#CikEdot:Nikmatnya Darahmu!!

Assalammualaikum..
Bismillahhirrahmanirrahim. Buat sahabat2 ku, terimalah sebuah kisah terakhir dari saya. Semoga kita sama-sama peroleh pengajaran dari coretan kali ini. Selamat membaca ?

DARAH HAID??

Saya pasti semua kaum hawa sudah arif mengenai apa itu darah haid. Dari mana saluran punca ia keluar. Apa warnanya. Malah ada juga yang mengalami kesakitan di bahagian ari-ari, pinggang dan lain-lain bahagian semasa melalui proses ini. Ia dipanggil senggugut biasa dan senggugut bangkai (iaitu bilamana darah yang keluar berbau sangat busuk, kehitam-hitaman dan berketul-ketul).

Lazimnya, dari awal kita didatangi haid, kita sudah pun diajar cara membersihkan pad terlebih dahulu. Sudah dibasuh bersih kemudian pad tersebut dibungkus surat khabar dan barulah dibuang. Ada juga yang mengoyakkan pad dan mengeluarkan isi kapas didalamnya. Ia dibuang dalam mangkuk tandas, lalu sisanya di flush hingga hilang. Tetapi persoalannya, adakah ia dipraktikkan oleh semua orang?

Untuk kisah yang ingin saya bawakan kali ini adalah pengalaman dari seorang kawan lama yang sudah saya lost contact. Tiada niat dihati untuk mengaibkan beliau, tetapi pengajaran dari kisah ini yang mahu saya sampaikan. Nama watak saya tukar sebagai menghormati peribadinya.

INTRO: SIAPA SYASYA?

Aku mempunyai seorang kawan wanita yang aku namakan dia sebagai Syasya. Dia bukan gadis kacukan tetapi dia punyai wajah yang sudah asli cantik. Berkulit cerah, hidung mancung, alis mata dan bibir yang terbentuk sempurna. Tanpa secalit make up pun dia sudah cukup menawan. Punya bentuk badan yang menarik, pandai bergaya dan sangat menjaga keterampilan luaran. Pokoknya, pakej yang dia ada merupakan idaman setiap gadis.

Dengan semua kelebihan ini, maka tidak hairanlah apabila dia menjadi model sambilan. Wajahnya sudah beberapa kali tersiar di dada akhbar memperagakan pakaian dan tatarias dari kosmetik yang diiklankan. Dia merupakan anak ke 4 dari 9 beradik. Umur kami sebaya. Kami mula kenal sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

Kami juga pernah bekerja di sebuah syarikat yang sama, cuma Syasya tidak lama bekerja disitu. Hubungan kami tidaklah serapat mana, cuma pernah beberapa kali sahaja aku melepak dengan dia. Bukan sebab tidak sekapal, cuma aku tidak berapa gemar bila kerap di ajak ke club hingga ke subuh hari. Lagi pula, Syasya lebih gemar bercampur dengan orang yang ‘ada-ada’ sedangkan aku hanya biasa-biasa saja.

RUMAH ATAU ……….????
Tahun 2006

Tingg!!

Aku dan Mel keluar dari pintu lift yang sudah sedia terbuka. Seperti biasa, pak guard yang bertugas kami sapa mesra dengan senyuman. Hari ni nampaknya aku pulang sendirian kerana Imran sudah pun tercegat di ruang parkir menantikan housemateku, Mel. Kami berpamitan sebelum aku melangkah menuju ke kereta yang kuparkir di aras yang sama. Button unlock dari kunci yang ku pegang kemas di tangan, aku tekan. Baru berkira-kira hendak membuka pintu, tiba-tiba aku disapa dari arah belakang.

Syasya: “Dee!” Aku menoleh. Kelibat Syasya menghampiriku.

Aku: “Haa, sya. Kau tak balik lagi?”

Syasya: “Aku nak balik la ni tapi BF aku tak dapat ambil. Last minute, dia ada hal penting pula. Aku ingat nak minta tolong kau, tumpangkan aku boleh? Malas nak tunggu teksi.”

Aku:”Ohhh, boleh je. Takda hal lah. Tapi aku nak singgah makan dulu. Kau okay?”

