Assalamualaikum dan haii selamat sejahtera. Okay la kali ni last sory eh, sebab bz bebeno teman kebelakangan ni. Tapi sebelum tu terima kasih kepada admin sebab menyiarkan cerita-cerita aku sebelum ni iaitu hantu disangka nenek, jelmaan nenek, dan kejadian di politeknik. Okay so let’s begin.
Kali ni cerita tentang mak aku. Haaa pelik kan? Dekat tiga kisah sebelum ni aku just masukkan abah aku je. Kali ni aku masukkan bab mak aku pulak. Sebenarnya mak aku ni dari aku masuk belajar dah selalu sakit. Sakit yang secara tiba-tiba. Tengah sihat-sihat tiba-tiba jatuh pengsan untuk masa yang lama. Kadang –kadang pernah sampai 2 hari mak aku tak sedar. Mula-mula benda ni nampak la pelik, bawak pegi hospital, doktor cakap tak ada apa yang serius just kemungkinan mak aku penat tu pasal pengsan.
Tak masuk akal tau, tekanan gula,d***h, jantung semua normal tiba-tiba pengsan macam tu. Tapi yelah, orang dah kata benda dah nak jadi.
So tanggungjawab sebagai anak, kena lah jaga mak aku gilir-gilir. So turn aku dapat malam sebab siang tu akak aku dah jaga. Abah aku tolong jaga esok pagi tu. Tapi abah aku ni macam dah paham, dia cakap “nampak apa-apa jangan join ‘benda’ tu”. Aku dah blur. Aku tanya lah “join ape??”. Pastu abah jawab “ ni kan hospital. Kalau nampak ada perempuan dukung anak, jangan pulak kau nak join tidokan anak dia. Kalau nampak ada nenek tua atas kerusi roda tengah-tengah malam jangan join nak sorong nenek tu” yang aku pun “haaaa okay okay. Baik bos!” mesti pelik kenape bukan abah aku yang jage malam tu kan? Sebab abah aku ni kerja ikut shift. Dia kerja shift malam masa tu. Siapa kerja TNB mesti faham ‘on call’ tu ape. Okay dah habis.
So alkisah bermula..malam tu aku jaga mak aku, dah lepas isyak, aku ni macam tak boleh duduk diam. Maklum lah kaki nak berjalan, degil dengan ape abah dah pesan. Lupa sekejap aku kat mana. Aku pun berjalan la konon nak jenguk-jenguk je sekitar-sekitar wad. Okay, katil mak aku ni number 2 dari tepi. Satu side ade 5 katil macam tu. Barisan mak aku ada 3 pesakit, so lagi dua kosong. Kebetulan katil sebelah mak aku kosong. Aku dah plan malam tu aku nak tumpang tidur katil sebelah katil mak aku. Maka aku keluar la sekejap jalan-jalan dalam pukul 9 lebih (malam) masa tu. Even dah malam pun masa tu, aku dengar riuh lagi dengan suara orang dekat luar-luar tu. Tengah jalan-jalan, tiba-tiba aku dengar orang macam panggil aku dari belakang. Tapi suaranya macam sayup-sayup jauh tapi memang jelas macam nama aku dipanggil nye. So aku pun pusing la ke belakang nak cari suara sape. Yelah mana tahu kalau ada jiran taman aku ke ada dekat situ duk panggil aku. Karang aku tak toleh katenye sombong. So aku pn toleh tapi tak de sape pn. Maka aku pandang ke depan balik, haaaa masa da pandang ke depan aku nampak sorang makcik tua jalan terhincut2, sebelah tangan pegang tongkat.
So automatik aku jatuh kesian. Bayangkan lah, takde nurse pun yang ada nak tolong makcik tu, so aku pn datang dekat makcik tu, tanya “cik, kenapa jalan sorang-sorang ni? Makcik nak pergi mana? Nurse takde yang nak tolong acik ke? “ pastu makcik tu jawab.. “acik nak pegi tandas dik, tapi acik tak jumpa tandas dekat mana” tapi makcik ni tak pandang aku, dia pandang kaki tongkat dia. Pastu ak pn jawab la “kejap ye sye panggilkan nurse mintak tolong bawak acik pegi tandas” aku nak berpaling cari nurse, makcik tu jawab, “adik jelah tolong hantarkan acik pegi tandas. Dekat hujung sana tu tandas” makcik tu jawab sambil tunjuk dekat side tepi aku.
