Holla..(cerita ini agak slow di permulaan. Harap bersabar haha)
“somebody save me! Let your warm hands break right through..somebody save me.. I don’t care how you do it, just stay..stay..” “emm…”. Aku menjawab panggilan yang menganggu waktu tidur dan mimpi yang indah dimalam hari. Dah la susah nak merasa tidur malam. Haish. Save me save me. Tunggu nanti aku tukar nada dering slow sikit.
Abu: kau kat mana ?
Aku: rumahlah jebon. Asal call ? ganggu je.
Abu: weh sini lepaking.
Aku: apa ?
Abu: lepak lepak. Aku bosan dekat rumah. Sini ah. Bukan senang nak lepak tanpa tekanan.
Aku: okay. On the way.
Terus aku matikan panggilan. Mandi keluar. Aku pun bosan juga. sebab tu aku tidur.
“knock knock knock” pintu dibuka.
Aku: akak, mana abu ?
Tiha: owh kamu.. ada dalam. kejap. Abang. Ni dah datang ni ha.
Tiha: masuklah dulu.
Terus dia tinggalkan aku depan pintu sebab abu dah datang.
Abu: masuk ah. Nak lepak mamak tak boleh. Tuan besar gari kaki.
Aku: eh tak apa ka ? dah pukul 12 ni. aku ingat nak lepak luar.
Abu: aku tuan rumah. Sapa yang nak marah ? masuk.
Aku duduk di atas sofa depan tv. Abu pergi ke dapur. Datang bawa dua gelas air.
Abu: aku call kau tak jawab asal.
Aku: aku tak bawa phone kot. Ha’a tak bawa. Dah cakap on the way. Tunggu aje lah.
Abu: kau dah kenapa tak bawa phone. Benda penting tu.
Aku: penting apanya ? Phone aku Cuma ada tiga orang yang akan call aku. Mom, wrong number.. job.
Abu: ha kau sebut. Sebut lagi. * sambil meraba kocek untuk keluarkan phone.
Abu: kan..sebutlah lagi.. lagi..
Abu: hello, abu. Aa ada dengan saya. Phone dia bateri kong.*tekan loudspeaker
Phone: tuan berdua di minta lapor diri di las vegas sekarang. Arahan dari big boss
Abu: baik. Terima kasih. *letak phone terus pandang aku
Aku: seriously ?
Abu:hmm hidup untuk kerja.
Semasa tunggu abu bersiap. Aku masih di sofa
Aku: kawasan flat kau ni aku dah nampak dah ciri ciri bebudak yang besar nanti nak kena tembak mati. Harap bila besar nanti berubahlah.
Abu: em..mak bapaklah tu.
Aku: nak salahkan mak bapak pun tak boleh. Sibuk cari duit. Kos sara hidup tinggi.
Abu: habis nak salahkan sapa ? pemimpin ?
Aku: entahlah.. dia macam ni. katakan big boss pemimpin kita. Ada satu bangunan tinggi..ada satu papan kayu. Setengah dari papan tu atas bangunan. Dan setengah lagi atas angin. Big boss berdiri dekat papan yang atas angin tengah berucap. Kita semua berdiri atas papan yang atas bangunan sambil mendengar ucapan. dan kalau kita beredar dari papan tu. jatuhlah big boss ke bawah..Kita yang berkuasa sebenarnya. Bukan big boss.
Abu: first time aku dengar kau sembang pasal politik. jum jum..gerak.
Dalam perjalanan menuju crime scene.
Aku: abu betul ke jalan ni..dah dalam kita masuk ni.
Abu: eh diam kejap. Betullah ni. ha tu nampak lampu biru biru tu.
Abu memberhentikan kereta di belakang kereta forensic. Kami keluar dan seorang anggota tolong mengangkat garisan kuning polis.
Abu: terima kasih..
Aku: hmm
Forensic: perempuan melayu. tak ada phone, tak ada pengenalan diri. Tak ada beg tangan. Lingkungan umur dalam 25-30. Punca kematian masih belum tahu, Tak ada apa apa kesan dari luar. Hanya ada satu kesan tapak kasut. Mungkin di tendang.
Aku buka lampu suluh. Lihat setiap sudut mayat seorang wanita yang begitu seksi pakaiannya. Kalau kena rogol mesti ada kesan. Kalau kena rogol pun padanlah. Pakaian macam ajak orang rogol berjemaah. Tak mungkin kena rogol. Tak ada ciri ciri pun. Tapi apa dia buat dalam ni ? mungkin orang lempar mayat dekat sini ? tapi bunuh macam mana ? tak ada kesan pun. mungkin racun,Kena bedah siasat ni.
Aku: dah ambil gambar kesan tapak kasut ?
Forensic: dah.
Aku: saya nak awak panggil pakar forensic ke sini. Sekarang.
Forensic:baik.
Aku: ada kereta masuk sini ?
Forensic: belum lagi..
Aku: alright everybody. Semua jaga langkah jangan sampai tertutup kesan kesan tayar kereta kalau ada. Mayat ni masih baru lagi ni gaya.
Aku:awak..Call K9
Kons: baik detektif.
Aku pergi ambil keterangan dari orang yang jumpa mayat ni. dan datang balik dekat abu.
Abu duduk mencangkung di sebelah mayat. Tangannya baru hendak di sua kan ke arah wajah mayat perempuan tadi tiba tiba…
Forensic: weh buat kerja elok eloklah. Pakailah glove kalau nak sentuh. *nada tinggi
Abu: aku tahu buat kerja aku. Better you Show me some respect next time.
Abu teruskan apa yang dia lakukan. Dia bukan nak sentuh. Cuma letak tangan di atas wajah mayat tadi. Tak bersentuhan pun. jarak Antara sebatang rokok juga tingginya tangan abu dari wajah mayat. Lansung dia intai intai ke bawah. Terus bangun bila seorang anggota panggil dari belakang.
Kons: detektif, ada orang sedang ambil gambar dari luar.
Aku: suruh dia tinggalkan tempat ni dan padam semua gambar yang dia ambil.
Kons: baik.
Abu: biarlah dia ambil gambar. Baru orang tahu polis buat kerja.
Aku: aku tak nak kes ni jadi high profile. Aku rasa kau pun dah tahu dan nampak apa yang aneh tadi. Kalau kes ni tak setel. Sapa yang malu ? bukan polis ? kau bukan tak kenal media.dia punya sembang. ambil gambar kita pula tu. terang terang nampak muka. Jum cari apa yang patut. Kita tak datang untuk perang mulut.
Kami berjalan mencari sesuatu. Jalan jalan jalan.. jumpa kesan bunga tayar kereta.
Abu: ni tolong ambil gambar kesan tayar kereta ni.
Aku: tanah ni macam basah. Baru lagi kesan tayar ni.
Abu: kan. Kalau hujan mesti hilang. So tanah ni lembut. Semalam mesti hujan kat sini. Jadi benda ni jadi hari ni.
Aku: em.. tolong bukakan semua spotlight yang ada.
Aku: abu..
Abu bangun dari mencangkung.
Aku: nampak tak. Dia macam undur sini. Dan kat sana dia brek. Dan masukkan gear terus pecut. Macam terburu buru. Kenapa dia terburu buru macam nampak hantu ? tempat ni bukan orang lalu lalang pun. paling kurang pun orang yang jaga tempat ni ronda. Tapi dia Cuma jumpa mayat. Tak ada pula dia jumpa orang lain selain mayat tu. jadi kenapa terburu buru kalau tempat ni selamat untuk buat jahat ? dalam ladang kot bukan tengah pasar malam.
Abu diam sejenak seperti berfikir. Lalu anggukkan kepala dan pandang aku. Tapi tiba tiba matanya tertarik dengan apa yang dibelakang aku. Terus berjalan pergi. Hairan aku. Aku juga pusing ikut. Lahh. Mamat ambil gambar tak pergi lagi. jadi berperang mulut pula dengan anggota.
Abu: maaf cik. Cik tak di benarkan ambil gambar kat sini.
Kons: maaf detektif, saya dah suruh dia pergi cara baik. Tapi dia berdegil
Wartawan: aku nak buat kerja aku je. yang kau nak halang aku dah kenapa ?
Abu: maaf cik. Saya minta jasa baik cik. Padam semua gambar yang cik ambil dan beredar dari sini secara baik.
Tiba tiba terus dia ambil gambar kami.
Aku: wah kau. Kau ni sapa ? Macam mana kau boleh datang sini ?
Wartawan: aku ikut kereta forensic tadi tengah jalan. wartawan Asal ?
Aku: kau ni memang persona non grata lah. Orang cakap baik, kau kurang hajar.
Wartawan: apa benda kau cakap ?
Aku: balik kau research.
Aku: sekarang kau nak padam dan blah dari sini ke tak ?
Wartawan: aku buat kerja aku.
Aku: aku tak benarkan. Sekarang kau padam. Kau blah.
Wartawan: eh lantak aku lah nak padam ke tak. Nak blah ke tak.
Aku: mana kereta kau ?
Wartawan: tu ada sana.
Aku: uuuu kereta gila gila ah. Sini sini kau.
Kami berjalan menuju kereta wartawan tersebut.
