Dengki Hayat

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS dan terima kasih kerana sudi membaca kisah aku ini. Dulu aku pernah menulis kisah seram aku dalam FS ni. Hari ini aku terdetik untuk menulis satu kisah atau pengalaman aku bersama kawan baik aku yang aku dah anggap macam adik beradik dah. Kisah yang ingin aku ceritakan ini mungkin boleh jadi seram mungkin boleh mengeluarkan air mata, jadi aku minta maaf awal-awal. Kisah yang aku nak ceritakan ini kisah benar yang terjadi dekat aku.

Kisah ini bermula sekitar tahun 2018 pada bulan Jun, aku Bersama sahabat baik aku nak pergi Terengganu jalan-jalan makan angin, masa tu kami bertiga aku, padiq, dan faris teringin nak minum air buah gelas besar di Terengganu. Kami biasa pergi tak plan biasa kalau plan ni tak jadi. Ramai yang setuju dengan aku betul tak? Tak kisahlah ada 2 ringgit dalam beg duit kita jalan je kita kasi redah. Faris ni kerja di Sarawak, jadi dia balik cuti kita jalan je la kan. Sepanjang perjalanan kami bertiga borak Panjang sampailah kemalam hari sebab masa tu pergi lepas asar dah sebab kedai air buah tu buka pukul 6 petang macam tu.

Dalam kami berborak kawan aku ni adalah bagitahu yang dia macam kena gatal-gatal. Awal-awal aku tak perasan

Aku : kenapa tangan kau macam tu, macam kena kurap macam terbakar je kulit kau tu?
Faris : entahlah aku pun tak tahu, tapi dah pergi klinik ambil ubat dah, dah kurang sikit dah ni *sambil menggaru tangan dia.
Padiq : penyakit kulit kot. *sambil memerhati cermin belakang.

Masa ni aku tak tahu apa lagi pasal kena buatan orang ke, santau ke apa. Cuma aku fikir mungkin penyakit kulit la kot sebab aku pernah kena dekat perut, macam tu la juga lebih kurang.

Bulan 9 Faris balik lagi bercuti sebab semangat nak tengok bola, dia ni die hard fan TRW tambah-tambah piya memang dia minat kaw-kaw la senang cerita. Macam biasalah kami bertiga akan keluar awal dari rumah sebab boleh santap mcD dulu, kami ni memang hantu sikit dengan mcD kalau hantu tengok kami makan, hantu tak mengaku dia hantu. Nak dijadikan ceritanya, kami dah siap beli tiket bola untuk 3 orang dah, masa tu hujan turun tak lebat, kiranya kalau duduk dalam stadium tu boleh lagi pakai kotakkan. Tiba-tiba Faris cakap,

Faris : eh korang, perut aku masuk anginlaa. sambil pegang perut 1 pak dia
Aku : macam mana ni ris, nak masuk tak stadium ni, aku okay je kalau tak masuk? * sambil tengok keadaan sekeliling, mana tahu ada awek.
Padiq : aku pun okay jugak ni
sambil layan telefon dengan perut kenyang.
Faris : aku angina teruk ni sampai ketat perut ni. Jom la balik aku tak boleh dah ni* cuba sendawa nak buang angin.

Masa tu aku cuba pegang perut dia memang keras macam batu. lepas dah bincang semua kami pilih jalan pulang lah jawapan dia sebab takut jadi apa-apa kan. Tiket yang kami beli tu semua tinggal kenangan. Lusanya faris dah balik Sarawak sambung kerja. Masalahnya dekat kampung dia kena sakit-sakit tapi kalau balik Sarawak dia sihat je. Masa ni aku tak dapat tangkap lagi sebab ilmu dalam bab-bab ni aku kurang mahir sikit, maklumlah sekolah tak ajar.

Akhir bulan 10 aku dapat mesej yang mengejutkan aku lah, sebab kami ada whatsapp group, kalau ada apa-apa bagitahu dalam tu, aku tak tahu la pula faris balik. Tiba-tiba sampai whatsapp.

Faris : aku dalam wad ni kena tahan sebab ada jangkitan dekat paru-paru. Ada masa free datanglah
Aku : ada nurse cantik tak? Kalau tak cantik taknak pergi *seloroh aku sambil bergurau. Member paling tak guna.

Aku pergi jenguk dia dekat masa hari cuti, masa tu dia baru keluar dari wad yang duduk sorang tu, dia pindah dekat katil ramai-ramai. Aku Nampak dia dari jauh macam blur ayam, dalam hati aku cakap ni mesti pengaruh ubat. Sesampainya aku dekat katil dia dengan ada bantal penguin dia tu, aku pun tanyalah.

