#dammerung- Kereta Idaman Radzi

Perhatian: This is not my story. Cerita ini merupakan karya asli #dammerung dari mforum.cari (dikongsi atas kebenaran Dammerung sendiri). Enjoy reading!


Kisah 22: Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian – Kereta Idaman Radzi (Bahagian I)

Sejak dari bangku sekolah lagi, Radzi amat meminati siri TV ‘Knight Rider’. Tarikan utama sudah tentulah KITT, kereta canggih yang menjadi plot device dalam rancangan tersebut. Walaupun menyedari dirinya hanyalah orang kampong dari sebuah FELDA di Negeri Sembilan, dia masih menyimpan hasrat untuk memiliki KITT satu hari nanti.

Radzi menamatkan zaman persekolahannya pada tahun 1987, dengan berbekalkan sijil SPM gred 3, Radzi berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan menginap sementara di rumah kakak nombor duanya. Dengan bantuan kakak, Radzi berkerja sebagai kerani di sebuah bank. Niatnya untuk memiliki KITT masih tidak luntur dan tersemat dalam jiwa dan seperti mimpi, dia akhirnya menemui ‘KITT’ dalam bentuk Proton Saga hatchback yang waktu itu dikenali dengan nama Proton Saga Knight.

Kereta itu seperti semua sedia maklum, memang takda rupa KITT Knight Rider langsung. Tetapi bentuk sporty nya di tambah pula dengan perkataan ‘Knight’ di tepi bonet sudah cukup bagi Radzi untuk declare bahawa dia dah jumpa ‘Knight Rider’nya.

Walau bagaimanapun, dia cuma seorang kerani junior yang dibayar gaji pokok 400 Ringgit. Kalau buat overtime, dapatlah stretch sikit sampai 600 ringgit sebulan, itu pun bukan tiap-tiap bulan boleh buat overtime. Jadi dia hanya memendam rasa saja lah kerana masih tak mampu nak beli Proton Saga Knight yang ketika itu puluhan ribu ringgit (Radzi tak ingat harganya berapa).

Nak dijadikan cerita, pada satu hari dia mendapat khabar ada Proton Saga Knight second-hand nak dijual oleh pemiliknya. Apa yang membuatkan Radzi terlompat ialah pemilik nak let go dengan harga cuma 1000 Ringgit!

Tanpa berfikir panjang, Radzi telefon empunya Proton Knight dan apek itu siap tawar untuk nego lagi. Disebabkan Radzi ni orang kampung yang lurus bendul, pepatah Inggeris “If its sound too good to be true, then it is,” tak terlintas langsung dalam kepala otaknya.

Even apek tu offer nak datang sendiri ke tempat Radzi pun dia tak nak. Biar dia yang pergi ke sana dan deal dengan uncle. Dengan berbekalkan duit seribu ringgit yang dipinjam dari fasiliti pinjaman wang untuk kakitangan, Radzi berpura-pura sakit selepas makan tengahari dan kemudian pergi ke Klang.

Di Klang, dia ‘diperkenalkan’ dengan ‘KITT’nya. Kata Radzi, masa tu rasa nak menitik air mata. Macam tak percaya je yang dia akan memiliki kereta Knight Rider. Disebabkan Radzi ni jangan kata lesen kereta, lesen motor pun tak ada, on paper apek masih owner kereta tapi kereta Radzi ambil.

Kata Radzi, since dia tak reti driving, dengan tak malu dia minta uncle hantar dia dan kereta sampai rumah kakaknya. Yang peliknya, uncle tu tak membantah langsung, malahan berbesar hati pula. Dalam perjalanan pulang ke rumah kakak, apek tu hanya menceritakan betapa hebatnya kereta ni, cantik lah, pick-up lah dan macam-macam lah. Takda satu pun menyentuh soal kenapa dia nak jual kereta yang ketika itu tengah hangat di pasaran dengan harga rendah. Radzi pun tak tanya walaupun hatinya agak meronta-ronta nak tahu, since dia risau kalau tiba-tiba Cina tu ubah fikiran, lebih baik tak payah tanya.

