Dess Si Amoi: Gelora

DESS SI AMOI: GELORA

Desiree Est**** Michael. Itulah nama yang diberi oleh orang tuanya. Cantik namanya, secantik orangnya juga. Berkulit putih mulus kemerahan; berambut halus, tebal dan panjang. Sederhana tinggi, “You are a voluptuous and sophisticated brunette” adalah pujian yang seringkali didengarinya. Pernah juga orang luar yang terserempak dengannya dimana sahaja yang akan mengusiknya, “You prolly should get a license for ‘that’ (booty)”, kata mereka sebelum berlalu. Mantap pujian yang diterima hingga kemerahan pipinya. Bentuk badannya menggiurkan, berisi namun padat bak Iskra Lawrence dan Holly Luyah. Bukan hanya itu, ijazah ditamatkan diusia 25 tahun melengkapi dirinya.

Dimata orang, dirinya elok dipandang selayaknya sebagai seorang wanita. Dimata orang, tiada cacat celanya meskipun ‘double chin’ kelihatan ketika menunduk kadangkala. Dimata orang, hidupnya mungkin tiada gelora.

Namun, tiada yang tahu perit dan perih yang dirasainya. Jiwanya kosong, penuh dilema dan luka. Wanita itu banyak kawan kawan yang ambil berat akan dirinya; keluarga yang amat menyayangi dia, dan kehidupan yang selesa meskipun bukan puteri diraja. Kerana terlalu terbiasa bermonolog sendiri, Desiree tidak menyedari dia banyak menyakiti insan insan di sekelilingnya dengan mengabaikan dan menjarakkan diri daripada mereka.

Bagi sesiapa yang berada dekat dengannya akan tahu dan perasan kesan torehan di lengan kirinya. Kesan parut yang dalam itu takkan hilang selamanya; mungkin. Kesan torehan itu yang dia sendiri tidak tahu bila dan kenapa dia melakukannya.

Ada yang menyarankannya untuk berjumpa pakar psikiatri. Ada yang mengatakan dirinya berhalusinasi kerana trauma; ada yang mengatakan dia perlu mendapatkan rawatan psikologi untuk sakit jiwa; ada yang bercadang untuknya bertemu Ustaz kerana mereka akan sudi membantu meskipun berlainan agama. Tidak tinggal juga yang menyangka mungkin dia terkena ubat ‘guna guna’ oleh seseorang yang kurang menyenanginya.

Begitu banyak persoalan tanpa jawapan yang hinggap di dalam kepala sehingga dia dapat mendengar degupan kencang dari dalam dirinya; seolah olah tidak mampu lagi untuk menanggung bebanan pemikiran yang kalut bergelora. Soalan bertalu talu selalu ditanya perihal tersebut dan seperti biasa, wanita itu hanya akan tersenyum dan mengangkat bahu.

Dua bulan berlalu selepas peristiwa yang berlaku semasa percutiannya bersama kawan kawan di bumi Kenyalang. Kronologi peristiwa misteri dan mistik yang membelenggu dirinya dicatit dalam diari; penuh dengan sebak setiap kali dia membacanya kembali. Desiree, wanita muda yang disukai ramai kerana sifat peramah dan murah senyumannya; kini adalah seorang yang pemurung dan pendiam. Menyendiri adalah peribadinya.

~ 7pm, Tajine, Bukit Bintang

Desiree duduk seorang bertemankan shisha sambil mendengar mp3 apabila mesej dari WhatsApp berbunyi. “Uh Celia..”, keluhnya perlahan lalu meletakkan kembali hp di atas meja, menyandar sambil menarik dalam dalam shisha double apple kegemarannya. Itulah rutinnya hampir setiap hari jika tiada meeting ataupun beberapa hal yang akan memerlukannya untuk bertemu klien. Desiree memilih untuk menjadi freelancer dan berhenti kerja full time di sebuah syarikat. Hp di meja vibrate lagi.

Celia: Hey Amoi, nama behita kuak?

(Hey Amoi, apa khabar kau?)

Desiree: Manah, dik?

(Aku sihat jer, kau?)

Celia: Aku mesej ba wasap kuak adai reply ah, aku ba kl tu! Kuak nemu dai Hotel Soleil? Aku check in ba ditok, kuak datai ar enti dai busy okay? Lelengau!

