Cikgu Ini Menceritakan Kisah Seram Bilik Media di Sekolahnya

Salam semua, kisah yang nak dikongsi ni kisah benar yang berlaku di tempat kerja saya sendiri.

Tamat KPLI, saya ditugaskan mengajar di sekolah di pekan kelahiran saya sendiri. Sekolah saya ni boleh dikatakan sekolah barulah juga (kurang 30 tahun usia pembinaannya). Selain dari ditugaskan menjadi guru kelas, saya juga diberi tugas menjaga Bilik Media, salah satu bilik di bawah Pusat Sumber Sekolah.

Bilik Media ni kecil aje. Lebih kurang separuh bilik darjah tu, memanjang ke dalam. Di dalamnya diisi dengan rak-rak besi tinggi di kanan dan kiri dinding dan tengah bilik. Lampu kalimantang (pendaflour) ada satu di tengah. Tingkap tinggi macam tingkap bilik air 1 dan pintu kayu 1. Bilik tu terletak di hujung blok, tingkat 3. Memang bilik tu agak malap dan sunyi.

Nama je Bilik Media, tetapi isi di dalamnya lebih kepada buku-buku rujukan lama, carta mengajar, alat pemotong polistrin, globes dan sebagainya. Mula-mula dapat bilik ini, memang tepuk dahi tengok sebab semua aneka barang di’hempuk’ aje kat atas rak-rak tu. So, ì minggu pertama tu memang dihabiskan untuk mengemas, membuang barang yang tak perlu, mengemaskini inventori dan sebagainya.

Sebab saya mengajar sesi pagi, keraplah sambung buat kerja lepas habis waktu mengajar dan kerap stay back sampai lewat petang. Pernah kakak-kakak senior tegur, “Stayback ke? Jangan lewat-lewat sangat.” Kadang-kadang sampai diaorang usik, “ Kau tak takut ya? Tak jumpa apa-apa?” Bila ditanya semula ada apa, jumpa apa, diaorang kata takde apa-apa. Saya ni memang hati kering sikit, so sambunglah kerja seperti biasa. Sebelum balik, tutup pintu kayu dan kunci serta mangga pintunya.

Masuk bulan 2, kelas tambahan malam untuk Tahun 6 bermula di sekolah saya. Sebagai guru baru, saya tidak ditugaskan mengajar Tahun 6, tetapi kerap diminta menggantikan guru-guru sekiranya mereka ada hal lain. Sampailah satu malam, (almarhum) Guru Besar saya telefon saya dan bertanya sama ada saya telah kunci pintu Bilik Media atau tidak. Bila saya kata sudah, kunci pun ada pada saya.

GB cakap, pintu bilik terbuka. Takut barang-barang hilang dan saya diminta datang dan kuncikan semula pintu tu. Saya pun datang ke sekolah dan kuncikan pintu tu. Kejadian ini berulang-ulang beberapa kali. Sampailah saya jadi pelik. Saya pun tukar mangga dan kunci yang baru, tetapi kejadian yang sama berlaku. Sampailah satu malam, saya diminta menggantikan guru untuk kelas tambahan malam.

Kebetulan kelas yang saya ajar ini bersetentangan dengan bilik tersebut. Masa mula-mula saya datang, memang nampak pintu bilik tersebut bertutup dan bermangga. Dalam setengah jam saya mengajar, saya berpusing sewaktu hendak menulis di papan hitam dan ternampaklah pintu bilik tersebut terbuka perlahan-lahan seperti ditolak dari dalam.

Ya Allah, masa tu meremang segala bulu roma saya dan sebelum sempat saya pusingkan badan, ternampak kelibat sesuatu yang tinggi dan hitam berdiri di bahagian dalam bilik tersebut. Masa tu lah baru terasa takut. Menggigil-gigil saya nak habiskan kelas malam tu dan mujurlah tak ada anak murid yang terpandang ke luar. Kalau tidak, tak tahulah apa jadi.

