Dendam Kasih: Akhir

Part 1

Dendam Kasih

 

Budi seperti dibelenggu masalah yang sangat memberat.Mana mungkin dia mencintai Saidah yang telah dianggap adik sendiri itu.Senafas demi senafas udara dihirup lalu dihembus kembali,Budi mengatur kata dengan tersusun.

“Saidah,aku minta maaf sekali lagi kerana tidak mencintai kau.Cukuplah sekadar kita berteman dan berhubung seperti biasa.”
“Errmm….Budi,aku kalah dengan perasaan ku ini.Perasaan ku ini tidak terkawal dek akal Budi,kerana hati aku ini berkata mencintai kau.”
“Saidah,kau berpendidikan tinggi sedangkan aku hanya hamba Allah yang ditakdirkan di sini untuk menyampaikan amanatnya sahaja.Kau tidak layak dengan manusia seperti ku,sedarlah Saidah.”

Sedar tak sedar Saidah menangis.Terbit perasaan serba salah dalam hati Budi.Mana mungkin hati seorang abang akan tenteram apabila melihat adiknya bersedih.Andai sahaja Saidah adalah adik kandungnya,sudah pasti dia akan menyekat air mata yang mengalir di pipi Saidah itu.

“Cukup 1 kau tahu Saidah,yang….aku benar-benar menyayangi kau hanya sebagai adik kandung ku sendri.”
Budi pun berlalu pergi.

Akhir kata Mak Ani,setelah pertemuan Saidah dan Budi itu,Saidah tidak lagi bertemu Budi.Saidah juga menghilang entah ke mana.Budi cuba untuk mencarinya tetapi hilang jejak.Mak Ani masih menenangkan Nur yang lagi berduka.Nur sudah boleh menerima kenyataan yang menimpa Budi.Dengan sekali lepasan nafas,Nur bangkit di sisi Mak Ani.Mak Ani turut berdiri si samping Nur lalu menyambut tangan lembut Nur.

“Mak,adakah yang berlaku pada abang Budi ini angkara Saidah…?”
“Mak tak dapat nak ungkapkan sayang.Mak kenal sangat Saidah macam mana,tak mungkin dia buat sayang”
“Dia pun menghilang kan mak selepas tu,mesti dia lah dalangnya.Nur tak boleh maafkan dia mak…”Nur meraung seketika.
“Sabar sayang,kita ikhtiar ye.Yang penting Budi cepat sembuh.”
Mak Ani cuba untuk tenteramkn hati Nur kembali.

Muncul sosok tubuh seperti manusia di hadapan Budi.Bezanya,tubuh itu gelap keseluruhan badan.
“Kau penyebab adik aku m**i,kau Budi.Kau bagi dia harapan palsu sampai dia m**i.Haahaahaaaa….”

Tercelik mata Budi apabila tersedar dari mimpinya.Bukan sekali dia dapat mimpi sebegitu,sudah berulang kali semenjak sakitnya itu datang.Budi cuba mengucap kalimah Allah agar hatinya terus tenang.Tidak sewenang-wenangnya nama Saidah terlintas di benak Budi.Apakah petandanya…Mengapakah mimpi yang sama berulang…

Badan Budi masih kaku terbaring di atas tilamnya.Terselit surah yassin di bawah bantal beserta al-quran dan tasbih di sisi.Budi terpaksa menghitung hari sehingga lah dia sihat dan mampu menjalani kehidupannya seperti biasa.Yang dia inginkan sekarang adalah bertemu Saidah dan meminta maaf atas kesalahannya dahulu.

“M**i kau Saidah.Kau bodoh,kau pilih lelaki macam tu kenapa.Aku ni sayang kau tapi kau pilih dia.”
“Huk…huk….aaa…abang,le…pas…hukk…”
“Kalau aku tak dapat kau,orang lain tak boleh dapat kau.Faham…!!”

Cekikan tangan Azhar membuatkan tenggorok Saidah susah untuk bernafas.Tangan Saidah cuba untuk melepaskan tangan Azhar tetapi gagal kerana tangan Azhar begitu kuat mencengkam.