Aku : amacam taiko sudah oke ka?
Faris : *sambil kepala bergerak perlahan menutup segala aurat dan seraya berkata. Oke bro
Aku : oke apa macam tu? Takde pun nurse cantik
Faris : aku bosan la mal duduk dalam ni, nak je suruh kau culik aku pergi jalan-jalan, minum-minum.
Aku : bukan hospital aku ni Ris. Kalau tak dah lama aku bawa kau jalan * sambil tengok tepat mata dia.

Aku datang tu kira ayah dia boleh keluar jalan-jalan kejap makan angin dekat luar, pergi rehat sebab dekat seminggu ayah dia teman dalam wad jaga dia. Aku sempatlah borak dengan ayah dia. Ayah dia cakap masa Acik baca surah yasin badan dia jadi panas semua macam ada bendalah. Sebelum dia masuk wad ni pun acik dah banyak bawa pergi perubatan islam tapi tak boleh juga. Masa ni aku dah syak ada benda tak betul dah. Mungkin ustaz tak power kot *getus hati kecil aku.

Tiba- tiba nurse sampai dekat katil dia sebab kena pindah katil. Mungkin ada orang baru nak masuk kot. Aku pimpin dia jalan pergi tempat baru sambil pimpin juga bantal penguin dia. Dalam hati aku cakap * macam mana nak jalan bro kalau kau macam ni pergi jamban pun orang pimpin apatah lagi nak suruh aku culik.

Selang seminggu lepas tu dia balik rumah sebab dia minta nak balik. Bosan teruk agaknya kan. Aku pergilah rumah dia nak melawat. Alangkah terkejutnya aku bila tengok dia yang duduk atas kerusi dengan kurus kering macam tak makan sebulan. Aku tanya ayah dia.

Aku : kenapa ni cik sampai boleh jadi macam ni?
Ayah Faris : dia tak lalu makan dah ni, tengok kaki dia makin bengkak dah tu. Dia batuk keluar d***h semua dah.
Aku : cuba cik cerita dekat saya hal sebenarnya.

Ayah dia cerita dekat aku, yang Faris ni dah pergi hospital dekat sana, sebab perut dia selalu masuk angin semua, bila check doktor cakap takde apa-apa pun, jadi dia ceritalah dekat ayah dia semua. Ayah dia suruh balik hari tu juga. Sepanjang tempoh nak balik tu, tiba-tiba kaki dia bengkak dan berat macam ada benda taknak bagi dia balik. Perut tiba jadi busung. Sampai KLIA dia tahan sakit tu, tapi tak sempat nak naik flight pergi Kelantan sebab dah tak larat sangat dah. Jadi abang dia ambil dia dekat klia bawa balik Kelantan. Seminggu berubat dan jawapan semua sama, orang tempat kerja dia dengki dengan dia atas alasan kawan aku ni bagi banyak kerja dekat dia. Aku kenal kawan aku ni macam mana, marah pun tak pernah apatah lagi nak buli orang. Ustaz tu cakap tuan jin nak kawan aku m**i. Yang penyebab kawan aku kurus mengejut tu sebab bila makan dia muntah balik.

Yang bengkak di kaki dia tu jin taknak keluar, yang dekat perut dah oke Cuma dekat kaki je tinggal sisa baki yang degil. Korang tahulah luluh hati aku tengok kawan aku macam tu. Dari seorang periang sampai melepek macam tu di buatnya. Sempat juga aku borak dengan dia sambil mak dia buat air. Dia kenal aku, orang lain dia tak cam dah. Ingat tak ingat.

Aku : ris, macam mana oke tak?
Faris : macam ni la aku mal. *sambil batuk keluar d***h.
Aku : solat tak ris? Jaga solat in sha ALLAH, ALLAH bantu kau.
Faris : aku larat aku solat mal.

Bergenang air mata aku masa taip ni nak diingat masa tu, korang kalau ada sahabat baik jadi macam ni mesti korang rasakan apa aku rasa. Lagi sakit dari putus cinta.

Seminggu lepas tu, akan terima whatsapp call pukul 1 pagi lebih kurang macam tu, aku tengok skrin nama dia. Dalam hati aku cakap mungkin dia tersalah call kot sebab esok aku kerja. Sekali lagi telefon aku berbunyi, terus aku angkat. Dia cakap “Mal jom keluar jalan-jalan bawa aku pergi mana-mana, aku nak ayah aku tidur, dia dah lama tak tidur tu” . Aku terus tak fikir Panjang, start motor terus pergi rumah dia. Masa aku sampai dia dah dalam kereta, ayah dia bawak dia masuk dalam kereta. Ayah dia tanya nak pergi mana, aku cakap bawak jalan je mana Acik janji dia selesa.