Aku: cermin gelap. Number plat tak ikut undang undang. Ubah suai kereta. Banyak duit ni. kau nak aku call trafik ke ? jpj ke ? boleh keluarkan saman untuk kau. Kau kerja sampai lewat malam mesti banyak duit. Kan ?
Wartawan: eh dah kenapa kau ?
Aku: kau padam gambar. Blah dari sini. Dan aku tak nak ada apa apa berita pasal ni. atau aku call trafik datang. Mana satu kau nak ? kau nak cakap kurang ajar kita dah kurang ajar. Tapi kira baiklah aku still bagi kau peluang.
Muka dia berubah sedikit. Geram tapi apa boleh buat.
Wartawan: okay okay aku padam.
Aku: sini aku tengok..
Dia padamkan gambar yang di ambil sebentar tadi. Banyak juga muka abu. Dengan muka yang terdedah. Tak fikir ke risiko dekat luar sana.
Aku: okay. Sila berambus. Balik elok elok ea. Pergi tulis benda lain. Banyak lagi tajuk menarik Kat Malaysia ni, sekarang suka viral benda benda banggang. Kau pergi tulis benda itu. tulis pasal dato J ke shaman king ke. Lucu pun lucu. Boleh buat orang terhibur.
Dia buka pintu kereta dan sebelum masuk sempat lagi dia cakap “ bodoh punya polis”.
Abu:: woi..
Aku: abu.. kita ada kes. Biarkan si budak persona non grata tu.baru kena gertak macam tu dah takut.
Abu: kurang ajar tu.
Aku: biasalah. Caci maki ni memang orang bawah macam kita dapat. Yang atasan semua baik baik. Dah la. Kita ada banyak kerja nak buat ni. bukan 3 kerja ja. Setakat 3 kerja tu apalah sangat. Membonggak je sampai tak tahu beza kerja dengan jawatan..
PF (pakar forensic)
PF: detektif..
Pakar forensic yang telah tiba semasa kami sedang bertengkar dengan wartawan yang entah dari mana dengan tak ada kad apa apa. Setelah siap dia buat pemeriksaan. Dia datang panggil kami mungkin untuk penjelasan.
Abu: ye
Aku: emm.
PF:berdasarkan suhu badan mangsa saya terima dari pegawai forensic . mangsa baru mati beberapa jam yang lepas. Saya akan berikan masa yang tepat nanti. Tapi saya akan buat pemeriksaan luaran terlebih dahulu untuk pasti yang dia betul betul mati.Dan buat masa ni saya tak jumpa apa apa lagi. mungkin kita akan jumpa sesuatu lepas post mortem.
Aku: okay. Terima kasih. Saya nak awak buat autopsy ke atas mayat mangsa. Kita tak tahu sapa identity dia. Eh awak ada perasan apa apa yang aneh ?
PF: tak ada pula. Kenapa ?
Aku: tak ada apa apa.
Hmm benda yang tak masuk dek akal, tak terjangka dek fikiran dan tak pernah terjadi mungkin orang selalu terlepas pandang. Mungkin juga orang lain tak nampak..entahlah. Biarlah. Janji dah selesai tugas dekat sini. Mayat dah pun di bawa naik atas land rover. Balik IPD dulu. Untuk isi borang POL 61. Lalu baru kami hantar mayat ke unit patalogi hospital untuk di bedah siasat untuk mengetahui punca kematian dan mencari bukti bukti yang ada jika penjenayah ada meninggalkan kesan pada tubuh badan mayat. Tapi keesokkan hari baru bedah siasat boleh dijalankan. jadi Dah tak ada apa lagi dekat sini. Ikutkan hati nak balik rumah.
Tapi offday dah dibatalkan. Kenalah balik perlabuhan berpuaka. Semasa perjalanan pulang. Dalam kereta hanya sunyi sepi Cuma ada satu soalan yang di suarakan. “ kau perasan apa yang aku nampak ?” abu menanyakan soalan. “ aku nampak dah tadi. Aku perasan bayang bayang lengan aku putus. Bayang bayang lengan aku hilang dekat dahi dia.dan bersambung balik ke tanah”. Abu anggukan kepala mendengar penjelasan. “ aku pun perasan bayang bayang kau hilang. Sebab tu aku nak pastikan betul betul, takut salah nampak. Tapi memang betul. Bayang bayang tapak tangan aku pun tak ada dekat wajah dia”. Sesudah sampai di office. Masing masing semua buat kerja sendiri. Dah siap laporan. Aku pusingkan muka tak nak lagi hadap skrin computer ni. meluat dah tengok. Computer ni pun kalau boleh cakap. Mesti dia cakap meluat dekat aku juga. eh lantak dialah. Aku sandarkan kepala di kerusi.
Bawa keluar phone. Letak atas meja. Buka lagu. Tangan aku dah stanby gaya main gitar ilusi. Kalau pandai main gitar aku dah main yang betul masalahnya tak pandai. Lagu dah keluar. Rancak jari aku mengoreng gitar ilusi yang aku ciptakan. Senang nak dibawa ke mana.
“ singkap kembali…detik akhir bersama..linangan airmataku menitis. Dalam pelukkan dakapan yang terakhir… mengalir darah membasahi bumi. Pergi yang tak kembali untuk selamanya..segar indah namamu dihati ku. Perjuanganmu bagai lilin membakar. Bersinar menerangi kegelapan. Rela berkorban meredah onak berduri..jasa baktimu sejernh air di qhali. Bersemadilah engkau…. aman di pusara… “
Kepala terhuyung hayang mengikuti rentak lagu. Tangan rancak mengoreng. Mata terpejam bukan menghayati lagu. Tapi berfikir dengan apa yang terjadi tadi. Namun tiada jawapan. Mungkin patut tukar lagu. Kali ini tangan tidak lagi mengoreng. Tapi menepuk paha yang gebu dan empuk. Sambil kaki menhentak lantai. Kepala teranguk angguk. Mulut menyebut setiap lirik lagu yang keluar dari corong speaker phone. Mata tertutup rapat dan kepala otak lincah mencari jawapan di setiap persoalan yang timbul.
“ di kamar ku menyepi..hanya lilin menerangi. Beginikah seksanya hidup dalam penantian. Di tabir tirai malam…ada insan kesepian kesorangan.. dan setiap detik yang ku lalui seluruh alam ku membisu..tetap setia menanti mu..bayanganmu entah di mana…”
Tiba tiba kepala terasa sakit. Berpusing office aku. Buka laci dan keluarkan Panadol. Dua biji aku telan bersama dengan air mineral. Keadaan makin sunyi sepi dan gelap. Gelap segelapnya. Tiada satu pun cahaya dimata aku sekarang. Apa yang aku nampak hanyalah kegelapan. Tiba tiba mayat seorang perempuan tadi muncul..muka sinis memandang aku. Tangan di lambai lambai mengajak aku pergi entah ke mana. Tapi aku tidak bergerak lansung. Hanya mata memerhatikan pergerakkan mayat tersebut yang sedari tadi melambai lambai.
“weh weh, dah pukul lima. Nak balik ke tak ? aku tinggal kau kang”.
“weh bangunlah”.
Aku bukakan mata dengan tengok jam ditangan. Waktu sudah menandakan pukul 5 pagi. Dengan keadaan yang seram sejuk. Aku tengok abu didepan aku.
Abu: mimpi apa kau ? kalsom kalsom. Nak balik tak ?
Aku: kalsom ?
Abu: yelah. Dari tadi aku masuk nak kejutkan kau. Mulut kau asyik kalsom kalsom. Apa bende kalsom ? Amanda dah jadi kalsom ke ?
Aku: eh merepeklah kau. Aku tak ada mimpi Amanda ke kalsom ke. Yang aku mimpi..
Aku terdiam sejenak. Bila terfikirkan. Kalau aku mimpi kalsom. Yang tadi aku nampak mayat melambai lambai aku tadi apa benda ? mana satu yang aku mimpi ? habis tu apa ? sapa kalsom ?
Persoalan itu hanya dibiarkan saja begitu..mungkin nanti akan jumpa jawapan. Keesokkan malamnya di office. Aku panggil sorang kawan aku. Dia ni kaki lepak sana sini. Kenal ramai orang. Jadi aku panggil dia. Nak tanyakan kalau kalau dia kenal mayat perempuan semalam.
Bakar: apa kau nak tunjuk ?
Aku: tu. cuba kau tengok gambar perempuan tu. mana tahu kau kenal.
Bakar memerhatikan satu persatu gambar di atas meja dengan muka yang tengah memikirkan sesuatu.
Bakar: mata dia macam mata kau ke ? warna koko ?
Aku: ha’a warna koko mata dia. Cam ke tak ?
Bakar: ada ada. Aku rasa pernah nampak perempuan ni. ha aku pernah lepak sekali. Wan bawa dia datang. Ha anis nama dia anis.
Aku: sapa wan ? anis apa ? aku nak nama penuh.
Bakar: membe aku wan. Eh aku tak tahu ah nama penuh.
Aku: pasti ke ?
