Cerita panjang dan tak semua pasal mistik. Kalau malas skip. Terima kasih yang kasi nasihat untuk perbaiki penulisan dan jalan cerita, saya hargai. Bukan tak nak straight to the point sebab niat asalnya bukan nak bercerita sangat tapi nak lebihkan mesej tu. tak kisahlah pembaca kurang pun. janji yang baca dapat sesuatu dalam sesuatu. Selamat membaca..
Aku: benda paling sedih dalam hidup. Bila kau ada ramai kawan. Tapi satu pun tak ada yang berguna.
Abu: habis tu apa yang kau buat ?
Aku: dah dia minta tolong aku. aku pergi jugalah. Kesian pula tengok kena buli. aku pergi nak ambil balik barang dia aja. Tahu apa aku buat. Budak yang buli budak tu nak gaduh. Aku cakap dekat dia. “dah kalau berani sangat datanglah. Kalau kau tumbangkan aku. aku respect kau. Tapi kalau kau boleh keluar dari sini lepas tumbangkan aku. aku sujud kau bro”. masa tu muka dia berubah. Biasalah tempat tu ramai orang melepak. Benda kecoh orang datang ramai tengok. Muka dia berubah teruk. terus dia kasi barang. Blah. Aku tak kenal seorang pun dekat situ sebenarnya haha. waktu tu otak kena main peranan penting.
Abu: haha. eh terima kasih. Lapar sangat dah ni. sudu ada bang ?
Pelayan: kejap ea.
Pelayan datang hantar sudu. Nasi pataya menjadi santapan pagi ini..
Dari jauh ali berjalan menuju ke mari..
Ali: ada kes. Gerak.
Belum sempat nasi atas sudu masuk ke mulut. Pergerakkan aku terhenti disitu. Aku pandang ali.
Aku: nasi baru sampai bro. susah tau nak jumpa kedai sekarang. Semua tutup cuti.
Ali hanya memberi isyarat mengunakan kepala untuk gerak. Aku dengan perasaan hampa letak balik sudu dan garfu ke dalam pinggan. Manakala abu dengan laju menyuap nasi masuk ke mulut. Pandai dia ambil kesempatan dalam kesulitan. Aku panggil pelayan kira. Bungkus nasi tadi dan Kami berjalan menuju ke kereta.
Aku: asal kau makan macam tu tadi. buruk betul perangai.
Abu: kisah pula ? okay dari pegang sudu saja lepas tu letak balik.
Abu: hahaha
Ali: haha dapat juga rasa dari tak kan ?
Abu: tulah. Sedap nasi dia. Rugi betul tak rasa.
Aku: cerita tadi habis tadilah.
Masuk dalam kereta. Dalam perjalanan menuju ke lokasi. Kereta berhenti di lampu isyarat. Mata aku memandang di sudut kaki lima bangunan kedai. Ada satu tubuh badan tidur berlapikkan kotak membantalkan lengan. Rasa bersyukur tiba tiba hadir dalam diri. Biarpun tak kaya tapi masih selesa. Tak kaya pun tak apa. Dari kaya tapi cetek akal. Biarlah pakai jam 20 ringgit pun. kalau kita pakai jam mahal mahal tapi bila masuk waktu solat tak diendahkan juga.. Buat apa jam mahal? oh ya mungkin untuk keselesaan diri. Okay tak kisah tapi tak perlu pun riak. Mahal ke murah ke,masa kita berjalan serentak dan seiring menuju detik kematian. Mahal manapun tak dapat menunda detik kematian. Perihal bilik tidur pun nak bercerita dekat orang luar.
Respect is for those who deserve it not for those who demand it.
Bila orang cakap. Kata nak berkongsi. Aku beli aiskrim sebatang. Aku panggil kau tengok aku makan. Baikkan aku berkongsi ? Kalau nak berkongsi. Buatlah jamuan, kenduri. Open kasi orang datang makan. Kaya apa nak heran. Siapkan makanan, minuman sedekah dekat orang yang tidur tepi jalan. Berapalah sangat berbanding beg ber K K ? beg hanya seorang diri merasa. Kalau keluar 1K untuk beli makan kasi orang yang kurang nasib baik. Ramai dapat merasa. Yang sederhana pun boleh buat sebenarnya. Ramai ramailah bersama. Kumpul duit. Seseorang tak boleh tolong semua orang. Tapi semua orang boleh tolong seseorang. Jangan jadi kaya gaiss takut nanti hanyut. Hidup lebih indah jika memilih untuk mensyukuri apa yang kita ada. ( abaikan saja bab tu. teremosi. Karang ada yang cakap aku dengki)
Abu: bagi dial ah nasi kau. Kau belum tentu bila nak makan, nanti sejuk dah tak sedap.
Aku hulurkan nasi yang dibungkus tadi.
Aku: nah rezeki dia. Ucap selamat hari raya sekali. God bless him.
Abu ambil nasi di tangan aku lansung membuka pintu kereta. Namun ali sempat menahan abu dari keluar.
Ali: aku pun nak. Kasi duit raya dekat dia. Nah..
Abu: bereh boh.
Abu keluar dari kereta lansung menuju ke lelaki tersebut dan terus berlari kembali masuk kereta dan kami menyambungkan perjalanan yang tertunda sebentar tadi.
Aku: kau pergi mana je tadi ali ?
Ali: aku pergi tengok jenazah. Jenazah tu berpeluh peluh. First time m**i. Nervous kot kan ?
Abu: hahaha.
Ali: HAHAHAHA
Aku: you laugh at your own joke. tak kelakar. Dah kenapa semua nak loyar buruk ?
Ali: lah. Lain kali jangan Tanya soalan bodoh. Kau tahu aku dalam kereta tadi.
Terus aku diam..
Abu: walau jauh akan ku gegas berlari…walau tinggi bisa ku terbang di langit..walau sedalam mana akan ku selami kerna cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu..dekat pada mu itu..
Aku: lagu tu sapa nyanyi abu ?
Abu: yusry kru. Dekat pada mu itu destinasi ku..tak kira apa juaaa….
Aku: biar dia je yang nyanyi. Kau tak payah.
Aku tengok muka dia. dia dah mula buat muka seposen. Caih.
Ali: hahahahaha…
Lepas tu sepanjang perjalanan. Hanya sunyi sepi tanpa suara. Tak ada yang berani bersuara takut kena paku.
Jalan kecil yang di kelilingi hutan. Diterangi dengan cahaya dari lampu truck bomba yang datang untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam sebuah kenderaan. Abu lansung memberhentikan kereta di belakang truck bomba. Dan kami keluar dari kenderaan. Menuju ke anggota bomba yang menunggu di depan truck mereka. sampai kami di sana, lansung memperkenalkan diri masing masing. Aku abu dan ali.
Anggota bomba (AB)
AB: selamat hari raya.
Aku: yaya selamat hari raya juga semua.
Di malam raya. Terjadi satu kemalangan yang mengakibatkan dua buah kereta. Mangsa sudah pun di keluarkan dan telah di hantar ke hospital berdekatan. Ini tiada urusan lansung sama sekali dengan polis. polis trafik mungkin. Tapi seorang anggota bomba mendapati yang ada sesuatu yang aneh akan kemalangan itu, lansung melaporkan kepada polis. Dan kami di tugaskan ke mari untuk menyiasat apa yang berlaku.
AB: maaf sebab semua benda telah pun di alihkan. Tapi gambar keadaan awal tadi sudah ada kami ambil.
Aku: takpa. Teruskan.
AB: pada mulanya saya fikirkan ini satu kemalangan langgar lari..selepas melihat keadaan sekeliling, saya yakin ini satu perancangan mungkin untuk m******h.
Abu: apa maksud cik ?
AB: tu.. * tunjuk ke suatu tempat.
Mata aku tertera pada tempat yang di tunjuk. Aku tengok kereta mangsa yang dilanggar.
Aku: dengan jarak yang panjang ni. mustahil hentaman dia begitu kuat. Sepertinya dia hentam berkali kali. Sangat mustahil kereta yang diletakkan tepi ni. lalu berlanggar dan lari. Memang bukan kemalangan. Sepertinya di sengajakan.
AB: itulah yang saya fikirkan. Sebab tu saya laporkan pada pihak polis.
Aku: ada bakat jadi polis. kenapa jadi bomba ?
AB: saya nak kerja yang selamatkan orang.
Aku: polis pun selamatkan orang.
AB: juga m******h.
Semua mata memandang sesama sendiri.
Abu: tak semua polis m******h. Banyak lagi bahagian lain.
AB: tapi unit cik ni..
Aku: ya we do. Mana forensic abu ?
Abu: dalam perjalanan.
Aku: kita lihat sekelilin dulu. Kalau kalau ada benda lain lagi yang boleh jadi petunjuk.
Mencari cari.. abu jumpa sesuatu. Kami semua bergegas ke sana. Ada satu lagi kesan tayar kereta.
Abu: ada kereta yang parking disini ke tadi ?
AB: saya pasti. Tak ada.
Aku: abu. kejap kejap. Suluh balik tempat tadi. perlahan lahan.
Abu kembali menyuluh tempat tadi mengunakan lampu suluhnya.
Aku: okay stop! Got it.
Kami jumpa satu loket rantai lelaki. Tak jauh dari situ.
Aku: jangan sesiapa pegang. Tunggu forensic. Aku yakin ada cap jari dekat loket tu.
AB: macam mana cik tahu ?
Ali: dia pun pakai rantai. Memang orang pakai rantai ni akan pegang loket kot ?
Aku: ea ali ea. Dia mesti akan pegang. Dah tak payah tengok aku macam tu. nanti aku buang okay.
Aku: lagi satu cik. Saya nak minta rahsiakan benda ni. jangan bocorkan apa apa pun.
AB: kenapa ia ?
Aku: kalau cik ni orang jahat. Dan cik dah buat satu perancangan yang cik rasa dah cukup bijak untuk m******h. Dan rancangan ni juga untuk mengelirukan pihak berkuasa. Pihak berkuasa mungkin fikir yang ini hanya kes kemalangan dan langgar lari. Mungkin cik boleh rilek rilek. Tapi kalau cik dah tahu yang rancangan cik dah kantoi. Apa cik akan buat ? ambil tindakan seterusnya ? larikan diri, bersembunyi. Lagi pun kalau dilihat pada perancangan ni. saspek bukanlah orang yang professional.
AB: biarkan dia fikir yang dia dah cukup bijak untuk semua ni. baik saya faham.
Aku: yah. Thank. Oh ya good job untuk hari ni.
AB: kerjasama pasukan. but terima kasih juga.
aku pakaikan glove di tangan dan lansung pergi ke kereta mangsa. Beg masih lagi dalam kereta. Wang ringgit masih lagi ada. Begitu juga phone. Kalau ini kes jenayah. Motif samun sudah tak boleh diguna pakai. Barang berharga mangsa masih lagi ada. Siti Farida, umur 28. Berasal dari kampung tu juga. selesai tugas forensic. Kami masuk ke dalam kampung. Untuk melihat kawasan di kampung itu. apa masih ada lagi jalan keluar dari arah lain dan sebagainya. Kami berhenti di rumah yang tertera pada alamat di IC mangsa. Jam sudah hampir pada pukul 3 pagi . Keadaan rumah yang sunyi. Mungkin kerana semuanya keletihan beraya di siang hari tadi. abu memberikan salam dan mengetuk pintu rumah. Seorang perempuan tua keluar.
Abu: maaf menganggu malam malam begini. Kami dari jabatan siasatan jenayah. Adakah betul alamat ini ? * menunjukkan IC mangsa.
Nenek: ya betul tuan. Itu anak perempuan saya. Kenapa dengan dia tuan ? kenapa tuan ?
Aku: makcik..makcik.. bersabar. Sabar. Anak perempuan makcik sekarang ada di hospital. Dia terlibat dalam kemalangan.
Seorang lelaki datang dari dalam rumah. Membawa seorang budak perempuan dalam lingkungan 4 atau 5 tahun.
Abu: maaf menganggu. Ini siapa ?
Ahmad- isteri farida
Ahmad: saya suami dia encik. Kenapa dengan isteri saya encik ? *nada gelisah.
Aku tengok mata ahmad. Dengan harapan supaya dia faham, lalu dia angukkan kepala tanda faham. Lansung masuk ke dalam dan keluar semula seorang diri.
Abu: isteri cik sedang di rawat di hospital sekarang. Encik boleh ikut kami ke sana.
Ahmad: baik baik. Sekejap saya tukar pakaian. Mak.. mak tengokkan anis ia. Saya pergi hospital.
Nenek: yalah. Baik. Pergi elok elok mad. Mak doakan semua selamat.
Sampai di hospital. Doctor maklumkan yang farida kritikal tapi stabil buat masa sekarang. Hanya tunggu dia sedarkan diri. Aku nak menanyakan soalan pada ahmad. Tapi memandangkan keadaan seperti tak mengizinkan. Aku simpan saja niat untuk esok hari. Kami pulang ke office.
Ali: motif ?
Amar: samun ?
Abu: tak mungkin. Barang kepunyaan mangsa masih ada.
Aku: bodoh.
Semua tengok ke arah aku. lah diorang tak dapat ke ?
Aku: bodohlah. Tak kiralah apa motif dia sekali pun. kalau aku, aku ambil barang berharga kepunyaan mangsa. jadi polis akan anggap itu kes samun. Jadi itu sedikit sebanyak dah menganggu penyiasatan. Tak begitu ?
Ali: jadi sekarang apa motif ?
Abu: iri hati ? dengki ? suami dia ada buka perniagaan. Mungkin ada musuh.
Aku: mungkin. Dendam pun boleh jadi. Kita belum tahu latar belakang mangsa dengan lebih terperinci. Mungkin ada kisah kisah tak baik ?
Ali: dua dua boleh pakai buat masa sekarang. Jadi kita siasat mengunakan kedua dua motif tersebut.
Aku: kita ada temui satu loket. Tapi sayangnya kesan cap jari saspek telah pun rosak. Dan aku rasa kita dah tak boleh berharap akan benda tu. Esok aku dan abu akan pergi jumpa suami mangsa untuk menanyakan beberapa soalan. Ali dengan amir esok. Pergi jumpa ibu mangsa dekat rumah. Semua okay ? boss ? okay ?
BB: okay. Teruskan. Amar dan fako akan lapor diri esok. Saya dah minta untuk batalkan cuti mereka. cuti kamu pun akan di batalkan.
Aku: baik boss.
Nasib ummi faham.
Keesokkan siang. Hospital.
Ahmad mengatakan yang isteri dia minta izin untuk ke rumah kawan lama. Ya rumah mereka dengan kampung taklah jauh. Tapi disebabkan kesibukan. Jadi jarang ada masa untuk berjumpa dengan orang. Jadi dia pun tanpa berfikir panjang. Terus izinkan. Tapi dia menyuruh supaya isteri dia bermalam di rumah kawan, tak perlu balik di lewat malam. Tapi si isteri tak ada pula maklumkan yang dia akan balik ke rumah mak dia. Itu kampung farida. Bukan ahmad. Mereka bercadang untuk balik ke kampung ahmad pada hari ni. di sebabkan itu. farida mahu berjumpa dengan kawannya semalam. hari ini sudah mahu bertolak ke kampung suami pula.
Abu: mungkin ada benda lain yang encik ahmad boleh ceritakan pada kami ? ia encik tahu. Dalam dunia ni. maksud saya. Sentiasa ada orang yang dengki. Jadi encik buka perniagaan. Walaupun tak besar mana. Tapi mungkin ada musuh.
Ahmad: benda ni susah saya nak bercakap. Saya rasa saya ada musuh. Tapi saya tak mengesyaki sesiapa.
Aku:kalau benda ni memang sudah di rancang. Saya rasa. Orang yang terdekat. Orang yang tahu di mana kampung encik. Saya tak tolak kemungkinan orang luar. Mungkin diorang dah ikut encik tanpa encik sedar. Dan diorang tahu di mana kampung encik. Tapi itu agak memakan masa. Dan mustahil. Apa yang suspek buat. Ea encik tahu. Maksud saya persiapan untuk lalukan jenayah. Tak mungkin memakan masa dalam sehari. Encik baru saja pulang ke kampung pada siang terakhir ramadhan bukan ? dan macam mana encik boleh cakap. Yang encik rasa encik ada musuh ? tanpa bukti kita tak boleh menuduh. Faham bukan ?
Ahmad: ia saya faham. Sebenarnya bab ni saya rasa susah nak terangkan.
Abu: kenapa ?
Aku: saya tak faham.
Ahmad: benda ni melibatkan alam lain ?
Aku dapat rasakan yang dahi aku berkerut.
Aku: maksud ? benda mistik ?
Ahmad: ya. Benar. Kalau saya ceritakan pun. apa guna kalau orang tak percaya.
Abu: kami percaya. Ceritakan.
Ahmad menarik nafas panjang berkali kali sebelum memulakan ceritanya.
Ahmad: sebenarnya pada mula. Saya tak berapa percaya bila isteri memaklumkan yang ada ganguan di rumah. Dan saya hanya diamkan perkara itu. lama kelamaan kami sering bergaduh dan saya akan berasa panas bila dirumah. Sangat panas. sentiasa rasa seperti nak marah bila di rumah. Tak kisahlah benda apa sekali pun. walaupun kecil, mesti bergaduh. Sebabkan itu saya jarang balik ke rumah. Di luar semuanya okay. Normal. Tak ada masalah. Tak terasa panas pun. saya sampaikan beli satu lagi aircond untuk diletakkan di rumah. Kerana sangat panas. dan masa yang sama. Perniagaan juga sedikit merudum.
Ahmad: disebabkan itu. keadaan kami makin kacau. Sering gaduh. Tapi saya masih lagi mampu bertahan. Saya sayangkan dia. Dan tak sebegitu mudah saya nak lepaskan. Saya percaya yang itu mungkin dugaan yang tuhan berikan. Tapi lama kelamaan. Saya mula sedar yang ada sesuatu yang aneh di rumah. Pada malam hari, sering kedengaran suara perempuan menanggis. Pada mulanya saya syak yang isteri saya menanggis. Ialah. Perempuan. Hatinya lembut. mungkin menanggis pasal kami bergaduh. Hari pertama saya biarkan. Hari kedua, saya rasa tak sampai hati pula untuk biarkan dia menanggis. Jadi bila saya dengar suara orang menanggis. Saya tanyakan dia.
Ahmad: “ kenapa menanggis ? abang minta maaf kalau ada terguris hati awak “. Tapi dengan nada selamba dia menjawab. “ bila masa saya menanggis “. Perasaan saya agak kacau masa tu. orang nak berbaik. Dia pula ego. Jadi saya biarkan dia. Saya tidur lebih baik. Keesokkan pagi. Saya bangun nak ke tandas. Masuk tandas. Saya agak terkejut bila mendapati yang air di dalam mangkuk jamban itu seperti d***h. Pekat. Jadi mungkin isteri saya h**d. Saya flushkan saja. Tapi air yang keluar itu juga bukan air. Tapi air berwarna merah seakan d***h juga.
Ahmad: pada masa tu. saya dah cuak. Ada apa sebenarnya dalam tong yang berisi air ni eh ? saya buka. Masa saya buka. Saya nampak air jernih. Seperti biasa. Saya flushkan sekali lagi. tapi air yang keluar ke mangkuk tetap juga sama. Jadi saya rasa seperti. Saya tak patut ambil endah hal ni. saya ni penakut juga. jadi saya ambil keputusan untuk keluar. Saya keluar. Isteri tiada di tempat tidur. Saya turun bawah. Apa yang saya nampak, isteri saya sedang memaksa. Selalunya di pagi hari, dia hanya akan siapkan roti, atau pun oat untuk bersarapan. Tapi pagi ini, dia siapkan seperti mahu makan tengahari.
Ahmad: saya ada bertanya. Tapi dia hanya diam. Jadi saya malas nak bercakap banyak. Nanti gaduh lagi. dah dia masakkan itu dah besar rahmat. Saya duduk makan. Saya seorang yang tak makan sayur. Pagi itu. saya nampak yang isteri saya tengah meratah, jantung pisang. Walaupun saya tak makan sayur. Tapi saya taklah sebegitu bodoh. Mana ada orang makan jantung pisang macam tu. yang lain ada juga. seperti daun pisang. Yang paling pelik. rumput pun ada. Tapi apa yang dia hidangkan dekat saya. Seperti biasa. masakan normal. Nasi, ayam ikan dan lain lain yang saya makan. Saya hanya mampu makan sedikit. Tak lalu pula bila tengok dia makan. Saya ada bertanya. Tapi sama. Dia masih diam. Pelik pelik betul perempuan ni punya ego. Takkan ego sampai makan rumput apa semua. Apa yang dah jadi sebenarnya. Saya siap dan terus pergi kerja. Anak selalunya isteri yang hantar ke pengasuh. Anak saya baru berumur 4 tahun.
Ahmad: jadi malam saya balik rumah. Sengaja saya balik lewat. Bukan apa. Dalam keadaan macam ni. tak balik lagi bagus sebenarnya. Masa saya masuk bilik. Saya nampak isteri saya tengah mengadap cermin di meja solek. Saya hanya diam. Masuk mandi. Dan keluar dari bilik air. Dia masih lagi di meja solek. Sama seperti tadi kedudukannya. Agaklah kalau tak nak bercakap dengan saya pun. tak usahlah berperangai pelik sekali. Saya Abaikan sekali lagi. saya turun ke bawah. Pergi meja makan. Saya buka tudung saji. Apa yang saya nampak. Makanan saya, semuanya ada ulat sampah. Nasi saya nampak bergerak gerak. Nasi apa bergerak gerak ? saya sapu mata saya berkali kali. Saya tengok balik nasi dalam periuk. Itu bukan nasi. Ulat sampah juga.
Ahmad: saya dengan perasaan benggang. Naik ke atas. “ apa yang awak masak ? “. Dia pusing ke arah saya. Dengan solekkan yang agak seram bagi saya. Muka dia putih melepak. Lipstick pula dilukis seperti ada d***h yang melelah dekat bibir. Begitu juga mata. dilukis guna lipstick merah seperti sedang menanggis airmata d***h.
