Pak Muin mempunyai 2 orang cucu perempuan. Seorang bernama Alisha yang berusia 6 tahun dan seorang lagi Aliya berusia 2 tahun. Pak Muin lebih rapat dengan Alisha sebab dari kecil ia membesar di depan mata. Pak Muin kerap membawa Alisha ronda-ronda dan jalan sekeliling pekan dengan motosikal.
Suatu hari, Pak Muin membawa Alisha ke pekan untuk membeli barang dapur yang di pesan isteri Pak Muin. Beriya-iya Alisha hendak mengikuti atuknya. Akhirnya Pak Muin mengalah lalu membawa bersama Alisha. Aliya pula merengek ingin turut bersama tapi memandangkan dia masih kecil, ibunya tidak membenarkan. Menangis Aliya bila melihat kakaknya begitu gembira di atas motosikal Pak Muin.
Semasa berada di pekan, Pak Muin begitu sibuk mencari barangan yang di pesan. Pak Muin tidak menyedari ada sepasang mata sedang memerhati akan Alisha. Tiba-tiba Pak Muin mendapati Alisha hilang dari pandangan matanya. Akhirnya Pak Muin melihat Alisha telah di bawa lari dengan sebuah kereta…
“ Alishaaaa….”. Pak Muin menjerit lalu terus memacu motosikal mengejar kereta yang membawa lari Alisha. Kereta terus memecut dengan lajunya. Pak Muin terus mengejar memasukki hutan belukar. Akhirnya kereta terpaksa berhenti. Beberapa orang lelaki menarik keluar Alisha lalu membawa lari merentangi jambatan. Pak Muin terus mengejar. Bila berada di tengah jambatan seorang lelaki yang mendokong Alisha berhenti. Di letaknya Alisha bersebelahanya lalu mengeluarkan parang dan berlari ke arah Pak Muin. Serta merta Pak Muin membuka langkah silatnya.
Lelaki tersebut menetak Pak Muin. Pak Muin mengelak, menangkap lalu menyerang kembali lelaki tersebut. Pantas gerakkan Pak Muin. Apa tidaknya, Pak Muin merupakan seorang guru Pelatih silat. Inilah masanya Pak Muin praktik apa yang dipelajari dan mengajar anak murid. Terkejut lelaki yang menetak Pak Muin bila dia kembali diserang Pak Muin. Akhirnya dia tewas lalu jatuh ke bawah. Pak Muin dapat melihat kepala lelaki tersebut pecah dan berkecai bila terkena batu sungai. Seorang lelaki pula menyerang tapi nasibnya sama seperti rakannya. Di elak, tepis dan akhirnya di serang Pak Muin. Dia juga tewas lalu turut terjatuh. Kepalanya juga berkecai terhempas di batu.
Pak Muin memeluk Alisha. Alisha menangis ketakutan. Pak Muin mengajak Alisha pulang tapi telah di kepung oleh beberapa orang lelaki di hujung jambatan. Kalau Pak Muin keseorangan, dia tidak takut berhadapan dengan mereka. Dia terus membawa lari Alisha dari mereka..
“ Kita nak pi mana tokwan. Alisha nak balik.” Tanya Alisha kepada Pak Muin
“ Ni tokwan nak bawa Alisha balik la tapi ada orang nak tangkap Alisha. Kita kena lari.” Jawab Pak Muin. Di rumah pula ibu Alisha dan nenek sudah mulai risau. Pak Muin dan Alisha masih belum pulang. Waktu sudah hampir masuk maghrib.
“ Mak…, Ayah dengan Alisha kemana.” Tanya ibu Alisha namun nenek sendiri tiada jawapannya.
Ibu serta nenek Alisha di kejutkan dengan kedatangan polis. Pak Muin di dapati telah m******h 2 orang dan telah di buru pihak polis. Menangis nenek Ros mengenangkan apa sebenarnya yang terjadi kepada Pak Muin dan Alisha. Mereka tidak dapat di hubungi kerana Pak Muin tidak membawa talipon bimbit. Jarak di antara pekan dan rumah amat dekat sekali. Mungkin sebab itu Pak Muin tidak membawa talipon bimbitnya. Pak Muin dan Alisha pula sudah terlalu jauh di dalam hutan. Pak Muin terpaksa berbuat begitu demi keselamatan Alisha. Banyak kes-kes kehilangan kanak-kanak untuk di ambil anggota badan mereka. Itu yang membuat Pak Muin terpaksa menjaga Alisha. Pak Muin tidak sanggup kehilangan Alisha.