Bakar: ha’a. perempuan tu liar sikit. aku pasti dia.. Dia ni banyak main laki lah. Kau Tanya wan lah nanti. Aku bukan nak perburuklah tapi aku nak tolong kau.
Aku: ye ye aku faham. Kau call wan.
“knock knock” pintu di ketuk. Eh pandai pula dia ketuk pintu bila ada orang lain.
Abu: sini.
Aku keluar dan abu buka loudspeaker di phone dia.
Aku: hello..
PF: hello. Saya rasa kita ada masalah besar sekarang.
Aku: huh ? kenapa ?
PF: tadi masa saya nak jalankan tugas .. ish saya tak tahu nak terangkan macam mana. datanglah sekarang tengok.
Aku: kiranya belum autopsy lagi lah ?
PF: macam mana nak autopsy. Saya baru dapat arahan. Bila datang. tengok jadi benda macam ni. awak datanglah, senang bercakap depan depan.
Aku: okay okay. Tunggu.
Aku: bakar. Eh aku kena pergilah. Kau balik dulu. Lepas tu suruh wan jumpa aku. Okay.
Bakar: okay bro.
Aku: terima kasih ea
Bakar: baik bro.
Setelah sampai di lokasi. Keadaan menjadi sejuk semacam. Sangat sejuk. Terasa hingga ke tulang. Entah kenapa. Dah la tempat dia tercorok.
Aku: ahh tempat ni aku paling benci. Bau dia sampai ke rumah pun ada lagi. lekat habis dekat baju.
Abu: kerja kerja.
PF bukakan pintu peti sejuk yang menyimpan mayat semalam dan membawa dia keluar.
Abu: eh, bukan ni. awak silap mayat kot.
PF: betullah ni tempat dia. Number pun betul. Saya buka tadi tengok orang lain. Sebab tu saya call.
Aku: biar betul kau ? sapa orang tua ni ?
“pang” lampu pecah dan terus gelap dalam bilik mayat tersebut.
“aughhhhhh” jeritan dari PF mungkin kerana terkejut.
“pam” bunyi pintu besi peti dihempap masuk ke dalam semula. Tapi sapa yang tolak balik mayat ? sapa yang tutup pintu peti ?
Abu: wo wow woo.. rilek rilek.. stop menjerit. Tak ada apa apa. Okay.
PF: okay..okayyy.. sorry saya terkejut.
Aku: kejap aku buka lampu phone.
Aku keluarkan phone lalu buka lampu suluh. Tengok kiri kanan lalu mencari jalan untuk keluar dari bilik mayat. Suluh punya suluh.. “auuuugggghhhhh”. PF menjerit lagi.
Abu: hey hey. Kenapa ?
PF: saya nampak sekilas pandang tadi. Ada seorang orang perempuan berdiri di sana.cuba awak suluh sekali lagi dekat sana.
Aku pun suluh sajalah ikut arah tangan dia. Tak ada apa apa pun. tiba tiba..” ey..cik semua okay kah ?”.
Abu: okay okay. Kitorang okay. Mari mari keluar.
Guard: ye mari keluar nanti saya panggilkan orang tolong tengokkan apa yang rosak.
Kami jalan keluar ikut guard sebab dia ada lampu suluh yang besar sikit dan cerah. Nak harap lampu phone murah aku memang tak lah.
Kami ikut dia masuk dalam office PF.
PF: sekarang ni macam mana ?
Aku: entah. Blur aku blur. Sapa mayat tua tadi. Kulit dia kendur gila. Umur berapa tu.
Abu: sekarang macam mana ?
Aku: hold dulu ah. awak suruh orang orang awak cek semula. Mungkin tersalah letak.
PF: okay. Apa apa hal saya maklumkan.
Abu: okay.
Kami pergi IPD dulu azam kata nak jumpa. Kami sampai tiba tiba azam yang semalam bawa land rover panggil. dia bawa kami pergi dekat land rover semalam katanya ada benda nak tunjuk. Sampai sampai ja terus pekup hidung.
Aku: perghhh kau tak basuh ke ?
Azam: aku dah berkali kali basuh. Tetap macam ni. aku pun dah naik hairan. Yang lagi pelik semalam. ada darah.
Abu: mana ada darah mayat semalam.
Aku: ha’a mana ada darah.
Azam: ye aku tahu memang tak ada darah. Tapi semalam lepas aku balik. aku ada bau hanyir darah. Pekat sangat. Dengan bau bangkai. Aku basuh. Basuh basuh basuh.tetap bau.
Abu: biar betul kau ?
Azam: betullah.
Aku: sapa tu ? hey sapa tu ? abu ada orang dalam land rover. dekat tempat driver.
Perlahan lahan kami berjalan dan perhatikan tempat duduk driver. Anak sapa pula main dalam ni ? tak kunci ke pintu ? panggil tak jawab. Jalan punya jalan akhirnya sampai depan. Ketar lutut azam nampak jelas bila mata dia tak berhenti memandang mayat perempuan semalam ada dekat seat pemandu.
Aku hanya kaku begitu juga dengan abu. Mulut terkunci. Tiba tiba dia hilang dengan satu senyuman.
Abu: zam, zam, kau okay tak ?
Azam hanya mengelengkan kepala.
Abu: kaki kau ketar lagi tu. jum lah blah tinggalkan land rover ni. kang demam kau.
Azam tak bercakap apa apa hanya pusing dan berjalan dengan memek muka yang masih lagi terkejut. Dalam perjalanan pulang ke office. Aku call bakar suruh dia bawa wan datang jumpa. Dan abu mula bersuara.
Abu: semalam dekat rumah aku kena kacau.
Aku: huh ? kau pun ?
Abu: kau kena juga ke ?
Aku: ada. Tapi aku biar je. dia asyik main cak cak je. tak la takut sangat. Kalau hantu cantik macam tu. lagi pun dua kali je dia nampakkan diri. Semua tak lama. Berapa saat ja lepas tu hilang. Aku pun dah ngantuk teruk semalam. tertidur aku tak sempat nak hiraukan dia.
Abu: samalah. Dia main cak cak pula dekat rumah. Orang rumah aku pula nampak. Menjerit dia. “ abang. Kau bawa balik perempuan mana ni ?”. terjaga aku. Aku cakaplah. “perempuan mana pula ?” dia tunjukkan dekat aku. Aku tengok kosong je. dia sendiri naik hairan. Tadi dia cakap ada perempuan dekat penjuru dinding. Masa dia tunjuk dah hilang. Aku bangunlah nak bawa dia tidur balik. Entah dia mamai apa bende. Masa aku bangun tu. betul betul dia muncul dekat penjuru dinding yang orang rumah aku tunjuk. Menjeritlah dia. Mula kemain garang sangat. Lepas tu aku ceritalah semua. Dia dah tak boleh tidur dah lepas tu. nasib dah nak pagi dah pun waktu tu.
“ somebody save me…”
Abu: sapa ?
Aku: pengawal ladang semalam
Aku: hello..
(PL) pengawal ladang)
PL:hello. Detektif ka ?
Aku: ha’a ya. Ada apa eh ?
PL: tadi masa saya ronda. Lepas tu saya patah balik. saya ada nampak seorang perempuan. Masuk dalam tempat semalam. dia masuk dalam kawasan garisan polis. Bila saya Tanya. Dia kata dia polis dari balai London. Ada kerja sikit dekat sini. Katanya. Sekarang dah lama ni. dia tak keluar pun. sebab tu saya call. Saya nak pergi cek pun risau. Takut penjahat ka. Tembak saya macam mana ?
Aku: abang tak ada suruh dia tunjukkan kad kuasa ke ?
PL: tak teringat pula saya pasal tu. dah dia berani masuk ke sana saya fikir dia memang polislah.
Aku: okay okay. abang tunggu sana. Jangan pergi mana mana. Kitaorang pergi sekarang.
PL: okay.
Aku: abu, drive pergi sana sekarang.
Abu: em.. polis balai..? apa dia buat dekat sana ?
Aku: hmm dia tugas dekat balai je. apa yang dia buat dekat crime scene ? pelik ni. laju sikit buu.
Tiba di crime scene.
Aku: kenapa tiba tiba jaga depan ni ?
PL: owh. Sebab kes semalam. boss suruh kita jaga depan.
Aku: owh. Mana perempuan tadi boleh masuk ?
PL: saya pun tak perasan. Saya pergi ronda tadi. Patah balik terus ada kat sana.
Aku: okay okay. Macam mana eh dia tu ?
PL: tinggi, kurus. Cantik. Berambut perang dan pendek paras leher.
Aku: okay bang. Thank you. Kita masuk kejap eh.
PL: baik baik.
Abu parkingkan kereta di luar garisan polis dan keluar lampu suluh.
Abu: hello ? ada sesapa tak ?
Abu: hello ?
Kami masuk sampai ke dalam dengan menyuluh ke merata tempat untuk mencari perempuan yang mendakwa kononnya dia anggota polis. Tapi tak jumpa sesapa pun dekat sini. Tiba tiba.. ada lintasan laju melintas dari arah depan. Kami berhenti berjalan. Dan tiba tiba bunyi seperti ranting dipijak orang datang dari arah depan. Tangan masing masing dah stanby dekat pistol masing. Mata merenung tajam dari arah datangnya bunyi ranting kayu dipijak.