Beberapa hari selepas kejadian, saya nekadkan hati nak buat sesuatu sebab dah tak larat (dan tak berani) nak datang dan memanjat tangga sekolah untuk mengunci pintu bilik tersebut setiap malam.

Saya tunggu rakan-rakan guru dan anak-anak murid sesi petang balik semuanya. Dalam pukul 6.45 petang, bila sekolah dah lengang, saya naik ke Bilik Media. Saya berdiri di luar pintu bilik, beri salam dengan nada suara yang lembut dan jelas. Lebih kurang begini ayat saya, “Assalammualaikum, Tok, Nenek. Anak cucu minta maaf kalau mengganggu. Juga nak minta maaf sebab selama ni anak cucu tak tahu ini tempat tinggal atau tempat lalu Atok Nenek selama ini. Ni anak cucu nak minta tolong sangat-sangat. Anak cucu ni orang baru, baru mula kerja, kena jaga, kena kemas bilik ni. Kalau Atok Nenek nak duduk sini, duduklah. Nak lalu, lalulah.

Tapi nak minta tolong, lepas tu kuncikan semula ya. Kalau barang hilang, anak cucu kena ganti. Gaji pun belum dapat, duit takde. Kesianlah kat saya ya… tolong ya Tok, Nenek…” (kesian, kan ayat saya? He he he)

Memang tawakkal betul masa buat tu. Sebelum ke bilik tu, saya dah sempat baca ayat Qursi 7 kali buat pendinding diri.

Habis je saya cakap tu, rasa angin sejuk lalu kat tepi. Memang meremang bulu roma semua, tapi tawakkal ajelah, saya tarik daun pintu tu, kunci dan mangga. Saya balik terus tak menoleh-noleh bilik tu.

Beberapa hari lepas tu, GB jumpa dan tanya saya, “Awak masih datang malam-malam kunci pintu bilik tu ke?” Saya kata takde dah, dah Cikgu (GB) atau jaga pun takde call saya suruh kunci.” GB saya buat muka pelik sebab dia kata bila dia datang jengah anak-anak murid di kelas tambahan (dalam pukul 8 lebih gitu), pintu bilik tu terbuka luas, tapi bila nak balik dalam pukul 9 lebih, dia lalu, pintu tu dah tertutup, siap bermangga lagi. Memang dia ingatkan saya datang mengunci.

Bukan dia seorang yang nampak, cikgu-cikgu lain dan jaga pun nampak. Saya pun cerita dengan GB saya apa saya buat, dia istighfar. Lepas tu dia ketawa. Dia kata, guru yang sebelum ni jaga bilik tu, mcm tu lah kisahnya. Siap tiap pagi, buku-buku dan barang-barang dalam bilik tu dah berterabur diroboh-robohkan. Satu hari ni, cikgu tu dah tak boleh tahan, dia naik angin dan maki-maki kat dalam bilik tu. Esok paginya tengok semua rak-rak tu dirobohkan sekali. Habis berterabur satu bilik tu. Jenuhlah dia kena mengemas semua semula.

Geram je saya dengar masa GB saya bercerita tu. Rupa-rupanya ada kisah kat Bilik Media tu, tapi tak beritahu saya sebab tak nak saya takut. Lepas GB cerita tu, dia tengok saya terkedu semacam, dia coverlah dengan puji-puji bilik tu dah kemaslah dan sebagainya.

Dalam kepala saya cuma terfikir, patutlah barang-barang berlonggok di rak depan, cikgu-cikgu dah ambil, tapi masa nak pulangkan rasa takut, jadi longgok ajelah barang-barang kat situ. Esok harinya bila cerita dengan kawan-kawan barulah diaorang buka cerita, bilik tu salah satu hot spot benda-benda halus kat sekolah tu.

Ramai dah nampak kelibat dalam bilik tu, buku roboh, barang jatuh masa diaorang nak ambil barang dalam bilik tu. Lepas tu diaorang cakap, “tu sebab kitaorang kagum dengan kau. Berani sungguh buat kerja dalam tu sorang-sorang sampai lewat petang. Malam-malam naik kunci pintu bilik tu lagi. Kitaorang takut woooo….” Masa tu dah rasa biji mata dah panas nak menangis. Seram-lah weh… backdated punya seram.

