Cinta Tak Berbalas

Salam kepada pembaca FS.
Aku ingin berkongsi mengenai pengalaman aku disihir oleh kenalanku dan biarlah identiti aku dirahsiakan.

Aku berkerja di syarikat swasta di area KL dan selalu outstation di seluruh Malaysia. Selepas balik dari outstation, aku mula mengalami perkara aneh iaitu ditindih semasa tidur selama 3 hari berturut-turut. Pada mulanya aku beranggap ia hanya perkara normal dan memandangkan ia berlaku secara berturut-turut, aku mulai rasa bimbang. Aku buat banyak research dan mendapati ada kemungkinan ada gangguan makhluk halus. Kebetulan pula, aku ada kenalan yang boleh merawat orang secara jarak jauh. Tanpa membuang masa, aku terus sahaja menghubungi orang tersebut dan berubat secara jarak jauh. Sebenarnya, walaupun aku peminat mistik dan aku dikelilingi rakan yang pernah diganggu oleh makhluk halus, ia masih tidak cukup menyakinkan aku tentang perkara ghaib.

Apabila aku menghubungi perawat tersebut, dia mengatakan ada ‘sesuatu’ yang ikut aku balik dan dia bertanya sama ada aku ada balik dari mana-mana tempat yang kurang elok. Aku teringat yang aku baru balik dari outstation dan aku ada menegur kucing di situ. Aku ternampak kucing itu berdiri di atas shelf dan apabila aku turun dari situ, rakan aku menegur aku bercakap dengan siapa. Lalu, aku menjawab aku hanya menegur kucing di situ. Dia memarahiku kerana tiada kucing berada di situ. Aku buat bodoh dan menganggap mungkin dia hanya bergurau.

“Mungkin kamu salah tegur.” Kata perawat itu.

Yang lebih menakutkan lagi apabila perawat itu bertanyakan kepada aku sama ada aku mahu melihat makhluk itu melalui cermin. Aku menolak dan berkata padanya aku akan memulakan rawatan pada hari minggu kerana housemate aku ada di rumah. Rasa seram sejuk badan aku membaca whatsapp tersebut, tambahan pula aku otw balik rumah dan tiada siapa yang berada di rumah. Sebelum sampai ke rumah, aku mencari kucing aku dan membawanya masuk ke dalam rumah kerana aku takut untuk berseorangan.

Sebaik selesai makan tengahari, tanpa angin, botol kosong (bekas air ruqyah) terjatuh dengan sendirinya. Aku mengambil botol itu dan tiba-tiba bulu roma aku meremang. Entah mana datang kekuatan, aku mula memarahi benda yang mengacau aku sebentar tadi.

“Kau jangan kacau aku!” Bentak aku lagi.

Aku tanpa berfikir panjang menghubungi perawat aku untuk memulakan rawatan sekarang juga. Aku sudah tidak tahan dan ingin menyingkirkan benda tersebut. Rawatan secara jarak jauh itu dilakukan melalui whatsapp dan aku harus melihat telefon pada masa ke semasa. Semasa dalam rawatan itu, aku berubah menjadi pelik, menangis teresak-esak, ketawa, menari dan melompat-melompat keriangan. Aku juga menari. Aku sedar akan kelakuan itu, namun aku tidak mampu mengawalnya. Aku juga menjerit dan teriak sekuat hati. Aku rasa pada masa itu aku hampir gila dan aku tidak tahu bagaimana untuk menghentikan semua kegilaan itu. Apakah benda gila yang sedang terjadi padaku. Aku dapat rasakan seperti ada kuasa dalam badanku yang mengawal semua pergerakan aku. Dalam kegilaan itu, aku sempat whatsapp housemate aku untuk datang segera membantuku. Ya Allah, aku tak tahu bagaimana ingin diterangkan ketakutan dan kegilaan yang sedang berlaku padaku. Housemate aku datang dan menenangkan diriku.

Selepas 3 hari dari kejadian aneh itu, perawat itu memaklumkan dia sudah membuang benda itu daripadaku. Aku juga dapat rasakan seperti ada benda keluar dari badanku pada hari pertama rawatan. Aku bersyukur dan malam itu aku mengambil M.C kerana aku mahu berehat dengan secukupnya.

