Dendam Neraka

Adaptasi kisah benar dan fiksyen

Aku Rasian, seorang wanita muda yang melalui saat kedukaan. Tahun 2000 ku kehilangan cinta seorang lelaki yang amat ku sayangi iaitu ayah ku. Aku amat menyayangi ayah tetapi apa kan daya takdir Allah telah tetapkan dia akan pergi dahulu sebelum aku.

Aku mengenali seorang lelaki bernama Azwan. Dia merupakan seorang bekas pelatih di tempat aku menjadi tenaga pengajar. Aku seorang pengajar untuk kelas biologi.

Ketika aku menjadi tenaga pengajar di sana aku tidak mengenali siapa Azwan malah aku tak ambil peduli.

Satu hari aku menerima pesanan ringkas di akaun FB.
” Assalamua’laikum apa khabar awak?” Seorang “stranger” memberikan salam.

” Waa’laikumsalam, ya ada apa tu yang boleh saya bantu?”
Sudah menjadi kebiasaan ku menjawab soalan daripada pelatih-pelatih dahulu.

Penjaga ku berbisik pada ku, “Beringat sebelum terkena”.

“Arghhh! Apa pula ni sibuk nak jawab PM pun nak kacau”. Aku jawab acuh tak acuh pada penjaga ku. Aku bosan bila selalu diingatkan dengan perkara remeh temeh.

Azwan mula mengenakan jarum halus kasanova nya. Aku yang pada mulanya memang tahu permainan nya, akhirnya terjerat dengan kata kata manis Azwan. Kegilaan apakah semua ini. Mempercayai kata-kata seorang lelaki jalang! Tapi itulah hakikatnya.

Perkenalan yang singkat telah membawa kepada banyak pertemuan. Aku tidak lah bodoh sangat untuk keluar berdua di luar. Aku tahu idaman dia hanya lah tubuh ku.

Dia datang ke rumah ku. Bertemu dengan kedua ibu bapa ku. Dia pada zahirnya seorang yang baik. Tetapi bersikap jalang.

Walaupun di rumah ku perangai jalangnya tetap sama. Menggoda ku untuk tidur bersama dengan nya. Bodohnya aku jika aku korbankan diri untuk seorang kasanova. Tapi aku juga tidak bodoh dalam permainan nafsu jalang nya. Aku akan tamatkan permainan dia lebih awal tanpa sempat dia nak melakukan perkara yang lebih bukan bukan pada diriku. Dia bernasib baik kerana aku tidak potong saja kemaluan nya saat dia keasyikan dalam kelalaian.

Satu perangai Azwan dia suka meminjam wang daripada ku. Tak lah banyak sekali pinjam tapi bila aku kira, amboi dah banyak juga total nya.

Dia masih menabur janji manis dan aku juga masih terpedaya dengan nya. Katanya akan masuk meminang dan berkahwin. Tiba tiba aku dapat berita dia akan bertunang.

” Awak baik jelaskan pada saya apa dah jadi?” Aku menyoalnya bodoh.

“Awak semua ni pilihan keluarga saya tak tahu apa-apa, saya tahu tahu saya akan ditunangkan”. Jawapan paling sial aku pernah dengar.

Saat itu hanya air mata sahaja mengalir. Menitis kerana mempercayai kata-kata seorang kaki perempuan. Dan rasa bodoh nya percaya pada setiap kata kata bodoh nya.

Kenapa aku tahu dia kaki perempuan? Sebab dia ni jujur. Teknik seorang kaki perempuan mereka ni jujur. Bagitahu kelemahan diri pernah tidur dengan berpuluh orang perempuan. Anak gadis dan isteri orang. Paling cilake perangai sampai kan dia sanggup bagitahu dia ada anak luar nikah dengan isteri orang.

Selain sikap jujur kaki perempuan pandai memujuk merayu dan kata kata mereka terlalu manis. Ibarat bila cakap dengan kita perangai macam malaikat Rahmat tetapi hakikatnya perangai dia tak ubah jin toncet satu. Huh!

” Kak okay ke ni?” Husna seorang rakan ku bertanya.

Air mata ku mengalir saat ku melihat majlis pertunangan Azwan dan tunangnya. Paling tak kelakar dia turut menggunakan kamera ku untuk majlis pertunangan tersebut.

Kini setahun telah berlalu. Aku tak ambil peduli sedikit pun tentang dirinya. Cuma kadangkala rasa dendam masih ada. Dendam kerana dipermainkan nilai kepercayaan diri.