Syasya:”Ehh, tak payah nak singgah makan luar lah. Kau makan kat umah aku je. Mak aku dah siap masak.”

Aku:”Alamak, seganlah Sya. Dah lah aku tak pernah jejak rumah kau. Alih-alih ajak makan pula. Malu…”

Syasya:”Tak payah malu-malulah. Kira aku belanja sebab kau tumpangkan aku. Deal?”

Aku:”Ermm, ikut kau lah Sya. Aku ni kalau bab makan, memang jarang tolak.. Malu-malu tapi mahu, heheheh..”

Selang satu jam kami tiba di rumahnya. Sebuah rumah teres satu tingkat yang tidak diubah suai. Masih kekal dengan bentuk asal. Dari perkarangan rumah, aku lihat ruang laman rumahnya dipenuhi barang- barang yang hampir menutupi kawasan. Penuh dan sesak. Suasananya juga agak kelam dan malap. Aku dijemput masuk ke dalam rumah.

Tanggapan pertama ialah, ‘aduhh bersepahnya…..’. Senang cerita, memang keadaan ruang tamu rumah itu tak ubah macam tongkang pecah. Nak cari lantai yang kosong tanpa barang juga sangat payah. Barangkali, inilah sebabnya kenapa Syasya tidak pernah mengajak sesiapa ke rumahnya waimah pada hari raya sekalipun. Aku beranggapan, mungkin kerana penghuni rumah tersebut terlalu ramai maka ia terlalu padat untuk didiami.

Aku diperkenalkan dengan emak dan ayah serta adik-beradiknya yang lain. Kami hanya berborak biasa dalam sesi suai kenal. Dalam ralit aku berborak, tiba-tiba terasa pundi kencing semakin memberat penuh. Justeru, aku pamit sebentar ke bilik air untuk melepas hajat. Jejak sahaja kakiku ke dalam bilik air, aku terpempan. Jujur, keinginanku terus terbantut. Air liur ku telan payau. Merinding bulu roma bukan kerana takut tetapi akibat kegelian yang melampau.

Manakan tidak, dinding dan lantai bilik airnya berlumut. Hijau dan berlendir. Kain-kain kotor dilempuk berlonggokan di atas lantai hingga menggunung. Jamban duduk juga tidak sanggup aku pandang apatah lagi untuk mendudukinya. Dalam hati, ‘Aduhh, kenapalah pengotor sangat ni?’. Aku laju sahaja keluar dari bilik air dan terus menuju ke ruang tamu. Kemudian, aku dijemput makan bersama walaupun ketika itu seleraku sudah mati. Aku sekadar menjamah sedikit nasi sebagai meraikan tuan rumah. Bukan niat untuk memperlekeh, tetapi jika kalian ditempatku pasti kalian akan memahaminya.

Usai makan, aku meminta diri untuk pulang. Di pintu pagar, Syasya menitipkan sebaris ayat sebelum aku meninggalkan perkarangan rumahnya.

“Dee, thanks hantar aku. Cuma,aku nak pesan. Apa yang kau nampak dan rasa, aku minta kau diamkan. Jangan jaja pada kawan-kawan kat ofis pula.”

Aku mengangguk dan tersenyum.

BILIK TIDUR DAN BAHAN KOLEKSI….

Usai lunch bersama Mel, kami memulakan kerja seperti biasa. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan insiden Syasya pitam di pantri office. Dari pagi tadi lagi, aku sudah dapat mengesan akan kelainannya kerana wajahnya tampak begitu pucat dan tidak bermaya. Ada aku tanyakan tentang keadaannya pagi tadi. Kata Syasya, dia mengalami senggugut. Mungkin dia tidak tahan sakit sehinggakan dia pitam dan hampir pengsan. Maka, aku menawarkan diri untuk membawanya ke klinik dan terus menghantarnya ke rumah.

Setibanya di perkarangan rumah, aku memapah Syasya masuk ke dalam. Dia meminta aku membawanya masuk terus ke dalam bilik tidurnya. Dia aku baringkan di atas katil yang hanya muat-muat sahaja tubuhnya kerana bahagian lain sudah dipenuhi dengan longgokan kain baju. Entah kenapa, jejak sahaja kakiku ke dalam biliknya aku merasa tidak betah.