Masuk di perkarangan parkir flat rumah kakaknya, seribu ringgit bertukar tangan walaupun uncle offer nego tapi Radzi tak nak. Bagi dia, dah cukup baik dah uncle tu jual harga murah siap hantar sampai rumah lagi. Apek segera meninggalkan kompleks rumah flat selepas dapat duit dan tak tunggu lama untuk penduduk di situ mengerumuni kereta Knight Ridernya. Kembang juga lah bila dengar jiran-jiran jakun tengok kereta barunya. Luahan “wuiyoo” dan “huiiii Proton Knight!” kedengaran jelas di telinga dan semakin kembang Radzi dibuatnya. Tak kisah lah dia takda lesen dan tak reti memandu, yang penting sekarang ni dia ada kereta paling seksi di Malaysia.

Tiba di rumah kakak, dia memaklumkan tentang kereta barunya. Ingatkan kakaknya nak tumpang gembira ke apa tetapi dimarah teruk pula. Kak ngah marah Radzi bodoh sangat tak fikir dulu entah-entah kereta curi ke apa sebab mana ada orang nak jual murah macam tu? Bertengkar lebih kurang, Radzi merajuk malam itu dan tak tidur kat rumah.

Of course lah Radzi tak kisah sebab dia nak beramas mesra dengan KITT. By the time orang semua makan malam, Radzi duduk di driver seat buat pertama kali. Jarinya memutar ignition key dan deruman enjin membuatkan dirinya in ectasy. Kata Radzi kelakar juga lah waktu itu sebab dia hanya tahu hidupkan enjin dan hidupkan AC je. Batang-batang kat tepi stereng tu pun dia tak tahu apa fungsinya. Nak main usik-usik takut rosak pula. Kereta baru lah katakan.

Kejadian aneh bermula apabila dia menurunkan seat untuk berbaring. Di sebalik deruman enjin, Radzi terdengar ada suara orang ketawa manja. Suara tersebut walaupun halus tapi jelas suara seorang gadis. Mula-mula dia ingatkan ada lah awek area flat yang kagum lihat kereta Proton Knight so dia berlagak cool aja lah, tapi bila lama pula ketawanya, Radzi mula curiga.

Bila dia tegakkan balik seat, tengok sekeliling takda siapa pun. Matikan enjin dan keluar mengelilingi kereta, hanya dia seorang sahaja di parkir lot rumah flat yang pada waktu itu masih tak banyak kereta (kata Radzi, time tu masih mudah nak dapatkan parking di rumah flat, tak macam sekarang). Mungkin salah dengar agaknya, Radzi kembali masuk dalam kereta tapi kali ni dia tak tutup pintu. Nak hidupkan stereo, dia tak tahu so dia melepak aja lah sambil bersiul-siul. Kemudian dengar lagi suara ketawa manja di belakang.

Cepat-cepat Radzi toleh tapi sepi. Sekali lagi dia pergi ke arah bonet dan lihat keadaan sekeliling. Tak tahu kenapa, Radzi tergerak hati nak check bawah kereta. Dia bertinggung melihat bawah kereta. Betul-betul depan kereta, Radzi nampak sepasang kaki. Seseorang sedang berdiri depan kereta berkaki ayam. Kereta berhenjut seperti ada orang duduk atas hud kereta.

“HOI!!” Jerit Radzi sambil pantas menuju ke arah depan kereta.

Malangnya, orang itu sempat melarikan diri kerana tiada siapa selain dia.

“Malaon betul! Siap lah kalau aku dapat tangkap!” Marah Radzi sendirian dengan harapan malaon itu terdengar amarannya.

