Dark_Vampire : Kawan baik dan ilmu keturunan 1

Assalammualaikum. Hai. Salam berkenalan.Terima kasih kepada admin kerana telah menyiarkan kisah pertama aku iaitu, Kawan baik dan ilmu saka keturunan. Sebelum tu perkenalkan diri saya Cik Pon….ha…ha… gurau je.. Tu nama timang2ngan masa arwah mak hidup dan time tu aku sakit. Kalau frame muka aku ngan cik pon mmg sama dan kalau.. time tu aku jalan-jalan ke Pavilion terserempak ngan MR.M mesti die panggil aku natang (gurau ..yer MR.M). apepon just kenali aku sebagai Ms Vampire kenapa Miss? sebab Miss blm jumpe Mr.Drakula ….

Kisah terjadi dalam 11tahun yang lepas. Terjadi selepas aku berkenalan dengan seorang perempuan, umur die 5 tahun tua dari aku. Aku kenalkan die sebagai (Ina) Perkenalan kami secara tidak langsung melalui emak sedara dia. Sebab time tu baru abis belajar gatai nak berdikari kekdahnya. Bukan sebab aku bosan duduk ngan family tapi dah terbiasa duduk asrama. Kenapa aku duduk asrama form 1 sampai form 5 sebab aku x nak pakai baju kurung. So arwah abah aku decide nak jadikan aku pompuan balik jadi itulah jalan terbaik. Kalau keputusan arwah abah ko memang no choice , sebab memang takde talian hayat.

Disebabkan aku belajar kat Shah Alam. So aku decide nak kerja kat Shah Alam, salah satu sebab aku suka stay Shah Alam sebab taraf hidup masih lagi sederhana. Bemula perjalanan hidup aku di Shah Alam. Masa kat Alam aku tinggal serumah dan sebilik dengan Ina. Bagi aku Ina ni friendly ramah x bertempat pun ada. Aku rapat ngan dia sampai kekadang aku balik kampung die dan die balik kampung aku. Kampung aku dekat je kat Banting naik motor x kebas bontot. Tapi Kalau balik kampung die sampai je kat kampung die boleh cramp satu badan bontot pon kebas.

Cubalah bayangkan Dari Shah Alam ke Sabak Bernam dengan time tu jalan tengah dinaik taraf, aku dok belakang sampai tersangkut sangkut kaki kat kon oren tu. Untuk pemgetahuan Ina die bawak motor janji badan die lepas je dah, yang kat belakang nasiblah pandai2 lah ko elak sendiri.

Mula2 duduk ngan Ina balik kampung die okay jew xde ape pon. Kisah bermula bila suatu hari aku balik kampung die.Tetiba mak die suruh beli barang kat kedai. Masa nak gerak tu aku nampak mak ina ngah baring elok depan tv .konsep mak die bila depan tv baring mcm tu maknanya x sampai 5 min die akan tido. Bapak ina time ni duduk kat kerusi yg diletakkan dekat beranda luar.

Bapak Ina stroke sebelah badan tapi leh gerak sikit2 dh boleh jalan. Tanpa buang masa aku dan ina pergi lah kedai beli barang2 yang mak die pesan. Balik sampai rumah tengok bapak die terkedek2 jalan masuk dalam rumah. Mak die still lagi depan tv sambil mengeluarkan bunyi ala2 irama malaysia. aku tengok kat penyidai ade carpet yg dijemur, aku naik pelik lah sebab klu nak kata mak ina x mungkin lh die klu yang berat2sah2 die suruh aku or Ina.