“Hahahaaa….m**i kau,ini yang kau nak kan.Lama aku tunggu kau Sai,5 tahun aku tahan hati aku dari mencintai orang lain semata-mata untuk kau tapi kau tolak aku.Kita tak berdosa kalau jadi suami isteri,kau tu hanya adik tiri tak sama bapa dengan aku.Kau kene sedar bapa aku kutip kau dengan mak kau,tapi kau tak nak terima aku.Hari ni,tamatlah riwayat kau sayang….hahahaa….”
“Aaa….bangg….”

Hening suram bersabungkan bunyian unggas malam di kawasan yang sepi ini.Kelihatan tangan Saidah terdepa ke belakang sambil kakinya ditarik menuju ke sebatang pokok di hadapan kakinya.Mayat Saidah diletakkan di tepi lalu Azhar memulakan tugasnya.Sebatang cangkul diangkat setinggi 180° darjah berulang kali sehingga lah terbitnya sebuah lubang yang dalam.Badan longlai Saidah dimasukkan ke dalam lubang lalu diturap kembali.

“Maafkan aku Sai,kematian kau memang di tangan aku.Tetapi,penyebab kematian kau adalah jantan tu bukan aku.Hahahaa….”
Azhar tersenyum sinis.

Kelihatan dua beranak sedang asyik duduk bersembang di pangkin,sambil mencicip pisang goreng.
“Mak,apa khabar Saidah agaknya ya…”
“Kau pergi lah balik kampung jenguk dia,pasti dia rindukan kamu Budi.”
“Hurrmm….Budi malu lah mak,sebab tolak Saidah tempoh hari.Walaubagaimanapun,
Saidah tetap adik Budi mak.”
“Mak percaya Saidah bukan begitu Budi,mak tahu sifat mahmudah Saidah macam mana.Baliklah jenguk dia.”

Budi hanya mampu tersenyum setelah mendengar kata-kata Mak Ani itu.Sudah 2 bulan dia meninggalkan kampung neneknya semata-mata ingin menjauhkan diri daripada Saidah.Budi khuatir Saidah pula akan bermasam muka dengannya akibat kejadian tempoh hari.Mungkin,dengan kepulangannya ini mampu merubah keadaan di sana.Fikir Budi.

“Azharr…Azhar…hihihii…”
“Siapa kau haaaa….!”Azhar terbangun daripada tidurnya.

“Jangan ganggu aku lah,aku tak ganggu kau….”
“Abang….hihihiii….Sai pulang abang,Sai bawakan kebahagian untuk abang ni.”
“Jangan ganggu aku lah setan…”

Merinding Azhar tatkala mendengar ngilauan daripada jelamaan Saidah itu.Besar kemungkinan roh Saidah sedang merayau-rayau mencarinya untuk membalas dendam.Ketakutan menyelubungi dirinya,dia harus mengambil tindakan supaya jelmaan Saidah tidak menganggu dirinya lagi.

Keesokan malam,Azhar bertemu dengan salah seorang pawang yang dikatakan handal di hujung kampung sebelah.Katanya,dia mampu untuk menghalau gangguan syaitan atau pun jin yang ada.Tetapi,sebaliknya Azhar ingin menuntut sesuatu daripada pawang tersebut.

“Aku tahu hajat kau ke mari.”
“Baguslah jika Pak tahu.”
“Tetapi,kau harus menuntut ilmu ini di siam bukan dengannya dengan ku.Adakah kau siap untuk mengharunginya.”
“Jiwa dan raga sanggup aku gadaikan semata-mata ingin membalas dendam ku ini.”
“Bagus,kau ambil ini dan bertualang lah ke sana selama setahun sehingga ilmu mu kebal.”
“Baik Pak.”

Kedua-duanya tersenyum tanda setuju.Ternyata,hasrat Azhar ingin menuntut ilmu hitam agar dirinya kebal dan tidak gerun apabila roh Saidah menghantuinya.Selain,dia ingin membalas dendam terhadap kematian Saidah.Hatinya telah hitam lagi legam kerana tidak mengendahkan orang lain.