Lagi sekali bunyi. Kali ini pistol sudah ditangan dan di arahkan ke depan. Tiba tiba telinga terasa seperti di hembus.
Aku: abu. Serius boleh tak ?
Abu: aku tau apa yang kau rasa. Aku pun kena. Dan bukan aku yang hembus telinga kau.
Abu: sapa tu ? kami polis. Sila keluar cik. Jangan main main.
Abu: keluar cik..
Tiba tiba…
Keluar seorang perempuan yang sudah mati semalam. keluar dari belakang pokok dan hilang semula. Sekali lagi muncul di tempat lain dan hilang semula. Berkali kali kami menukar arah. Bila berkali kali dia muncul dan hilang. Dan terus muncul di belakang kami. Bila kami pusing terus dia hilang. Kali ini lama sudah dia tidak munculkan diri. Berpusing pusing kami mencari namun sudah tiada.
“somebody save me……”
Aku: hello bakar..
Bakar: aku ada sini dah dengan wan. Mana kau ?
Aku: okay okay tunggu. Kau masuk duduk dalam office aku dulu. Tunggu aku sampai. Aku tak jauh ni.
Bakar: baik baik bro.
Aku: abu jum lah gerak. Seram kau lelama. Tak ada apa apa pun.
Kami tinggalkan crime scene.
PL: dah habis ke ?
Aku: dah. Kitorang ada hal ni. bang minta tolong sikit boleh ?
PL: ha apa dia ?
Aku: kalau ada orang nak masuk sini. Sesapa pun. polis ke apa ke, abang call saya dulu. Boleh ?
PL: baik baik. Apa apa saya akan call.
Aku: terima kasih bang. Jum gerak dulu.
PL: gerak gerak khas ke ? haha.
Menyanyi pula orang tua ni. “pin” abu picit hon dan angkat tangan sebelum beredar dari situ. Dan aku suruh dia singgah di kedai 24jam. Kereta di berhentikan betul betul depan pintu cermin kaca jernih kedai. Aku masuk dalam. ambil 4 tin nescafe dan letak di atas meja untuk di kira.
Aku: malboro merah sekotak bang.
Cashier: adik bukan abang.
Aku: eh tak apalah. Tak kiralah tua muda. Respect each others kan ?
Cashier: hm ikutlah Cuma saya rasa tua haha. jalan jalan ke ?
Aku: haha kerja kerja.
Cashier: owh kerja apa ?
Aku: kerja biasa biasa je.
Cashier: plat W tu. ingatkan datang jalan jalan bawa marka. Elok marka belakang eh.
Aku: huh ?
Terus aku pandang keluar. Abu sedang asyik melayan phone hingga tak perasan yang aku sedari tadi melambai tangan ke arah dia dengan harapan yang dia sedar aku tengah Tarik perhatian dia. Aku keluarkan phone terus call number abu.
Abu: hello kenapa ?
Aku: kau keluar kereta. Jangan tengok belakang.jangan banyak Tanya. Terus masuk kedai.
Abu: kau dah kenapa ?
Aku: keluarlah.
Aku matikan panggilan dan lambai supaya abu keluar. Abu keluar kereta dan berjalan masuk ke kedai dengan tegaknya kepala seperti robot sudah aku tengok dia. Abu sampai di depan cashier.
Abu: apahal kau ?
Aku: kau tengok belakang kereta.
Abu pusing ke depan tengok apa benda di belakang kereta. Mayat perempuan semalam duduk dengan kemas sekali di seat belakang dengan hanya memandang depan. Dan terus pusing pandang ke arah kami yang berada di dalam kedai. Dengan satu senyuman sinis lalu hilang ghaib begitu saja. Aku pusing ke arah cashier semula. Cashier yang tadi pelik dengan kelakuan aku kini kaku bila sudah dapat jawapan dari kelakuan aku sebentar tadi. “ plap” aku gunakan lidah untuk hasilkan bunyi dari dalam mulut. Dia baru pusing ke arah kami.
Aku: cantik dan misteri kan ? berapa ni ?
Cashier: errgggh 100
Aku: woih..
Cashier: eh. 26.70 sen bang. Maaf maaf.
Aku: kau keja sorang ke ?
Cashier: ha’a sorang. Ni belen( balance) terima kasih. Datang lagi.
Aku: janganlah bergetar tangan tu. jaga.. kau duduk sorang. Kang dia datang balik aku tak tahu.
Terus aku berjalan keluar. Dan dari cermin kedai aku nampak brader tadi tengah call someone. Masa aku buka pintu aku sempat tangkap “ weh, ada mana ? datang teman aku kejap weh. Datang sekarang. Aku belanja kau….”
Aku dah jauh tak dengar apa apa dah. Abu dah terlebih dahulu masuk dalam kereta. Bila aku masuk dalam kereta terus dia masukkan gear dan jalan. Aku sempat tengok dalam kedai. Brader tu masih lagi pegang phone di telinga. sesi pujuk datang teman belum Berjaya maybe. Itulah tegur lagi.
Sampai di office. Abu masuk sekali duduk. Abu dan wan bersalaman sama sendiri. Begitu juga dengan aku.
Aku: rokok ?
Wan: boleh ke hisap dalam ni ?
Abu terlebih dahulu mengambil rokok yang diletakkan di atas meja.
Aku: tak bolehlah kalau ikut rule. Tapi okay jah. Hisaplah. Nak Tanya banyak ni..
Wan: terima kasih.
Aku: em.. ni perempuan dalam gambar ni kau kenal ?
Untuk pendekkan perbualan. Sini je aku cerita. Setelah di pujuk dan setelah kami cakap yang kami bukan nak tangkap dia. Hanya mahu bertanya. Wan terus menjawab semua soalan dengan jujur. Dia mengaku pernah tidur dengan wanita tersebut sebanyak 3 kali. Disebabkan itu, bakar yang ada sekali. Buka mulut memerli wan yang sering mengatakan dia teruna dan asyik mengata pada perempuan yang sudah tiada dara. Dan tidak mahu berkahwin dengan perempuan yang sudah tiada dara. Katanya kotor. Hmm nak kahwin dengan perempuan elok. Tapi diri sendiri dah skru berapa banyak. Acah acah teruna pula. Eh talk about hypocrisy lah. Wan juga mengatakan bahwa anis menpunyai seorang adik.
Adiknya juga sama seperti dia. Malas kerja. Hanya hidup bergantung dengan lelaki. Malah sering tukar tukar lelaki.
Berikan apa saja jika lelaki itu berikan apa yang mereka mahukan. Seperti wan. Wan membawa anis pergi jalan jalan. Tengok wayang or shoping dan hulurkan sedikit belanja lalu akan mendapat habuannya. Wan juga tunjukkan kami acc wechat anis dan alamat rumahnya. Ada gambar dengan seorang lelaki malam sebelum anis di temui mati. Aku dah suruh ali untuk siasat siapa lelaki itu. tamat perbualan dengan wan, kami menghantar dia dan bakar hingga ke luar. Semasa berjalan bakar tidak habis habis memerli wan. Dikatanya wan munafik haha lantaklah itu hal mereka. lagipun banyak lagi lelaki munafik luar sana. Acah acah suci.
Kami masuk semula dalam office. Tiba tiba abu keluarkan phone.
Abu: hello..
PF: hello ya. Detektif.
Abu: ada perkembangan terbaru ?
PF: kami dah buat pemeriksaan dan memang tak ada apa apa yang salah. Untuk bedah siasat selanjutnya masih menunggu arahan pihak polis.
Abu: awak perasan tak ? ada tanda lahir di leher mangsa ? tanda tu ada juga ke dekat mayat orang tua tu ? sebab semalam kami pun tak sempat tengok. Kami di sebelah kiri semalam. dan dengan terjadinya lampu meletop semalam. apa pun tak sempat dah.
PF: ya saya perasan. Tanda dekat mayat tua tu saya tak pasti. Semasa saya buka peti dan lihat mayat orang lain saya terus tutup dan call awak.
Abu: cuba awak tengok pada mayat orang tua tu. ada tak tanda lahir. Kalau ada. Saya pasti itu dia. Dan saya nak awak jalan bedah siasat terus. Lama lama macam tak elok pula mayat tu, tak baik simpan lama lama. Saya rasa mayat pun dah lembut untuk dibedah siasat. Dah lebih sehari dah kan ? urusan pihak polis saya akan urusankan.
PF: baik saya akan buat pemeriksaan. Dan saya maklumkan balik dengan segera.
Abu: oh ya kalau boleh ajak orang pandai ilmu agama teman awak. Saya takut terjadi hal yang tak diingini.
PF: baik.
Abu: baik terima kasih.
Aku angkat kepala pada abu seolah bertanya.
Abu: tadi masa aku tengok gambar dia. Baru aku teringat akan tanda lahir. Semalam kan tak sempat kita nak tengok. Aku rasa lainlah. Dengan ada benda menyerupai dia ikut kita. Lagi pun ni bukan kes mistik pertama. Aku rasa ada baikya bedah siasat. Kalau tak macam mana nak tahu apa sebab dia mati.