Tetapi, ia bukanlah pengakhiran kepada permulaan kepada neraka! Malam itu aku tidak dapat tidur. Setiap aku cuba untuk memejamkan mata, aku dapat rasakan beribu-ribu benda halus mencucuk kakiku sehingga tersentak kakiku. Aku ignore saja dan cuba untuk tidur seperti biasa. Namun, ia semakin menjadi-jadi. Dadaku menjadi sasaran pula. Aku dapat rasakan ada benda tak elok terjadi padaku. Aku pun berpindah tidur di bilik housemate kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut. Aku cuba untuk tidur walaupun terus dicucuk-cucuk dengan benda halus itu dan entah pukul berapa agaknya aku dapat tidur.

Aku whatsapp perawat tersebut mengenai kejadian aneh ini, namun tiada balasan. Aku rasa tertipu kerana beratus-ratus duit aku habis untuk berubat. Disebabkan kejadian aneh semalam, housemate aku menghantar aku untuk berubat secara islam. Aku pergi berubat di kawasan ulu Selangor dan apabila aku menjejakkan kakiku ke tempat tersebut, aku rasa pening dan mengantuk apabila mendengarkan bacaan quran.

Apabila memulakan rawatan di pusat islam, aku rasakan badanku menggigil, kepala pening dan tiba-tiba tingkah laku aku berubah persis binatang buas. Aku mengganas dan menendang ustaz dengan kusyen yang dijadikan tempat aku bersandar, namun ustaz itu sempat mengelak. Menurut housemateku, hanya mata putihku sahaja nampak ketika berubat. Yang lebih menghairankan, aku seakan-akan mempunyai power dan melakukan aksi gimnastik. Aku meletakkan tanganku di bawah lantai, manakala kakiku mulai naik ke atas secara perlahan-lahan. Melihatkan keadaanku yang kritikal, ustaz memberhentikan rawatan dan menyuruh aku balik dan berendam dalam air garam secara tiga hari berturut-turut. Dia juga memberitahu aku tentang amalan zikir yang aku harus amalkan setiap hari. Aku juga dimarahi kerana berubat secara jarak jauh dan meminta aku supaya untuk kuat untuk melawan benda itu dan datang semula selepas 2 minggu.

Rawatan selepas 2 minggu itu merupakan saat paling hitam dalam hidup aku. Aku dapat rasakan seperti m**i hidup semula berulang-ulang kali. Cara rawatan agak ektremis dan aku terpaksa kuatkan hati untuk keluarkan jin daripada badan. Aku dicubit sehingga kakiku lebam, dadaku ditikam berkali-kali dengan chopstick dan aku dapat rasakan badanku disiat apabila ustaz itu mula menyembelih ‘benda’ itu. Sebenarnya, ustaz itu hanya membacakan ayat quran dan dia merawat secara berhati-hati dan tidak kasar. Namun, terasa sakit sangat sehinggakan aku meminta pada tuhan untuk hentikan semua kesakitan ini. Sungguh, sakitnya tidak terperi. Bila membayangkan hari itu sudah cukup membuat aku mengalirkan air mata. Waktu itu, memang air mata keluar dan jeritanku dapat didengari satu pusat rawatan. Yang menyakitkan lagi apabila aku sedar apa yang sedang berlaku, namun aku tiada upaya untuk menghalangnya. Namun, benda itu masih degil dan tidak mahu berganjak dari badanku. Hampir sejam lebih aku bertarung dengan benda ghaib itu.

Selepas daripada rawatan itu, aku kuatkan diri dan lengkapkan diriku dengan pendinding dan juga meminta kekuatan daripada Allah. Disebabkan kerana lokasi berubat ini jauh aku memutuskan untuk menukar ke tempat lain. Waktu itu, aku telah mengetahui bahawa sebenarnya aku disihir oleh lelaki yang aku tolak cintanya. Susah untuk aku terangkan bagaimana aku mengetahui, namun aku tak pernah putus berdoa untuk diberikan petunjuk. Dan sedikit demi sedikit Allah memberikan petunjuk kepadaku. Walaupun hampir 2 tahun aku berubat, aku masih belum sembuh lagi sepenuhnya. Oleh disebabkan derita yang aku tanggung membuatkan aku hampir gila, aku memutuskan untuk migrate ke luar negara. Di sini aku lebih tenang dan aman. Aku jarang sekali diganggu berbanding tinggal di Malaysia, dimana boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan sakit. Keluargaku sebenarnya menentang keputusanku untuk migrate, namun melihatkan aku lebih sihat tinggal jauh dari Malaysia, mereka mengalah dan sentiasa mendoakan kesihatan aku di sini. Mungkin inilah kunci kepada jawapan kenapa aku sukar untuk mendapatkan jodoh. Dia menyihir aku supaya tiada siapa boleh dekat denganku dan menggugut untuk m******h sesiapa sahaja yang mahu dekat denganku. Dia juga menggugut untuk m******h aku. Dia mahu aku berseorangan di dunia ini tanpa orang yang dicintai. Pada mulanya, aku memang takut dengan ugutan itu. Namun, aku kukuhkan akidah dan memohon pada Allah untuk berikan kekuatan kepadaku untuk menentang kejahatan. Sesungguhnya, bukan mudah untukku hadapi kesakitan ini dan kadangkala aku hanya ingin menyerah kalah sahaja. Tapi aku berterima kasih kerana dikurniakan Allah mereka yang selalu menyokong aku supaya untuk terus kuat. Aku berharap suatu hari nanti aku diberikan jodoh terbaik.

