Cinta M**i Dengan Jin Mirip Joker (Terakhir)

Nama aku Dek Na, aku pernah kongsi cerita Cinta M**i Dengan Jin Mirip Joker .
Ini sambungannya. Kisah terakhir.

Hampir tiga bulan selepas kejadian tu ustaz Bad datang ubatkan Hani. Tapi tak bawa apa-apa kesan pun. Satu benda je aku rasa Yael ni baik, dia tak pernah ambik kesempatan merasuk tubuh Hani, sebab banyak cerita yang aku baca di fiksyen shasha orang yang jin suka ni siap jin tu duduk dalam badan dia siap beranak pinak lagi. Cuma tempoh hari je dia merasuk sebab dia takut mak ayah bawa lari Hani. Ada sesekali sepanjang tempoh rawatan, ada lah Yael masuk ke dalam tubuh lelaki yang jadi pembantu ustaz Bad. Dari situlah mereka berkomunikasi. Baik layanan ustaz Bad, baiklah tingkah laku Yael.

Aku dengan keluarga banyak tahu pasal Yeal ni dari ustaz Bad je. Ada satu hari anak lelaki ustaz Bad, budak tahfiz, umur lebih kurang 20-an. Amin nama dia. Amin ni datang ikut ustaz Bad sebab Yael ada minta seseorang untuk ajar dia dan kaum dia pasal agama islam. Budak Amin ni tak boleh nampak, tapi dia ada deria mendengar. Dialah ajar Yael dan kaum dia di rumah aku. Kira rumah aku ni dah macam pusat pengajian pula. Apa yang bagusnya kami sekeluarga juga boleh belajar agama dengan Amin. Amin macam mengajar sorang-sorang. Cakap pun sorang-sorang. Dah macam gila isim pula. Tapi sebenarnya dia berinteraksi dengan Yael.

Kata Amin, suara yael dan kaum dia ni merdu. Sedap sangat bila diorang ikut belajar baca Al fatihah. Mungkin sebab tu kot, Hani pernah cerita Yael suka nyanyi dekat dia. Keluarga kami memang selalu solat, tapi jujur ilmu ketuhanan, ilmu agama lain kami banyak tak tahu. Amin sambil mengajar solat, baca al-Quran dekat Yeal, dia selitkan kisah Nabi dan kisah-kisah ketuhanan. Pasal rawatan Hani, ustaz Bad banyak mengajar dan nasihat Hani je, sebab Hani bukanya sakit. Ustaz Bad jenis suka memujuk. Berbanding imam. Imam pula caranya tegas dan garang.

Pernah sekali, ustaz Bad tak dapat datang. Jadi imam datang tengokkan Hani. Disebabkan imam jenis tegas, cara dia seperti memaksa Yael berpisah dengan Hani. Habis tunggang langgang rumah kami. Sebab Yael mengamuk. Ribut dengan angin kuat berlaku hampir sejam lamanya. Kereta imam habis kemik sana sini. Lepas pada tu ustaz Bad datang dengan terkocoh-kocoh. Tengokkan keluarga kami.

Ustaz Bad bukan tak nak bakar atau lenyapkan Yael. Tapi kalau Yael m**i, kaum dia akan datang tuntut bela. Jin berdendam akan mendatangkan kemudaratan. Sebab tu ustaz Bad cuba cara baik. Lagipun Yael bukannya bertindak ganas, melukakan Hani pun. Tak da tanda Hani tak siuman, makan benda kotor atau buat benda lain dari sifat manusia. Cuma yang pelik hanya bila malam je bilik Hani seperti ada suara-suara lelaki. Segalanya sebenarnya bergantung kepada Hani sendiri. Kalau Hani masih sayang Yael, Yael apatah lagi. Jin bukan seperti manusia. Jika dia sudah jatuh cinta, cintanya hingga m**i. Jadi Hani perlu diubati hatinya. Hati Hani yang rabak setelah sekian lama. Pulihkan kepercayaan Hani kepada keluarga sekurangnya. Salah kami juga, hubungan kekeluargaan tak begitu kuat. Masing-masing suka buat hal masing-masing.

Seperti selalu Yael setia mengunjungi Hani pada setiap malam. Kadang-kadang tengah malam aku berborak dengan Hani, aku terbau sesuatu. Bau pelik tapi bukan bau busuk, mungkin kemenyan la kot, sebab aku sendiri pun tak pernah bau kemenyan macam mana, sebab Ayah cakap kemenyan bau pelik. Masa tu aku tahu Yael dah muncul. Hani pula dah melirik ke arah pintu sambil tersenyum. Bulu roma aku juga meremang. Sejuk semacam. Lalu aku mengundur diri. Meninggalkan Hani dengan kekasih hati, sesekali ada terdengar suara lelaki bercakap.

Ada satu malam, adik balik lewat dari tusyen. Dia balik dengan motorsikal. Sebaik adik melangkah masuk je, bulu roma dah meremang. Malam tu rasa semacam. Kak long pula nampak gelisah. Kejap duduk, kejap berjalan keliling ruang tamu. Aku tergerak hati baca ayatul kursi. Bila aku hembus ke arah kak long, dia menjegil marah. Lalu memaki aku. Tergamam sekejap masa tu. Sebab kak long bukan jenis cakap kasar.

