua-beradik/

Jadi untuk rOund yang pertama ni, Angah akan ceritakan kisah yang dia alami. ‘Aku’ adalah Angah.

Ceritanya bermula begini…

Aku dulu belajar di UITM Kedah. Aku ni kira seorang yang lasak dan nakal.
Kejadian ini berlaku pada tahun 1998. Aku dan kawan-kawan yang sespesis jOin Kesatria. Kitaorang jOin sebab banyak outing. Tu je. Tapi masa berkawad paling tak best sebab muka aku akan sunburn teruk.
Pada hujung minggu tu kitaorang ada perkemahan kat Bukit Lata Hijau. Punya lah serOnok ramai-ramai dapat naik lori ATM. Sepanjang jalan duk menyanyi dan bergelak ketawa.

Sampai kat Lata Hijau, aku dan geng dah nampak satu chalet atas bukit. Itu satu-satunya chalet yang terletak kat atas tu. Kena naik tangga untuk sampai ke situ dan kiri kanan serta belakang chalet adalah hutan.

“Wei kalau kita dapat chalet tu best weiii.. dari atas boleh nampak depa semua yang kat bawah ni” aku kalut bagitau geng aku.

“Betui betui.. pastu takdak sapa kat keliling kita. Kita ja. Takdak sapa kacau” sahut kawan aku.

Perempuan semua akan tidur di dalam chalet dan lelaki bukak khemah kat tepi sungai. Sebab kitaorang ramai sangat dalam 50 orang. Chalet tak dapat menampung semua.
Aku and the gang memang aim je chalet idaman tu. Tiba waktu pengagihan kunci chalet, Pak Din cikgu Kesatria kitaorang serah kunci chalet… aku pun ambil.
“YESSS!!!!!” Kitaorang dapat kunci number 16 yang atas bukit tu. Memekik je kami dok gelak sebab happy, pucuk di cita ulam mendatang. Hmm mendatang lah sangat kannnnnn..

Hari tu hari Khamis. Maknanya malam Jumaat lah. Sebab hujung minggu kat Kedah kan Jumaat dan Sabtu. Sebelum masing-masing masuk ke chalet dan khemah, semua dah dipesan kena turun ke surau untuk solat Maghrib, baca yasin beramai-ramai dan solat Isyak.

Bila sampai je kat chalet number 16 tu… “laaa awat kotoq sangat?” Kawan aku bersungut. Lantai penuh habuk dan pasir. Siling bersawang. Kami masuk pun pakai kasut sebab terlalu kotor. Nak bukak kasut pun masa nak duduk atas katil je. Aku dan kawan-kawan sapu sikit-sikit kat satu sudut untuk solat.

“Wei.. kita tak payah turun pi surau lah.” Aku mengutarakan idea bernas.
“Kita solat kat sini ja pastu baca yasin kita-kita ja dah la”

Wuihhh rupanya cadangan aku di sambut dengan riang ria oleh kawan-kawan aku. Siap tepuk tangan.

Kami berlapan, yang boleh solat 6 orang. 2 lagi uzur. Jadi kami berenam ni solat berjemaah dan baca yasin. Sepanjang bacaan yasin tu dinding belakang ada bunyi ketuk-ketuk. Tapi kitaorang buat tak tahu je. Ni mesti kerja budak-budak lelaki nak menyakat. Dah tau perangai sekor-sekor macam saiton.

Time nak makan, kami turun lah tapi bila time solat Isyak, kami naik balik ke bilik dan solat berjemaah berenam. Dan sepanjang solat, dinding kiri kanan dan belakang di ketuk non stop.

“Apa kejadah budak-budak lelaki ni takdak kerja nak ketuk macam tu. Gelap kot kat luar tu” bebel kawan aku.

Lepas solat, kami pun dok buat hingar menyembang sambil gelak-gelak. Entah la dah pukul berapa masing-masing rancak bersembang.
Tiba-tiba.. tok.. tok.. tok.. pintu diketuk. Aku tak bukak pulak pintu. Entah kenapa. Tak terasa nak bukak.

“Wei korang, turun lah solat Subuh” terdengar suara Amy.

“Haaa iyelah kami turun” aku menyahut. Lepas tu dengar bunyi tapak kaki Amy turun ke bawah.

Aku pun menjengah ke luar tingkap. Ehh mana Amy? Tak nampak bayang langsung. Lajunya dia turun. Pastu aku nampak kat bawah ada ramai orang lebih kurang 50 orang bertelekung putih berjalan beramai-ramai menuju ke surau.

“Wei cepat wei.!!! Kita dah lambat. Semua orang duk jalan pi surau dah” kalut aku menjerit kat kawan-kawan aku. Dalam masa tu aku pun takde lak nak tengok jam pukul berapa.

Jadi kami berenam pun kelam kabut pakai telekung dan turun. Lagi dua orang yang uzur tarik selimut tidur. Kat luar sunyi sepi dan gelap. Takde bunyi kecuali bunyi unggas dan sayup-sayup suara budak-budak lelaki yang berkhemah tepi sungai main gitar dan menyanyi.

