#CikJah. Aku & Kunci Pendua

Assalamualaikum.Terima kasih Admin kalau cerita ini dipostkan. Aku baru jadi peminat FS tahun lepas. Habit aku tiap2 hari suka baca FS & wajib baca FS sebelum tidur. Aku CikJah. Cuma nak kongsi pasal diri sndiri atau lebih tepat benda yang aku dapat tahu ada dekat diri aku. Cerita ini tak seram pun, niat aku cuma nak pembaca-pembaca ambil pengajaran sahaja. Maaf jika cerita ini tak kena di mata & hati followers FS ya. Aku orang law, bukan orang sastera. Maaf juga sebab panjang ya.

Masa mula-mula aku dapat tahu ini aku memang stress barhari-hari. Menangis stress tak boleh study tapi sekarang ok dah. Hati tisu.Sebab apa? Sebab aku dapat tahu, aku ada pendua. Macam kunci pulak. Start kisahnya pada tarikh 1/ 2/ 2016 , aku habiskan hari-hari terakhir di rumah sewa sebab aku dpt hostel. Aku seorang pelajar di negeri penyu. Masa ini aku dah start sem baru tapi aku duduk rumah sewa sekejap untuk kemas-kemas barang. Kami sewa berlima sahaja dalam sebuah rumah yang ada 5 bilik. Aku sebilik dengan Tina. Asma’ sebilik dengan Nur dan Ana seorang di bilik master. Pada masa tu, Nur pun dapat hostel, dia dah keluar dari rumah sewa tu awal kerana semua barangnya telah diambil. Jadi, di rumah itu hanya tinggal aku, Tina dan Asma.

Malam kejadian, Asma ajak aku teman dia tidur sbb dia takot tidur sorang.Memikirkan Tina,roommate aku dah tidur & kesian dengan Asma’ yg memang agak penakut berbanding Tina, jadi aku setuju untuk teman dia. Dalam jam 5pagi aku terbangun tgk jam dekat handphone & aku tutup mata nak tidur balik. Kedudukan katil kami rapat ke dinding. Asma tidur belah dalam, aku tidur belah luar. Masa ini aku baring membelakangkan Asma’ dan tangan aku sedikit terkeluar dari katil.

Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu macam genggam jari aku tapi sebab aku ngantuk sangat aku taknak bukak mata dah. Aku tak terfikir benda-benda halus ke mistik masa ni. Aku pun tepislah tapi ‘sesuatu’ tu macam taknak still lepaskan. Aku terfikir lipas je tapi kenapa susah sgt nak lepas tapi makin kuat pulak rasa genggaman. Jadi, dalam keadaan gelap tu aku goyang2 kan tangan aku baru ‘sesuatu’ itu terlepas dan berhusnudzon tidurlah balik.

Jam 7pagi, aku bangun dan masuk bilik aku untuk bersiap. Tina tanya aku,”tadi akak bangun awal ke? Kite nampak akak solat pukul 5 pagi.” Aku geleng kepala dan cuak dlm hati apa pulak jadik ni. Aku cuti masa tu takkan aku nak solat. Aku suruh Tina cerita dekat kelas nanti.

Dekat kelas, Tina kata pukul 3 atau 4 pagi, dia terbangun dan dia nampak aku tido sebelah dia tapi membelakangkan dia. Aku beritahu dia, aku tidur dengan Asma’, dia lagi cuak dari aku.fuhh. Lagi-lagi cuak bila dia insist yang dia nampak aku solat pukul 5 pagi sampai la azan subuh. Masa dia nampak itu, aku tengah sujud walaupun bilik gelap tapi dia nampak sikit2 bentuk org solat n dengar pergerakan org solat tu. Tina boleh pula dia bergurau, “Benda itu saja nak kacau lah tu kak. Hadiah perpisahan kita nak keluar. Benda tu Islam kot, dia ganti akak solat.”. hurmm.