Ayah bergegas hubungi ustaz bad. Sebab kak long dah lain macam. Tapi belum sempat apa-apa. Ayah tak sedarkan diri. Selepas beberapa minit, ayah bangun. Matanya terpejam. Duduk bertafakur. Sambil mata terpejam, tangan kanan ayah menunjuk ke arah kak long. Serentak dengan itu kak long diam tertunduk. Seperti akur sambil mengangguk, kak long kemudian pengsan. Ayah juga turut pengsan selepas tu. Tak lama tu, ustaz bad datang pulihkan ayah dan kak long. Kata ustaz ada benda ikut adik. Dan dia singgah ke badan kak long sebab masa tu kebetulan kak long uzur. Ayah pula, Yael guna ayah sebagai perantaraan untuk menghalau.

Hani, dia makin pulih dari kemurungan. Dah mula pandai tersenyum dan bergurau. Dah mula pandai menyanyi. Aku happy perubahan tu. Aku nak sangat kak Hani bahagia. Aku tahu segalanya kerana bantuan Yael. Apa pun segalanya kerana izin Allah. Segalanya ada hikmah. Sebabkan benda ni jadi, Amin selalu datang seminggu sekali buat kelas agama untuk yael dan kaumnya. Kami pun turut sama belajar. Masa solat berjemaah di bilik atas, Amin menjadi imam. Ada rasa seperti ramai sangat orang di belakang dan depan. Bunyi pakaian berlaga masa sujud, sangat nyata. Kata Amin, yael dan kaumnya ada solat bersama.

Aku pernah bermimpi Yael buat kali kedua. Dalam mimpi tu, yael masih mirip joker. Cuma baju dan pakaiannya berwarna putih bersih. Air muka nampak bersih sikit. Ada yang tanya yael jin apa? Aku tak tahu. Ustaz Bad pernah beri tahu, yael ni dah lama sangat dia hidup. Umur dah hampir seribu tahun. Sebelum dia masuk islam, diorang tak ada agama. Tapi sekarang kiranya diorang dah jadi jin islam lah.

Dalam mimpi tu Yael berdiri depan pintu bilik, tenung aku. Aku terjaga dan aku tidur semula. Benda ni berulang dua kali (terjaga tidur, mimpi nampak yael), hingga mimpi ketiga baru Yael bersuara. Dia ada tanya kenapa kami nak pisahkan Hani dari dia. Niat dia nak jadikan Hani isteri dia. Dah seribu tahun dia tunggu seseorang. Dengan tegas, dia tak akan lepaskan Hani. Dia milik Hani dan Hani milik dia (Lebih kurang macam itu lah maksudnya).

Pasal rawatan ustaz Bad tempoh hari, ustaz Bad banyak baca doa, garam, limau antara benda ustaz guna. Yang aku boleh ingat ayat kursi, al fatihah, selawat, bismillah lima, dan ayat lain yang aku tak ingat. Sebab aku pun tak banyak hafal doa. Masa lawan dengan kaum yael tu, imam cuma baling garam dan baca ayat Al-quran. Ustaz Bad lah yang banyak berinteraksi dengan yael sendiri melalui perantaraan sesiapa yang dirasuki yael.

Sekarang Yael masih lagi belajar agama. Mungkin bila dia dah habis belajar, dia akan bawa Hani pergi ke alam sana. Ada sekali tu, Hani menghilang hampir empat hari. Punya lah kami cari, tak jumpa. Ayah tak buat report polis pun. Sebab tahu ni kerja Yael. Kami satu keluarga baca yassin dan solat hajat. Harap Hani pulang. Hari keempat pada paginya, Hani dijumpai di atas katilnya. Nyenyak tidur. Kata Hani, Yael bawa dia bersiar di sana.

Pernah sehari tu, tajuk yang Amin bualkan hanya pasal perkahwinan dalam islam. Tiba-tiba tengah mengajar mengaji, Amin macam terdiam. Lepas tu dia buka bab kawin dalam islam. Katanya Yael yang tanya. Time tu aku Cuma geleng kepala ja. Serius betul dia nak kawin dengan Hani. Kesiannya dia bukan manusia. Siap Hani cakap nanti Yael nak bawa keluarga dia datang meminang. Mak aku cuma melurut dada istiqfar. M**i akal macam mana nak pujuk Hani. Susah benar Hani nak terima kenyataan bahawa jin dan manusia tak boleh bersama. Salah kami juga, kami biar Hani tempuh sorang diri kesusahan dia. Aku menangis minta Hani faham, lepaskan Yael.