“ Tokwan..Alisha lapar.” Alisha mencebikkan mulutnya. Pak Muin membawa Alisha masuk ke gerai makan. Ketika enak menjamah makanan, tiba-tiba di skrin tv terpapar wajah Pak Muin. Pihak polis sedang memburu lelaki bahaya yang telah m******h 2 orang tanpa mereka ketahui 2 orang itu di b***h sebab telah menculik Alisha.
Cepat-cepat Pak Muin membawa Alisha keluar walaupun Alisha ketika itu begitu berselera menjamah makanan.
“ Kita nak pi mana tokwan. Alisha rindu ibu.” Menangis Alisha. Pak Muin turut merasa sedih tapi keselamatan Alisha lebih penting. Kelihatan Alisha begitu letih. Mukanya telah comot. Pak Muin terus meredah ke dalam hutan. Matlamat Pak Muin ialah ke satu tempat yang dia pernah saksikan semasa bertugas. Dia melihat sendiri laluan ke sebuah perkampungan bunian. Begitu ramai yang keluar masuk melalui laluan tersebut. Masih segar di ingatan Pak Muin ketika berada di gerai makan. Beliau telah di sapa beberapa orang lelaki yang turut sama makan di situ.
“ Encik kerja di tempat dekat bukit ya.” Pak Muin mengiakan saja.
“ Dulu masa kami kecik-kecik, kami sering ke kebun di atas sana. Kepunyaan ayah kami. Ada kampung bunian di situ. Depa jamu ikan semilang dekat kami. Sedap sungguh.” Pak Muin mendengar dengan teliti. Bagi Pak Muin itu bukan cerita dongeng. Ada kebenarannya.
Pak Muin dan Alisha terus menuju ke arah yang di katakan.
“ Tokwan…Alisha tak larat.” Rungut Alisha. Pak Muin terus mendukung Alisha. Mereka terus meredah hutan belantara dan akhirnya mereka nampak begitu ramai yang keluar masuk melalui satu lorong.
“ Assalamualaikum. Boleh ka kami masuk ke dalam.” Pak Muin menyapa seorang pengawal tapi tidak di benarkan masuk. Tiba-tiba timbul seorang lelaki yang mempunyai mahkota di atas kepalanya. Mungkin penghulu mereka.
“ Assalamulaikum tuan. Kami ada masalah. Cucu saya keletihan. Kami telah di buru penjahat. Boleh kami tumpang berteduh di kampung tuan.” Kata Pak Muin. Akhirnya Pak Muin dan Alisha di benarkan masuk ke dalam.
“ Tokwan…Cantiknya sungai ni. Alisha rasa nak mandi la.” Tiba-tiba Alisha nampak riang. Hilang kepenatan.
“ Kamu bawa cucu kamu ke sungai. Basuhkan wajahnya. Kemudian jemputlah masuk ke dalam rumahku.” Kata penghulu. Pak Muin membawa Alisha ke dalam sungai. Begitu dingin airnya. Terasa begitu tenang sekali.
Alisha seperti sudah lupa apa yang telah berlaku sebelum ini. Dia terlalu leka bermain air dan berendam.
“ Tokwan…Alisha nak tinggal sini boleh. Seronok sini.” Tanya Alisha
“ Tak boleh Alisha. Ini bukan tempat kita. Kita hanya sekejap saja. Tentu ibu dan nenek merindui kita.” Kata Pak Muin. Akhirnya mereka masuk ke dalam rumah penghulu. Alisha di beri baju persalinan yang baru berwarna putih. Alisha di bawa ke bilik. Sebentar kemudian dia keluar. Tergamam Pak Muin melihat kecantikkan Alisha. Dia bagaikan seorang puteri.
“ Cantik tak tokwan.” Tanya Alisha
“ Cantikkk…” Puji Pak Muin
“ Namaku penghulu Deris.” Kata penghulu
“ Saya Pak Muin.” Balas Pak Muin
“ Saya tahu kamu siapa. Tapi kamu tidak boleh menetap di sini. Kamu harus pulangkan cucu kamu kepada ibunya terlebih dahulu dan jika kamu suka, kamu boleh datang ke kampung ini. Akan aku kahwini kamu dengan puteriku Nur.” Terus penghulu Deris memanggil puterinya. Datang Puteri Nur membawa makanan. Sewaktu Pak Muin bertentang mata dengan Puteri Nur, Jantung Pak Muin berdegup kencang bila melihat mata Puteri Nur walaupun Puteri Nur berjilbab.