Aku anggukan kepala dan phone abu bergetar tiba tiba.
Abu: hello
PF: hello. Ya mayat tua tu ada tanda di leher sama seperti mayat yang saya periksa di crime scene.
Abu: baik, awak jalankan bedah siasat. Saya hantar anggota untuk rakam gambar bedah siasat Dan maklumkan saya jika ada apa apa. Terima kasih.
PF: tapi…
Abu: ada benda yang aneh. Nanti saya ceritakan. Awak just buat kerja awak okay ?
PF: okay.
Abu: esok macam mana ?
Aku: kita pergi rumah anis.jumpa adik dia.
Abu: kau nak balik ke ?
Aku: tak. Aku nak tunggu ali. Aku harap dia dah dapat maklumat lelaki tu. kalau dapat esok kita pergi ambil dia.
Abu: awal lagi ni. kita pergi malam ni lah.
Aku: tak apa ka ?
Abu: urgent.
Aku: okay.
Kami sampai di alamat yang di berikan wan. Rumah teres setingkat. Kawasan yang agak gelap dan dalam.
“assalammualaikum..” tiga kali abu beri salam lalu datang seorang perempuan cantik lingkungan 20-25. Keluar membuka pintu.
Amira: waalaikumusalam. Ye ada apa ?
Abu: polis. *sambil tunjuk ID.
Aku masih diam memerhati bila teringatkan sesuatu. Apa yang di beritahu oleh pengawal ladang tadi. Susuk tubuh yang sama kini berada di depan mata. untuk apa dia pergi ke sana. Adakah dia? Or benda lain ? eh lantaklah. Terus aku ke depan pagar.
Aku: hey. I heard that you’re player. Nice to meet you. I’m a coach.
Tiba tiba aku kaku. Otak rasa terhenti untuk bertindak balas.
Aku: sayang…
Amira: sayang saya tak ?
Aku: sayang sangat…
“ weh.. kau dah kenapa ? weh.. “ aku dapat tangkap suara tu. tapi tak dapat untuk menjawab. Suara tu makin lama makin jauh. Makin jauh dan makin jauh.. tiba tiba “paq: bahu di tampar. Dan aku sedar. Aku juga sedar dengan apa yang aku cakap tadi tapi aku tak tahu kenapa aku cakap macam tu. aku tengok bibir dia tersenyum sinis. Abu nak bersalam dengan dia. Pantas aku Tarik tangan abu. Dan bawa ke belakang.
Aku: jangan salam dan jangan tengok mata dia. Aku rasa macam kena pukau bila tengok mata dia.
Abu: yang tadi ni..
Aku: ye.. kau sendiri tengokkan.
Abu: okay.
Abu: kitaorang datang untuk bertanya mengenai gambar ni. adakah dia kakak awak ? apa nama eh ?
Amira: Amira. Sapa tu ? entah tak kenal.
Abu: tengok betul betul gambar ni.
Amira: saya tak kenallah.
Aku: awak cuba menipu kami ke ?
Amira: adakah saya di tahan ?
Aku: no. Just a conversation.
Amira: conversation…done.
Tersenyum manis lalu pergi meninggalkan kami berdua.
Abu: dia sembunyikan sesuatu.
Aku: em em..
Abu: kau tak nak buat apa apa ke ?
Aku: tak payah..kita ikut je rentak permainan dia. Hidup adalah permainan. Bermain dan dimainkan adalah perkara biasa. Jum balik.
Kami tinggalkan kawasan perumahan tersebut dan dalam perjalanan pulang ke office. Ali call untuk memaklum yang dia dah dapat maklumat dan alamat lelaki yang kami buru. Terus kami pergi ambil ali dan pergi sekali ke alamat rumah yang dikatakanya. Kami lalu di kawasan perumahan teres dua tingkat. Boleh tahan mamat ni..
Abu: ali, dia ni kerja apa ? ada rekod ?
Ali: orang gomen ni. tak ada rekod jenayah.
Abu: 8 sampai 5 lah ?
Ali: hmm.
Aku: eh mana satu rumah dia eh ?
Ali: number 8.. tu tu tu.. dua rumah lagi. rumah dia lah.
Aku perlahankan kereta bila lalu di rumah dia. Dan terus kami pulang ke office.
Semasa di office.
Abu: amar, tolong dapatkan waran esok.
Amar: baik.
Aku: tak payah waranlah lambat. Aku dah bincang dengan big boss. Big boss akan ikut sekali esok. Kita guna kuasa dia.
Semua angguk tanda faham. Terus aku jalan masuk office. Buka jacket. Abu bukakan pintu.
Abu: kau nak makan apa apa ?
Aku: tak tak. Aku nak tidur. Esok tolong kejutkan kejap.
Abu:susahkan ikut rule ?
Aku:benda paling membosankan sekali. kadang aku rasa menyesal jadi polis.
Abu: chill looohh.
Aku: okay okay aku nak siapkan laporan hari ni lepas tu rest kejap. Esok siang hari yang busy.
Abu: okay.
Aku ambil jacket tadi lansung menutup muka dan terus terbang ke paris. ZZZZzzzz..
06:00 am.
“krikkk” bunyi pintu dibuka dari luar membuatkan aku sedar.
Abu: kau dah bangun dah ?
Aku: em..* tengok jam.
Aku: suruh anggota get ready eh.
Abu: ha’a, ni ada roti bakar dua keping. Air nescafe panas. Aku dah tuangkan dalam cawan.
Aku: *menguap. Em.. terima kasih.
Aku hirup nescafe panas yang diletakkan dan makan sekeping roti bakar. Lalu buka laci dan ambil glock dan gari lalu aku letakkan di pinggang. Capai beg. Keluarkan berus gigi, letak siap siap colgate. Pergi tandas, basuh muka berus gigi dekat sini yang depan ada cermin besar dan panjang. Sambil sambil gosok aku tengok aku satu lagi dalam cermin. Dah siap semua, kumur kumur..aku jalan keluar tapi anak mata dapat menangkap sesuatu. Langkah aku terhenti..aku pusingkan kepala tengok ke cermin.
Mata aku terpana memandang cermin. Bila aku nampak yang aku masih lagi ada dekat cermin. Tengok berus gigi guna pisau. Darah keluar meleleh dari mulut. Mata dia tajam merenung aku..Sambil berus gigi guna pisau sambil tersenyum sinis..sekarang aku dah ada dua dalam cermin. Satu imbasan diri aku..satu lagi entah. Aku cuba untuk tengok imbasan diri aku.. tak ada apa pun.
normal..tapi tiba tiba..imbasan depan aku tersenyum. Masakkan aku tersenyum di saat begitu. Itu bukan aku.
Aku tidak senyum pun..” hahahahaha” bergema di dalam tandas.. entah kenapa aku seakan tidak dapat bergerak. Jika ikut hati mahu saja aku beredar. Tapi aku tidak dapat bergerak..mata mahu saja melihat apa yang ada di cermin. “hey”. Satu suara dari pintu tandas. Lantas aku kalih. Abu berdiri dengan kerutan di dahi. “ kenapa ?” Tanya abu. Aku tidak menjawab. Aku pusing ke depan balik untuk tengok cermin. Dah tak ada apa.tiba tiba…..
“pap pap pap pap” bunyi tapak kasut sedang berjalan mendekati aku. Bahu aku di tepuk dari belakang. “ kenapa ?” Tanya abu. Aku hanya gelengkan kepala. Entah kenapa aku tak dapat bercakap. Mahu saja aku menjerit “ AKU KENA KACAU”. “ kenapa pucat ?” Tanya abu lagi. aku angkatkan kepala untuk melihat. Ya pucat. Pucat sangat. Tiba tiba aku nampak dari dalam cermin. Aku pegang pisau dan tangan aku laju menghayun pisau ke perut abu. Cepat cepat aku tolak abu. Jatuh tersungkur abu. “ kau dah kenapa ? pagi pagi dah cari pasal ke ? aku datang cara elok”.
Abu bangun datang dekat aku. Aku nampak di dalam cermin sekali lagi tangan aku laju menghayun pisau ke perut abu. Sekali lagi abu terjatuh dek di tolak aku.
Kenapa aku tidak boleh bercakap ? kenapa ? kenapa dia tak nampak apa yang aku nampak ? kenapa ? abu bangun dan berjalan meninggalkan aku “ lantak kau lah”. Kata terakhir abu sebelum keluar dari tandas. Seminit kemudian. Bunyi tapak kasut banyak, sedang berlari menuju ke tandas. Ali dan abu masuk ke dalam. ali mengengam tangan kanannya sambil mengetap gigi giginya. Dia datang dan laju menghayun tangannya ke perut aku. “aaaarghhh”.
Jerit aku menahan sneak di tumbuk. Aku dah boleh berjalan. Ali dan abu berdiri melihat aku. Tidak berkelip mata diorang. Aku anggukan kepala. “ kau okay tak ?” Tanya abu. Aku anggukan kepala. “ sorry”. Hanya itu yang dapat aku suarakan.
