Derita Dian Hanani

Assalammualaikum and hai semua khas untuk pembaca setia fiksyen shasha. Nama aku Ainnur, still young and cute. Aku nak cerita pasal kisah kawan baik aku sendiri, Dian Hanani. Cerita ni mungkin tak seram sangat dan mungkin boleh dijadikan panduan buat kita semua agar takde hasad dengki dalam hubungan orang lain.

Dian ni kawan baik aku dari sejak lahir haha. Memang sejak dari lahir sebab aku dengan dia lahir pada tahun yang sama, bulan yang sama tapi dia lahir awal bulan, aku pulak lahir akhir bulan. Ibu aku dengan mama dian pulak kawan baik sebab duduk sekampung. Dian ni cantik, putih melepak, kurus tinggi. Kira memang perfect lah sebagai seorang perempuan. Aku yang perempuan pun tak puas pandang muka dia, lagi lah lelaki. Dian ni pulak ditakdirkan kawen awal. Kawen umur 19 tahun. Orang yang dia kawen umur 25, dah ada kerja bagus. Kerja bagus sebab suami dia kerja engineer. Dian pun stay dengan suami dia dekat Johor sebab suami dia kerja and stay Johor, takkan dia dah kawen pastu tak ikut suami dia pulak kan. Haa start dia kawen, benda tak elok jadi dekat Dian.

Aku pun mula mula taktahu benda ni semua jadi dekat dian sebab dia tak cerita. Sampai lah suatu hari dia call aku sambil nangis. Suruh amek dia. Nasib baik aku study dekat skudai, so takde lah jauh mana pun skudai dengan bandar Johor. Terkejut beruk aku amek dia dengan muka lebam lebam apa semua. Sampai dekat rumah aku, aku paksa dian cerita apa yang jadi sebenarnya sebab aku tahu suami dian bukan jenis panas baran. Dian cerita yang suami dia pukul dia sebab dian landing dekat dada suami dia je. Masatu suami dia baru balik, penat penat then dian ni pun nak manja manja lah gitu. Tapi suami dia meradang. Dian cerita start dari benda ni jadi pun, laki dia dah lain. Dah tak manjakan dia, dingin je dengan dia. Perkahwinan dian baru je masuk 3 bulan. Takkan suami dia dah bosan kot.

Dian cakap suami dia kene buatan orang. Aku cakap dekat dian, “kau jangan main main dian. Boleh jadi fitnah tau”. Dian m**i m**i cakap betul. Dia takkan cakap sembarangan kalau takde bukti. Officemate suami dian sendiri wasap dian suruh bla dari life suami dia sendiri sambil cakap patutnya suami dian kawen dengan dia, bukannya dian. Okay aku gelarkan dia tira(bukan nama sebenar) jelah. Tira ugut dian nak hantar benda dekat suami dian kalau dian tak tinggalkan suami dia dalam tempoh seminggu. Aku mula mula tak berapa nak percaya sebab takkanlah ada orang macam tuh. Mana tau dia meroyan ke kene pukul kan. Tapi aku baca sendiri chat dian dengan tira. Gila punya perempuan aku cakap. Aku tanya dian bila tira chat rupanya lepas sebulan dian kawen dengan suami dia. Aku cakap “laki kau kene bawak berubat ni dian, dah parah noh sampai pukul pukul bagai”, dian kata dia buntu taktau cara nak bawak suami dia berubat macam mana. Dian solat pun suami dia terus keluar rumah sebab katanya panas lagi nak angkut suami dian ni bawak pergi berubat. Dian tanak bagitau mama dia, dian tanak mama dia risau.

Aku cadangkan dian berubat dengan nekti aku, adik kepada arwah moyang aku. Nekti pandai ubatkan orang dari jauh. Aku bawak dian jumpa nekti. Nekti mintak nama penuh suami dia ape semua. Mula lah sesi perubatan dari jarak jauh. Habis je nekti ubatkan suami dian dari jarak jauh tuh, nekti suruh dian balik rumah sebab kata nekti suami dian perlukan dian sekarang. Aku yang hantar dian balik. Memang suami dian dah ada dekat rumah sebab Honda Civic suami dia dah terparkir dekat depan rumah. Dian cakap dia takut, nak aku temankan masuk tengok suami dia macam mana. Masuk masuk je rumah nampak suami dia dah terlentang dekat dapur dengan tangan berdarah sebab glass pecah. Mungkin suami dian jatuh masa tengah pegang glass then jatuh glass pun pecah. Aku tolong dian angkat suami dia bawak pergi bilik tidur dorang. Suami dian sedar lepas dian sapu muka suami dia dengan air sambil baca sikit ayat Al Quran. Suami dia cakap dia haus, letih. Mungkin ni kot yang dimaksudkan nekti yang suami dian perlukan dian sebab keadaan suami dian macam takleh bangun langsung. Aku mintak izin dekat dian nak balik lepas aku rasa macam suasana dah sikit okay.