(Aku ada whatsapp tapi kau tak balas, aku kat kl sekarang ni! Kau tahu tak Hotel Soleil? Aku check in kat sini, datanglah kalau tak busy okay? Rindu!)

Desiree: Okay.

Celia: So, time?

Desiree: 25 after nine.

Celia: Muy bien!

~10pm, Canopy Rooftop Bar & Lounge~

Desiree melabuhkan p******g di sofa leather bersama Celia yang memilih untuk berdiri sambil melayan rentak lagu. Malam masih muda, hanya beberapa meja yang sudah dipenuhi orang, kebanyakannya foreigner; sementara hampir semua meja yang lain pula bertanda tag ‘Reserved’.

Celia: Sulu, meda mata bala sida nyin nyau tepelut meda kuak maia kenduai ea mansa tek..

(Babe, kau tahu mata lelaki lelaki tu disana tu terbeliak masa kita lalu diorang tadi..)

Desiree pula tak mengendahkan sahabatnya itu. Matanya tekun melihat menu minuman di hadapannya. Sempat dalam fikirannya menilai segala elemen grafik yang digunakan dalam penghasilan menu liquor tersebut. Kelihatan waiter lelaki yang segak berbangsa Egypt datang dan berdiri dengan senyuman dihadapan mereka berdua, menunggu untuk mengambil pesanan.

Desiree: Lychee Martini.

“And I will have Jagerbomb”, kata Celia sambil melabuhkan p******g berhadapan Desiree.

“Why are you here out of the blue?”, tanya Desiree. Dahi Celia sedikit berkerut, dengan selambanya dia menjawab, “We are bestie for Christ sake! I just got here, and you gon’ spend the night with me ‘cos we got long ass night to go, so let’s have fun!”

~3.05pm, Soleil Hotel Bukit Bintang~

“Uhh my head!!”, rintih Desiree akibat hungover semalam. Dia mengalihkan badannya yang berbau alkohol dan rokok dengan perlahan, meniarap. Cuba untuk membuka mata namun gagal, wajahnya yang comot dengan mascara ditekap ke tilam. Terasa denyutan yang kuat. “Dess, arise and shine!”, jerit Celia di telinganya. “Mehn, my head hurts like cray.. but I gotta go”, kata Desiree. “Just go home and change, and come back here. I’m waiting!”, kata Celia.

~7.30pm, Al Amar Lebanese Cuisine, Pavilion~

Alangkah terkejutnya Desiree apabila kedatangannya disambut oleh empat wanita kegemarannya; Celia, Michell, Lisa dan Mia. Rupanya mereka sepakat untuk turun ke KL, namun hanya Celia yang menetap di hotel, manakala yang lain masing masing menginap di rumah saudara yang ada. Sambil menyedut shisha di tangan masing masing, Mia membuka bicara,

Mia: Sebenarnya Dess, ada sebab kami datang kesini. Puas kami cuba nak contact kau tapi kau jarakkan diri sampai macam ni sekali.

Desiree: Chill, I just need sometime for myself jeez!!

Lisa: By running away from everyone?

Desiree hanya mengangkat bahu.

Michell: Kenapa kau tak mahu tanya kenapa kami berempat ada disini dengan kau, Amoi??

Desiree: I’m all ears..

Lisa: Semua yang terjadi dekat kita di Kuching…..

Desiree: Spill the tea.

Celia: Sebenarnya, dua minggu sebelum percutian, kami berempat ada pergi ke asrama terbiar di Hospital Umum Sarawak. Ada juga beberapa kumpulan yang lain disana, siap rakam lagi untuk paranormal. Kami cuma curious saja. Kami pergi dalam 6.30pm macam tu. Tiada apa apa pun yang pelik, kecuali si Michell asyik cakap tak sedap hatilah, tak selesalah, gerunlah..

“ Aku dapat rasa petanda dari awal okay?!”, p****g Michell.

Celia: Indeed. Lepastu, kami snap banyak gambar. Spooky tempat tu walaupun siang hari, so waktu malam dia lagilah. Waktu kami tengah merakam apa semua, kami didatangi seorang uncle ni entah dari mana, suspen waktu tu!

Desiree: And then?