“ tak apa. Kali kedua aku dah nampak kenapa kau tolak aku”. Kata abu. Aku hanya anggukan kepala. Memang itu aku harapkan. Aku harapkan kau faham. “ muka kau pucat teruk, kau stay jelah. Kang pengsan ke apa susah”. Kata abu. Aku terus berjalan tinggalkan diorang di tandas namun sebelum itu sempat aku menampar bahu mereka berdua tanda terima kasih. Aku tak suka di kecualikan dari operasi. Masuk office, siap siap untuk beredar. Pergi ke rumah johan bersama anggota.
07:30 am.
“suspek sudah dikenal pasti over” *talkie dari team amir
“suspek sedang menuju keluar over” *
“ berita terima over” #talkie dari team aku
“ on my mark ” #
Aku: abu.. dalam kereta ni bukan ada rayban ke?
Abu: ada dalam laci tu kot.
Aku: tengok kejap amar.
Amar bukakan laci kereta dan hulurkan aku rayban. Aku pakai untuk menutup mata yang merah dah macam mat gian.
“ alright go go go” #
Semua anggota keluar dari kereta selepas terima arahan. Suspek sedang menuju ke kereta yang diletakkan diluar dan seberang jalan.
Abu: encik johan ? encik johan ? *abu tunjukan ID.
Johan pusing ke belakang melihat abu dan terus memandang kami di belakang.
Johan: awak salah orang.
Aku: abu jangan bagi dia sentuh kereta abu.
Abu: awak yang salah kereta rasanya. Hari ni awak ada driver dan bodyguard.
“prakkk prakk” belum sempat tangan dia nak membuka pintu kereta. Abu terlebih dahulu mengilas tangan johan ke belakang lalu di garinya.
Abu: awak di tahan kerana disyaki merogol dan membunuh. Sila ikut kami ke balai.
Johan: lepas kan aku lah woi.. apa hal ni ? korang nak bawa aku pergi mana ?
Abu: kita pergi jalan jalan.
Johan: lepaskanlah. Aku saman kau nanti.
Abu: uuuuuu macam artis. Ke orang kaya kaya hidup senang senang sikit memang kerja nak saman orang je ? Nanti dekat sana kita sembang.
Dalam masa yang sama aku dah pakai glove dan masuk dalam pagar rumah dia. Ada rak kasut. Aku cari kasut yang sama corak tapak dia dengan gambar. Bingo. Ada. Aku masukkan dalam plastic terus keluar. Abu masukkan johan dalam kereta. Terus aku pecut. Dan berhenti lalu menurun cermin sekejap ke amir.
Aku: call forensic. Cek cap jari dalam dan luar kereta dia. Kalau ada. Pergi IPD Hantarkan rakaman jap jari ke bahagian D2 Bukit Aman. Lepas tu buat laporan ke aku.
amir: baik.
Aku: okay kami gerak dulu..
Cermin di naikkan..lalu terus mmmmmmmpppphhhhhhhmmmm cerittt… satu bonggol ni je aku brek. Mana boleh tahan. Banyak benar bonggolnya. Sampai balai London. Siap buat report tangkapan. Terus ke makamah majistret paris. Untuk dapatkan perintah tahanan reman. Dan bawa balik ke lokap balai London. Kami Sampai di office.
Abu: jum..
Kami naik kereta balik. tapi kali ini ali dan big boss ikut sekali. Terus pecut sampai ke rumah Amira. Aku ketuk pintu bagai nak pecah. “ pang pang..pang..pang.” “ polis..buka pintu “. Namun tak ada jawapan. Aku pusing belakang tengok abu. Aku angkatkan tangan aku buat seperti tengah pegang cutter lalu memotong sesuatu. Dan abu sangat faham. Dia bukakan bonet lalu keluarkan cutter besar dan berlari anak ke aku.
Abu: kau nak cutter ke ?
Aku: aku rasa dia dah lari. Tuan ?
Big boss anggukan kepala.
“ dia suda lali. Semalam I nampak dia ala bawa beg lali. Ada satu keleta bawa dia pi meh”. Jiran sebelah rumah Amira bersuara.
Aku: okay mam. Awak ada nampak number plat kereta ?
Mam: ohh solly saya labun malam.
Aku: okay mam, thank you so much. Mam please, get back inside. Police business.
Dia anggukkan kepala berkali kali dan berlalu masuk ke rumah.
“ pangggg” bunyi pedal ayam yang di potong mengunakan cutter. Glove sudah siap di tangan. Pintu kayu ditendang..
Aku dan semua masuk ke dalam. habis di geledah. Mencari sesuatu petunjuk yang boleh digunakan. Namun hampa. Dan Amira pula telah melarikan diri. Tiada satu pun pakaian dalam almari dan bilik dia kelihatan baru di punggah. Mungkin dia kalut kalut ambil barang berharga lalu pergi. Tinggal lagi satu bilik tapi berkunci. Aku nak tendang..tapi “tum” badan aku berlaga pintu di belakang bila terasa di tolak sesuatu benda besar. Tapi apa ? mana ada apa benda pun kat depan mata melainkan pintu kayu. “arghhh” sakit yang amat dibelakang badan.
Aku bangun. Sekali lagi nak tendang pintu namun belum sempat kaki aku hinggap di pintu kayu tersebut. Kali ini lebih hebat dari tadi bila terasa dada aku di pula ditendang. Besar sungguh tapak kaki terasa di dada. Terbuka pintu di belakang. Tergolek masuk aku sampai ke dalam. “arghhhhhhhhhhhhh” mengerang kesakitan yang bukan kepalang. Ali datang kepada aku. Angkat aku naik. “bismillahirahmanirahim” abu membaca bismilah dan merempuh pintu kayu tersebut dan “tukk” pintu terbuka dan dia melihat ke arah aku.
Abu: the power of bismillah
Aku buat tak tahu je. bukan masa dia nak main main dekat sini tapi aku tak nafikan apa yang abu cakap. Otak masih berfikir benda apa yang tolak dan tendang aku tadi. Namun tak sempat otak berfikir. Mata sudah terlebih dahulu terpana melihat apa yang ada di dalam bilik tersebut. Penuh dengan kain kuning. Serba kuning. Tirai kuning. Ada dua bantal kuning. Meja seperti meja orang jepun. Yang rendah tu. ada kain kuning di atasnya. ada beberapa mangkuk yang terisi jarum, paku, limau, bunga bungaan. Lilin di setiap penjuru meja dan penjuru dinding di dalam bilik.
Aku: apa benda ni ali ?
Ali: entah, bilik pemujaan rasanya. Pada gayanya aku rasa ni bilik aktivi ritual mereka.
Tak kisahlah bilik setan ke apa ke. Aku datang nak buat kerja aku je. kami geledah juga bilik tu. tapi tak ada apa. Pada mulanya bau nya harum, lama kelamaan menjadi busuk. Lantas kami keluar dengan perasaan hampa bila tiada satu petunjuk atau bukti pun yang boleh dibawa pulang. Sekurang kurangnya bagilah jumpa handbag ke apa ke. Kami dalam perjalan pulang ke office.
Aku: ali
Ali: hm
Aku: apa benda yang tendang aku ?
Ali: aku tak tahu. Masa kali kedua kau kena baru aku nampak.ada lembaga besar hitam gelap. Tak ada mata, tak ada semua. Cuma ada kepala, kaki, tangan dan badan. Lepas abu baca bismilah terus dia hilang. Aku tak tahu ke mana. Kau macam mana ?
Aku: aku okay. Cuma macam susah nak nafas sikit.
Big boss: kita ke hospital cek dulu.
Aku: tak perlu tuan. Banyak kerja yang penting lagi.
Aku: abu. Pergi balai ambil OYDS. Bawa balik. soal siasat.
Kami bawa balik johan dan masukkan ke dalam bilik soal siasat. Dalam perjalanan menuju ke bilik soal siasat.
Big boss: hey hey..saya tak nak jadi apa apa kecoh dekat dalam. simpan tangan awak berdua.
Abu: okay.
Aku: simpan tangan boleh guna mulut.
Big boss: apa ?
Aku: nothing
Kami masuk dalam bilik soal siasat.
Abu: macam mana cik johan. Okay dalam ni ?
Aku: mestilah okay.kan ? okaylah sikit dalam ni kalau nak ehem ehem daripada dalam kereta dekat ladang tu.
Muka dia berubah kemerahan.
Aku: kenapa kau rogol dan bunuh dia ?
Johan: I want a lawyer!
Abu: oh really ? tadi dah bagi kau belagak tak nak call sesapa. Kau cakap kau tak ada buat salah. Alaa kita sembang kejap je. lima minit. Lepas tu aku kasi kau call eh.
Johan: can I ask you something ?
Aku: yah.
Johan: do you ever feel like you’re wasting your life ?
Aku: only when I’m awake. But today I feel like I’m wasting my whole life bila duduk dekat sini bersembang dengan orang macam kau. Muka perogol. Kalau aku jadi perempuan memang aku ludah ludah muka kau kalau kau cuba cuba nak mengorat aku.
