#CikRembulan: Taman Permainan Cucu Nenek

Kejadian ni berlaku tahun 2009 ketika aku baru mula bekerja. Aku ditawarkan kerja di sebuah syarikat di KL selepas tamat belajar. Disebabkan aku kerja di bidang IT, aku terpaksa berkerja mengikut shift. Selama 6 bulan pertama, aku tak pernah ditugaskan untuk berada di shift malam. Entah macam mana selepas manager aku resign dan tukar manager baru, tiba tiba group kami dijadualkan kerja pada waktu malam pada bulan May.

Dalam group aku ada 7 orang. Jadi disebabkan waktu malam kurang task, kami lebih banyak berborak sambil monitor kerja kami melalui komputer. Salah seorang ahli group aku bernama Kash, lelaki berketurunan serani. Kash memang minat dengan aktiviti paranormal macam seekers dan dia ada kumpulan yang pergi mencari hantu. Disebabkan malam tu kami masing2 free, kami duduk berkumpul mendengar Kash bercerita pengalaman dia. Sehingga shift kami habis pada pukul 3, keadaan masih normal dan tiada apa yang berlaku.

Selepas tamat shift, aku terus balik bersama Zana. Zana biasanya akan parking kereta di rumah aku dan kami pergi kerja bersama. Jarak antara rumah aku dan Zana 20 minit. Zana duduk bersama family, aku pula duduk bersama kawan2. Ketika hampir sampai di rumah, perasaan aku dah mula lain macam. Aku pun berasa pelik kerana tak pernah ada perasaan begini. Elok aku mahu belok ke simpang rumah, tiba2 aku nampak ada orang menonong melintas jalan. Aku terus brake emergency kerana jarak yang amat dekat. Zana terkejut dan terus memarahi aku. Dia kata tiada apa2 didepan padahal aku memang nampak ada orang melintas. Dalam keadaan yg masih terkejut, aku terus masuk ke dalam rumah. Zana terus pulang kerumah.

Selepas masuk bilik, aku mandi dan cuba untuk tidur tapi susah nak terlelap. Aku fikir aku terbawa bawa dengan cerita Kash di office tadi. Keesokkan paginya aku bangun untuk solat subuh 6.30 tetapi badan aku terasa amat malas dan berat. bahu aku sakit sehingga tak boleh berdiri dengan tegak. aku gagahkan juga. Pada fikiran ku mungkin waktu tidur berubah menyebabkan aku tak bermaya. Malam tu aku kerja seperti biasa walaupun kesihatan ku tak berapa baik. Budak2 office juga menegur keadaanku. 3 hari aku bertahan tapi akhirnya aku tumpas.

Hari ketiga aku ambil MC dan duduk dirumah. Rumah aku aprtment dan berada di tingkat 2. Kami duduk ber3. Housemate beri aku kelebihan duduk di master bedroom. Malam tu aku terasa nak buang air, aku ke bilik air yang berada dalam bilik. Semasa aku masuk dalam bilik air, aku perasan ada sesuatu memerhatikan aku dari atas tingkap. Bila aku toleh, aku ternampak Wan, housemate aku sedang perhatikan aku. Dengan rasa terkejut, aku berlari keluar. Bila tengok sekali lagi tiada. AKu fikir mungkin perasaan aku sahaja. Malam tu jugak aku dengar ada orang bermain basikal sambil bunyikan loceng. Bila aku fikir dengan logic, tingkap bilik aku bahagian belakang, takde koridor oi…

Esoknya aku ceritakan apa yang terjadi pada Wan dan Anie, housemate aku. Tapi diorang tak dengar apa2. Penyudahnya masing2 ambil keputusan tidur sama dalam satu bilik. Hati aku makin tak keruan. Aku ambil keputusan untuk balik rumah family dan ceritakan semua pada mak aku. Mak aku bawa aku jumpa dengan seorang pengamal perubatan. Rupa2nya ada makhluk Allah yang kita tak nampak dengan mata kasar marah pada aku dan menumpang di bahu aku. Patut pinggang aku nak patah kalau berdiri. Macam cerita dalam tv dah. Ustazah tu tolong aku buangkan apa yang menumpang. Ketika nak bersihkan, Ustazah minta aku pejam mata sambil baca ayat kursi. Ada satu tahap aku nampak seorang nenek tua pandang aku dengan marah dan berlalu pergi. Rupanya simpang rumah sewa aku tu tempat main cucu cucu dia. Mana lah aku tahu. Disebabkan aku kacau tempat mainan cucu dia, dia marah kat aku sampai ikut aku balik. Yang cucu dia pun satu, tengah jalan jadi tempat mainan. Bukan aku nampak pun, eh, kang kalau nampak lagi meroyan kan. Disebabkan kejadian tu, aku pun cari rumah baru untuk mengelakkan terlanggar cucu nenek tu. Ada cerita jugak dirumah baru. Nanti aku cerita lagi. Ok. Thnx. Kbye.

#CikRembulan

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “#CikRembulan: Taman Permainan Cucu Nenek”

  1. sama jadi dekat adik saya yg baru berumur 6 tahun masa tu,tiga hari dia jalan seret kaki sebelah bawak pegi ustaz baru tau ada benda menumpang, ayah ikut time tu ustaz tu suruh benda tu pindah dkt kaki ayah dan masa tu ayah rase sakit sangat2,ustaz tu kata mcm tu lah anak kamu rasa selama tiga hari ni, lepas dah buang terus adik boleh jalan mcm biasa serta merta tanpa ada rasa sakit sikit pun.

    Reply

Leave a Comment