#Dahlia – Nenek rakus

Nama aku Dahlia. Berumur 24 tahun. Ini pengalaman aku tahun lepas.

4 Mei 2016, Sabtu.

10.35 pm. Aku memandu sendirian untuk pulang ke rumah di Johor Bahru, Johor dari rumah mak cik aku di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Perjalanan dijangkakan mengambil masa lebih kurang sejam setengah sebab aku tak berani nak pijak lebih-lebih kat highway JB-Desaru ni terutama waktu malam, lubang bersepah saiz gaung pulak tu. Ahli keluarga aku dah balik dulu lepas asar siang tadi. Aku je tiba-tiba jadi ringan tulang nak tolong sampai semua settle. Ini pun bukan pertama kali aku travel sorang-sorang pada waktu malam yang perjalanannya mengambil masa sehingga berejam. Sebab aku dah biasa, jadi aku tak berapa nak heran sangat.

Kereta yang lalu kat highway ni pun tak banyak. Satu… Dua… Lepastu lengang balik. Gelap dan sunyi sepi je jalan. Dah mula rasa bosan, aku pasang MP3 kat kereta. Sedang syok melayan lagu Hail to The King oleh AX7, tiba-tiba pulak rasa nak terkucil. Terus aku teringat hentian rehat RNR Lima Kedai yang tak lama lagi aku akan lalu. Aku maintainkan pemanduan sebab takut tiba-tiba tak sempat nak mengelak lubang, dalam 15 minit barulah sampai di RNR Lima Kedai. Stesen minyak pun dah tutup. Gerai-gerai yang tersedia memang confirm dah tutup. Waktu siang pun cuma 2-3 outlet gerai je yang bukak kat sini.

Aku nampak ada sebuah Triton berhenti di hadapan jalan menuju ke surau. Itu pun dia tengah tunggu anak dia masuk kereta bersedia untuk memulakan perjalanan. Sudah tu, aku parked sebelah persona menjadikan hanya 3 kereta sahaja yang ada di kawasan RNR tu. Bila aku turun kereta, ada 3 orang jejaka dari arah surau menuju ke kereta persona. Dua orang tinggi lampai, seorang sedikit rendah tapi aku rasa macam aku kenal diorang ni. Bila dah dekat, aku dengar salah seorang dari mereka memberi salam,

Khairul : Assalamualaikum…. Tak sangka jumpa kat sini!

Aku : Waalaikumussalam. Aah. Saya ingatkan salah orang tadi. Saya tumpang lalu ye, nak ke toilet.

Khairul : Awak sorang ke? Beraninya. Dari mana ni?

Aku : Aah, takpe. Sekejap je. Lagipun saya on the way balik Kulai. Saya dari Bandar Penawar pergi rumah mak cik kat sana. Korang dari mana?

Khairul : Kami pun dari Bandar Penawar. Ada hal sikit. Kalau macam tu awak pergilah. Kami tunggu kat sini. Nanti kita saing-saing balik. Awak sorang, dah nak lewat malam ni.

Aku : Haaaaa! Kalau gitu, bolehlah. Dah alang-alang ada yang offer. Saya pergi sekejap ye.

Aku kenal Khairul setahun yang lalu. Seorang anggota bomba yang merantau ke sini. Perkenalan aku dengan Khairul pun selepas pertolongan seorang kawan aku sebab aku jatuh hati dengan dia tapi perasaan tu aku masih pendam sampai sekarang. Dua orang lagi, Akmal dan Nazir juga merantau dari luar negeri hanya untuk menggalas tanggungjawab mereka kepada negara sebagai anggota bomba. Mereka bertiga ni serumah beserta rakan sekerja yang lain. Bila aku berkenalan dengan Khairul, secara tak langsung aku pun kenal dengan housemate dia.

