#dammerung – Rishi Si Pengawal Keselamatan (Seram)

AKU TIDAK MENULIS CERITA INI DAN HANYA INGIN BERKONGSI DI SINI MEMANDANGKAN PENULIS ASAL MEMBERIKAN KEBENARAN CERITA BELIAU BOLEH DIKONGSI DI PLATFORM LAIN ASALKAN DIBERI KREDIT KEPADANYA DAN SUMBER ASAL.
PENULIS ASAL: dammerung
SUMBER: mforum.cari.com.my
BOD : misteri dan paranormal

Salah satu hobi aku ialah mengumpul cerita seram. Aku suka semua literatur yang berkaitan dengan dunia paranormal dan minat aku hanya setakat itu sahaja. Aku bukan pencari hantu macam Uncle Seeker. Aku ni jenis bila ko cakap “aku ada cerita hantu” je handphone aku dah siap di tangan untuk merakam.

Aktiviti pengumpulan aku bermula pada tahun 2005 apabila aku mula pakai handphone Sony Ericsson. Thanks to the audio recording function, aku mula merakam cerita-cerita seram yang disampaikan secara lisan. Sumber aku ialah orang-orang dalam hidup aku sehari-hari…kawan, kawan kepada kawan, keluarga, kenalan kepada keluarga dan sebagainya lah. Pendek kata, aku ni boleh tahan tak tau malu jugak lah suka hati je tanya orang randomly ada cerita hantu ke tak.

Boleh dikatakan aku dah mengumpul dekat 100 rakaman cerita hantu sejak dari 2005 sampai 2013. Lepas handphone aku kena rembat kat depan LRT Bandaraya 2 tahun lepas, aku malas nak buat collection dah sebab dalam handphone tu ada 5-6 rakaman yang aku tak transfer lagi.

Baru-baru ni aku transfer collection audio cerita seram ke cloud storage sambil layan semula recording-recording lama. Koleksi aku takdelah best mana pun sebab banyak cerita ulang-ulang terutamanya urban legends yang semua orang dah tau. Tapi salah satu yang menarik perhatian aku ialah kisah dari seorang security guard berbangsa Nepal.

Orang Nepal ni housemate aku sewaktu aku menyewa bilik di Balakong. Mamat Nepal ni kerja security guard dekat universiti aku dan nama dia Rishi. Disebabkan dia jaga shift malam, so jarang la aku jumpa kat rumah. Ada lah satu hari tu aku melepak dengan dia kat hall rumah, Borak-borak lama sikit tau lah serba sikit pasal Rishi ni. Rishi time tu dah 2 tahun kat Malaysia dan boleh speaking English, melayu tak berapa fasih.

Aku tanya dia banyak ke gaji security guard ni, dan Rishi cakap kalau tak banyak takdela jauh-jauh datang dari Nepal ke Malaysia cari duit. Aku tanya lagi, berapa gaji ko Rishi?

Rishi cakap, kerja kat universiti tu ok lah gajinya, tapi sebelum dia jadi security guard kat universiti aku, dia ada jadi jaga kat rumah orang. Gaji kat sana lagi tinggi. Dalam RM10 ribu.

Of course aku tak percaya, tapi aku layankan je. Aku tanya Rishi kenapa berhenti kalau gaji besar macam tu?

The moment Rishi cakap “rumah ada hantu”, aku tak tanya banyak…terus keluar handphone, buka audio recording dan tekan record.

Salah seorang rakan sekerja bagitau Rishi ada security job kat Bukit Tunku untuk graveyard shift 5 hari seminggu. Masa tu Rishi jadi guard kat kondo area Melawati dan dia tak suka kerja disitu, so memang mencari kerja tempat lain. Apa yang buat job tu menarik, gaji dibayar harian dan cash on the spot untuk setiap shift yang dia buat.

Kawan Rishi cakap kalau berminat, dia suruh contact orang ni. Long story short, Rishi berjumpa dengan client yang offer job tu kat mamak area Kota Damansara.