Untuk pendekkan cerita. Setelah di mainkan otak dia secara bertalu talu. Tidak perlulah dinyatakan apa yang dibicarakan. Dan akhirnya dia terlepas cakap “ aku belum sempat berbuat apa lagi, aku bukan perogol. Dia yang rela. Banyak dah aku belanja dia. Aku bukan perogol” *nada marah dan tinggi. hmm nampaknya kemarahan dan kegagalan mengawal emosi sudah memakan diri. Perangkap juga sudah mengena. Gembira riang hati hamba. Dia ceritakan segalanya selepas tu.
Mereka masuk ke dalam kawasan ladang tersebut untuk mengadakan projek X. namun bila belum sempat berbuat apa apa. Anis kejap berubah menjadi tua dan kejap berubah menjadi muda. Dan ada dua lagi anis di luar tingkap. Bila anis berubah menjadi muda. Yang di sebelah tingkap kiri akan hilang.dan bila dia jadi tua. akan muncul kembali anis satu lagi di tingkap kiri. Disebabkan rasa takut.
Dia bukakan pintu tempat anis.dan menendang anis keluar. Dan bila sudah agak jauh sedikit dia melempar beg tangan anis yang masih di dalam kereta. Kami suruh dia bawa tunjuk ke mana dia lempar beg tersebut. Dan tidak perlukan bantuan K9. Bila kami sendiri telah menjumpainya. Didalam beg tersebut ada identity mangsa. Kalsom binti puteh. IC yang sudah lama. Macam mana nak renew IC kalau umur tak setanding wajah. Rupanya dia memakai sihir untuk kelihatan muda. Dan ada perjanjian.
Jika dia mati akan ada jin yang akan masuk ke dalam tubuh badan. Namun seekor lagi jin, jin yang sentiasa menampakkan anis muda tak berikan dia masuk.
Dan mereka bertengkar sesama sendiri. Akhirnya sampai ke akhir tak selesai. Yang tu nak masuk, yang ni tak bagi. Yang ni nak masuk, yang tu tak bagi. Dan anis yang selalu menampakkan diri dan hilang semula tu adalah jin yang menyerupai. Tak tahu apa motif dia. Dan ini hanyalah andaian dari ali dari apa yang dia nampak. tapi mungkin tepat setelah di siasat. Amira ataupun Fatimah binti puteh juga hanya berbeza 3 tahun dari daripada anis ataupun kalsom binti puteh.
Kami tidak mencari Amira bila PF telah mengesahkan yang dia tak jumpa apa apa bukti untuk mengatakan anis dibunuh. PF mengatakan punca kematian sakit tua. Mati mengejut.
Dalam pejabat PF.
Aku: kerja sia sia ?
Abu: sekurang kurangnya kita jumpa jawapan.
Aku: em..boleh kita pergi tengok mayat ?
PF: silakan..
Semasa dalam perjalanan ke bilik mayat. Aku sempat call bakar suruh bawa wan datang ke hospital. Dan aku juga call amar untuk pergi ambil johan di lokap dan dibawa kemari. Aku masih menunggu di pagar pintu masuk bilik mayat. Dan land rover berhenti depan pagar. Amar turun dari belakang dengan membawa johan.
Aku: kenapa naik land rover ni ?
Amar: balai tak bagi guna kereta sendiri.
Aku: em..tunggu jap.
Dan tibalah sebiji 125zr merah berhenti depan kami.
Aku: wan.. okay ?
Wan: okay okay. Ada apa ni ?
Aku: sini. Aku bukanlah nak buka aib orang. Tapi kau sendiri dah tahukan kes ni. sekarang aku nak tunjuk something special buat korang. Mungkin boleh jadi pengajaran.
Bakar: aku tak nak masuk. Aku tunggu sini je.
Aku: haha okay.
Aku: amar bawa dia masuk dulu. Sini wan.. pakai ni. pakai dekat leher. Orang awam dilarang masuk tanpa urusan. Jum ikut aku turun bawah.
Kami masuk dalam bilik mayat dan PF buka peti mayat anis.
Aku: wan.. tulah anis. Yang kau tidur 3 kali. *bisik.
Wan terus menutup mulut. Werkkk… werkkk..
Aku: pergi muntah sana. Buang dulu badge tu..nanti kena muntah.
PF: okay ke tu ?
\
Aku: okay okay. Baru lagi memang macam tu.
Johan hanya diam memandang mayat anis. Kaku berdiri. Tidak muntah mungkin belum pernah bersama.
Aku: macam mana ali ?
Ali: ikut kata cik Mia. Dia tak jumpa bukti yang anis dibunuh. Ahli keluarga dah tak ada. Kena kebumikan secepat mungkinlah.. tak begitu cik Mia ?
Dalam masa yang sama PF anggukan kepala tanda setuju dengan cadangan ali.
Tiba tiba selesai ali mengatakan untuk kebumi secepat mungkin. Lampu dalam bilik mayat tiba tiba terpadam terbuka..angin meniup kencang. Soalnya dari mana datang angin. Tiba tiba pemulas pintu peti sejuk mayat. Turun naik. Tidak terbuka hanya di mainkan turun dan naik. Makin lama makin laju. Makin banyak yang di mainkan. Serentak.. “ bawa masuk mayat tu ke dalam balik, sekarang!” jerit ali. Semua yang di dalam muka gelisah tak menentu arah. Johan kelihatan cuak. Wan terpana diam membisu tidak berkata apa.
Rasa mau muntah mungkin sudah hilang apabila mata menyaksikan kejadian yang tidak pernah di minta sejak azali. Cepat cepat PF menolak kembali mayat ke dalam dan tutup. Tiba tiba keadaan jadi gelap. “auuuughhhhhh” jeritan suara perempuan. Mungkin dari PF. Hanya dia seorang sahaja wanita di sini. Lampu kembali terbuka.. ali diam. Mata terpejam. Mulut membaca sesuatu. Aku hanya melihat.
Tiba tiba keluar dua kelibat meyerupai anis. Lampu kembali terbuka padam. Hanya samar samar bila lampu terbuka semula baru kami nampak dua kelibat tu. semua berada di belakang ali.
“ pulangkan hak aku!” jeritan nyaring dari salah satu kelibat anis.
Ali cuba untuk tenang di saat genting begini.
Ali: siapa yang menciptakan kau ?
Kelibat: Allah.
Ali: siapa yang menciptakan dia ?
Kelibat: Allah.
Ali: jadi bukan hak kau.
Kelibat: tidakkkkkkkkkkkkkk. Dia sudah berjanji dengan ku.
Ali: pergi kau dari sini.
Lampu masih seperti tadi, begitu juga dengan tombol peti mayat. Kaki wan sudah bergetar. Matanya tertutup rapat. Begitu juga dengan johan.
Tiba tiba ali melaungkan azan. Bergema satu bilik mayat dengan ditambah suara jeritan dan tagisan dari dua kelibat tadi yang secara tiba tiba telah bertukar menjadi buruk. Habis azan dilaungkan. Mereka pun hilang. Dengan segera ali menyuruh kami keluar dari situ.
Ali: cik mia macam mana ?
PF: saya okay..saya okay. Pasal pengebumian jenazah. Pihak hospital akan uruskan.
Ali: baiklah.
Johan terduduk di atas kerusi yang di sediakan di luar bilik mayat. Mukanya ditunduk ke bawah. Wan masih kaku. Mungkin belum dapat terima apa yang sebentar tadi terjadi di depan mata dia.
Johan: hidup aku kosong. Aku hanya cuba untuk ceria.
Aku: hidup aku lagi kosong. Kita masa lahir pun dah ibarat kertas kosong. Tapi kertas kosong tetap indah bila kau pandai mewarnainya. Tapi kau warnakan dengan warna hitam. Kau silap. Kau silap jalan.
Abu: rasa sesal di hati ? dah la dah lepas. Redah je. jangan lari. Nanti penat. Dunia ni bulat bukan petak. Kau takkan jumpa penghujung.
PF: boleh sesapa ikut saya masuk dalam ?
Ali: kenapa cik mia ?
PF: saya tertinggal fail.
Ali: mari mari.
Kami masih lagi di luar bilik mayat. Aku pergi duduk sebelah johan. Muka dia masih tidak berubah.
Aku: tersungkur dengan harapan, tersedar dengan teguran, lantas bangun dengan impian. Semoga yang lepas jadi pengajaran.
Aku teringat akan ayat yang entah dari mana aku terbaca hari tu. jadi aku gunakan untuk johan. Semoga berguna buat masa ni.
Aku: dah jum. Kejap lagi or esok kau boleh keluar. Aku akan uruskan dengan big boss.
Aku angkat johan berdiri. Dan kami berjalan menuju pintu pagar keluar. Semua sudah di depan hanya aku di belakang dengan johan.
Johan: kenapa kau tiba tiba baik dengan aku ?
Aku: I’m a nice person. But if cross the line too many times. Something bad gonna happen. Aku minta maaf atas percakapan semasa di dalam bilik soal siasat. tu hanya sebahagian dari siasatan.
Johan: betul ke aku dah boleh keluar ?
Aku: kau nak keluar ke tak ? ke nak aku sabitkan kau percubaan merogol ? aku punya bukti kukuh untuk biar kau merempat dekat dalam dulu.
Johan: aku tak merogollah. Aku nak balik aku nak balik. muka aku muka perogol ke ?