Apa kaitan dengan jari aku yang kena pegang tu ya? Aku pun tak tahu tapi yang aku terfikir masa aku kena pegang tu dalam masa yang sama Tina nampak aku solat. Dia nak kejut aku bangun ke macam mana ya?Dalam hati aku, apa lagi kisah dekat rumah sewa ni. Kenapa aku fikir macam tu, sebab ini rumah sewa kami yg ke dua tapi sem yang sama. Maksud aku, sem yang lepas itu aku dan lain-lain dalam semester 3. Masa sem 3 tu kami menyewa dua rumah. Rumah sewa kami “berhantu”, jadi kami cari rumah sewa lain. (Aku lama ada hantar kat FS tapi tak dipublishkan. Takpe Admin, faham.^^)

Ok start dari hari itu, Tina tak bagi Asma’ culik aku lagi. Nasib baik kami cuma tinggal 3hari je di rumah itu. Aku dan Tina tak cerita dekat yang lain sebab taknak kecohkan keadaan.Aku cuba buat tak tahu sebab minggu tu aku nak balik untuk cuti raya cina. Aku cerita dekat keluarga aku. Bonda dan Angah aku, mereka nak bawak aku rumah wak seorang kt area tempat daerah rumah aku. Masa malam nak pergi ini, aku marah-marah dengan Mak, Angah aku. Aku taknak ikut. Aku taknak keluar bilik tapi dalam masa yg sama aku fikir, kalau kau taknak maksudnya kau ada. Haa pujuk hati sendiri. Wak ini keluarga aku dah biasa jumpa, sebab berubatlah (Angah aku kena santau).

Di rumah Wak

Masa Angah aku berubat, aku berdebar-debar, takut. Lepas Angah aku berubat, sampailah turn aku.
Angah: Macam ini Wak, adik saya ni kata kawan dia nampak dia ada pendua.
Wak: Memang ada pendua. Tu dekat sebelah aku *sambil tunjuk sebelah aku*. Tapi, dia nak pergi tu. Dia tak suka kau datang sini.
Punyalah aku cuak masa itu dan semestinya sedih.
Wak ini minta izin pegang kepala aku. Aku dengar dia baca ayat alquran. Masa itu meremang amat aku jadinya.
Kemudian, Wak bukak cerita.

Wak: Yang duduk dengan kau ni nenek tua.Suka dekat kau.manja dekat aku. Sebab dah lama ada. kau ada aqad dgn dia.
Aku memang terkejutlah. Bila pulak aku berkontrak dengan benda-benda macam ni. Tak pernah teringin pun.

CJah: memang takde, Wak.
Wak: Cuba ingat betul-betul. Ada tak terima apa-apa, batu ke dari sesiapa?
Aku diam, fikir, perah otak aku depan dia. TING! Haa yes!aku ada terima satu batu ini.
CJah: Ada rasanya. Batu. Tapi batu tu saya tak nampak. Tapi saya buat isyarat terima batu tu. Masa berubat dekat Sg Buloh.
Angah: Bila masa ni?
Jah: ala yang kau bawak tu. Yg kita terima pedang-pedang tu.
Wak: haa pedang pulak dah. *huhuhu macam2*

Angah & Bonda aku terkejut sgt. Lagi2 Abang aku sebab dia yg bawa aku g berubat kat paya jaras tu confirm dia rasa serba salah.huhuhu.

Masa ini juga, aku rasa sedih dan rasa loser sangat, sebab benda ni fungsi dia buat orang tak puas hati dengan aku & aku tak puas hati dgn orang. Tak kisahlah keluarga atau kawan2. Suka cari pasal & gaduh-gaduh. Kalau aku dah kahwin, katanya rumahtangga aku tak aman.Selalu salah paham suami isteri. Masa dengar itu, Aku pandang Bonda aku. Bonda aku cakap, “Memang dia selalu gaduh dengan orang pun.selalu marah-marah.” PAP!! sentap sangat. Rasa macam anak derhaka. Huhu.