Ibu bapanya?Ya…ibu bapanya telah lama meninggal dunia setahun yang lalu,akibat kemalangan setelah pulang daripada pasaraya membeli barang untuk melakukan persiapan menyambut kepulangan Saidah pada tahun ke-4 selama keberadaannya di Messir
.Buat pengetahuan,bapa Azhar merupakan seorang ahli koprat yang berjaya dalam bidang perniagaan sebaliknya mak Saidah hanyalah seorang suri rumah tangga.Bapanya memperisterikan mak Saidah kerana meinginkannya menjaga Azhar yang ketika itu berumur 6 tahun.Bapanya khuatir jika Azhar akan kehilangan kasih daripada seorang ibu,oleh sebab itu bapanya berkahwin lagi sedangkan mak Saidah janda anak satu.

Kematian bapanya membuatkan dendam Azhar kepada Saidah semakin menjadi-jadi.Semata-mata ingin meraikan kepulangan Saidah bapanya sanggup keluar malam hanya ingin membeli barang yang remeh semata,apa yang istimewanya dia berbanding dirinya sebagai anak kandung.Itu tanggapan Azhar.Kini,dia harus memusnahkan hidup orang-orang yang berkaitan dengan Saidah.Dendam ny tidak akan pernah lumpuh.Kerana Saidah,dia telah kehilangan satu-satunya bapa kesayangannya.

“Budi…bantu aku Budi,jasadku tersiksa Budi.Hanya kau yang mampu membantu ku Budi,aku mohon Budi….”
“Siapa kau,apa yang kau inginkan.Aku tidak pernah m******h adik kau,apa yang kau inginkan lagi.”
“Ini aku Budi.Bantu aku Budi,aku sakit Budi.Aku berada di bawah pokok besar yang berada di hujung kampung Budi,aku tunggu kehadiran kau Budi.”
“Bagaimana harus aku ke sana sedangkan fizikal ku ini terbatas.”
“Aku tahu kau kuat melawan,aku tahu kau bukan seorang yang mengalah Budi.Kau harus kuat Budi,demi mak dan Nur.”

Terbuntang mata Budi tatkala mendengar nama Nur disebut.Ternyata Budi diulek dengan mimpinya sendiri.Apakah maksud daripada mimpi itu.Siapa perempuan itu?Budi tertanya-tanya siapakah gerangannya.Siapa pun perempuan tu,dia harus kuat.Semangatnya tiba-tiba menyinggah supaya lebih bersabar dengan ujian yang telah dihadapinya ini.Demi Nur,dia harus lawan kesakitannya.Sudah pasti dia tidak mahu Nur bersedih melihat keadaanya begini lagi.

Mak Ani meminta bantuan adik bongsunya,ustaz Rahim untuk membantunya mengubati Budi.Adiknya itu merupakan seorang ustaz yang berpengalaman dalam mengubati orang.Sesampainya di hadapan rumah,ustaz Rahim hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat keadaan sekeliling.

“Kenapa Alang tak panggil adik dari awal lagi.”
“Budi lah,dia kata dia mampu lawan semuanya tapi sekarang dia yang tak mampu.Ini pun Alang panggil kamu dia tak tahu.
“Budi…Budi…degil tak bertempat.Ilmu dia masih cetek Alang,dia tak boleh lawan semua ni seorang.Rumah Alang ni dah penuh dengan makhluk yang tak diundang,tidak mengapalah adik akan selesaikan semua.”
“Marilah dik kita tengok keadaan Budi.”

Ustaz Rahim menyentuh umbun-umbun Budi.Terasa kehangatannya.Boleh diibaratkan semut lalu pun akan m**i.
Budi hanya mampu melihat sahaja apa yang dilakukan bapa saudaranya itu.Dia tahu,pasti bapa saudaranya kesal akan tindakannya ini.Mak Ani mampir ke dapur setelah diminta oleh ustaz Rahim.Tangan Budi dipegang lalu digenggam.Segelas air jarang yang dibacakan surah-surah penawar diberikan kepada Budi agar badannya sedikit membaik.Ustaz Rahim membantu menyuapkan air tersebut ke hujung bibir Budi.

“Kenapalah kau degil Budi,kan Pak Cik dah cakap jangan buat sendiri.”
“Maaf…kan saya Pak Cik,saya tak tahu Pak Cik akan datang.”
“Tidak mengapalah Budi,Pak Cik tahu kau hendak menguruskannya sendiri.Tapi kau perlu tahu yang ilmu kau belum setanding aku lagi.”
“Saya sedar Pak Cik,terima kasih untuk air penawar sebentar tadi.”
“Sama-sama.Kau harus terus berzikir,solat dan membaca kalamullah supaya sihir tu menurun dalam badan kau”.
“Saya selalu amalkan Pak Cik,ini pun percakapan saya semakin lancar dari sebelum ini.”

