Assalamualaikum semua, selamat datang ke fiksyenshasha, untuk selesakan diri semasa berkongsi cerita , aku ingin membahasakan diri ini sebagai aku, mudah sikit untuk difahami. Nama Aku Raudhah. Sebelum kongsi cerita, aku nak bagitahu bahawa aku ni ada kelebihan six senses (enam deria) maksud nya, aku boleh rasa, kadang-kadang boleh nampak, boleh dengar makhlus halus .
Kejadian ni bermula sejak aku berpindah ke Kedah, sebelum tu aku tinggal di kelantan. Sekolah yang aku belajar ni, salah satu sekolah agama di kedah ,sekolah aku yang ke-12 . Hihi..sebab Aku ni banyak pindah sekolah, bukan sebab disiplin eh, sebab lain(Tak nak nyatakan) . Kejadian ni berlaku 3 tahun lepas, time tu aku form 4.
Seperti yang Kita tahu, bulan puasa selalunya syaitan kena ikat, tapi apa yang aku nampak dengan mata aku ,aku sendiri tak boleh nak nafikan.
Masa tu bulan ramadhan, jadi kebanyakkan pelajar akan datang awal ke sekolah, begitu juga aku, aku akan ke sekolah lebih awal kerana ayah aku masuk kerja pukol 6.30 , jadi aku kena tumpang ayah aku. Jadi pada hari kejadian, aku smpai sekolah pukul 6.15 pagi , by the way asrama lelaki dalam kawasan sekolah, jadi pelajar aspura akan solat dekat surau sekolah. Masa aku sampai tu , budak aspura dah habis solat, jadi diorang balik asrama untuk tukar baju. Masa tu keadaan jadi sunyi sangat, aku selalu je pergi sekolah awal, tapi tak la rasa macam ni, rasa seram sejuk, rasa Ada orang perhati je, tapi aku sedapkan hati sendiri sebab bulan ramadhan Kan.
Ok lepastu , aku pun jalan lah pergi ke kelas, kelas aku tepi surau dan tepi surau tu jugak ada kolah untuk ambil wuduk, air kolah tu tak pernah tertutup, aku pun tak tahu kenapa . Seterusnya..aku pun dengan selamba bukak lampu koridor yang dekat tepi kelas aku tu, sebab gelap sangat kalau tak bukak, pintu kelas ku tu dia kena letak pad lock kalau tak pintu akan terbukak. Sampainya aku dekat depan pintu kelas, aku terdengar suatu bunyi, bunyi yang tak pernah aku dengar, bunyi benda mengalir, tapi bukan air kolah, lepas tu, bunyi tu aku tak tahu nak bagitahu macam mana, macam orang bercakap pon ada ,macam bunyi air melimpah pon ada, jadi aku dengan beraninya pergi lah jenguk dekat tempat kolah air , “ eh Tak de apa-apa Pon” .
Elok aku kembali ke pintu kelas, bunyi tu masih ada . Cermin sebelah pintu tu dah takde maksudnya dah pecah jadi boleh nampak la keadaan dalam kelas, jadi bila aku toleh je muka ke tingkap kelas tu, apa yang aku nampak ,ialah satu susuk tubuh seperti pelajar lelaki berpakaian sekolah warna putih, tak de kepala dan ada d***h keluar banyak sangat dari leher dia. Lepas aku tengok tu, aku terkejut tapi aku tunggu lagi sebab nak pastikan apa yang aku nampak tu betul. Dan benda tu tak bergerak, masih ada di situ, badannya menghadapi aku dan secara tiba-tiba pintu kelas aku bergegar seolah ada orang yang nak keluar, aku pun apa lagi, cabut lari lah..habis ketar satu badan aku.
Aku lari menuju ke surau, aku duduk dekat depan pintu surau, dan aku tunggu kawan-kawan aku yang lain datang sambil zikir dan baca ayat qursi sebab aku tak lah takut sangat dengan benda-benda macam ni sebab dari kecil aku boleh nampak, tapi Kali ni aku betul -betul takut sebab benda tu tak lari, selalunya dia akan lari dulu dan aku pulak buat selamba..haha
Oleh kerana, kerja sekolah aku tak siap lagi , aku pon beranikan diri untuk masuk ke kelas lagipun, kawan-kawan kelas aku, tak de pulak yang datang awal, selalunya Ciah(bukan nama sebenar) je yang datang awal pastu aku, tapi nak dijadikan cerita hari tu dia lambat sikit sebab ayah dia pergi masjid dan balik lewat , jadi aku pon jalan la pergi masuk kelas, elok di depan pintu kelas, aku dah siap-siap baca ayat qursi semua dah dan alhamdulillah tak de apa-apa, aku bukak semua suis lampu. Kelas aku tak la besar sangat, biasa-biasa ja, dan lepas tu aku letak beg.
Aku pun keluarkanlah kerja sekolah, dan siapkan ,bila dah siap , aku pun pergilah padam papan putih, sebab ada orang conteng , mungkin budak aspura yang study dekat situ kot semalam, elok aku tengah padan papan putih, aku nampak sesuatu dekat papan putih tu, ye la kan pantulan cahaya dari cahaya lampu kelas, boleh nampak bayang-bayang kelas, dan apa yang aku nampak sesuatu berpakaian putih, dekat meja si Ciah.. Aku ingatkan Ciah dah datang, jadi sambil aku habiskan padam papan putih sambil aku pun cakap “lambat hang mai hari ni” yang peliknya si Ciah ni tak jawab dan aku tak dengar pulak dia tarik kerusi, lepas tu aku terus pusingkan kepala untuk tengok dia and what? Tak de apa -apa? Mana Ciah? Apa yang aku nampak tadi, aku betul-betul ingat tadi tu tudung Ciah, apa lagi bila tengok-tengok tak de orang, aku pun pergi kat meja aku, aku ambil duit dan terus keluar dari kelas dan berlari ke dewan, sebab dekat situ selalu dah ada student tunggu untuk perhimpunan, pagi yang sama , dua Kali aku kena ganggu . Tak pernah lagi berlaku macam ni.
Rupanya Ciah datang lepas perhimpunan, lewat Kan? Dan bila aku balik rumah ,aku cerita dekat Ibu aku, dan Ibu kata ,mungkin Jin Islam kot, jadi cerita ni berakhir kat sini sahaja, terima kasih fiksyenshasha sebab sudi ambil cerita aku, sebagai bahan bacaan, aku tak kisah korang nak percaya ka tak,sebab bulan ramadhan kan. jadi aku faham, tapi aku just nak share je, pengalaman aku, banyak lagi tapi nantilah..hehe..ok lastly.. assalamualaikum,terima kasih…..
Hantar kisah anda : fikisyenshasha.com/submit
Aku pon ade jgak rse mcm ade yg perhatikan aq pdhal bulan puasa. So aq buat tak tau je
Bulan ramadhan yg di gari syaitan dan iblis. Bukan jin. Jangan confuse gais.
Bulan ramadhan ada je Jin .. Sebab pusat rawatan Islam masih mnerima pesakit yg kene rasuk .. So maksudnya jin tetap ada utk menganggu manusia .. Slalunya jin la yg menjelma jadi hantu
berani gila doe.
Macik aku pernah je pon nampak benda tu masa bulan Ramadhan,btw macik aku nurse so masa dya shift mlm dya nampak perempuan duduk ii kat kerusi hospital tu…teros lari mereton la dya..hahahaha 😂