Aku bawalah dia jalan dari Tanah Merah sampai Kota Bharu, sepanjang aku bawa kereta dia muntah d***h tepi aku, aku cakap dekat dia, kau kena kuat ris, jangan lemah., kau kena lawan benda tu, dia cakap oke Mal aku lawan. Aku dah tak tahu nak minta tolong sape dah. Kau je ada dengan aku. Ni sambil aku bawa ni kau tidurlah Ris, kau pun dah lama tak tidur. Sepanjang perjalanan dia tidur, terjaga sebab batuk keluar d***h. Masa aku bawa kereta aku nampak macam-macam tepi jalan, tapi aku tak cakap dekat dia. Aku memang jenis tak kisah dengan menatang ni. Kami jalan sampai pukul 5 pagi. Sesudah sampai rumah aku pimpin dia masuk rumah sebab kaki dia bengkak luar biasa. Letak dia dekat kerusi dia selalu duduk.

Aku : macam mana Ris, oke tak tidur tadi, air aku beli tadi tak payah bayar oke. *kami singgah 7e beli air.
Faris : lega sikit Mal dapat tengok ayah aku tidur kejap takpe dah.
Aku : kau kena kuat kali ni ris, janji dengan aku oke? Lepas ni kau sihat kita pergi jalan-jalan tau. Jaga solat tu tau.
Faris : oke bro aku janji aku kuat.

Bila dia balik rumah sakit dia makin parah. Aku tak tahu tu santau apa. Tapi kejamlah sampai macam tu kau buat dekat kawan aku, hari tu juga aku benci dengan keturunan tu. Sampai sekarang aku doa biar ALLAH balas apa budak tu buat. Jangan bagi aku jumpa Pontianak ke, pocong ke semua jenis hantulah memang aku tendang, memang aku kejar. Sial punya makhluk.

Masa kau nak balik tu, aku sempat salam, masa aku salam dengan dia, aku dah tak rasa apa-apa dekat tangan dia. aku Cuma kuatkan hati aku, berdoa kawan aku sembuh.

Seminggu lepas tu, kawan aku yang aku dah anggap macam adik beradik pergi menghadap penciptanya ALLAH S.W.T dekat hospital dalam keadaan tidur. Ya ALLAH aku tak tahu nak cakap apa masa tu sebab aku lah kawan terakhir dia cari yang dia ingat. Hari tu juga aku nak balas balik apa dia buat dekat kawan aku, tapi kawan-kawan pesan biar ALLAH yang balas, korang tak tahu sakit hati, benci aku dekat budak tu macam mana tapi sebab fikir kita ada ALLAH ada agama kita kena kuat. Masa kebumi arwah Faris, aku peluk ayah dia kuat-kuat cakap dekat dia takpe cik dia dah tenang dekat sana, dia pergi syahid.

Malam tu juga aku mimpi dia, kami jalan-jalan dekat persisir pantai, sampai satu masa tu aku tengok dia dalam masjid senyum dekat aku, tapi aku tak boleh masuk dah. Ya ALLAH kau tempatkanlah sahabat aku Faris ditempat orang yang beriman.

Maaf aku tak boleh teruskan dah, moga kisah ini menjadi tauladan pada semua, sebelum kita buat apa-apa letaklah ALLAH nombor satu, bukan nafsu. Kuatkan iman kita, jangan rapuh sebab ALLAH selalu bersama kita.

AL-FATIHAH
1991-2018
TENANG DI SANA SAHABAT AKU DUNIA AKHIRAT.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

MUHAMMAD AKMAL

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.6]

12 thoughts on “Dengki Hayat”

  1. Bajang tul perangai org dok dengki khianat sampai tergamak buat naya kt org mcm tu…kalo teman lah tak sanggup teman nk hidup selagi muka penyangak tu x dibalas blk segala kejahatan yg pernah dia buat kt kwn miker tu…balas blk bro…pedulikan apa org nk ckp…biar ht kita puas…biar kn blk mcm apa yg pernah dia buat kt kwn miker tu ..tu setan…mmg b**i punyer keturunan…

    Reply
  2. Mmg sakit bila sahabat kite pergi menghadap ilahi . Aku pernah lalui . Salam takziah semoga arwah tenang disana . Alfatihah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.