Assalammualaikum. Aku nak ceritakan sedikit pengalaman sebenar aku. Aku seorang lelaki.Aku singkatkan nama aku kepada R. Aku nk ceritakan sedikit kisah aku diganggu. Mungkin tak seram sebab tak bersemuka dgn makhluk tersebut tapi bila pikirkan balik perkara tu pun dah buat bulu tangan aku meremang.
Ceritanya bermula pada tahun 2010. Ketika aku tingkatan empat. Ada seorang kawan aku ni ajak aku tidur rumah dia disebabkan mak ayah dia outstation. Rumah kwn aku ni hanya 2km dari rumah aku.
Namun yang bezanya rumah kawan aku dan aku ni ialah rumah aku di taman dan rumah kawan aku di kampung. Di kampung, jarak antara satu rumah dengan satu rumah tu jauh. Tidak terlalu jauh namun kalau brlari mungkin 3 minit bru smpai di rumah yg lain. Rumah kawan aku ni terletak di tengah – tengah kampung. Yang dekat dengan rumah kawan aku ni hanyalah rumah pakcik saudaranya iaitu pak ndak.
Pada pkul 9 malam aku sampai di rumah kawan aku. Kali pertama aku berada di dalam rumah kawan aku ketika malam. Sunyi. Luas rumah kawan aku. Rumah kawan aku bermula dengan ruang tamu di hadapan, bilik dan jalan yang menuju ke dapur di belakang rumah.
Seram sejuk malam tersebut namun aku dan kawan aku leka bermain game dan menonton tv malam itu. Pada pkul 12 tengah malam, kawan aku mengantuk dan baring bersebelahan kucingnya di hadapan tv dekat ruang tamu.
Aku ketika itu belum mengantuk dek kerana sibuk menaip message untuk awek aku (cinta monyet). Usai kawan aku tidur, aku tak tau nk buat apa. Lalu, aku terlintas ingin bercakap telefon dengan awek aku ketika itu, aku cakap dekat kwn aku yang aku nk pinjam telefon rumah kawan aku.
Telefon rumah kawan aku berada di sebelah tingkap di hadapn bilik kakak kawan aku. Tingkap tu buleh nampak kawasan luar rumah. Setelah bercakap selama setengah jam, aku terdengar bunyi cakar di tingkap ‘krekk! krekk! krekk!’ dan pada masa tu aku sumpah tak peduli sbb yang aku bayangkan Comot kucing member aku yg cakar’.
Bunyi tu dekat 10 minit then ada org ketuk pintu rumah. ‘Tukk! Tukk! Dua kali ja lepastu aku bangun dengan semangat nak pegi tengok sapa yg ketuk, aku bukak pintu lepastu tiada sapa. Aku terus berlari ke telefon utk bercakap dgn awek aku. Ya, aku masih tak peduli hantu ka orang sebab aku time tu asyik bercinta sampai tak peduli.
Aku gelak2, ckp gatal2. Then bunyi lagi ‘krek’ krek! dan aku biarkan bunyi tersebut selama 10 minit sampai aku cakap ‘comot nak rumah ka? Haa mai masuk’ then terus dgn pantasnya bunyi pintu ‘tukk! tukk! tukk!’ sebanyak 3 kali dan aku mcm biasa, masih tak peduli.
Ketika bunyi pintu kali ke 4 aku pegi pintu utk bukak pintu then brdiri lagi lama depan pintu. Senyap dan sunyi ja. Aku sambung cakap telefon, ketika aku nak jalan ke telefon aku tgk kawan aku.
Yang aku terkejut, Comot tidur dgn nyenyaknya bersebelahan kawan aku, aku belai comot sbb nak pastilan comot ni betul betul kucing. Aku sambung ckp tp trketar ketar, masih berlagak nk control macho aku acah acah gelak then bnyi tu lagi ‘krekk! krekk!’ Terus aku berlari tengok comot, ya comot ada situ.
Kucing di rumah kawan aku hanya seekor, dan tiada kucing lain sbb rumah kwn aku jenis rumah yang jauh dari rumah lain. Then aku kembali ckp terus terpandang dekat tingkap lembaga hitam dengan kukunya terjulur masuk ke dalam rumah. Aku buat buat tak nampak, beranikan diri then cakap mengantuk dekat awek aku. Aku tidur sebelah mmber aku dan comot. Aku ttup mata dengan selimut.
‘Shrettt… shrett’ macam kain labuh yang lalu dekat lantai diikuti bunyi tapak kaki. Aku yang ketika itu hanya tahu ayat Qursi aku baca dalam hati. Lagi dekat bunyi tu lagi kuat baca. Senyap. Aku bgun aku kejutkan kawan aku tp kawan aku ni tidur m**i.