Mujur Wak tu kate aku ni kuat lawan dan muda lagi tapi masuk umur 30/40, aku mungkin sakit teruk kalau tak buang. Makan diri. Sebab benda ini akan lekat dengan aku smpai habis hayat aku.

Wak: awak nak buang ke nak simpan?
Angah: boleh simpan eh? Haa Jah, best jugak kalau ada. kau boleh test dia, suruh pegi jawab exam untuk kau
Hahaha. Kuajaq punya abang.
Mak aku suruh Wak buang. Wak suruh aku cakap sendiri (aku masa ini tahu diam, senyum. Menyampuk bila perlu je. Macam ada emas dalam mulut. Hehe) aku setuju lah nak buang. Takkan nak simpan kan. Binasa hidup.

Throwback (Rumsis Saidina Hussin, diploma sem 3, Melaka, tahun 2012)

Ada akk serumah aku ini hijab terbuka. Kami satu rumah sedia maklum pasal anugerah yang akak ni dapat. Aku tengah study dkt luar area pukul 11 malam macam tu. Sorang-sorang.Aku memang suka study dekat luar sorang-sorang sebab dalam bilik bising & aku suka guna meja, yang lain suka study atas katil. Yang lain study dalam bilik atas katil masing2. Akk tu keluar & tegur aku,”Eh, Jah, Jah ada kawanla dkt luar ni rupanye.”
Aku tgk dia, aku cuak.”Akk ni kenapa ckp mcm tu.Jangan buat saya takut. saya sorang je kat sini dari tadi ni.” .

Bila akk tu tengok aku takut dia cover line. Dia cakap,”Eh xdela.tu kawan2 jah kan ada dlm bilik tu.Pergi lah study dlm bilik. Pergilah kat diaorang.” Lepas dia cakap macamtu dia terus masuk bilik dia cepat-cepat.Kira dia try bagi hint halau aku masuk bilik.Aku faham maksud akk tu, aku terus lari masuk bilik. Yelah dh dia bukan nk tggu aku masuk bilik sekali. bertuah.huhu. Dari sebelum tu lagi sebenarnya, aku dah rasa meremang dah. Meja aku kedudukannya rapat ke dinding. Sebelah meja aku ada lagi 2 meja. Tingkap dekat hujung tu aku buka dan langsir terikat. Masa sebelum tu, aku ternampak dekat hujung-hujung mata macam ada benda main cak-cak dekat luar tingkap. Bila aku toleh, takda apa. Aku cuba sedapkan hati, terus duduk study sampailah akak tu keluar.

Sejak drpd tu, aku selalu rasa badan aku sakit. Nampak benda melintas la,rasa mcm ada org perhati aku. Paling best sekali aku sakit kaki.kaki aku berat sebelah. Aku jalan g kelas kena seret kaki lg sebelah. 2 minggu juga, aku sakit macam tu tak baik-baik. Lepas itu, satu petang itu keluarga aku ambil aku kat melaka, kitaorang terus naik selangor, pergi sungai buloh utk berubat katanya. Haa dkt sg. buloh ni lah aku dapat kunci pendua aku ni.huhu

Masa awal-awal dapat “pedang” tu, aku, angah, along, kakak memang ada guna “pedang” itu. Bestla kitaorang cuba-cuba. Tapi lepas beberapa tahun lepas itu, aku dan lain2 yg kata dapat pedang tu buat taktahu dengan pedang itu sebab kitaorang rasa benda tu macam ilmu salah. Allahu’alam.

Sebelum kitaorang balik, Wak tu ada nasihat Angah aku, kita kalau nk berubat, berubatlah dekat tempat yang betul. Nak berguru, nak ilmu pun cari tempat yg betul. Jangan main aci redah aje. Wak itu kata lagi kat Angah aku, orang yang bagi kat adik dia ini, dia dah banyak ilmu salah, dah banyak benda dia pegang tapi bila dia dah tak boleh nak jaga, dia bagi dekat orang dengan alasan berubat. Jadi kena berhati-hati.