Client tu ialah seorang apek tua dan Rishi macam tak percaya dengan offer kerjanya. Jadi security guard rumah kosong dengan gaji RM400+ sehari dimana akan dibayar selepas shift tamat, on top of that Sabtu dan Ahad adalah off days. Now, Rishi bukan sebulan dua jadi security guard, dan dia tahu this kind of offer mesti ada something yang orang tua tu tak bagitahu. Bak kata pepatah inggeris, if it sounds to good to be true, then it is.

Rishi bertanya ke apek tua, what’s the catch? dan apek tua tu balas, itu je yang kau patut tau dan mahu atau tak?

Apa yang apek tua tu bagitau Rishi;

  • Shift dari pukul 6 petang sampai 8 pagi keesokan harinya.
  • Coverage area hanya sekitar luar rumah. Rishi di larang masuk ke dalam rumah.
  • Pengangkutan pergi dan pulang disediakan sepanjang 5 hari bekerja.
  • Upah hanya akan dibayar selepas shift tamat.

Rishi tiada masalah dengan semua tu tapi ada satu arahan yang Rishi rasa agak pelik, setiap hari dia kena switch off fuse box rumah tu pada pukul 2 pagi. Termasuklah Sabtu dan Ahad dimana Rishi kena singgah kejap semata-mata nak switch off fuse box.

Berulang-ulang apek tu cakap kena make sure switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila Rishi cakap, kalau camtu dia tutup aja lah suis awal-awal, tapi berkeras client dia cakap kena tutup juga pukul 2 pagi, biarlah sebelum tu Rishi dah tutup berpuluh kali. Yang penting fuse box rumah kena di turn off pukul 2 pagi.

Gaji besar dan off days 2 hari, mana nak dapat kerja security macam tu. Walaupun macam ada yang tak kena tapi offer tu terlalu menarik untuk Rishi tolak, maka tanpa berfikir panjang, Rishi pun bersetuju.

Hari pertama dia bekerja, Rishi dijemput oleh van putih dan dia ingat lagi yang van tu masuk ke Jalan Parlimen, lepas tu masuk ke Tugu Negara kemudian terus ke dalam lagi, ada pusing round about kecil dan sampai ke tempat kerja.

Tiada apa yang menyeramkan tentang rumah itu sewaktu Rishi pertama kali sampai. Kalau nak banding dengan rumah lain kat area situ, nampak lah design outdatednya. Lamannya luas dan dikelilingi oleh hutan belukar tapi takdela tersorok sangat kerana dari post guard, Rishi boleh dengar trafik dari Mahameru. Rumputnya terjaga rapi dan ada kereta kancil kat parking bay. Maknanya rumah tu tak terbiar, cuma tak berpenghuni. Sebaik sahaje van meninggalkan perkarangan rumah, Rishi saja round sekeliling. Fuse box terletak di luar dinding belakang rumah dan agak tinggi kedudukannya, so Rishi kena pakai cota kalau nak tutup suis.

Rishi memulakan tugas seperti biasa dan tiada kejadian aneh berlaku sepanjang dia kerja disitu, melainkan suis yang dia wajib tutup akan berada di kedudukan ON setiap kali dia menutupnya pada jam 2 pagi, tak kira lah sebelum tu dia dah switch off berulang kali. Rishi juga tak pernah berjumpa dengan guard shift siang. Dia ada tanya drebar van, siapa jaga shift siang tapi drebar tak tahu. So Rishi anggaplah guard shift siang habis pukul 3 ke, 4 ke so memang takde peluang nak berjumpa masa tukar shift.

Semuanya normal sehinggalah masuk bulan ketiga.

Hari kejadian ialah hari Sabtu. Van tak disediakan pada weekend dan biasanya Rishi pinjam motor kawan. It just that, sebelum tu Rishi ada berselisih faham dengan member yang ada motor tu, so hari tu takde transport. Mau tak mau, Rishi datang awal dalam jam 10 malam naik teksi dan planned untuk tidur di post guard aja. Malam itu hujan turun dengan lebat. Best dengan sejuk agaknye, Rishi tertidur dengan lena. Sekitar jam 3 Rishi terbangun dan bergegas keluar dari post guard untuk menutup suis fuse box. Sebaik sahaje dia berada di depan rumah, Rishi dapati rumah terang-benderang. Lampu-lampu semua menyala.

