Cincin Pusaka

Bismillah.
Dengan satu lafaz, aku ucapkan Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh pembaca FS dan juga khas buat peminat lama aku. Sebelum aku mengarang cerita “terakhir” bagi keseluruhan kronologi ceritaku, aku just nak paste sikit previous link kisah karya-karya aku yg sebelumnya supaya para pembaca tak ketinggalan dengan kisah aku atau dalam bahasa Itali; Blur. Orang kata, biar semua pembaca jelas dengan mainan kronologi aku sekaligus faham apa yang aku sampaikan kecuali yang dah lama follow-up aku. Pada PENGAKHIRAN cerita ni, korang akan faham apa kaitannya cerita sekarang dgn kisah yang sebelumnya. Semuanya memang ada berkait rapat. Sila rujuk dibawah:
1. Pengalaman Asrama PLKN

  1. Pak Long Ku

  2. Pengalaman di pasaraya terkemuka

  3. Pengalaman di rumah sewa

  4. Sedulang paku karat

  5. Amukan Taman Baiduri

.:INGAT! AKU DAH BERJANJI DENGAN PEMINAT SETIA AKU YANG AKU BAKAL TUTUP KRONOLOGI INI. AKU TAKNAK MUNGKIR JANJI DENGAN KORANG!

*Kaki Nota: Karakter yang terbabit langsung dalam kisah aku melibatkan lebih daripada seorang.

MALAM BERDARAH-
Hari itu adalah hari yang aku akan ingat sampai bila-bila. Hari-hari sebelumnya arwah tok ki aku sakit tenat, aku pernah bermimpi bahwa akan tiba masanya nanti dimana jariku akan menyarung sebentuk ‘Cincin Pusaka’. Masalahnya, apa yang aku mimpi tu seolah-olah macam dah dirancang oleh ketentuan. Aku ingat. Ada satu atuk tua yang tinggi pangkat keluarganya dalam salasilah keturunan aku. Lebih tinggi drpd Tok ki rasanya. Cuma aku tak boleh nak kata itu moyang aku sebab aku memang tak kenal siapa ‘dia’. “Si Atuk” ni ada bagitau something pada aku pasal cincin tu. Katanya; bila Tok Ki pergi esok, kamu pikullah cincin tu. Kamu bawak cincin ni esok lusa sampai kepada turun-turunan yg lain. Tapi aku cakap aku tak nak. ‘Dia’ diam. Lalu, orang tua tadi beransur pergi. Kepala otak aku jammed!
Kemudian, hari selepasnya arwah Tok Ki aku meninggal dunia, aku bermimpi benda yang baru pulak. Dalam mimpi kali ni, aku didatangi ‘Si atuk’ yang aku sebut tadi. Dia sampaikan pesanan ringkas pada aku. Katanya; bila kamu bangun tidur esok, ada ‘kawan’ menunggu sebelah kamu. Ko tau!? Aku dah nak jadi tak siuman masa tu. Entah macam mana, aku terbangun dari jaga tiba-tiba. Aku pandang sekeliling bilik tapi aku tak nampak pulak ‘member’ yg konon-konon ‘Si Tua’ tu cakap.
TAPI..
Aku terjumpa sebentuk cincin yang terselit dicelah badanku. Ya Ampun! Ni dah sapa punya pulak ni? Alahai… macam-macam lah! Aku bawak cincin tu pegi tunjuk depan mak bapak aku. Aku tanya dorang sekali kalau dorang ada tahu-menahu pasal cincin ni tapi dorang jawab dorang tak tahu. Ah sudah! Akhirnya, aku SARUNG cincin tersebut dijari tengah…
Oh, aku lupa nak mention sesuatu kat sini. Aku mintak korang baca dan hayati dengan baik;
” Dua insan datang bersua. Duanya lari datang menyambut. Satunya pula lari berseorangan… Burung tiong hadir berkicauan…”
( Kata-kata ni aku dapat dari dalam kepala aku sendiri secara tiba-tiba)
So, apa kaitannya dengan “dua insan”, “satu berlari”, “dua berlari” & “burung berkicauan” ni? Aku kaitan disini;
1. Ingat lagi tak kisah seram yang aku lalui masa aku dalam PLKN dulu? Aku ada sebut yg ADA “dua” lembaga tengah hambat aku masa aku dengan dormmate aku tengah berlari balik ke dorm? Cuba korang kaitkan cerita pertama dengan “Duanya datang lari menyambut”. See? Korang dapat tak maksud aku?
2. Ingat lagi tak kisah seram yg aku ceritakan pada korang pasal aku ternampak ada ‘satu lembaga’ masa aku tgh bekerja kat Pasaraya? Cuba korg kaitkan yang ini pulak; “Satunya pula lari berseorangan”. Korang nampak tak kaitan dia?
3. Masih ingat lagi kisah tentang Paklong aku kena ganggu kat rumah sendiri? Dia kena kacau sampai terdengar bunyi burung tiung dlm biliknya. Ingat kan? Nah. Cuba korang kaitkan pulak dengan yang ni “Burung Tiong hadir berkicauan”. Nampak x kaitannya?