Tapi Hani makin sedih pula. Hani kakak yang baik dengan aku. Walau dia macam tu, dia yang jaga aku masa aku sakit dulu. Aku tak nak hilang kakak yang baik. Hani penyayang. Teringat sorang kawan cakap, kadang-kadang orang baik ni bunian suka. Tambah Hani pula kemurungan terperap dalam bilik, mana-mana jin atau syaitan pun mudah nak dekat. Sebab hubungan aku dengan Hani rapat, sebab tu Yael akan bagi pesanan melalui aku. Jujur dalam lubuk hati aku ingin mereka bahagia, tapi… jin manusia tak boleh bersama. Jujur aku nampak Hani betul-betul gembira sekarang, wajah pun berseri. Kalau dulu muram dan sakit. Tapi Mak ayah pun tak faham apa yang aku rasa kini. Antara bahagia lihat Hani bahagia, dan takut Hani dibawa pergi.

Maaf cerita ni tak seram. Tujuan aku kongsi cerita ni sebab aku harap tuan puan, adik kakak dan abang sekalian, jangan abai orang yang ada kemurungan. Cubalah fahami diorang, bagi support. Aku sayang Hani. Aku harap tak ada yang akan senasib dengan Hani. Jika agama menghalalkan jin dan manusia, sudah lama aku merelakan Hani bersama Yael. Sebab Yael banyak gembirakan Hani. Owh ya.. Hani dan Yael tahu aku kongsi cerita di sini. Nasib dia marah, Hani benarkan jika ini sebagai pengajaran.

Sebenarnya disebabkan Hani, aku mula buat pembacaan pasal kisah orang kemurungan dengan jin, Pasal kisah orang yang hilang di alam jin dan kisah manusia kawin dengan bunian. Cuba mencari jawapan. Dalam masa sama, cuba pujuk hati Hani. Hikmah benda ni lagi, mak ayah makin rapat dengan kami semua. Kami pun ada berjalan-jalan makan angin. Tapi macam biasa di mana Hani ada, Yael pun tetap ada. Mujurlah Yael tak de merasuk Hani bertindak liar macam dalam cerita orang kena hysteria. Nasihat ustaz Bad, tingkatkan iman, yakin kepada Allah. Belajar ilmu ketuhanan. Syaitan takut kepada seorang ahli agama berbanding 10 orang ahli ibadat.

Terima kasih kepada yang mendoakan Hani. Aku harap korang jangan abaikan orang yang ada kemurungan ni, kalau ada kawan jadi macam tu tolong tengokkan dia. Dan korang yang ada kemurungan ni jangan give up. Please kuat, belajar tanam cinta kepada tuhan. Ini harapan aku kongsi cerita ni. Nak buka mata pembaca bahawa sakit kemurungan bukan benda boleh dipandang ringan. Ada yang dah b***h diri. Nasib Hani tak bertindak macam tu. Setiap makhluk Allah sangat dahagakan kasih sayang.

Terima kasih juga kepada encik penulis Nxxxxx, tak kasi dedahkan nama dia, dari cerita pertama lagi, aku ada minta tolong dia betulkan ayat cerita aku ni (peminat setia dia). Terima kasih admin approve kan.. Setakat ini saja cerita aku, mungkin tak bersambung dah. Mengharap Hani tak ikut Yael ke alam dia. aku Dek na sayang Hani. Adik mu, tolong jangan pergi. =(

(kisah ini tiada penamatnya, entah apa penamatnya. Sebab Kak Hani masih berubat, Yael masih ada dengan dia. Segalanya atas pilihan Hani.)
Manusia perlukan kasih sayang bukan kutukan serta benci.

Sekian TAMAT

Dek Na

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.6]

83 thoughts on “Cinta M**i Dengan Jin Mirip Joker (Terakhir)”

  1. sedih nya cerita ni dh tamat..apa pun aku tersenyum smbil membaca kisah Hani..
    ada kalanya aku berdoa dlm hati supaya Hani dan Yael bahagia bersama..tp tu la..aku phm..manusia dan jin x blh bersama..indah sungguh kisah cinta kalian..semoga ada kesudahan yg baik dan membahagiakan semua pihak

    Reply
  2. huhuhuhu..sayu je baca..
    betul..di lubuk hati saya pon..harap hani dpt bersama yael..
    tp.. itulah..byk halangannya dari segi akidah dan agama

    betulkah halangan agama tidak membenarkan manusia berkahwin dgn jin ? bukankah ianya makhluk Allah jugak?

    saya harap ada update perkembangan hani dan yael nnt.

    Reply
    • Setahu saya itulah yg diajar ustaz masa di sekolah dulu berdasarkan rukun nikah – aqad, wali, mas kahwin dan di antara lelaki & perempuan ( manusia dan manusia). Jika ada yg krg tepat mohon ditambah. Wallahu ‘alam.

      Reply
  3. Sumpah sebak!!!!!!!!!!!!!!
    Aku faham perasaan Hani dekna… tp aku kind like ada dunia lain dalam mimpi… agak lama half of year baru betul-betul sihat. Aku boleh tidur 2 hari tanpa makan, minum dan berkumuh sbb aku dh seronok gile ada life kt dunia lain.

    Smuga Hani sehat, ubatnya Allah SWT je… pendekatan diri pd Allah
    Org sekeliling kena bawak Hani keluar dari rumah dan ajar die enjoy nikmat dunia seperti travel dan mcm2 hobi. Sbb tu aku terpaksa create banyak hobi sebab nak elak dari kemurungan berpanjangan.