Aku: okay. Tak.. muka orang baik baik. Lepas ni biarlah zahir seiring dengan batin.
Semasa ada di belakang land rover. PF datang dari belakang dengan ali.
PF: ni badge awak tertinggal.
Aku: macam mana awak tahu badge saya ?
PF: kalau bukan badge awak, awak takkan hiraukan kalau badge ni kena muntah.
Senyuman manis di lemparkan lansung berjalan beredar dari situ. Emm manisnya. Kerap kerap tengok comel pula. Eh buatlah kes bunuh banyak banyak. Boleh jumpa selalu. “ Walaupun cinta tak aku miliki, cukuplah sekadar senyuman untuk dinikmati”. Hati aku mengomel sendirian sambil melihat lenggang lenggok dia berjalan dari belakang. Hargailah walaupun sekadar senyuman yang percuma.
Benda yang percuma kita selalu terlupa untuk menghargainya. Macam udara yang kita hirup. Percuma. Sebab tu ramai manusia tak pandai bersyukur dengan kehidupan. Bayangkan sekali hirup seringgit. Pasti ramai yang mati. Katak tak punya sayap tapi tak mengeluh bila makanan dia kebanyakkannya serangga bersayap. Bunyi enjin land rover menyedarkan aku dari lamunan. Abu buka pintu kereta dan keluarkan mask. Lalu abu sarungkan di muka johan.
Johan: kenapa kau buh dekat aku ?
Abu: aku tahu kau malu orang tengok semasa di jalan. Pakailah. Balik ni berubah. Jangan buat benda tak baik lagi. one day you gonna realize how lucky you’re.
Johan: apa maksud dia ?
Aku: kau cubalah buat kes lagi..
Aku: Koperal.. boleh bawa dia balik sekarang.
Amar duduk di belakang dengan johan. Dan land rover sudah berjalan meninggalkan kami berlima. Kami balik office. Aku buat benda yang paling menyebalkan. Siapkan laporan siasatan. Lansung buka lagu. Telinga hanya sempat menangkap tiga lagu. Gives you hell – All American reject. Kejora ku bersatu- search dan kotak hati- hujan. Yang lain entah lagu apa diputarkan. Aku sudah sampai ke Moscow dengan menaiki kapal terbang sofa di dalam office.
Si johan tu biarlah semalam dekat sana. Pengajaran. Lagipun dekat rumah dia ada seekor burung dalam sangkar. Biar dia pula rasa hidup dalam sangkar. Moga balik nanti dia lepaslah burung tu. Esok pagi pagi baru balik haha. hmm Tak sempat nak main gitar ilusi. Ingat nak let-go saja. Tak ada masa nak main. Berminat bagitahu. Mudah dibawa kemana sahaja.
Sejak malam itu. bakar kehilangan seorang sahabat lepak. Bila wan hanya lepak di masjid sekarang. Semoga kita pun akan mendapat hidayah seperti wan. manusia sering katakan yang udara tu benda penting untuk hidup. Tapi terlupa yang air juga sebahagian darinya. Moga tidak selalu terlupa lagi dalam mengejar yang penting tapi dalam masa yang sama,ada juga yang sama pentingnya. Dalam hidup ini ada Tuhan.
Wan juga sudah tidak acah acah suci lagi dan sudah boleh terima jika takdir jodohnya dengan orang yang juga pernah berbuat salah di waktu silam. Air hujan yang jernih juga datang dari awan yang hitam. Pelangi itu indah,nikmatilah sebelum ianya hilang. Hargai kehidupan sendiri. Seperit mana pun hidup, percayalah satu hari nanti kau akan terkenang di saat itu dan tersenyum bila menyedari betapa kuatnya kau berjuang dalam hidup. Be strong. Wake up and be awesome. Always pray #ForTheGood.
Mental jangan koyak.
Thank admin publish, saya hargai walaupun setiap cerita saya paling lambat min nak publish . Why min why ? haha. Nanti kita date lagi ea min. haha saya lanja pizza pula nanti haha.. terima kasih semua.
Sorry sebab cerita agak slow. Goodnight, sweetdream and let find a little piece of heaven in dream. And remember me tonight when you’re asleep haha. Morning, have a some coffee and have a good day. happy working. be safe. SELAMAT HARI POLIS YANG KE-210. 25032017.
-Mac amin
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
abam polis.. jgn la menghilang lama2…
detektif dh buat come back wuhuuuuuuuuuuu
steady la mac….selamat hari polis….teruskan share cerita
Awesome officer !
semoge bertemu jodoh dengan PF..hehe
best…..selamat hari polis 🙂
Seronok baca. Setiap cerita ada pengajaran. Terima Kasih
TERBAEKK MAC AMIN..BOLEH BUKU KAN NI..
Walaupun pnjg tp suka baca. Dn suka selit2 nasihat.
????
haih rindu betul dgn story abam detektif nih..
Assalamualaikum…
Lameeeeee MA menyepi…
Dok tingat2 aritu pastu pikir sbb kita semua nk Malaysia Masih Aman makanye tu bizi lebih x sempat menulis kooottt…
Mase memule MA mmpi Kalsom tu, teruuusssss jer pikir mesti mayat tu sbnrnye dh sgt tua, sbb standard manusia umur memuda cam skrg kan bajet name retis semua mak pak bagi…
Ni tetbe mmpi Kalsom…
Betoller ghopenyer dh tua yer…
Akk setujuuuuu sesgt ble kamu bwk Wan+Johan g bilik forensik tu…
Heheheheee…
Ending yg sgt sgt memuaskan hati…
sampai muntah wan tu jadinya…..tgk wajah sebenar anis tuh
Tu yg akk suke tuuu…
Manusia suke menilai indahnya zahir yg berupa, tanpa peduli ape yg terhijab di sebaliknya…
Masa indah, itu yg disanjung dibelai…
Bile dh tahu realitinye, muntah jadi satu penghinaan…
so moral of the story jangan menilai buku melalui kulit nya hahaha tibahhhh
klu buku 555 kene nilai juga sbb byk yg ternilai dlm buku tu kahkah
lama gila iols tunggu cerita abam detektif. iols tengok CSI je selama ni sebagai pengubat rindu.
awak saya rindu lama sgt awak tidoq..ke admin tidoq.. ke ke ke.
Penulis kata pegi rumah abu tak bawak fon, lepas balik dr tempat kes terus g ofis kan tak balik rumah? Kenapa tetiba kat ofis ckp keluarkan fon pulak.. dari mana fon tu.. betul ke tak kau nih, kau jgn ckp ni semua citer rekaan wahai penulis..
baru nak komen gitu… pelik juga
dia gurau je kot ngan abu tu kata hp dia tetinggal
maybe sebelum ke crime scene balik rumah dulu. mesti kena bawa fon bila dah kena panggil masuk kerja. takkan nak details semua benda. habislah lepas ni dia kena tulis pergi tandas kencing apa semua haha. berapa hari tu dah berapa kali kencing tak tahu. haha nanti details semua benda hahaha
Minat gile dgn cerita2 detektif ni…
Selamat hari polis abam polis?
“Walaupun cinta tak aku miliki, cukuplah sekadar senyuman untuk dinikmati”….blh share x ayatni detektif..kahkah,,, smga detektif bertemu jodoh dgn pf
keep writing your experience mr detective…tuan ni mmg hati keringla xtau takot langsung..hehehe..
best kott..smgt baca kt ofis. jenuh gak baca panjang2..haha
Been waiting stories from the boys in blue.. x penah mnghampakan… gud job… troskan k… kami menunggu…
Really story ke??
terbaik boss…boleh buat novel..
Rindu abam polis…???
bgus kate2 mac amin.. ad jgk yg sentap.. kk bhai..
Seriously hang kalau tak post, aku tercari2 post hang, kot2 aku terlepas ka. Hang jangan lah hilang lama sangat. Kami rindu dengan ceqita hang. Aku suka betoi laa dengan ceqita hang ni. Syok wo. Walaupun panjang tetap menarik. Banyak bagi kata2 nasihat. Sempoi hang noh. Sambung kaih . Tak sabaq ni.
nice der
selamat hari polis En detektif ! baru baca sbb busy utk menyelamatkan dunia .. hahahaha.. sy amek sume kata2 nasihat ni okay ??????
Terbaikk dari ladang ahahha k bye
Best cite nie
Terminal kasih kerana telah mengajar aku tentang menghargai kehidupan. ?
kasih diterima 🙂 up up
power la bro. respek. terkesan dn insaf . terima ksih.
happy belated police day detective Mac Amin…walaupun da lepas 5 bulan sebab sy br baca story nih…hehehe
Thanx share cerita. Power!
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
.
Mac amin punya cerita tak penah mengecewakan..gigih baca walaupun panjang..haha..penutup cerita slalu ada kata2 pujangga..i like..
aku suka cerita mac amin…byk kata2 yg boleh di ambil..best r
Bagus la penuh dedikasi,amanah dan paling penting bertimbang rasa. Btw gitar ilusi tu nak letgo brpa aci tak kasi diskaun 😆😆
Xsia2 baca biar panjang..5 stars🤩🤩🤩🤩🤩🤩