Sudah seminggu aku langsung tak tidur. Bukan sahaja malam bah kan siang hari aku takut untuk tidur. Mereka muncul tak kira masa, asalkan aku tidur. Mata aku dah lebam semacam sebab kurang tidur. Nasib baik la masih cuti sekolah. Jadi tak la jadi masalah kalau aku lemah. Sebab aku boleh berehat. Jantung aku pun dah macam lemah sangat, mungkin sebab tak cukup rehat. Kadang tu aku tidur sambil duduk. Bila malam aku tidur dengan mak. Tapi hampeh dia datang juga. Lemas aku, seolah-olah lemas di dalam air. Terkapai-kapai tangan, cuba gerakkan tangan dan kaki, tapi seolah-olah diriku tak melekat dengan jasad. Bila aku jaga, aku seolah-olah baru saja lepas dari lari. Aku rasa baru ja aku angkat tangan dan kaki, tapi rupanya tak pun. Kaki dan tangan kaku ja dengan rasa kebas. Keadaan itu berlarutan.
Itu beberapa tahun dulu, masa tu umur masih lagi 16 tahun. Kini aku dah tua, dah 26 tahun. Mimpi itu masih mengejar aku hingga kini. Cuma tak sekerap dulu kerana aku amalkan bacaan ayat al quran. Kata sorang kawan, sebab dia tak mampu ganggu kau masa kau jaga, sebab tu dia ganggu kau masa kau lena. Aku sendiri tak tahu sama ada aku ada saka atau tak sebab tak pernah pergi buat rawatan atau scan. Cuma pernah juga dengar ayat ruqyah. Aku rasa meremang je. Selain tu, aku tak tahu la ni 6th sense ke apa. Sebab kalau aku pergi tempat yang tak betul, atau tidur di tempat yang ada benda tu. Siap la aku. Dia akan jumpa aku masa aku tidur.
Satu malam selepas beberapa lama dia tak datang. Di asrama IPTA aku, aku duduk sorang ja satu bilik. Entah la apa nasib aku tak dapat roommate. Jadi disebabkan tak ada roommate ada la kawan-kawan daripada asrama lain datang tidur kat bilik aku kalau diorang tak sempat balik lepas buat discussion. Malam tu kawan aku Anis mesej aku, dia cakap nak tumpang tidur, dia tengah buat discussion kat bawah blok aku je. Anis ni asrama dia jauh sikit. So dah lewat sangat dia takut nak balik.
Punya lama aku tunggu Anis sampai pukul 1 pagi, Anis baru datang bilik aku. Katanya discussion dia lambat habis. Aku pun okey ja, sambung tidur. Sebelum tu aku baca la apa yang patut sebelum mula lelapkan mata. Lepas beberapa jam aku tidur, aku dengar Anis kelam kabut panggil aku bangun. Dia mundar mandir satu bilik sambil menangis. Katanya familynya tak sihat. Tapi aku tak boleh bangun. Cuma boleh dengar Anis dok panggil aku sambil menangis. Makin lama makin pening dan resah aku dengar dia membebel. Ada semacam gelombang yang buat telinga aku bengang. Gelombang tu makin penuh dalam kepala aku.
Lama-lama dah cuba nak bangun tak boleh, aku dah mula rasa lemas. Dah jadi macam tu, aku pun cuba tenangkan diri. Bacalah ayat kursi berulang kali di dalam hati, sebab mulut dan leher aku terkunci. Lama-lama segala runsing, gelombang yang kusutkan kepala mula hilang. Keadaan kembali tenang. Aku pun rasa ringan ja badan untuk bangun. Aku cepat-cepat bangun nak tengok Anis.
Tapi Anis tenang je tidur. Lena je dia. kalau tak silap hampir jam 4 pagi. Sedangkan apa yang aku alami tadi betul-betul real. Aku pun baca balik ayatul kursi tujuh kali, dan 3 Qul, bismillah 5 dan kemudian aku ludah ke tapak dan aku lurut satu badan dan aku pun sambung tidur. Masa tu aku dah mula naik angin dah. Geram betul dok kacau aku tidur.
Tak sampai pun sejam aku lena. Dalam lelap aku dengan mata tertutup. Seolah-olah aku bangun. Sebab aku marah lagi. Masa tu aku rasa dia dok berdiri hujung penjuru yang gelap. Penjuru tu cahaya luar tak sampai. Jadi dia gelap sikit. Dia berdiri kat situ. Aku pun duduk bersila atas katil tengok dia dengan rasa marah sangat. Sebab terlalu marah, takut tu pun hilang. Aku jerkah dia, aku cakap..
