Darahmu darahku jua

Hai semua, tetiba rasa nak share pengalaman mistik lepas baca macam-macam cerita seram dekat fiksyen Shasha. Maaf la kalau tak seseram mana tapi bagi aku memang seram sebab aku yang berada dalam situasi tu. Kat sini ada 4 cerita berbeza. Okay.

1. Tangan berbulu
Ini pengalaman masa zaman sekolah rendah. Waktu tu berlaku masa aku kecik lagi jadi bagi aku seram la waktu tu. Dekat deretan lorong rumah aku dekat kampung, ada satu rumah kosong ni yang ditinggalkan agak lama jugak la. Selepas 5-6 tahun, baru family asal rumah tu datang tinggal balik dekat rumah tu. Waktu aku dengan member aku time kecik, kami naik basikal lalu dekat depan umah tu, dan lorong tu jalan kecik dan memang kurang lah orang lalu, kalau ada pun orang yg umah dia kat dekat-dekat situ la. Bila kami lalu depan rumah tu naik basikal, waktu tu tengahari dalam pukul 12 camtu, sampai je depan rumah tu, basikal yang kami naik ni terbabas, aku dengan member aku ni jatuh betul-betul depan rumah tu. Kami dengan budak-budak kampung ni memang takut dengan rumah kosong tu dari dulu lagi. Lepas aku jatuh tu aku terpandang lah tingkap rumah tu, ada tangan gelap, besar dan berbulu macam tangan mawas tu. Terus aku lari dengan member aku. Bila aku tanya dia nampak tak, dia cakap dia tak nampak apa-apa, sahlah aku sorang je yang nampak,.

2. Perempuan Bertudung dan Lampu kuning
Waktu ni umur aku 18 tahun, baru daftar masuk diploma di IPTA tahun 2012. Time ni aku baru semester 1. Nak dijadikan cerita, time aku tak boleh solat, biasa la perempuan. Waktu tu time maghrib, hostel aku ni ada 3 blok. Setiap blok ada balkoni untuk student jemur baju. Time orang tengah azan maghrib, aku boleh pegi lepak kat sliding door kat balkoni tu tengok luar sedangkan orang lain dah sibuk bersihkan diri untuk solat semua. Tengah-tengah tengok luar tu, haa untuk pengetahuan korang 3 blok tu hanya 2 blok saja digunakan yang lagi 1 blok tu kosong or maybe penghuni tak seramai 2 blok lagi tu.

Aku terpandang blok yang ketiga tu, ada satu bilik tu meriah sliding terbuka, macam ada orang duduk bilik tu tapi yang lain dari yang lainnya bilik tu lampu dia warna kuning, selalu lampu biasa kan cahaya warna putih, aku tenung la betul-betul bilik tu, tetiba ada macam perempuan lintas dari meja study ke katil, baju putih tudung putih, tak da la nampak muka ke apa sebab di membelakangkan aku, aku terkejut terus masuk bilik dan mandi. Aku tak pernah cita kat sesiapa tapi ramai yang pelik kenapa blok yang ketiga tu selalu banyak bilik yang lampu selalu menyala sedangkan tak da orang duduk pun, dan pernah ada orang pegi buat laporan dengan pengurusan kolej dan pihak kolej cakap dah tak boleh buat apa-apa sebab dorang dah tutup suis utama blok tu tapi lampu masih lagi menyala macam tu dan warna kuning.

3. Perempuan & Mawas
Ni kisah waktu aku dah sambung belajar di satu universiti tempatan dekat perak. Waktu aku tengah sambung diploma pada semester 2. Okay waktu aku didaftarkan tu macam biasa la ada roommate. Satu bilik 2 orang. Roomate aku kos tesl. Dia ni jarang ada kat bilik, dah la aku ni tak berapa berani sangat. Kadang-kadang aku pelik gak dengan roommate aku ni selalu hilang. Nak dijadikan cerita, awal-awal semester tu dia nak quit study aku pun taktau kenapa, lagipun tak rapat dengan dia, malas nak tanya dengan lebih lanjut. Tinggal lah aku sorang-sorang kat bilik tu sampai habis sem 2. Sebenarnya kat universiti tu dia system apartment, so aku sorang-sorang dalam bilik je tapi housemate ada lah kiri-kanan bilik tu. Kan aku ni tak berapa berani kalau sorang-sorang, mulalah pikir bukan-bukan, dahlah bilik aku tu mengadap ke hutan ladang kelapa sawit.

