Dendam kerana mulut 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih buat yang komen kat entry dendam kerana mulut hari tu. Nie nak sambung sikit. Nak menjawab pertanyaan kat komen.

Aku perasan ada yang tanya pasal apa jadik kat abang dan kakak aku. Meh aku cerita. Kami 6 beradik dan benda nie jadik masa 2003 tak silap aku. Abang aku tingkatan 1 dan kakak tingkatan 5. Diorg sekolah yang sama. Kakak aku ada bf dah. Ada warung sendiri. Selalu balik kul 2 pagi. Workaholic. Mak ayah kitorg dah kenal bf kakak. Dan tahu bila bf dtg nak jumpa depan rumah dan ada kami adik beradik lain sekali. Tapi tak tahu apa pesen arwah pakcik ngintai.

Tak lama lepas tu kecohlah kakak aku ada jantan. Alhamdullilah bf dia dah pun jadik suami kakak.
Abang aku rapat dgn arwah pakcik kena tanya “kakak kau bohsia ke jumpa jantan mlm-mlm?”. Abang aku apa lagi, bengang dan malu terus bawak buku lima yg besi tu balik rumah hentak kepala kakak aku masa tengah basuh pinggan. Pecah lah semuanya termasuk hubungan mereka.

Kakak kena 3 jahitan dan buat report. Start hari tu macam-macamlah yang arwah pakcik cakap pasal kakak dekat abang sampai abang jadi percaya dan bermusuhan dengan kakak. kakak sangat marah bila abang percaya bulat-bulat apa yang orang cakap pasal dia sedangkan adik beradik patut percaya satu sama lain.

Abang pun masa tu atas pengaruh rakan sebaya, ada lah jugak curi barang kakak buat modal isap rokok. Satu sebab lagi untuk terus bermusuh. Sampai sekarang pun diorg tak bertegur langsung. kalau bertembung memang akan bertumbuk, terajang, tarik rambut tu perkara biasa. Akulah yang akan jadi orang tengah kalau diorg bergaduh, bayangkan kudrat aku apalah sgt nak leraikan sampai kadang-kadang aku sekali kena.

Susah payah mak kami nak perbaiki hubungan mereka sampai rendam dan ikat tali pusat tapi kalau dah setan kuasai diri, apalah daya, biar Allah yg buka hati mereka. Nasib baik je sekarang nie abang dah kerja jauh. Nampak tak akibat mulut, keluarga boleh berpecah dan manusia boleh berdendam sehingga terjadilah apa yang berlaku pada arwah pakcik.
Aku nak sambung tentang cerita Anne.

Untuk pengetahuan korang semua kitorg memang tahu siapa yang buat arwah pakcik. Kebanyakan orang yang berubat takkan bagi tahu siapa yang menghantar tapi dia orang akan bagi hint. Mula-mula kami tak percaya sampailah orang tu bagitahu ciri-ciri rumah kediaman orang yang menghantar dan apa pantang dia terhadap keluarga arwah pakcik. apa yang diberitahu orang yang menghantar ni memang tak boleh dekat dengan keluarga arwah atau masuk ke rumah atau bercakap langsung.

Dijadikan cerita, isteri Hamba Allah ni pun pernah cakap kadang-kadang bila suami dia balik tiba-tiba nak makan dalam kuantiti yang banyak dan sejam kemudian ada orang lain ketuk pintu rumah rupanya suami dia baru sahaja balik tapi siapa yang makan tdi??? Bila tidur mlm, suami dia nampak sgt hitam dan asyik ajak ‘bersama’. Pernah jgk isteri dia ckp pregnant tapi tak jadi, mcm hilang gitu je dlm perut. Dan mesti korg dah tahu kan hamba Allah nie lelaki? Yg Anne bgitahu aku hamba Allah selalu bawak anak sulung lelaki dia utk tuntut ilmu. Jadik tak salahlah yg dia mmg nk keluarga arwah pakcik m**i atau semua terhapus, kiranya bila dia m**i, anak-anak dia akan sambung legasi. Kesemua anak-anak dia 5 orang tu ada penjaga. Teruk kan? Pada aku sangat teruk. Kalau pun tak suka boleh dia cakap depan-depan tak payah sampai nak menghantar. Inilah melayu. Dengki, dendam, mulut, kadang-kadang sebab harta pun boleh menghantar.