” hi awak!” Inbox PM ku buka. Asing tidak biasa.
“Siapa pula ni?” Getus hatiku.

“Tak akan awak tak kenal Azwan ni.”

“Ermmm, nak apa lagi?”

” Nak bayar hutang awak,” katanya seolah olah meraih simpati.

Aku fikirkan setelah dia berkahwin pasti dia telah berubah. Aku pun menerima dia sebagai kawan. Bodoh kan aku? Aku memang mudah menerima kekurangan diri orang lain. Terlalu mudah memaafkan.

Hubungan kami masih baik seperti kawan biasa sehingga lah satu hari dia mula masuk jarum semula. Cuba menggoda ku. Aku makin tak faham. Perhitungan apa yang masih belum selesai sedangkan dia telah ada sebuah kehidupan yang baik.

Aku makin sakit hati. Dah la tiba tiba ada seorang lelaki asing bertanya soalan kalau orang ajak seks awak terima ke. Kenapa sial sangat perangai lelaki ni. Aku makin sakit hati. Saat kemarahan aku meluap penjaga ku mula menghampiri.

” Kau sendiri cari pasal kan dah terkena!” Satu suara berbisik pada ku.

” Arghhh!! Aku tahu lah nak jaga diri aku!”

” Kau nak aku tolong kau? Aku tahu caranya”. Tawaran yang baik. Fikirku sambil tersenyum melihat cermin. Ya penjaga ku adalah aku!

Gambar Azwan dan isteri nya telah ku letak didepan dupa. Aku membakar satu bahan yang baunya cukup wangi tapi menyengat hidung. Bilik ini cuma ada sebuah keris lama dibuat daripada emas dan besi. Sangat halus buatannya. Aku temui di sebelah tubuhku saat aku bangun daripada tidur semasa aku masih remaja. Keris itu bernyawa. Aku akan mandikan nya dengan darah ayam hutan berwarna hitam setiap kali malam Jumaat Keliwon. Jika tidak keris itu akan mengganggu ku. Tetapi bila dijaga habuan nya aku akan dapat meminta pertolongan.

Ya aku hanyut dalam dendam kesumat dan paling bodoh aku hanyut dalam kegilaan yang panjang.

Di hadapanku ada dua ukiran kayu. Kayu ara yang aku cari pada sebuah ohutan melintang. Syaratnya, kayu ara itu mestilah dipotong dengan sebilah pisau dibuat daripada tulang manusia.

Kayu berbentuk patung itu aku letakkan gambar Azwan dan isterinya.

Aku berfikir kenapa isterinya pula. Kemudian aku berkata, “Kasihan jika Azwan sahaja yang sakit nanti, isterinya risau lebih baik dia turut derita. Tempat isteri kan di sisi suami.”

Sambil tersenyum aku meneruskan upacara memuja roh dan mantera.

” Abang kenapa dengan abang ni? Lain je sayang tengok muka cengkung.” Lynn bertanya pada suami nya.

” Argh, tak ada apa-apa lah kau bising buat apa!” Azwan merengus kasar pertanyaan isterinya.

Lynn terkejut melihat perubahan suaminya. Hairan dia kerana kebelakangan ini sikapnya berubah. Menjadi pemarah dan pendiam. Balik kerja, terus berkurung dalam bilik bacaan.

Azwan makin bingung fikiran setiap hari memikirkan seorang demi seorang wanita yang pernah dia rosakkan. Setiap hari ada sahaja bayangan menakutkan di hadapannya. Dia asyik memikirkan Rasian.

Rasian khasrar gadis yang telah diperdaya hatinya. Entah ke mana gadis itu pergi setelah kali terakhir dia hanya mendapat salam perpisahan sahaja.

Rambutnya kini makin teruk gugur. Setiap hari hampir botak rambutnya kerana sekali disikat penuh hitam sikat dengan rambut.

Prestasi kerja menurun. Tidak mahu bercakap dengan isterinya. Setiap hari dia lebih suka berkurung di rumah sahaja.

Lynn terkejut melihat darah keluar daripada kemaluannya. Darah yang sangat banyak. Dia rebah di ruang tamu. Tanpa sempat untuk memanggil suaminya.

Rasian setiap hari rutinnya adalah masuk ke bilik rahsia. Memuja dan terus menyakiti pasangan suami isteri. Kasihan sudah hilang. Dendam menjadi permainan hariannya.

Hari ini dia perlu tamatkan segalanya. Dia meletakkan banyak ulat sampah dia atas kedua-dua patung di dalam talam beralas kain kuning. Diletakkan di sisi patung sebilah pisau.