Cermin tingkap pakai stained glass menyebabkan dia tak dapat tengok siapa kat dalam rumah. Rishi mengetuk pintu depan tanya siapa kat dalam tapi takde sape membalas. Dia tengoklah kat lubang kunci pintu yang kecik tu.

Dari lubang kunci, Rishi ternampak seseorang berada dalam keadaan merangkak. Bukan merangkak macam baby tu tapi dengan tapak tangan dan tapak kaki semua kat lantai dan badannya melengkung ke atas, macam kucing. Rishi cakap orang tu bogel dan rambut panjang. Dia tak cam samada lelaki ke perempuan. Sambil tengok benda alah tu, Rishi ketuk lagi pintu cuba communicate dengan orang dalam rumah.

Semua dia panggil,…sir, ma’am, kakak, adik, abang, hey, hoi…semua lah…tapi orang tu tak menyahut. Nak pecah masuk, teringat Rishi ke amaran clientnya yang melarang masuk ke dalam rumah.

Tanpa membuang masa, Rishi called apek tua pakai handphone. Takde hello bagai, apek tua tu sebaik sahaje angkat phone terus marah-marah tanya “why you don’t switch off the fuse box!!!”

Macam tau-tau je apek tua ni. Rishi cuba la menipu cakap dia dah tutup tapi apek tu agaknya dah tau sangat, dia bentak Rishi cakap “don’t lie to me! I know you didn’t switch off the fuse box!”

Tak sempat Rishi nak tanya pasal orang dalam rumah, apek tua terus cakap “You leave the house now! don’t wait anymore! No need to switch off!! leave! leave!”

Rishi iya-iyakan aja dan hang up. Kerana rasa bersalah agaknya, Rishi pergi ke belakang untuk tutup suis fuse box. Sepanjang dia menuju ke belakang rumah, ada bayang-bayang di cermin tingkap mengekori dia dari tingkap ke tingkap.

Aku tanya Rishi, ko rasa apa benda dalam rumah tu? dia cakap mula-mula dia ingat orang, sebab dari cara apek tu marah-marah seolah macam acknowledge someone is in the house.

Bila Rishi dah ada kat belakang dan switch off fuse box dia tengok kat tingkap dapur. Tingkap dapur menurut Rishi cuma tengah-tengah je ada stain glass, dan bordernya transparent. Dari area transparent tu, ada separuh muka orang tengah tengok dia. Mata orang tu macam mata orang biasa dan kulit putih pucat sampai nampak urat-urat hijau berselirat kat wajah. Rambut hitam mengerbang.

Rishi angguk kecil sambil tersenyum tapi tiba-tiba wajah di tingkap bergerak sekeliling sampai ke bahagian atas. Logically speaking, mustahil kalau orang boleh buat macam tu.

Siapa-siapa ada kenal dengan security guard Gurkha Nepal, tau lah macam mana hati keringnya diaorang ni. Rishi cakap dia tengok makhluk tu dalam seminit dua, baru dia buat kesimpulan “that thing is not human”.

Rumah tu kembali gelap bila suis fuse box ditutup dan makhluk tu hilang dari tingkap. Rishi berjalan ke post guard. Hujan renyai-renyai dan dia planned nak call public taxi pukul 7 pagi nanti.

Baru nak sambung tido balik, Rishi dengar bunyi pintu rumah di hentak kuat macam ditumbuk berkali-kali. Bunyi hentakan berselang-seli dengan suara perempuan melolong. Tak jadi dia nak tido. End up dia melepak sampai ke pagi layan radio tamil. Bunyi tu hilang lebih kurang time subuh.

Sementara tunggu teksi datang, Rishi pergi ke rumah tu kejap buat check-up. Dia tengok dalam lubang kunci tapi tak nampak apa sebab gelap. Tombol pintu pun dia check, depan belakang pintu semua berkunci.

Sebelum meninggalkan rumah salah satu pintu dalam rumah di buka dan di hempas kuat 3-4 kali dan Rishi cakap sumpah dia terdengar ada suara halus dari dalam panggil…

“Abaaaanngg…abaaaanng”

Rishi tak ambil port dan terus ke post guard. By then baru dia faham kenapa apek tua offer gaji RM10 ribu.

