Di tahan wanita misteri tepi jalan

Hai smua followers FS. Di sini sy ingin kongsikan kisah yg kawan sy pernah alami. Kejadian ini berlaku semasa kawan saya (sy gelar sbg Wan) sdg memandu bsendirian d antara jalan kota belud-kota marudu sabah.

Menurut cerita Wan, dia melalui jalan tersebut sekitar jam 11 lebih(malam). Kebetulan pula semasa tu langsung tiada kenderaan lain lalu lalang d spanjang kawasan tersebut. Tiba2 ada seorang wanita yg sedang mendukung bayi menahan keretanya. Wan pun berhenti la kesian punya pasal tengok perempuan sendirian bdiri tepi jalan siap bwa anak kecil lagi tu tengah2 malam buta. Wan ada juga terlintas kalau2 perempuan tu mungkin bukan manusia. Tapi dia tengok penampilan perempuan tu
macam biasa saja, anak dibalut dengan kain sarung dan rupa dia pun mcm sedang dalam kesusahan.

Wan pun mberhentikan kereta dan membuka tingkap kereta. Wanita tu minta ditumpangkan ke kawasan kota marudu. Katanya suaminya meninggalkannya di tepi jalan semasa dia sedang mbuang air kecil. Wan pun baik hati tumpangkan la wanita tu.

Sepanjang perjalanan lancar saja mereka berbual seperti biasa cuma bayi tu langsung x berbunyi. Wan pun tidak mengesyaki apa-apa kerana cara wanita itu bercerita seperti tiada apa2 yg mencurigakan. Akhirnya wanita tu minta diberhentikan d satu kawasan gelap dan agak semak samun la pada pndangan wan. Wan hairan tapi dia tak ambil kesah, dah wanita tu cakap ada lorong kecil d kawasan sini utk access ke tmpat tinggal dia. Wan langsung x nmpk ada lorong, tapi dia anggap mungkin gelap pasal tu x nmpak. Wanita tu pun hulur not rm100 dekat si wan ni. C wan apa lagi, kebas saja la. Rezeki tu.

sampai di rumah, wan cerita la dekat bini dia tjumpa seorang prempuan ni tepi jalan dan dia tumpangkan sekali. Wan pun dengan gembira la nak menayang rm100 yg dia dapat dr wanita tu, seluk poket, ditangannya tiba2 ada bunga putih yg selalu di tanam d perkuburan tu. Laju dia baling bunga tu. Seluk lagi sekali
poket tu memang dah takda rm100 tu lagi. Bini dia pun gelabah dan demam smpai beberapa hari selepas malam kjadian tu.

sampai sekarang dia terfikir siapa /apa wanita yang menahannya di tepi jalan hari itu.
sekian

syana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.5]

4 thoughts on “Di tahan wanita misteri tepi jalan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.