Bulan lepas Anne baru sahaja lepas bertunang. Masa majlis, anak-anak hamba Allah nie keluar masuk hantarkan makanan kt ayah diorg. Tpi pelik kenapa tak ambil sendiri sedangkan sekangkang kera je. Tiba-tiba Anne luka masa pegang penyepit mee. Baru je pegang! D***h keluar membuak-buak macam kena tikam, tak berhenti sampai kena balut kain yg byk. Sepupu kitorg yg lain yg perasan salah sorg anak hamba Allah bru lps pegang penyepit tu lama.
Kadang-kadang anak sulung dia ada bagi makanan tp Anne cuak sebab sungguh-sungguh anak dia suruh makan. Kt keluarga aku pun ada. Tpi Anne pesan buang. Sekarang Anne ckp hijab dia dh mula kabur. Mungkin sebab dlu niatnya untuk arwah ayah kan. Anne ada ckp bukak hijab nie sgt sakit. Bayangkan hari-hari nampak hantu mcm-mcm jenis. Paling sakit bila nampak belaan hamba Allah yg ‘b***h’ ayah sendiri tpi tak boleh nak balas semula, hanya mampu melawan. Belaan hamba Allah ada byk. Ada budak kecil dlm umur 5 tahun. Ada nenek tua. Ada pontianak. Itulah yg Anne bgithu setakat nie. Yg hantu lain tu just menjelma suka-suka. HAHAHAHAHA.

Aku rasa nak lempang je Anne time dia ckp mcm nie. Yg paling seram nenek tua. Kadang-kadang nampak dia jauh, bile dia thu Anne nampak, dia tiba-tiba depan mata dgn muka hodoh bengis dan mulut penuh d***h hitam. Dan kata Anne nenek dgn pontianak tu dari lps arwah ayah dia meninggal, asyik cuba nak damping. Yg budak tu tugas dia jengah keluarga lain yg tolong keluarga Anne.

Dulu Anne ada cerita masa sekolah buat camping kat hutan. Mcm-mcm hantu dia jumpa. Tpi bestnya semua hantu tu thu yg dia nampak, pandai pulak tu dia dtg dkt. Kadang-kadang ada juga dia tiba-tiba diam lepas tu merengus kasar, rupa-rupanya benda alah tu ada dekat belakang aku. Muka dia berubah jdik bengis gila. Mata hitam besar. Bila aku tanya kenapa, dia merengus. Masa tu mmg meremang bulu tengkuk aku, sebab makcik ckp dia tgk blkg aku. Kau rasa ape aku nk rasa time tu?? Benda tu nak jgk kt Anne nie. Selagi Anne boleh lawan, dia akan lawan. Tak thu bila nak habis. Kami saudara mara nie mmg dh biasa dgn benda alah belaan hamba Allah nie. Selagi tak tunjuk muka kau kan? Kalau dah tunjuk, tak thu lah tanah mana kami nak redah. HAHAHAHAHA.

Gaiss, amalkan ayat kursi selepas solat, keluar rumah. Itu pendinding kuat. Kalau tiba-tiba meremang, benda tu ada, kau cuma kena tenang sebab kau tak nmpk, baca ayat kursi. In shaa Allah ia akan lindungi kau. Jgn takut, benda tu thu. Korg mesti fikir ckp mmglah senang tp aku dh kena, so aku ajar apa aku selalu buat je. Even dah biasa, kadang-kadang lemah jugak hati nie. HEHEHEHE.
Nie lgi satu cerita, last 2 years mak ayah aku berubat jugak, org berubat tu ckp ada 3 pasangan tak puas hati dgn mak ayah aku. Masa tu aku agak hamba Allah tu tp fikir balik isteri dia tak bersekongkol. Then aku tanya Anne, Anne ckp isteri dia dh kena penunduk, makanya dah joint venture sekali. Dah confirm pun hamba Allah tak puas hati dgn mak ayah sebab tolong keluarga Anne dan tak boleh tgk keluarga kami senang. Dua lagi sebab tanah pusaka dan dengki. Haishh. Mcm-mcm hal. Jumpa serpihan pisau cukur karat, paku kecil karat kat bahu dgn pinggang. Mak aku lah yg ajar benda-benda mcm nie kita lawan je, jgn lemah. Bila kita lemah, musuh lagi suka. Pegang pada Allah. Setiap yg berlaku ada hikmah dan ganjaran.

Lastly, aku nak bagitahu, sebenarnya hamba Allah tu selang dua rumah je dgn rumah aku dan Anne. Dan dia adalah adik ipar mak Anne, kira biras arwah pakcik. Kelakar kan?. Kami kena hadap dia setiap hari. Sebab tanah yg kami duduk tu tanah pusaka dan ada nama masing-masing. Dkt pun kena, kalau pindah pun sama jugak kena. Semoga hamba Allah dpt hidayah dan bertaubat. Ringkasan cerita, Anne buka hijab umur 17 tahun. Sekarang dia berumur 23 tahun. Punya salun rambut utk menyara ibu dan dua beradik yg cacat. Sumbangan JKM cuma rm600 sebulan utk dua yg cacat. Korg boleh bayangkan betapa perit hidup Anne bila kena tepis ‘penyakit’ dan kena jadik tunjang keluarga. Doakan yg terbaik utk Anne gais. Doa kalian biar Allah yg balas. Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
shafiraamin

50 thoughts on “Dendam kerana mulut 2”

  1. Ehh..tadi nampak komen mama..suru balik kata nya..tapi sekarang dah hilang..adakah semua tu cuma bisikan puteri bunian ..omg

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.