Ustaz Rahim berasa sedikit kagum melihat usaha yang ingin dilakukan Budi dalam menangani penderitaannya.Pada masa yang sama,tindakan Budi ini akan membahayakan dirinya sendiri atau pun menempah maut.Genap sebulan Budi menderita dengan penyakit misterinya.Dia berharap penderitaan ini akan berakhir.

“Hujung minggu ini malam,aku akan datang kembali.Aku harap malam itu nanti adalah malam terakhir kau menderita sebegini.Siapkan diri kau,pastikan kau mampu bertahan”
“Baik Pak Cik.Hurrmmm….Pak Cik,ini semua angkara siapa…Adakah Saidah…?”
“Tidak.”
“Jika bukan dia,siapa?Akhir-akhir ni saya sering mimpikan seorang wanita dan sering melihat sosok tubuh lembaga di dalam bilik.”
“Itulah petanda pengakhirannya Budi,dia sudah berada di kampung kita.Kau akan lihat nanti.”
“Baiklah…”

Azhar berlegar-legar di kawasan kampung.Kehadiran Azhar membuatkan gadis-gadis kampung menggilainya.Sebagai pemuda baru di kampung ini,dia perlu menyesuaikan diri dengan penduduk kampung.Dia tinggal di rumah ketua kampung buat sementara waktu sebelum mendapatkan rumah sewa.Atur langkah Azhar terhenti apabila berada di sebatang sungai di belakang rumah ketua kampung tersebut.Terlihat sosok tubuh seorang wanita yang asyik duduk di atas sebuah batu besar.

“Wahai saudari,bolehkah saya duduk di sini?”
“Silalah…Kamu pemuda yang tinggal di rumah tok ketua itu bukan?”
“Ya saudari…ternyata,keberadaan saya di sini menjadi topik hangat ya.Tidak saya sangkakan.”
“Haruman bunga mawar pun boleh dicium,inikan pula bau haruman kamu.Apa hajat mu ke mari.”
“Tidak ada apa-apa,sekadar bersiar-siar mengelilingi kampung lalu bertemu saudari.Sudah berjela panjangnya kita berbual,siapakah nama saudari dan di mana rumah mu?”
“Panggil sahaja Nur,saya tinggal betul-betul di sebelah rumah tok ketua.Kamu?”
“Cukuplah mengenali diri ku sebagai Azhar,dan berasal dari kampung sebelah.”

Azhar tersenyum lalu senyuman disambut oleh Nur.Terbit perasaan suka terhadap Nur dalam hati Azhar.Wanita semolek Nur harus dimiliki.Tanpa disedari,pertemuan mereka dilihat oleh Mak Ani.

Malam penentunya telah tiba.Ustaz Rahim datang bersama barang-barang yang akan membantunya nanti.Budi didudukan sambil kakinya melunjur ke hadapan ustaz Rahim.Basmallah dibacakan terlebih dahulu lalu disambungkan ayat-ayat ruqyah yang sepatutnya.Suasana di sekeliling menjadi kucar kacir,tiupan angin dari luar rumah semakin kuat.Tiba-tiba,badan Budi seperti disampuk dan tidak sedarkan diri.Jasad Budi terbangun,lagak seperti seekor mawas jelas kelihatan dengan matanya bertukar menjadi merah menyala.

“Kenapa panggil aku haa…manusia.”
“Kau perosak anak cucu Adam,kau jangan ganggu lagi anak muda ini.”
“Budak ni dah b***h semua ahli keluarga aku,terutama sekali adik aku.”
“Durjana kau syaitan,pergi kau sebelum aku paksa kau untuk pergi.”
“Hahahahaaa….ilmu aku lebih kebal dari kau lah manusia….hahahahaaa….”
“Kau cabar aku ya….Bismillahitawakaltu…”

Ustaz Rahim pun mengatur langkah membuang sihir yang ada di badan Budi.Badan Budi seperti dibengkokkan oleh makhluk yang berada di dalam badanya itu.Menjerit-menjerit makhluk tersebut menahan kesakitan yang amat sangat.Lidah Budi terjelir keluar,hujung ibu jari kakinya dibengkokkan sedikit oleh ustaz Rahim.Pelbagai surah pendiding dibacakan agar makhluk tersebut berasa gerun.

