Cinta si gadis psiko

Pernah dengar tentang psiko atau hidup kau pernah dikelilingi oleh orang-orang yang psiko?? Haha.. Mari aku ceritakan sebuah cerita yang agak menarik untuk aku kongsi bersama, tapi… Cerita ini mungkin aku akan ceritakan pada yang berumur 18+


Aku sukakan dia. Dia sangat tampan sehingga aku langsung tak boleh nak alihkan pandangan aku terhadap dia. Dia juga sangat baik dan bertanggungjawab sebagai ketua kelas. Fakhrul namanya. Sedap kan nama tu? Arhh.. Namanya indah seperti orangnya.

Dalam diam, aku menaruh perasaan terhadap dirinya. Hampir setiap malam, aku menatap gambar-gambar Fakhrul yang terlekat di dinding bilik rahsiaku. Haha.. Shuuttt.. Aku ambil gambar dia senyap-senyap tanpa pengetahuan dia.. Jangan beritahu dia eh..
tetapi sikap aku yang pendiam dan tak begitu suka bergaul buatkan aku jadi terasing dan jauh daripadanya. Aku tak suka semua tu!! Aku nak dia sedar akan kehadiran aku.

Jadi, satu hari, aku sengaja buat-buat tersadung dan terjatuh sehingga badan aku jatuh diatasnya. Hahahahaha!! Suka? Yer, aku memang suka!! Aku lagi suka bila semua budak kelas aku mula menjodoh-jodohkan kami berdua! Kutuklah lagi!! Kutuklah lagi.. Biar semua tu jadi doa untuk aku dan dia berada di atas pelamin kelak. HAAHHAHA!!

Tapi, strategi aku tu tak begitu berjaya bila aku tengok Fakhrul langsung tak tunjukkan tanda yang dia suka aku.. Malah,aku dapat berita yang Fakhrul dah ada kekasih hati, Anis namanya.

Tak guna kau Anis!!! Fakhrul milik aku!! Selamanya milik aku!!! Takda sesiapa boleh rampas dia daripada aku!! Aku takkan biarkan kau hidup tenang!! Aku akan pastikan kau merana sebab cuba rampas Fakhrul daripada Aku!!

Seminggu lamanya aku memerhatikan Anis seperti harimau yang mengintai kancil, menunggu masa untuk menerkam mangsanya sebelum aku memulakan aktiviti aku. Sakit juga hati ini bila tengok kegedikkan dia dan kesopanan dia yang aku rasa penuh dengan kepura-puraan itu!! Dah la pendek!! Semua orang pun dia nak goda.. Cikgu pun dah kenapa nak manja-manjakan dia?! Aku yang lawa ni taknak pulak pandang!!! Bodoh!! Semua orang dalam sekolah ni dah buta!!!

Tamat saja waktu persekolahan, seperti yang aku jangka, Anis akan melalui jalan yang tepinya adalah hutan tebal. Aku yang bersembunyi di sebalik pohon besar mula mengorak langkah dan memukul kepala Anis dengan sebatang kayu dari belakang sehingga dia pengsan. Kalau boleh memang aku nak b***h dia dekat situ jugak, tapi mana ada kucing yang makan macam tu jer tanpa tengok mangsa dia terseksa dulu kan?

Aku membawa Anis ke gudang lama di dalam hutan. Badannya aku ikat kemas dengan tali lembu. Sepanjang penculikkan Anis tu, macam-macam aku buat pada dia. Toreh muka dia dengan pisau belati, paksa dia makan lipas.. Kalau ada hari yang aku stress, aku akan paksa dia menyanyi. Kalau lagu tu tak sedap, aku cucuk kaki dia dengan besi panas. Ala.. Bukan banyak pun aku sakitkan dia.. Cukup dia menangis, menjerit sampai pengsan pun aku dah puas hati dah.. Lagipun, siapa suruh dia nyanyi lagu twinkle twinkle little stars.. Dia ingat aku ni budak kecik lagi ker?!! Lain kali nyanyilah lagu ikan kekek!! Sedaplah sikit aku nak follow nyanyi sama sambil menari!!

Hmm… Dah nak dekat sebulan berita kehilangan Anis tersebar, pihak polis mula guna anjing penyiasat dan para ustaz serta dukun untuk cari Anis. Kononnya,Anis disorok jin! Aku nak tergelak pun ada, tapi, aku tau aku tak boleh simpan lama-lama si Anis ni.Dia ni dah la melalak kuat gila! Rasanya dah tiba masa untuk berpisah dengan bahan ujikaji.
Aku b***h Anis dengan cara pukul kepala dia dan tanam dia hidup-hidup. Takdalah kejam pun kan? At least, aku biarkan dia hidup dalam tanah. Boleh berkawan dengan cacing.

Apa? Cacing pun friendly ok, even aku tak tau kat mana mata dia!

Fakhrul? Ouhhhhh… Sejak ketiadaan Anis ni, aku dah mula take over Anis punya tugas. Aku comfort Fakhrul, pujuk dia supaya banyak bersabar, buat muka simpati sikit even dalam hati, aku redha gila dgn kematian Anis dan.. Aku berjaya.. Arhh.. Lelaki… Senang betul nak jatuh hati.. Pujuk sikit, dah terima aku sebagai pengganti. Haahha!! Takdalah susah pun!! Cukup aku korbankan seketul Anis, aku dah dapat apa yang aku impikan.