Okay,aku pn iyekan jela, so pimpin lengan makcik tu lagi sebelah yang tak pegang tongkat tu. Masa aku pegang lengan makcik tu memang sejuk betul tangan makcik tu. Okay, ondeway nak ke tandas, tiba-tiba otak aku berfikir. Masa tu, baru la urat-urat otak aku berfungsi. Satu, kenapa makcik ni tak guna tandas dalam wad je? Dalam wad memang ada tandas, dekat pun dekat. Kedua, makcik ni dari tadi berjalan pandang bawah, tak pandang ke depan pun, tapi kenapa dia tau arah tandas tu. Ketiga, tadi makcik ni cakap dia tak jumpa tandas, tapi dia yang tunjuk arah tandas dekat mana. Haaa masa ni aku baru teringat cakap abah aku, jangan ‘join’. Tapi aku gatal pegi volunteer nak tolong makcik ni. Lepastu makcik ni batuk, tiba-tiba dia cakap, “adik nak tahu sesuatu tak?” aku pun ambik masa nak jawab sebab aku takut dia bagi jawapan yang boleh buat aku dapat serangan jantung. Pastu dia sambung, “ke adik da tahu?” ahhh sudah! Aku berlagak tak tahu apa-apa. Aku jawab “eh, tahu ape cik? Acik okay tak ni?” pastu makcik tu jawab dengan soalan..”adik nak tahu tak wad acik dekat mana?” aku pun jawablah, “kat mana?” (masa ni kiteorang dah sampai depan tandas)..pastu makcik tu jawab “sebelah tandas ni je “ sambil tunjuk dekat pintu besar sebelah bangunan tandas depan kiteorang tu.
Okay guys, cuba teka wad dia tu ape? Dekat atas pintu besar tu tertulis BILIK MAYAT..Aku pun dengan cube control ayu “dah la cik, cepat masuk tandas, nanti balik ke wad acik balik. Nanti nurse risau acik tak ade dekat katil”. Lepastu makcik tu jawab lagi, “aku tahu kau dah tahu. Aku dengar jantung kau laju, aku dengar ape dalam hati kau” lepas tu dia mengilai weyy..dia mengilai..lepastu makcik tu macam nak angkat muka nak pandang aku, aku terus cakap, “apepun kau, jangan pandang aku!(sebab aku da tak larat nak tengok muka benda2 tu) Aku tak kacau kau, aku cuma nak tolong. Pergi lah masuk dalam bilik tu, tunggu ape yang patut.” Dia tetap mengilai, aku pun terus blah balik nak pegi ke wad mak aku. Tapi bukan berjalan dah, aku berlari sebab takut punya pasal. Haha.
Sampai depan pintu wad yang nak masuk ke bilik mak aku, akak nurse ni tegur aku. “adik, tadi akak nampak adik ada cakap sorang-sorang. Adik jumpe yang mane tadi? Adik jumpe yang tua ke yang muda?” aku dengar macam tu, alahai, bukan satu ke? Pastu aku jawab lah, “akak dah nampak saya cakap sorang kenape tak panggil sye?” “alaaa maaf la dik, akak taknak kacau korang punya perbincangan.” Aku tanye lagi, “selalu ke ‘dia’ munculkan diri” dan akak tu pun cerita lah..”kalau yang tua tu, selalu orang nampak, memang dah lama ade dekat sini. Katenye makcik tu meninggal di hospital tapi takde sorang pun dari anak dia nak tuntut jenazah dia. Akhirnya pihak hospital yang uruskan jenazah dia, serahkan dekat pejabat agama islam untuk urusan pengebumian. (ni akak nurse tu yang cakap, betul atau tak wallahualam).. maka lepas sembang dengan akak nurse, aku pun kembali ke wad mak aku.