“Engkau ni dah kenapa? Apa masalah kau. Aku tak kacau engkau pun. Baik engkau pergi sebelum aku mula naik angin..” Dengan suara yang lantang. Sebab betul-betul marah.
Dia mula ke depan sikit. Nampaklah aku sedikit bagaimana rupanya. Dia berkemban kain batik. Rambutnya kusut macam orang baru habis mandi. Tinggi dia tak tinggi mana pun. Rendah ja dia, badan dia berisi sikit. Umur dia dalam 50 tahun la kot walau rupa dia aku tak nampak. Cuma hati aku ni boleh rasa la dia punya fizikal macam tu.
Lepas tu dia cakap, dalam bahasa utara.
“Amboi, orang melawak ja pun.. Tu pun nak marah.”
Lepas dia cakap macam tu, aku terus terjaga. Rupanya jam masih lebih kurang 4.15 lagi waktu tu. Dah macam betul-betul aja tadi. Aku tahu dia tak boleh nak dekat dengan aku sebab aku dah baca doa. Lepas tu aku baca lagi ayat qursi setiap satu aku ludah kat satu penjuru, habis tu aku baca bismillah 5 dan 3 Qul dan aku ludah juga ke setiap penjuru bilik aku. Baru la boleh tidur dengan aman. Aku rasa dia ikut Anis balik malam tu. Entah la Anis balik baca ayat quran ke tidak.
Pernah juga dek kerana mulut celupar kawan aku menegur ternampak mata merah masa kitaorang jalan kaki nak ke dewan. Malam tu ada event dekat dewan asrama. Nak ke dewan tu kami kena naik bukit dulu. Kawan aku ni ternampak sepasang cahaya merah. Boleh pulak dia tegur. Geram betul aku dengan minah ni. Tak pasal-pasal malam tu aku tak boleh tidur. Encik gula-gula datang berguling atas badan aku. Sakit perut aku kena tindih benda tu. Bila bangun aku tidur balik, ha sambung balik benda tu dok main-main atas badan aku. Tiga kali bangun, mimpi atau kejadian kena tindih ni jadi balik. Akhirnya aku buat macam mak aku pesan. Baca doa dan ludah seperti aku cerita kat atas tadi. Baru boleh tidur.
Pernah juga satu malam tu aku mimpi jumpa dengan benda tu. Aku tanya dia buat apa kat situ. Dia cakap, “saja la. Ni kan tempat tinggal aku”. Masa tu aku balik kampung. Aku mimpi jumpa benda tu. Tapi wajah dia samar-samar je. Aku ingat dialog dia ngan aku je. Tu pun kejap sangat. Lepas tu hari ketiga aku dengar mak saudara aku cerita dekat mak aku. Kat pokok tepi rumah tu ada benda. Hahah meremang aku. Sebab aku dah pun jumpa dia malam sebelum tu dalam mimpi. Nasib la dia tak buat apa-apa kat aku.
Memang aku selalu jadi macam ni. Sebab tu keluar ke mana pun, siang atau malam aku akan baca doa. Kadang-kadang kawan suka tanya, kenapa suka baca doa. Terutama keluar makan kat luar time malam-malam dengan kawan-kawan. Memang aku tak akan lupa, untuk baca doa lindung diri. Sebab diorang tak pernah rasa di tempat aku. Aku memang tak boleh nampak, mata aku tak ada 6th sense nak detect benda macam tu. Tapi silap tempat ja, siap la.. dia akan datang dalam tidur aku. Kadang-kadang ada datang cara elok, cuma berbual, muka pun tak takut. Tapi ada kebanyakan suka buat aku lemas.
Kadang tu terfikir juga, kenapa jadi macam ni. Adakah kerana roh aku suka berjalan masa aku tidur. Entah la aku pun tak tahu. Habis belajar nanti baru aku nak ajak ayah pergi berubat. Buat masa sekarang aku nak fikir project akhir aku ni ha. Doakan aku. Kalau korang suka, nanti aku cerita lain pengalaman ni. Tu pun kalau korang suka dan admin approve kan. Sorry la tak meremang cerita ni sebab pengalaman aku dalam tidur saja.
