Delivery Dendam

Ini kisah aku selepas dikejar hantu pakcik di Universiti tu. Kisahnya baru sahaja terjadi, lebih kurang dua tahun lepas (2015). Semasa cuti pertengahan semester, aku tidak pulang ke kampung memandangkan kakak aku baru sahaja berpindah ke Damansara. Cawangan butiknya yang baru telah dibuka di Damansara dan butik yang lama di Kedah dijaga oleh pekerjanya. Ceritanya begini.

“Tap…tap…tap”. Bunyi itu amat membingitkan telinga aku yang sedang lena di ruang tamu sebuah rumah kondo di tingkat 8. Bunyi itu semakin lama semakin sayup kedengaran. Aku memilih untuk tidak menghiraukannya. Selang beberapa minit bunyi itu kembali lagi, “tap..tap..tap”. Ya, bunyi itu datangnya dari pili rumah aku di dapur. Siapa yang berada di dapur sedangkan aku seorang sahaja yang berselimut litup di tengah sudut rumah itu. “Uhuk, uhuk”. Kedengaran suara batuk yang keluar daripada anak tekak seorang perempuan. Suara itu seperti ingin menghilangkan sekatan kahak yang mengganggu trakeanya. Aku teraba-raba mencari cermin mata yang kekuatan kanta 350 kiri dan kanan.

“Hilang?!”. Itu jawapan yang keluar dalam benak kepala ini. Ke mana perginya cermin mata tu sedangkan sebelum tidur aku memang letaknya di sisi. Tidak di sebelah kanan pasti ada di sebelah kiri. Pada aku, cermin mata itu umpama lampu suluh berkuasa tinggi yang menerangi gelita malam hari. Aku bingkas bangun. Toto, bantal, dan selimut puas aku geledah namun usaha aku ternyata sia-sia. Cermin mata itu memang tiada pada tempat asalnya. “Cari apa tu tuu tuuu?”. Pap! Aku seakan terkena renjatan elektrik pada waktu itu. Ya! Aku benar-benar kaget. Peluh jantan mula mencari jalan keluar dari liang-liang kulit. Suara itu memang benar-benar dibisikkan di sebelah telinga ini. Dalam kemasaran aku menoleh ke arah suara tersebut. Hanya gambar motif bunga digantung di sebelah aku, tiada sapa-sapa.

Aku lantas bangun mencari cermin mata yang ibarat penyuluh hidup tu. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu didengari. “Assalamualaikum, Assalamualaikum”. Aku segera membuka pintu dan mendapati sekujur tubuh wanita separuh abad berdiri di muka pintu. Dia memberikan aku sebungkus beg plastik yang berisi nasi dan ayam masak merah. Katanya dia jiran selang beberapa tingkat dan kat rumahnya ada buat sedikit kenduri tahlil pada hari tersebut. Dia siap pesan supaya jangan lupa simpan sikit dekat kakak. “Okay cik”, jawabku.

Aku lantas masuk ke dalam bilik mengambil tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Semasa aku tengah mengusap lembut syampu di kepala, aku terdengar bunyi pintu depan dikuak. Aku begitu pelik kerana kuakan pintu itu tidak disertakan dengan bunyi gril besi. Gril besi tersebut perlu ditarik terlebih dahulu baru pintu boleh dibuka. Aku membiarkan sahaja bunyi tersebut kerana berfikir bahawa bunyi itu hanya mainan minda sahaja. Usai mandi, aku terkejut mendapati bahawa cermin mata aku itu betul-betul berada atas rak majalah kakak. Selepas selesai bersiap dalam bilik, aku terus menuju ke meja makan di dapur. Ayam masak merah pemberian mak cik tu memang membangkitkan selera aku.

Tok, tok, tok pintu rumah diketuk dengan kuat. Aku membiarkan sahaja bunyinya. Tok, tok, tok bunyi ketukan masih lagi berbunyi semasa aku ingin menyuapkan nasi ke dalam mulut tanpa membaca doa dan bismillah. Aku bingkas bangun dan segera meluru ke depan. Pintu dibuka dan dalam masa yang sama aku tergaru-garu kepala yang tidak berapa gatal ni. Kakak dengan muka masamnya segera menyuruh aku membuka pintu. Dia menunjukkan kuncinya telah patah semasa membuka padlock di gril tersebut.

“Awat hang ni? Ni aku bawa balik nasi ayam dekat hang”. Nasi ayam?. “Lauk tahlil kat rumah yang jiran kak bagi tadi tu adik baru nak makan, ni bawak balik nasi ayam pulak”. Dengan muka hairan, kakak menjawab, “Bila masa ada jiran buat tahlil kat rumah, selalunya depa buat kat surau bawah tu la!”. Suaranya seperti sedikit marah. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.05 tengahari. Aku menarik tangan kakak dan terus berlari ke meja makan. Aku menunjukkan semua yang ada atas meja tersebut. Kakak melarang aku menyentuh makanan tersebut. Aku begitu hairan kerana seperti ada benda yang disembunyikan oleh kakak.

Pada malam tersebut selepas Isyak, Ustaz Jali (imam masjid) dengan isterinya datang ke rumah. Setelah membaca ayat ruqyah, aku mendapati bahawa makanan tersebut dipenuhi dengan rambut dan miang buluh. Ustaz Jali memberitahu bahawa ada orang yang telah menghantar santau kepada kakak dan aku. Ustaz Jali telah memagar kawasan rumah kami supaya gangguan seterusnya tidak berlaku. Nasib aku amat baik kerana belum sempat menjamah makanan tersebut. Sekiranya dah dijamah, memang aku tak dapat menulis kisah ni pada hari ni la, hehe.

Aku cuba mengingat kembali wajah perempuan tersebut, tetapi bila cubaan untuk mengingat, wajah Mak Cik Lin yang bermain di layar ingatan aku. Tak kan la Mak Cik Lin mak saudara aku yang hantar santau tersebut? Apa dosa kami dengan dia? Kami cuba meminta bantuan Ustaz Jali untuk melihat penghantar santau tersebut dan jawapan Ustaz Jali sama seperti wajah yang terpapar di depan mata aku. Mak Cik Lin!

P/S: Makan kena baca doa dan jangan percaya dengan orang kita tak kenal dan harus berhati-hati dengan musuh dalam selimut.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

12 thoughts on “Delivery Dendam”

  1. ayam masak merah? sama lauk dengan pemberi santau pada aku pd tahun 2013 dlu. hmmm, dieorg mmg suka ayam masak merah ke cemana? huhuhuhuhuhu.

    Reply
  2. woo crite santau mknan nie tringat kat kampung, jiran sebelah tu mcm something ckit. Slalu nenek tngkap die suke mngintai dekat jendela rumah (jiran tu wanita berumur). Psychonye kn…Die suke bg mknan jugak..kjap2 antar pulut, kuih…nenek xbg kiteorg mkn…sbb nenek tkot jd mcm kat atas nie…tp xpnh jd ape2 lg sbb mmg kiteorg xmkn pon lpas nenek larang…huhu bkn nk buruk sangka…buruk sangka tu dtg drpd perilaku si pelaku tu jgak…wallahualam…smoga kite semua di lindungi slalu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.