Untuk pembaca-pembaca juga. Berhati-hatilah ya dalam berikhtiar. Kalau rasa, pengamal perubatan itu caranya pelik aneh-aneh aje, tak payahlah ikut. Jangan terima apa- apa dalam keadaan sedar atau mimpi ya. (Aku terima batu masa dalam keadaan sedar. Lurus punya budak!).

Haa, tak seram kan? Aku dah bagitahu awal-awal. Ini cerita benar dan sekadar kongsi untuk pengajaran semua. Nanti, aku share cerita apa jadi dekat tempat aku berubat di Sg Buloh itu, nama pedang-pedang kami & macam mana kami adik beradik guna “pedang” itu. Sekarang takbuat dah, sekadar kongsi untuk pengajaran ya. Tak lebih dari itu. *peace*

#CikJah ~Letak ALLAH dalam hati, In Shaa Allah kita akan terjaga.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
CikJah

11 thoughts on “#CikJah. Aku & Kunci Pendua”

  1. bhye jgk kan, dlu arwah pklong sy sakit, g cek dktor, dktor ckp xde pape pun, tok plak jenis y ske cri bomoh, g ar brubat mrte2 tmpt, bknnye sorg, dh mcm jenis org dh jmpe, mcm2 cite tok bwk balik, dlam tlur ad jarum, ade bnde putih klua dr bdn arwah ar, trkne ludah ular sbb arwah kncing mrte2 trkne tmpt srang ular, p2 ad bomoh ckp arwah xkn pulih sbb org y shir 2 akn buat smp die m**i. akhir skli 2taun lps sblm arwah mniggal ag sbln nk puase ari jumaat, dktor sahkn arwah kne pyakit TB. jd xthu ar mne 1 y btlnye…slps arwah pklong pegi bln puase khamis mlm jumaat arwah tokki pun pergi tglkn kmi sume, slps dr 2, tok xblh dok sorg2, klu x die akn mngis tringt kt arwah, dlu bdn shat skrg dh nmpk kurus dh…

    Reply
    • Bahaya sbb bila pergi tempat2 berubat, ade je yg cuma nk amik kesempatan, lagi ditambahnya benda bukan selesaikan. Huhu. Xpela pengajaran kan.

      Reply
  2. Uishhhh..kat tempat den ni…ekau g brubat kat paya jaras mn dik? Paya jaras hulu,dalam,tengah or hilir? Pengajaran utk org lain jugak cite ko ni dik..jgn terima pape dlm seda @ x? Tringat cite kwn mak..sebok sgt nak cantik skali org yg nak bg dia cantik sgt tu hadiahkan kak ponti n ddk atas bahu dia..padan la dia dok ckp sakit bahu…bl jp mak skali baik pye tenggek kak ponti kat bahu

    Reply
    • Alamakk kakk, saya pun xingat paya jaras mane. Yg sy ingat kawasan taman je.?

      Itulah kak. Sy pulak trma masa sedar. Budak lurus, dah alang2 berubat terima jela pape. Huhu

      Reply
  3. Aiseymeeennn…
    Bab2 xleh terima brg di luar sedar/mimpi ni akk serem skeeettt…
    Almaklumlah mimpi bknnye leh kawal sgt pon kan…
    Acaner ni…

    Reply
    • Itulah kak. Sebab mimpi bawah sedar kan. Tapi kata org kita boleh kawal mimpi kita. Ada caranya. Wallahu’alam.
      Tapi papepn kita sebelum tidur tula kena ingat nak baca dia, pendinding diri semua. Sebab masa tidurlah waktu badan kite lemah. 🙂
      Pengajaran buat kite ye kak yulie. Suka kak yulie yg aktf mengomen hehe.

      Reply
  4. Cikjahhh bekas siswi saidina hussein eh. Saya siswi saidina umar heeee. Tp benda macam cikjah kena tu ade juga kena dekat kawan saya, masa tgh study kat meja luar sorg2. Sereeemmmmmm!! Huhuhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.