Ehh mana semua orang yang ramai-ramai tadi? Lajunya jalan. Dah sampai surau ke semua? Tapi takkan tak nampak langsung.
Kami pun jalan cepat-cepat dalam gelap suram menuju ke surau. Torch light ada 3 aje. Jadi kami berpegangan tangan two by two dengan satu satu torch light setiap pasangan. Lalu tepi sungai. Masa tu dengar budak-budak lelaki dok main gitar. Jalan terus masuk hutan menuju ke surau.

Si Rima kat belakang aku tiba-tiba bersuara. “Ehh surau tu gelap ja”
“Takpa kita jalan sikit lagi” jawab aku.

Bila dah makin ke depan. “Ehhh surau tu gelap lah” Rima menegur lagi.
“Takpa kita jalan ke depan lagi” jawab ku lagi. Tapi pelik gak.

Kami makin mendekati surau. Kiri kanan hutan gelap. “Err… surau tu gelap lah” Suara Rima perlahan saja kedengaran.
“Iyelah gelap” kata ku sambil kaki pantas berpusing buat u-turn ibarat di selekoh tajam.
Laje je kami jalan balik dalam gelap-gelap. Dah la dengan bertelekung. Menggerbang-gerbang telekung.

Sampai kat chalet number 16 tu, “mana ntah depa semua pi! Tadi ramai ja aku tengok. Takkan depa semua dah habih solat kot?” Aku mendengus tak puas hati.
Nampak tak hati ku suci murni tak ada prasangka langsung.

“Yelah mana semua orang? Betui ka hang nampak depa semua tadi?” Kawan aku tak puas hati.

“Betui wei. Aku jenguk tingkap nampak ramai pakai telekung pi surau” eiii diorang tak percaya pulak kat aku.

“Dah la. Kita solat ja. Alang-alang ada wuduk ni”

So kami pun solat Subuh berjemaah dan lepas tu tido. Baru tau ngantuk. Dan sepanjang malam tu bunyi dinding kiri kanan dan belakang di ketuk tak henti-henti. Apsal ntah kami semua tak takut. Kami buat dono. Spesis hantu lah katakan.

Esoknya hari Jumaat, kitaorang pun turun dan jOin aktiviti Kesatria. Macam-macam la.. walaupun penat tapi remaja kan.. serOnok je.
Dan malam tu kami lagi sekali tak turun ke surau untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Solat dalam bilik aje dan dinding masih ada orang ketuk. Awat laaa budak-budak lelaki ni gigih nak menyakat kami?

Keesokan hari ada lagi aktiviti sampai tengahari. Dan lepas habis aktiviti kami pun beramai-ramai berkumpul kat tanah lapang. Tiba-tiba Pak Din bersuara.
“Siapa yang duduk kat chalet atas number 16 tu?” Fuiyo kuat suara dia.

Alamakkkk!!!!! Aku dan kawan-kawan aku dah pucat. M**i lah kami. Dah la tak pegi baca yassin. Tak pernah turun surau solat berjemaah. Memang kena maki laa dengan Pak Din. Tapi sebab dah bersalah kan jadi aku pun perlahan-lahan dengan macho angkat tangan.

Pak Din pandang aku and the gang. Dia tanya, “sepanjang kamu semua duduk situ, tak ada apa-apa ke?”

HUH!!!! Apakah jenis soalan itu??!!!! Celaka punya Pak Din! Rupanya dia tau chalet number 16 tu berpuaka. Tapi sebab Kesatria terlalu ramai, dia booked jugak number 16 tu dan bagi kami duduk.

Rupa-rupanya chalet tu tak disewakan pada orang sebab semua yang duduk situ akan dikacau. Pernah jugak yang nampak lembaga dan histeria. Patut lah kotor gila, bersawang dan berpasir. Sedangkan chalet-chalet lain semua bersih. Diorang bukak kasut kat luar, tak macam kami yang terpaksa masuk dengan kasut.

Dan lepas tu budak-budak lelaki yang main gitar malam-malam cakap patut lah nampak kami berenam berjalan malam-malam menuju ke surau. Diorang ingat kami nak pergi solat tahjud kat surau. Alahai bagusnya anak-anak dara ni.

Dan bila aku cakap Amy yang datang ketuk pintu suruh turun solat Subuh, m**i-m**i Amy kata malam tu dia tidur awal. Lagipun tak kuasa dia nak panjat bukit gelap nak ketuk pintu bilik kitaorang.

Lepas tu nak naik atas kemas beg, masing-masing dah takut. Berpelukan kami naik dan cepat-cepat pack semua barang.. Masa tu baru kami sedar yang kiri kanan dan belakang tu hutan pokok-pokok tinggi. Memang tak ada tanah. Sebab chalet tu cuma boleh akses kat pintu masuk ja. Jadi tak ada siapa yang boleh pusing keliling dan ketuk dinding.