Tiba tiba phone ahmad berdering. Mata aku sempat tangkap nama yang tertera di skrin phone.
Ahmad: excuse me..
Aku: yah.
Ahmad lansung berjalan jauh dari kami dan menjawab panggilan. Sudah lima minit kami menunggu di sini.
Abu: argh salah lagi. aduh.
Aku: apa kau ni ?
Abu: ni ha. Aku asyik salah je dok menjawab kuiz ni. sajalah aku main. Saja juga aku bagitau siap siap supaya kau tak Tanya.
Aku: jawapan kau salah kot ?
Abu: betullah jawapan aku.
Aku: kau tak faham soalan agaknya ?
Abu: berkali kali aku baca soalan sebelum menjawab. Aku dah faham sangat soalan.
Aku: okay. PAKU sekilo KAPAS sekilo. Mana lagi berat ? ( korang pun boleh jawab juga. cubalah. Kalau salah. Jujur dengan diri sendiri. Sendiri sendiri tahu sudahlah)
Abu: paku lah. soalan aduh.
Aku: faham soalan dan juga penyataan dia. Dua sama berat. SEKILO. Tak ada yang lagi berat.
Abu: kau nak cakap aku bodoh tak faham soalan ke ?
Aku: tak. Aku tak cakap apa pun.
Aku: jawab yang ni pula. Aku ada 9 ekor ikan emas. 3 ekor ikan emas aku m**i lemas. Jadi berapa ekor ikan emas yang tinggal ?
Abu: 6 lah.
Aku: sure?
Abu: yah.
Aku: palui. Ikan mana boleh lemas.antara kau bodoh atau tak. Sekarang kau sendiri tahu jawapan dia.
Wajah abu berubah kelat.
Aku: kadang kena guna logik akal juga, bukan setakat faham soalan semata mata.
Abu: ah. Aku malas main lagilah.
Aku: lagi bagus.
Ahmad: maaf ambil masa lama sikit. Hari raya..
Aku: ea ea faham. Tak ada hal.
Ahmad duduk.
Aku: maaf. Apa alamat rumah pengasuh tadi eh ?
Ahmad: kenapa ye ?
Aku: tak ada apa. Cuma saya nak maklumat yang detail.
Ahmad lansung menjawab soalan aku lepas aku terangkan dekat dia begitu.
Abu: okay. Boleh sambung cerita tadi.
Ahmad: baiklah. Dekat mana tadi ? maaf
Aku: dalam bilik. Isteri cik tengah bersolek.
Ahmad: oh ya. Lepas saya nampak dia macam tu. terkejut juga saya sebenarnya. Masa tadi saya dah tak terkawal. Ini kali pertama saya tinggikan suara. Entah kenapa. Saya jadi pemarah bila dalam rumah. Saya ambil keputusan untuk turun bawah. Dan keluar cari kedai makan. Perut saya dah lapar. Masa di kedai. Saya call isteri saya. Nak Tanya kalau dia nak pesan sesuatu. Tapi dia tak angkat call. Berkali kali saya call. Dah orang tak angkat. Takkan saya nak call lagi. jadi saya pun pesan kan jelah apa apa pun. lepas saya makan. Saya balik. saya sampai rumah. Masa tu dia dah tidur. Saya malas nak ganggu dia.
Ahmad: saya Tarik selimut nak tidur. Dan masa ni saya bau satu benda yang sangat busuk. Nak kata bau bangkai pun bukan. Saya tak pasti bau apa. Saya tak pernah bau pun pun sebelum ni. saya pun naik hairan. Tapi bau tu masih lagi kuat. Sangat kuat. Terasa menyucuk rongga hidung saya. Tekak terasa loya. Akhirnya saya mengalah dengan rasa muntah. Saya berlari masuk tandas. Saya muntah segalakan apa yang ada dalam perut. Semuanya keluar. Alangkah terkejutnya saya. Apa yang keluar dari mulut. Ulat ulat dan cacing cacing yang panjang. Banyak sangat. Mata saya berpinar pinar. Tekak yang loya terasa dua kali ganda loya bila melihat ulat dan cacing yang masih hidung dalam mangkuk sinki bilik air.
Ahmad: cepat cepat saya habiskan muntah saya. Saya paksa untuk keluar juga walau tekak terasa pedih. Selesai saja muntah. Saya terus terkam ke atas arah katil. Saya Tarik selimut. Sekali lagi kejutan buat saya. Apa yang ada di tempat isteri saya. Hanyalah tulang belulang dan tengkorak. Rangka manusia. Bawah tengkorak tu masih ada rambut yang panjang. Masa tu saya terasa pitam. Gelap. Apa yang saya nampak hanya gelap. Saya rasa saya pengsan masa tu. sebab keesokkan pagi saya tersedar. Saya ada di bawah lantai. Lepas saya sedar dari pengsan. Saya dah tak ingat apa apa. Saya bersiap dan terus pergi kerja. Hati saya terasa panas. tapi tak tahu marah akan siapa. Saya tak endahkan pasal isteri lagi masa tu. saya takut terjadi hal lain pula kalau saya mencari dia.
Ahmad: saya tetap juga pergi kerja. Walaupun dalam keadaan macam ni. sebab saya rasa ini tanggungjawab saya. Nafkah isteri. Barang barang rumah. Keperluan semua atas saya. Jadi saya rasa saya tetap kena berkerja. Tapi. Satu kerja pun saya tak boleh buat. Kepala otak saya memikirkan hal semalam. dalam tengah berserabut tu. isteri saya call. Pertama saya tak angkat. Tapi dia call lagi. saya angkat kali ini. Sebab saya rasa mungkin ada hal yang penting. Apa yang saya dapat lepas angkat call. Isteri saya mengatakan yang dia ada di kampung sudah tiga hari.
Abu: kenapa dia tak maklumkan yang dia mahu pulang ke kampung terlebih dahulu ?
Ahmad: sebenarnya..sebenarnya..
Aku: sebenarnya apa ? bergaduh.
Ahmad: ya cik. Sebenarnya kami ada sedikit perselisihan faham. Mungkin disebabkan gangguan yang ada dirumah. Mungkin dia marah. Dan pulang ke kampung tanpa maklumkan ke saya terlebih dahulu. Yang menghairankan saya. Siapa yang di rumah saya. Kalau isteri saya ada di kampung. Malam tu saya juga balik ke kampung. Dan kami okay semasa di kampung. Tiada masalah. Tiada lagi rasa panas bila di rumah. Tapi bila kami balik ke rumah kami. Rasa tu mula datang kembali. Saya macam tak boleh tengok muka dia. Rasa benci, marah, geram semuanya bercampur baur. Saya sendiri tak pasti apa puncanya. Jadi saya ambil keputusan untuk minta tolong dari pengamal perubatan islam. Alhamdulilah. Semuanya selesai walaupun memakan masa yang agak lama. Dan bermacam macam juga rintangan yang kami hadapi. Tapi akhirnya semua okay. Dan di sebabkan itu. saya rasa saya ada musuh.
Ahmad: hati saya kuat mengatakan yang ada orang dengki dengan saya cik. Mungkin disebabkan serangan pertama gagal. Jadi dia buat benda benda lain pula. apa yang jadi pada isteri saya. Mungkin..
Abu: boleh jadi, sebab kami pun..
Aku: kami masih belum ada bukti apa apa untuk mengesyaki yang apa yang terjadi dekat isteri cik ni satu perancangan. Kami masih lagi menyiasat. Dan buat masa kini. Masih lagi buntu. Samar samar. Hati saya juga mengatakan yang ini mungkin satu kemalangan.
Ahmad: baiklah cik. Apa apa pun saya harap. Pihak cik dapat lakukan dengan sebaik mungkin. Kalau tak ada apa apa lagi. boleh saya minta diri. Nak ke surau. Buat masa kini mungkin hanya tuhan yang dapat saya mohon pertolongan.
Aku: yaya. Silakan. Terima kasih kerana beri kerjasama. Moga isteri cik cepat sembuh.
Ahmad: terima kasih juga kerana mendengar dan bagi peluang saya menceritakan perkara yang tadi. terima kasih kerana percaya. Kalau orang lain. Mungkin sudah mengatakan yang saya gila.
Aku: setiap orang layak untuk didengari cerita mereka.
Ahmad: saya minta diri dulu.
Aku: silakan.
Kami bersalam. Dan ahmad terus pergi meninggalkan kami.
Abu: kau suka buruk sangka dengan orang.
Aku hanya melihat dan diam.
Abu: dia tu baik je orangnya. Solat minta tolong dari tuhan. kau sendiri pun solat fardhu jarang full.
Abu: zahir yang suci tak semesti batinnya tak bernoda.
Abu: ada aje kau nak menjawab. Lantak kau lah.
Aku: psssssttt. Sini.
Datang seorang anggota polis yang ditugaskan menjaga mangsa dan juga satu satu saksi yang ada.
Anggota Polis (AP)
AP: ya tuan.
Aku: aku bukan tuan.
AP: maaf tuan.
Aku: ish.
AP: maaf cik.
Aku: awasi setiap pergerakkan. Kalau dia sedar. Cepat cepat maklumkan. Buka mata kau. Jangan terlepas pandang even benda kecil. Faham ?
AP: faham cik.
Aku: macam tak semangat kau ni. duduk. Aku nak cerita satu cerita dekat kau.
Aku: dulu. Ada satu Negara yang BESAR. Istana yang BESAR. Satu hari. Ada budak KECIL masuk. Budak tu mencuri roti sebabkan lapar. Tapi ditangkap oleh pengawal istana. Dibawa mengadap Raja. Raja pun Tanya. Kenapa dengan dia ? pengawal pun beritahu yang budak KECIL tu mencuri roti. Raja cakap. Hanya roti. Cuma benda KECIL. Lepaskan dia. Beri dia makan. Dan berikan dia tempat tinggal di istana ni. tapi penasihat Raja minta kebenaran untuk beri pendapat. Raja benarkan.
Aku: penasihat cakap. “ mula mula mencuri roti. Nanti mencuri pula wang. Barang kemas. Rumah”. Tapi Raja tetap juga dengan keputusan dia. Jadi budak tu tinggal di istana. Zaman dulu. Zaman perang. Jadi negera ni pun tak terlepas dari perang. Jadi satu hari tu. semua panglima perang dan angkatan askar askar dinegera tu di kerahkan ke medan perang. Yang tinggal hanya sedikit di istana. Hanya untuk mengawasi istana. Tapi perang ni perlukan strategi. Jadi pihak musuh mengunakan cara penipuan. Sapa bijak dia menang. Askar musuh di medan perang. Hanyalah umpan. Perancangan sebenarnya adalah menyerang istana. Orang jahat tak perlukan peraturan. Apa saja dilakukan demi keinginan. Jadi bila serang istana. Raja m**i. Senanglah kerja. Tak perlu susah payah nak berperang dengan askar yang banyak dari Negara yang BESAR.
Aku: jadi bila istana kena serang. Raja pun tulis utusan untuk hantar ke panglima perang yang ada di medan perang. Setelah siap utusan. Raja mengarahkan seorang utusan untuk hantar ke panglima perang. Disebabkan terjadinya perang dalam istana. Banyak kuda telah m**i. Pengutus tadi pun mencari cari juga seekor kuda untuk menghantar utusan untuk meminta bantuan dari panglima perang. Akhirnya jumpa. Seekor kuda. Tapi ada. Dia nampak dari jauh. Ada seseorang dekat kuda tadi. rupanya budak yang di tangkap mencuri tu. budak budak. Biasalah. Bukan dia tahu apa.kali ni dia curi lagi. dia curi ladam kuda yang KECIL tu.
Aku: disebabkan tiada ladam kuda. Kuda tak boleh berlari. Disebabkan kuda tak boleh berlari. Jadi utusan tak sampai. disebabkan utusan tak sampai. jadi bantuan pun tak sampai. disebabkan bantuan tak sampai. Raja pun m**i d*****h. Disebabkan Raja m**i d*****h. Tergadai satu Negara yang BESAR hanya kerana benda yang KECIL. Hanya disebabkan budak KECIL. Faham tak ?
AP: FAHAM CIK.
Abu: eleh kau. Tak pasal kena ceramah. Mengajar orang konon.
Aku: jangan endahkan. Kalau nak maju. Dengan apa orang cakap. Jangan tengok siapa yang bercakap. Tapi tengok. dengar, apa yang dia cakap. Kalau kau tengok aku. aku mungkin bukan siapa siapa. Jadi dengar sudah cukup. Faham ?
AP: faham cik.
Aku: baik. Pergi sambung kerja. Have a good day.
AP: terima kasih cik.
Kami berjalan keluar dari hospital.
Aku: aku ada ciri ciri pemimpin tak ?
Abu: kau ? rosak. Better jangan. Haha
Aku: haha orang kalau dengki. Macam tulah. Manusia ni kalau dah benci, dengki. Kita terpijak semut pun dia mengata lebih lebih. Buat baik manapun tetap jahat di mata dia. Tapi yang hairan dia masih ambil tahu tentang kita. Sayang betul dia eh dekat kita.
Abu: merepek apa kau ?
Sebelum balik ke office. Kami menuju ke suatu tempat terlebih dahulu dan terus pulang ke office.
Abu: apa yang kau dapat ?
Ali: sebelum kahwin dengan ahmad. Farida pernah bertunang dengan seorang lelaki. Dan mereka putus, lansung farida berkahwin dengan ahmad dan sampai kini bekas tunang farida masih belum berkahwin. Jadi benda ni. mungkin ada kaitan dengan bekas tunang dia. Mungkin bermotifkan dendam.
Aku: okay kalau macam tu. kau dengan amir. Siasat bekas tunang mangsa. benda main dengan hati dan perasaan ni tak boleh kira juga. manusia sanggup buat apa saja.
Abu: tapi…
Aku: tak apalah abu. biar terperinci siasatan. Mana amar ?
Ali: ada dekat meja dia kot.
Aku: panggil dia dengan fako. Yang lain keluar.
Amar dengan fako masuk.
Aku: welcome back. Selamat hari raya. Korang berdua ada tugas penting. Bergilir gilir. Jangan leka.
Lepas aku terangkan apa yang perlu diorang buat, diorang keluar dan abu pula masuk. Abu mengajak aku ke hospital untuk melawat farida. Aku hanya mengikut. Aku ke tandas terlebih dahulu. Lepas keluar dari tandas. Aku nampak abu sedang memerhatikan sesuatu. Aku angkat kepala menanyakan apa yang sedang dilihat. Dia tunjukkan ke arah si amar yang sedang monyok.
Abu: kasi brain wash sikit. Teruk sangat dah aku tengok.
Aku: hm. Amar. Dalam. sekarang..
Aku masuk dalam dan amar mengikuti dari belakang.
Aku: duduk.
“ cerikkk…”
Aku: abu keluar. Close the door!
Abu: okay okay.. haishh.
Aku: apa masalah kau ? muka kau elok sikit dari dubur babun yang warna pink tu.
Amar: tak ada apa apa.
Aku: aku tak suruh kau cakap.
Amar: tapi kau Tanya.
Aku: diam ! mulai sekarang. Lupa. Buang semua pasal dia. Delete semua gambar dia. Buang semua barang dia kalau ada. She didn’t derserve you bro. ya kau mungkin anggap aku jahat. Tak berhati perut mungkin. Tak kesian dekat kau yang tengah jatuh ditimpa tangga. Tak faham keadaan kau. Tu semua penyakit mar. macam kencing manis. Kalau ada part yang dah rosak tapi kau tak buang dia cepat cepat. Dia akan lebih teruk mar. diri sendiri juga yang kena tanggung akibat. Aku bukan nak paksa kau. Tapi kau kena ingat.. UBAT tu PAHIT. Tapi PENAWAR. Apa yang aku suruh kau buat sekarang mungkin pahit. tapi penyembuh. Kau jangan salah anggap dengan apa yang aku buat sekarang. Penawar faham penawar ? kau ada tugas. Jadi tolong focus. Penyakit kena buang cepat cepat. Jangan simpan.
Faham ?
Amar: faham.
Aku: bagus. Keluar.
Aku ambil jacket dan keluar dari bilik. Abu ikut dari belakang. sampai di meja amar. Abu mengetuk meja. Mesti dia nak tambah ni. tadi aku nampak dia tekup telinga dia dekat cermin. Cuba untuk curi curi dengar apa yang aku cakap amar. Orang tua ni memang tak senonoh perangai.
Abu: aku dah muak tengok kau up status ayat ayat sedih kau. Jadi please stop. Okay ? tunjukkan dekat dia yang kau OKAY tanpa dia. Setakat dia tu apalah sangat. Tak heran pun. kau boleh.
Aku: haa kau boleh. Dulu kau boleh hidup tanpa dia. Kenapa sekarang tak ?
Amar: aku tak boleh nak lupakan dia.
Aku: you can’t or you won’t ? Tanya diri sendiri. Satu lagi jangan fikir cara nak lupakan dia. Bila kau fikir cara nak lupakan dia. Automatic kau akan ingatkan dia. Sebab kau tengah fikir cara untuk lupakan DIA. DIA DIA dan DIA. Jadi jangan fikir. Work helps you forget about your pain.
Abu: boleh ?
Amar: boleh.
Abu: semangat sikit.
Amar: BOLEH BOH.
Abu: goodboy.
Aku: oh ya..jangan biarkan orang bertapak di kepala kita tanpa membayar kos untuk dia tinggal disitu. Never.
Aku dengan abu pergi hospital. Keadaan farida masih lagi sama. Masih belum sedarkan diri. “ tolonglah cepat sedar. Aku perlukan kau untuk sahkan lagi apa yang ada dalam kepala aku.. Jadi tolong cepat sedar”. Kata aku dalam hati.
“assalammualaikum..”
Abu: waalaikumusalam..
Abu menjawab salam ahmad.
Abu: dari mana ?
Ahmad: saya pergi kantin tadi dan terus ke surau..datang sini balik. ada apa apa ke detektif ?
Abu: tak tak. Tak ada apa. Datang melawat.
Hari berganti hari. Siang bertukar malam. Siasatan masih dijalan. Namun masih lagi buntu. Dah ada beberapa saspek tapi bukti yang masih tidak kukuh jadi kami tak berani untuk ambil tindakan. Ali dan amir juga masih tak jumpa apa apa. Siasatan mereka juga sedikit terganggu bila bekas tunang farida gagal ditemui. Begitu juga dengan amar dan fako. Masih belum ada apa apa. Cuma abu seorang saja yang temukan sesuatu. Beberapa hari selepas tu. pihak hospital ada maklumkan yang farida sudah di wad biasa. Cuma belum sedarkan diri. Tiba tiba..
“ tuk tuk tuk “ cermin aku diketuk. Abu memanggil untuk keluar.
Aku keluar ikut dia. Ali juga ada disana. Kepala aku cuba memikirkan apa yang sebenarnya diorang nak tunjukkan.
Aku: apa benda ?
Abu: tengok ni.
Aku: orang hilang ? kenapa ?
Abu: ia. Tapi tengoklah gambar ni.. dapat tak ?
Aku: wait… got it got it. Biar betul. Dah kenapa kau tengok orang hilang?
Abu: sajalah aku tengok. Tak ada apa nak dibuat. Terkejut aku.
Ali: siapa dia ni ?
Abu: kau ingat tak masa kami dalam penyamaran. Kami dah sesat. Dan masa tu lah kami jumpa dia ni. bunyi macam normal. Tapi tak. Kami sesat dalam dimensi yang lain. Faham ?
Ali menanggukan kepala tanda faham.
Aku: kalau dia ada dengan kita masa tu. mesti ada connection dengan jin yang kacau aku masa tu. dan kalau ada connection dengan jin tu. mesti ada kena mengena juga dengan rumah tu. rumah tu satu satunya klu yang kita ada. Agak mustahil kau nak cari jin tu aku rasa.
Abu: kita pergi.
Masing masing memandang sesama sendiri.
Aku: kau pergi dulu. Aku menyusur belakang. aku nak habiskan kerja sikit lagi.
Abu: okay. Jum ali.
Aku sampai dekat rumah. Ali ada depan pagar sedang berdiri sepertinya menunggu aku. bila aku mendekati dia. Dia hulurkan mask. Aku tolak. Rimas tahu pakai mask. Tolak pintu..
Aku: perghh..
Rongga hidung aku terasa menyucuk bila menghirup udara yang tercemar dengan bau yang busuk. Menangkap kepala bau nya. Terasa seperti menghirup rindu yang sesakkan dada..jalan ku hampa dan ku sentuh dia. Terasa hangat oh di dalam hati..( haha abaikan. Mungkin ada yang tak dapat )
Aku berlari semula ke ali. Ali masih lagi menghulurkan mask. Aku capai. Aku pakai. Aku masuk.
“ you welcome “ telinga aku sempat menangkap suara ali dari luar.
Aku naik ke atas. Dekat atas tangga ada bangkai. Besar. Mungkin anjing. Mungkin masuk dari pintu belakang. entahlah. Perlahan lahan aku sua kepala dalam bilik..
“ woihhhhh “ abu terjerit sambil lompat kebelakang. Terkejut. Bila mata kami bertemu hanya dua inci jauhnya. Dia ada tepi dinding. Aku sua kepala dan kalih ke dia. Dia pun kalih mengadap aku. faham tak ?
Aku: aku lah aku.. aduh kau. Siang siang ni.
Abu: ia aku ngaku. Aku agak terkejut. Tapi aku lebih terkejut bila aku terjerit. Aku nampak macam kelibat hitam melintas belakang kau. Laju. agak agaklah. Kau tengoklah tempat apa. Tak kiralah siang ke malam.
Aku tengok sekeliling. Tali yang digunakan untuk gantung diri masih lagi ada. Tapi sudah terpotong. Yang tinggal hanya tali yang di ikat di atas kipas.
Aku: kenapa ali dekat luar ?
Abu: dia dah masuk terlebih dahulu sebelum aku lagi. dia cakap tak ada apa apa pun. jadi dia panas. dia keluarlah.
Aku: habis tu, kau jumpa apa apa ke ?
Abu: tak. Kelibat lintas belakang kau tadi ajalah.
Aku: bayangan kau kot. Kau takut agaknya ni.. her her her..