    Menangis weh bc cite ni…. hahahaha In sha Allah kau akan sehat Hani! Aku dan yg lain doakan!

    Reply
    • Aku pun nangis baca cerita ni. Dah la nama aku pun Hani. Aku pun menempuh kemurungan aku sendiri. Bila share dengan kawan2, diorang anggap kau lemah. Nak share dengan family, family pun ada masalah sendiri, and diorang pun takda pengetahuan sangat pasal depression. Nak tak nak kenalah deal sendiri. Sampai lah aku jumpa doktor, doktor bagi ubat. Itupun ada orang yg pandang enteng sebab kata aku dependent kat ubat. Korang nak aku buat apa? Padahal diorang tak tau betapa susahnya nak deal dgn benda ni, depression is a disease, it should be treated like a disease, kalau sakit lain kena makan ubat why cant depression? Lagipun aku makan ubat bukan dengam harapan aku terus sembuh tanpa berusaha to fight this. Sebab aku nak sembuh lah aku berikhtiar jumpa doktor and counsellor semua. Setahun dua dah berlalu aku masih melawan benda nj. Hikmah terbesar benda ni bila aku makin dekatkan diri dengan tuhan. Masa dek na kata tanam cinta kat tuhan menitis air mata aku and ayat fevret aku bila dia kata 1 ahli agama lagi bagus dari 10 ahli ibadah. Walau siapa pun kita, apa pun kita buat, kembalilah kita kepada fitrah agama, tingkatkan lah ketaqwaan, dan beramal lah dengan ilmu, beza nikmatnya berbanding dengan beramal dengan sekadar mengikut2. Semoga kita semua berjumpa jalan keluar kepada setiap permasalahan kita. InsyaAllah, wallahualam bissowaf.

      Reply
      • BEtul tu,,,aku pon pernah depression yang teruk,,,rasa sama mcm hani…sebb aku rasa fmly aku pilih kasih,,,aku sakit aku penat aku apa xde pon sapa peduli atau ambil kisah. Kalau adik beradik yang lain siap org tlg belikan ubat n tanya macm2..siap org kesian2kan..aku demam panas berminggu pon xde yang peduli. Sampai satu tahap aku sampai cederakan diri sendiri,,,sakit tapi puas,,sampai aku dah xleh nk tgok benda tajam…rsa nak tikam2 je perut,, tapi tula,,,kena berubat,,sekarng kalau ada masalah aku cuba luahkan pada yang faham…kawan2 yang aku jumpa hanya di online..alhamdulillah..dari pendam2…

        Reply
        • Hang in there. Know that you are not alone. Kadang2 rasa macam susah nak keluar dr gelapnya dunia, org yg pernah depression mesti faham maksud aku ni. Tapi jangan putus asa, there’s light out there. Kita usaha, kita cuba lawan, Allah ada. Aku silap sebab berharap dengan manusia, sekarang aku letakkan trust aku kat Allah je, bila hari datang aku rasa aku sangat tak mampu, aku bisik kat diri aku, I cant do this without Allah, I have Allah, tawakkaltu alallah, itu aku bisik kat diri aku sendiri. Jom dekat kan diri dengan Dia, its okay, hari tak kan sentiasa gelap, pasti akan ada cahaya.
          Semoga awak sentiasa dibawah rahmatnya.

          Reply
  4. Sedih…sayu…sebak…
    Deduanye baik, Hani dan Yael…
    Tapi apakan daya, cinta suci cinta terhalang…
    Tak mungkin menjadi satu…
    Semoga Hani diberi kekuatan mencari cinta baru yg direstu…
    Semoga Yael rela melepaskan Hani…
    Semoga Allah mengikat hati2 kalian sekeluarga sampai syurga…

    Reply
  5. Dek na sampaikan pesan kt merpati dua sejoli ni – tinggalkan yg kita suka kerana Allah in sya Allah selamat dunia akhirat. Semoga hani dan yael masing2 jumpa pengganti yg lebih sesuai .

    Reply
  6. Sis suka cara ustaz bad ni..dia merawat sambil berdakwah sbnarny. Dia tahu yael bukan sbarangan jin, ada pngkat, msti nk kalahkn sush.. org bwahan pn msti ramai. Caranya hnya dgn islam kn jin. Jdi dia didik yael dan hani roh islam..ketuhanan..takwa kpd Allah..satu hari yael dn hani sndiri akan brpisah. Hnya Allah tahu..