Sampai dekat katil mak aku, aku nampak katil sebelah ada orang dah. Bisik hati, mungkin pesakit baru masuk la tu kot. So malam tu tak dapat lah aku tumpang tidur atas katil sebelah tu. Dan malam tu, aku da tidur duduk dekat kerusi tibe2 terbangun sebab aku dengar pesakit sebelah katil mak aku tu menangis. Aku pandang arah katil tu, tapi pesakit ni membelakangkan aku. Makin lama makin kuat esakan dia. Aku pandang yang lain, penjaga yang lain macam tak terganggu dengan tangisan pesakit sorang ni. Aku tengok jugak mana penjaga pesakit tu, tapi taka de pun yang datang. Pesakit tu makin lama makin kuat menangis. Aku jatuh kesian lagi. Sakit ke? Sedih ke? Lepastu aku pun pegi dekat katil sebelah. Masa tu aku tak tahu nak panggil akak ke acik sebab tak nampak muka. So aku decide panggil akak. Dapat lah dia berangan muda sekejap kalau aku panggil akak. Hehe.
Aku tanya “kak, akak okay?? Nak sye panggilkan nurse sekejap?” lepastu automatik akak tu senyap. Aku jenguk, dia tutup kan muka nye dengan satu kain putih cream macam tu. Agak macam dia dah okay, aku nak duduk balik. Elok je aku berpaling, aku dengar dia nangis lagi. Aku pun pandang dia, tanya lagi. “akak sakit ke? Akak okay tak?” pastu akak tu jawab dengan suara serak nangis dia, “aku lapar” “lapar kak? Saye ade biskut, akak nak?” pastu aku nampak dia geleng kepala tande dia taknak. “habis tu akak nak makan ape? Nak roti? Nasi?” lepastu… “awak cakap dengan siapa?? Awak okay?” aiseyyy mamat depan katil mak aku tegur.. “eh saye okay, yang tak okay akak ni ha, nangis sebab lapar” “akak mana??” aku pusing nak tunjuk, tapi akak tu dah hilang..aku dah tak sedap hati, aku tanya mamat tu “tadi awak nampak saye cakap dengan sape?” “laaa tu pasal saye datang dekat sebab awak bercakap sorang-sorang, nak tanye lah awak cakap dengan sape” tak sempat aku nak jawab, aku nampak ‘akak’ tadi dah bercangkung dekat atas badan seorang pesakit ni.
Muka dia menggerutu banyak, lidah terjelir panjang, biji mate takde dekat soket mate weyy..aku tertegak je dah nampak macam tu sebab aku terkejut. Aku tau itu lah ‘akak’ tu sebab bentuk badan dan rambut kerinting kasar tu sama macam ‘akak’ atas katil tadi. Automatik pesakit tu macam sesak nafas dan isteri pesakit tu panggil nurse. Kecoh sekejap la dekat wad tu. Mamat tu pun terus pegi dekat katil mak dia (mak dia pesakit kat situ), so aku pun tak cakap lah ape yang aku nampak, kang kena cop orang gila. Aku baca ape yang patut, Alhamdulillah tak de ape yang aneh jadi lagi. Tapi ak seram jugak sebab katil yang benda tu baring sebelah katil mak aku. Pesakit yang ‘akak’ tu tumpang duduk tadi, aku tak tau ape cite lepas kena tolak keluar dengan cepat oleh nurse dengan doktor kat situ.
Esoknya giliran abah aku, masa aku tengah siap-siap nak balik, abah aku tanye “berape ketul kau join malam tadi?” aduhh abah dapat tembak! “alaa dua ketul je” aku jawab sambil sengih-sengih. “abah dah cakap jangan join kan. Ni mesti malam tadi merayap kan?” aku cume mampu sengih pastu salam mak abah terus balik. Dua hari lepas tu mak aku dibenarkan balik dari hospital.owh ye, malam kejadian tu, mak aku tak dengar ape-ape. Aku pun tak de la cerita ape-ape kang terkejut lagi mak aku, pengsan lagi. Hehe.