By the time dia dalam teksi, baru dia perasan kat pagar ada mail box tertulis “Rumah Berhala xxx xxx”

(Bersambung)


recording cerita si Rishi ni adala dekat 2 jam, berselang-seli dia borak kat handphone dengan member Nepal dia kejap, lepas tu dia pi kencing, aku pi kencing so nak extract tu take times juga.

Untuk menjawab persoalan-persoalan korang.

  1. Rumah berhala ni tak semestinya kuil/tempat sembahyang. Rishi pun cakap rumah tu jarang ada orang datang kecuali si apek tua dan beberapa orang lagi. Dari cerita Rishi, aku rasa rumah tu store tempat simpan patung-patung berhala. Mungkin nama rumah berhala digunakan untuk tujuan surat menyurat, bil letrik contoh paling obvious lah sebab electricity masih ada.
  2. Aku ada tanya Rishi pasal tutup suis pukul 2 pagi tu, tapi Rishi pun tak pernah tanya kat apek tu. So it’s a mystery on that part.

Itu salah satu ceritanya lah, ada lagi cerita pasal rumah tu. Rishi ni bukan berhenti kerja kat rumah tu sebab berhantu, tapi di berhentikan/dipecat disebabkan satu insiden yang berkaitan ke’angker’an rumah tu jugak la.

Itu nanti aku sambung. PART 2 DI SINI

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 28 Average: 4.6]

88 thoughts on “#dammerung – Rishi Si Pengawal Keselamatan (Seram)”

    • Hi ekien,
      Saya try cari di forum tersebut tapi x jumpa. Boleh bagi link atau beri saya cara untuk baca cerita2 dari #dammerung?

      Thank you
      ?

      Reply
    • Bersambung ke???
      Ni yg buat akk pikir lapan belas kali ni nk bace dlu ke tgu smbgn sesiap…
      Asyik kecewa jer lately ni…
      Hati ini sudah tidak tahan dilukai…

      Reply
      • “By the time dia dalam teksi, baru dia perasan kat pagar ada mail box tertulis “Rumah Berhala xxx xxx”

        (Bersambung)
        ***************************************************************************************************************”

        ni kak yulie, bersambung la kot..

        haha..xyah nk kecewa sgt kak..nt lg terluka pulak hati tu.. bagai dirobek²..

        psst, semalam skodeng fb akak.. okbai

        Reply
      • kak yulie… kannn…. hahaha… sblm bca tgok komen kat bawah dlu… haha..

        tp kan kak.. 18x fikir tu mcm mna yek..
        “baca citer dlu ker, bca komen”? (maunya 18x fkir mcm tu)
        hahaha… parah..

        Reply
  1. aiseh ni yg aku tk puas hati ni…ko pi carik balik nepal tu suh dia tanya apek tu apasal kena switch off pukul 2..pi lekaih!

    Reply
  2. pelase ! JANGAN BIAR HIDUP ANDA DI SELUBUNGI MISTERI!
    *rumah2 dekat dgn tugu negara tu memang semua creppy! Kalau aku… huh! 100K pon tak nak!

    Reply
  3. Fuuhhhh…
    Akk bace gak wpon dh ade yg mentioned bersmbg…
    Sooo xleh nk marah psl bersmbg tu…
    Lg pon cerita utk babak ni tamat dgn jayanye…

    Tapi mmg kering punye hati btol Rishi Kapoor ni…
    Dahler die beria intai, pastu dh kena warning soh blah die blh gigih Nk gak off main swtich tu, pastu siap senyum kt ‘tuan umah’ pastu blh lg nk smbg tdo kt post guard tu…
    Adeeehhhh longlai lutut den…
    Kalau kena kat akk cmtu, mau akk plak merangkak balik umah…

    Reply
  4. ‘Rishi ternampak seseorang berada dalam keadaan merangkak. Bukan merangkak macam baby tu tapi dengan tapak tangan dan tapak kaki semua kat lantai dan badannya melengkung ke atas, macam kucing. Rishi cakap orang tu bogel dan rambut panjang.’
    imagine mcm crita hantu JU ON… tp dlm cita tu dia tak bogel.
    btw crita sangat seramm… nak baca komen kak yulie dlu lah.nak hilangkan prasaan seram tu.erkkk

