Di Tegur Dalam Diam

Assalamualaikum. Hai semua pembaca fs. Ini kali pertama aku nak cerita nie. Taktahu la seram ke tak. Tapi nie pengalaman keluarga aku. Terjadi dekat kakak aku. Sebelum tu, terima kasih sebab siarkan cerita aku.

Okay, cerita dia macam nie. Dulu masa aku darjah 2 tak silap. Aku dengan keluarga tinggal di Ipoh. Dekat 1 taman perumahan nie. Aku tak ingat apa nama taman tu sebab selalu pindah. Cuma aku ingat kejadian yg terjadi.

Oh ya, taman perumahan aku nie dulu asalnya lombong. Haaaa kisah dia bermula macam nie. Ada 1 malam tu, jiran lorong rumah aku nie dia pandai berubat, time dia berubat tu dia boleh bertukar macam-macam. So malam tu ramai la pakat tengok dia berubah jadi harimau. Aku dgn kakak-kakak aku nie pergi rumah kawan. Nak melepak.

Kakak aku yg sulung aku panggil kak long, suruh kak ngah aku pergi kedai. Sebab dia nak masak dengan kawan. Konon nak tunjuk skill memasak la. Time tu pkol 8 lebih la. Kak ngah aku pergi kedai jalan kaki dengan kawan dia. Lalu dekat belakang rumah. Diorang nie pulak bukan tahu nak duduk diam. Tahu nak huhahuha. Dh settle pergi kedai, beli barang apa smua, diorg pun balik. Smpai rumah kawan aku tu, dia rasa dah rasa lain mcm.

Dalam pukul 11 mcm tu semua pakat dh balik rumah. Keesokan harinya, kak ngah aku nie tak boleh bangun. Menangis-nangis dalam bilik kata kaki takleh gerak. Lepas tu ayah aku pun tengok la, cakap kaki takde apa. Tapi kak ngah aku seboleh-boleh cakap kaki dia berat. Ayah aku tak fikir panjang nak angkat dia bawak gi hospital. Tapi bayangkan, nak angkat kak ngah aku tu kena panggil jiran 2,3 org sebab terlampau berat. Padahal kak ngah aku tu baru darjah 4, and badan kecik. Dah settle bawak masuk dalam kereta, pegi la hospital. Sampai hospital, doktor cakap takde sakit apa. Kurang air, kurang sayur. Tapi aku tgk kak ngah aku nie muka pucat gila. Dah settle masuk air. Bawak balik.

Dah smpai rumah still takleh jalan lagi, kak ngah aku cakap kaki dia berat sgt macam ada orang duduk. So ayah dengan mak aku buat keputusan nak bawak balik kampung. Berubat kat sana. Kami gerak daalm pkol 8 mlm mcm tu.

Suasana nak balik kampung tu rasa suram je. Padahal lalu ikut highway. Tapi entah, rasa ada yg ikut. Sampai je kt kmpung, arwah tok aku panggil org yg pandai berubat. Pakcik tu masuk je, dia tanya kak ngah aku, semalam pergi mana. Kamu pijak tempat orang. Orang tu marah. Lepas tu org tu baca ayat, urut kaki kak ngah aku.

Malam tu arwah tok aku mimpi, ada sorg sami nie datang jumpa dia.  Sami tu marah-marah, kata kak ngah aku nie langgar tempat dia. Sami tu cakap dia nak amik kak ngah aku. Arwah tok aku pun mintak maaf bagi pihak cucu dia. (Banyak lagi sami dgn arwah sembang tapi lupa)

Esok paginya, semua terkejut tgk kak ngah aku dah boleh jalan, siap naik basikal keliling rumah. Syukurlah xda apa-apa lepas tu.

So moral of the story, kita nak pergi mana mana kena beringat, bukan kita saja kat dunia nie.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *