Sihir Bomoh Siam

Assalamualaikum kpd pembaca semua. Trima kasih kpd admin kalau citer aku disiarkan. Ni pengalaman aku sendiri. Aku nak wanita dan juga lelaki diluar sana amik iktibar. Aku perkenalkan diri aku, sbg Nur. Dah kawin dan ada anak. Okey, citer bermula.

Selepas habis je belajar, aku terus kawin Dgn pilihan hati aku sendiri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi, aku igtkan panas sampai ke ptg, rupanya hujan di tghari. Ujian dtg menimpa keluarga kecil kami. Aku disihir oleh bekas kekasih. Ya, aku ada bekas kekasih. 4 tahun kitorang bercinta, tapi Jodoh itu rahsia Allah. Kami putus. Aku igtkan dah settle masa putus tu lah, aku tak sangka pulak dia berdendam dgn aku. Dia kenal gitu2 je dgn suami aku. Tu pun kat Socmed je. Utk pengetahuan korang, dia ni dikira Alim la jugak,. Aku namakan dia sbg Zahir. Zahir yg aku kenal, sgtlah merendah diri,patuh pd agama,dan sgt menjaga tutur kata.

Tp tulah, manusia boleh berubah dgn sekelip mata bila hasad dengki, dendam kuasai diri. Aku menderita selama 3 tahun,bermula selepas aku kawin. Mula2, malam pertama aku nikah tu, aku sedar yg aku jd sesak nafas, rasa mcm benda tercekik kat leher, sakitt wehh sumpah! Hampir seminggu jugak sakit tu. Then, aku amalkan baca ayatul kursi sebelum tidur. Alhamdulillah. Sakit tu hilang dgn sendrinya. Aku igt sampai situ je,, dan igtkan sakit tu biasa2 je rupa2 nya, tu baru permulaan. Lepas sebulan kawin, kitorang pindah(sebelum tu tggal dgn parents aku) sbb tuntutan kerja.. aku dan suami jalani kehidupan macam biasa, tapi aku sedar satu benda, Hari2 yg jalani sgtlah luar biasa. Aku nampak muka suami aku mcm ex aku. Aku jd baran dgn suami aku. Aku rasa mcm panas bila dekat dgn dia. Aku kerap mimpikan ex Aku. Aku tak boleh hidup kalau aku tak stalk fb ex aku. Aku tak tahu knp aku buat semua tu. Aku terkilan sgt sbb dia sanggup buat macam ni kat aku. Pernah satu hari, aku tertidur lepas balik kerja, dah masuk asar masatu. Penat sgt. Pastu tetiba je, aku terjaga aku sebut “Abang”. Suami aku dah pelik dah, dia tanya panggil sape. Sbb aku tak panggil dia abang. Aku cakap takde pape. Then, aku terus bgun mandi siap2 utk solat maghrib.

Aku fast forward okay citer ni sbb takut panjang sgt. Aku buat kerja mcm biasa, bahagia tapi aku tak sedar dalam bahagia aku ada insan yg terluka. Aku mula sakit teruk masa penghujung tahun 2016, aku tak boleh berjalan, aku tak boleh pakai seluar wlaupun hanya seluar dalam. Aku tak boleh berpakaian langsung sbbnya aku jadi serupa ketumbuhan kat antara paha aku dan kemaluan. Ya! Betul. Kat situ. Sakitnya hanya Allah yg tahu. Aku menangis, puas aku berubat, imam,ustaz,bomoh semua aku ikhtiar tapi semuanya kata aku okay. Cuma ada makhluk kat rumah yg aku sewa tu kenan kat aku. Pastu, ada la sorang ustaz tolong ubatkan. Dia hanya ubatkan, yg sembuhkan aku ialah Allah Taala. Masa tu aku dan suami(kami) ada abg dan kakak agkt, dorang yg kenalkan kami kat ustazz tu. Ustaz tu, tya nama aku. Then dia mangucap panjang. Dia kata “kenapa baru nak berubat? Teruk sgt dah ni”
Aku cam blur, lahh aku berubat dah sebelum ni, org lain cakap aku okay je. Cuma makcik kantin tempat aku kerja je kata muka aku pucat mcm org sakit. Masa ustaz tu nak berubat aku, dalam pukul 3 pagi mcm tu lah, mcm2 dugaan. Kenapa pukul 3 pagi? Sbb hari pertama, ustaz suruh aku mandi air limau purut dan daun bidara. Buat secara 3 hari, tapi tak sempat guys! Aku buat sehari je pastu aku sakit sampai takleh tido. Aku menangis sepanjang hari sampai lah suami aku amik keputusan utk call Abang agkt kitorang. Tapi malangnya dia tak agkt. Yelah, dah pukul 3 pg kot. Pastu suami aku pun start enjin(moto je), trus gerak ke rumah abg tu. On the spot, hujan lebat + angin yg kuat. Mcm mana aku tahu angin kuat? Abg kandung aku bgthu, kebetulan dia dtg bercuti kt tempat kitorang. Tnggal lah aku gn abg aku je kat rumah tu. Aku masih lagi dok menangis, abg aku pon dah m**i akal nak pujuk aku. Ye lah, sakitt wehhhh. Seksanya hanya Allah je tahu.
Ustaz pon sampai. Masa tu ustaz tu baru je balik dr Kubur sbb ada org meninggal. Terus dia bg salam, kau tahu apa jadi? Supppp berdesup angin masukkkk rumah aku. Keadaan rumah aku bahagian dapur, selerak padahal suami aku dah kemas awal2. Ustaz tu mintak izin nak amik wudhuk. Then, dia pon minta la telur utk buang “benda” tu. 2 jam jugak baru settle. Sepanjang proses berubat tu, aku menangis je. Sakit sangat! Aku cengkam tgn abg aku dan suami aku. Sampai luka. Abg aku ckp dia rasa mcm tgn org jantan! Haha. Padahal aku ni kecik cekeding je. Settle berubat.