Pertama, biliknya berbau sangat busuk. Susah aku nak gambarkan baunya. Bukan bau macam nasi basi atau bau pengap. Bukan, bau ini lebih kepada bau bangkai. Seriously, aku tahan je tekak ni dari termuntah. Kedua, aura bilik ni. Negative dan suram. Pernah tak kalian rasa, berada di suatu tempat yang tiba-tiba mendatangkan rasa seram? Rasa tak selesa. Bulu tengkuk pula rasa meremang je. Macam itu lah yang aku rasa. Biliknya pula sejuk dan agak gelap kerana kain langsir dibiar menutupi tingkap.

Aku ke ruang dapur mengambil air suam. Syasya perlu diberi makan ubat dan berehat. Usai makan ubat, dia mulai melelapkan matanya. Aku mengambil tempat, duduk disisi meja make up sambil menemani Syasya. Ketika itu, hidung aku betul-betul rasa terganggu dek bauan yang semakin kuat. ‘Ya Allah, busuknya! Bau apa ni?’, Kata aku dalam hati.

Aku memandang timbunan isi tong sampah disisi. Selepas di amati, aku yakin bahawa bau itu tidaklah datang dari tong sampah berkenaan. Aku cuba lagi mencari punca bau tersebut dengan memandang sekeliling. Ralit dan cermat… Dan akhirnya mata aku tertancap kepada timbunan ‘sesuatu’ di sebalik almari kanves yang berdiri disisi meja make up.

Allahhuakbar!!

Aku menekup mulut. ‘Sesuatu’ yang aku nampak tadi adalah berpuluh-puluh keping pad!! Ada yang masih basah dengan darah dan lebih banyak lagi yang sudah kering darahnya. Pad-pad berkenaan ditampal berhimpit-himpit di dinding. Selebihnya jatuh berlonggok-longgok di bawah, tersepit dihenyak almari.

Yuckkks!!! Geli gelaman aku!! Tanpa bertangguh, aku pamit untuk pulang. Jujur. Pertama kali jadi dalam hidup aku!! Memang aku tak boleh hadam peel manusia macam ni.

Setelah 2 hari kemudian, Syasya tidak datang berkerja. Aku merasa tidak sedap hati. Teruk sangat ke senggugut dia? Sebenarnya, aku ada menerima satu mesej dari Syasya. Aku tidak membalasnya kerana aku baru sahaja sedar akan mesej berkenaan pada pagi tadi. Mesej itu berbunyi..

“Dee, tolong aku…”

Aku bertanyakan perihal dia pada Kak Ina di bahagian HR. Kata kak Ina, Syasya MC. Selepas beberapa kali panggilan dan mesej dari aku tidak berbalas, maka aku berniat untuk bertemu Syasya di rumahnya sahaja malam ni.

9.00 malam.

Aku tiba sedikit lewat di rumah Syasya atas beberapa sebab yang perlu aku dahulukan. Setibanya di perkarangan rumah, aku lihat pintu masuk utama terbuka luas. Terdengar sedikit riuh suara dari ruang tamu rumah. Setelah salam diberi, emak Syasya menjemputku masuk. Aku kemudiannya duduk mengambil tempat disisi emaknya.

Aku melihat Syasya sedang duduk bersila ditengah ruang tamu sambil kedua tangannya mencengkam lantai. Rambut ikalnya menutupi wajah. Dia menunduk dengan suaranya sedikit mengeram. Marah. Dihadapannya pula ada seorang lelaki berkopiah yang sedang terkumat kamit bibirnya sambil tangannya didekatkan di atas ubun-ubun kepala Syasya. Kemudian..

Lelaki:”Assalammualaikum. Jawab salamku jika kau islam.”

Syasya:”Ermghhh….”

Lelaki:”Kenapa tak jawab? Kau bukan islam? Kau kafir?”.

Syasya:”Erghmmm…” Dia mengangguk.

Lelaki:”Kenapa kau kacau tubuh anak adam ini? Apa mahumu?”