Aku cakap ada org dtg rumah dia still tidur m**i. ‘Tukk! Tukk!’ bunyi pintu. Ya Allah macam nk luruh jantung sebab baru ckp macam tu dkt kawan aku terus bunyi pintu. Aku diam. Pintu dgn tempat aku tidur tu hanya 4-5 langkah.
Aku senyap sepanjang pintu tu berbunyi. Selepas 10 minit pintu itu senyap. Aku pergi dkt pintu, aku bukak dan aku panggil ‘pak ndak! tak lawak la memain mcm ni. pak ndak oi! mana pak ndak’. Senyap ja. Hanya bunyi angin. Aku beralih ke belakang sambil tutup pintu, bila pintu tu hampir tertutup. ‘Tukk! Tukk!’ Aku dgr sekali lagi bunyi tu.
Kaki aku goyang mcm nak rebah. ‘Comot nak masuk hihihihi!!!’ Lepastu makhluk tu brcakap lg kuat. ‘COMOT NAK MASUK HIIIIIII HIIIIII HIIIIII! Mengilai sampai dengar satu rumah. Aku terus ttup pintu dgn kuat dan berlari dkt mmber aku. Aku tak paham kenapa nyenyak sgt kawan aku tidur tp sepanjang aku kenal kawan aku, dia jenis tidur m**i.
Aku paksa tidur juga walaupun letih sebab dikacau.
Keesokkan harinya aku bangun pkul 9 tp aku tak cerita dekat kawan aku sebab aku risau nanti dia cakap aku ni takut takutkan dia. Aku senyap ja. Aku berlari prgi rumah pak ndak. ‘Awat semalam mai ketuk pintu lepastu balik terus? Pak ndak ni apa la ish’ aku tanya.
Pak ndak terkejut terus cakap ‘aku tidoq oi pkui 10 smlm sebab ptg tu letih buat bendang tau dak’. Aku diam.
Semggu kemudian. Kawan aku yg jenis keluar malam pernah lalu di hadapan kawan aku yg aku pernah tumpang tu. Dia ckp dia pernah nampk lembaga hitam merangkak mcm kucing tapi bermata merah. Dia nampak mata merah tu sbb makhluk tu tenung dia lepas mmbr aku perhati gerak geri makhluk ni yang berjalan di hadapan rumah kawan aku ni. Demam seminggu.
Aku ceritakan pengalaman aku yang ini hanya utk mengingatkan jika kita tumpang di rumah sesiapa. Jaga perilaku kita. Jaga adab kita.
Aku mungkin terlalu terkinja – kinja ketika cakap telefon, gelak besar, gatal2 sikit. Then aku pun pegi tegur. Alhamdulillah benda tu tak ikut aku balik ke rumah. Aku akan kembali dengan cerita aku ldiganggu di jalan kampung tersebut ketika aku habis spm. Sebab aku berkerja habis lewat malam aku akan lalu jalan itu utk pulang. Terima kasih membaca.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Nayoooo wei dpt partner jenis tdo m**i kena kapan…
Jenuuhhhh benda urgent sume buat derk…
Ke.member tu dh kena mandrem momok tu sbb die nk kaco ko sorg jerk…
Best story.. Ade masa cerita lagi
best and scary gile cite ni
An answer from an expert! Thanks for cogitibutrnn.
jill / yep Podencos sure like to hunt,my Flecha is totally focused when she tracking I don`t even bother trying to recall her, she will pick up a scent and start digging a mouse out!! Mimi is gorgeous really beautiful girl
Sebijik cam cerita aku kat kg…Aku sendiri yg kena…Menjerit2 aku mlm tu panggil mak aku.Bunyi cakar ngan org berjln mcm seret kain @ tali ikat lembu.Betoi2 sebelah bilik aku.
Kalau kena kat aku , kawan tak kawan , aku tendang dia sampai mangkit . Gerak cara elok takmaw bangun kan . Rasakan !
berani gila kau dik buka tutup pintu… lepastu sambung gayut telefon.
ok.. blh la seram.. just tak berkenan lak ko dik nak gayut ngan awek pinjam tepon umah kwn.. apedaaaaa~
gatal2 bukak pintu..aduh
Umo 16 tapi gatal sikit2 ek??? Amboiii kemain lagi
Memang patut pun dia marah. Bengang ngan ko yg kurang ajar tu. Dah le pinjam fon org memalam buta, pastu boleh lak bergayut lama2.
Kalo aku jin tu mampus ko aku cekik…