Radzi masuk dalam kereta dan menutup pintu. Malam itu dia planned nak tidur dalam kereta je. Dibuka simpul kain pelikat untuk disarung jadi selimut dan di recline driver seat sehingga ke bawah. Sambil berpeluk tubuh, Radzi senyum sendirian. Still tak percaya dia dah memiliki kereta, kereta idaman pula tu. Soal dia tak tahu driving tolak ketepi sebab itu boleh settle kemudian. Nanti bila dah ada lesen, boleh lah dia jalan-jalan sekitar KL, lepas tu boleh mengorat awek, then bila dah ada awek boleh pick up awek depan rumah sambil pakai baju kotak-kotak dengan Ray-Ban aviator frame gold, then boleh makan angin pergi Mimaland main-main basikal kincir dalam tasik tu…Radzi berangan sendirian sambil terkikik-kikik ketawa.

Bunyi orang berlari mengejutkan Radzi dari lamunan. Dia ternampak kelibat hitam berlari di sebelah kereta dan seakan menyorok kat bahagian tayar. Dia boleh lihat bonjolan kepala di hud kereta. Dengan hati terbakar, dia keluar dari kereta nak sergah anak jiran yang menganggu berangan momentnya. Sampai di bahagian depan, orang itu tengah mengensot masuk bawah kereta.

“Woi sial ko ingat aku tak nampak ke hah?” Gertak Radzi sambil bertinggung untuk lihat bawah kereta.

“WOI BUDAK JAHANaa…” Tak sempat Radzi nak habiskan hamburan, betul-betul depan mata adalah sekujur tubuh dalam posisi seperti labah-labah dengan wajah seakan topeng kabuki. Di saat wajah itu berputar 180 darjah, Radzi terus melompat ke belakang dan masuk dalam kereta. Pintu semua di pastikan berkunci dan jangan tanya kenapa Radzi masuk dalam kereta instead of running away like any normal people would do.

Dari driver seat Radzi nampak jari-jemari mencengkam kemas pangkal cermin tingkap pintu seat belakang, betul-betul atas kepalanya. Perlahan-lahan kepala muncul di tingkap. Kata Radzi, dahi makhluk itu berkedut seribu dan dari mata sepetnya, sepasang anak mata hitam merenung tepat ke arahnya. Jari makhluk itu macam manusia tapi panjang dan tirus, mencakar-cakar permukaan tingkap sehingga menghasilkan bunyi mengilukan.

But then bunyi ngilu is the least of his concern. Sekarang ni yang Radzi risaukan ialah kereta kesayangannya di apa-apakan. Time tu kata Radzi dia dah tak kisah pasal dirinya, top priority adalah Proton Knight Rider yang tak sampai sehari dimiliki. Benda alah tu bergerak menuju ke depan dan mencangkung atas hud kereta sambil tayang mulut penuh dengan gigi-gigi tajam. Radzi tutup mata rapat-rapat sambil baca apa-apa surah yang terlintas di kepala. Bila keretanya dah berhenjut baru Radzi laungkan azan sekuat-kuat hatinya. Tak pasti macam mana dia boleh terlentok sebaik azan di laungkan, mungkin juga pengsan, apa-apa pun Radzi tak pasti.

Radzi menggelabah bangun apabila tingkap cermin diketuk abang ipar sekitar waktu Subuh. Dia disuruh balik rumah untuk mandi dan bersiap pergi kerja. Kejadian malam tadi masih menghantui dirinya tetapi sebaik sahaja dia keluar dan lihat Proton KITT takda kerosakan, perasaan lega ibarat di flush memenuhi diri sehingga lupa tentang hantu labah-labah tersebut. Ketika sarapan, Kak ngah tak habis-habis perli pasal kereta barunya. “Tak bawak kereta baru pergi ofis? Ohh lupee tak reti bawak keter, tapi berangan nak ada keter, sekarang membazir bla bla bla” Radzi pekakkan telinga je, malas nak layan. Duit aku, suka hati aku lah, ada aku minta duit kau? Rungut Radzi dalam hati.