Selang dua hari, dian call aku sambil nangis lagi suruh datang rumah dia sebab dia kata suami dia yang tak pergi kerja dua hari sebab takboleh bangun tiba tiba boleh bangun sambil mengamuk. Aku datang rumah dian. Dari pintu masuk luar aku dah dapat dengar suara suami dian. Aku masuk sambil cari dian. Rupanya dorang dalam bilik. Aku masuk bilik sambil peluk dian yang tengah duduk dekat lantai sambil menangis. Aku pandang suami dian, aku cakap dalam hati itu bukan suami dian. Aku tahu itu bukan suami dian. Suami dia balas pandangan aku dengan pandangan cukup marah. tiba tiba suami dian cakap, “aku tak perlukan isteri macam kau. aku patutnya kawen dengan tira. keluar dari sini sebab kau bukannya isteri aku lagi. Mulai harini, kau bukan isteri aku lagi. Aku ceraikan kau”. Melalak lalak dian lepas dengar suami dia cakap macam tuh. Aku apa lagi, terus tampar suami dia then aku kene tampar balik. Sakit woo. Aku tolong dian bangun ape semua. Sampai je dalam kereta, aku terus call nekti. Nekti pesan jangan pergi mana mana. Stay dekat situ. Aku pun taktahu kenape nekti canape macam tuh. Selang setengah jam, nekti call aku balik suruh tengok suami dian. Bawak suami dian pergi berubat dengan nekti. Aku masuk balik rumah tengok suami dian dah terbaring tak sedarkan diri. Aku ajak dian tolong angkat suami dia masuk dalam kereta. Sampai je rumah nekti, sepupu aku dah tunggu. Dia yang angkat suami dian masuk dalam rumah nekti. Mungkin nekti yang call dia sebab dia lelaki, boleh tolong apa apa kalau jadi. Suami dia baring depan nekti sambil mulut nekti terkumat kamit baca ayat ruqyah. Mama dian pun sampai sebab aku yang call. tiba tiba suami dian meraung keluar suara perempuan.

Nekti cakap dengan suami dian, “kenape kau buat mereka laki bini macam ni”, suami dia jawab tapi aku tahu itu bukan suami dian, sebab yang keluar suara perempuan. Suami dian jawab, “aku taksuka mereka berdua berkahwin. Patutnya aku, bukan perempuan ni. Dia yang rampas kebahagiaan aku” sambil suami dian tunjuk jari telunjuk dia dekat dian. Dian dalam pelukan mama dia sambil nangis teresak esak. Dalam hati aku, kesian dian. Muda lagi tapi dah jadi macam macam. Dah jadi janda pun haish.

Suami dia berubat sambil duduk rumah nekti. Tira pun aku dapat info dia kene strok. Itupun aku tahu sebab suami dian yang bagitau aku. Officemate dia cakap tira kene strok and dah berhenti keje. Dian dengan suami dia pun belom rujuk sampai sekarang sebab suami dian pun masih berubat lagi dan aku tak rasa dian senang senang nak terima benda ni jadi. Kene amek masa. Cerita aku mungkin tak seram tapi banyak pengajaran. Kita sebagai manusia, hamba Allah, kita kene terima apa yang dah ditetapkan buat kita. Tak perlu dengki dengan apa yang orang lain dapat. Dan kita kene ingat Allah sebelum melakukan sesuatu. Aku pun tak kesah kalau orang lain cakap cerita ni cerita rekaan semata mata. Cuma aku merayu dekat semua pembaca fiksyen shasha, even rasa rekaan ke apa ke, aku mintak korang semua doakan hubungan Dian Hanani dengan suami dia bahagia semula sebab sekarang ni nak diikutkan baru masuk 4 bulan setengah, dah nak masuk 5 bulan tapi dian dah jadi janda. Suami dia pun tak bersalah dalam hal ni. Mangsa keadaan jugak. Buat mereka yang kenal Dian Hanani dan tahu kisah mereka suami isteri, dan juga buat mereka yang tak kenal jugak, sama sama lah kita doakan hubungan mereka berbaik semula dan dapat jadi suami isteri balik. Dan aku doakan semua pembaca fiksyen shasha tak jadi sama macam kisah Dian Hanani.