Karpet ni bukan yg zaman sekarang punya ni yang lama2 punya dulu nak angkat bentang pon aku semput apetah g nak angkat sidai kat ampaian. Ampaian tu kukuh yer besi welding ditempah khas bukan beli dekat giat n seumpama waktu dengannya. Lepas letak barang2 kat dapur aku berdiri depan ampaian sambil tengok karpet tu… dalam hati x kan karpet terbang??? nak kate bapak Ina x mungkin lah sebab bapak ina time tu dah 80++ and stroke so x mungkinlah. Tak lama ina pon datang kat aku …

Ina : ko tengok apa
Aku : Sapa sidai carpet berat ni?
Ina : Bapak aku lah ..

okay fine….. krik??????krik???? aku jadinya …. bapak die nak pakai baju pon mak die tolong apetah g angkat carpet…

X lama lepas tu aku kemas2 bilik jumpa note book kecik. Kecik sikit dari size tapak tangan dengan gatal nya aku bukak.Omg….omg….omg gitew (ha2 saje bagi suspen) dalam tu ade ayat mentera okay sekali ngan ayat2 Al-Quran, So. aku mula menyoal siasat Ina ala FBI. So die cerita lah A-Z .Kekadang aku x faham Ina ni dah buat hal buat salah tapi semua die cerita kat aku???? . Die kata x leh simpan rahsia kat aku sbb nanti aku akan tahu????. Berbalik dari cerita tadi semua mentera tu dari bapak die, dulu bapak die pernah bertapa dan mengajar silat.itulah penerangan Ina yang tulus ikhlas kat aku. Aku nak wat pe? aku diam je lah , Tapi dalam hati terdetik lah yang die akan mewarisi ilmu dari bapak die.

So patut lah dulu bapak die suruh tanggalkan tali yang aku pakai kat kaki. Maybe die ingat tu tangkal aku , yang aku pakai tu bukan tangkat pon sajer2 gatai pakai wat accessories gitew , time tu nk beli silver pon x mampu apetah lagi emas.

Ina ada sorang adik kandung lelaki. baru abis spm n sambung belajar kat politeknik. One day Ina ni puasa ganti katenye. Aku ok jew mula2 adik die pon posa gak katenye nanti masa nak berbuka die datang umah aku ingat nk berbuka kat rumah. Ina di spesis puasa wajib ikut sukati die kekadang tengah hari die dh bantai berbuka. So bila die kata puasa ganti aku ingat die dh bertaubat…ha….ha…ha… rupenye tidak.

Sebenarnya magrib tu dia and adik die dok kat veranda rumah bakar kemenyan n perasap minyak. Aku suspek dieorng wat minyak pengasih. Aku x campur sangat.Hal diorg tapi aku nasihatkan lh kat korang kalau osmet korang buat macam tu tolong2 lah bz body. Tau x sebenarnya minyak tu die buat untuk sapa, untuk aku sebab???? sebab die nak control aku dari segi keewangan n x nak aku rapat sangat dengan keluarga kau sebab tu aku banyak perabis duit kat die. Sampai mana die kikis aku? sampai yg cenonet2 yg die pakai kat dalam pon aku belikan.

Kesannya aku dengar cakap die selalu bergaduh sebab aku nak lari dari die x dapat sampai die ugut aku guna pisau p****g daging, die hantuk kepala aku kat dinding die tolak aku dari tangga, dia tendang dada aku, die pijak kepala aku, die langgar aku dengan motor sebab time tu ade motor jew xde lori dan sewaktu dengannya dan sebab die langgar guna motor aku still hidup sampai sekarang. Kalau korang baca macam bunyi kes keganasan rumah tangga kan…???

Macam mana aku terlepas dari die. Aku balik ke pangkuan keluarga nanti aku akan sambung dekat page seterusnya….

sekian,

Mis_Vampire

Dark_Vampire

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 thoughts on “Dark_Vampire : Kawan baik dan ilmu keturunan 1”

  1. baca, macam best, tapi cam kelam kabut sikit.
    nanti sambung, touch up lagi ye, takot nanti ada yang x faham.
    keep it up.

    Reply
  2. mohon x payah sambong.. mengedik je nak sambung2. cite x la panjang mana nak sambung bagai.kalau malas x yah nak buat cerita. jadi,xda org nak baca.hukhukhuk

    Reply
  3. tolong la cek balik story and ayat….tunggang langgang smpi x berapa nak faham.
    pape pun jalan citer dah best

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.