Syasya:”Ermghhh….”

Lelaki:”Ohh, kau tak nak jawab ya. Baik. Aku sakitkan kau!”

Bibir lelaki itu terkumat kamit membaca ayat-ayat suci Al -quran. Kemudian aku melihat Syasya tidak senang duduknya. Dia sekejap menjerit. Sekejap mengilai. Nyaring bunyi suaranya. Kemudian, badannya tiba-tiba menggelupur. Dia mengerang dan kemudiannya menangis.

Syasya:”Panas, panas!! Sakit, sakitt!!! Tolong berhenti. Aku jawab. Aku jawab!”

Lelaki:”Ohh,sakit?? Kau Mahu lagi? Kalau tidak, sekarang kau cakap, dari mana datangmu? Adakah kau dihantar oleh sesiapa untuk menyakiti? Beritahu aku kenapa kau kacau tubuh ini?”

Syasya:”Ermghhh. Aku tidak bertuan. Aku tinggal di pokok ara hujung jalan. Aku suka tubuh ini. Darahnya harum!! Aku makan darah haid dia.”

Lelaki tadi terdiam dan memandang wajah emak dan ayah Syasya. Kelihatan mereka menunduk.

Lelaki:”Aku nak kau keluar dari tubuh gini. Jangan kau ganggu lagi dia. Jika tidak, aku akan pancung dan bakar kau!”

Syasya:”Arghhhh. Aku tak nak keluar! Aku tak takut dengan kau! Aku suka darah dia. Darah dia sedap dan manis!! Hiii.hiiii…hiii…” makhluk yang berada dalam tubuh Syasya tadi mengilai tanpa henti.

Setelah beberapa usul, mahkluk halus itu tetap ingkar dan berdegil untuk keluar. Maka, sebagai jalan terakhir aku melihat lelaki tadi membaca beberapa ayat al quran. Tangannya diangkat ke udara dan kemudiannya melibas laju bagaikan pedang seolah-olah dia sedang memancung kepala Syasya.

Usai itu, tubuh Syasya kelihatan terjelopok dan pengsan diatas lantai. Kemudian, ayah dan abangnya meluru dan mengangkat tubuh Syasya masuk ke dalam bilik. Aku yang seperti terkesima dengan situasi tadi cuba memahami usul kejadian. Lelaki itu bangkit dari duduknya dan meminta diri untuk pulang. Aku mendekati beliau sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Aku:”Assalammualikum pakcik. Maaf kalau saya bertanya. Apa yang terjadi pada kawan saya sebentar tadi?”. Dia memandang aku lama. Matanya kelihatan pegun seolah-olah memandang ‘sesuatu’ disebelahku. Aku hanya diam sambil menanti jawapan darinya.

Lelaki:”Waalaikumussalam. Sebenarnya, apa yang berlaku pada kita kadang -kadang berpunca dari diri kita sendiri. Sama seperti apa yang berlaku pada kawan awak.”

Aku:”Apa maksud pakcik? Maaf, saya kurang faham. Boleh pakcik jelaskan lebih terperinci?”

Lelaki:”Kawan awak tidak menjaga kebersihan semasa dia didatangi haid. Darah itu sendiri adalah makanan kesukaan makhluk2 halus. Jijik pada kita tetapi nikmat pada mereka. Orang perempuan kadang-kadang mengambil mudah dengan cara menguruskan tuala wanita.

Ia perlu dibasuh bersih, dibungkus dan dibuang atau ditanam. Bukan dibuang merata apatah lagi ia tidak dibersihkan terlebih dahulu. Menjaga kebersihan itu dituntut dalam islam. Rasulullah SAW juga sangat-sangat menitik beratkan aspek kebersihan dalam kehidupan baginda, apatah lagi kita ini sebagai umatnya perlulah meneladani sikap mulia baginda. Jadi, janganlah di ambil enteng akan perihal ini.”

Aku:”Baiklah pakcik. Saya faham dengan apa yang pakcik maksudkan. Terima kasih.”