    Reply
    • Kan…
      Sbb satu hari nnt bila Yael mule menjadi hamba Allah Islam yg beriman dan bertakwa, pasti dia akan akur dengan hukum Allah, apa yg halal dan haram…

      Reply
  7. salam dekna.

    frankly speaking, i cried reading your stories about your beloved elder sister, hani (if this is her real name).

    i feel like, why is yael a genie? i wish if he is a human like us. huhu… he is romantic.

    if yael is a human, how nice… he is wise, he is a leader, he is loyal, he is romantic.

    but, yael is a genie, even how nice guy he is, he cannot be with hani, a human.

    as such, i really hope and pray that allah SWT our almighty god will endow yael a female genie that is as good as hani or better, as substitute to hani. and same goes with hani, a yael that is human. AMEN YA ALLAH.

    yael, if you read this, i am not a good human being and muslim, but i do impressed by your pure love to hani. i hope you can be a good muslim genie and pray that both of hani and your goodself will be endowed a good same species of whole life companion in this world that we share. so yael, please leave hani for the sake of allah SWT. and same goes with you, hani. leave him for the sake of allah SWT…

    lets do this for our one and only god…

    i also love how ustaz bad handling this scenario. yeal, you can proceed to learn more about our religion with him and his son, amin.

    and to dekna’s family, what is bygone, let it be bygone. hope your family bonding will get tighter. indeed, yael’s presence in your family is by allowance of allah brought beautiful lesson to you all.

    SUBHANALLAH, ALLAH SWT IS THE MOST PURE!

    Reply
  8. Serius dalam dilema kan…dek na..sy fhm sgt tu..mmg sy yg baca ni pn rse serba salah, ape lg dek na dan keluarga…drp cerita dek na, yael mcm baik kan..die mcm ikhlas cinta dan syg hani tu…dan tlg jaga keluarga hani juge, mcm contoh halau benda yg ikut adik balik rumah kan.kira tak bagi benda tu ganggu ahli keluarga hani…tapi mcm dek na kate, manusia dan jin x boleh bersama..hrp yael dan hani dpt terima kenyataan dan meneruskan kehidupan yg sepatutnye bersama bangsa masing2..manusia dgn manusia, jin dgn jin…yael klu terbaca komen sy ni, hrp yael x mrh atau terasa hati ye…buat dek na dan semua dlm cerita ni, sy doakan penyelesaian yg terbaik buat kalian…ameen

    Reply
  9. assalammualaikum….yael sebenarnya adalah individu yg baik tp sayangnya dia bukan dr golongan kita… cinta pertama memang sukar untuk dihilangkan dr hati…semoga ada penyelesaiannya…insyaAllah..
    Dekna, boleh tak kalau buat sambungan lagi ye? teringin untuk mengikuti kisah kehidupan kalian.. sy betul2 mengharap utk sambungan seterusnya…

    Reply
  10. once yael dah faham dan mendalami islam insyaAllah dia sendiri akan move on dulu. bagi aku pertimbangan lelaki ni lain compared to perempuan. apa pun kena selalu doa.
    tp deep inside kalau tak langgar fitrah, aku harap yael dan hani bersatu. seriously! mcm best sgt love story yael dan hani ni. and aku rasa ramai perempuan follow cerita ni ada crush kat yael hahahah!!
    well dekna aku harap ada sambungan. aku setia tunggu…
    kirim salam aku kat yael dan hani…
    take care and salam ramadhan.

    Reply
    • Kan..mudh fhm..x de nak bebel.byk..
      Ada dek ni mention psal encik N yg tlg dia btulkn cita..huhu aku dok pk je sape..byk.sgt bfikir dlm.cita ni..byk pngajaran yg tersirat slain tersurat..haha.cita pling best dlm.fiksyen shasha..sebak sgt

      Reply
  11. Mula2 baca dri first seram tp tk jadi seram kerana kesian, sedih mcm2 perasaan ad..
    kalaulah yael tu manusia dah lama hani tu gembira bahagia di alam prkhwnn..
    yael dan hani msg2 hamba Allah yg baik.
    betullah kata pujangga cinta itu buta tnpa mengira makhluk.

    Harap one day yael dn hani dpt melepaskan satu sama lain dn juga mereka msg2 diketemukan jodoh yg terbaik dr kalangan bangsa yg sama.
    Dekat dunia musthl untuk mereka bersatu kerana itu fitrah agama dn kehidupan tp klu di akhirat kelak di syurga segalanya tk ad yg mustahil dgn izin Allah.
    Untuk dek na dan family, semoga diberikan jalan penyelesaian yg terbaik dlm hal nie ..

    Reply
  12. masa putus cinta dulu, aku kemurungan. ada rasa nak b***h diri. tp nasib aku ingat Allah. walaupun aku masa tu jauh dgn Allah, aku ingat & sekarang aku dah kawen dgn seorg yg kuat agama

    semoga yael dapat lepaskan hani & hani lupakan yael. ada hikmah d sebaliknya.

    best sgt cerita ni, kalau la yael tu manusia kan. hahaha

    ok, selamat berpuasa 🙂

    Reply
  13. Wlau lelaki,aku iikut jg prkembgn cita ni. Klau bc cita ni,stakat kita brangan cinta joker n Harley quin memg, kita x nmpk pngajaran. Dsini dpt aku simpulkn yg ilmu ketuhanan,mengenal tuhan itu adlh pnting dlm dri kita. Agar dpt kita bezakn yg mana baik dn bruk d, mata tuhan. Cinta tu buta, ksih syg x kenal rupa dan bangsa. Tingal bnda yg kita suka, demi Allah, maka Allah bg yg lbih baik. Aku fham rasa jiwa yael dan hani, cinta aku juga cinta trlarang. Aku tingalkn diamana kerana, Allah walau hti galau. Kini tenang didan madrasah ini, sesekli rindu ku titipkn doa utknya. Sgala cinta yg ada,ksih Allah sgalanya. Utk yael dn hani.