Lynn terkejut melihat terlalu banyak ulat sampah di sekitar tubuhnya. Dia bangun daripada lena akibat keletihan. Dia terkejut kerana dia merasakan banyak darah keluar namun begitu setitik pun tiada. Tetapi kini sekeliling dirinya banyak ulat sampah. Menguis-nguis macam cacing kepanasan. Jumlah nya sangat banyak. Dia ingin berlari keluar, tiba tiba pintu rumah tertutup sendiri.

Ulat sampah ini saiznya besar warnanya seakan akan kuning kemerahan. Lynn berlari terus ke atas kerusi. Dia dapat mendengar bunyi ulat ulat sedang meratah sesama sendiri.

Di dalam bilik Azwan sibuk membuang ulat ulat yang memakan daging nya. Dia memotong semua ulat yang nampak ditubuhnya. Dia potong dan hancurkan. Puas hati! Getus hati Azwan. Tapi keadaan makin teruk bila semakin dia buang semakin banyak ulat sampah memamah tubuhnya.

Azwan menyiat kulitnya tanpa rasa sakit. Dia dah hilang rasa sakit. Kerana sudah habis hancur kulitnya. Darah menitis dan mengalir di sekitar tubuh. Dia seolah-olah tidak sakit dan sedar langsung. Sebenarnya tiada ulat pun di tubuhnya. Hanya illusi matanya ditutup oleh sihir.

Pisau ditangannya umpama penggaru pula, sedikit demi sedikit Azwan mengikis daging di sekitar muka, kepala dan seluruh tubuh. Daging nya berguguran jatuh hasil hirisan tangan nya. Darah pekat menyembur keluar mengalir deras saat dia menghiris agak dalam hingga ke urat darah. Tanpa disedari dia telah mengelar lehernya sendiri. Kerana dia merasakan ada ulat sedang memakan daging lehernya. Sekali lagi darah merah hangat terpancut keluar membasahi sudut kaku bilik. Bau hanyir yang hamis naik semerbak memenuhi ruang udara. Akhirnya dia sendiri menjadi korban. Terkulai dalam dendam kesumat dan akibat perbuatan dia sendiri.

Jiran tetangga mula menyedari kehadiran makhluk lalat yang banyak di luar rumah. Pintu juga tidak tertutup. Mereka masuk dan mendapati Lynn sudah nyawa nyawa ikan di atas sofa. Menjerit jerit ulat ulat bila jiran tetangga cuba mengambil dirinya. Lynn sempat dibawa ke hospital. Namun emosi nya sudah tidak stabil. Dia tidak ingat sesiapa pun waima ibubapa nya.

Paling mengejutkan apabila jiran tetangga menemui Azwan yang mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik bacaan. Ulat ulat telah memakan dirinya. Bau sangat meloyakan rongga tekak.

Inspektor polis Carlito telah membuat satu laporan bahawa kes kematian arwah Azwan adalah bunuh diri dan isterinya pula tidak siuman.

Rasian khasrar melihat berita di dada akhbar dengan senyuman puas. Dendam nya kini telah dibalas. Siapa yang berani mengacau dirinya nantikan akibat daripada penjaga nya.

” Bagus kau sudah tahu akan kuasa kau sekarang, jangan lupa santapan ku nanti” bisik suara garau pada Rasian.

“Aku tahu tugasku, selagi aku hidup kau akan ku jaga!”

“Terima kasih kini dendam ku terlerai sudah” sambil tangan kecil Rasian memegang pisau tajam memotong leher ayam hutan. Percikan darah ayam berbau manis. Rasian menjilat darah tersebut. Mata nya kini kemerahan.

Sekian terima kasih.

Kisah ini hanyalah ilusi saya seorang penulis. Tiada kaitan dengan mana mana pihak yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semoga kita mendapat pengajaran dendam tak akan menyelesaikan semua pekerjaan malahan menjadi hamba syaitan. Tuntutan nafsu juga tak pernah nya berakal. Kawal dan didik lah nafsu pada jalan Allah. Tiada sesiapa pun tiada nafsu waima budak. Tetapi pelihara supaya kita tidak menjadi tak ubah seperti haiwanis.

Mohon maaf kisah tak seram.

#takpernahtaksayang

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

rasiankhasrar
rate (4.36 / 14)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

22 Comments on "Dendam Neraka"

avatar
Manchego
rate :
     

.

Yibo
rate :
     

best ! 🙂

InspNrlaa
rate :
     

Wow

wpDiscuz