“Aahhhh….sakit,lepaskan aku…”
“Keluar kau,jangan kau ganggu dia lagi.Bahana kau mengganggu keturunan kami….Ya Allah,dari kau kami datang,dari kau juga kami pulang.Selamatkan lah anak muda ini selaku hamba mu ya Allah…Allahuakbarr….!”
“Aaaaahhhh….”

Budi tersedar lalu mengucapkan syukur.Ustaz Rahim tersenyum lega.

Selepas 3 bulan berlalu,akhirnya Nur sah menjadi isteri kepada Budi.Keinginan yang Nur inginkan menjadi kenyataan.Kini,dia sudah menjadi tanggungjawab kepada Budi,segala perkara yang Nur hendak lakukan haruslah di bawah keizinan Budi.Majlis perkahwinan mereka dilakukan secara kecil-kecilan sahaja apabila terkenangkan kejadian yang telah berlaku dahulu.

Dendam Azhar semakin membuak-buak.Ternyata Nur telah menjadi hak Budi serta merta.Malam ini merupakan malam pertama mereka berdua,dan dia harus mempunyai helah untuk menghancurkan malam mereka.Azhar duduk bersila sambil menghidu bau asap kemenyan yang telah berselerakan di dalam biliknya.Kelihatan mulut Azhar terkumat-kamit membacakan suatu mantera untuk memanggil belaannya.

“Aku nak kau b***h Nur,dan darahnya sebagai upah dari aku untuk kau.Kau buatlah apa-apa cara sekali pun,kerana aku tahu Nur seorang yang lemah,dan mudah untuk dinodai”
“Bukankah kau menyukai Nur,mengapa harus membunuhnya…?”
“Jalani sahaja tugas kau.”
“Satu perkara yang kau harus ingat Azhar.Andai kata kali ini kau kalah lagi,kau akan terima musibatnya.Kemungkinan kau akan kehilangan semuanya,kau sanggup terima?”
“Walau banyak mana pun d***h aku kehabisan,aku sanggup demi dendam ku terbalas.”

Jelingan mata Azhar terlirik ke arah belaannya.Kali ini dia tekad,walaupun nyawa menjadi taruhannya.Demi kematian Saidah dan arwah bapanya,Azhar mengambil tindakan gila agar dia menjadi puas.Malam inilah penentunya.

Seusai mandi,Nur lengkap berpakaian lalu masuk ke dalam bilik.Kelihatannya Budi sedang baring mengiring menghadap ke sebelah tepi katil bukannya menghadap ke arah Nur.Suara kecoh saudara mara yang menginap di rumahnya membuatkan Nur agak kurang senang kerana takut malamnya bersama Budi akan terganggu.Nur mengatur langkah duduk di sebelah Budi,setelah sedar kelakuan Nur itu,Budi pun mengorak langkah mendekati Nur.

“Cantik isteri abang ni,bertuah abang dapat Nur.Dah lama abang inginkan menjadi suami Nur.”
“Malam ni,Nur bersedia untuk menjadi yang terbaik buat abang.”
“Mari sayang…”

Bibir Budi mendekati bibir mulus Nur,bibir mereka saling bertaut.Sehinggakan Nur tidak menyedari yang lehernya sedang dikucup kerana terlalu menghayati belaian daripada Budi.

Daun pintu dibuka,alangkah terkejutnya apabila Budi melihat Nur sedang berasmara dengan seekor mawas yang jijik wajahnya.Dengan segera dia memanggil ustaz Rahim untuk menyelesaikan perkara tersebut.Budi berlari ke arah Nur,alangkah terkejutnya apabila dia melihat isterinya teruncap-uncap mencari oksigen untuk bernafas.

“Aaa….bang,Nur mint…aa ma…af….Nur ber…do sa….Nur fii…kir itu…a…abang…”
“Jangan macam tu sayang,jangan pergi tinggalkan abang sayang Kita baru sah jadi suami isteri,jangan tinggalkan abang sayang….”
“Nur….saa…yang…abang…hurmm…..”
“Nurrrr….bangunn….jangan tinggalkan abang Nurr….aarrhhh…!”

