Assalamualaikum semua pembaca fiksyen fasha, kisah yang aku nak kongsikan ini adalah kisah benar yang telah terjadi pada keluarga aku sendiri. Kisah ni bermula pada 5 tahun lepas dan berlarutan hingga kini. Aku nak ceritakan bagaimana ia bermula dari sebuah dendam hingga hampir ke maut mendatang.
Ayah aku bernama pak mat sememang nya seorang yang rajin bekerja. Sentiasa berusaha memajukan diri sendiri dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga tersayang. Kami sekeluarga berasal dari felda di N.Sembilan. Ayah seorang peneroka felda, di mana ayah memiliki ladang kelapa sawit dan sebiji lori, semua nya di uruskan sendiri oleh ayah. Dari membaja, memetik buah dan menjual buah dengan menggunakan lori sendiri. Pada masa lapang ayah akan mengambil upah dengan bekerja sampingan iaitu mengambil upah memotong rumput atau meracun rumput di kebun atau dirumah orang kampong. Hasil kerja ayah memang tip top, mesin rumput semua bersih, kalau orang suruh racun rumput pun memang rumput semua m**i. Takde tipu tipu orang. Racun pun jenis berkualiti iaitu rondap. upah pun memang murah2 jer. Ayah masih mengekalkan harga lama Di kala orang ramai naikkan harga mesin rumput dan meracun mengikut harga semasa dan kenaikkan harga barang. Niat ayah untuk bersedekah di samping buat kerja mencari rezeki, tapi siapa sangka tu semua disalah ertikan dan ada mata yang memandang dengan penuh dendam.
Lima tahun yang lepas adalah merupakan tahun di mana abang aku bakal berkahwin. Sememang nya setiap ayah mengimpikan majlis perkahwinan anak mereka berjalan dengan lancar. Semakin dekat pada hari perkahwinan abang, semakin banyak kerja sampingan yang diterima oleh ayah. Setiap hari ayah akan mengambil upah meracun rumput atau memesin rumput. Semakin banyak kerja diperolehi semakin penuh dendam kesumat si dia. Satu hari itu, selepas subuh, ayah nak turun bekerja seperti biasa, tapi satu kejadian telah berlaku di mana pam racun ayah telah dicuri. Tergambar wajah kesedihan ayah kala itu. Memikirkan perkahwinan abang yang akan berlangsung tidak lama lagi dan dengan satu2 nya sumber peralatan bekerja bagi menambah pendapatan ayah yang telah hilang.
Pagi tu pam racun hilang dan tengah hari tu juga ada tetamu yang tidak diundang datang ke rumah. Pada Sekitar tengah hari tiba2 ada yang memberi salam.
Assalamualaikum mat, dengan cerita pam racun kau hilang. Tegur pak abu iaitu jiran tetangga kami. Ayah aku kehairanan kerana kami sekeluarga belum bercerita pada sesiapa lagi tapi macam mana dia boleh tahu. Pak abu datang menghampiri ayah dan bersembang serta terus menasihati ayah aku agar berhati hati menyimpan barang beharga. Jangan letak ditempat yang orang boleh Nampak dan mudah dicuri. Dan mungkin juga pencuri dah lama memerhatikan pam racun ayah itu. Itu lah kata2 nasihat pak abu. Ayah mengambil kata2 itu sebagai pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri agar lebih berhati hati selepas ini.