    Reply
  14. OMG, serius love story nih!!!
    Kalo buat citer laku kot, so sweet lah uollss, tapikan yael hidup dh seribu tahun, manusia hidup x lama, huhuhu, be like ???

    Reply
  15. Kalau Yael bukan makhluk jenis jin, memang orang akan tertarik dengan perwatakannya. Baik sangat. Dan.. sangat sweet untuk kekasihnya. I love the way he treated her nicely. Wishing the best for Hani, bagilah dia merasa dunia ini sangat meluas, menyeronokkan dan menenangkan. Sentiasa inikan masa dia bersama keluarga. Sedih bila cinta macam ni. Tapi ingatlah, Allah sentiasa menjaga kebajikan umat Islam dan percayalah, jodoh dalam kehidupan realiti sebenar ada. Carilah semampunya. Allah akan pertemukan jua cinta yg suci dan abadi untuk Hani. Biarlah Yael masih menjadi jin dalam Islam. Semoga Yael turut dapat bertemu jodoh dengan makhluk yang sama dengannya. Everything belongs to Allah SWT. 🙂

    Reply
  16. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum: 21).
    Makna “dari jenismu sendiri’ adalah dari sesama manusia, bukan jin atau malaikat, atau makhluk lain yang bukan manusia. Karena hubungan dengan makhluk lain, apapun bentuknya, apalagi dalam bentuk pernikahan, tidak akan melahirkan ketenteraman, padahal ketenteraman adalah tujuan utama menjalin hubungan.
    Melakukan hubungan dengan jin berpotensi merusak penghambaan kita kepada Allah yaitu terjatuh kepada perbuatan syirik seperti yang dijelaskan di atas. Ketidakmampuan kita melihat mereka dan kemampuan mereka melihat kita berpotensi menjadikan kita berada pada posisi yang lebih lemah, sehingga jin yang kafir atau pendosa sangat mungkin memperdaya kita agar bermaksiat kepada Allah swt.

    Reply
    • tp macam mana dengan manusia yang berkahwin dengan bunian? bunian tu golongan jin jugak kan? harap dapat pencerahan

      Reply
      • Apa pun perhubungan dengan makhluk halus tidak kiralah apa pun spesiesnya (jin, bunian, emyu, naga, dll) adalah haram di sisi agama, walaupun sekadar teman biasa apatah lagi jika berkahwin.

        Reply
  17. Ujian utk hani dn dek na sekeluarga..ujian utk hamba Allah bernama, yael. Pilih Allah, agar slamat dunia akhirat. Memg sukar melepaskan..tapi demi Allah, demi Allah lepaskan utk redhanya. Aku faham perasaan hani. Hdup kita x lma..dri insan yg pernah mersai sprti hani

    Reply
  18. Betul,jin kalau bercinta,memang setia pada kekasihnye. Sebab jin ni hidup terlalu lama, sunyi tapi umur panjang. Bila dah jumpa yang berkenan, memang susah nak lepas. Sebab tu kekadang kita dengar.ada manusia xkawin sampai tua.sebab setia berteman sampai akhir nyawa.(kes xmasuk dunia sanala). Bila kekasih manusianya dah meninggal, kekasih jin nyer akan pergi hilang entah kemana.

    Okay..ramai konfius bab bunian kan..camni.
    = bila manusia kawin dengan jin maka =jadi bunian.
    separuh d***h manusia dan separuh d***h jin.

    Reply
    • Aku dengar bunian (elf) tu dicipta dari cahaya. Dia bukan malaikat. Dan langsung tak de kaitan dengan jin(yg dcipta dr api) /manusia(yg dcipta dr tanah). Dia just makhluk yang ad tugas tertentu. Tu yang aku tahu lah. Wallahu alam. Allah Yang Maha Mengetahui segala yg dlangit & dbumi

      Reply
  19. 2 kali aku repeat story DekNa ni sebab sweet sangat ceritanya. Hehe. Ya Allah.

    Bila bosan je nak baca lagi. Hehe. Sweet mcm cerita cinta antara zombie dan manusia, ‘Warm Bodies’, eleyhh cerita omputeh tu.

    Kalo buat movie ni, msty laris ni. Ala2 filem Munafik tapi versi Horror, Islamic and Love gitewww.

    Apa pun, aku sangat bersimpati dengan Hani. Nasihat aku, Dek Na selalu2 lah ajak Hani baca al-Quran dan fahamkan setiap maksud ayat yang dibaca. Allah dah menjawab semua persoalan kita dalam al-Quran dan al-Quran adalah terapi paling mujarab untuk penyakit. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

    Aku harap, Dek Na akan tulis lagi perkembangan Hani dan jangan jadikan yang ni yang terakhir (walaupun Dek Na dah mentiom ni yang terakhir). Kami betul2 nak tahu. Teruskan berdoa dan berjuang dengan nama Allah. Aamiiiin.