Tatkala Budi menangis teriak,ustaz Rahim sedaya upaya menghapuskan makhluk yang berupa mawas itu.Kalimah laailaahaillah diucap berulang kali.Saudara yang lain tidak dibenarkan datang ke bilik Nur kerana bimbang orang lain akan terjejas.

“Sudah ku katakan jangan diganggu anak ini.”
“Kau siapa mahu arah aku,kau bukan tuhan ku.Aku hanya memberi kepuasan kepada tuan ku….hahahahaa….dan sekarang kepuasannya telah terjadi….hahaaa….”
Mendengar sahaja makhluk itu berkata ‘tuan’,Budi bingkas bangun bertentangan mata dengan makhluk itu.Ustaz Rahim cuba menghalang Budi dengan memegang pergelangan tangannya.

“Azhar…!Aku tak pernah takut dengan ancaman kau,aku tahu kau yang b***h Saidah dan kini kau b***h Nur.Kau b***h insan-insan yang aku sayang….Kau kejam Azhar,kejam.Aku tak kn ampunkan kau Azhar.”
“Yaa….memang Azhar yang b***h Saidah,dan mayatnya masih terkubur di bawah sebatang pokok besar.Kau perampas Budi,kau tamak betina.”
“Aaarrhhh….diam kauu…”
“Budi sabar Budi,mengucap Budi…Mari kita selesaikan bersama-sama.”

Ustaz Rahim cuba menenangkan amarah Budi.Budi sangat-sangat terkesan atas pemergian Nur.Ustaz Rahim membaca surah-surah dan ayat ruqyah sehingga makhluk itu lemah dan tidak berdaya lagi.Kesakitan yang pernah dialaminya dulu dirasai kembali.

“Sakitt…aahh…sakit….panasss….”

Pada masa yang sama,Azhar sedaya upaya menentang dari rumah sewanya.Semacam bergegar rumah Azhar kerana makhluknya hampir tertewas.Dia berasa geram,kekalahan mungkin akan berpihak kepadanya.Dia membaca mantera yang telah dipelajarinya dulu sehingga makhluk belaannya mampu mengalahkan ustaz Rahim dan Budi.Ternyata gagal.

“Azhar…”
“Kau kenapa…apa kau nak,tugas kau dah selesai ke…?”
“Aku nak kau Azhar….hahahahaa….”
“Pergi…pergi…jangan ganggu aku anak setan….aaahhh….”
Makhluk belaannya menghurungi Azhar.Akhirnya Azhar tewas.

“Budi,sabar ya nak.Ni semua dugaan kita semua,Budi kena terima dengan hati terbuka.”
“Budi sedih mak,kenapa semua ni terjadi dekat Budi dan orang-orang yang Budi sayang mak.”
“Sabar nak,yang penting jasad Saidah dan Nur kita sudah kuburkan.Tanggungjawab kita dah selesai Budi.”
“Hurrmm…..”Budi hanya mampu menahan kesedihannya.
“Budi,ambil ini dan buka ya nak.Nur bagi mak semasa kamu sakit dulu,dia kata kalau terjadi apa-apa dekat dia,dia nak mak sampaikn ni kepada kamu.”
“Apa ni mak?”
“Ambillah…mak nak pergi jerang air dulu.”

Budi menyambut sebuah kotak yang dihulurkan Mak Ani sebentar tadi.Budi membuka lalu melihat isi yang terkandung di dalam kotak tersebut.Terdapat beberapa batang ais krim,beberapa biji batu,sehelai selendang dan sepucuk surat.Budi mengambil surat yang terlipat lalu membukanya.