“ Masyaallah aura matanya begitu cantik. Adakah ini vitaminku.” Bisik hati kecil Pak Muin yang nakal
“ jemput jamah makanan ini.” Kata Penghulu Deris.Pak Muin pun sudah kelaparan. Bila dia menjamah saja makanan, dia teringat akan kata-kata lelaki sewaktu berada di dalam gerai makanan yang mereka telah di jamu ikan semilang. Dan makanan yang sedang di jamunya sama seperti di perkatakan cuam yang sebenarnya ianya ikan keli dan bukan semilang. Amat lazat makanannya. Alisha pun sudah beberapa kali menambah. Dia tidak bertanya langsung akan ibu serta neneknya.
Akhirnya Pak Muin dan Alisha di hantar pulang. Selepas bersalaman, Pak Muin dan Alisha berjalan pergi. Pak Muin sempat memandang ke belakang namun sudah tiada kelihatan apa lagi. Hanya hutan saja mengelilingi mereka. Pak Muin menuruni bukit dan berjumpa gerai yang di singgah sebelum ini. Pak Muin sempat meminjam talipon bimbit dari tuan gerai dan terus menalipon isterinya.
“ Abang pi mana. Dah 2 bulan lebih tiada kabar berita. Alisha apa kabar.” Tanya nenek Ros.
“ Abang pulang la. Polis sudah beberapa kali mencari abang. Abang di tuduh m******h.” Kata nenek Ros. Pak Muin mencerita segala apa yang berlaku sewaktu keluar dari rumah. Menangis nenek Ros mendengarnya. Demi menyelamatkan nyawa Alisha, kini Pak Muin pula di tuduh penjenayah. Akhirnya polis dapat mengesan perbualan Pak Muin dengan nenek Ros. Dengan pantas sepasukan polis telah mengepung gerai dan akhirnya Pak Muin telah dapat di tangkap polis.
Pak Muin di bicarakan dan di dapati bersalah kerana m******h sebab tiada bukti kukuh yang Alisha telah di culik.
“ Mahkamah mendapati bahawa Pak Muin telah bersalah m******h dan dengan ini Pak Muin akan di hukum gantung sampai m**i pada hari Jumaat.” Kata hakim
Menangis nenek Ros dan anak-anak sewaktu mahkamah menjatuhkan hukum.
“ Ayah tak bersalah.” Kata Nira anak Pak Muin lalu menerpa ke arah Pak Muin. Pak Muin segera memeluk anaknya.
“ Terimalah kenyataan yang berat ini kakak.” Sebak Pak Muin. Jauh di lubuk hatinya dia merasa lega, Alisha telah selamat. Kaum keluarga telah di jemput bertemu penguasa penjara. Mereka di beritahu yang Pak Muin akan di gantung selepas subuh pada hari Jumaat dan pihak keluarga boleh datang awal menuntut jenazah Pak Muin.
Pak Muin telah di beri keistimewaan sebelum di gantung. Beliau di tanya apa yang di inginkan sebelum ke tali gantung. Pak Muin hanya ingin bertemu isteri, anak-anaknya dan cucunya. Permintaan Pak Muin di perkenankan. Pada hari Khamis keluarga Pak Muin datang. Masing-masing menangis bila melihat Pak Muin. Pak Muin memeluk anaknya Nirah…
“ Ayah minta maaf dekat kakak. Moga ayah dapat bertemu emak nanti. Kakak nak pesan apa dekat emak.” Tanya pak Muin
“ Ayah bagitau emak yang kakak rindu emak. Minta emak tolong berdoa untuk kakak.” Kata Nirah. Kemudian Pak muin memeluk anaknya Mawan.
“ Mawan…Ayah minta maaf banyak-banyak sebab jarang meluangkan masa bersama. Mawan nak pesan apa dekat emak.” Teresak-esak Mawan
“ Adik nak minta tolong mak berdoa kebahgiaan adik dengan isteri.” Berpelukkan Pak Muin dan Mawan. Pak muin beralih kepada ibu Alisha
“ Ayah….Terima kasih kerana menyelamatkan Alisha.” Sambil mencium tangan Pak muin. Akhirnya Pak Muin menoleh ke arah isterinya tercinta. Mereka berpelukkan dan menangis..Pak Muin mendapatkan Alisha
“ Alisha. Nanti bila Alisha dah besar jadilah seorang penulis. Alisha kena tulis kisah kita. Ramai yang tidak tahu kisah ini. Alisha harus bersihkan nama tokwan.” Sebak nada Pak Muin.