Sekian.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ni cerita pasal ludah je ke
Macam pengotor je
Kau tak penah belajar ke? mmg ada kaedah2 nak halau bende ni kene baca ayat2 tertentu dan ludah. bukan ludah mcm bangla selalu buat tu
Sesetengah manusia, diberi kelebihan utk melihat dalam mimpi. Sekurang2nya mimpi. Kalau depan mata lebih menakutkan.
ludah? euww
Ludah tu maksudnya tiup fuhh fuh ke seluruh badan dan sekeliling lepas baca doa tidur dan 3 qur. Jangan salah faham dengan ayat tu.
jangan pertikaikan ludah dia. ada sebab dia buat macam tu. lebih elok dalam mimpi berbanding depan mata. air ludah sendiri lagi elok dari kena ludah ngan orang. peace
Try kena sekali,pastu mak kau suruh ludah… Jgn tau nak euw,euw je.
yg aku penah dengar ceramah oleh ustaz ismail kamus, dia suruh baca ayat2 yg ko sebut td, pastu tiup kan n sapu kat seluruh badan..pastu dia surugh tiup kat sekeliling tempat ko tido tu, seolah2 ko pagarkan tempat tdo ko tu….dlu masa aku dok hostel, bnda camni laa yg aku selalu buat…cuma beza nya aku tiup n sapu kat seluruh badan…pastu rasa tenang n selamat je…
best jgk ….blh sambg….
Eh, aku dapat rasa apa kau rasa sbb aku nak kata selalu tu tak la tp kdg pernah kena. Cuma aku takde la bebual dgn benda alah tu. Haih, kenapa eh mcm tu?
sy penah kena tindih, 2 kali je ar..kli prtme mse kt umh tok, sy tdo dlm blik mksdre, mklumlah tuan blik xde, sy ni tdo kne psang kipas sejuk ar cmne pn mmg xkn ttup kipas or brslubung, klu tdo kt lua t tok ttp kipas bila tgk sy dh tdo, bese ar mmbzir ktenye, klu ttp kipas mmg autmtik sy terjaga, xthu ar npe. jd xnk tok msuk ttp kipas sy knci ar pntu blik hehehe… Mse sy tdo dlm blik 2 xthu ar dh brpe lme sy trtdo, tbe2 sy sesak nafas, sy xleh nk brnfas kne brnfas ikut mlut, sy nmpk ade bnde itam tengah tindis sy, ya allah berat nk mmpus, xdye koi nk mnggungnye, pdhal sy tgh tdo ag, sy dh mnjerit ckp ‘sakit ar bodoh’ dengan brsungguhnye nk lepas, tp sy prsan suare sy xde, byk kli sy bruhsa untuk kluakn suare tp xblh, mse 2 sy pk sy dh bisu, hbis sepak trajang dh, sy dpt rse bdn sy mmbrntak, ntah cmne trlintas dlm pale otak nk brzikir lme jgk..mcm2 dh sy sebut, ntah bpe lme pn sy xthu tp y pasti sy dh lemah sgt dh, trse letihnye mcm bru lps brlari..bru ar sy nmpk bnde 2 trbang pergi xde ase takut pun y ade mse 2 ase nk mrh bb wt sy ase sakit..lps 2 bru sy trjge, trus sy try ckp nk pstikn btl ke x sy dh bisu, alhamdulillah ad pn suare. trus ase mremang..cepat2 bngun nk klua cri tok, tp pntu xleh bkak, ah sudahh nk ngis dh sy ase, tbe2 bru sy ingt sy knci pntu…sy bke je pntu tgk tok sy tgh dduk brsila pndang sy, sy ap ag brlari ar g kt tok ambik bntal tdo sblah tok, tok pun tye ‘knp ngn awk ni iera? mcm org kne keja ngn hntu je’ sy pun ckp ar ‘ tok xdengar ke kite mnjerit td?’ tok pun ckp ‘ntah xde plak aku dengar, aku dengar azan, 2 y aku bgun nk solat subuh, tbe2 awk bke pntu mcm nk trcbut kjut aku’ sy pn ckp ‘kte kne tndih ar tok, mgkin sbb azan kot die lps kn kite, klu x kite dh m**i kot, xkuat dh ase, bpe lme kite nfs ikt mlut, letih sgt2’ haaa ap ag mmbebel ar tok sy, lain kali sblm tdo bce ar ayt, jgn main tdo je…mujo idop ag klu x, xmemasai ad wt knduri arwah arini. (trklua jap airmte smp ati tok ckp gitu)