Mia: And then uncle tu suruh kami balik. Garau dan kasar nada dia. Lepastu dia tanya siapa lagi ada siapa disana dengan kami? Kami cakaplah ada lagi satu team kat tingkat atas, campur perempuan lelaki ada dalam tujuh orang malam tu. Uncle tu cepat cepat suluh lampu dia menuju ke tangga nak naik ke atas, tapi belum sempat pun dia melangkah ke anak tangga, kami lihat team tu bertempiaran lari ke bawah, tercungap cungap. Muka kecut, tapi ketawa la pulak diorang. Riuh jugak bunyi . Diorang cakap ada dengar bunyi guli and then suara budak budak berlari sekeliling ruang tingkat atas tu. And then 3 orang dari lelaki dalam team tu tersuluh kat bahagian tingkap usang dan ternampak tuyul bertenggek kat sana. Diorang boleh lagi terus suluh sampai benda tu melompat ke arah diorang. Diorang apalagi, pecut..

Lisa: Selang sehari, aku demam panas. Sangat sangat panas sampai aku masuk hospital. Cramp tubuh badan aku rasa macam kena strok waktu tu sebab terlampau panas. Kat hospital pula satu hal. Dua hari aku stay kat sana, dua hari tu juga aku kena gangguan kat toilet. Bawah katil ada benda nak main ‘peek-a-boo-‘ dengan aku. Aku tak takut sangat sebab wad aku penuh kiri kanan bawah kaki aku semua ada orang. Yang si Mia pula demam sampai muntah d***h. Admitted kat hospital the same day dengan aku tapi dia masuk malam.

Mia: Aku sanggup tahan kencing, tak nak mandi sebab aku takut. Aku nampak ‘benda’ tu, ‘tuyul’ kecil tu bertenggek atas dada aku. Muka dia biru, bibir dia merekah, ada kesan d***h dalam rekahan tu, pucat lesi. Aku berpeluh tapi aku rasa sejuknya tapak kaki ‘benda’ tu. Aku tak dapat bersuara nak menjerit.. Kepala aku rasa bengkak. Katil bergoncang, aku cuba gerakkan peha aku, pun mak aku tak bangun bangun kat sebelah. Waktu tu aku ingat aku dah nak m**i…

Celia meramas ramas lengan, kelihatan bulu romanya meremang.

Mia: Keesokan harinya, Lisa, Michell dan Celia datang melawat aku. Lisa baru keluar wad waktu tu. Mujur haritu juga aku dibenarkan balik sebab doktor cakap aku batuk berdarah dsebabkan terlalu kurang air, kata beliau lah. Then kitorang semua pergi ke rumah Michell. Bermalam sebab family dia yang lain balik kampung , ada orang meninggal. Guess what? Banyak banyak video kitorang rakam, tak satu pun yang dapat dimainkan. Gambar pula seakan kena tumpahan air sedangkan kamera aku tu baru la juga.

Michell: Malam tu, aku buat live video tau kat instagram. Celia live kat facebook. Lepak lepak kat balkoni tingkat atas sambil makan ‘lanyih’, kami berkongsi pengalaman lawatan pergi ke asrama terbiar tempoh hari tu. Then, seorang fb friend Celia kat fb ni tiba tiba tulis komen ni kat ruangan komen dia, ‘Y’ALL HAVE NO IDEA WHAT YOU BROUGHT HOME. NOW GET INSIDE GIRLS!’ Kami semua pun berlarilah masuk rumah kunci pintu tingkap apa semua. Kesal kot..

Celia: Lepastu aku mesej fb friend aku tu untuk tanya apa maksud dia, tapi dia seen ja mesej aku. Kesokan harinya baru dia balas; dia tanya aku balik sama ada aku ada save tak video live semalam. Aku cakap ada. So dia suruh lah aku replay balik video tu, minit ke 16, huhhhh……..

Celia tak mampu meneruskan kata katanya. Dia menunduk dengan matanya tertutup rapat.

Celia: Penampakan wanita dengan perut terburai pegang bayi berdiri betul betul di belakang aku..

Kelihatan air jernih mengalir dari pipinya.. Mereka semua terkedu tanpa kata.

Lisa: Mukanya seakan hangus terbakar, berdarah dan berlubang seakan mendidih, hanya bebola mata yang tersembul keluar, memandang ke arah kami satu persatu. On the spot kami terus bawa rakaman tu pergi ke satu church ni, niat nak show kat Paderi. Tapi tiada apapun kat dalam video tu, banyak kali kami ulang. Tapi Father cakap kami harus delete semua rakaman tu dan lepas buat ‘Confession’, Father bagi blessing kat kami semua dengan beberapa Scripture verses untuk dibaca. So aku reset phone aku, diorang pun sama. Sebelum pergi tu dia berpesan kepada kami, “Do not play with spirit. This matter is no joke. Seek for forgiveness and peace in your heart. Whatever you did before, don’t do it again.”