Ainnur.

Ainnur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

43 thoughts on “Derita Dian Hanani”

  1. Pergi tgk kat youtube rasa ustaz kazim kot ada cerita pasal benda sama.. mmg dinasihatkan cerai dulu dalam tempoh berubat.. sbb benda tu mmg akan kacau selagi mereka bersama.. si isteri kena faham bukan niat si suami pon.. masing2 kena ada toleransi

    Reply
    • betul, thats why dekat komen atas atas saya dah gitau dekat others talaknya dah jatuh sebab memang digalakkan cerai dulu. btw thanks untuk nasihat awak ๐Ÿ˜Š

      Reply
  2. Hi ainur..salam..awk dah kwen ke? Kalau belom saya nak melamar awk..sume brg hantaran dah ada.. aej tau say yes or no je..saya cyez nak cari isteri..mak saya hari2 bising bila nak bwak menantu katanye..tiap x balik saya bgi mcm2 alasan..pls ainur..terima lamaran saya.. balas komrn saya ye..

    Reply
        • saya dah tunang ๐Ÿ˜Š maaf, tapi ada tips, kenal dalam berapa bulan then terus lamar and kawen. jangan lambat lambat takut disapu orang ๐Ÿ™Š semoga berjaya ๐Ÿ˜Š

          Reply
          • Btol ke dah tunang.. ni ainur betul ke ainur fake.. saya kalau nak lamar..esk pun bole.. cepat la bgi sy detail awk..cane sy nak knal awk.. bgi la fb ke..no fon ke..kat sini ramai yg baca la.. awk x malu ke?๐Ÿ˜• Sy x malu sbb sy memang gentle..so..plss๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

      • Melalui cara penulisan awk.. sy yakin awk seorang perempuan yg menepati ciri2 yg saya nak..ye sy memang cyez..tpi aek x balas pun komen saya yg lain.. skali lagi ainur bole x saya jdi kwn awk? Sy nak awk kenal saya dan sy nak kenal awk dgn lebih mendalam lgi.. bgi la saya fb awk..sy iklas sgt nak kenal awk..bagi sesiapa yg baca komrn saya.. yg support tu saya ucapkan terima kasih..sy doakn rahmat dan sejahtera utk anda smua..kalau ainur ni jodoh saya.. saya berjnji nak tubuh kn 1 syarikat utk fiksyen shasha seperti syarikat mastika..dan majala2 yg lain..dan tidak lupa juga sy akn jemput sume pembaca2 fs ni d majlis gilang gemilang saya.. memandang kn saya dri negara kecil dpulau borneo antara sabah dan sarawak..saya berharap cik ainur dpt la terima saya wlaupun sebagai kwn..

        Reply
        • sye rse sye spendapat dgn awk, cara penulisan ainnur mlambgkn ainnur is someone yg ada kriteria yg boleh tarik minat lelaki utk mnyukai dye. mgkin ainnur ckp dye da tunng utk protect diri dye dari knl mna2 lelaki. keep fighting bro ๐Ÿ˜Ž

          Reply
        • bro, apa kata kau tngglkn your phone number utk ainnur contact kau. xkn dy nk tulis detail dy dkt cni. klau dy da tunng, its okay bro. ad byk prmpuan len. if lom, kmi smua doa ainnur terbukak hati sbb i think ainnur gurl yg not easy to fall in love with someone yg dy x knl. kau tingglkn detail kau biar dy sendri contact kau bro if kau truly gentle ๐Ÿ™Œ

          Reply
          • Jejakapilihanmelayu yea btul ckp kau..n yes mungkin ada byk prempuan lain contoh nya d fb ada byk yg cantik2..tpi bgi sy..bukan cantik atau rupa yg sy cri.. kalau kecantikan atau rupa..dah lama sy dpt dkt fb..tpi knapa d fs sy bru jmpe ciri2 yg sy cari..sy tau ainur sorang prempuan yg susah nak d dekati.. tpi dri reply dia yg d atas..dia bgi sy tips โ˜บ..so sy akn usaha..dan ye saya gentle..tpi mklum lah kn skrng ni mcm2 bleh jdi..byk kes penipuan..so buat cik ainur..sy xkn letak detail sy kat sini .klau cik ainur sudi bekenalan ngn sy..sy tunggu reply cik ainur d email saya.. [email protected] sy ttp tunggu awk cik ainur..