Aku disahkan mengandung. Alhamdulillah rezeki. Sepanjang tempoh mengandung, aku alami tekanan perasaan. Sbbnya, aku terlalu stress dgn mimpi yg selalu dtg. Aku mimpi ular patuk aku, aku jatuh tempat tinggi, aku kena culik, aku kena tggal kat tempat semak, aku jd baran sgt2, aku kerap nampak makhluk, aku jd tak boleh tidur malam, sbbnya aku takut kalau aku tidur, aku mimpi benda yg bukan2. Yes! Aku dah baca surah apa yg patut. Tapi Allah izinkan Si Pelaku buat khianat kat aku. Aku redha. Lepastu, setiap kali aku dalam kesusahan(dalam mimpi je) mesti si Zahir ni yg dtg tlg selamatkan aku. Mana suami aku? Aku sndri tak tahu.
Sampai la tiba masanya, aku nak bersalin. Aku leaking. Masuk wad, tapi tak bersalin. 2 cm gitu je. Kena induce, tp tak sakit. Pastu kali ketiga induce, aku rasa dah sakit nak bersalin tapi tak boleh! Ada benda menghalang. Aku mintak maaf dgn smua org. Tp aku lupa utk mintak maaf dgn Zahir. Sbb aku igt kitorang dah settle. Allah hntr bantuan melalui guard hospital. Dia bg number ustaz yg boleh rawat org Klau kecemasan mcm ni. Ustaz tu pun tlg la apa yg patut. Dia ‘bersihkan benda’ tu secara dasar shj, sbb x mampu secara mendalam. Tak lama,lepas tu aku bersalin. Dalam stgh jam lepas ustaz tu tlg.

Mulalah episod aku dlm pantang. Sgt2 lah mencabar. Aku dah separa meroyan, masuk ptg, asar nak ke maghrib, aku rasa sayu, sedih, nak nangis smua ada. Mujur mak aku ada. Dia lah teman aku berborak setiap kali aku jadi mcm tu. Dan ketika tempoh berpantang tu jugak, aku dirasuk, selama 12 jam aku meraung, menjerit, menangis, aku tak sedar apa2 masa tu.. Aku cuma fikir m**i je. Benda tu nak aku kembali pd Zahir. Kalau tak nak aku m**i. Aku sedih sgt. Disebabkan hal aku ni rumit, merata perawat dtg nak tlg. Aku berpindah, dr rumah aku ke rumah atuk aku, sbbnya “benda” tu la kacau. Sampailah ada sorang perawat ni, dia kenalan baru mak aku. Dia tlg ubatkan aku. Tapiiiii, ada hal lain jd antara aku dan perawat ni. Aku akan cerita di entri yg lain.

Lepas je aku dah ok sikit dan habis pantang,aku berpindah ke negeri suami aku. Aku belum pulih sepenuhnya. Sampaikan aku boleh berkomunikasi dgn “benda” tu. Aku tak aggp ni satu anugerah okay. Bg aku ni satu dugaan. Aku nampak “mereka”. Aku dibawa berubat di negeri suami aku pulak, dah sekali lg kena rasuk. Dgn ustaz2 aku terajang. 3 4 org lelaki kena pgg aku. Sakit jgn cakap lahh..