    Reply
  5. security guard nepal mmg hati kering kot…guard kat office tmpt keje aq pun cmtu…kne stay kt office 24 jam dduk situ…memalam kalo kne kacau buat x taw jew…

    Reply
  6. Ahhh ini baru betul seram…

    **background music(x-files punya tema music pastu tukar ke lagu ayda jebat biar seram tu ilang)

    **cikbambam andai kau baca komen aku ni.. Satu je aku nak cakap.. Burger korea ni x sedap rupanya..

    Reply
  7. wahhhhh….x sangka cite ni sampai kat FS….. terbaik dammerung…. nnt cubela tanya the flash klw dia bg share citer dia kat sini….. citer dia pon leh tahan seram jugakk….

    Reply
  8. Meh akak try teka. Rishi kena pecat sb dia try masuk dlm n cr sebab2 rumah tu angker kn.mmg mngamukla apek tu..10k kot.mmg syg nk benti.
    .2 bulan kj da bole buat modal bukak restoran.elok ckupkn 5 bulan kaya terus..jiwa kental si Rishi ni.niway smbung copatt. Tazabar nk tau end of d story

    Reply
  9. walaupun baru pkl 8.15mlm, tp aku dpt rasa keseraman nye..huhuhu
    aku bg rishi 7.8/10 la..sambung pliss..

    **abang singkong andai ko baca komen aku ni..satu je aku nk cakap..tkr gmbar ko pliss..
    sbb aku susah nak crk komen ko sejak ko tkr gambar ni..haahaha

    Reply
    • hahaha..nampak x perangai..bkk FS crk komen abang singkong dulu..
      kahkahkah..bia je la gmbr ni..dulu nk crk komen aim gmbr purple tu je..hahaha

      Reply
      • Hahaha itu tandanya jodoh cikbambam.. Cikbambam akan jumpa komen abg singkong walau gambar apa pun abg singkong pakai..

        Reply
        • mesti la jumpa..abg singkong pakai gmbr kak yulie pun cikbambam tau tu abg singkong..hahaha..

          alhamdulillah..akhir nye cikbambam bertemu jodoh di FS..

          #tilljannah

          Reply
          • Akk tau ar akk ni same sado mcm singkong, tp jgnlah gune gmbr akk…
            Kang Singkong jd Geng Sajat plaakkk…
            Cikbambam gak yg kuciwa nnt…

          • opiez..hahaha..bercinta kt sini je la..
            kahkahkah

            alaa..jgn la jdk geng sajat..
            merana cikbambam nnt..hahaha

          • Haha #tilljannah tu kena ada.. Kak yulie x kan sama sado mcm aku.. Cikbambam x kan kecewa la..

            Matilanak kalau abang singkong join geng sajat.

          • jangan sesekali kecewa kn cikbambam ye..

            ok..melting jap tgk gambar abang singkong..
            abes la cikbambam ramai pesaing lepas ni..hahahaha

            #tilljannah

          • X kan kecela cikbambam.. Abang singkong ni setia.. Cuma kadang2 kalau hasutan syaitoon tu kuat abg terkhilaf utk seketika.. Haha

          • kalo agak2 nak terkhilaf tu ingat2 la kat cikbambam ni..
            konfem x jadik nk khilaf..hahahaha..

            #bilenakbagicincin

  10. Hi Damm,
    Yezza kita memang mngikuti dri Forum.Com/mps
    Cerita Rishi c jaga nie memang salah 1 yg paling seram….
    Nnti bole kongsi kisah seram lagi

    Reply
  11. Awat forum cari slow nak bukak? dari tadik dok tunggu maseh loading. ni unifi kot. matila orang tau aku dok mengular kat opis.

    Reply
  12. Menarik… Mmg menarik dpt cerita dr sudut org bkn Melayu. Kalo org Melayu yg cerita mmg dh claim dia ada ‘sixth sense’ kan?! Boleh nmpk itu lh ini lh…padahal takde ‘sixthsense’ pun boleh nmpk bende tu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.