Sambil menuju ke toilet, mereka bertiga menyalakan rokok sambil menunggu di hadapan kereta aku dan kereta persona tersebut. Aku mempercepatkan langkah sebab tiba-tiba rasa nak terkucil ni kuat pulak. Aku pandang keadaan sekeliling. Gelap gelita. Kereta pun tak ada yang lalu lalang. Sebelum melangkah masuk ke toilet, aku sudah biasa untuk membaca doa masuk toilet. Belum sempat aku nak baca tiba-tiba aku terbau sesuatu yang hanyir dan hamis seperti darah. Baunya sangat kuat.
Hati aku dah rasa lain macam. Aku baru baca bismillah, tiba-tiba kan depan pintu toilet tu bau dia makin kuat. Aku dengar macam binatang (anjing/kucing) yang sedang rakus minum air. Aku langkah masuk lantas aku menjerit ketakutan dan berlari keluar. Aku rasa aku menjerit dengan kuat. Aku nampak seorang nenek tua yang sangat bengis mukanya penuh dengan kedutan, disertai darah penuh di bahagian hidung sehingga dagu. Baju putih lusuh warna cream peach dia pun ada lelehan darah. Kau tahu dia tengah buat apa? Dia tengah meratah seokor kucing yang masa tu aku nampak bahagian kepala kucing tu je. Kat lantai pun ada satu lagi kepala. Mungkin. Darah tak payah cakap lah. Macam kena siram kat bahagian kawasan dia makan tu. Mungkin sebab dia terkejut dengar aku jerit, dia pun angkat kepala masa tengah rakus menikmati kucing tu. Mata dia putih tak ada anak mata weh.

Aku berlari keluar ke toilet. Tak sempat keluar, aku dah terlanggar dengan diorang bertiga. Aku menangis sebab takut tapi tak ada lah menggigil. Yela, first time jumpa makhluk macam tu. Khairul goncang aku tanya kenapa sebab aku menangis macam orang takde pedoman. Aku sampai tak mampu nak buka mulut. Akmal dan Nazir dah tak tunggu jawapan aku, diorang terus berlari masuk ke toilet perempuan.

“Allahuakbar!”, ayat yang pertama keluar dari mulut Nazir lepas diorang berdua nampak apa yang aku nampak tadi.

Khairul : Awak pergi masuk kereta. Tunggu dalam kereta. Nanti kami datang.

Aku : Saya tak nak. Saya takut. Jangan jauh dari saya.

Khairul : Jangan takut. Allah ada. Biar kami uruskan kat sini.

Aku : saya tak nak. Nak melangkah ke kereta pun saya tak mampu ni.

Khairul : okay, kalau macam tu, awak stay belakang kami. Tolong lawan sekali. Istighfar, mengucap dan ingat dekat Allah. Baca sekali apa yang patut.

Tak sempat aku jawab, Khairul dah menuju ke hadapan bersama dengan Akmal dan Nazir. Itulah Khairul yang aku kenal, dia seorang pengamal perubatan Islam. Bukan sahaja membantu orang dalam kecemasan zahir, batin pun dia mampu. Dan dari apa yang aku tahu dari kawan aku, dia juga seorang hafiz. Patutlah hati aku dah jatuh bila pertama kali nampak dia kat depan mata. Orang ada nur. Luaran dia tak adalah nampak alim mana. Muka stok-stok mat rempit je. Pakai pun kasual, tapi ilmu tinggi.

Sambung kepada waktu kejadian… Mulut Khairul dan Akmal terkumat kamit.

Nazir : Wahai makhluk Allah, apa yang sedang kau lakukan? Pulanglah ke tempat asalmu.

Nenek tua : … (diam menyepi pandang kitorang. Kat tangan dia masih ada kucing tadi yang dah diratah separuh)

Nazir : wahai makhluk Allah, tinggalkan tubuh tidak berdosa itu. Pulanglah ke tempat asalmu!

Nenek tua : … (masih diam nengok kitorang)

Tiba-tiba nenek tu mendengus kuat lalu mencampakkan badan kucing yang sudah separuh dan berlumuran darah tu ke lantai. Kami berempat yang dari tadi hanya berdiri di hadapan pintu toilet masih lagi statik. Khairul melangkah untuk mendekati nenek itu. Mungkin dia semakin berasa panas dan tak selesa, mukanya semakin bengis dan dengusannya semakin kuat. Apa yang Khairul baca pun aku tak tahu. Lepas tu dia tiup ke arah nenek tua tersebut. Meracau kejap orang tua tu sambil menepis nepis kat bahagian muka dia.

Terus sekelip mata, nenek tua tu terbang dengan sangat laju di atas kepala kami keluar melalui pintu toilet. Keadaan dia terbang tu macam segumpal bola/komet hitam yang laju lalu menghilang dalam kegelapan malam. Aku istighfar tapi ntah kenapa aku masih belum berhenti menangis. Sebab takut agaknya. Khairul menghabiskan sisa-sisa bacaanya. Akmal dan Nazir cuba membuka pintu toilet paling hujung yang mengandungi equipment makcik cleaner untuk membersihkan lantai di situ. Disebabkan aku takut, diorang arah aku duduk diam2 kat atas salah satu toilet bowl dalam toilet tu. Jadi aku nampak diorang dan diorang nampak aku.

