Dendam Kasih

“Abang,bila abang nak masuk meminang saya…?”
“Bila tiba masanya,abang akan bertandang ke rumah mu sayang.”sambil memegang dadanya sambil tersenyum.
“Hurmmm…baiklah.”
Keluhan Nur jelas kedengaran tatkala Budi menjawab persoalannya.Keinginannya untuk bersama Budi,harus ditangguhkan lagi sehinggalah Budi bersedia menyuntingnya kelak.

Lima hari selepas itu…
Pagi yang hening memecahkan menungan anak dara sunti ini tatkala muncil si ibu membelai rambutnya.Ibunya tahu akan keinginannya itu tetapi ibunya tidak mahu dia terburu-buru kan Budi,sehinggakan banyak perkara menjadi gundah.Misalnya,makan tidak banyak,amalannya kepada tuhan semakin berkurang dan lebih-lebih lagi komunikasinya bersama ahli keluarga turut merenggang.Rambut ikal Nur dibelai oleh si ibu dengan jemarinya.Lembutan rambut anaknya mewarisi kelembutan rambutnya sendiri.
“Kenapa ini sayang,kenapa ibu melihat kamu seperti berduka…?”
“Ibu tahu akan keinginan Nur…?”
“Ya…ibu tahu,tetapi Nur tidak boleh begini sayang.”
“Nur cintakan dia ibu.”
Tangis Nur sambil menunjukkan wajah dukanya.Keindahan wajah Nur boleh sahaja memikat sesiapa,termasuklah pemuda-pemuda kampung.Walaupun keluarganya berstatus rendah,anak raja sekali pun mampu untuk mendapatkannya tatkala melihat keanggunan wajah si Nur.

Kadangkala,si Ibu aneh.Mengapa anaknya ini begitu tergilakan si Budi,sedangkan Budi bukanlah anak raja mahupun orang berada.Kehidupannya sekadar kais pagi makan pagi,kais petang makan petang tetapi cintanya kepada agama begitu kuat sekali.Kenapa bisa Nur amat menyayangi Budi,adakah Nur sudah diguna-digunakan oleh Budi.Mengeluh si Ibu cuba untuk membuat andaian.

Nur mengatur langkah untuk pergi ke sungai di belakang rumahnya.Ketenangan jelas terasa tatkala menghirup udara segar dari hutan-hutan yang gah ini.Di sini,Nur sering menyendiri sambil berkata-kata sendiri dengan dirinya sendiri.
“Kenapa ya abang Budi begitu lama mengambil masa untuk menikahi ku…?”
“Mungkin abang ada masalah kewangan barangkali.”
“Tapi,abang sudah berjanji bahawa minggu ini abang akan menghantar rombongan meminang ke rumah ku.”

“Sayangku Nur,ketahuilah kekasih mu lagi bertarung nyawa antara hidup dengan m**i sekarang ini…”
Tersentak Nur apabila satu suara halus melintasi benaknya lalu dia pun memanggil siapakah gerangan empunya suara itu.Malangnya tiada sesiapa pun yang menyahut panggilan Nur itu.

Nur pun lantas berlari seperti dikejar oleh anjing menuju ke rumah Budi.Sesampainya di pintu rumah,Nur memberi ucapan salam sebagai tanda kedatangannya.Salam Nur disambut oleh Mak Ani iaitu ibu kepada Budi.Wajah jelita Nur berubah 180 darjah setelah berlari untuk mendapatkan Budi,wajahnya menjadi tidak terurus.

“Kenapa ni Nur,kenapa kamu resah semacam…?”
“Mak Ani,mana abang Budi…?”
“Bu..bu…d”
“Di mana Mak…?”

Benarlah tebakan Nur tadi,yang Budi dalam kesusahan.Tapi,bagaimana suara halus tadi mengetahui akan keadaan Budi,Siapa dia ?Masih menjadi tanda tanya buat Nur.Mak Ani masih tergagap-gagap ketika mahu menjawab persoalan Nur sebentar tadi.Tiba-tiba suara erangan Budi kedengaran di kamar belakang,lantas Nur masuk tanpa pamitan dari Mak Ani.

Sekujur tubuh terbaring di atas tilam nipis beralaskan tikar mengkuang,sekali terlihat ‘abang Budi’.Berkecai hati Nur melihat keadaan cinta hatinya begitu.Mengapa begini,mengapa Budi yang harus kau ujiani, mengapa…!Nur tidak dapat menerima hakikat ini,lalu mengalirlah air mata Nur membasahi pipinya

“Abang…”Nur terjatuh melutut di sisi Budi.
“Nur,ma…maaf…kan abang.”
“Tapi kenapa abang,sebab ni kah abang terpaksa tangguhkan pernikahan kita…?”
“I…iya sa…yang.A…bang tak…nak Nur se…dih ji…ka li…hat abang…be…gini.”
“Abang jangan macam tu,Nur sayangkan abang.Nur tak nak kehilangan abang,kenpa jadi macam ni abang?Bagi tahu Nur.”