“ Tapi Alisha tak pandai tulis tokwan.” Jawab Alisha
“ Nanti pelan-pelan Alisha pasti pandai. Alisha kena rajin menulis.” Alisha mengangguk-angguk kepalanya.
“ Nah…Abang minta maaf andai ada membuat kesalahan dekat Nah. Halalkan segala apa yang Nah masak untuk abang. Ampunkan dosa abang kerana telah membuat Nah risau dan akhirnya abang menerima hukuman.” Nenek Ros menangis
“ Abang tak bersalah. Abang nak selamatkan Alisha.” Nenek Ros tidak dapat meneruskan lagi kata-kata. Dia terlalu sebak akan berpisah dengan Pak Muin buat selama-lamanya.
“ Tokwan nak pi mana.” Tanya Alisha yang masih belum mengerti warna warni kehidupan dunia.
“ Tokwan akan pergi jauh dan tak akan kembali lagi. Alisha jaga ibu dan nenek ya.” terdengar esakkan tangis dari seluruh anggota keluarga.
Malam itu Pak Muin tidak dapat melelapkan mata. Dia menanti saat dirinya akan di gantung. Pak Muin terus berzikir dan membaca Al Quran. Dia berdoa semoa Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan Allah terima segala amal-amalnya. Dia bakal meninggalkan dunia yang kadang-kadang tidak adil pada dirinya.
Pintu penjara di buka. Pak Muin di tutup matanya dengan kain hitam dan di pimpin ke arah tempat hukuman. Jantung pak Muin berdebar-debar. Dia berzikir dan beberapa kali mengucap syahadah. Sebentra lagi dia akan meninggalkan dunia ini. Pak Muin di datangi seorang imam. Pak Muin di ajar shahadah.
“ Pak Muin. Sebentar lagi Pak Muin akan di gantung. Pak Muin jangan gentar. Perbanyakkan shahadah. Pak Muin beruntung sebab telah tahu akan waktu m**i. Sekarang Pak Muin ikut saya bershahadah. Ash Hadu alla ila……” Mengalir air mata Pak Muin sewaktu bershahadah. Tali di masukkan ke leher Pak Muin. Jantung Pak Muin bergerak kencang…Ashhadualla ila ha…..tiba-tiba Pak Muin jatuh dan tali terus menyentap leher Pak Muin..
“ Allahhhhhhh…….” Pak Muin menjerit….
“ Apa yang abang mimpi ni sampai menjerit Alllah….” Tanya Isteri Pak Muin. Berpeluh badan Pak Muin. Rupanya Pak Muin bermimpi.
Terus Pak Muin ke tandas lalu mengambil wuduk. Selepas solat, pak Muin berdoa dan bersyukur kerana apa yang dia alami hanyalah mimpi semata-mata. Cukup siksa jika menjadi orang buruan polis. Pak Muin menoleh isterinya yang sedang di buai tidur yang enak. Inilah vitaminnya yang sebenarnya. Isteri yang banyak membantu Pak Muin selama ini.
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca cerita ini.
Haha sengal.. MashaAlalh aura dia..mungkin ini vitamin saya… hahaha sarkastik teruk
Ntah benda.
Teringat masa spm aku struggle mengarang karangan bm xpernah langsung dapat A1
ceh.. dah mcam novel lak
format ini dilarang dalam ujian dan peperiksaan…cerita diakhiri dengan mimpi.. tp sapa kisah..ni blog..wkwkwkw
“ Masyaallah aura matanya begitu cantik. Adakah ini vitaminku.” Bisik hati kecil Pak Muin yang nakal.. sempat lagi.. hahahah….
Terima kasih pakcik ariff.sye peminat cerita2 pakcik.
Adoiii kelakar plak baca tang vitamin tu…
org dah bawak lari cucu engkau, begaduh smp pecah2 kepala bagai, boleh lepas tu terus lepak kt kedai makan? logik la sikit.. org pegi balai/ketua kg/ pihak otoriti dulu la ASAP..smp dh boleh keluar berita engkau tu dikehendaki pn xpegi cari polis.. itula tepengaruh sgt dgn cita filem omputih smp jd xlogik..