Khairul mengambil plastik hitam baru dari bilik peralatan dan mengambil kepala dan badan kucing yang dah tinggal separuh tu. Sementara Akmal dan Nazir membersihkan darah, Khairul memandikan dan membasuh sisa badan kucing tu. Sayu aku nengok. Aku ingatkan zaman sekarang dah tak ada benda-benda ni. Pembersihan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Memang bersih toilet ni diorang kerjakan. Aku tahu niat diorang. Tak nak orang jumpa darah yang banyak macam tu. Nanti macam-macam benda boleh timbul. Cerita daripada tak ada jadi ada.

Bangkai kucing yang dah diuruskan Khairul dimasukkan ke dalam plastik hitam. Mereka bercadang nak menyempurnakan di rumah sebab diorang tak ada equipment nak gali tanah dan tanam bangkai tu. Selesai semua, akhirnya Akmal dan Nazir naik kereta persona, Khairul dan aku naik kereta aku. Yang penting Khairul yang drive sebab aku dah tak ada kekuatan. Mula-mula aku tak selesa nak berdua dengan Khairul dan minta salah seorang antara Akmal dan Nazir untuk teman kami tapi diorang pun tak nak. Sebab alasannya, kalau ada apa-apa jadi at least masing-masing ada kawan dan tak berseorangan lalu kami semua bersetuju.

Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 30 minit sehingga 45 minit untuk sampai ke rumah. Dalam perjalanan, Khairul membuka MP3 player al quran aku yang memang dah sedia ada lalu dia mengikuti untuk mengalunkan bacaan. Tiba-tiba aku rasa tak something lagi sekali. Aku perasan sesuatu kat sebelah kiri aku. Kereta Akmal dan Nazir sudah memberi highbeam beberapa kali. Khairul pelik dan mula hendak memberhentikan kenderaan. Tapi aku rasa dia tak sedar lagi apa yang ada kat sebelah aku. Aku pandang tepi… Ada kain putih lusuh yang ikut terbang. Aku memanggil Khairul. Istighfar panjang dia nampak. Dia memperlahankan pemanduan lalu mulutnya start terkumat kamit. Akmal dan Nazir masih membontoti kereta aku. Tidak sampai seminit, kain putih tu dah hilang entah terbang kemana. Masa tu aku sempat berdoa kat Allah semoga ini gangguan terakhir kami.

Alhamdulillah, kami sampai di rumah aku. Sampai kesudah aku tak buang air sebab terbantut tadi. Sampai kereta aku masuk garaj, Khairul turun dan membacakan sedikit bacaan dan memandang sekeliling rumah. Dia suruh ambil air segelas lalu dia membacakan sedikit lagi yang aku tak tahu apa bacaannya.

Khairul : insyaallah dah tak ada apa-apa. Rumah ni pun selamat. Ambil air ni. Sebelum minum, ucap dua kalimah syahadah dan selawat 3 kali. Lepas tu mandi. Bersihkan diri elok-elok. Takut ada sisa darah tadi terkena ke apa.

Aku : okay. Terima kasih banyak-banyak. Nasib baik tadi Allah gerakkan hati kalian nak tunggu saya pergi toilet.

Khairul : Alhamdulillah. Semua ni atas izin Allah. Masuklah, rehat. Apa-apa, cepat bagi tahu saya.

Aku ucapkan terima kasih kepada mereka bertiga. Sampai lah aku mengunci pintu, baru mereka bergerak pulang ke rumah mereka. Aku buat apa yang Khairul suruh tadi. Alhamdulillah sampai sekarang tak ada apa-apa. Esoknya aku follow up dengan Khairul dan mereka dah tanam bankai kucing tu di kawasan tanah lapang. Hujung minggunya pulak mak bapak aku buat kenduri kesyukuran sebab aku selamat dalam peristiwa ni. Abang-abang bomba tu semua aku jemput satu rumah. 3 orang tak dapat hadir termasuk Akmal sebab diorang bertugas.

Namun tu tak patahkan semangat bapak aku nak ucap terima kasih kat diorang. Bapak aku hantar makanan lauk pauk dan kuih muih ke balai. Siap cukup untuk satu balai makan. Dan sejak tu aku jarang keluar rumah malam-malam.

Dahlia
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

26 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.