Selepas kepulangan pak abu, mak aku terus ke rumah tukang ubat tradisional. Makcik tu ada satu kelebihan di mana dia boleh melihat apa yang terjadi sebenarnya. Makcik tu telah bagi gambaran yang orang mengambil pam racun tu adalah jiran yang tidak jauh dari rumah aku sendiri, waktu kecurian sekitar jam 3 pagi dan orang tersebut memakai topi yang hampir menutup mata. Mak aku terus bertanya kenapa orang tu mencuri. Kerana mak aku hampir mengesyaki siapa yang telah mengambil pam racun ayah. Ini kerana orang yang mak aku syak memiliki pekerjaan yang hampir sama dengan ayah aku iaitu meracun rumput dan die sendiri memiliki pam racun. So knapa nak mencuri. Betul tak?? Tapi makcik tu kata niat dia bukan untuk mencuri dengan menggunakan pam racun tersebut tapi dia mengambil dengan niat agar ayah tidak dapat bekerja lagi apabila tiada alatan untuk meracun rumput. Sesungguh nya dia dengki hanya sebab ramai orang suke mengupah ayah untuk melakukan kerja meracun dan memesin rumput. Niat dia agar rezeki ayah terhenti. Macam tu la manusia yang busuk hati. Dan untuk pengetahuan korang, rumah pak abu dekat la sangat dengan rumah aku. Hanya selang sebuah sahaja. Mak dan ayah betul2 kecewa kerana tu lah orang yang paling dipercayai dan dia hanya berpura pura mengambil berat sahaja selama ini bagi sesama jiran. Yang buat mak aku marah sebab dah la die yang curi. Pastu bodoh2kan ayah aku dengan bagi nasihat bagai.
Cerita kehilangan pam racun ayah semakin tersebar meluas. Ramai yang bersimpati, dan secara kebetulan pada satu hari jiran sebelah aku Nampak pam racun ayah aku ada dekat rumah pak abu ni. Jiran aku memang pasti itu adalah pam racun ayah aku kerana dah bertahun ayah aku gunakan pam racun tu sebagai sumber pendapatan sampingan kami sekeluarga. Memang sekali tengok, orang dah tahu tu ayah aku punya. So selepas dari tu, tersebar lagi cerita pak abu yang telah mencuri pam racun ayah aku. Dan ramai juga yang muncul mengatakan sebelum ni rumah mereka pun pernah kehilangan barang dan orang yang sama mencuri. Senang kata dari kes ni, memang pak abu betul betul malu sekerluarga. Dia berkata yang die tidak mencuri tapi kan kalau betul, kenapa tidak datang ke rumah kami dan bertanya. Kenapa diam membisu. Hari demi hari pak abu menyimpan dendam yang kuat. Sebenarnya bukan rumah kami je pernah di curi tapi banyak lagi rumah dah. Pak abu memang tiada sumber pendapatan yang tetap. Tong gas orang pun boleh di curi. Dah sah2 tong gas tu ada tanda pemilik. Pergi kenduri rumah orang pun die boleh selamba ambil minyak, susu dan gula yang orang sedekah kan untuk pihak rumah pengantin. Aishhh macam2 hal pakcik ni. Ini cerita 5 tahun lepas. Dan selepas 5 tahun bermula nya dendam yang dilaksanakan yang hampir membawa maut ayah dan mak aku. Iaitu tahun 2018. Merupakan titik permulaan bagi cerita ini. Aku submit cerita ni dulu dan esok aku submit lagi macam mana ayah aku dituju, dan macam mana banyak nya muncul pocong, hantu raya dan pelbagai lagi disekitar rumah aku
Tak sabar nie
cepat cepat.. aku suke cerite cerite macam nie..
Teruskan
cepat buat sambungan..best cerita ni
Laaa itu intro ke?
Adoi intro pun dah best!
Felda mana penulis duduk? Rumah pak abu lot brapa?nama dia deris eh?
xkan abu deris namanya…?
Alaa baru nak feel alik2 intro huhu.. Takpe2. Cepat2 sambung x sabau nk baca
macam tue pnye peragai pun ade ker..hadoiiii..
Ada siapa2 yg sebut nama pakcik td?
saya pak abu!
bg balik pam racun dia pak abu!!!!..
keep it up! sambung cpt ye
Pergh intro pun da best
Tgh stim baca, habis pulak…ah doi haiii
Adoiii….cepat wei..
Ok mama dah tak sabar ni tggu smbungan citer seterusnya… Jgn lama sgt2 yea..
Bahaya kalau duduk sekmpung dgn org mcm pak abu ni…
Kenapalah x nyah je org yg berhati busuk ni.. fedup dgn org cmni…hmmm
bila nak update sis………….
dua Tahun Menanti Sambungan Cerita,akhirnya tiada jawapan,hidup lagikah penulis cerita ni?