    • Maaf lah tpi saya ni wanita juga..bila seseorg lelaki komen mcm ni rse bulu romah secara tetiba menaik..srs menakutkan..saya rse akk ainnur pon rse yg sama..Yelah bru baca story terus dh suka..so mcm pelik kan..I think lebih baik you lamar die dengan cara yg baik bukan cara mcm ni..saya wanita dh saya faham apa perasan kak ainnur..mohon maaf atas kata ii saya klau ade tergores kan haty you

      Reply
  3. Bahaya ni admin.. Jgn selalu mcm ni. Ingat kan dlm KRT td, rupanya fiksyen shasha.
    Penulis: penulisan menarik dan penuh pengajaran.. Cuma mungkin tersalah segmen… Bak kata Taufik Batisa di Maharajalawak Mega 2015 kpd Shuib SepahTu.. ” kat mana seramnya??”
    Maafkan sy ya penulis..

    Reply
  4. Teman org dah berumahtangga..bila dgr kisah Dian ni…sedih sgt…aperlah tak leh nk move on betul lah Tira ni…yg dia sajer cr psl pi sihirkan rumahtangga org psl aper…mcm lah dh pupus jantan kt muka bumi ni…ni yg jenis x caya qada dan qadar…aper pon teman doakan rumahtangga Dian ni kembali aman…yg dah bercerai boleh rujuk…pastu bina hidup baru…mmg benci sgt kt org yg guna sihir nk menyusahkan org lain…

    Reply
  5. Allahu….bru kawin x smpai stengah tahun dh diuji camtu….semoga mereka tabah dan dpt bersama balik…mintak2 org yg buat tu dpt balasan setimpal dgn perbuatannya…jgn bimbang ALLAH akan tlg hamba2nya…bykkan berdoa…itu jer senjata umat islam

    Reply
  6. talak tak sah sebab tak berniat, tidak berakal dan keuzuran….
    Sabda Rasulullah s.a.w. :
    1) Tidak sah talak dan tidak sah pembebasan hamba dalam keadaan dipaksa.
    2) Sesungguhnya Allah telah menggugurkan daripada umatku hukum tersalah, terlupa dan dipaksa 2

    Reply
  7. serahkan dian kat aku je la…aku keje kerani je..perempuan pun x tergilakan kan aku sgt sbb aku kerani je kan…so xde la terjadinya perebutan2 sehingga melibatkan guna pkai ilmu mistik ni..insyAllah..

    talak x sah la sebab yang lafaz bkn si suami tp si benda yg duk dlm badan suami tu..benda ni x yah nk sampai rujuk pakar..terang2 org tu kena rasuk..

    Reply
  8. serahkan dian kat aku je la…aku keje kerani je..perempuan pun x tergilakan kan aku sgt sbb aku kerani je kan…so xde la terjadinya perebutan2 sehingga melibatkan guna pkai ilmu mistik ni..insyAllah..
    talak x sah la sebab yang lafaz bkn si suami tp si benda yg duk dlm badan suami tu..benda ni x yah nk sampai rujuk pakar..terang2 org tu kena rasuk..

    Reply
  9. lebih kurang sama dgn pengalaman aku masa parents aku bercerai 14 tahun lepas. puncanya org ketiga who is kawan baik mak aku sendiri. dia nak hantar kat bapak aku supaya tinggalkan kami tapi keturunan belah bapak aku ni mcm ada “pelindung” sbb masa berubat, ustaz ckp ada aura pahlawan Pahang nama Mat Kilau lindung bapak aku so benda tu tempias kena mak aku. sampai 3 ekor jin siam dia hantar nk bg parents aku cerai. takdir Allah, dia berjaya hm. benci la bila baca pasal keruntuhan rumah tangga pasal hasad dengki org ketiga or org luar ni.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.