Hari-hari sebelum tido aku pasang surah-surah dekat laptop or mp3 kuat-kuat sebab taknak dengar bunyi apa-apa kan.Ada satu malam tu aku terjaga pukul 2-3 pagi macam tu, aku memang tido tak tutup lampu. Bila aku terjaga tu terus mata aku terpandang katil kosong roommate aku tu. Aku ternampak bayang je macam tak jelas sangat tapi memang nampak rupa benda tu. Ada perempuan tengah duduk atas katil mengadap aku sambil tengok aku tidor. Muka dia sangat seram. Baju putih rambut panjang, mata dia aku tak ingat camna tapi gigi dia bertaring-taring menyeringai macam tengah senyum sinis. Aku terkejut tapi masih boleh kawal lagi takdela sampai menjerit . Takut tu memang takut.

Lepas habis je malam tu, ada satu malam tu tengah tido tetiba terjaga terus terkejut. Masa terkejut aku nampak macam mawas besar gila warna hitam memang tinggi tengah berlari keluar dari bilik aku. Masa tengok tu macam percaya tak percaya je. Tapi memang jelas la rupa dia. Aku ada lah pegi jumpa ustaz-ustaz sebab time tu abang aku pun adalah kena gangguan jugak. Masa ustaz tu scan aku, memang aku meracau macam nenek tua, aku sedar semua tu tapi aku takleh control tangan aku sendiri yang bergerak-gerak macam tangan nenek tua. Lepas pada tu dah takdelah gangguan dalam bilik aku sebab dah semester 3 dah tukar bilik kan.

4. Darahmu darahku jua
Cerita ni berlaku agak latest jugak, waktu ni aku mengikuti kem, kami dibahagikan kepada kumpulan, satu kumpulan 8-9 orang. Tugasan kami adalah kena survive satu malam dalam hutan tanpa sebarang bantuan melainkan 3 batang mancis, lilin yang sangat nipis dan makanan segera. Petang kami berjalan pegi masuk kawasan hutan tu, kami ditinggalkan dalam hutan dan wajib menghidupkan bara api menggunakan barang yang diberikan tadi. Dan apa yang berlaku adalah kami tak dapat menghidupkan bara api tersebut. Bergelap lah kami dalam hutan tu, ya Allah takutnya hanya Allah yang tahu. Kami dah pikir bukan-bukan waktu tu, Kami disediakan whistle untuk digunakan sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini dan memerlukan bantuan.

Kebetulan ada sorang ahli kitorang ni yang tak berapa sihat, kami risau sekiranya berlaku apa-apa kat dia kalau kami masih tak hidupkan bara api untuk bermalam dekat tapak tu tapi masalahnya 3 batang mancis dan lilin tu dah habis digunakan. Tiba-tiba tengah-tengah pening tu, ahli kitorang yang tak berapa sihat tu jatuh pengsan, kitorang dah menggelabah sebab taktau nak buat apa kan, ada yang cadangkan untuk tiup je whistle untuk minta bantuan, ada yang taknak menyerah kalah. Tapi bila keadaan member kitorang tu dah teruk, kami tiup jugak whistle tu, datanglah bantuan, dorang tolong hidupkan api dan beri kelengkapan ubat-ubatan dekat ahli kitorang yang tak berapa sihat tu, lepas tu kami kena teruskan tugasan kami untuk bermalam dekat tapak tu.

Waktu tengah sibuk-sibuk time bantuan tengah datang tu, member kitorang yang sakit tu dia panggil aku mungkin untuk mintak sapukan ubat dekat dia kot so aku pergilah dekat mulut dia sebab tak dengar jelas apa yang dia cakap tu. Bila aku dekatkan telinga aku dekat mulut dia tu aku dengar suaraa perempuan memang jelas sangat, dia cakap, ‘darahmu darahku jua’ aku terkejut gila time tu terus tarik tangan aku. Berselerak ubat-ubat atas riba aku, Dorang yg lain nampak tapi macam buat-buat paham je kan. Yelah dalam hutan kan. So bermalam la kami malam tu kat situ dan esok pagi balik ke tapak perkhemahan kami. Esok ada aktiviti lain pulak, waktu tengah buat aktiviti lain tu, member aku yang sakit semalam tu datang borak dengan aku, dia tanya masa dalam hutan semalam aku dengar apa sampai terkejut tapi aku tak nak bagitau dia, aku cakap takde pape. Pastu dia cakap dia dengar apa yang aku dengar. Aku terdiam, aku ingatkan tu suara dia, sepanjang tu jugak aku tak tegur kawan aku tu semalam, bila dia bagitahu aku camtu terus aku terpikir yang ada benda lain kat situ waktu kitorang tengah sibuk-sibuk hidupkan bara api.

Sorry lagi sekali lagi kalau tak seram bagi korang tapi waktu kejadian memang aku ketar lutut plus muka pucat jugak la. K byee

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.