Abu: entahlah. Tapi aku tak takut. Kau jangan nak perlekehkan aku. jangan cerita orang yang aku terkejut sampai terjerit. Kita kita saja.
Kami keluar dari rumah.
Ali: aku dengar bunyi orang menjerit.
Aku: aaa…
Abu: aku jerit nak test gelombang suara dalam bilik tu. tak ada apa apalah. Dah jum balik. dah kau cakap tak ada apa apa.
Sehari selepas tu. aku off. Aku bukan kaki berjalan. Lepas habis movie. Aku nak tidur. Rindu tau nak tidur dalam suasana malam. Tidur siang ni, rasa macam tak puas. Tapi tidur aku terganggu. Terjaga dari tidur yang lena. Entah dikejutkan rindu atau luka. Dua kali aku mimpi benda yang sama. Mungkin hanya mainan tidur. Jadi aku tak nak endahkanlah. Aku nak sambung tidur..” arrrggghhhhhh” *menguap haha. aku pejamkan mata. tapi.. ada lagi benda yang cuba kacau waktu tidur aku. paling benci bila orang hancurkan masa dating aku dengan bantal. Depan rumah aku ada taburkan batu kecil kecil. Jadi kalau orang berjalan. Kau akan dengar. Ada orang datang rumah. Aku cek phone. Tak ada call. Kalau ada orang nak datang. Mesti ada call terlebih dahulu. Itu rule dia. Rumah aku. suka aku lah.
Aku ambil glock dalam laci..” taq “ masukkan mag peluru. Aku jalan keluar. Pistol masih lagi di belakang peha. “ knock knock knock “..
Aku: sapa ?
Abu: abu abu. buka pintu weh. Emergency.
Aku buka pintu. aku cam suara abu.
Aku: beg ?
Abu: kejap lagi aku cerita.
Abu cuba untuk melihat apa yang ada di belakang peha aku..
Aku: kau tak call. Mana aku tau sapa nak datang. Masuklah.
Abu: kejap. Kakak ada dalam kereta. Ni beg. Tolong bawa masukkan.
……..
Abu: aku nak tumpang stay sini kejap boleh ?
Aku: kita macam adik beradik abu. kak pergi tidur dulu. Tak elok tidur lewat lewat. Saya siapkan bilik kejap.
Kak: terima kasih dik.
Aku senyum dan terus tinggalkan mereka untuk pergi siapkan bilik untuk mereka. dah siap semua. Aku tunjukkan bilik dan kak dah masuk tidur. Aku masuk bilik aku. keluarkan rokok dan pergi ke ruang tamu. letak rokok. Aku buka peti ais nak keluarkan air. Tapi ada satu Tupperware ais krim. Em macam sedap pula.
Aku: abu.. aku nak sikit..
Abu: nanti…
“ prakk “ Tupperware di buka dengan rakus..
Perghhh..cepat cepat aku tutupkan balik..
Abu: aku dah cakap nanti..isteri aku lah nak bawa. Biasalah mengidam kot. Sorrylah.
Aku cari Panadol dengan ubat tahan muntah, aku telan. Sebelum muntah baik telan dulu. Dah muntah karang. Lembik habis satu badan. Aku ni ada masalah sikit dari kecil. Naik bas tak boleh. Mesti muntah punya. Bau durian pun sama. Dekat kampung ada dusun durian. Akulah orang yang terberuntung bila tak makan durian. Ada dusun pun tak guna. Ramai orang tergilakan durian ni. aku pun hairan apa yang istimewa dia. Kepala aku dah pening bila hidung menghirup bau durian yang terperangkap didalam Tupperware. Aku bawakan dua gelas air ke ruang tamu. abu sudah berbaring di atas sofa sambil menghisap rokok. Aku nyalakan rokok dan terus bertanya apa sebenarnya yang terjadi.
Abu: sejak kita balik dari rumah tu. aku dah dua kali dapat mimpi. Kakak pula asyik mengadu yang dia di ganggu dekat rumah. Bunyi cakar dindinglah. Dengar orang macam menhentak kaki di tingkat atas. Dengar orang tampar tampar dinding sebelah. Padahal rumah sebelah kosong. Atas aku pun kosong. Aku mula mula tak percaya sangat. Biasalah kita sibuk. Dia pula tengah mengandung. Mungkin dia nak kan perhatian. Tapi tadi dia call. Dia cakap..dia cakap..
Aku: dia cakap apa ?
Abu: dia cakap ada benda mengamuk dekat rumah. Aku tanyalah apa benda ? dia cakap tak tahu.
Aku: dia cakap ada benda mengamuk dekat rumah. Tapi tak tau apa benda ? macam mana tu ? dia tak jelaskan apa yang dia nampak ?
Abu: ini yang jadi masalah. Dia tak nampak apa benda yang mengamuk. Tapi pinggan mangkuk semua jatuh pecah. Dia cakap seolah ada orang yang baling semua tu ke dinding. Aku minta nak balik tengoklah dekat boss. Aku bergegas balik. rumah memang berselerak. Penuh serpihan kaca dekat lantai. Ini memang aku percaya. Pinggan mangkuk dia jangan dibuat main. Pernah sekali aku terjatuhkan pinggan. Dia membebel bab tu saja tiga hari berturut turut. Jadi aku agak mustahil kalau dia nakkan perhatian sampai nak jatuhkan pinggan mangkuk dia. Mustahil gila. Aku rasa memang betul apa yang dia cakap. Aku balik dia tengah nanggis nanggis.
Abu: tu sebab aku ke sini terus. Memang tak sempatlah nak call nak kasi tau dulu cakap nak datang. Tak susahkan kau ke kakak stay sini sementara ?
Aku: shhh. Duduk berapa lama kau nak. Apa plan ?
Abu: terima kasih bro. entah. Aku buntu. Dalam kepala otak aku sekarang. Aku syak ada kena mengena dengan rumah tu. aku nampak betul ada kelibat belakang kau. Laju sangat dia lintas. Aku tak dapat cam apa bentuk dia. Tapi aku sempat tangkap dia lintas belakang kau. Sumpah aku tak tipu.
Aku: esok kita fikir lain. Kau pergi tidurlah. Rehat.
Abu: aku tengah kerja sekarang ni. aku nak balik office balik. kau pergilah tidur.
Aku: takkan aku nak duduk sorang sorang dekat rumah dengan bini kau ? gila apa ?
Abu: kau cakap adik beradik ?
Aku: bana kau. Kalau kena tangkap macam mana tetap dikira salah.
Abu: taklah. Kita boleh explain semua benda. Sampai ke situ pula fikir. Aku percaya kau lah. Emergency ni.
Aku: cakap ajalah emergency. Tak payahlah sambung kerja.
Abu: kita ada kes bro. tanggungjawab aku. oh ya satu lagi. kakak tak boleh dengan kucing. So..
Aku: ea aku tau. tak apa. Tobi ada dalam penjara. Menjalani hukuman.
Wajah abu berkerut..
Abu: penjara ? hukuman ?
Aku: tobi dijatuhkan hukuman penjara tiga hari atas kesalahan membuat najis di rumah jiran sebelah.
Abu: hahaha.. kau lah majistret ? kadang kau ni ada biol juga eh. ( sambil memutarkan jari telunjuknya dikepala dengan mata tepat memandang aku ) hahaha. Aduh kesian pula rasa.
Aku: hukuman tetap hukuman abu. buat salah mesti kena. Itu pun nasib dia buat rayuan. Kalau tak lagi lama. Aku ni tak boleh tengok muka kesian. Aku jatuhkan tiga hari. Hari ni birthday tobi. Kira hari pertama dia tinggal dengan aku lah. dia dalam penjara tak boleh sambut haha. kau jangan kasitau dia pula eh.
Abu: sejak bila dia tinggal dengan kau ? aku tak pernah nampak dulu.
Aku: lama dah. Aku tinggalkan dekat kampung. Sekarang dia dah besar. Aku bawa datang sini.
Abu: kenapa tak kasi tau dia birthday dia ? kau nak surprise dia ke ?
Aku: tak. Sebab dia bukan faham pun. Dia kucing kot..
Abu: jangan sampai masuk paper muka depan. seorang Pemuda di cincang kawan sendiri kerana sakit hati.
Aku: hahaha.
Abu: eh dah la. Nanti aku biol sekali dengan kau. Aku pergi dulu.
Aku: yah. Be safe.
Aku masih lagi di sofa. Memikir apa sebenarnya yang terjadi ? tiba tiba..satu chat masuk.
Abu: weh.
Aku: ya.
Abu: *gambar perempuan. Lawa nih. Ni id dia ……
Aku: abu please. Stop. Aku tak nak kenal orang dah.
Abu: kau dah mula benci orang ke macam mana ?
Aku: bukan benci yang membuatkan kita jauh dari orang. Tapi kecewa.
Abu: aishh. Ke kau dah sangkut dengan budak tu ke ?
Aku: dia dah hilanglah. She changed..slowly but a lot. Dia ada masalah aku rasa. Tapi tak nak share. Ada la dia minta number whatsapp. Tapi aku cakap tak ada. Aku malas sikit whatsapp ni. ada last seen bluetick apa semua. Kalau tutup lagilah orang fikir bukan bukan. Biasalah perempuan suka fikir macam macam. Tiba tiba dia delete acc wechat dia. Aku dah lost contact. Kalau aku kasi number whatsapp hari tu. at least aku ada number dia. Salah aku juga buhong haha. Di tinggalin aja tanpa penjelasan itu sungguh gak enak kok. So abu please stop. Aku tak nak kenal orang lagi dah. Dan kau kenal aku. aku tak suka kenal orang. Okay ?
Abu: haha jangan tak sempat kahwin sebelum m**i sudah. Hahaha.
Aku: aku muda lagilah abu. kenapa nak ribut ribut ?
Abu: masa mudalah kena cari..
Aku dah tak reply chat abu. Aku malas layan. Aku dah tak tahu nak buat apa pula. pergi scroll moment dulu. Membosankan. Aku up satu dulu.
“ still waiting “
Seminit lepas tu masuk lagi chat.
Abu: tengah menunggu apa ?
Aku: menunggu puaka.
Abu: seriuslah. Tunggu apa ? jodoh ke ? haha
Aku: entah. Mungkin tengah tunggu alasan untuk teruskan hidup. I guess.
Abu: Kau tu banyak dosa. Tuhan bagi masa untuk kau bertaubat sebelum m**i.
Abu: HAHAHAHAHAHA *DIA VOICE OKAY!!!!
Aku biarkan. Tapi terasa tercalar pula egois seorang lelaki. Fikir..fikir..aku balas. Nak menang harus bijak mengunakan kesempatan dan fakta. Bila dah sebut pasal fakta. Memang orang lain dah tak boleh lawan. Sebab dah memang fakta.
Aku: memandu sambil bermain telefon itu satu kesalahan undang undang jalan raya. Jika didapati bersalah boleh disabitkan kesalahan. Seorang anggota polis yang menegakkan hukum..melanggar hukum ? tersangatlah buruk.
Tak ada balas dari abu. aku menang. Jadilah orang yang bijak supaya tahu dimana bodohnya.
Aku letak phone atas meja. Ternampak kunci rumah abu. “ apa kata kalau aku pergi tengok. Mana tau kalau ada benda lain. Mungkin abu ada musuh. Tapi isteri dia takut. Jadi dia tak beritahu perkara sebenar “. Kata buah pemikiran aku. “ mustahillah “ jawab satu lagi suara di kepala. “ segala kemungkinan boleh terjadi “. Jawab suara pertama tadi.
Aku bangun. Masuk bilik. Tukar baju. Ambil gun dengan lampu suluh. Pakai kasut terus keluar menuju ke rumah abu. “ cerikkk “ bunyi geseran bila pintu ditolak..aku buka lampu suluh..berjalan masuk ke dalam..”prakkkk” aku suluh ke bawah. Penuh dengan serpihan kaca. Aku dah jumpa suis lampu. Tutup lampu suluh. Buka lampu..ruang tamu yang gelap tadi kini sudah cerah. Aku melihat keadaan sekeliling. Tiba tiba “ pram “. Jam di dinding jatuh. Tiada angin tiada ribut tiba tiba saja jatuh. Dada berombak kencang akibat terkejut. Bateri dari jam dinding tadi bergolek menuju ke bawah meja tv. Mata aku memerhati sedari tadi. belum sempat bateri tadi masuk ke bawah meja tv. Ada satu tangan yang pucat dengan pantas menangkap bateri tadi. aku keluarkan gun dari belakang badan.
Aku: siapa tu ? keluar. Keluar. Siapa kau ?
Aku perhatikan betul betul kedudukan meja tadi. tiada ruang di belakang. mustahil kalau ada orang belakang tu. ruang di bawah meja juga tak tinggi. Terlalu mustahil untuk tangan orang boleh masuk keluar. Telinga aku dapat menangkap bunyi yang datang dari jam tadi. aku lihat jam yang jatuh tadi. jarum jam bergerak. Kedua dua nya sekali bergerak. Macam mana jam yang tiada bateri boleh bergerak ? tiba tiba jarum tadi berhenti. Dedua berhenti sama kedudukan. Jarum tadi menunjukan ke arah atas. Aku gerakkan kepala melihat ke atas. Satu susuh tubuh sedang melekat di siling rumah. Kepalanya melihat ke arah aku. “ ALLAH “. Jerit aku yang sedikit berundur ke belakang sebab terkejut.
Aku halakan glock ke arahnya. “ pam “. Lampu rumah meletop dan terpadam. Keadaan jadi gelap semula. Aku Tarik lampu suluh. Nyalakan. Terus berlari menuju ke pintu untuk keluar. Aku kunci cepat cepat pintu. terus lari turun tangga. Naik kereta blah. Nafas masih lagi turun naik. Tiba tiba phone aku berdering.
Aku: ya boss ?
BB: kat mana sekarang ? pergi IPD jumpa dengan ASP asmida dekat pejabat dia. Saya tak sempat.
Aku: ada apa boss ?
BB: pergi nanti tahulah.
Aku: ea ea.
“ knock knock “ “ masuk “
Aku: puan.
ASP: duduk.
Aku: saya suka berdiri.
Asp: ini fail. Awak bagi dekat boss awak. Ini rahsia. unit awak nanti akan mengiringi sebuah kereta. Tapi secara rahsia. hanya ikut dari jauh.
Aku: apa yang di dalam kereta ?
ASP: rahsia.
Aku: baik. Tapi kenapa kami ? banyak lagi unit lain. Kerja mudah je pun.
ASP: saya tengok rekod setiap unit. Bukan suka suka pilih. Lagi satu saya tak suruh awak datang sini untuk bertanya.
Aku: alright. We done ?
ASP: ya awak boleh pergi. Selamat malam detektif.
Aku: terima kasih. Ya goodnoiit puan.
Aku berjalan keluar dari office dia. Tangan terasa gatal mahu tengok apa isi kandungan fail yang aku bawa. Tapi rasa macam tak amanah pula. aku padamkan niat aku. nanti aku tahu juga. Jalan punya jalan. Terbelaga badan dengan seorang lelaki. Kenapa lelaki ? kenapa tak perempuan ? boleh acah acah drama sikit.
Karim: weh.
Aku: hoi.
Karim: buat apa sini ?
Aku: jumpa ASP asmida. Asal tu ?
Karim: buang bayi.
Mata aku tajam merenung seorang lelaki berdiri tidak jauh dari kami dengan tangan di gari dibelakang.
Aku: macam mana dengan bayi ?
Karim gelengkan kepala dan tunjukkan gambar di phonenya.
Aku: sial betul..ni salah satu sebab aku benci kerja ni. kita kena lihat penderitaan orang lain. ni asal kau kasi dia pakai mask ?
Karim: dia demam.
Aku pergi dekat lelaki tadi. aku Tarik mask di muka.
Aku: kau tak payah pakai mask. Muka kau dah bertopeng siap. Syaitan bertopengkan manusia.
“ gedebuk debuk..pam “. Dua biji singgah di perut satu lagi terlanding di muka. Muka jambu perangai b**i.
Karim: itu ja ?
Aku: eh aku kalau orang minta penampor sekali kaki aku bagi. Bukan apa tanda hadiah. Kau kat depan aku. Aku hormat kau aku je ni. beradab sikitlah cara dia. Aku kan orang beradab. Lagipun sini bukan tempat aku. banyak mata tikus memandang. Kadang aku pelik kenapa orang yang tak sepatutnya wujud ni perlu wujud.
Karim: kalau diorang tak wujud. Tak ada gunalah orang macam kita.
Aku: eh pandai menjawab. betul apa kau cakap. Tapi kedengaran macam penting diri. Wujudnya diorang untuk ada gunanya kita tapi untuk apa kalau orang lain menderita ? baik tak wujud orang macam diorang..ya kita tak ada gunanya. Tapi sekurangnya manusia akan hidup aman.
Aku: apa nama kau ?
Dia diam.
Aku: jawab. Sebelum aku hilang adab.
Soleh: soleh tuan.
Aku: nama soleh. Kesian impian mak pak kau tak tercapai. Nak anak soleh. Syaitan pula yang dapat. Belajar ke kerja ?
Soleh: belajar..
Aku: orang orang macam kau ni buat aku benci budak belajar ni. bukan apa. Dulu ummi aku asyik selalu puji budak belajar. Tak cukup dengan orang tua sendiri. Jiran jiran pun sama. “ tengok anak dia tu. bagus pi sambung belajar. Baik dengar cakap mak pak” cis. Aku budak nakal. Aku bercampur habis semua. Aku kenallah muka muka sambung belajar ni. bukanlah semua tak baik. Tapi ada yang perangai macam syaiton. Main perempuan. Judi. Hisap dadah, perabis duit mak pak.
Aku: Bukan untuk belajar tapi joli. Tapi jangan kau kata apa. Bagi orang tua tua budak belajar ni semua baik baik belaka. Bagus. Sampai sekarang impak tu ada tau. dulu ada sorang budak. Mengandungkan marka dia. Lepas tu dia blah. Dia tak nak bertanggungjawab. Tapi perempuan tu tak buang anak. Selang berapa hari dia tinggal perempuan tu. dia koma dekat hospital. Kemalangan. Kau dengan syaiton betina kau boleh pergi mampus. Menyusahkan orang.
Sekali lagi tangan aku naik..tapi tak sempat hinggap..bila terdengar suara dari belakang.. “ woi woi woi..” aku ludah ke bawah lantai. Simpan balik tangan aku.
Arif: apa hal kau ?
Aku: dia ludah saya. nasib saya elak. Kurang ajar.
Arif melihat ke arah karim. Karim menganggukan kepala mengiyakan.
Arif: kau jangan nak sesuka hati. dia bukan saspek kau. Jangan kau sentuh dia.
Aku: ia. Memang dia bukan saspek saya. Unit saya hanya jenayah berat.. tuan.
Arif: bawa dia pergi.
Aku: jap. Bagi tangan kau. Buat lembik buat lembik.
Orang yang tengah pegang soleh menghulurkan tangan. Dengan pantas aku pegang tangan dia dan hanyunkan ke kepala soleh.
Aku: I didn’t touch him sir
Karim: bawa dia pergi bawa dia pergi.
Arif juga pergi meninggalkan kami dengan muka marah. Tinggal aku dengan karim sekarang.
Aku: nanti nanti..apa nama kau tadi ? soleh.. macam ni. semua orang layak diberi peluang kedua. Aku yakin kau masih ada peluang. Selesai semua ni. masa kau jalani hukuman. Taubatlah. Kesian mak ayah kau soleh. Sorry untuk apa yang aku buat tadi. tapi kau layak lebih teruk dari tu..
Soleh: ya tuan. Saya janji saya berubah.
Aku: kau janji dengan aku ke ? tak payah. Janji dengan diri sendiri.
Soleh: kenapa saya kena janji dengan diri sendiri pula ?
Aku: bila kau mungkir janji. Itu akan lebih hina daripada kau berjanji dengan aku. diri kau sendiri pun kau bohong. Hina sangat. Bawa dia pergi.. berubah.
Karim: pergi minum ?
Aku: jum. Kau belanja. Oh ya thank.
Karim: asal ?
Aku: for save my ass.
Karim: macam macamlah kau.
Aku: hoi hoi hoi..kau nak pergi mana ?
Karim: minumlah..
Aku: tukarlah baju dulu. Kau nak keluar dengan aku.
Karim: oh yaya. Okay okay. Lupa.
Aku menunggu karim di tempat tadi juga..dan nasib dia lelaki. Cuma perlukan masa limat minit untuk bersiap.
Aku: kau tak ajak abang kau tu sekali ke ?
Karim: tak ada pasal lah. aku tiap hari doa moga dia ditukarkan ke tempat lain tau. tak pun aku yang ditukarkan.
*bagi yang tak faham. Orang utara Kalau orang panggil abang tu. ( tak tahulah kalau dekat tempat lain pun sama). maknanya tak sukalah atau meluat. Mungkin perangai buruk ke apa ke. contoh dia, masa tengah lepak. Ada orang datang. Orang akan cakap “ tu abang hang dah mai dah “. Maknanya orang tak suka orang yang datang tu. selalunya yang berperangai huduh dan mulut cakap besar putar sana sini ni memang kenalah. Mau pula yang sembang kemaih ni. RXZ asah kepak lah, pergi London lima belas minitlah, hebatlah, kuatlah. Macam macam lagilah. ( orang sembang pasal kona. Dia pun nak masuk. Besa naik rxz asah kepak. Rzx tak ada kepak okay. Ni masa dulu dululah. Zaman motor treng teng teng. Dulu dulu sudah habis)
Karim: perangai tak habis habis buat best. Aduh.
Aku: haha. inilah sebab di hormati tu lebih baik dari ditakuti. Tak kiralah pangkat apa sekali pun kau. Kalau orang Cuma takut. Jadi macam kau lah. mengata belakang.
Karim: aku bukan takut okay. Aku malas nak kecoh kecoh.
Aku: ea lah dah kau sama pangkat dia. Cuba orang lain. Yang rendah pada dia. Diorang mesti kutuk punya. kesian betul tengok dia.
“ selamat malam tuan karim “
Karim: ea. Selamat malam farah..selamat bekerja juga koperal farah.
farah: terima kasih tuan karim.