Tapi Alhamdulillah lepas tu takde kejadian pelik dah.

Pembaca FS jangan salah sangka pulak bila saya buat dan cakap macam tu kat bilik Media tu. Bukan niat untuk syirik atau khurafat. Tidak, itu bukan niat saya.

Saya pegang kepada jinn dan syaitan itu wujud. Kita sama-sama makhluk Allah, ada ruang dan tempat masing-masing. Berpegang kepada kepercayaan itu, saya buat apa yang saya buat. Sebab saya percaya, bila kita minta secara elok, insha Allah, orang atau bukan orang tak marah. Dia nak beri atau tidak, Wallahu akhlam… tu hak dia. Alhamdulillah, takde benda tak elok berlaku selepas itu.

Sekarang bilik tu dah dijadikan bilik stor simpan kerusi meja yang dah tak dipakai.

Saya ada lalu-lalang juga depan bilik tu sekali sekala, tapi dah tak menyinggahlah. Laju jek lalu, tak toleh-toleh. Janganlah ada yang menegur, memang saya lari macam lipas kudunglah jawabnya. Hehehehe….

Liza Harun (tak payah publish nama saya ya, Admin)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

14 thoughts on “Cikgu Ini Menceritakan Kisah Seram Bilik Media di Sekolahnya”

  1. ha… ha… info yg berguna…. menghormati sesama mahluk Allah bukannya menyekutu.
    Bayangkan Jin tu cak penculik.. tentu polis ada berunding ngan dia.. tp bukan tunduk ngan dia

    Reply
  2. bila masa pula kita anak adam jd anak cucu jin?! jin pula jd nenek moyang kita?! sedar lh sikit… nak berbaik dgn makhluk Allah pun mesti kena tempatnya juga…benda2 mcm boleh selewengkn akidah bg yg tk tau hukum hakam agama…alahai…

    Reply
    • tak semestinya kita panggil dia atok nenek kita jadikan dia atok nenek kita , Kata2 orang tua dulu , bukan bermakna kita bersekutu . Ibu saya selalu pesan , Kalau masuk hutan , Mintak izin , Maybe yg akan kita masuk tempat tinggal diorg , Macam kita ade rumah , Kalau org masuk tanpa izin kita marah tak ? Mungkin jugak cara mereka begitu . Kita mintak izin tak semestinya kita menyekutukan Allah . gelaran atok nenek ni sebb kita tahu Jin ni dah ade dari dulu lagi , Means dah berumur , Think positif, sebagai peringatan

      Reply
      • Bukannya ape, diorang ni bukan setaraf dgn manusia. kalau kite ‘mengangkat2’ makhluk ni, semakin angkuh n sombonglah diorang ni… Kite kan ada Allah s.w.t… Apa salahnye kalau mulakan sesuatu dgn membace Bismillah?! Nak masuk hutan pun gunakanlah atas nama Allah s.w.t…

        Reply
  3. Hehe mmg lawak la time cikgu ckp tu….x pe lah yg penting Allah tetap yg Satu..cikgu pn ada ckp kn td sblm pegi situ dh bc ayat qursi sbg pendinding

    Reply
  4. Pandai hang ye… tggu semua balik bru ckp mcmtu.. kang klu ade yg tgok hang ckp dgn pintu ingat hang giler plak..hehe….. ape pun.. aku pun penah buat mcm hang buat… tapi rasa2nye time aku buat tu bukan hantu, tapi penagih kat luar rumah.. mati2 aku ingat hantu…. siap ckp aku x izinkan ko masuk ke rumah aku..ckupla diluar sahaja… makin galaklaaa deme memunggah besi buruk den…….

    Reply
  5. Uihhh… seram-seram sejuk time nak cakap tu. Tak fikir dah segan ke idok kawan nampak , tapi memang dah bulat dah nekad masa tu. 😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.