Derita Abah #2

Salam buat semua pembaca FS. Terima kasih admin FS jika kisah aku ini disiarkan sekali lagi. Kisah ini adalah kesinambungan kisah sebelum ini bagi mereka yang ingin mengetahui keadaan yang menimpa keluarga kecil aku.

Tahun 2009

Sedang kami gembira menikmati makan malam bersama keluarga tercinta dihiasi dengan gelak tawa dan gurau senda, tiba-tiba mama berlari ke sinki dapur. Kami yang sedang menjamu selera terus berhenti serta-merta. Terkejut bukan kepalang apabila melihat mama muntah d***h dan ada beberapa ketulan d***h beku. Kak Lang dan Andak (abang no. 4) terus hantar mama pergi hospital. Aku pula tinggal di rumah bersama abang dan 2 orang kakak aku yang lain untuk menjaga abah. Walaupun aku masih kecil ketika itu, aku tetap berdoa agar mama cepat sembuh.

Pada waktu subuh, aku terjaga apabila merasakan seperti ada orang yang memeluk aku. Bahagianya hati ini bila mengetahui bahawa mama telah pon selamat berada di rumah. Tapi hati kecilku masih lagi sedih bila melihat mama lemah tidak berdaya namun tetap setia memelukku. Saat aku sedang ralit menonton tv, aku terdengar perbualan kakak dan abangku tentang keadaan mama. Kata mereka, doktor cuma kata d***h tinggi mama naik tapi tiada masalah lain. Aku ingin mencelah tapi apakan daya, ketika itu aku hanyalah anak kecil yang tidak diberi peluang untuk bersuara.

Malam itu, aku diserang demam panas. Suhu badanku naik mendadak. Dalam keadaan separa sedar, aku menjerit meminta pertolongan tapi tiada siapa yang dengar. Aku melihat entiti berwarna hitam dengan tubuh badan yang terlalu besar cuba menyelinap masuk ke dalam rumah kami. Aku menangis dan menjerit namun makhluk itu tetap berjaya memasuki rumah kami melalui lubang angin. Aku menjerit memanggil nama kakakku dan akhirnya makhluk tersebut ghaib apabila azan subuh berkumandang.

Daripada apa yg berlaku terhadap mama dan aku, akhirnya Kak Lang memanggil seorang perawat yang juga kenalan lama abah untuk meminta pertolongan daripadanya. Aku memanggilnya Cik Man. Setibanya Cik Man di rumah kami, dia berbual dulu dengan abah memandangkan sudah lama dia tidak bertemu abah. Dia turut simpati dengan situasi yang menimpa abah. Kak Lang membuka cerita kepada Cik Man tentang apa yang berlaku kepada mama dan juga aku. Cik Man hanya tersenyum lalu meminta segelas air. Setelah membaca beberapa potongan ayat lalu ditiupkan ke gelas air itu, dia memberi air tersebut kepada aku. Katanya, “kita minta pertolongan daripada Allah… Cik Man hanya membantu. jangan percaya bulat-bulat pada Cik Man tapi percaya pada kuasa Allah.” Dia minta aku berselawat sebelum minum air tersebut. Rasa air itu agak payau dan sukar untuk aku menghabiskannya walaupun ia hanya sekadar air masak biasa.

Kini bermulalah sesi Cik Man untuk merawat mama. Cik Man bertanya kepada mama jika mama ada bermimpi atau melihat sesuatu yang pelik. Kata mama, dia bermimpi ada orang mencampakkan begitu banyak paku di hadapan rumah kami. Tetapi, ada seorang tua membuka payung besar ketika paku itu dicampak, maka hanya beberapa batang sahaja yang jatuh betul-betul di hadapan rumah kami. Menurut Cik Man, mimpi mama itu bermaksud orang yang menganiaya abah memang telah menghantar sesuatu yang tidak baik melalui mama. Sekiranya dalam mimpi itu, kesemua paku tersebut jatuh di hadapan rumah kami… maka mama akan m**i dan apa yang dialami oleh aku juga perbuatan orang tersebut. Orang yang berhati busuk itu menghantar makhluk hitam itu untuk menganggu keluarga kami melalui aku.

Cik Man kata dia tidak mampu untuk merawat abah kerana dia bukan tandingan orang tersebut. Dia bimbang jika dia tetap melakukannya, hanya bala yang menimpa kelak. Katanya lagi, orang itu sangat berdendam dengan abah dan tidak mahu melihat kami senang.

Aku mohon maaf andai kisah keluarga aku ini membosankan. Keluarga aku sekarang tidak lengkap kerana hanya tinggal kami 5 beradik berserta mama dan abah. Along, Angah dan Kak Fiz membawa diri meninggalkan kami setelah mendirikan rumah tangga. Walaupun mereka tinggalkan kami, aku tetap berharap agar suatu hari nanti mereka akan pulang ke pangkuan mama dan abah semula.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Nasha

7 thoughts on “Derita Abah #2”

    • tbh benda ni jadi lebih kurang 10 tahun lepas, so susah sikit saya nak recall semua tu balik. lagipon masa tu saya baru darjah 1. tapi terima kasih lah sudi baca cerita yang entah pape je ni kan☺️

      Reply
  1. Lepas kawen blah cmtu jer????
    Xde rase bersalah ke sehari2 idop lgsg x ngenangkan family yg x putus2 dilanda kesusahan musibah semua tu???
    Nauzubillahuminzalik…

    Reply
  2. Nasha..kalau awak dah lama follow FS, awak mesti perasan ada beberapa writer yg boleh ubatkan/kenal perawat utk kes2 mcm family awak hadapi sekarang..cuba la awak cari & contact, mungkin ada yg boleh membantu. Saya harap abg & kakak awak dibukakan pintu hati & diberi peluang utk kembali kpd mama abah sebelum terlambat. Just be strong & keep praying 🙂

    Reply
  3. Saya doakan semoga keluarga nasha kembali bersatu 1 hari nnt. Sabar dan terus berusaha untuk berubat. InsyaAllah. Yang penting redha akan sesuatu yg terjadi. Saya juga doakan semoga nasha 1 family sentiasa di bawah perlindungan Allah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.