[cua/] | چواق

Hospital Melaka dibina pada awal 1930an dengan kos binaan dari Straits Settlement berjumlah $2.5 juta dan telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 12 Februari 1934.

Berkonsepkan senibina tropika, hospital Melaka adalah hospital termoden pada zaman itu bercirikan kesederhanaan penuh rasional dan sensitif seiring iklim tropika.

Antara blok terawal dalam pembinaan ini termasuklah blok yg kini dikenalpasti sebagai Kompleks Ilmu. Dengar ceritanya dahulunya pernah menjadi bilik jururawat dan pernah menjadi wad pesakit juga.

2004 kali pertama menjejakkan kaki Kompleks ilmu sememangnya aku kagum dengan senibina ini. Ye lah nak jadi Arkitek tak kesampaian jadi kerja di hospital pun ok la dapat jejak bangunan sejarah sebagai pejabat pertama dalam kerjaya aku.

Paling aku jatuh cinta Tangga Tengah Kompleks ilmu. Pemegang tangga yang diperbuat dari kayu Cengal kalau tak salah. Dengan ukiran dan belokan rapi menyempurnakan tangga ini, menjadikan ianya ibarat tangga rumah agam filem Hindi.

Ok.. Kompleks ilmu adalah Pejabat awal aku terdahulu. Suram namun menyimpan pelbagai cerita. Utuh binaannya. Bahan asas bongkah Batu Merah yang berkualiti kekal teguh hingga kini.

Ceritanya apabila waktu tu, aku sering ‘stay up’ di pejabat sampai malam. Bujang nak balik rumah pun tinggal sorang je. Jadi aku memilih stay di pejabat selesaikan baki tugasan.

Abg Malek seorang anggota satu unit denganku selalu stay up juga untuk siapkan kerja kerja rekaan bahan promosi. Aku teman dia, dia pun teman aku. Rutin ini berlangsung lama.

Tiada apa yg pelik dan menyeramkan berlaku. Namun bunyian seperti tapak kaki dan bisikan sering kedengaran. Pernah sekali dengar ketawa kanak kanak kecil. Pernah juga terdengar nama aku dipanggil “shah shah shah” berkali kali dalam Nada bisikan. Setakat panggilan seperti ini alah bisa tegal biasa.

Pernah sekali mendengar ketukan pintu bilik berkali kali, bila dibuka tiada sesiapa. Bunyi bukaan paip air secara tiba tiba memang permainannya. Namun aku yakin aku hanya datang bekerja. Aku tak kacau apa apa janganlah kacau aku juga hendaknya.

Aku akan bekerja di pejabat hingggalah saat aku rasa meremang secara tiba tiba. Tengkuk pun kembang. Ok itu petanda, maknanya cukup time la tu. Komputer perlu dimatikan, kemudian aku turun melalui tangga Tengah yg menjadi kesukaan aku tu. Sunyi sepi namun aku menikmati laluan ini. Tutup lampu dan berjalan turun. Hinggakan pengawal keselamatan pernah bertanya “encik sorang ke kat atas? Berani ek?”

Aku cuma menjawab “bukan berani pakchik, saya cuma nak buat kerja Saya. Sy tak kacau apa apa.. tp kalau dah rasa tetiba sunyi tanpa bunyi dan bulu roma tetiba maka sy balik la.”

Alhamdulillah tidak pernah bertemu apa apa yg mengerikan pun.

Satu hari ni Abang Malek selepas maghrib datang ke pejabat bersama isteri dan anak anak. Dia menghabiskan tugasan yg diperlukan esoknya dengan segera dan akan makan malam bersama keluarga selepas itu.

Isteri dan anak anak tunggu di ruang Tengah pejabat. Dalam keadaan anak anak bermain kejar kejar dan gelak ketawa sementara menunggu abang Malek siapkan tugasan. Tiba tiba isteri beliau kak Ita datang bertanya,

“Abang mana Aqief?” Beliau merujuk kepada anak bongsu mereka yang tiba tiba hilang dari pandangan. Baru tadi ketawa riang sekarang sunyi tanpa suara.

Abg malek pantas menjawab dengan loghat Taiping pekat beliau.

“La tadi kan dok lari kat depan? Mana abg tau? Dok buat gheja ni.”

Kak ita terus memanggil Aqief dgn suara yg lebih kuat

“Aqief aqief.. aqief kat mana?”

Abg malek mula merasakan sesuatu yg tak kena turut sama terus bangun dan mencari sambil memanggil nama anak bongsu mereka

“Aqief aqief jangan dok sembunyi .. keluar kaihh dok tang mana ni… “

Namun tiada kelihatan atau sahutan balas dari anak kecil mereka.

Suasana bertukar tegang. kak ita mula menangis. Anak anak yg lain turut tergamam, gementar, resah dan bimbang.

Abg Malek mencari di seluruh bilik di aras 1 yang menempatkan pejabat kami. Abg malek pasti beliau sudah mengunci semua pintu. Ya dan pintu masih berkunci dan dia pasti anaknya bersembunyi di mana mana ruang.