    Reply
  20. Kalau lah hdup ni mcm cerita dlm hotel transylvania tu yg mnusia bleh khwin dgn hntu, aku mmg sokong hani dgn yael sbb dorang tu mcm true love.. Sedih sngaatt… Takpa.. Maybe korang takda jodoh di alam dunia tp inshaa Allah di syurga Allah.. AMMINNNN

    Reply
  21. I know how it feel hani. Sedih pulak aku baca, sendu jee. Dekna, aku doakan semoga hani dan yael boleh terima kenyataan, dan kekuatan untuk keluarga kau hadapi ujian ni. Amiin….
    Sebab kita semua makhluk Dia. Tiada kekuasaan yang abadi nak ubah segenap inci peraturanNya. Sesunguhnya Allah lebih mengetahui segalanya.

    Reply
  22. Apesal aku rasa Yael tu handsome.
    aku terbayang macam Ren, shinigami cerita Death Note tapi versi rambut hitam.

    Reply
  23. Semoga satu hari nanti Yael dan Hani faham mencintai seseorang tak semestinya memiliki…melepaskan seseorang utk redha Allah adalah kebahagiaan sebenar. Pahit cuma sebentar manisnya seumur hidup. Cuma keberanian dan keyakinan diperlukan utk memulakan langkah.

    Reply
  24. masa aku baca cerita ni, ada bau pelik. tak busuk tak wangi.. aku tengah sebak tiba-II ada angin sejuk dekat kaki and now aku tengah menaip ni pun lain macam rasa..

    Reply
  25. I love how protective Yael is.. Bkn dgn hani je even dgn family hani pun.. Pinjam bdn ayah dekna utk halau benda yg ada kt kaklong tu. I wish hani & yael boleh bersatu tp… Sygnya yael bkn manusia huu sedihnyaaa

    Reply
  26. kalau la yael tu manusia. dia sweet sangat. Ada tak laki (manusia) prangai macam yael? sampai sekarang, aku masih lagi tak jumpa cinta sejati

    1st time aku baca kisah kat FS sambil menangis. serius..rasa cinta diorg suci. cuma..terhalang sebab yael bukan manusia

    Reply
  27. Rumitnye situasi semua watak dlm crite ni. yael dan hani tak boleh bersama, dorg mmg kne trima hakikat..tp mmg rumit. ust Bad, imam pun tak keruan nak menolong, kerja rumit. semoga dimudahkan segala urusan dunia, akhirat…allahumma amin

    Reply
  28. Terima ksh yg mendoakn. Stakat ni x ada apa yg nk d smbungkan. Msih begitu juga lah. Insya Allah kmi baiki ksilapan kmi skluarga. Bila dh tiba pengkakhiran nant sy cerita..cuma entah bila penamat nya..oh ya bulan puasa yael msih ada. Ada sekali Hani berjemaah. Salam puasa semua.

    Reply
    • Dek Na, sejak baca cerita ni, sepanjang masa sy teringatkn Hani & Yael.. lepaskn la mereka…sy nk mereka bersama…sy berdoa agar urusan Hani & Yael dipermudahkan..dan juga keluarga Dekna..Kirimkan salam sy kepada Hani & Yael..

      Reply
  29. Tetiba teringat lagu wanns ahmad..

    Biarkan lah ku terus mencintai kamu
    Mencinta seperti waktu dulu
    Kurindu saat kita bersama
    Mengikat kasih bahagia

    Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
    Tak mungkin ku kan ada yang baru
    Ku mahu engkau selalu tahu
    Dirimu cinta matiku

    Korus
    Biarkan lah saja ku terus merindu
    Merindu dirimu
    Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu

    Ku mahu engkau selalu ada di sini
    Menemani setiap malamku yang sunyi
    Ku sedar kita takkan mungkin bersama

    Biarkan lah saja ku terus merindu
    Merindu dirimu
    Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
    Ohhh…

    Ku mahu engkau selalu ada di sini
    Menemani setiap malamku yang sunyi
    Ku sedar kita takkan mungkin bersama

    Biarkan lah saja ku terus merindu
    Merindu dirimu
    Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu
    Ohh..

    Ku mahu engkau selalu ada di sini
    Menemani setiap malamku yang sunyi
    Ku sedar kita takkan mungkin bersama