Sihir ni dihantar oleh *dia, aku tak tuduh. Aku ada bukti, dihantar menggunakan khidmat bomoh Siam. Masa proses berubat, ada sorang perawat ni nampak dua ketul patung sami kat badan aku. Dan masa aku nak keluarkan, nak muntahkan tu, mulut aku terbuka seluas-luasnya. Meh aku ajar korang imagine, korang gi dapur, amik jag yg mak korang selalu bancuh air sirap, air oren tu, ye yg plastik ke kaca ke tak kisah, pastu korang try masuk kan kedalam mulut korang bermula dibahagian bawah tu. Dia punya p******g tu (haha) bukan mulut jag tu ye. Dah? Haaa besar tak? Mcm tu la luasnya mulut aku masa tu, tapi yg kluar, hanya setitik air liur.

Sikit lagi eh, sorry panjang sgt, tabiat aku kalau benda tu nak muncul atau dekat, aku akan uli tapak tgn aku. Aku akan patah2kan jari jemari aku. Aku resah tak menentu. Takut, risau, smua ada. Ya! Tabiat yg sgt pelik.

Beberapa dialog yg Jin tu cakap : Pulangkan hak aku. Dia milik aku! Aku sukakan dia tapi dia tolak aku! Aku nak dia m**i. Kalau aku tak dapat, orang lain pun takkan dapat!
aku nak dia kembali pd aku. Dia milik aku selamanya. Aku dihantar utk musnahkan kehidupan dia. Sbb dia tolak cinta aku! Dia takkan hidup bahagia.

Okay, setakat ni je dulu. Aku mintak maaf kalau korang rasa tak seram, tapi bg aku ni pengalaman paling pahit dalam hidup aku. Nanti aku citer lagi, pengalaman yg lain berkaitan dgn mistik ni. Sorry kalai terpanjang dan bosan.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Nur

24 thoughts on “Sihir Bomoh Siam”

  1. Cerita ni boleh jadi menarik, tapi sayangnya Puan Nur terlalu laju sangat nak cerita semua in one shot, pembaca susah nak faham cerita Puan.

    Puan perlu elaborate situasi satu persatu kejadian berubat tu baru la pembaca boleh rasa feel dari cerita Puan..

    Apa-apa pun percubaan yang baik dari Puan. Teruskan perbaiki penulisan ya..

    Reply
  2. Sebagai pembaca..saya tak kisah kalau cerita diolahkan dengan baik walaupun panjang…cerita dah best tapi kalo semua tu diceritakan secara terperinci lagi best…harap ada sambungan..

    Reply
  3. Sampailah ada sorang perawat ni, dia kenalan baru mak aku. Dia tlg ubatkan aku. Tapiiiii, ada hal lain jd antara aku dan perawat ni. Aku akan cerita di entri yg lain….
    Yg ni suspen…. cepat sambung

    Reply
  4. kena mintak tunjuk ajar nasa yusof untuk cara bercerita yang lebih berkesan.
    nasa sampai 5 episode baru habis.
    ni dari start kahwin sampai dah beranak tak habis lagi kena sihir mahu – mahu 5 episode jugak rasanya.

    Reply
  5. sis nur please sambung lagi..jalan cerita da menarik..bole tak mintak no telefon ustaz yg merawat tu..saya pun alami perkara sama..tanda2 di shir tu ada saya rasa. kalau bincang pasal kahwin mesti trus jdik marah. da byk kali postponed kahwin..

    Reply
    • sy faham apa yg sis rs.. sbb sy juga tgh mengalami perkara yg sama. setiap kali nk plan kawen or tunang pasti x jadi. ada shj halangan. smpi sy buntu dan xtau apa yg perlu dilakukan. blh sis bantu sy. sy perlukan no ustaz yg merawat sis tu

      Reply
  6. Ala spoil la tergantung. Sikit2 ckp takut bosan sbb panjang sgt. Taip je lah. Org kalau suke die akan bace sampai abis cite, lg2 kalau cite tu mmg menarik.

    Reply
  7. Korang yang hantar cerita ni, jangan risau la. Kitorg pembaca ni xde nak ke mana2. Memg ngadap benda ni je. Jadi xyah kalut nak hbiskan smpai semput nak baca. Cerita je secara detail. Lg menarik n seram. Xkisahla nk wat berapa episod pn. Kami baca.

    Reply
  8. Laju laju nk kejor apa kak…cerita 1 1..bio panjang xpa..sbb smua kat sini mmg tujuan nyer nk mmbaca…berlari2 saya baca kisah akk..apa2 pon…for next entry..cerita 1 1 yer..bior 3 hari baca xhbeh pon xper..😂 apa2pon smoga akk terus tabah mnghadapi dugaan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.