Lampu dinyalakan semuanya terang benderang pejabat upk malam tu. Ternyata Aqief yang tadi ada di ruang ini berlari dan ketawa tiba-tiba hilang sekelip mata.

Allahuakbar. Kak ita menangis anak yg lain mula meraung gelisah memanggil nama adik mereka. Suasana makin tegang.

Abg malek membuka kunci pintu tangga belakang. Tangga ini memang gelap gelita. Sunyi hanya ada hembusan angin pohon melintasi pepohon kemboja besar hospital Melaka.

“Aqief aqief” terus memanggil

Namun hanya gema panggilan kembali ke telinga.

Ruang cafe lama sebelah bangunan waktu itu gelap gelita bangunan usang yg kosong tanpa penghuni.

Abg malek menyusuri tangga tangga yang ada. Terus mencari Namun aqief gagal ditemui. Cuak melanda. Berderau d***h segala.

Berlari tanpa sempat memakai kasut pun. Kehilangan anak bongsu secara tiba tiba tanpa tanda mencengkam jiwa.

Sampai di Laluan sebelah farmasi lama dan ke arah Kolej jururawat, Abang Malek bertemu seorang pengawal keselamatan sedang berjalan naik dari jalan utama.

“Encik ada nampak budak kecik dalam umuq 2 tahun lebih.. Jalan kat sini? Anak sy cik hilang.. tadi ada kat ofis tengok tengok tak dak”

Tanya abg malek panik. Peluh mula membasahi dahi.

“La anak encik ke? Tadi ada budak kecil melintas Jalan depan ni nyaris nak kena langgauuu ” jawab pengawal

“Allahuakbar ya ya rasa anak saya tu, kat mana la ni??” Ujar abg Malek

Pengawal keselamatan cuba menenangkan Abang Malek.

Katanya tadi ada sebuah kereta berhenti mengejut, ada budak kecil melintas. Mereka bawa budak kecil itu ke Balai Polis kecil Hospital yang beradi di Jabatan Kecemasan.

Perasaan Abang Malek ketika itu tidak dapat digambarkan. Lemah lutut menggigil satu badan. Hanya mampu berserah pada Tuhan.

Terus berlari dan bawa semua isteri dan anak ke jabatan kecemasan. Semua menangis. Kehilangan ini tidak dijangka sama sekali.

Sampai di kecemasan kelihatan Aqief sedang duduk tanpa sepatah kata.

Alhamdulillah Aqief di bawa oleh pemandu kereta yg bertembung di Jalan tadi ke kecemasan ini.

“Encik encik.. ni anak encik ke?”

Soal polis yg bertugas

Abg Malek memandang kosong tanpa jawapan.

“Encik!!” Tanya polis lagi ..

“Ya ya anak saya encik.. tadi hilang tiba tiba encik.. ” jawab abg malek lemah dan penuh kesyukuran

Pegawai polis mengambil sedikit keterangan.

“Kenapa biar anak main sampai tak tahu ke mana pergi ni” Tanya polis lagi..

Abg malek menjawab “Tuan saya ni keje kat hospital ni. Pejabat saya kunci.. saya tak tahu mcm mana dia boleh turun Seorang diri melalui tangga yg gelap gelita tuan”

Semua yg ada di situ Saling berpandangan. Aqief hanya tersenyum sambil berlari kepada ibunya kak ita.

Ya tangga belakang pejabat aku tu

Gelap gelita sunyi sepi

Terlindung sebalik pohon kemboja besar yang tinggi merimbun.

Aqief turun sendiri?

Tangga ini Kekal misteri.

Pak Chik ‘Guard’ cakap nasib baik yg bawa Aqief ini budak kecil yg ingin ajak bermain bersama.

“Bacalah Quran banyak kali dalam pejabat tu.” Pesan dia lagi

Mungkin ‘budak kecil’ yg sentiasa ketawa di pejabat selama ini ingin bermain bersama.

Teringat kata kata Mufti yang pernah aku baca;

Dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini, Nabi SAW telah mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan. Antaranya adalah dengan membacakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.”

Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735)

Menurut Ibnu Mas’ud R.A pula, kata beliau:

إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِي بَيْتٍ، خَرَجَ مِنْهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, maka dia akan keluar daripada rumah tersebut.”

Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam

al-Kabir (8642) dan al-Darimi (3422)

Semoga kita semua dilindungi dari segala gangguan Jin dan iblis serta syaitan yg menyesatkan manusia.

————————————

Sebuah Naskah Digital

Karya – SyähMahamòod

—————————————

[Disclaimer]

*Berdasarkan kisah benar pengalaman latar usia dan imaginasi Penulis diolah dan digarap secara dramatik bagi memantapkan penceritaan.

Nama nama insan dan tempat yang disebut hanyalah sekadar meminjam sebagai latar komersial sahaja.

Tiada kaitan samada yang masih hidup atau yang telah bersemadi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 23 Average: 3.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.