Di sini Permulaan

Mungkin bermula disini. Aku haja, dari zaman kanak kanak hingga dewasa aku dapat merasakan kehadiran makhluk-makhluk ghaib ni. Dalam lingkungan umur ku lima atau enam tahun tika itu masih segar dalam ingatan ku, jelas penglihatan ku melihat satu susuk tubuh hitam yang besar dan mata merah,merah biji saga memandang arah ku. Ya,masa itu aku dan keluarga ku hendak pulang ke rumah kami dari kampung emak. Tika itu,kami hanya menaiki kereta kecil jenis dutson,dan waktu itu sudah pun lewat malam.

‘Aku duduk disebelah kiri kereta dan dibahagian penumpang belakang. Aku suka melihat ke arah luar tingkap. Dan posisi yang aku duduk disebelah kiri. Sepanjang pejalanan,dikiri kanan penuh dengan pokok getah pada masa itu,kini sudah tukar ke pokok kelapa sawit. Berhampiran dengan sebuah bukit,satu lembaga hitam berdiri dan tingginya lebih daripada tinggi pokok getah itu sedang memandang aku dengan biji mata yang merah semerah biji saga.

Mata aku tidak kalih dari memandang makhluk itu. Sesampai bukit tersebut,aku tidak lagi kelihatan makhluk itu lagi. Semenjak dari itulah aku sering terlihat kelibat-kelibat makhluk lain. Sering aku terlihat tika aku dirumah bersendirian,didalam bilik tidur aku dan paling kerang diruang tingkap dapur rumah. Setiap kali aku kedapur pada waktu malam,mesti aku dapat merasakan ada sepasang mata sedangmengintai dari celah-celah cermin tingkap.

Ada juga aku sampai menghendap balik keluar tingkap untuk memastikan benarkah ada orang sedang mengintai,namun tiada apa2 hanya lorongan yang kosong dan gelap saja dibelakang rumah emak.Dan masih aku ingat lagi masa itu. Sedang aku dengan adik aku lepak makan didapur,dalam kami bergurau gelak ketawa,aku dengan sengal sengaja mengusik adik aku dengan membuat bunyi bayi menangis sambil membasuh pinggan mangkuk yang aku guna untuk makan tadi.

Sedang basuh pinggan dan adik aku masih lagi makan dimeja, ada sekilas angin sejuk yang halus lalu dibelakang aku dan pada masa itu aku dan adik aku terdengar suara bayi menangis dengan tiba2. Hahaha..apa tunggu lagikan,cepat-cepat aku dengan adik aku lari masuk bilik. Sudahnya tak pepasal adik aku marah aku. Ye lah tengah-tengah malam aku pergi main2 buat bunyi suara bayi menangis,memang mendapatlah dia mai usik baliklah kat aku.

Setelah berKahwin,aku pun ikut suami aku duduk berasingan dengan family aku. Hal lain pula terjadi selepas berkahwin.Al-kisahnya dimana aku sering saja diganggu dengan kehadiran mereka dalam bentuk bayangan dan juga kelibat2 kecil. ‘Ada pernah semasa sedang aku bekerja,satu susuk tubuh anak kecil berlari lari dalam office aku. Dah la masa itu aku sendirian di office. Waktu pulang pula lewat lagi. Mahu tak mahu,aku kena bersabar dan buat2 tak nampak saja sehingga ia tidak lagi bermain lagi dihapan aku.

Setiap kali masuk office,segala doa dan surah aku baca sebab bimbang buka2 je pintu ada pula tukang menyambut kedatangan aku dengan wajahnya.’

Ada juga semasa waktu bercouple dengan suami aku ni. Dia bawalah aku pergi rumah maksu nya yang terlerak dikampung kati kuala kangsar. Rumah tu nampang usang dan tua,terus aku katakan pada dia.
“Abang,rumah ni dulu ada pakcik tua tinggal disini dan meninggal sendiriankan. Tak ada orang tahu sehingga ada saudara atau anak dia yang datang rumah ni nak jenguk dia kan?”

Terkedu suami aku mendengar. Dia terus tanya maksu dan paksu dia pasal yang aku bertanyakan tu. Tahu jawapan mereka? “ya,apa yang Haja tanyakan dan katakan itu memang benar sangat. Tapi macam mana dia tahu?”. Sehingga kini aku tak menjawab apa yang diorang soalkan. Biarlah hanya aku tahu.

Hingga kini aku masih berfikir adakah aku saja yang dapat melihat mahkluk berbadan besar itu. Dan tidak pernah lagi aku kongsikan pada keluarga aku. Sekiranya aku lalu dikawasan tersebut,pasti aku memandang kearah tempat tu. Tiada dan tidak pernah aku kelihatan makhluk itu lagi.

Alhamdulillah setelah aku mempunyai anak,aku tak lagi ada merasa kehadiran benda2 ini. Dan aku dapat hidup selesa walau tidak terlalu selesa. Ok setakat ini aku kongsikan. Semoga ada perubahan dalam penulisan kali ini. Sekiranya masih hambar,maafkan aku. Kerna aku bukanlah seorang penulis.

Haja

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

15 thoughts on “Di sini Permulaan”

  1. Dont try too hard. Boleh nampak dari gaya menulis yang Haja terlalu mencuba. Rilek je. Guna perkataan & aras bahasa yang mudah pun takpa.

    Reply
  2. Di sini bermulanya pertemuan yg terakhir kehilangan amat terasa di hatiiii..mungkinkahhh ini yg tertulis di tangan takdir ku terima perpisahan iniiiiiiiii…dulu kita satu jiwa satu impian susah senang kita bersama🎶🎶

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.