Desiree: So how does this connected to why you guys are here, at this moment?

Mia: Sebab kami ingatkan itulah aktiviti paranormal terakhir. Sampailah kau datang dan kita bercuti kat Santubong.

Desiree: Go on..

Mia: Waktu kau mandi malam tu, kitorang bercerita macam macam tentang hal hal yang kitorang dengar pasal tempat tu. Then, Celia suggested that we should try and take a video of the cabin, which required us untuk pergi ke luar so boleh nampak full view dengan pokok tu sekali.

Michell: Kami tiada niat pun nak pedajal kau ke apa. Ikutkan we just wanna take a shot of the breathtaking view of the place in the night, tapi tak sangka pula lain yang jadi. Kau menjerit sehabis hati, kami langsung tak dengar apa apa. Kami cuma dengar waktu kau tendang pintu, sedangkan pintu tak berkunci waktu kami keluar.

Lisa: Kau kena cakar dengan ‘sesuatu’, kami percaya adalah ‘benda’ sama yang kami lihat dalam video tu. Sebab waktu kami dengar kau menjerit, kami terus rush naik tangga menuju ke pintu, tapi pintu dihempas dan terkunci dari dalam.

Michell: We are truly sorry for that night.

Desiree: Don’t be silly. Sekurang kurangnya aku tahu aku tak gila atau berhalusinasi, sebab kau orang semua pun lalui apa yang aku lalui. Thank God, hanya rambut aku kena ‘cantas’, kalau perut aku? Cuma aku minta lain kali jaga mulut. Aku memang lemah semangat, mungkin sebab tu aku yang kena.

Mia: Ye, sebab tu waktu aku kat hospital, aku kena ganggu. Sebab aku lemah dan sakit. Memang gila, tak pernah pernah aku tengok ‘benda’ buruk macam tu sekali. Rambut aku rasa macam nak tercabut dari kuit kepala…

Celia: You’re right; we learned our lesson, though. Lepas kau asingkan diri balik ke KL, kami semua pergi berubat dengan cara yang patutlah. Kami cuba cari kau tapi tak dapat. Macam menang tiket 4D waktu kau angkat call aku haritu.

Desiree: The damaged is done. Aku cuma perlukan masa untuk sembuh, untuk reset and restore apa yang perlu. Aku dah rujuk kepada beberapa sumber yang aku percaya, berserta hasil research aku sendiri. Mimpi melihat diri aku sendiri m**i malam tu, bukan negatif maksudnya.

Wanita itu mengangkat bahu lalu mencapai charcoal tongs sambil membersihkan abu lebihan dari charcoal yang telah habis. Dipanggilnya waiter untuk refill flavour shisha yang telah disedut selama dua jam. Didalam kesibukan memerhati pemandangan yang cantik dari glass wall yang mengala ke skrin LED besar terpampang dari bangunan Pavilion Elite, Desiree hanya memerhati karenah kawan kawannya.

Macam macam yang dia fikirkan. Namun dalam pada itu, dia memanjatkan syukur kepada Tuhan untuk kekuatan dalam merempuhi ombak dan gelora hidup. Sememangnya benar, kekadang kita perlukan seseorang untuk meluahkan bebanan di hati. Tiada salah untuk berkongsi, sedikit sebanyak ianya boleh membantu meskipun di penghujungnya, the decision is ours to make.

~ Desiree Michael ~ 4.26pm, Tuesday~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

DESIREE MICHAEL

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

6 thoughts on “Dess Si Amoi: Gelora”

  1. Part seram cuma 10%, yg selebihnya mcm syok sendiri…Cerita apa ni? Sorry xbaca sampai abis, just scroll laju2 n yg terperasan ayat shisha cantik, nama cantik, charcoal, ramas, gelora, hotel, bukit bintang…?? What??

    Reply
  2. Element seram tuh ada walaupun tak banyak. Tapi macam lebih kepada angkat bakul sendiri je penulis ni. Tu yang tak berapa seronok baca tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.