Aku: uuuu kemain. Lain macam. Selamat malam tuan saja boleh terima lagi. siap sebut nama ni lain sangat..memilih pangkat ke ? kemain..aku dia tak tegur pun.
Karim: dia tak kenal kau. Dia bahkan tak tau kau polis. mungkin. Tengoklah. Mana id kau ? orang pakai dekat baju. Kau sangkut dekat tali pinggang. Mana tak nampak pun ?
Aku selak sikit jacket yang aku pakai.
Karim: tengoklah. Sangkut dalam pocket jacket. Kau memang jenis suka melawan peraturan. Macam manalah masa sekolah dulu.
Aku: I tried to be a good cop. But I got bored. aku simpanlah ID. Tadi aku dah sangkut masa jumpa ASP. Masa sekolah aku gila gila jugalah. Sampaikan cikgu cikgu perempuan pun sanggup buat dosa demi aku.
Karim: apa yang cikgu cikgu tu buat ?
Aku: diorang mengumpat aku dalam bilik guru.
Karim: syaitan tak pernah berhenti menyesatkan sampai kiamat.
Aku: dah kenapa tiba tiba syaitan ?
Karim: kau tak berhenti menyakitkan hati orang. Sama! Tadi kau cakap jumpa ASP. Ada apa benda ?
Aku: rahsia.
……..
Kami sampai di restoran. Sebelum datang tadi. aku tengok abu ada up status sekali dengan location sekali. Jadi aku pun datanglah sini. Kami berjalan menuju ke tempat abu dan yang lain lain.
Karim: assalammualaikum..
Abu: eh inspector. Waalaikumusalam
Yang lain turut berdiri dan menjawab salam.
Karim: eh duduk duduk. Boleh aku duduk sini tak ?
Ali: duduk aja tuan. Silakan.
Karim: tak payahlah tuan tuan. Tak selesa pula. macam biasa aja. Tengok small boss kau ni.
Abu: dia tak ada sivik tuan. Tu pasal dia buat tuan macam kawan.
Aku: kurang hajar kau abu.
Karim: haha eh dah memang kawan.
Aku: okay tuan karim. Nak minum apa ?
Abu: haa baguslah dia dah ada kesedaran sivik dan kewarganegaraan. Haha
Semua dekat situ ketawa: hahaha.
Aku: eh tu bukan ACP Omar ke ?
Karim: ialah tu. bini muda dia sebelah.
Aku: uishh. Dia kahwin satu lagi ?
Abu: melampau orang tua tu..
Aku: eh yang korang muka cemburu kenapa ? rilek gais. Sepandai pandai suami menyimpan isteri muda. Akhirnya tua juga hahaha.
“ HAHAHAHA “.
Tiba tiba phone abu berdering.
Abu: betul ke ? baik baik terima kasih bang. Saya pergi tengok sekarang.
Aku: asal ?
Abu: jiran bawah rumah aku call. Dia cakap yang rumah bunyi bising. Macam ada orang mengamuk. Bunyi pinggan pinggan jatuh semua. Jum pergi tengok. Kunci tadi aku tinggal dekat rumah kau.
Aku: aku bawa kunci. Jum pergi terus.
Karim: aku ikut sekali.
Aku: nak ikut jum.
Abu: tak menyusahkan tuan ke ?
Karim: tak ada apalah.
Kami bergegas ke rumah abu. kecuali ali. Ali balik ke office. Dia ada hal. Sampai di rumah. Kami masuk. Berbekal cahaya dari lampu suluh. Barang semua berselerak habis. Tiba tiba karim menjerit dan mengeluarkan pistolnya.
karim: ada orang. Ada orang. Sapa tu ? keluar!!
Aku dengan abu pun keluarkan pistol. Dan suluh di tempat yang sama dengan ahmad. Tiba tiba terdengar bunyi sesuatu. Cahaya lampu suluh serentak bergerak ke arah datangnya bunyi tersebut. Tapi tak ada apa apa pun. sekali lagi bunyi. Serentak juga lampu menghala ke situ.
Karim: ALLAHUAKBAR….
Karim menjerit bila tubuh yang tadi aku nampak kini berdiri di penjuru dinding. Lebih menyeramkan bila tiga tiga lampu suluh menghalakan ke tempat yang sama. Terang berderang tubuh itu disuluh dengan tiga lampu suluh. Kepala menunduk ke bawah. Wajah tertutup dengan rambut yang kusut masai. Kaki tak pijak lantai. Tiba tiba kedua tangannya di angkat seperti mahu mengcekik tengkuk seseorang. karim terus pusing dan berlari keluar. Aku juga ikut sekali. Tapi abu masih lagi diam ditempat sama dengan pistol masih lagi dihalakan ke susuk tubuh tadi. aku patah balik. pegang bahu dia.
Aku: blah abu blah. Blah blah..
Abu seakan baru tersedar dan terus ikut aku lari keluar. Kami dengan pantas lari kebawah dan terus naik kereta. Balik ke rumah aku terlebih dahulu. Dalam kereta suasana sunyi sepi. Tak ada seorang pun yang membuka mulut. Kami duduk disofa sambil menghisap rokok. Suasana masih lagi sama. Tak ada yang bersuara.
Aku: hahahaha..
Semua mata memandang aku.
Abu: apahal kau gelak.
Aku: kau tengoklah muka dia. Pucat lesu. Hahaha. Inspector kunun.
Aku cuba untuk buat yang lain lupakan hal tadi sebentar. Abu melihat wajah karim.
Abu: tuan okay ke ?
Karim tidak menjawab.
Aku: first time kot abu..hahaha
Karim: kau…aiii kecik besar aku tengok. Kalau aku tau. aku tak ikut tadi.
Aku: haha rilek lah. life must lek lek.
Karim: haha rilek kau cakap ? huuu jantung aku macam nak tercabut. Pertama kali siot. Tapi ni bukan pertama kali aku lihat benda mistik. Aku Cuma tak pernah nampak depan mata yang macam tu.
Aku: kau pernah ke ? kat mana ? ceritalah..
Abu: ea tuan. Cerita lah.
Karim: abu jangan panggil saya tuan. Kita kawan. Saya tak selesalah.
Abu: okay. Janji tuan cerita..
Karim: abu saya dah cakap..
Abu: owh sorry sorry. Okay. Janji kau cerita. Uish kekok pula rasa..
Karim: biasakan..
Aku: cepatlah cerita. Aishhh..dia ni pun.
Karim: yelah yelah..malam tu. dengan keadaan hujan rintik rintik. Kami tengah kejar satu kereta dari belakang. tapi dia macam tahu saja yang kami tengah kejar dia. Dia lagi laju. tiba tiba sampai di selekoh tajam. Kami dah brek perlahankan kelajuan. Tapi kereta tadi masih laju bahkan lagi laju. aku dah hairan dari belakang. kenapa dia tak kona ? dia terus saja jalan. Dan terus jatuh ke bawah gaung. Kami berhentikan kereta. Kami tengok bawah. Sepertinya tak ada kesan yang ada kereta jatuh ke bawah. Tapi masa tu aku tak terfikir pun pasal hal mistik mistik ni. kami panggil bomba. Tapi operasi mencari gagal. Bomba cakap tak ada apa apa yang mereka jumpa. Dan mereka pun cakap yang tiada kesan kemalangan pun. satu benda yang bermain dekat kepala otak aku. aku tak boleh ingat number plat kereta tu. aku pun tak tahu kenapa. Aku cuba untuk ingat. Tapi tetap aku tak ingat. Sakit kepala aku cuba untuk ingat. Akhirnya aku putus asalah.
Karim: nak jadikan cerita. Malam seminggu lepas tu. kami lalu jalan yang sama. Kami jumpa kereta yang sama. Aku cam kereta tu. sebab kereta dia pun ala ala classic sikit. Memang tak banyak atas jalan. kali ni aku salin siap siap number plat dia dekat nota aku. dan kali ni juga kami dapat pintas dia. Kami ada dekat sebelah dia. Dekat sebelah dia. Lepas aku dekat sebelah dia. Terus aku brek mengejut. Aku hanya tengok dia pergi begitu saja. Dan sekali lagi dia jatuh gaung. Aku rasa kaki bergeletar nak tekan pedal. Tangan aku pun sama. Apa yang aku nampak. Kereta tu tak ada pemandu. Tak ada pemandu. Kereta berjalan sendiri. Arif. Muka dia pucat. Diam tak cakap apa. Sampai kami balik ipd. Aku tengok nota aku tulis tadi. kertas tu dah jadi kosong. Dan aku tak ingat semula number plat kereta tu. dengan arif satu hal. Mula mula aku saja tak tegur. takut dia malu pula nanti. Kau tahu dia buat apa ? dia kencing dalam seluar.
“ HAHAHAHAHAHAHAHA “ semua ketawa terbahak bahak.
Aku: haha berlagak sangat. nanti kau kena merangkak cari dia tau
Karim: nanti raya tahun depan aku minta maaflah. Eh korang jangan bising bising eh. kesian dia nanti.
Abu: cita sini habis sini. Minta maaf jangan tak sempat sudah.
Aku: jum kita perkena dia. Aku geram betullah.
Abu: baik tuh.. on.
Karim: eh tak payahlah. Jadi macam macam hal pula nanti. Kecoh pula.
Abu: aish. Janganlah takut sangat. Jum lah. penakut ni..
Aku: abu..abuuu. dia cakap tak nak. Sudah. Orang dah kasi kelonggaran jangan sampai hilang rasa hormat.
Abu: maaf.
Karim: tak ada apalah. Melawak kawan kawan. Kau janganlah serius sangat.
Kak: bang..
Kakak keluar dari bilik dan berdiri di depan tangga.
Aku: pergilah tidur abu. rest. Kau jangan ambil hati pula. orang kalau tegur..orang masih ambil kisah. Kalau orang diam tu. orang tak sukalah.
Abu: eh kau. Ni bukan kali pertama kau tegur. Tak ada lah ambil hati. salah aku. terima kasihlah.
Karim: macam manalah korang layan dia setiap hari ya ?
Abu: menyakitkan hati rim. Kalau nak ikut benci ni. lebih pada benci dah.
Aku: haha pergi tidur sanalah.
Abu: selamat malam.
“ selamat malam “ aku dan karim menjawab serentak. Padahal dah pagi. Cuma masih gelap so masih lagi malamlah haha.
Karim: kenapa dia stay sini ?
Aku jelaskan semuanya dekat karim dan dia menanggukan tanda faham.
Aku: lepas ni kau nak terjumpa lagi ke ?
Karim: huu sudahlah. Cukup 3 kali benda pelik pelik ni.
Aku: aik. Tiga ? apa lagi satu ?
Karim: ni masa aku kecil dulu. Masa ni aku nak pergi cyber cafelah. Nak main counter strike haha. naik basikal. Aku duduk belakang. member aku lah yang kayuh. Kami lalu dalam kawasan kepala sawit. Jalan dekatlah kira. Kalau lalu jalan besar. Jauh sangat. Jadi sebab gila nak main game. Redah aja. Dan masa ni aku pun tak pernah jumpa apa. Tapi kali ni jauhlah. Tak adalah macam tadi. depan mata. masa sampai tengah tengah tu. aku rasa macam diekori. Aku tengoklah belakang. ada pocong tengah berguling guling kejar aku dari belakang. start dari situ. Aku pejam mata tak buka buka sampailah kami sampai cyber café. Aku cakap dekat kawan aku. suruh dia kayuh laju sikit. Dia boleh pula cakap “ pelan pelan kayuh janji sampai “ aku jerit suruh dia tengok belakang.
Karim: lepas tu dia pula yang jerit. Selalunya akan ambil masa 10 minit untuk sampai cyber café. Tapi hari tu hanya makan masa 5 minit. Pelan pelan kayuh sangat haa. Lepas kejadian tu. kalau mak aku tak kasi keluar. Aku memang dah tak keluar. Aku dah tak tipu lagi. cakap ke lain. Lain yang sampai haha. bila terkenang jadi lawak pula
Aku: tu balasan orang tak dengar cakap haha.
Karim: aku laparlah. Jum pergi makan.
Aku: on!
Lepas makan. Aku hantar karim balik IPD, pergi office letak fail dekat meja big boss dan terus balik rumah. Letak makanan yang aku bungkus tadi bawah tudung salji. Aku naik atas nak tidur. “ aku ada tapaukan makanan. Ada bawah tudung saji. Aku tak tahu apa yang kakak suka. Tapi aku rasa. Selagi benda tu nama dia makanan. Perempuan akan makan aje. Kalau dah sejuk. Kau panaskanlah. Aku dah makan. Jadi kau makan aje. Tak payah kejut aku esok pagi. Buat macam rumah sendiri. Jangan jual aje. Sebab aku pun sewa. Nanti kita dedua kena halau pula” Lepas hantar mesej. terus aku tertidur. Aku bangun tengok phone ada bawah lantai. Penat sangat berlari semalam agaknya.
“ kring kring kring “
Aku: hello.. okay terima kasih.
Aku dengan abu menuju ke hospital sekarang. Farida sudah sedarkan diri. Ini yang kami tunggu tunggu. Sampai di hospital.
Aku: kalau laki dia datang. Jangan kasi datang dekat. Tolong tutup tirai.
AP: baik cik.
Aku: Selamat petang puan farida. Kami dari jabatan siasatan jenayah. Ini detektif abu. kami faham situasi puan sekarang. Moga cepat sembuh. Kami hanya datang untuk bertanyakan beberapa soalan jika tak keberatan ? saya tahu puan masih tak boleh bercakap. Doctor dah jelaskan pada saya tadi. begini puan. Puan hanya perlu angguk dua kali Tanya YA. Tiga kali tanda TIDAK dan jika puan tidak berbuat apa apa. Saya akan ke soalan seterusnya. Adakah puan faham ?
Dia hanya diam tak bergerak. Aku syak mungkin agak susah untuk dia anggukan kepala agaknya. mungkin sakit di bahagian mana mana.
Aku: baik puan. Begini. Kelipkan mata dua kali tanda YA dan tiga kali tanda TIDAK. Jika puan tak bergerak saya akan ke soalan seterusnya. Boleh puan ?
Dia kelipkan mata dua kali tanda faham. Fuh.
Aku: adakah puan melihat saspek yang melanggar kereta puan ?
2kali.
Aku: melayu ? cina atau india ?
Dia tak bergerak.
Aku: adakah puan tak pasti ?
2kali.
Aku: baik. Adakah saspek berkulit putih ?
2kali.
Aku: kurus ?
2kali.
Aku: adakah ada dua buah kereta di tempat kejadian ?
2kali.
Aku: apa puan ingat number plat kereta tersebut.. ?
Dia diam tak bergerak..tapi bila aku dah gerakkan mulut untuk bersuara..dia kelipkan mata dua kali. Sekarang macam mana aku nak dapat number plat kalau dia tak boleh bercakap. Okay dapat dah. Aku keluarkan phone. Taip setiap huruf dari A sampai Z. 0 sampai 9
Aku: puan. Saya perlukan number plat kereta tersebut. Dan kereta jenis apa jika puan tahu. Saya tahu puan masih sakit. Jadi saya akan gerakkan jari saya di setiap huruf. Puan perlu pilih tiap tiap huruf yang saya tunjukkan dengan kelipkan mata dua kali. Makna kata puan perlu bina ayat mengunakan satu demi satu huruf. Adakah puan faham ?
2kali.
Aku: ada number plat kenderaan tersebut ?
Dia kelipkan mata memilih setiap huruf yang aku letakkan jari. Dan abu akan salin tiap tiap huruf yang aku sebut.
Aku: number plat kereta yang satu lagi ?
Dia diam..
Aku: adakah puan tak ingat yang satu lagi ?
2kali
Aku: apakah jenis kenderaan yang digunakan ? dan warna kenderaan ?
P A J E R O. H I T A M.
Aku: apa yang puan lihat pada saspek ? berapa orang semuanya ? mungkin ada apa apa yang terdapat di anggota badan saspek yang akan memudahkan untuk kami cari ? seperti tatu atau lain lain ?
D U A O R A N G. S A Y A C U M A N A M P A K S E S U A T U P A DA S E O R A N G. A D A T A N D A L A H I R D I T E N G K O K.
Aku: tanda lahir ? di sebelah mana puan ? mungkin kiri atau kanan ? atas bawah ?
K I R I.
Aku: adakah puan kenal saspek tersebut ?
3kali.
Banyak lagi soalan yang aku Tanya. Dan banyak juga benda yang kami dapat. Aku tulis sikit jalah. Nanti panjang pula.
Lepas pulang dari hospital. Kami berhenti sekejap di pusat snooker. Jumpa infomer. Aku terangkan semua pada dia.
Aku: kasitau budak budak motor. Geng geng kau semua. Macam biasalah. Yang boleh pakai saja. Yang tak boleh tak payahlah. Dapat aku belanja.
Jingo: baik boss.
lepas tu kami balik office.
Ali: number plat tu. number plat palsu.
Aku: oh..sokay ali. Don’t give up. Keep digging.
Aku: aku nak pergi penjara.
Abu: buat apa ?
Aku: nak jumpa orang.
Abu: siapa ?
Aku: johnny.
Abu: aku ikut.
Petugas penjara membawa johnny berjumpa dengan kami.
Aku: how are you ?
Johnny: I don’t wanna talk to traitor.
Aku: john…im a cop. Not a traitor. Aku Cuma datang nak bertanya sikit.
Johnny: aku tak ada apa apa yang perlu bagitahu kau.
Aku: hm ? aku nak cerita dekat kau sikit. Aku masih ingat pada hari tu. ada seseorang lelaki dengan sebilah pisau. Cuba m******h aku. dan pergelutan itu berakhir dengan seseorang itu tadi melutut depan aku. muka ketakutan yang amat. Seluruh badan bergeletar. Mata dia mula berair bila dia tahu kematian sudah hampir. Sangat dekat. Terlalu dekat. Dia takut sangat. Seolah dia nampak malaikat maut depan dia. Padahal Cuma ada aku yang tengah halakan pistol tepat ke dahi dia. Dia mula bersuara. “ tolong. Aku merayu. Jangan. Aku ada family. Ada anak. Aku merayu jangan”. Tapi dengan nada sedih dan tergagap gagap sikit dia masa tu. dan lepas tu partner aku masuk bilik tu. dan lelaki tadi sangat berterima kasih pada partner aku. sebab dia fikir yang dia selamat bila partner aku masuk dalam tu.
Aku: dia fikir yang aku takkan b***h dia bila partner aku ada di situ. Tapi dia silap. Aku tak b***h dia sebab aku tak nak tanggung rasa bersalah sepanjang hayat sebab b***h dia. Partner aku pun sama juga. kami memang suka langgar peraturan. Tambah tambah dengan orang yang macam lelaki tu. lelaki tu mula menyembah nyembah partner aku. minta tolong supaya tahan aku. tapi partner aku buat tak tahu saja. Aku keluarkan jari trigger. Dan terus gari lelaki tu. dan sampai sekarang dia masih hidup. And his name was johnny. Right johnny ? still remember that day ? oh kau lupa ? tak apa. Aku dekat sini memang untuk ingatkan kau balik peristiwa tu. tapi aku hairan jugalah kalau kau betul betul lupa. Sorry johnny. Bukan nak kau ingat balik mimpi buruk tu. Cuma nak sedarkan kau. dasar tak sedar dek untung.
Aku senyum melihat muka johnny yang sudah berubah.
Aku: adakah johnny tu nak jadi orang yang tak pandai bersyukur ? sebenarnya aku nak sangat tanam satu peluru dalam kepala johnny tu. tapi ini mungkin dah ditakdirkan. Kau perlu berterima kasih dekat tuhan. dan mula rasa bersyukur. Cuba kau fikir. Nak bela kau dekat sini. Memakan kos yang banyak. Makan minum. Pakaian. Tapi kalau nak hantar kau ke kubur hanya memakan kos satu butir peluru. Tak banyak tu. kalau kau nak tahu. Peluru yang sepatutnya tertanam dalam kepala otak kau. Aku ada ambil gambar selepas tu. Ada lagi gambar tu. Cuma pistol aku dah tukar. Dah tak pakai pistol dulu. Sekarang pakai glock. Lagi sedap kalau nak tanam peluru. Kalau aku tengok gambar tu. aku akan terfikir. Kenapa aku tak tembak johnny ? kau janganlah cuak. Muka tu control sikit. Disini tak boleh bawa pistol. Jangan takut johnny.
Aku: tapi manusia layak diberi peluang kedua. Tapi kau dah berkali kali diberi peluang. Tak berubah.
Johnny: aku dekat sini ada belajar sikit sikit tentang agama islam. Betapa indahnya agama itu tapi dicemari oleh penganut yang semacam kau. M******h itu satu perbuatan yang berdosa besar dan keji.
Abu: lebih baik hilangkan satu nyawa dari satu nyawa mengambil banyak nyawa nyawa lain. Business haram kau dah banyak makan nyawa dan hancurkan masa depan orang. Merempat dekat kaki lima. Tidur dengan kotak ditemani sebatang jarum ? kau tak fikir ke ? pandai cakap saja. Pentingkan diri kau ni. cakap untuk lepaskan diri saja. Agama apa pun tak benarkan m******h.
Aku: orang yang kau berterima kasih dulu bersuara. Apa yang kau rasa johnny ?
Johnny: apa yang kau nak ?
Aku: seorang lelaki berkulit putih. Kurus. Ada tanda lahir di tengkuk sebelah kiri. Kau kenal ? kau kenal ramai orang. Cubalah tebus sikit kesalahan kau dulu dengan tolong aku.
Johnny sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
Johnny: anak buah joe. Tony
Aku: aku nak nama.
Johnny: tony wong.
Aku: thank you. Kalau Tanya apa yang aku nak dari awal tadi kan senang. Tak ada lah aku nak ingatkan mimpi buruk kau lagi. Oh ya. Enjoy your new life mr johnny.
Aku berjalan menuju ke pintu keluar. Abu pusing ke belakang sebentar dan membuat gaya pistol mengunakan jarinya dan menghalakan ke johnny. “ pom!! “ johnny sedikit terkejut.