Aku rasa benda tu memang nak masuk mengganggu kami tapi sebab malam pertama kami dah baca yassin beramai-ramai, jadi dia tak dapat masuk dan cuma boleh ganggu keliling dan panggil kami supaya keluar dari bilik chalet.

Macam tu lah kisah Angah dan kawan-kawan. Lepas dia cerita, aku google lah Bukit Lata Hijau. Dan korang nak tau apa pautan pertama? Kisah misteri tentang chalet number 16 beserta gambar chalet tu. Kalau korang tak caya, cuba google.

Tamat

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Juwita

28 thoughts on “CHALET NO.16”

    • Aku baca orang kata tempat tu sekarang dah tak terurus. Bukan saja yang number 16 tapi semuanya…
      Dah tengokkan gambar chalet tu? Hehe keliling pokok. Entah sapa yang mengetuk dinding. Nasib baik Angah & kawan2 tak syak apa2 so diorang tak rasa seram.
      Cuma seram bila Pak Din dah bagitau 😆

      Reply
      • haaa tengok mmg keliling dgn pokok, mana ada org berani nak main ketuk2 kat katsitu.. sayangnya dibiar macam tu, tempat lawaaa kott…

        Reply
      • jap.. so sebenarnya yg angah and the gang solat subuh tu masa tu pukul berapa? so diorang miss la actual subuh? sbb kata geng lelaki nampak diorang ke surau ‘malam-malam’? takde yg jadi tok bilal ke kat sana utk azan bila masuk waktu? biasanya join camping mesti kena ada tok bilal, tok imam etc.

        Reply
        • Angah kata masa kejadian, diorang pun tak terfikir langsung nak tengok jam pukul berapa.
          Tau kalut ja nak turun ke surau. Dan bila balik ke chalet no.16 tu diorang assume dah subuh, tu yang sOlat. So sebenarnya belum masuk waktu. Hantu tu tipu. Ahahahah!!!
          (Maknanya diorang missed Subuh lah tu kan?)

          Reply
  1. Terbaik la cerita ni..Satu je nak tanya.. Huruf O tu memang sombong eh? Merujuk kepada perkataan (jOin) yang seringkali kewujudan huruf O terlihat mendabik dada d situ).. Apa2 pun cerita ringkas dan menarik.. 8/10

    Reply
  2. Tanpa segan silu, terus aku google Lata Bukit Hijau tu.. sblm ni x pernah dgr nama tmpt tu.. mmg nmpk usang betul.. patutla xde pengunjung nk g sana bercuti.. emmm

    Reply
  3. nasib benda tuu just kacau2 camtu tak menjelma depan mata….hehee…always berjaga2 laa kalau menginap chalet atau umah dalam kawasan berbukit atau hutan…..

    Reply
  4. Bukit Hijau ni la dulu2 kenangan kami satu famili. Bukan orang berada, so paling jauh jalan2 ayah bawak pi mandi di lata bukit hijau lah.

    Reply
    • Solo ambush masuk sblom pnu kaw2 dy kacau . Paling jelas dgar suara budak mandi sngai rsmai2 dgan suara org bsembang . Apa2 pon dua team tu mmg fav aku la .solo ambush dgan pnu . tggu solo ambush py hutan aokighara plak hujung bulan .

      Reply
  5. aku baru ja balik dari sana , lata bukit hijau , tempat ya Allah seram xdak orang , dengan bangunan terbiar tempat memng totally kena ttup dengan semak samun , cuma ada beberapa orang ja , and sorang pak cik yg berniaga , aku pon balik senja ni pon baru smpai kat kampung sedim , aku kena tegur suruh balik dengan sorang pak cik bawa budak perempuan , bapak ah , ini first and last aku datang ,

    Reply
  6. Aku bru jer tadi ronda at area situ.. Nmpk la budak dok main bola at blah depan.. Aq bosan2 gagah nk meronda msuk jalan chalet.. Mmg seram gila b**i lorong nk msuk situ… Yg paling bodo aku p msuk lgi 1 jlan mini tar yg ada chalet besar putih kembaq 2.. Nk tgok chalet tu pon seram.. Dan lgi aq snap gmbaq at situ.. Aq sorng ja at situ time aq msuk area chalet tu mmg dah asa len mcm.. Time tu 630.. Elok kluaq dri area chalet tu jumpa 1 pakcik ni…aq tgoq la dya tya jalan kecik tu p mna.. Dya kta p chalet tp ag toksah msuk sbb bhya sbb pnah jdi kes.. Bdak2 msuk situ kluaq esok hari bru jmpa jlan…aq dgaq2 tu kaaa ceqing bula qoma… Dom pqasan jgk time aq snap gmbaq mcm ad org tgok aq dri chalet hutan kayu tu.. Tp aq bwat dert jela.. Tujuan aq msuk sbb nk taw kwsan tu dh mcm mna.. Seram siakk..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.