Lelaki:”Kalau begitu, izinkan saya beransur. Sebelum itu, ingin saya menyampaikan sedikit pesanan. Makhluk halus ini tidak boleh dipercayai apatah lagi kalau ia dibuat kawan atau pedamping. Pelihara solatmu dan jagalah hubungan dengan Allah SWT. Semoga awak dalam perlindungan Yang Maha Esa. Assalammualaikum.”

Aku:”Waalaikumussalam.” Aku terdiam. Jauhku berfikir. Tentang diri.

Beberapa bulan kemudian….

Setelah kejadian yang berlaku tempoh hari, Syasya mengambil keputusan untuk berhenti kerja selang seminggu. Puncanya aku tak pasti. Kalau nak kata dia malu sebab hal hari tu, mustahil. Sebab tiada satu orang pun di office yang tahu perkara yang menimpanya waimah Mel sendiri. Aku menyimpan hal tersebut dari pengetahuan sesiapa. Apapun jua alasannya, aku mendoakan kesejahteraan Syasya walau di mana dia berada.

Pada hari terakhir dia berada di office, aku mengambil peluang bertemunya di pantri.

Aku:”Sya, kau dah okay?”

Syasya:”Alhamdulillah, aku dah okay dah Dee. Cuma itulah, badan aku masih terasa sakit dan lemah. Lebam-lebam di bahagian pangkal peha dan alat sulit aku pun masih belum hilang.”

Aku:”Ermm, aku harap kau cepat sembuh Sya. Cuma sebagai seorang kawan, aku nak nasihatkan kau sedikit. Kalau boleh, kau jagalah kebersihan diri lagi-lagi masa datang haid. Kebersihan rumah pun kau perlu titik beratkan, barulah kena dengan konsep rumahku syurgaku. Aku minta maaf Sya, kalau kata-kata aku ni menyinggung perasaan kau. Aku tiada niat buruk apatah lagi menyakiti hati kau.”

Syasya:”Tak pa Dee. Aku faham maksud kau. Terima kasih sebab ingatkan aku pasal ni.”

Aku:”Sya, kalau tak keberatan aku nak tanya kenapa kau nak berhenti? Kau ada masalah dekat office ke?”

Syasya:”Ohhh, bukan Dee. Aku nak berhenti ni tiada kaitan dengan sesiapa pun. Anggap je rezeki aku ada kat tempat lain. Anyway, thanks Dee untuk semua yang kau buat untuk aku.”

Itu merupakan detik terakhir aku berjumpa dengan Syasya sebab dia dah tukar no HP.Rumah yang dia duduki sebelum ini pun dah terbiar kosong bertampalkan iklan ‘rumah untuk disewa. Hubungi Ah Lock 012-1234567″
……………………………………………………………..

AKU : IKAN PARI MELEKAP…

Kepada sahabat2 yang pernah membaca Moyang 3, aku pernah perihalkan sedikit tentang gangguan aku semasa didatangi haid. Soal kebersihan? Alhamdulillah, aku sangat menjaga bab ini insyaAllah. Cuma apa yang berlaku pada aku, adalah akibat dari gangguan makhluk penunggu di rumah aku menyewa dahulu.

Sejak aku berkahwin, aku sudah pun berpindah sebanyak 4 kali. Kejadian yang menimpa aku ini berlaku pada tahun awal perkahwinan. Selain dari gangguan sihir yang aku alami termasuk perut yang merening-rening mengembung macam busung, dirasuk dan mengalami mimpi buruk, waktu datang haid juga aku turut diganggu. Cuma kata ustaz yang pernah merawatku, perihal yang ini tiada kaitan dengan sihir tetapi ia adalah akibat gangguan penunggu rumah.

Rumah yang kami duduki ini adalah sebuah rumah jenis apartment 5 tingkat. Rezeki kami dapat menyewa di aras satu. Kejiranan yang senyap. Sangat privacy bagi aku, lebih-lebih lagi wujud kawalan keselamatan yang ketat dari pihak pengawal yang bertugas.