Mak Ani sedaya upaya menenangkan bakal menantunya itu,banyak kali juga Nur menepis pegangan Mak Ani.Badan Budi disahkan tidak boleh bergerak dan hanya mampu berbaring sahaja.Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan anaknya sendiri begitu.Budi meminta untuk tidak berubat,alasannya dia mampu bertahan untuk melawan penyakit anehnya itu.Yang Budi lakukan hari-hari hanyalah berzikir dan berdoa sebagai ubat penyembuhnya.

Mak Ani membawa Nur ke pangkin luar rumahnya.Esakan dari tangisan Nur masih tidak berhenti.Terbit perasaan serba salah Mak Ani kerana tidak memberitahu Nur akan hal sebenar.Nur berasa kesal bercampur kecewa akan perkara yang berlaku ini,ternyata ini lah sebab abang belum menyatakan hasratnya untuk bernikah.Mak Ani mulai bersuara sesudah tangisan Nur mulai menyusut.

“Nur,Mak minta maaf kerana tidak memberitahu Nur.Ini semua permintaan Budi sayang.”
“Tapi kenapa Mak Ani…?Nur tak ada hak ke untuk tahu keadaan abang Budi,Mak tahukan kami saling sayang menyayangi.”
“Ye Nur,Mak tahu…”
Mak Ani hampir hilang kata-katanya,dan hanya mampu menenangkan Nur sambil memegang erat tangan mulus Nur.

“Nur cuma nak tahu kenapa abang sakit macam tu Mak,kasi tahu Nur mak…”
“Baiklah nak,Mak akan beritahu semua yang telah Budi ceritakan kepada Mak.”

Pada 2 tahun lepas,sebelum mengenali Nur.Pada usia Budi 25 tahun,Budi menetap di rumah neneknya dan telah berkenalan dengan seorang wanita yang berusia 24 tahun yang baru sahaja pulang dari Mesir setelah menamatkan pembelajarannya selama 5 tahun.Wanita tersebut bernama Saidah,merupakan anak jiran tetangga nenek Budi.Oleh sebab Budi sering bertandang ke masjid pada pagi subuh,membuatkan Saidah tertawan melihat pemuda yang bernama Budi ini.Baginya,lelaki ini mampu membimbing dan menjadi imamnya ke arah yang lebih baik.

Maka bermulalah titik-titik persahabatan mereka sehinggakan Mak Ani dan nenek Budi merestui hubungan mereka berdua.Tetapi,bagi Budi dia tidaklah mengambil serius akan hubungannya dengan Saidah.Budi hanya menganggap Saidah sekadar kawan mahupun adiknya sendiri.Sehinggalah satu hari Saidah meluahkan perasaannya yang terbuku itu kepada Budi

“Budi,engkau sudah tahu bukan yang mak dan nenek mu merestui kita.”
“Iya…lalu mengapa Saidah?”
“Aku harap,kau mahu menerima aku sebagai satu-satunya insan yang paling kau cintai.Kau mengerti apa yang ku maksudkan…?”
“Aku mengerti Saidah.”
“Aku senang mendengarnya Budi.”
Saidah tersenyum kegirangan.Tiba-tiba…

“Tetapi,maafkan aku Saidah.Aku tidak dapat untuk menjadikan hasrat mu itu nyata.”
“Mengapa Budi,sungguh kau tahu aku benar-benar ikhlas kepada mu.Aku benar-benar mencintai mu,dari pertama kali lirikan mata antara kita Budi.”
“Maaf sekali lagi Saidah,aku hanyalah menganggap mu sebagai adikku dan tidak lebih dari itu.Engkau pun tahu bukan,aku ini anak tunggal yang hanya mempunyai seorang ibu dan nenek sahaja,aku hanya ingin bahagia kan mereka berdua sahaja buat masa sekarang ini.”
“Terus perasaan ku ini bagaimana…?”

Rilekss….nanti kita sambung ye
Maaf jika banyak tersilap taip ya…
Terima kasih semua,ikhlas dari saya.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1]
CN

30 thoughts on “Dendam Kasih”

  1. alaaaa smbung lah cepat please…tengah syok baca tgk2 ada smbungan…kecewa rasa …hurmmmm xpela tggu je laa..mohon smbunggggg cptttt

    Reply
  2. kalau takde keperluan tak payah la buat sambung2. jenis batak peminat je suka sambung2 ni. nasib kau tak letak ayat “kalau ramai yg suka/baca baru saya sambung”.
    kalut nak submit cpt2 sgt sampai takleh taip kasi habis dulu kenapa eh? buat jelah dulu dah siap baru post.
    baik baca lambat terus drpd baca separuh2 tahun depan baru jumpa sambungan. pfft.
    annoying!

    Reply
  3. ei aku bru nk syok. xpayah la menagih kata nnti bru nak sambung. aduhhh writer please let go your ego demi nak org terkinja kinja meminta suruh kau sambung2 lg. ADMIN, jgn la bagi writer mcmni dalam ni. buat sakit hati je cerita separuh2

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.