Kehadapan insan yang ku sayang,Arif Budi bin Abu Umar..usahlah abang tangiskan pemergian Nur ini,kerana Nur sedang menanti abang di sini.Maafkan Nur kerana jika tidak boleh menjadi yang terbaik untuk abang.Abang ingat tak mula-mula kita kenal dahulu?Nur ingat lagi abang,Nur yang mula mengurat abang dahulu.Nur selalu pergi kuliah subuh semata-mata nak memandang wajah indah abang.Nur pernah kecewa kerana abang tak sambut kasih yang Nur cuba lemparkan kepada abang tetapi akhirnya,abang terima juga.Nur, rasa sangat dihargai abang,rasa berat nak lepaskan abang.Dalam kotak ni ada beberapa batang aiskrim,batang aiskrim ni masa kita makan sama-sama dulu.Nur ingat lagi,yang Nur ada buang batang aiskrim ni dekat jalan tetapi abang kutip dan abang cakap tak baik buang sampah macam ni.Nur terkesan abang,dan Nur ambil keputusan untuk simpan batang aiskrim ni sebab kata-kata abang itu buat Nur makin sayang dekat abang.Batu-batu ni pula,batu dari sungai belakang rumah Nur.Sungai belakang rumah Nur menjadi saksi kisah cinta kita.Sampai m**i Nur takkn boleh lupakan hubungan kita abang.Selendang ni pula,abang yang bagi sebab abang kata abang nak sangat tengok Nur bertudung.Nur minta maaf abang jika hasrat abang yang ini Nur tak dapat nak tunaikan lebih-lebih lagi bila Nur sudah tiada ni Abang.Nur minta maaf sekali lagi kerana Nur pergi dahulu dan tidak sempat untuk menjadi isteri abang yang sempurna.Teruskanlah berdakwah abang,dan Nur percaya satu hari nanti abang akan berjaya.Akhir kata,satu je Nur nak minta buat kali terakhirnya…sedekahkan lah Al-fatihah untuk Nur setiap hari abang,andai kata abang bertemu pengganti Nur,Nur harap Al-fatihah dari abang takkan pernah putus.Walaupun Nur jauh dari mata abang,Nur nak abang tahu yang Nur sayangkan abang dunia akhirat.Sekian….Nur

Setitik demi setitik air mata Budi menitis di atas kertas yang dipegangnya.Hati jantannya lemah semata-mata orang yang dia sayang.Ikatan kasih sayang sepasang kasih ini tidak dapat ditafsirkan lagi.Kesetiaan mereka boleh menjadi panduan kepada masyarakat yang sering memecahbelahkan perhubungan,terutama sekali perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri.

Azhar…?Tempoh hari,Budi terserempak dengan Azhar.Dengan keadaannya yang tidak terurus,Azhar telah dilabel sebagai orang gila oleh penduduk kampung.Dia merayau-rayau mengelilingi kampung memanggil nama Saidah.Kasihan Azhar,hidupnya kini sebatang kara dan tidak ada sesiapa yang mahu menguruskannya.Itulah yang patut dirasai oleh Azhar atas segala kesalahannya dahulu,kuasa Allah lebih besar berbanding kuasa manusia.Ketahuilah,Allah itu Maha segalanya…dari ia kita datang,kepada ia juga kita pulang.TAMAT.

Segala kekurangan itu datangnya daripada saya,dan selebihnya datang daripada Allah S.W.T….terima kasih kepada mereka yang mengikuti cerita saya ini,saya juga berterima kasih buat mereka yang memberi komen positif,memberi pembetulan dan cacian kepada saya.Kepada mereka yang memberi cacian kepada saya,ketahuilah….saya sangat sedih dan kecewa dengan tindakan kalian itu.Terima kasih,semoga anda semua dimurahkan rezeki yang berlimpah ruah.
Amin….
Assalamualaikum….

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.8]
CN

13 thoughts on “Dendam Kasih: Akhir”

  1. manusia sanggup buat apa sahaja,but serius talk siapa jer boleh kawal emosi bila tgk orang kita sayang kena perbuatan jahat org lain aku pon boleh lost macam tu.,anyway Wallahu’ alam smua adalah kehendakNya ada hikmah disebalik kejadian..teruskan berkongsi lagi 🙂

    Reply
    • Zaman sekarang pon ada kisah macam ni. Saya sendiri ada lalui, cumanya umur saya dipanjangkan Allah. Yang meninggal 4 orang yg cuba merawat saya. Wallahualam. Sekarang ni saya cuma amalkan bacaan ayat2 suci, zikir dan solat. Masih dalam proses pemulihan setelah 3 tahun. Dan si penyihir masih tidak henti-henti mencuba.

      Kepada yang bertuhankan syaitan, bertaubatlah. Pertemuan, ajal dan maut semua telah ditentukan.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.