Abu: takut..takut.. kalau takut jangan buat jahat lagi.
Lepas pulang dari penjara. Kami terus mencari tony. Dan nasib kami baik. Kami dapat tangkap tony. Setelah di soal siasat tony tidak mengaku apa apa lansung dan tak berhenti mengatakan yang dia tak berbuat apa. Kami bawakan tony ke hospital. Aku bawa dia jumpa farida. Aku tanyakan adakah lelaki di depan dia sekarang yang dia lihat pada malam itu. tapi mata dia berkelip tiga kali. Aku tanyakan lagi sekali. Tetap juga sama. Aku suruh abu bawa tony blah.
Aku: puan. Sekarang dia dah tak ada. Jadi puan tak perlu takut. Katakan pada saya. Adakah dia lelaki yang puan nampak pada malam tu ?
Mata dia berkelip tiga kali.
Aku: okay puan. Selamat malam. Maaf menganggu. Get well soon.
Di office. Semua muka macam apatah. Aku duduk dengan abu. ali masuk ke dalam.
Ali: aku rasa tak sedap hatilah.
Abu: kenapa ali ?
Ali: aku setiap hari mimpi benda sama.
Semua diam.
Aku: kau mimpi kau b***h diri ? dan mimpi tu datang selepas kita pergi rumah tu ?
Ali menangguk lemah.
Abu: aku pun.
Masing masing mimpi benda yang sama. Tapi tak nak cerita sebab fikir itu hanya mimpi. Tapi disebabkan sudah terlalu berlanjutan. Jadi ali membuka mulut hari. Aku ceritakan mimpi aku pada mereka. malam hari aku balik dari kerja. Sampai di rumah. Aku nampak pintu rumah sudah terbuka. Lantas aku park kereta dan berlari masuk ke dalam. aku keluarkan pistol dan menjerit apa ada orang di dalam. tapi hanya suara aku didalam rumah. Tiada sebarang jawapan. Aku naik ke atas. Dan pintu bilik aku pula di buka. Seolah ada yang menolak pintu tersebut. Aku masuk ke dalam. terkejut melihat diri aku sendiri m**i. Tergantung di atas kipas. Tiba tiba tali yang mengantung aku putus. Tali yang terikat pada kipas. Sama bentuk dengan tali yang ada dirumah slyvia dulu. Tubuh aku jatuh ke atas katil. Dan mimpi berakhir di situ bila aku telah sedarkan diri.
Ali dan abu juga mengatakan mereka mimpi yang sama. Tak lari. Sama seperti mimpi aku.
Abu: aku rasa ada benda yang tak kena dengan rumah tu. kita pergi sekali lagi.
Tanpa berfikir panjang. Aku, abu dan ali terus ke rumah tersebut.
Ali membuka pintu. “ ngeeeee “… tiga lampu suluh tak cukup untuk menerangi ruang tamu di rumah tersebut. Kami ke dapur belakang..perlahan lahan langkah kaki di aturkan. “ weowww..” tangan pantas ke belakang untuk mengeluarkan pistol tapi di tahan oleh ali. seekor kucing melarikan diri keluar mengikut pintu belakang. aku dengan abu dah turun naik nafas. Laju sangat sebab terkejut. Ali masih lagi tenang. Kami tutupkan pintu belakang. dan naik ke atas. Keadaan masih lagi okay. Tiada apa apa benda yang munculkan diri. Ali didepan menjadi kepala. Aku di tengah dan abu dibelakang. Sungguh tak selesa rasanya bila ada yang menarik baju dari belakang. tapi aku abaikan. Sebab mungkin ali juga merasakan benda yang sama. Tak selesa bila aku pegang baju dia dari belakang. huhu.
“ pam “. Bunyi tingkap terhempap bila di tiup angin. Tiba tiba angin menjadi kencang di luar. “ pam pam pam pam “.. bunyi tingkap tertutup dan terbuka kembali dan Begitulah sehingga ali pergi ke bawah dan mengunci terus tingkap tersebut. Kami teruskan berjalan untuk naik ke atas. Masuk dalam bilik. Ali suruh abu buang tali yang masih tergantung tu. abu dengan muka 10sen berjalan pergi dan ali menangkat dia untuk buang tali tersebut. Tiba tiba “ asereje ja de je de jebe tu de jebere seibiunouva majavi an de bugui an de buididipi….” Phone aku masuk call.
Abu meronta ronta di atas. Lalu terjatuh ke bawah.
Abu: orang terkejut bodoh. Kau tak boleh silent ke ?
Aku: hello..siapa ni ?
Khir: hello detektif ke ?
Aku: ya. Siapa ni.
Khir: saya ni. khir. Saksi kes…. Saya call guna number rumah. Detektif kena tolong saya. Saya takut ni. ada orang depan rumah saya. Dalam kereta…..
Aku: khir khir. Rilek. Kunci semua pintu. dan diam dalam rumah sampai saya sampai. saya sampai di pintu belakang okay. Code 115.
Aku simpan phone. Terus lari turun bawah.
Aku: aku pergi dulu.. aku ada hal. Nanti jumpa. Korang setel benda ni.
Aku jerit dari bawah dan terus keluar naik kereta. Nasib aku naik sendiri tadi. sampai dekat belakang rumah khir. Aku ketuk pintu.
Khir: siapa tu ?
Aku: code 115.
Khir diam..mungkin dia masih berfikir. Dia buka pintu. aku bawa dia masuk dalam kereta dan kami keluar dari situ.
Khir: maaf lambat buka pintu. saya terfikir apa benda code 115. Baru teringat yang detektif sebut masa dalam panggilan tadi.
Aku: kau aku saja.
Khir: boleh ke ?
Aku: why not ?
Khir: baik. Terima kasih dah selematkan saya.
Masa kami keluar simpang. tiba tiba..
Khir: tu tu. tu kereta yang ada depan rumah saya tadi..
aku: get down get down..turunkan kepala kau!!
Aku nampak dalam kereta tu ada empat orang lelaki. Tapi dengan keadaan yang gelap dan kereta tu tutup lampu. Jadi aku tak perasan number plat kereta.
Khir: kita nak kemana ni ?
Aku: pergi balai. Kat sana mereka akan take over.
Khir: kau nak tinggalkan aku ke ? tolong jangan tinggalkan aku. aku percaya kau saja sekarang ni. zaman sekarang susah nak percaya orang. Polis pun tetap manusia. Manusia boleh jadi buta sebab duit.
Aku: ni bukan bidang aku. kau banyak tengok movie ni.
Khir: aku tak minta semua ni. aku bahkan tak ingin pun mata aku tengok apa yang aku dah tengok. Aku ada anak. Ada isteri. Ada family. Tolonglah…
Aku: kat sana diorang tolong kau.
Khir: aku ada baca tentang perempuan india yang kena rogol dan bapa dia d*****h. Berkali kali buat laporan polis. polis hanya menjamin keselamatan dengan membuat rondaan. Tolong aku tolong.
Phone aku berdering..
Aku: hello kak. Kenapa ?
Khir: tolong aku. aku nak kau jaga aku. tolonglah. Aku tak nak m**i..
Aku: hey hey. Okay okay.. tapi tolong diam sekejap. Please. Rilek..okay ?
Khir: promise ?
Aku: yah yah. Hello kak ?
Kak: abang abu mana ? kak call tak dapat. Akak rasa pit….
Aku: kak ? kak ? hello ? hello ? kak ?
Aku lajukan kereta menuju ke rumah. Ada sesuatu yang tak kena ni.
Aku: khir. Tolong aku call number ni.. kalau dia tak angkat. Kau call lagi..
Aku bagi phone dekat khir suruh dia call abu. tapi tak dapat. Kami sampai rumah. Aku masuk dalam. kak dah terbaring atas lantai. Aku suruh khir tolong angkat. Masuk dalam kereta. Kami ke hospital. Khir pandu kereta. Aku dekat belakang. aku perasan yang mata dia terbuka sikit..aku tampar pelan pelan pipi dia..
Aku: kak.. talk to me..talk to me.. nama anak dah ada ke ? nak laki ke perempuan ? come on.. say something..
Mata dia kembali terpejam.. aduh
Aku: khir laju lagi khir laju..
Khir: uish kalau aku kena tahan. Kena saman macam mana ?
Aku: khir.. emergency khir. Aku ada. Laju lagi. tolonglah jangan bagi alasan yang bodoh sangat.
Kami sampai di hospital. Dalam lima belas minit. Abu call aku.
Aku: kenapa aku call tak angkat ?
Abu: panjang cerita dia. Kenapa kau call ?
Aku: isteri kau dekat hospital. Datang sekarang.
Abu: huh ? okay okay. Tunggu.
Abu sampai di hospital dengan ali. Aku menceritakan kepada ali tentang apa yang terjadi. Dari kejadian khir sampailah kami sampai hospital.
Ali: call boss bagitahu dialah.
Aku: ea. Aku nak call ni.
Aku call big boss dan beritahu apa yang terjadi.
BB: saya akan urusan esok. Sekarang awak hantar dia buat laporan dan hantar dia pulang.
Aku: no! semua tu lambat. saya nak jaga dia. Saya Cuma minta izin untuk bawa dia pulang ke rumah. Saya tak nak tanggung rasa bersalah jika apa apa terjadi pada dia.
BB: awak boleh di kenakan tindakan.
Aku: better than hanya jawab polis ada cara sendiri menyiasat dan melindungi saksi lepas saksi kena b***h. Nyawa dia dalam bahaya. Apa dia tak layak diberi keutamaan ? kenapa ? sebab dia bukan dato ? tan sri ? vip ? vvip ? orang orang ternama ? menteri ? begitu ? prosuder tak boleh hidupkan yang m**i tuan. Pisang tak berbuah dua kali tapi sejarah mungkin. Im sorry sir. I do respect tapi dalam hal ni saya Cuma nak lakukan perkara yang betul.
BB: suka hati awaklah. Kalau larang pun awak tetap buat diam diam. Apa apa terjadi. Awak jawab.
Aku: thank you boss.
Khir: terima kasih. Sebab tunaikan janji.
Aku: hm.
Abu keluar. Doc cakap hanya pening kepala dan pitam dan kurang air. Setelah selesai semua dah boleh bawa balik. dan kami balik ke rumah. Tiba tiba isteri khir call. Cakap yang dia dalam perjalanan balik ke rumah. Pada mulanya isteri dia ada dikampung. Tapi entah kenapa tiba tiba dia nak balik ke rumah.
Khir: kita balik rumah. Please. Isteri aku dengan anak aku. macam mana kalau diorang dalam bahaya ?
Aku: ea ea kita balik khir.
Abu: aku boleh ikut.
Aku: no. family first abu.
Abu: tapi aku bekerja.
Kak: tak apalah kalau abang nak pergi. Kak okaylah
Aku: tak kak. Kak dah banyak berkorban masa. Sekarang masa untuk kak. Okay.
Abu: tapi..
Aku: im your boss. Stay dengan kakak. Ini perintah!
aku bawa khir ke rumah. Dan aku dalam kereta kat luar rumah khir. Khir ajak masuk dalam. katanya tidur di dalam. tak kisah kalau tidur. Janji aku ada dengan dia. Dia rasa selamat. Tapi aku tolak. Aku cakap kalau aku masuk dalam. macam mana nak tahu kalau kereta yang tadi datang. Macam mana nak tangkap kalau aku tak tahu. Jadi aku stay di dalam kereta. Masa dalam kereta ada sebuah kereta menghampiri. Berhenti lama di sebelah rumah khir. Aku keluarkan pistol untuk stanby. Tiba tiba keluar seorang lelaki cina dan terus masuk ke dalam rumah sebelah khir. Jiran dia rupanya. Aku simpan balik pistol. Dan keesokkan paginya. Amir datang tengok sekejap dan aku balik rumah.
Sampai dirumah. Abu dan isteri dia ada dibawah. Aku naik ke atas. Nak mandi apa semua. Tiba tiba abu panggil. Aku turun sampai tangga.
Kak: dik. Kak nak makan sikit mee kari ni boleh ? sikit aja. Makan banyak nanti berat naik pula. ada orang complain.
Aku: hahaha. Just eat whatever you wanna eat. If someone complain about your weight. Eat them too.
Aku: makan aja semua. Saya tak makan mee kari.
Aku nak naik balik atas. Tapi rasa sesuatu yang pelik.
Aku: nanti.. kenapa Tanya aku dulu kalau kau nak makan ?
Abu: ada orang datang kasi mee kari ni. dia kasi dekat rumah kau. Jadi kau punya. Aku mintalah dulu.
Aku: nanti nanti.. jangan makan.
Aku turun bawah.
Aku: abu. kau tak rasa pelik ? sapa yang buat mee kari pagi pagi ? dan tak pernah orang datang bagi makan dekat rumah aku. sini banyak cina dengan india saja abu. kau tak perasan ke ? tu mangkuk dekat rumah kau. Cuba tengok corak dia. Sapa yang hantar abu ?
Abu pergi tengok dengan lebih dekat. Sah mangkuk yang sama.
Abu: ada budak kecil datang hantar tadi. dari jauh aku nampak seorang perempuan tengah tunggu dari jauh.
Aku: kau tak perasan ke sapa yang hantar ?
Abu: aku rasa aku kenal sapa. Dari gaya dia. Gaya dia berjalan. Walaupun dia membelakangi aku.
Aku: sapa ?
Abu: jiran aku. jiran depan aku. kompem dia. aku rasa aku nak pergi rumah dia. Aku nak Tanya. Kenapa dia nak buat semua ni. apa dia tak puas hati ? aku tak pernah kacau dia pun. apa yang jadi dekat rumah juga mungkin dia punya angkara.
Aku: nanti nanti abu. kau jangan tuduh. Tak ada bukti abu.
Abu: dia tu memang tak suka dengan kami. Dia bercakap pun tak. Tegur pun tidak. Aku sendiri tak tahu kenapa.
Aku: mungkin dia memang macam tu. kau pun tak kenal dia kan ? cuba fikir. Benda ni jadi lepas kita pergi rumah tu. mungkin ada kena mengena dengan benda halus. Kau kena ingat. Benda ni pun boleh menfitnah abu. rilek okay. Kau call ustaz. Minta tolong dia.
Phone aku berdering.
Aku: okay jingo. Terima kasih. Aku pergi sekarang.
Abu: asal ?
Aku: budak budak jingo ada jumpa kereta yang saspek bawa tu. diorang cakap pernah perasan kereta tu lalu. Dengan kesan kemalangan semua ada. Lepas tu jingo dengan budak budak dia try cari kereta tu tadi. dan diorang dah jumpa. Ada dalam semak samun. Aku nak pergi sana.
Sampai di sana. Dengan abu, ali.
Aku: ini yang kau cakap bukti jingo ?
Kereta tu dah terbakar rentung. Cuma tinggal body. Dan benda benda besi yang api tak boleh jilat.
Phone berdering.
Aku: hello boss…. Baik. Saya datang sekarang.
Aku: ali uruskan semua. Kita dapat casis kita dapat owner. Thank you jingo. Nanti aku payung.
Aku tinggalkan abu dengan ali di sana.
Malam hari di office. Siang tadi kami dah pergi jumpa owner kereta. Kereta tu kereta sewa. Maknanya saspek menyewa kereta tersebut itu buat jenayah. Apa jenis orang jahat macam ni ? kenapa tak curi kereta ? aku rasa betullah diorang ni tak professional. Kami dapat maklumat orang yang menyewa. Dan kini dalam buruan. Tiba tiba phone aku masuk call. Tapi dari whatsapp.
Abu: tolong call kakak. Aku tak sedar yang tarikh luput. Aku dah pergi topup. Ada masalah apa benda tah dengan system diorang. Aku dekat kedai mamak guna wifi sekarang. Kakak tak ada rumah. Aku dah call guna whatsapp. Tak angkat. Aku tak sedap hati ni. kau call dia.
Aku: okay okay abu. chill. Rilek. Okay. Aku call.
Aku call number kakak.
Aku: hello..kak. kak kat mana ? abang abu cari kak. Kak kat mana ? hello ?
Dia tak cakap sepatah pun. aku rasa bukan dia jawab call. Tapi dia set auto phone dia ni. pasal belum apa apa dah jawab. Kalau orang angkat mesti akan masa beberapa saat.
Aku: hello ?
aku gunakan jari memberi isyarat meminta pen ke ali. Ali berikan pen dan aku terus tulis di kertas dekat meja ali.
“ cari pantai terdekat sini. Aku dengar bunyi ombak dan angin. Cepat cepat “. Otak aku tak berfungi nak berfikir masa ni. aku hanya fokuskan pada phone.
Aku: hello.. kak ? kak dekat mana ni ?
Ali: jumpa..
Aku matikan panggilan dan call abu. suruh dia pergi cari dekat pantai. Dan aku dengan ali juga bergegas menuju ke sana.
Kami sampai dulu dari abu. cari cari punya cari. Kakak dah berjalan dalam laut. dah hampir separuh badan tengelam. Abu berlari mendapatkan kakak. Tapi belum sempat dia pegang. Badan abu sudah ditolak oleh kakak. Aku terkejut melihat apa yang terjadi. Itu bukan satu kekuatan seorang wanita. Aku dengan ali pun masuk sekali dalam laut. pergi Tarik kakak naik ke darat. Dan kami Berjaya. Tapi lepas naik darat. Lagi menganas pula. badan kami semua di tolak. Terjatuh habis semua. Kali ni kami bertiga terkam untuk menjatuhkan dia. Berjaya. Aku pegang tangan dia. Ali pegang kaki. Dia meronta ronta ingin dilepaskan.
Aku: abu gari dia. Gari dia. Cepat.
Abu masih berdiri diam.
Aku: abu come on. Just do it. Sekarang dia bukan isteri kau. Cepat abu.
Abu terus gari tangan kakak. Aku bangun dan gari di kaki dia. Abu angkat masuk dalam kereta. Dia meronta ronta cuba lepaskan diri. Menjerit apa semua. Dengan rambut yang kusut masai. Mata merah seakan marah yang teramat sangat. Kami bergegas terus ke rumah ustaz. Nasib dia ada rumah. Kami bawa dia masuk dalam.
Ustaz: buka gari dia..
Aku: nanti dia meronta ustaz..
Ustaz: buka buka..
Aku: baik..
Ustaz: dari mana ?
Abu: kitorang dari..
Ustaz: bukan kau. Diam diam..
Kak: dari mana mana jelah. Sibuk apa kau ?
Kakak mula bersuara dengan nada garau yang amat tapi masih suara perempuan.
Ustaz: saya cakap baik baik. Dari mana ?
Kak: dari rumah bodoh(aku) ni.
Ustaz: kenapa kacau diorang ?
Kak: hey orang tua. Diorang yang kacau aku. diorang ni semua bodoh. diorang buat kacau dekat rumah aku. ketua rumah suruh aku bagi diorang pegajaran. Tiga orang ni aku kacau dalam mimpi. Yang ni sedap sikit. Tengah mengandung. Tapi dia lari pergi rumah bodoh ni. (aku) aku tak boleh masuk rumah dia(aku). entah apa yang dia buat entah. Panas betul aku. aku hantar makanan. Dia tak makan. Dia buang. Geram aku geram. Geram..aku marah sangat. Tadi dia ni (kak) keluar rumah. Baguslah. Terus aku masuk dalam dia. Nyawa di bayar nyawa. Mangkuk sorang (ali) ni buatkan adik aku sakit. Sekarang dia dah m**i. Sekarang aku nak dia(kak) ni pula m**i. Aku bawa dia pergi luat. Aku nak dia m**i lemas. Tiga orang bodoh ni datang pula mengacau.
Ustaz: pergilah balik.
Kak: aku tak mahu. Aku nak b***h kau semua.
Aku: kau. Kalau kau ni manusia. Aku dah tanam peluru dalam kepala kau.
Kak: TEMBAK TEMBAK..TEMBAK CEPAT HAHAHAHAHA.
Ustaz: jangan layan..
Aku memang tak layan pun. saja cakap saja. Marah juga duk kena bodoh dari tadi. tak makanlah setakat pyscho macam tu. aku taklah pandai mana tapi tak juga bodoh. Kalau aku layan. Mungkin hilang arah. Aku tembak. Bukan dia yang kena tapi kakak. Hantu ni betul betul nak kakak m**i. Apa masalah dia ? aku buat don’t know saja, lagipun sikap panas baran dah lama pergi. Sejak dari sekolah lagi. aku panas baran. Aku selalu baiki benda benda rosak sendiri masa kecil dulu. Bila benda tu tak jadi saja. Aku baran. Aku lemparlah. Sepaklah. Macam macamlah. Lepas tu bila dah sejuk. Aku pergi nak buat balik. tapi dah jadi teruk pula rosak dia. jadi aku fikir. Kalau aku tak baran. Tak adalah merugikan diri sendiri. Tak pasal kena beli banyak barang ganti. Pada mulanya satu. Lepas baran. Dah jadi sepuluh barang kena beli lain. Perempuan luar sana. Sebelum baling phone. Fikir dulu. Puas hati tapi rugi duit buat apa ?
Ustaz: aku minta elok elok supaya kau pergi. Dan jangan kacau dia lagi. jangan kacau semua orang.
Kak: mana boleh pergi macam tu saja orang tua. Nyawa dibalas nyawa.
Ustaz: abu..
Abu: silakan ustaz.
Ustaz terus pegang ibu jari kaki kakak. Kakak mula menjerit dan meronta ronta. Tapi dia seakan tak boleh bergerak banyak.
Ustaz: nyawa punya pasal. Nanti nyawa kau pula hilang ? sekarang macam mana ?
Kak: saya keluar saya keluar. Ampun ampun. Saya keluar.
Ustaz: betul ?
Kak: betul.
Ustaz: aku minta maaf kalau tiga orang ni ada buat kacau tapi aku percaya diorang ni masuk rumah kau sebab kerja. Diorang bukan jenis yang suka kacau orang tanpa sebab. nak datang kacau lagi ke tak ?
Kak: tak tak. Tak nak kacau lagi.
Ustaz: kau ada buat apa dekat dia ? (kak)
Kak: tak ada buat apa. saya Cuma masuk dalam dia. dan bawa dia ke pantai. saya nak lemaskan dia.
