Assalamualaikum FS, aku terjebak dengan page ni friend fb aku selalu share. Masa ni laa aku boleh bukak page ni agak menarik. Kebetulan aku memang suka cerita seram dari kecik ok. Dalam rumah aku penuh dgn dvd cerita seram. Sampaikan family pun marah kenapa aku fanatik sangat dengan cerita seram.
Ok kisahnya macam ni. Pengalaman seram aku ni banyak. Dari aku belum kahwin sampai dah kahwin sekarang masih lagi dengan kisah seram aku. Cerita kali ini aku punya pengalaman sebelum aku kahwin laaa. Sewaktu aku bekerja di Pahang, aku mengambil keputusan untuk menyewa rumah di sebuah taman. So dalam rumah tu ada 5 org termasuk aku. Bilik ada 2 jee, xbesar mana. Bilik kongsi2, biasalah still bujang kan, hehe. Dalam bilik aku duduk ada dua orang, bilik satu lagi kongsi tiga orang.
Pengalaman ini yang x dapat aku lupakan. Tapi bagi aku peristiwa ni seram jugak laa, sebab aku pernah melalui sendiri. Pada malam tu jatuh hari pada malam jumaat, kawan sebilik aku kerja shift kat kilang so balik agak lewat. Kunci pendua x de so aku je la kena bukak sape yang xde kunci tu. Time tu aku cuti malam so time tu la aku boleh tidur awal. Masa tidur tu la aku mimpi ada pocong berdiri depan pintu bilik aku. Terkejut punya pasal terus aku terjaga.
Berpeluh gila aku time tu. Masa aku sedar tu entah macam mana aku rasa ada ‘something’ yang sedang memerhatikan aku. Lelaju aku bangun dan terus On lampu. Tetiba henfon aku berbunyi rupanya kawan aku suruh buka pintu, dalam 15 minit dia sampai. Aku pun iye kan jelaa. Aku pun baring sementara tunggu dia sampai, masa tu sempat lagi aku tengok jam dah pukul 2.30pagi. Sedang menunggu kawan aku tu, aku pun tidur-tidur ayam.
Dalam aku tidur-tidur ayam, aku perasan ada lembaga sedang perhatikan aku atas kepala. Sumpah weyh aku x tipu, rambut mengerebang, muka tak nampak. Rambut panjang dia tu boleh pulak terkena kt muka aku. Masa tu mata aku separuh bukak je, badan aku x payah cakap laa, dah mengeras. Jantung ni lagi laa, berdegup lebih kencang. Dalam hati aku baca surah apa yg aku ingat. Nak lari memang x boleh la, sebab badan aku dh keras.
Agak lama gak aku berdepan ngan situasi tu. Syukurlah pandai gak dia hilang x lama pastu. Then, aku dengar pintu diketuk berulang kali oleh kawan aku dekat bawah. Apa lagi, aku pun bergegas lari sepantas kilat untuk bukak pintu. Tapi masa tu aku x bukak mulut pasal kejadian tadi. Padahal kawan aku kehairanan da kenapa aku macam pucat betul. Aku diam dan membisu je, malam tu memang aku x bole tidur dah.
Pagi besok baru aku bagitau kawan aku, pastu kawan aku bagitau dekat pakcik dia pasal hal ni. Selang beberapa hari kemudian, pakcik dia bawa aku g jumpa ustaz. Ustaz tu cakap sebelum kami pindah rumah tu, ada seorang cina m**i dalam rumah tu, di spesifikkan lagi dalam bilik aku weyh! Terkejut gak la aku. Pokok besar kt tepi bilik kitorang tu tempat belaan cina tu. So, paham2 laa dia nak something. Besok malam tu jugak kitorang buat pulut kuning ayam kampung ikut petua2 penduduk kt situ. Lepas tu dah xde gangguan dekat aku dah. Lepas kejadian tu pun aku terus pindah. Yelaa takut punya pasal kan, hehee. Ok la itu je aku nak kongsi.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
err..macam pelik je amalan menjamu benda tu dengan pulut kuning dengan ayam..
Kan kan..errrr..krik krik..tapi jln cerita ??
Ada ke patut g jamu pulak…haish….prbuatan syirik…pembaca jgn x ikut
kan..takut jatuh syirik..kita xboleh percaya dengan amalan-amalan tu
Err…esok lusa tulat tunggin, kamu usah buat benda masak pulut gitu ghoper ye menjamu benda alah tu. Buat kenyang menatang buat buat apa. Ikut ckp org kg, tumpo ler kamu wei!!! Bagi je ke aku, ada gak kenyangnya perut aku ni.
syirik tu bro
cina ada bela2 gk ke?? wa bru tau wooo… diorg bela untk pe?? kasi ong ke??.
nice
la…boleh lak g jamu…g ikut petua buat pe