    Reply
  30. sedih nyaaaa. feeling bace. kalau yael tu manusia kan bagus. cinta m**i. aku faham sangat2 situasi berinteraksi dgn jin ni. mase zaman asrama sekolah dulu kawan aku jadi mcm ni tapi bukan sebab bercinta dgn jin. sebab lain. tapi jin tu akan selalu masok badan kawan aku then kami2 semua pon dah jd kawan jin tu. cume aku ni jenis penakut so aku tak berape rapat dgn “dia”. makan sama2. “dia” cakap gune bahase indon. kami ajar “dia” gune bahase melayu kite. kadang2 tidor pon bersame kalau tak silap. tapi lepas habis sekolah and mcm dah terputus hubungan, tiap kali tidor macam2 lah yg aku kene. ade org sepak lah. ade org kejut bangon tengah2 pagi lah (mungkin nak suruh buat tahajud kot.positive) macam2 lagi lah and sampai ke hari ni aku kene kacau mcm tu mase tidor. tak kisah lah sebelom tidor bace doa ke bace ayat ape2 ke, mesti kene jugak sampai mcm dah lali. kalau kenang kan balek kisah2 berkawan dgn jin tu memang takut. sekali geng2 jahat dtg serang “dia”, kesian tengok “dia”. kadang2 jin jahat masok dalam badan kawan aku tu. habis bilik asrama kami “dia” buat. sakit2 badan kawan aku tu. bile fikir balek aku macam tak percaye sangat tapi lepas bace kisah dek na ni aku macam nak percaye balek sebab same. kisah antara manusia dgn jin/bunian memang rumit. kalau org yg tak pernah alami mesti ckp ini semua tipu/gila. percaye lah dorang pon ade di bumi ni. kalau kite tak kacau dorang. dorang pon takkan kacau kite.
    To dek na, semoga hani cepat sembuh. semoga dek na sekeluarga tabah dan tak putus asa utk pujuk hani.

    Reply
  31. Cinta dengarkanlah ku ingin mendengar suaramu
    Nyanyikan lagu-laguku bila kau rindukan aku
    Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
    Ku tahu berat bagimu untuk melupakan aku

    Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini
    Karena ku tak akan menemuimu
    Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini

    Sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
    Namun secepatnya engkau harus ku lepas
    Selagi engkau berdiri dan kau bernafas
    Lekaslah pergi agar engkau pun terbebas

    Sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
    Tetapi cinta kita ini cinta terlarang
    Ku harapkan agar engkau cepat menghilang
    Dan jangan lagi kau datang

    Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
    Ku tahu berat bagimu untuk melupakan aku

    Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini
    Karena ku tak akan menemuimu
    Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini

    Sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
    Namun secepatnya engkau harus ku lepas
    Selagi engkau berdiri dan kau bernafas
    Lekaslah pergi agar engkau pun terbebas

    Sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
    Tetapi cinta kita ini cinta terlarang
    Ku harapkan agar engkau cepat menghilang
    Dan jangan lagi kau datang

    CINTA TERLARANG – KANGEN BAND
    Kebetulan dengar lagu ni tadi huhu..macam sesuai jek???

    Reply
  32. Menangis beb sy baca love story ni… sweet sngat tp sayang , manusia n jin cannot be together apatah lagi berkahwin…… Tp sy doakan Kak Hani cepat pulih and boleh menjalani kehidupannya mcm biasa dgn ceria dan bahagia selalu
    – Ebi

    Reply
  33. Sedihnya..tapi itulah rasanya bila orang2 sekeliling, ahli keluarga, kawan2 yang nyata mengabaikan seseorang..Dan mereka akan rasa seperti apa yang Hani rasa..semoga Hani bertemu Yael nya di alam nyata..yang mana kasih sayangnya sama seperti Yael yg sekarang..semoga Hani tak tersalah buat pilihan dan dipermudah urusan dunia dan akhirat..take care Hani..

    Reply
  34. Baca cerita buat aku keliru dgn perasaan sndiri. Macm nk Hani bahagia dgn Yael tapi mcm tak kena dgn benda tu.. istiafarlah aku.. tu la prempun lembut hati kan.. ceritaa ni mcm ever green je..

    Reply
  35. seandainya yael adalah manusia, pasti hani adalah wanita yg sgt bertuah. jatuh cinta dengan watak yael yg protective dan caring .huhuhu..semoga ada pengakhiran yg bahagia utk kedua pihak.

    Reply
  36. Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

    Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’ ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.

    Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).

    Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud,
    “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”

    Reply
  37. Manusia perlukan kasih sayang bukan kutukan serta kebencian…ye tu yg aku perlukan skang…
    tp manusia kemurungan ni mmg x pandai meluahkan apa yg dia rasa… pendam…

    Reply
  38. Mgkin Hani akan dlepaskn oleh Yael setelah Yael yakin Hani mndpt kasih syg dan perhatian sepenuhnyaa dr fmly dia.. jgn biarkn dia rs tsisih..

    Reply
  39. Tak pasti la cerita ni betul ke tak. Rasa macam x betul. Naluri aku selalunya betul. Cuma satu je aku suka cerita ni, dia ada pengajaran tentg depression. Mugkin si penulis cipta cerita mcm ni utk tarik pembaca supaya buka mata tentg depression yg boleh jdi apa saja akibatnya.

    Reply
  40. Sebak baca citer ni.Betapa sakit bila mencintai lain alam.Apa pun,sy doakan Hani kembali ke keadaan asal dan Yael dpt melepaskan Hani.Pahit bagaimanapun,lumrah azali manusia tidak boleh bersama dengan bunian.

    Reply
  41. Kalau dekt syurga boleh ke jumpa balik agaknya boleh ke berkawen dengan bunian…dekt sana nanti 😭😭😭serius sedih….harap boleh la kawen dekt syurga nanti…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.