Ustaz: baik. Sekarang keluar.
Semua diam. Ustaz dah lepaskan ibu jari kakak. Tapi kakak masih lagi dalam kedudukan tadi. kepala tunduk ke bawah. Rambut menutup muka. Kalau tadi dia duduk dengan melunjur sekarang dia bangun dan duduk mencangkung. Aku bangun dan keluar dari rumah. Dengan keadaan yang sejuk di tambah pula dengan baju dan seluar yang masih basah. Aku nyalakan rokok sebatang. Nasiblah rokok dalam pocket jacket. Kalau tak habis. Tiba tiba ada orang pegang bahu dari belakang.
Abu:sorry susahkan.
Aku: tak adalah abu. kau fikir macam tulah.
Aku beri kotak rokok dekat abu. aku nyalakan rokok di bibir dia.
Abu: kadang aku terfikir. Kenapa benda ni selalu jadi dekat kita.
Aku: entahlah abui. Aku pun fikir. Makin aku bercerita makin kerap pula datang.
Abu: apa ? cerita apa ? aku sembang lain kau sembang apa ? haha
Aku: eh Kak macam mana ?
Abu: masih diam macam tu. ustaz suruh aku keluar sekejap. Dia tengah baca something dengan ali. Moga selesailah. Aku bahkan tak bersedia untuk semua perkara ni.
Aku: hm. Abu. kalau kita tunggu sampai kita bersedia untuk lakukan sesuatu. Kita tak akan pernah buat apa apa. Sebab tu ada perkara datang sendiri walaupun kita tak bersedia. Mungkin untuk mengajar sesuatu. Dan mungkin juga untuk peringatkan kita, yang hidup ni perlu sentiasa bersedia. Dugaan datang mengejut dan M**i pun datang mengejut. Benda yang terbaik kau boleh buat sekarang. Doa dan jangan fikirkan pasal tu lagi. kalau rasa benda tu betul redah. Kalau rasa salah. Walk away dan tak payah fikir lagi. apa dugaan pun kita boleh rempuh. Nak dengan tak saja. Alasan akan sentiasa ada bila kita mencari. Hujan psti berhenti abu. katakan ini cerita hidup kita. Cerita pasti ada penamat. Ambil cutilah. Hantar kakak balik kampung. Ada orang tengok tengokkan dia.
“ arghhhhhhhhhh…lepaskan aku..” satu suara menjerit datang dari dalam rumah. Aku lemparkan rokok dan masuk ke dalam dengan abu.
Ustaz: pegang dia. pegang dia abu. pegang kaki dia. dia buhong kita. Dia tak keliuar pun. dia ingat kita bodoh. Mari sini. Aku ajar lebih sikit. Bismillah..
Kak: panas panas..panas….huuu panas panas. huuu sudah sudah ampun ampun. Panas..panas.
Ustaz: lebih panas lagi di api neraka. Tak perlu aku terangkan. Kau lagi mengetahui. Tapi kenapa masih lagi terpedaya dengan iblis.
Kak: ampun ampun. Aku bukan nak tipu. Aku takut. Ketua aku nanti b***h aku. aku tak nak m**i.
Ustaz: aku janji beri kau pelindungan. Tapi dengan satu syarat.
Kak: katakan. Apa saja. Katakan.
Ustaz: aku beri kau jaminan tinggal dekat kampung kawan aku. di sana tempat islam. Apa kau nak masuk islam ? aku tak paksa kau. Pandailah buat pilihan. Kau sendiri tahu mana yang betul mana yang salah.
Kak: aku nak. Aku nak.
Ustaz: baik ikut aku mengucap..
Kakak mengucap dua kalimah syahadah terus tanpa menunggu ustaz.
Kak: aku tahu yang mana betul. Cuma memang aku yang nak berlawan. Sekarang aku kembali.
Ustaz: alhamdulilah..
Siapa yang tahu benda tu salah. Tapi tetap buat. Samalah juga dengan jin ni. tak ada beza huhu.
“assalammualaikum”.
Ustaz: wa’alaikumusalam zulkarnian. Masuklah.
Hitam: ada apa ayah cik panggil saya ? *senyum.
Ustaz: bawakan saudara baru kita kembali. Berikan dia perlindungan disana.
Hitam: baik ayah cik. Saya tak boleh lama. Ayahnda tidak tahu permergian anakandanya. Ibunda pula tengah sakit. Nanti dia risau pula. mari ayu. *
Siapa ayu ?
Ustaz: pergilah ayu. Aku jamin kau selamat. Nama kau sekarang ayu.
Badan kakak sedikit bergeletar. Dan terus terbaring di atas karpet. Abu pergi. tapi ustaz suruh biarkan dia tidur sekejap. Jadi abu hanya biarkan saja.
“ terima kasih ustaz.. saya akan menyusul kekanda zulkarnian “
Satu suara datang entah dari mana. Tapi kedengarannya datang dari depan pintu. sebelah hitam.
Ustaz: janganlah macam tu. terkejut orang lain. Tunjukkanlah diri dan berikan salam terakhir kau pada mereka. dunia kita sama. Dimensi kita lain. Kita tak boleh hidup bersama. Jadi mungkin kau takkan jumpa mereka lagi. mungkin sudah ditakdirkan. Mereka pergi ke sana ada hal lain. Tapi kebaikkan ini yang mereka dapat. Mereka dah sedarkan kau ayu. Jaga diri baik baik di sana.
Depan. Depan aku sekarang. Seorang perempuan. Aku dah tahu kenapa hitam berikan nama ayu. Sungguh ayu. Putih seakan wanita rusia,kulit putih susu. Berbaju kurung putih. Dengan bibir yang tersenyum melihat kami. Tiba tiba Paha aku terasa di cubit.
Ustaz: kau tak boleh kawin dengan dia.
ayu ketawa kecil lalu tunduk ke bawah lantai mungkin kerana malu.
“ maafkan saya kerana bersikap biadap sebentar tadi ”
Aku anggukan kepala. Tak terdaya nak buka mulut.
Ustaz: ali, abu. kau orang sudah kahwin. Sudah sudah.
Ali melihat abu. mereka berpandangan sesama sendiri. Dan tersenyum malu bila di tegur. Oh iman kami tak kuat ustaz. Memang tuhan yang menciptakan lelaki terpesona dengan wanita.
Hitam: pergi dulu ayah cik. Kalau ada jodoh moga jumpa lagi yang lain. Jaga diri wahai saudara( aku ) yang lain juga. *
Aku: jaga diri juga saudara. Jagakan ayu saya sekali ea..
Wajah ayu mula kemerahan. Aku masih lagi menatap dia. dia angkat kepala. Tapi tundukkan kembali bila mata kami terpandang sama sendiri. Malu malu pula. meowwww.
Ustaz: pergilah. Kirimkan salam ku pada mereka.
Hitam: baik ayah cik. Asssalammualaikum semuanya. *
“ ayu mohon maaf juga sebab merasuk dan menganggu isteri kanda. Dan pinggan mangkuk. Maaf sebab pecahkan. dan lain kali jangan cepat menuduh tanpa bukti. Sekarang zaman fitnah. Ayu tak berbentuk. Boleh merupa macam macam. Boleh jadi seburuk buruknya yang nescaya kanda kanda semua tak mahu melihat. Jadi jangan tertipu dengan penipuan mata”
Abu: kanda maafkan ayu. Baiklah kanda takkan ulangi lagi. takkan terburu buru lagi. pinggan mangkuk jangan risau. Kanda boleh beli lain.
Aku: moga isteri kau memang tidur betul betul. Nanti kang nahas kau.
Abu: apa cakap macam tu ?
Aku: dah kau yang gatal.
Ustaz: dah dah.
Hitam: mari ayu. assalammualaikum. *
Semua: waalaikumusalam..
“ assalammualaikum “
Aku: waalaikumusalam ayu. Pulang dengan selamat ya.
Abu: ehem ehemm..
Aku tengok abu. dia buat tak tau pandang ke bawah. Panas pula aku.
Aku pusing balik nak tengok ayu. Dah hilang. Kepala aku terasa sesuatu. Aku cuba untuk ingat wajah ayu. Tapi kenapa tak boleh. Aku tak boleh bayangkan wajah seorang perempuan bernama ayu seayu wajahnya. Ingatan tu seakan hilang. Puas aku cuba. Tapi masih sama.
Abu: tadi bukan main kurang ajar lagi. pelik pula tiba tiba jadi sopan macam tu.
Ustaz: percakapan tu melambangkan siapa diri kita abu. kotor hati. kotorlah percakapan. Baik hati. baiklah pertuturan dia. masa dia biadap tadi bukankah dia masih lagi jahat. Sekarang dia dah jadi baik. Jadi bertukar jugalah cara percakapan. Ingat abu. hati yang baik hanya menuturkan kata yang baik.
Aku dengar apa yang ustaz cakap. Tapi kepala masih lagi cuba untuk bayangkan wajah ayu. Aku hanya boleh ingat apa yang terjadi. Aku nampak wanita cantik. Putih kulitnya..dan bibir manis tersenyum tapi aku tak boleh gambarkan atau bayangkan seketul wajahnya. Kenapa ? kenapa ? belum puas aku menatap wajah itu tadi. Phone aku pula berdering. Hilang terus bayangan samar samar wajah ayu tadi.
Aku: hello..siapa ni ?
Ain: farahain..norfarahain. ingat tak ?
Aku: ain ? oh ya ingat ingat. Mana boleh lupa haha. kenapa eh call ?
Ain: yeke ingat ? tak pernah contact aku pun. kata kawan. Ke dah benci ?
Aku: ain. Rasa cinta dan benci dua perasaan yang berbeza dalam sekeping hati. cinta sudah pergi. tapi tak pula datang benci meskipun mereka tinggal di dalam hati yang sama. Aku ingatlah kau. Tak naklah contact nanti tak selesa ke apa ke susah. Dan tak semestinya kita kawan aku kena contact kau sentiasa. Kita dah besar dan sibuk. Cukup kau tahu bila dan andai kau perlukan aku. aku ada. Aku ingat Kau. kau seorang saja yang special sikit. Main surat haha.
Ain: haha. aku ingat lagi ayat bawah surat tu. dua soalan yang apa tah haha.” awak memang cantik dari kecil ke ? “ “ memang perlu eh jadi cantik dan menganggu fikiran orang lain ?” haha
Aku: haha. lepas tu aku letakkan number dan alamat. Tapi kau tak call. Boleh pula datang balas surat. Aku nampak dari tingkap atas. Eh kenapa call ?
Bukan saja main surat. tapi sebab tak ada number. Dia ni aku jumpa tepi jalan. Motor rosak. Jadi aku tumpangkan sampai rumah. Mula dia takut nak naik. Aku cakap kat sini banyak kes samun, rogol apa semua. Dia buat tak tahu saja. terus aku tunjuk ID. Dia sorang sajalah yang kawan dengan aku dan tahu kerja aku. lepas tu terus dia naik. Dah naik tanya pula “ betul ada kes macam tu kat sini ? terima kasih ya tolong” haha baru dia tau takut. Caih perempuan kalau laki nak tolong or buat benda baik. Mesti dia fikir kita nak mengorat.
Hey pleaselah. Come on kau fikir lelaki tak ada kerja lain ke ? kerja mengorat saja ? Kalau yang takut jadi apa apa tu okaylah. Dia risau kot lelaki tu jahat or apa apa. Ni yang perasan lawa ni. ingat semua orang nak mengorat kau ke ? lepas tu aku hantar dia balik. Aku jenis yang malu sikit. Bukan sikit sebenarnya tapi banyak sebab tu tak ada lah nak minta number or apa apa. Jadi aku Cuma tahu rumah dia. sebab tu aku pergi letak surat dalam peti surat rumah dia.
Ain: ni. aku dah nak kahwin. So ibu tanyakan kau. Ni aku call nak jemput kendurilah. Bukan tak nak jemput kalau ibu tak Tanya. Tapi aku kenal kau. Tak pernah pergi kenduri. So dah call ni. aku nak minta maaflah, kalau ada salah, janji janji yang aku ungkapkan tapi mungkin tak sempat tunaikan atau tak tertunaikan. Halalkan eh ? janji dah dikira hutang. Walaupun kita berpisah cara baik. Tapi mana tahu kau ada simpan dendam ke apa ke ?
Aku: eh serius ahh ? nak kahwin ? masih belum terlewat untuk aku ucapkan tahniah di atas kehadirannya mengantikan aku. tahniah weh. Kirim salam ibu. Kalau bab janji. Aku pun. kira kita kosong kosonglah. Ea tak dapat datang rasanya kenduri. Busy. Apa apa pun tahniah sekali lagi. moga berbahagia till jannah. Okay. Moga dia tidak abaikan kau seperti mana yang ayah inginkan.
Ain: kau masih marah ? berdendam ?
Aku: tidak. Tak pernah simpan pun. Cuma itu yang ayah inginkan.
Ain: ya. Thank you L. terima kasih pernah jadi sebahagian dalam hidup aku.walaupun akhirnya tak bahagia. kau sorang je tak pernah marah aku L. always can slowtalk tak kira apa pun salah aku. aku rindu kadang, tapi mungkin takdir kita bukan bersama. Terima kasih juga jadi kawan.
Aku: meskipun akhirnya tidak bahagia, setidaknya kita pernah ketawa bersama. Jadi kenapa nak bermusuh. Kitakan kawan. haha mungkin cara aku dengan orang lain berbeza. Kalau orang marah. Ambil yang positiflah. Dia marah bersebab. Kalau tak marah mungkin kau akan terus membuat kesilapan. Positif okay.
Ain: haha..oh ya satu lagi. minta maaf sebab selama ni menipu kau.
Aku: huh ? apa benda ?
Ain: sebenarnya tulisan kau buruk. Sangat buruk. Aku tipu cakap cantik hahaha
Aku: kejujuran tu suatu yang menyakitkan. Ada masa mungkin tak perlu jujur haha. aku tak kisahlah. aku tahu kau tipu haha. aku pun nak minta maaf juga. aku tipu kau. Ketawa gila gila kau macam hantu. Tak comel lansung serius haha. okaylah. Aku ada hal. Apa apa nanti rojer lain. Kirim salam bakal imam kau. Selamat malam.
Ain: selamat malam L. be safe. Selamat hari raya.
Aku: selamat hari raya juga.
Ain: aihh. Pantunlah sikit. Dulu rajin berbunga ayat.
Aku: haha okay kejap. Huhu..berkata kata sepertinya mahir sastera, dalam berkata mungkin ada yang luka, ampun maaf di pinta, Selamat hari raya.
Ain: hahaha thank you.
Kami berpisah bila ayah dia tak restui kami. Ayah dia tak izinkan kami bersama. Sebelum ni semua okay. Selalu ajak aku makan sekali. Tapi ada tiga kali aku tak pergi. aku masih ingat lagi saat tu. dia terangkan kenapa dia tak nak aku bersama ain.
Ayah ain: maaf. Pakcik harap kamu faham. Pakcik faham kerja kamu. Tapi kamu kena tahu juga. seorang ayah mahukan yang terbaik untuk anak dia. pakcik tak nak anak pakcik terabai. Dari segi masa dan lain lain..Tanggungjawab kamu besar. Pakcik faham..pakcik minta maaf.
Aku Cuma anggukan kepala tanda faham. Dan bersalaman dengan dia mungkin untuk kali terakhir dan ia memang untuk terakhir kali. “ semoga kita sama sama melupakan dan dilupakan. Terima kasih”. Ayat terakhir aku hantar melalui mesej dekat ain. Lepas tu apa dia reply aku dah tak reply balik. lepas sebulan baru aku reply sikit sikit dan jadi kawan. ayat tu sampai sekarang aku masih ingat. Bergetar tangan nak taip beb. Sebulan malam aku tanpa bintang haha. tidur malam ku bertilamkan rindu, berbantalkan sepi dan berselimut luka. Jadi hargailah pengorbanan penjawat awam. Terutamanya pasukan keselamatan. Macam macam diorang kena korbankan. Hargailah weh huhu. Jadi lepas tu aku pegang aku satu ayat ni “ Allah yang menciptakan hati. jadi selayaknya dia yang harus kita cintai dulu”. Acah acah budak baik gitu.
Perpisahan. Satu benda yang kita akan tafsir suatu yang kejam. Sebenarnya tak. Takdir tak pernah salah dan kejam. Dia pisahkan dengan orang yang SALAH dan temukan dengan BETUL. Pisahkan dia dari aku(orang yang salah) temukan dia dengan bakal suami(orang yang betul). Hanya perlu percaya dan sabar. Pasti ketemu bila masanya. Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa,tapi itu bukan alasan untuk hidup sengsara. Wake up and don’t forget to be awesome. Hidup seperti biasa, sampai kehidupan luar biasa anda tiba. Tak kiralah apa pun dugaan kau. Cerita kita mungkin berbeza tapi keinginan kita sama. Ingin Berjaya. Jadi jangan mengalah. KITA SAMA SAMA.
Dalam perjalanan pulang.
Aku: ali. Kau ingat tak macam mana muka ayu ?
Ali: kenapa kau Tanya macam tu ?
Aku: sajalah. Kepala aku terasa sakit bila cuba bayangkan dia
Ali: aku pun tak boleh ingat wajah dia. entah kenapa.
Aku: apahal eh ? aku baru nak gambarkan. Kalau tak boleh dipotretkan, lawa kot.
Abu: tak cukup lagi ke satu potret dalam bilik ? gambar menyeramkan macam tu pun sangkut dekat dinding. Aku tak selesa bila fikir yang gambar tu tengah renung aku. last aku ambil tutup. Senang. Tapi gambar perempuan mana tu ?
Aku ingat dia nak diam. Tapi dia diamlah bila sembang pasal ayu. Bini dia ada sebelah. Cis. Tapi apa yang dia cakap ni. buatkan aku lagi sakit kepala. Mana ada gambar dekat rumah. Potret sapa pula dia ni cakap ?
Aku: tak ada gambar sesiapa dekat dalam bilik abu. apa kau mimpi.
Abu: ada. Nanti sampai aku tunjuk.
Sampai dekat rumah. Nak mandi apa semua. Badan tak selesa kena air laut tadi. buka pintu bilik abu.
Aku: mana gambar ?
Abu: ni. *abu Tarik tirai
Aku: abu. tu cermin abu. cermin tingkap. Apa kau cakap ni ?
Abu terdiam bila melihat apa yang dia katakan gambar seorang perempuan tu sebenarnya tingkap.
Abu: habis tu. yang malam tu tengok aku benda apa ? bukan gambar tapi benda hidup ? *terus dia Tarik balik tirai tadi.
Aku: lain kali kalau gelap buka lampu. Dah lah. benda pun dah setel. Tak payah fikirkan lagi.
Aku mandi. Tukar pakaian. Turun bawah. Ali ada dengan abu di ruang tamu.
Aku: ali. Apa yang terjadi dekat rumah masa malam tu ? apa yang kau buat ?
Ali diam..abu tengok aku.
Aku: kenapa ? aku Tanya ja. Ceritakanlah. Apasal dia marah sangat. Asal dia cakap ada yang m**i ?
Abu: macam ni..
Aku: aku Tanya ali.
Abu: kau nak dengar ke tak ?
Ali: tah. Sama jelah sapa cerita pun.
Aku: okay. Cer cite.
Abu: lepas kau blah. Aku buang tali tu. sebab ali syak mimpi kita ada kena mengena dengan tali tu. so lepas kami buang. Ali bakarkan tali tu. masa tali tu terbakar. Tiba tiba bunyi angin kuat. Kencang sangat. Rumah bergegar macam kena gongcang. Aku dah mula cuak. Api yang bakar tadi tu. sepatutnya kecil ja. Tapi tiba tiba menjadi besar. Nasib aku sempat elak. Kalau tak arwah dah kawan kau ni. hangus dijilat api. Ali dah rasa lain macam. Dia tiba tiba batuk. Batuk kuat sangat. Aku Tanya kenapa ? dia cakap dada seperti di cucuk jarum. Lepas tu dia cadangkan untuk keluar. Masa kami nak keluar. Sampai dekat pintu masuk bilik tu. angin lagi kuat. Seakan menolak kami. Angin tu seakan menghalang kami dari keluar dari bilik tu.
Abu: tak boleh berjalan. Angin tu lagi kuat. Ali jerit dekat aku. “ baca sesuatu “. Aku Tanya balik. “ nak baca apa ?” “ baca ja apa apa yang kau tau “. Jawab ali. Aku pun bacalah fatihah. Yang lain jangan cakaplah. Hilang terus. Kepala otak aku macam “hang”, blur tak boleh apa. Umpama RAM rendah. Al fatihah jelah jawab dia. lama kami hadap angin tu. lebih kurang dalam lima minit. Aku dapat rasakan. Angin tu makin lama makin slow. Slow slow dan “ Allahuakbar” ali jerit. Hilang terus. Ali terus lari turun bawah. Aku ikut dari belakang. sampai kami dekat tangga. Lagi berapa anak tangga ja. Tiba tiba badan ali macam kena tolak. Terhempap dia dekat dinding. Aku pula lepas tu. terhempap dekat dinding. Tiba tiba terasa tangan berbulu pegang tengkuk aku. aku pusingkan pandangan ke tepi. Ali dah tak ada. Telinga aku dapat tangkap. Macam orang tengah bacakan sesuatu. Tapi perlahan sangat. Sayup je dengar. Aku rasa suara tu datang dari atas. mashaallah. Ali dah ada dekat atas.
Abu: masa ni. mata aku tak berkelip tengok dia. kami sama sama rapat dinding. Tapi aku masih di bawah. Dia ada dekat atas, melekat dekat dinding. Kaki meronta ronta. Aku dah mula risau. Aku baca juga. al fatihah juga. aku baru bismilah. Sekali aku kena angkat. Dia angkat tengkuk aku. tapi dia tak cekik. Aku baca juga. sampai habis aku baca. “ HA HA HA. Apa maksud dia ? “ aku bagai tersentap bila dengar suara tu. terkejut satu hal. Tanya maksud satu hal. Berpuluh tahun aku hidup. Aku pun tak tau apa yang aku baca. Aku baca. Waktu ni rasa hina gila. Manusia seperti apa aku. “ jangan layan. Baca lagi baca lagi” sayup dengar dari sebelah. Antara dengar dengan tak je suara ali. Dia macam tak boleh bercakap sangat.