Jadi, ada apa kena-mengenanya dengan 3 anafora yang aku ketengahkan tu dengan apa yg aku nak jelaskan sekarang ni? Sila dengar bebaik. Kejadian tersebut berlaku bila aku mula menyarung cincin pusaka tu! Dari situlah mulanya gangguan dalam hidup aku. Paklong pulak mcm mana? Sebenarnya, aku pernah pinjamkan Paklong cincin pusaka yg aku dapat secara ghaib. Makanya, dia pun ada merasa gangguan-gangguan tersebut. Dia terkena dengan “kicauan Burung Tiong”. Dah faham kan sekarang? Nanti… ada lagi…

  • PAKU KARAT –
    Yang dah pernah baca cerita aku pasal ‘Sedulang paku karat’, korang tunggu dulu. Jap lagi aku explain why! Masa aku tengah sambung belajar kt Mantin dulu, aku ada mention dalam cerita “Sedulang Paku Karat” yg aku ternampak paku karat berterabur atas lantai hostel aku masa aku baru keluar dari bilik tidur. Malah, Paklong & Pandak aku pun pernah terkena sama macam aku sebenarnya bila dorang ‘sarung’ cincin tu. Cuma aku taknak mention dalam kisah-kisah aku yg sebelumnya. Sengaja dirahsiakan. Tapi acaner ‘Paku Karat’ ni boleh berterabur atas lantai pulak? Okay, kejadian ni berlaku BILA aku CUBA BUANG CINCIN PUSAKA ni ketempat lain. Hal yang sama dengan Paklong & Pandak aku. MEREKA pun buat perkara yang sama! Diulangi, MELEMPAR!!! Sekarang aku dah jelaskan semuanya pada korang. Noktah.
  • KESIMPULANNYA –
    Aku faham kalau karangan aku ni panjang. Mungkin jugak berbelit bagi korang untuk hadam. Tapi takpa. Aku cuma nak ceritakan paka kalian semua apa kaitannya (Kisah terakhir aku) dengan cerita2 aku yang sebelum ni. Dan nampaknya korang barangkali dah dapat tangkap dengan “Kronologi Terakhir” aku. Tahniah.
    Maka, dengan ini aku akan tutup “Mukadimmah” kronologi aku secara rasminya dengan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh WARGA FS dan juga PEMINAT SETIAKU yg sudi meluangkan masa untuk membaca coretanku. Andai kata aku terkasar bahasa, aku mohon maaf ya. Dengan ini juga, AKU akan mula menyepi dalam dunia Fiksyen Shasha sebagai seorang penulis buat SELAMA-LAMANYA.

Sekian, Assalamualaikum dan terima kasih buat kalian.

(P/S: By the way, aku masih lagi menyimpan cincin pusaka tersebut dan aku cuba ikhtiar untuk buang tapi tak boleh jugak. Kalau ada yg sudi nak membantu boleh komen ye)

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
-Don-

17 thoughts on “Cincin Pusaka”

  1. mcm crita “sorcerer’s apprentice” psal cincin juga n brani tak brani nk handle cincin yg ada ‘isi’ ni..so jln crita okay jer not bad..well said thnks for sharing!

    Reply
  2. Semua cerita bro menarik dan bagus penyampaiannya. Berkenaan pusaka tu, diharap dpt cuba diusahakan utk “berpisah” darinya. Tak bagus dibela apalagi tak baik nak diserahkan pada org lain. Thanks for the stories.

    Reply
  3. Bagi saya la, bila saya baca pasal cerita cincin pusaka ni, perkara pertama yang masuk dalam fikiran saya ialah ‘saka’. Orang dulu2 memang ada yang simpan atau buang saka melalui barang2 kemas macam cincin dan rantai, dan barang ni akan dibuang di tempat air mengalir, macam sungai dan pantai. Sebab tu kalau jumpa barang kemas di tempat air mengalir, macam sungai atau pantai, jangan di ambil. Mungkin itu barang saka.

    Saya rasa elok awak pergi berubat cara Islam di tempat yang betul, diorang akan tolong buangkan saka dari cincin tu ataupun tolong buangkan cincin tu sekali. Sebab tu ‘atuk’ tu suruh turunkan cincin tu kepada keturunan. Saka memang macam tu, kena ada keturunan yang terima bila tuan dia m**i. Sebab tu awak dapat gangguan bila sarung cincin tu dan cuba buang cincin tu.

    Reply
  4. ouhhh….cerita selama ni tuu disbbkan cincin tu upenye…..try laa jumpe org yg pndai utk buang cincin dan mende2 tuuu…harap semuanya akan baik2 saja…..pliss jgn stop menulis…..

    Reply
  5. kat mantin ada pakcik bole buang benda2 macam ni…dlu dia kerja hospital seremban rasanya…dia tak mintak bayaran pon seikhlas hati…

    Reply
  6. Saya pun dpt cincin delima dari alam mimpi..dalam mimpi tu ad seorang tua dgn 9 ekor harimau putih dtg bgi cincin tu pada saya..tpi just permata saje..saya ikat cincin ..stiap kali salam dgn org trtntu atau org ad ilmu mesti dia akan trkejut dan mcm kena renjatan electrik..prnh juga ad org yg ad ilmu ni tnya dpt dkt mana permata tu tpi saya bagitau pun..dia ckp ad 9 ekor harimau putih beragama Islam akan sentiasa ad kalu saya ad masalah..tpi saya tak percaya pun semua ni..saya just pakai sbb permata dia cantik pink2 merah..kalau saya rasa meremang bulu roma saye perasan mesti permata tu nampak mcm berpeluh..dan selepas solat saya zikir permata tu seakan bau wangi sngat …bau mcm minyak atar dri mekah..wallahualam ..saya just pakai dan xpercaya pun dkt permata ni..percaya kpd allah je😊

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.