Tapi, jadi kekasih Fakhrul pun bukannya mudah, ada jer yang nak ambil perhatian dia. Aku tak faham dengan perempuan-perempuan dalam sekolah ni!!! Fakhrul tu aku punya!! Pergilah cari jantan lain!! Erhh!!

Hahahaha… Takpa.. Takpa.. Bukannya susah pun nak buat diorang ni pergi jauh dari hidup aku dan fakhrul. Cukup aku buat surat berantai beransur ugutan dan letak dalam locker diorang, dah cukup buat diorang depressed sampai nak b***h diri. Bodoh.. Baca surat macam tu pun, nak b***h diri. Tak sayang nyawa.. Nasib baik aku ni genius.. Surat tu aku type guna komputer. Masa nak letak surat diorang dalam locker tu pun, aku pakai sarung tangan. Pihak sekolah pun tak ambil peduli, sebab tu takda cctv, jadi, perbuatan aku memang takda yang boleh kesan.

Hahahahaaha…

Berkat doa-doa rakan sekelas, aku dan fakhrul mula jejak pelamin sama-sama.. Tapi bukan sebagai pengantin la.. Fakhrul jer yang jadi pengantin. Aku jadi pengapit jer.. Sebab apa?? Erhh!!! Benci aku nak cakap.. Tapi parents aku dah dapat tau aku ni ada masalah mental.. Jadi, aku kena asyik jumpa doktor rambut putih macam uncle KFC tu tiap-tiap minggu untuk pulihkan otak aku ni balik.. Aku jugak pernah masuk wad gila tapi aku tak kesah.. Sebab apa? Sebab aku tau Fakhrul suka aku.. Sebab tu dia asyik-asyik melawat aku jer.. Jadi, aku tak kesah bila dia dah kahwin pun. Sebab apa? Sebab laki kan boleh kahwin empat.. Hahahahahahahhahaaaha

Sekian dan terima kasih…

Maple merah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.8]

10 thoughts on “Cinta si gadis psiko”

  1. teringat kawan sekolah dulu berapa kali keluar masuk hospital lagi bila dia tak makan ubat. Penah jugak lepak2 sama2 sebab kesiankan dia takda kawan sejak disahkan ada masalah mental. Merayau sana sini tapi takda kacau orang. Skli tenah lepak2 boleh dia kata tak makan ubat lagi dah lama ubat habis. Terpaksa la bawa pegi hospital ambik ubat. Nurse tengok semacam je. Rupanya dia bagitau nurse kami kawan2 dia. Mesti nurse pon ingat kami sama2 sakit macam dia. Kami yang tengah dok bergelak2 baru perasan orang dok tengok2 kami rupanya kat situ semua yang sakit tunggu nak ambik ubat. Entah apa nasib kawan kami tu sekarang lama tak jumpa. Harap2 cerita ni rekaan je la. Kalau betul eee seramnya

    Reply
  2. Best. Walaupun aku ni pesakit mental dan tak suka dikaitkan dgn perbuatan jenayah (sebab aku pesakit yang beriman 🤣) aku boleh relate dan faham apa yg dialami dan dilakukan oleh si psiko ni.. Memang sakit bila dipinggirkan kawan-kawan apatah lagi ditinggalkan si dia.. tapi setakat ni takde lagi laa kesanggupan nak buat benda bukan-bukan kat orang lain. Plus aku istiqamah makan ubat. Dah dua kali aku masuk wad dalam keadaan psikotik, jujur cakap ada masanya aku rasa lebih gembira berada dalam keadaan tu sebab aku dapat tebus kembali zaman riang ria kanak-kanak ribena aku yang penuh dgn pembulian emosi. Aku main panjat partition pastu terjun atas katil, sampaikan kena ikat dgn nurse hahaha. Cocok pinggang nurse tetengah malam. Tu antara yang aku ingat.. yang lain aku separa sedar. Tapi menyedari bahawa aku ada banyak benda nak kena settle lagi, maka terpaksalah aku makan ubat dan teruskan rawatan. Kalau ikutkan hati tak kisah pun tak sembuh tapi bila dah waras sikit tu rasa tak tergamak pulak nak susahkan family aku. Aku memang selalu takut susahkan family aku sebab tu aku selalu stress. Aku sejak kecik walaupun nampak bahagia tapi aku takde siapa yang aku percayai untuk ceritakan problem aku. So now aku cuba untuk menjadi seorang ibu saudara yang baik dan tak mendera emosi anak-anak saudara aku. Cukuplah segala kepahitan itu hanya aku yang rasa.

    Reply
    • Ya Allah awak..awak kena kuat tau..jangan la cakap awak takde sape²..awak ada family, ada Allah..ye sy faham kalau tak semua org faham awak tapi Allah tu ada..Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui..saya harap awak cepat sembuh..teruskan makan ubat..masa depan awak panjang lagi..semoga awak kembali pulih seperti sedia kala

      Reply
  3. Hope just fiksyen story je ni..Klau betol pun kw pgi lah bertaubat n jgn lupa mkn ubat,kw tak klw kw tak mkn ubat,kw akan susahkan org sekeliling kw..lagi” parents kw..kw tak kesian ke kat diorang..so bye 😀

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.