Abu: mata dia terpejam rapat. Seolah menahan sakit. Aku baca balik fatihah aku. setiap kali aku habis baca. Ada suara ketawa. Gelisah jangan cakap. Aku dah bayangkan kematian waktu tu. aku pusing dengan kejap , pusing tengok ali balik. aku ulang benda tu berkali kali. Aku gelisah sangat bro. takut. Takut. Kali ni aku pusing. Ali masih lagi pejamkan mata. tapi air muka dia kelihatan tenang dah. Waktu ni. aku rasa tengkuk aku panas. bukan tengkuk aku yang panas. tapi tangan yang pegang aku tu. tangan dia yang panas. dia sentuh aku. aku dapat rasakan yang tangan dia panas. makin lama makin panas. akhir dia lepaskan aku.
Abu: kami berdua jatuh atas tangga tu. terduduk jatuh. Kau bayangkan buntut rasa sakit macam mana. Buntut aku kena betul betul bucu anak tangga. Nasib kena betul betul isi. Kalau kena dekat tengah ? cuba kau bayang.
Aku pejamkan mata dan gimikkan muka seakan menahan sakit dan gelengkan kepala berkali kali. Ikutkan hati aku nak ketawa. Tapi muka dia serius sangat bercerita. Fikir 10 kali aku nak ketawa ke tak. Akhirnya aku padamkan saja niat tu huhu. Perut making a great mega concert. Kali betul betul perut buat concert. Kadang perut kenyang tapi mulut yang lapar nak mengunyah. jadi aku ajak pergi kedai. Kami duduk kedai dan sambung balik cerita tadi.
Abu: lepas kami jatuh. Pintu tingkap dekat bawah tertutup buka tertutup buka tanpa angin yang meniup. Aku dalam hati “ apa lagi ni, takkan ada lagi kot”. Aku sempat raba pocket nak keluarkan phone. Phone aku m**i. Tak ada respon lansung. Tak bernyala. Ali pun sama juga. aku dah naik hairan. Kenapa pula ? ali bangun dan terus angkat aku. kami nak keluar dari situ. Tapi pintu keluar seolah olah hilang. Tak ada pintu. semuanya dinding. Umpama terperangkap dalam kotak yang tak berpintu.
Phone ali berdering. Ali bangun dan pergi jauh dari meja makan. Dia datang balik seolah olah nak memberitahu sesuatu. Mulut dia terbuka tapi belum sempat dia keluarkan perkataan. Aku p****g dulu.
Aku: oh please. Good news.
Ali: dua dua.
Aku: buruk dulu.
Ali: kenapa buruk dulu pula ?
Aku: yelah. Kalau aku dengar berita buruk kau. Mungkin aku akan stress, moody, muram dan macam macam lagilah yang tak elok. Dan lepas tu dengar berita baik. Mungkin boleh senyum dan lupakan stress berita buruk pertama tadi.
Ali: kau dengar berita buruk macam macam benda jadi. Dengar berita baik. Senyum je ?
Aku: yalah ali. Senyum tu ubat segalanya. Jadi sentiasalah senyum. Apa berita dia ?
Ali: polis peronda kejar kereta saspek tadi. tapi terlepas seorang.
Aku: berita baik dia ?
Ali: kereta tu terbabas dan seorang saspek dapat ditangkap dan ada di hospital sekarang.
Aku bangun dari kerusi dan begitu juga abu. bayar makan dan terus ke kereta. Pergi office.
Aku: masuk office ali. Aku pergi dengan abu.
Ali: eh kenapa pula ?
Aku: ini arahan.
Ali keluar dari kereta tanpa bertanya apa apa lagi.
Abu: kenapa tak bawa dia sekali ?
Aku: dia terlalu baik untuk ini.
Kami terus ke hospital.
“ awak boleh pergi sekejap. Nanti saya panggil.”
Baik cik. Petugas yang menjaga OKT terus beredar dari situ.
Abu ambil kerusi dan duduk.
Aku: polis. *tunjuk ID
Abu yang duduk di depan saspek. Mula merapatkan kepalanya dekat saspek.
Abu: tak sempat lari manakala kawan sendiri lepas. Memang menyedihkan. Macam nilah. Aku datang cara baik. Jadi aku nak minta tolong cara baik. Jadi aku harap kau pun boleh layan aku dengan baik.
Abu cuba korek maklumat dari saspek. Tapi sayangnya niat abu nak di layan dengan baik tak terbalas.
Abu: dengar sini kawan. Kat dalam sana. Ramai lelaki yang kemaruk. Dah lama tak dapat. Kau bayangkan kalau kau masuk sana nanti ? dan aku pula hebohkan kata kau ni kes rogol. Kau bayang apa kau kena dekat sana. Banyak dekat sana. Bukan sorang dua. Betapa sakitnya aku tak tahu. Aku tak pernah kena. Tapi kau mungkin. Tapi….tapi. kalau kau tolong aku. aku tolong kau. Kau dalam sana. Aku kenal sorang. Kalau kau masuk. Aku bagi kau guna nama dia. tak ada orang sentuh kau. Aku jamin.
Aku yang berdiri di depan katil nampak seorang doctor perempuan berdiri dari jauh melihat kami.
Aku sekali lagi tanyakan saspek. Tapi masih lagi diam.
Abu: abu.
Abu bangun. Dan terus Tarik tirai tutup. Sebelum sempat tirai tertutup habis. Tangan seseorang menahan dan bukakan kembali tirai tadi sedikit. Aku bangunkan semula kepala yang tadi aku rapatkan dengan saspek.
Doctor: kenapa ni ?
Aku: tak ada apa doc. Nak bertanya.
Doc: tak perlu tutup tirai.
Aku: haa..doc ni sapa ?
Doc: ini pesakit yang saya rawat. saya doctor dekat sini.
Aku: ohh jadi doctor tahu sapa doctor. Ini polis business. Nothing to do with you. Thank you doc.
Abu Tarik kembali tirai dengan rapat.
Aku: sakit hati dia sakit juga hati aku.
Abu: psssst. Dia ada sebelah ni.
Aku bersuara perlahan seakan berbisik memberitahu yang doctor tadi ada depan tirai cuba mencuri dengar.
aku: kalau kau nak jawab apa yang dia Tanya tadi. anggukkan kepala. Sebab mulut kau dah befungsi.
Selesai aku cakap. Aku Tarik selimut sumbat dalam mulut saspek. Aku pekup sekuatnya.
Aku: abu..
Abu terus tekan tempat luka saspek. Mata dia menahan sakit. Tapi masih enggan menanggukkan kepala.
Aku: sikit lagi abu. kuat sikit.
Saspek: hmmm hmmm hmmm..
Kepala dia bergoyang menahan sakit. Dan tiba tiba perlahan lahan menanggukan kepala berkali kali.
Aku: opss. Tadi aku puji kau. Sekarang kau nak jadi pengkhianat. Baguslah. Kalau kau diam pun. apa kau dapat. Dia dekat luar sana rilek. Betul kau nak cakap ?
Dia anggukkan kepala dengan mata yang berair.
Aku: kalau kau tipu aku. cuba cuba untuk jerit. Lagi teruk kena. Ingat kau tak selamanya dekat sini.
Dia anggukan kepala. Aku Tarik balik selimut yang disumbat dalam mulut dia. abu dah tak tekan tempat sakit dia. dia cakap semua yang kami Tanya. Kami Tarik tirai dan terus keluar. Tiba tiba..ada suara dari belakang.
Doc: nanti.
Doc tengok pesakit dia.
Doc: diorang ada buat apa apa dekat awak ?
Aku dengan abu dah terlebih dahulu jegilkan mata ke arah saspek. Saspek mengelengkan kepala. Doc pusing tengok kami. Aku hadiahkan satu senyuman palsu.
Doc: saya yakin awak ada buat benda yang tak elok. Saya akan buat laporan. Apa number awak ?
Aku gelengkan kepala sambil senyum palsu tadi.
Aku: doctor doctor.. tengok ni. apa yang pesakit doctor buat. Perempuan ni ada anak. Ada suami. Malam raya doctor.
Aku tunjukkan satu persatu gambar farida. Muka doctor tadi berubah.
Aku: kalau kami ada buat apa apa sekali pun. doctor pasti faham kan ? kerja kita merasai penderitaan orang. Saya faham begitu susah nak lafazkan “ maaf, kami dah cuba yang terbaik”. Jangan kata cakap. Nak gelengkan kepala pun susah. Kan ?
Aku berjalan pergi bila doctor tadi masih mengalamun selepas melihat gambar tadi.
Doctor: maaf.
Kami berdua pusing balik. aku anggukkan kepala.
Doctor: maaf sekali lagi. buatlah apa pun yang awak nak buat. Tapi tadi awak dah buat sesuatu kan ?
Abu gelengkan kepala dengan lemah.
Aku: kami tak sanggup juga tengok keadaan dia macam tu. moga pesakit doc cepat sembuh. Selamat malam doctor. Kami minta diri dulu.
Aku hadiahkan sekali lagi senyuman paslu dan beredar dari situ. Aku tengok abu dari tepi. Dia senyum dekat aku. haha aku balas balik senyuman nakal dia. Macam tulah. Jangan pernah mengaku. Jangan percaya sesiapa kalau nak buat jahat.
Kami terus ke lokasi. Sebuah hotel bajet. Aku, abu, ali , amir dan big boss.
Kami masuk ke dalam bilik saspek. Tapi kosong.
Abu: boss.
Kami pusing tengok abu. abu tunjukkan yang putung rokok masih lagi berasap sedikit dan masih panas. kami bergegas ke kaunter. Seorang lelaki melayu.
Aku: mana dia ? *tunjuk gambar saspek.
Dia gelengkan kepala.
Aku: aku boleh sabitkan kau bersubahat dengan seorang penjenayah atau cuba melindungi penjenayah. Aku tahu dia memang takkan sempat lari keluar. Orang kami dah lama ada depan bangunan ni. kalau kau cakap. Kita lupakan pasal tadi. macam mana ?
“ saya tak tahu bang. Serius. ”
Aku: okay. Macam nilah. Berapa dia bayar kau ? aku bayar double.
“ sumpah saya tak tahu bang “
Aku: tiga kali ganda bayaran.
Aku angkat satu kening dekat dia.
Abu pelahan lahan masukkan kunci ke dalam bilik sebelah. Sebelah bilik yang kami serbu tadi. dan bawa keluar saspek. Lalu depan kaunter. Kami berjalan menuju pintu keluar.
“ bro bro.. rilek lu bro “ dia angkat tangan dia. dan buat isyarat “ duit “ mengunakan jari. Aku usha dia dari jauh.
BB: amir. Bawa dia sekali. Bersubahat dan melindungi penjenayah!
Amir mulakan satu langkah.
“ woo woo woo.. “ dia angkat kedua tangan ke atas. “ okay okay. Kita lupakan pasal tadi “.
Kami sambung balik berjalan keluar. Aku tengok big boss. Dia angkat kening dekat aku. aku senyum dan gelengkan kepala ke bawah. Kami bawa saspek ke balai. Buat report tangkapan. Dan bawa balik office untuk di soal siasat. Yang kami bawa ni bukanlah yang memandu kereta pajero tersebut. Maknanya kata ada tiga orang sebenarnya. Bukan dua. Cuma farida mungkin fikir Cuma dua orang. Satu bawa pajero. Satu bawa kereta satu lagi. soal siasat juga tak berjalan lancar. “ kami bukan nak buat orang..tapi orang yang nak kami buat. Saya pula pemurah orangnya. ” –abu.
Kami bergegas sekali lagi. menuju ke lokasi. Masih lagi hotel bajet juga. tapi yang ni tersembunyi sikit. Agak sunyi. Dia macam tempat untuk pasangan neraka lah. kena ada contact dulu. Seorang lelaki cina turun ke bawah. Bukakan pintu besi di bawah. Terus kami serbu naik ke atas.
Apek: hey hey.
Amir tunjukkan ID. Kami sorokkan identity tadi. kalau dia tau. memang taklah nak buka.
Amir: polis. diam!
“pam” pintu kayu ditendang. “augghhhhh” bunyi perempuan menjerit dan dengan pantas ambil selimut dan menutup badannya yang tanpa Seurat benang. Oh tengah berjimak haram.
“ angkat tangan! Angkat tangan! Tangan atas”.
Abu: owh malu.. tau malu. Kau fikir tutup lampu tuhan tak nampak ?
Aku ambil pakaian dia dekat bawah lantai. Aku lemparkan atas tilam.
Aku: pakai baju kau! Keluar! Kalau kau nak sarung ttk kau. Ambil sendiri. Spender pun ada sini.
Ali sedang mengari tangan saspek.
Abu: kau kenal dia ?
Perempuan: tak cik. Saya Cuma buat servis melalui online. Jangan tangkap saya cik.
Abu: bilik ni berapa semalam ?
Perempuan: tak tahu cik. Saya Cuma datang bila di hubungi. Dia yang sewa sini.
Abu: berapa harga kau ?
Perempuan: sejam 100.
Abu: murahnya maruah kau. Tapi okay sikit. Sebab seratus. Kat luar sana ada yang free free je.
Aku: keluar! keluar! keluar!
Kami bawa saspek turun. Dan macam bias, balai. sampai office. Soal siasat lagi. tapi tak dapat apa apa pun. tapi memang dia saspek utama. Ada tanda lahir di tengkuk.
Dalam bilik.
BB: semua orang balik rumah malam ni.
Aku: wait boss. I can feel something wrong somewhere. Kita terlepas pandang sesuatu. Tiga tiga saspek yang kita dapat. Tak ada kena mengena dengan mangsa dan tiada motif.
Aku: fako. Mana amar ? dia ganti kau ke hari ni ?
Fako: ya. Hari ni hari dia.
Aku: kau ada ambil gambarkan setiap pergerakkan ?
Fako: ada.
Aku: ada yang mencurigakan ?
Fako: dia ada jumpa seorang lelaki. Tapi aku tak nampak wajah lelaki tersebut. Dia membelakangi aku.
Aku: bawa sini semua gambar.
Fako masuk dengan berkeping keping gambar. Kami susun atas meja. Semua memerhati satu persatu gambar.
Aku: got it. Tengok reflection dekat kereta. Cam tak baju tu. muka dia samar samar tapi masih lagi boleh nampak.
BB: fako ? apa semua ni ?
Fako kena tiaw dengan big boss. Kerap kali aku pesan. Jangan terlepas pandang benda kecil. Abu menghubungi amar. Abu matikan panggilan dan simpan phone. Dia anggukan kepala dekat aku.
Aku: boss boss. Chill. Ini baru pertama kali. Takkan terjadi lagi. we got this we got this. Okay ?
Big boss keluar dari bilik. Malu lah tu.
Fako: thank bro..takkan terjadi lagi.
Aku: yah. Aku tahu. Ingat lagi peraturan pertama ?
Fako: yah. Never make a same mistake twice.
Aku: good. Tapi kenapa muka kau macam tu ?
Fako: aku takut kena marah dengan kau.
Aku: haa kita dah besar. Kalau marah boleh ulang masa. Aku akan marah kau. Tak gunalah aku marah kau sepuluh kali pun. benda tetap sama. Lagipun kau dah besar. Dah boleh fikir sendiri mana baik buruk.
Abu: dia memang tak marah korang. Tapi bila korang buat salah. Dia yang kena dengan big boss nanti. jadi jangan buat lagi. dia tak marah. Aku akan marah. Kita kerja. Kerja kita perlukan kesempurnaan.
Abu..boleh melawak. Tapi kalau dia mula tegas. Better diam. Bukan pemarah Cuma dia tegas. Sebab tu ada polis yang muka sombong. Bukan sombong tak senyum. Tapi tegas. Kalau senyum nanti orang tak takut pula haha nanti tak ada yang terkuncil time soal siasat. janganlah salah faham ea.
Ali bukakan pintu.
Ali: jum.
Kami bergegas sekali lagi keluar dari office. Tiba tiba di tengah jalan ada orang call.
Aku: hello. Ni sapa ?
“ saya yang di tugaskan menjaga saksi kes bla bla bla bla.. sekarang depan saya ada sebuah kereta yang di katakan saksi itu hari, jadi..”
Aku: okay okay baik. Tunggu. Jangan buat apa apa. Tunggu. Sat sampai.
Kami bergegas menuju ke rumah khir dahulu. Ini lebih kecemasan. Melibatkan nyawa. Sampai sana. Kami berjalan menuju ke kereta yang hari tu ada depan rumah khir. Berjalan laju dengan pistol disorok ke belakang paha.
“ keluar! Keluar! Keluar! Polis. keluar! Perlahan lahan..keluar!”
Keluar seorang lelaki cina dari kereta dengan muka terkejut.
Abu: keluar. Tangan atas. pusing belakang. rapatkan badan dengan kereta. Jangan cuba cuba berbuat apa apa. Amir periksa badan dia.
“ cik cik cik kenapa ni” ada suara dari belakang. kami pusing dan acu kan pistol ke arah dia. dia angkat tangan kedua dua ke atas.
“ kenapa cik ? dia kawan saya. Saya tinggal dirumah ni.(rumah sebelah khir) dia tengah tunggu saya. Kami mahu pergi clubbing.”
Aku tengok pintu pagar rumah tu terbuka dan dia pun sedang memegang kunci. Aku simpankan pistol.
Abu: sorry terjadi salah faham. You free to go.
Khir keluar dari rumah.
Aku: kau jangan risaulah. Pergi tidur. Polis akan buat rondaan sekerap yang mungkin. Pergilah tidur.
Khir: aku tak pernah nampak kereta dia. risau aku. mana aku tahu kawan jiran aku.
Aku: pergi masuklah. Apa apa pun hati hati. call aku. oh ya satu lagi. kurangkan tengok drama.
Kami pergi balik ke tujuan utama. Amar datang sekali join. Dia memang sudah ada dekat sana.
“ knock knock knock “
“ siapa tu ?”
“ pengarah filem. Saya berminat dengan cerita awak”
Pintu dibuka.
Abu: cik ahmad. Awak ditahan kerana terbabit dalam perancangan m******h. Sila ikut kami ke balai. Awak berhak untuk diam bla bla bla bla bla……
“ kenapa ni bang ?” ada satu suara dari dalam rumah. Dan dia keluar.
Aku: baby. Sila beri kerjasama. Ikut kami ke balai.
Ahmad: eh awak jangan nak kurangajar eh.
Aku: saya tak kurang ajar encik ahmad. Encik yang save number dia baby. Bukan begitu baby ? kemain. Tua tua pun nak baby.
Abu nak gari dia..tapi dia masih melawan sikit.
Ahmad: nanti dulu..kita boleh kira kira..
Aku: huh ? apa tak dengar..
Ahmad: semua benda ada harganya..
Aku: apa ? saya tak fahamlah. Cuba cik cakap dengan lebih jelas. Jelaskan apa maksud dia ?
Ahmad: saya ada cakap apa apa ke ? tak ada rasanya.
Aku: haa look at you. You’re smart guy haa. Tapi apa yang kau buat. Sesuatu yang sangat bodoh. Ni cuba nak bayar kitaorang ke ? ramai ni. mampu ke ? bukankah semua harta nama farida ? kenapa diam ? hah jangan berlagak naga jika diri seekor kera.
Aku: bawa dia abu. amir bawa perempuan ni.
Aku dari awal lagi kalau boleh nak tangkap dia. tapi boss tak izinkan. Sebab tak ada bukti kukuh. Jadi dia tak nak nanti orang persoal kerja polis. polis buat kerja apa salah tangkap orang. Disebabkan dia cakap benda betul. Aku nak nafikan dan tak melawanlah. Dari awal dah ada keraguan sedikit. Apa yang dia ceritakan. Untuk mengaburi mata kami. Tapi tak sedar cerita tanpa perancangan makan diri sendiri. Kalau lepas dia pengsan dia lupa apa yang terjadi. Macam mana dia boleh ceritakan semula ? WTF (WHERE’S THE FOOD) lepas tu Kenapa balik kampung kereta asing asing ? masa phone dia berdering. Aku nampak nama “baby” tertera di skrin phone. Belakang dia cermin. Jadi aku nampak dari reflection. Farida juga ada memberitahu yang dia sudah maklumkan kalau dia nak pulang ke rumah setelah balik dari rumah kawan.
Aku Tanya masa di hospital. Aku juga Tanya. Siapa yang jaga anak ? mak dia yang jaga. Seminggu sekali diorang balik pergi ambil anak. Hari kerja hantar balik rumah mak dia dan Selepas ambil keterangan dari ahmad masa dekat hospital. Aku pergi dulu alamat kononnya pengasuh budak. Rumah tu, rumah cina yang sudah tinggal lebih sepuluh tahun. Abu jumpa report. Farida buat report mereka bergaduh. Dan diam diam kami menyoal jiran jiran dia. dan ya mereka memang kerap gaduh. Pernah pergi makamah syariah. Tapi big boss tak bagi ambil tindakkan lagi. jadi aku suruh amar dan fako ekori dia. Masa sayang dulu lainlah. Apa semua untuk isteri. Apa semua nama isteri. Sekarang dah gaduh. Dan semua perasaan pun dah hilang. Kejayaan seorang lelaki ada seorang perempuan di belakang dia. tapi kegagalan seorang lelaki, ada banyak perempuan di belakang dia.
Harta. Siapa tak nak lelaki berharta ? tapi kena tahu. Banyak orang lupa diri bila berharta. Wang ringgit. Memang banyak kebaikan wang ringgit. Tapi lagi banyak keburukkan dia. kalau nak cakap memang panjang. Kau sendiri boleh fikir. kalau nak kahwin tu. carilah yang baik baik sudahlah. Tak perlulah yang berharta sangat. Tak pun cari yang memuliakan agamanya. Pasti tinggi martabat seorang wanita dimatanya. Tapi hati hati juga. takut dapat yang munafik huhu.