Kebetulan, rumah yang aku sewa ini tidak pernah diduduki oleh sesiapa. Jadi samada ia punya sejarah tertentu, ‘keras’ atau tidak,aku tidak pasti. Ia dibeli khas oleh tuan rumah untuk salah seorang anaknya. Memandangkan anaknya masih lagi menuntut di luar negara, maka rumah ini dibiarkan kosong tidak berpenghuni selama beberapa tahun sehinggalah ia disewakan.

Pada satu malam…

Aku didatangi haid pada petang harinya. Seperti biasa, aku akan mengalami senggugut yang teruk hingga menyebabkan seluruh badanku lemah dan tidak bermaya. Di sebabkan terlalu sakit, aku mengambil pil tahan sakit sebelum tidur. Khilafnya aku disini, aku lupa untuk membaca doa tidur dan beberapa ayat suci al quran sebagai pendinding sepertimana lazimnya. Maka tidurlah aku dalam keadaan kosong tanpa dipagari.

Sedang hanyut dibuai lena, tiba-tiba aku merasa tidak selesa di bahagian kemaluanku. Rasanya seperti ada sesuatu yang melekap kuat dan menyedut-nyedut darah haid ku hingga terasa perit di bahagian faraj dan pangkal peha.

“Slurppp!!¬†Slurpp!!!”

Begitulah bunyi yang terhasil di pendengaran. Aku cuba untuk bergerak namun sia-sia. Rupa-rupanya, aku dihimpit! Sambil menahan perih, aku tetap cuba untuk melepaskan diri. Segala ayat suci al quran aku jadi lupa oleh kerana aku terlalu menggelabah dan tidak dapat fokus. Akhirnya, dengan lafaz bismillah, aku melaungkan azan walaupun payah. Berselang beberapa minit kemudian, baru lah aku berjaya membuka kelopak mataku perlahan.

Disaat itulah, aku ternampak seekor makhluk halus yang berkepala botak dan bertanduk kecil bertenggek betul-betul di bahagian atas kemaluanku. Wajahnya bagaikan bentuk mulut ikan pari yang bergerak-gerak. Lidahnya panjang dan bercabang dihujung. Manakala, terdapat dua bilah taring halus dan sangat tajam di mulutnya. Kulitnya pula kelihatan kasar dan menggerutu bagaikan kulit buaya. Dia menyeringai memandangku sebelum ia ghaib secara total….

-Tamat-

Kesimpulannya,

Itulah kisah yang dapat saya kongsikan buat kalian. Nampak mudah kan hal ini?? Tetapi percayalah, kadang-kadang perkara mudah seperti inilah yang membawa mudarat dan kesan buruk yang tidak disangka-sangka.

Kebersihan tidak memerlukan duit berkoyan-koyan untuk dilaksanakan. Cukup dengan nilai kesedaran, kerajinan minima dan sedikit kudrat. Buat sahabat2, berpesan-pesanlah pada perkara kebaikan.Yang mana tidak tahu, kita ajarkan. Yang mana salah, kita perbetulkan. Jangan pula terus menghukum tanpa sempat diadili dengan saksama. Ini peringatan secara general, tidak khusus pada satu2 perkara sahaja.

Semoga kita menjadi insan2 yang lebih baik dan mengutamakan kebersihan diri serta keadaan sekeliling. Lagi satu, jangan lupa untuk baca doa sebelum tidur dan amalkan surah2 seperti surah Al -Fatihah, Surah 3 Qul, Ayatul kursi, Ayat 9 dari surah Yassin serta ambil wuduk sebelum tidur. Semoga kita semua berada dalam Rahmat dan Perlindungan Allah swt. InsyaAllah, Amin.

Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan jika ada kata-kata dari kisah-kisah yang pernah saya lakarkan menyinggung perasaan kalian dalam sedar mahupun tidak. Saya hanyalah seorang insan lemah yang masih terkial-kial dalam usaha memperbaiki diri. Terima kasih.