Kepada si jahat yang masih tidak tahu berhenti menyakitkan aku, mungkin hari ini kamu gembira kerana melihat aku sakit. Tapi aku percaya kau akan membayar semula segala kesakitan yang aku alami hari ini. Dosa besar pada mereka yang mensyirikkan Allah. Aku dah lama maafkan namun aku masih tidak mampu melupakan segala kesakitan itu. Tunggulah pembalasan daripada Allah sekiranya kamu masih tidak mahu berhenti daripada menyakitiku.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]

32 thoughts on “Cinta Tak Berbalas”

  1. MasyaaAllah…
    Mendalam bebenor cintanye sampaikan dh migrate bertahun2 pon si dia masih x putus asa antar gangguan…

    Xkanler si pelaku xde keje lain selain merosakkan idop penulis selama bertahun2 tu???
    Xde cita2 nk move on cr lain ke atau meneruskan idop??
    Suci sungguh cinta si pelaku, setia walau di mana sahaja walau kau tak di depan mata…

    Reply
    • eh eh Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Paduka Kak Yulie tetengah malam baca FS?? 11:17 tu waktu cik cong dan sahabatnya on duty. Kagum geng sajat pada YM Kak Yulie. tak sia-sia seluruh ahli persatuan geng sajat anggap kak yulie sebagai idola

      Reply
    • Tapi akk lg kagum adik GS bace FS kol 5pagi…
      Ni mesti br hbs tahajud kan pastu layan FS smtra tggu subuh…

      Akk bbrpa hari ni bace ikot dan jer…
      Xleh layan korg beria sbb mak mertua hakak kat umah…
      Kang akk layan FS je kang tercalarlah imej akk sebagai menantu hantu…
      Hehehehehee…

      Reply
      • geng sajat baca kol 5 pagi sebab geng sajat hidup bersendiri….takda xtvt nak buat, xda geng nak melayan perasaan sunyi ini, ibarat lagu kak eton, “dulu aku sendiri kini masihi sendiri hadapi hidup ini….” gitulah hidup geng saja nan sepi.

        kak yulie jangan risau. imej kak yulie di mata mak mentua masih lagi sebagai seorang menantu, isteri, merangkap ibu yang solehah dan mithali yang pandai memasak acar buah ikan masin dan hebat pula menjahit baju wanita dewasa dan kanak-kanak. lagipun hanya tunggu masa untuk mak mentua kak yulie menyedari bahawa menantunya yang bermata galak bak the one and only queen sajat ini merupakan seorang yang memiliki reputasi tinggi di kalangan rakyat jelata yang membaca fiksyen shasha ni. semua rakyat jelata di sini termasuk geng sajat sebagai kerabat diraja sangat mengagumi Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Paduka Kak Yulie, yang merupakan pemegang gelaran Ikon dalam fiksyen shasha

        Reply
      • Umak aaiiii…???!!!!!
        Detail bebenor ko huraikan aktiviti akk ni…
        Berdebaaarrr banget loorrr…
        Siapakah sebenarnya dikau wahai Geng Sajat????
        Seram sejuk terus akk tetbe ni…

        Reply
  2. Belum pulih ye? Simpati dengan awak. Terus kuat kerana Allah sentiasa bersama orang yang dizalimi dan teraniayai. Jodoh, ajal maut segalanya milik Allah. Teguhkan hati, thabitkan iman. Lahaulawalaquwataillabillah hil aliyil azim.

    Reply
  3. ingat lelaki ghupanya ppuan….emmm sabaq la..dan berdoa….jahatnya jantan x guna tu..dh org x suka dok galak sihir hang, p cR lain la..menyampah bab sihir2 ni…cau

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.