Okay, sorry kalau cerita aku kali ni macam terpanjang ye. aku minta maaf kalau ade tersalah kata dan terkurang dalam menulis. Ape yang terjadi bukan lah ditokok tambah dan semua ni pengalaman dari mata aku sendiri. Ingat gais, jangan seronok sangat dalam kehidupan, kadang-kadang kita terlupa ada makhluk lain selain kita dalam dunia ni. Bukan suruh takut, tapi percaya dan hormat benda-benda begini. Kadang-kadang, masa korang tengah baca cerita ni pun, agaknya ‘dia’ tengah join baca kat sebelah tu sambil melentokkan kepala nya dekat bahu korang. Tak, seriyes gais, sebab aku pernah nampak macam tu tapi dekat kedai makan lah. Selambe je mamat tu main fon sengih2. Dia tak tahu kat bahu dia ade yang menumpang lentok. Haha. Okay la, sekian dari iqaa. Assalamualaikum.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Sorry dik tapi abah kau mmg laki xguna. Tinggal isteri dan anak sorg2 kt spital g enjoy. Laki jenis apa tu. Musibat
musibat tu ko, ta reti baca ke? abah dia kerja .. btw mak dia tak ad apa pun kan . .
B**i la ko hanat! menyemak je dkt comment org men tkr2 nama. sial!!
sabar kak.org nganggur xde keja memang cenggitu.🙊🙊🙊🙊🙊semua komen kat web ni dia meroyan.haha🙉yg ceta dak elle tu teruk kena serang ngan dia ni kak.ntah pe perangai xtaw lah
bkn dia ad bgtau abah dia on call ke? cube bca perenggan 3..
Kepala bapak kau!! Buta huruf kau ni agaknya, ataupun buta hati?? Ayah dia kerja malam masa tu. Kalau ayah dia tak kerja, kau nak tanggung diorang ke pundek? Dasar parasit!! Pegi mentedarah racun la kau, biar mampus!!!
haha best
Saraf saraf otak…bukan urat….
nasib baik ko tak pengsan berjemaah…. kalau tak, kompom katil sebelah mak ko tu jadi katil ko…. semoga dipermudahkan segala urusan….
Serem banget kok. Nasib ko x di apa2kan dik. Cerita power, nnti smbg lg kisah2 yg lain yer .. i follow u😉
Ingat dah mampos beruk2 dok komen bukan2…teman doakan beruk2 ni mampos kn kokak hantu gigi…br padan muka diorang…x beradab nk komen menda…aper pon mmg best citer ko dik…seram teman baca…
sabar kak.org nganggur xde keja memang cenggitu.🙊🙊🙊🙊🙊semua komen kat web ni dia meroyan.haha🙉yg ceta dak elle tu teruk kena serang ngan dia ni kak.ntah pe perangai xtaw lah weyy
Aku pon pnah lalui jgak pengalaman dekat hos..n mcm2 pngalaman lain…ada msa nnty aku share
Isteri pesakit tu? Mak ko satu wad dgn pesakit lelaki ke? Ke salah taip?
Ada satu je yg pelik. Kenapa wad mcam becampur sekali laki n perempuan? Huhu
Kenapa pulak tak bleh bercampur.? Bukan ke smua hospital government tu ward bercampur lelaki perempuan ke.? Kalau hospital private yg ada seksyen perempuan dan lelaki kan.?
Hospital mana yg campur laki ppuan?
Macamana bilik mayat satu level dgn ward?
Macam pelik je wad campur lelaki perempuan? Gov hosp pn x campur, apa lg private?
Betul jugak..selalunya wad perempuan waris lelaki x leh jaga..kecuali wad lelaki.waris perempuan boleh jaga.
Bukan campur lah…mamat tu kan datang jaga waris dia…punggah
asenya bapak pesakit ni mugkin kne sakat ngan makhluk-makhluk kat hospital sbb tu warning kat penulis plak.. papw2 pon cerita menarik
sis ko punye ending siot betul..den baco tgh2 mlm sensorang niy weyh…btw cito bestt..
Aku jumpa lagi best kak time KT hospital