Selepas kesemuanya ditangkap. Sekali di soal siasat. Dan kali ni tak ada gunanya nak simpan. Jadi yang mereka bertiga masih belum lari sebab bayaran masih belum full. Sebab perjanjian nak farida m**i. Tapi dia masih belum m**i. Jadi mereka bertiga ni tak lari. Dan mereka juga ada bertengkar juga dengan ahmad kerana enggan bayar. Tapi ahmad tetap berkeras dengan perjanjian utama. Tak m**i. Tak m**i maknanya kerja belum selesailah. Diorang bertiga juga adalah kawan ahmad. Kawan masa sekolah dulu. Memang budak budak tak boleh pakai. Jadi ahmad minta tolong bantuan diorang. dia takut nak upah pembunuh. Jadi kawan kawan yang gilakan wang dan sanggup buat apa saja demi wanglah yang dikerah. Aku dah cakap. Diorang ni tak professional. Ada ke sewa kereta ? lain kali curi, baru buat kerja jahat. Dan abu ada cek semula senarai orang hilang sebelum dia cuti dan balik kampung hantar kakak. Orang tu bukan saja hilang. Malah hilang juga dari senarai. Pening aku. apa yang terjadi sebenarnya
Jangan terlampau melihat dan memuji bintang yang menonjol indah. Kegelapan di belakangnya kau hina..tak berupa. Sedangkan kegelapan yang bekerja untuk bintang kelihatan bersinar. Tanpa kegelapan tiada bintang. Walaupun ia wujud. Tak semua benda yang lihat tak elok itu tak ada gunanya.
Cuma kau yang perlu pandai menilai. Ingat tak ? “Jadi orang cerdik supaya dia tahu di mana bodohnya”. Kegelapan dan bintang. Sama juga gula dan garam. Berbeza rasanya. Ramai tak perasan, gula yang manis itu bahaya. Ya rasanya manis menyedapkan hingga asyik dan terus hanyut dalam kemanisan. Akan mendatangkan sakit bila berlebihan. Sedar sedar ada kencing manis dah. Dah terlambat. Sedangkan garam itu rasanya masin, masin dan menjengkelkan yang membuatkan kita tersedar. “eh garam”. Ya garam juga datangkan penyakit. Tapi mana ada orang ambil garam secara berlebihan.
Jadi hidup ni lebih baik sentiasa tersedar dari berterusan hanyut ke jalan punah. Tersedar disitu juga boleh membawa maksud seperti sentiasa berhati hati. tak payahlah handsome handsome, tinggi tinggi melangit sangat. Yang bawah bawah ni pun dah okay. Janji halal. Tak perlulah yang setiap pagi akan Tanya kau “ mana tali leher abang ?”. tak semengah mana pun. sama juga digembala “ katanya tanggalkan tali leher itu. cukuplah seharian digembala”- MALIQUE. Sama sajakan ? kerja juga apa pun. Janganlah memilih sangat. Yang rumah teres satu tingkat pun okay. Hormat orang tua. Ada usaha.
Memanglah tak ada harta sangat macam anak dato. Tak SENANG tapi setiap hari KENYANG. Bersyukurlah. . Orang kata, ada apa dengan harta kalau hidup tak tenang ? tapi kalau tak ada harta..hidup pun tak tenang juga. sebenarnya punca dia satu saja. Jauh dari tuhan hidup akan terasa sempit. Jauh lagi nak tenang. Apa apa pun jangan mengalah dengan hidup. Kejar apa yang kamu inginkan. Tak bermaksud harus berlari. Bila berlari, semakin laju semakin tinggi juga risiko untuk jatuh. Bisa saja berjalan mendapatkan sesuatu. Mana ada orang daki gunung berlari. Berjalan tapi tetap sampai bukan ? usah ribut ribut. Aku tak tahu berapa orang yang faham apa yang aku bebelkan di atas. kalau faham ambillah.
Abu: masa kami terperangkap dalam rumah tu. tiba tiba ada lipan sekor datang ke arah kami. Aku tak takut lipan. Kecil je. pijak pun m**i. Tapi yang datang ni lain macam. Hitam tapi badan dia kemerahan gitu. Macam arang kena bakar. Besar badan dia. dia punya kaki tu. besar dan panjang sama dengan anak jari tangan aku. kau bayanglah badan dia besar mana. Ali cepat cepat suruh aku bersila atas lantai. Lepas tu dia pegang lutut aku. dia letakkan tangan atas lutut. Mata terpejam. Aku tengok je apa dia buat. Lipan tadi makin dekat. Tapi bila sampai dekat kami. Dia berhenti. Lama dia berhenti. Lepas tu dia gerak balik. dia mengeliling kami. Macam tulah sampai ke sudah. Aku rasa yang dia tak boleh datang dekat. Aku rasa jelah. Sebab dia pusing macam tu je. seolah olah ada pendinding yang aku tak nampak. Tiba tiba ali batuk..d***h keluar sikit dekat hidung dia. dia tengok aku.
Abu: “ abu. ikut aku sekali. Bacalah apa apa pun. zikir ke. niat dalam hati. supaya Allah tolong kita”. Lepas ali cakap macam tu. aku ikut ajelah. Aku zikir. Aku pun tak sedar berapa lama. Aku buka mata bila ali tepuk kepala lutut aku. aku tengok lipan tu dah diam. “ maaf bukan niat menyakiti. Cuma menlindungi diri, kami sudah mahu balik. dan takkan datang lagi. bebaskanlah.. “ ali cakap macam tu. tapi aku tak tahu dekat sapa dia cakap. Tiba tiba lipan tadi bertukar jadi kepulan asap. Asap yang tebal. Lama kelamaan asap tu menghilang. Dan aku rasa mata aku dah terbuka. Kami dah nampak pintu keluar. Lepas aku keluar. Baru aku masuk kereta dan cuba masukkan cable cas dengan phone.
Abu: phone habis battery. Tapi aku rasa lain sangat. Sebab phone ali pun sama. Aku rasa something tak kenalah. Memang bukan kebetulan aku rasa. Lepas tu baru masuk miscall. Aku call kakak. Dia tak angkat. Aku call kau balik. dan terus aku ke hospital. Apa apa pun thank sekali lagi sebab tolong aku masa tu.
“knock knock”
Aku: boss.
Masak dah aku. masak masak.
BB: laporan dah siap ?
Aku: dah boss. Saya fikir kejap lagi baru nak kasi.
BB: takpa saya ambil sendiri.
Big boss masuk. Duduk sebelah abu.
BB: rokok ada ? sini sebatang!
Abu: niat betulnya nak minta rokok. Buat akal datang Tanya laporan siasatan. Siap nak ambil sendiri pula tu. sebelum sebelum ni tak pernah pun haha akai tu.
Aku, abu dan BB: HAHAHAHAHAHA….
BB: dah habis. Malas nak beli. Ini yang susah bila duduk dengan detektif. Semua dia boleh detect haha.
Abu: tengoklah sapa..
Aku: hahaha..buat kemaih.
Abu hulurkan rokok dan nyalakan sekali dekat big boss. Kami berborak borak bohong kejap dan terus ke restoran satu unit. Big boss belanja tanda menghargai anak anak buah dia yang cemerlang.
Rilek geng. Siapa sini ada bakat detektif. Mari pecahkan code. Kita main game sikit.
Detektif abu sedang mencari tiga orang saspek b***h. Tapi apa yang dia jumpa hanyalah satu petunjuk yang harus di pecahkan dulu.
Cari nama TERSEMBUNYI dibawah.
Q J W K M N U T K A Z X Y M Q
Q W J R T Y U I O P K L G F D M
M J K J I T G F V N X R C B L K L
K L M B V C X Z Q U Q T E G I U
M N I Q B U T R D G H J K U T L
Berikan jawapan _ _ _ _ _ _ serta keterangan penuh.
CLUE: TAK ADA. 26H. JUMPA DAN GANDAKAN.
Saspek kedua.
H Y T R U I K H B G A H J K J H
J Q T H R U V A H A I U N B C
U T H D I T B V H I 7 V S I Y Q
K L M B V C X Z Q U Q T E G I
M N I Q B U T R D G H J K U T
Berikan jawapan _ _ _ _ _ _ serta keterangan penuh.
CLUE: ADA. 26H. 20 5 18 2 1 12.
Saspek ketiga.
A R T U H G T K L M B T E R
Q E R T Y U O P B C X Z A W
S D F G H J K L P E U F D S A
Z X C B M T S J H T F S D A K
P K L U T W H F A G J J A S K
Berikan jawapan _ _ _ _ serta keterangan penuh.
CLUE: TAK ADA. 26H. 10 21 13 16 1 DAN 19 1 20 21 11 1 14. 20 5 18 2 1 12 JUGA.
TANGKAP DARI ATAS SAMPAI BAWAH. KALAU DEKAT ATAS TAK BOLEH. JANGAN HARAP NAK DAPAT YANG BAWAH. HERET MEREKA KE MUKA PENGADILAN. JANGAN BIARKAN MEREKA HIDUP SENANG DILUAR SANA. MAJISTRET MAC AMIN TENGAH TUNGGU NAK BICARA KES. NAMPAK SUSAH TAPI SANGAT KACANG.
Gerak lu geng. Selamat malam. Selamat pagi. Thank admin. Thank yang sudi baca dan komen. Terima kasih editor. Syabas kerana Berjaya menangkap pembunuh kepada sesiapa yang dapat pecahkan. Nanti naik pangkat huhu.
-Lepas abu pulang ke kampung untuk menghantar kakak. Dan kembali pulang dengan tanggungjawab dia untuk Negara. Kami ingatkan semua dah selesai. Tapi satu persatu pula perkara yang tak diingini berlaku..apakah yang terjadi ? apakah tiada kesudahan ? -( DENDAM )
-Mac amin.
Where have you been bro
rindu !! baru semalam baca balik semua penulisan kau . hahaha
Macam mana nak tengok balik semua penulisan dia? Ada keyword ke?
aku type je detektif D9 fiksyen shasha(google). berderet keluar cerita diaa ni.
Part ni memang aku tak boleh move on bro
‘ aku pergi tengok jenazah. Jenazah tu berpeluh peluh. First time m**i. Nervous kot kan ?’
hahaha, sejam aku baca baru habis
woi aku baca dari kul 10.44 sampai 13.31.. sambil2 wt keje la.. aku selalu tanya bapak gn laki aku pasal cite kau ni.. sebab both pon polis.. saja nak tahu betul ke tak..
mac amin nak siapkan report malas.
karang crita rajin pulak kau yeee..jubaker
hello abu
it took me one hour to read ok..bepinor mate.. yes incik mmg pandai berkata2..tp from the whole story here saya rasa incik ni perlukan kasih sayang.. hahaha.. gurau yg kasar… makan jiwa.mmg btul incik ckp benda yg benar.. tp kena fikir ati n prasaan org lain gak kan . rasanya ada awek t lembut sikit kot…keh keh keh…
fuhh, berzaman tgu cite dari detektif D9 ..
nice story bro… 5 ⭐⭐⭐⭐⭐
“Bila orang cakap. Kata nak berkongsi. Aku beli aiskrim sebatang. Aku panggil kau tengok aku makan. ”
– Suka sgt2 ayat ni. Kenyataan manusia sekarang.. Post kat laman sosial makan kat tempat hipster2, mahal2.. Atas alasan nak berkongsi.. Tapi sebenarnya riak dalam diri. Deep..
Good Job Writer!
wowowow..suka….
ya ampun panjang betul. ade beberapa part yg aku lost. hahaha.tp tetap best
panjang2 pun aku gagahkan diri juga membaca..seb baik best..8.9/10 bro.
8.9/10 eh..boleh baca ni..panjang sgt sampai somput den nk baca..hahaha
??? seb baek x bca satu napas.. Mau pengsan ko nnt..
Haha..kalo senapas baca mmg hebat ni?..dr petang td aku baca x abes2..esk la sambung..mlm2 x elok baca fiksyen shasha..?
Hek eleh.. Aku rileks je baca malam2..yg ptng tido nnt lmpu jgn tutup ?
uish..sejak aku termimpi fiksyen shasha aku da tobat x baca malam da..
kahkahkah..
cikbambam ko tak baca lg story yg gmbr rimau tu..sian aku sorang2 kat situ ..haha
haha..aku bz la arini singkong..x sempat aku nk ngular2..kahkah..
Sekali nama samala…, Memang suka bab2 n citer2 detektif ni bab pecah code tu dapat tau satu,
dapat tau xde bakat! sedih…
its took me almost 2 hours untuk fahamkan cerita ni. sambil2 imagine di tempat kejadian yang di ceritakan. nice storyyyyyyyy! now, tengah usaha nak pecahkan code tu. hahahah.
apa benda kuiz ko ni. hint dan arahan tak jelas la bro
akhirnya detektif d9 kembali… mmg dr awal aku lyn cite ko.. terbaik… hahaha.. aku harap ada lg pas nie…
good to see u 🙂
Writer yg mmg aku nantikan karyanya… Sampai baring2 aku baca…bngun cari kudap2..sambung balik…gi toilet,sambung balik sampai habis.
Aku puas bro…panjang pun xpe.terubat rindu!!
Terima kasih utk penulisan kau kali ni…bnyak yg aku belajar utk betulkan diri.ayat2 kau deep.
Aku doakan kau bertemu jodoh.amin
Teruskan menulis bro!
Huhuhu best sangat. . Bolrh hilang stress kat thesis bila fen baca story ni.. kipidap
Perghh juling mata baca,berpeluh2 sejam lebih bru abis.
sy doa jodoh awk dengan sy
Crite2 detektif D9 mmg menarik. X penah mengecewakan. ? But sometimes tertanya gak..crite2 Mac Amin real or rekaan? ? Ap2 pun salute sbb x pnah tertinggal utk selit nasihat. ?
Finally, my fav writer kembali. dari 8.00pm-10.03pm. Nice story. 15/10
Dari pkul 4ptg smpai 11mlm nak hbiskn citer nie..huhuhu..bnyak sngt gangguannye..mmg t’baik la..xrugi baca smpai hbis…tahniahhhh…
Baca sejam lebih baru habis.
Fuhhh memang terbaik!
penulisan kau memang terbaikla… panjang macam mana pun tetap best…
tq sebab share…
2 hari 2 mlm kakak gigih baca. best. thumbs up.
Terbaik..
Cerita penuh dengan elemen keseraman dan nasihat.
Seperti biasa MC Amin tidak menghampakan sesiapa.
Teruskan berkarya.Keluarkan novel sendiri.
Markah: 8/10
Almost to perfection
steady skot…. pagi ni boss kasi rest dalam opis dokumentasi dah siap…. gagah aku habiskan
cerita ni ….syiooookk ohhh
best..!!!
yg kuiz tu agak susah lah..yg sy dapat pecah kan kod no tu “10 21 13 16 1 DAN 19 1 20 21 11 1 14. 20 5 18 2 1 12 ” = JUMPA dan SATUKAN. TERBAL ???
yang cr nama tu agak pening la n x bpe nak paham..haha..
usaha tangga kejayaan. semoga Berjaya ..
Dasyat2, balik keje kang sambung lagi. Rehat setengah jam pon xhabis baca haha
aku baca 2 hari, sbb time kerja, kena curi2. takde curi sangat. aku baca time lunch hour. hahahah. boekkkk.
3 hari 3 malam aku cuba abeskan cite ni..
tp aku tak mampu..sebab nk smbg baca je mst lupe stop kt mana..
huhu
aku doakan penulis bertemu jodoh yg baik..
kalo nak ngn aku pun boleh..kahkah
#silakecam
Amboi komen ko ??? baca x abes tp nawaitu ko murni cikbambam
nawaitu tu yg penting..x abes baca blkg cite..hahaha
singkong ko tanak try ke?mana tau jodoh ko..hehe
ke ko ni lelaki?kahkah
hari ke3..habis gak membaca..nk dpt yg baik n betul allah bg ujian dulu..
Hahahahaaa leh jd novel of d year… gigih aku habiskn gk baca wpun ank2 tgh dok gaduh kt sblh aku ni hahahaha
Best best best… lama mhilang tp skali masuk citer klu best cmni xsia2 tunggu hahahahah
mok jadi teman hidup kmk sik? haha.. sikpa.. kmk trima jak mun ktk busy slalu.. sikda masa dgn kmk pun kmk sik ksah.. bru ada masa mok baca cita ktk. kipidap buddy! ain ka nama ya si mantan tu ari? nya bahagia sudah sama suami nya. ktk bila lagi mok bahagia dgn kmk? hahahahahaah
Haha sikmok caya ku. Semua dolok dolok masa awal mok dapatkan ati. Dah ku padah. Aku tok urangnya busy. Sikda banyak masa. Nya pulak padah sikpa. Nya boleh jak paham busy ya. Iboh samakan nya dengan urang lain lah apa lah. Last last,sama juak. Berubah hati. Padah nya ku sikda masa, sik berik perhatian. Habis aku tok? Cam na? Dah jatuh hati nya pulak larik. Merana idup rasa.
Dpd dulu aku baca cita hang pkataan ‘menanggis’ tak penah tukaq. Jenuh ‘menanggis’ aku baca. Huhuuu. Btw good story with a great message! Good luck in whatever you do ya tok bond! Looking forward for your next story. 🙂
bravo….demi D9 Mac amin katam cite ni pkol 3pg…best giler
Kisah ni,selepas kisah tak berjudul 1& 11 ye,sbb nye download app DETEKTIF D9 kat playstore just sampai episode tu sahaja.Best kisah2 ni,harap dapat siar kan lagi.ternanti2 sangat ni.kipidap boh
panjang betul cerita
Bestttt..
Mac amin, nak tanya la engko kan detektif. Engko siasat gak tak punca kebakaran yg terbaru ni? Budak budak tahfiz darul quran ittifaqiyah tu?
Bomba ada forensik mereka sendiri untuk siasat punca kebakaran. Itu kepakaran mereka. Dan bila di percayai ada unsur jenayah. Beri keterangan, maklumat dan sebagainya. Baru polis lanjutkan siasatan, tangkapan, dakwa. Dan setiap daerah masing masing ada ipd. Merekalah yang menyiasat.
Perit tunggu next stories.. kemanakah menghilang?? Dah rindu nii..
AKHIRNYAAAAA
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Salam Tuan,Lama sgt menyepi ni.. Huhu..
ada benda benda yang perlu di selesaikan terlebih dahulu. buat masa ni tawar nak menulis. nanti dah manis semula tulis lagi. banyak nak tulis tapi tengah tawar haha. in shaa Allah nanti kalau dah manis semula saya tulis : )
encik detektif, saya nk tahu yg pelakon wanita tuuu yg encik ckp ade benda tu.. sy habis pkir sape. hahhahaah sy cume nk tahu encik.. btw, sy suke cerita encik detektif.. 🙂
maaf saya kurang faham. boleh jelaskan lebih dalam sikit ?
haha… tu cerita mr M la.. silap org ni..
Terima kasih atas info yang di berikan haha taklah saya pening lagi memikirkan pasal artis mana saya mention ni sebab memang tak ada 😅
Mmmmmhhhhmmmpppppppp…mmmmm..cerittttttt… tuk.. pam…pamm……..pammm.
bunyi-bunyi macamni takdak tulis lagi ka mac amin?
rindu kah cam na ? haha
nice
boleh sdh buat novel…
dan.. ada ayat “palui” disitu hahahahah
mun paham bisai…
Bila nak buat cerita lagi? I’m re-read the same story sbb no matter how many times I read, still best. Haha.
#diehardfans
jenuh jugak la nak habis baca..tapi takpe…janji best..hihi
Panjang. Giler
Welcome back det! Stress xleh share
Jenuh dok pikir code number tu.. ade sesapa dpt x.. hahaha jem kple
Nasihat bagus dah nak cari suami tak payah handsome sangat tapi yang kita tu pana tengok pompuan ‘Ayu’, awat pulakkkk….
Anyway, cerita memang best. Semua macho. Rasa macam tengok ‘Bruce Willis’. Diehard…😉
woo.. best gile cite ni. veryy interestingg. haha ada part lawak, seram. keep it up tuan. semoga jumpa jodoh yang baik n till jannah. kami rakyat Malaysia sangat hargai jasa mereka yg sanggup berkorban demi negara. huhu ayat aku..
Pekena ayaq ketum sebotoi pun x mabuk camni woiii time baca 😆
dah boleh buat novel dah nie..
hahahahha
Fuhhh Akhirnye…panjang gillerzz! Dah bleh buat novel dohh! Btw nice story.. pengunaan ayat yg sagt sweet dan pandai berkata-kata! Tetoba rase cam jatuh cinta ngan ayu ehh… ahhhhahahhaha..
Best cite. Semlm baca baru rini habis. Hihi. Btw, keep countinue your writing.banyak kata2 yg menarik dan mendalam maksud tu.
Rasa macam teringin je nak kenal penulis ni.
Ya ALLAH sumpah best ! Thank you
Aku nak jadi khir boleh?
Rindu…..nak lagi, Mac Amin!
Gigih aku nak menghabiskan baca cerita ni..
Dari jam 1640 smpai 0105..ni nak pecah code pulak..
Bukan senang nak pecah code ikan kecik..lepas dapat anak ikan baru bole dapat tangkap jerung..
Cerita memang best..padat dan penuh mesej..
⭐⭐⭐⭐⭐
Dari awl bc kes farida dh agk dh laki dia yg mastermind.
Wahh… series best gila babas! maka dgn ini aku setel marathon smua story mc amin kt fs.
aku baca smua wei wlu xdrop komen kt smua entry ko. sbb xda idea dh nk tulis apa, komen2 org dh smpaikn dh apa aku nk kata. slain drpd aku sndri mmg spesis pemls, komen pon mls haha (mcm ko kesah). ni aku tulis pnjg2 ea..
mcm2 emosi baca story ko, byk pngajarn & inspirational. writing style terbaek. story pnjg gu ni puaih aih baca.. thanks for sharing! Moga Allah mudahkn urusan hidup & jodoh ko, Mc. Amin..
Bila2 free hantar la lg wei story ko kt sni.. ramai fans tggu ni wei,, aku slh sorg.😉
Best citer…mcm knl u….menyerupai seseorng yg saya knl…