Salam Ukhwah,
CikEdot ?
Penulis untuk entry2 dibawah;
1) Moyang
2) Moyang 2: Mak long & Nek jah
3) Moyang 3: Aku & Mereka
4) Allah kan ada!
5) Dendam Maria
6) Psycho Si Pencinta SOFEA
7) Gentayangan Wan Anum
8) Memori Ramadhan CikEdot

CikEdot
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 comments

  1. Thanx share cerita dan highlightkan betapa pentingnya menjaga kebersihan. Yg ikan pari melekap tu seram sungguh.

  2. I’m curious. Kenapa syasya letak pad dia atas meja dalam bilik? Ke dia mmg sengaja nak bagi benda tu makan? Takkan umah dia takde tong sampah kot? Takkan la doa pengotor sampai camtu sekali

    1. Dia bukan letak atas meja tapi tampal kat dinding belakang almari canves.Dan banyak lagi pad yang jatuh2 berlonggok belakang almari tu…busuknya allahu,tak mampu sy nak bayangkan melalui kata2.

      Nak kata dia membela,wallahualam.Ikut kata pakcik yg ubatkan dia,gangguan dtg dari makhluk halus yg tak bertuan.

      Memang masuk je rumah dia,kepala automatic jadi serabut.

    2. Sy ada pengalaman and ade kenalan yang memang perangai macam ni. Memang tak dinafikan memang wujud spesis mcm ni.
      Bekas penyewa rumah lama parents sy keluar pindah rumah baru (dua beradik perempuan). So, masa nak bersihkan rumah tu untuk penyewa baru…teka apa yang kami jumpa? Disepuknya belakang pintu pad2 yang tak berbasuh. Hanyir, busuk tak payah cakaplah…Astaghfirullah. Memang terkedu and malu pd ayah sy yang ada dkat situ. huhu.

  3. Aaarrgghhhhh…
    Ini cerita SERAM JIJIIIKKKK…
    Serius nk termuntah membygkan toilet tu, meremang2 tapak kaki kegelian yg teramat sgt…
    Akk penah pegi umh hamba Allah yg patern cmni…
    Segala permukaan lantai, meja, kabinet, sinki penuh sebersepahnye…
    Balik dr rumah tu akk trs migrain sbb stress menahan perasaan utk bertahan dok dlm umh tu walau sekejap…
    Eerrrrgghhhhh…

    1. Sangat memahami kak..lagi2 dengan koleksi beliau.saya susah nak hadam.puas sy fikir..’wujud juga org macam ni ya?’

      Sebelum sy share kat fs,sy share kisah ni terlebih dulu di wall fb..bila baca komen2 yg lain,allahu rupanya mmg ada peel macam ni kak.Main selit2 kat dinding…

      Kak yulie,terima kasih ya sudi baca kisah2 sy dari yg sebelum sampailah yg terkini.sy sgt menghargainya kak.Ini kisah last sy submit kat FS,lpas ni sy just share di fb je.

      Salam ukhwah dan sayang buat akak.

    2. Akk kdg tgk org jenis longgok2 baju kotor kt lantai toilet pon mmg xleh hadam, inikan plak pad kotor tepek2 kat dinding bilik…
      Nauzubillah…

      Akk lately ni mmg dh jaraaaannggg sgt jenguk fs ni, bz membatak menjahit…
      Tp arini tergerak hati nk site visit, skali bace cikedot last story share sni…
      Papepon akk doakan semuanya elok2 belaka yer…
      Nnt ade citer br kt pesbuk tag akk yer…
      Lebiu tuuuu…
      Hehehehehehe…

      1. Akk dh ketinggalan 5pages ni…
        Sooo bace lompat2, xleh nk ngikuti satu persatu…
        Kesian adik2 penulis semua, akk x sempat nk bace dan komen satu satu…

        Actually baju raya semua dh siap pon…
        Tempah ngan adik ipar…
        Bebaru ni jer akk beli mesin baru, kesedapan plak jadinye…
        Mulelah asyk nk beli kain nk bereksperimen…
        Lainnye aritu mak akk kumpul2 kain pasang, die soh akk settlekan…
        Heheheheheh…

        Lg pon cuti sek anak kt rumah kan…
        X sedap plak nk hadap tipon selalu…
        Huhuhuhuuu…
        Papepon, akk rinduuuu kt warga FS ni…

  4. Jadikan kisah kak dee ini sbgai pngajaran…kak dee jngn lahh buat crita nie crita last…nnti sy rinduu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.