Sebelum mengejar bas mini, sempat dia lawat Proton KITT. Toleh kiri, toleh kanan, line clear, cium lambang Proton dan usap-usap hud. Radzi perasan dari ekor mata, ada lembaga duduk di seat belakang betul-betul belakang driver seat tapi dia takda masa nak reacted on that. Lantaklah kata Radzi, jangan kau jahanamkan kereta aku sudah.

Malam kedua, Radzi melepak lagi kat dalam Proton Knight Rider. Kali ni dia dah berani sikit sentuh-sentuh sana sini. Hari itu dia dah tahu macam mana nak hidupkan stereo. Tapi setakat hidupkan stereo je lah. Nak switch AM/FM tak tahu. Disebabkan default setting kat AM, dia hanya boleh dapat siaran radio Siam je. Siam pun Siamlah, janji berbunyi.

Mula-mula okay je layan radio Siam ni tapi lama-lama lain macam pula bunyinya. Radzi ni takdalah tahu sangat pasal radio tapi dia tahu lah siaran radio macam mana bunyinya. Kata Radzi, kalau tadi ada nyanyi-nyanyi, ini dah macam sami menurun pula, siap ada Aummmm Aummm ramai-ramai then ketuk loceng. Agaknya bacaan doa kot macam kat radio-radio melayu. Tapi yang tak bestnya, di sebalik audio upacara menurun Siam tersebut di backgroundnya ada suara orang menangis meraung. Mula-mula macam sayup je then makin lama makin kuat sampai tenggelam suara sami Buddha tu.

Dah tak boleh blah, Radzi matikan radio. Sebaik dia matikan radio, lampu kereta menyala secara tiba-tiba dan ternampaklah makhluk labah-labah semalam. Wajah seperti topeng kabuki (Radzi cakap muka cam topeng opera Jepun yang mata sepet tu, so bagi aku topeng kabuki lah kot). Rambut panjang sampai ke bawah dan sebati dengan tubuh badannya yang juga berbulu.

Radzi freezed. Dia hanya mampu tengok je. Kalau aku toreh pipi Radzi time tu rasanya tak keluar d***h kot. Makhluk tu melompat dan landing atas bumbung kereta. Terasa henjutan tapi tak kemek pula. Mungkin time tu body Proton masih pakai steel berkualiti kot, anyway kalau sebelum ni Radzi macam was-was pasal keaslian penampakan hantu labah-labah, tapi kali ini dia pasti yang Proton Knight Ridernya ada penunggu.

“HANTUUUUU!!!” Jeritan sekumpulan kanak-kanak yang mencicit lari sebaik melewati Proton KITT Radzi. Dengan tenang Radzi keluar kereta, kunci pintu dan berlari macam lipas kudung balik rumah.

(Bersambung part 2 di sini)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kris

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

59 thoughts on “#dammerung- Kereta Idaman Radzi”

  1. Nice..”Dengan tenang Radzi keluar kereta, kunci pintu dan berlari macam lipas kudung balik rumah.” Tu mcm x tenang dah tu bila tbayang kan dia lari spantas lipas kudung..haha..jgn lupa sambung eh

    Reply
  2. menarik! malas lak nk google mforum.cari tu. Tunggu kat sini jer lah.
    tapi ni kalo aku jadi Radzi, beli kereta sebelum ada lesen, memang kena balun dah dgn family aku dan akan jadi bahan utk 7 keturunan akan dtg…

    Reply
  3. Best ?? Hati2 kalo nk beli keta secondhand.. Jgn jadi mcm Radzi.. Kalo harga x munasabah murah, mesti ade something wrong dgn keta tu..

    Reply
  4. gegeh iols google topeng kabuki…

    owh mcm tu rupanya..

    selalu kalau bc cter seram, x mention mcm ape. ni mention siap2, iols cuba imagine kan muke that makhluk tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.