Dia Ada Lagi!

Dia Ada Lagi!
Salam,

Cerita ini diceritakan kembali oleh ibuku. Kejadian sekitar 30 tahun yang lepas. Kisah benar di zaman tiada internet dan handphone. Kisah benar yang menjadi salah satu kenangan dan diceritakan kembali kepada anak cucu.

Aku di sini ialah ibuku.

Keperitan hidup menumpang di rumah saudara memberikan suamiku pushing factor untuk mencari tempat tinggal yang baru. Hanya sekadar bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah dgn anak seramai 5 orang tak melayakkan kami memiliki rumah sendiri. Aku tak sanggup membiarkan anak2 ku yang masih kecil berhimpit2 di rumah saudara, tak termasuk pandangan kurang senang mereka terhadap kami.

Setelah didesak olehku, suamiku berjaya mendapatkan kami sebuah rumah sewa. Murah. Satu bilik dan satu bilik air. Penempatan di kampung. Depan kedai runcit dan ada kedai ais kacang berdekatan rumah. Jiran-jiran okay. Anak-anak aku nampak happy. Kanak-kanak apa tau, asyik bermain sahaja. Suamiku seorang yang aktif berpolitik. Walaupun kerja biasa-biasa, tapi cita-cita tinggi. Hampir tiap-tiap malam dia akan hadiri mensyuarat. Aku yang tak berapa gemar dengan aktivitinya terpaksa pasrah.

Setelah beberapa bulan menetap di situ, Mak Jah, jiran selang dua rumah ada bertanya kepadaku,
“Awak ok ke duduk rumah tu?”
“okay… kenapa Mak Jah?” kerut dahiku.
“Oohhh… takde apa… dulu Mak Jah duduk situ. Tapi asyik sakit je,” sengih Mak Jah.
Malas aku nak layan statement tergantung Mak Jah. Aku just ignore.

Aktiviti petang aku ketika anak-anak keluar bermain adalah membersihkan sekitar kawasan rumah. Kali ni aku nekad membersihkan kawasan belakang rumah. Semak samun. Belakang rumah aku ada sedikit tanah laman belakang, kemudian ada longkang sederhana besar diikuti tanah belakang yang membukit luas ke belakang. Kawasan bukit tak dapat dilihat dengan jelas kerana diselaputi semak samun, pokok-pokok dan lalang tinggi. Aku membersihkan kawasan laman belakang rumah ku, membersihkan longkang tersumbat. Tin-tin kosong dan sampah sarap aku buang ke kawasan terbiar itu. “Janji belakang rumah aku ni clear,” getus hatiku.

Setelah kejadian aku membersihkan belakang rumah aku, bermula episod seram di rumahku. Seperti yang aku describe earlier, rumah sewaku ada satu bilik, tempat anak-anakku seramai empat orang beradu. Aku tidur di hall bersama anak bongsu umur lebih kurang tujuh bulan. Hall menghala straight ke dapur. So kalau tidur memang nampak dapur.

Malam tu anakku merengek nak susu. Suami masih tak pulang. Aku terpisat bangun nak buat susu. Dalam kegelapan malam diterangi samar lampu luar… aku nampak sesusuk tubuh di hujung dapur. Ish, apa tu? Aku memberanikan diri, melangkah setapak dua untuk lihat betul-betul. Di kejauhan aku nampak makhluk itu seperti mengengsot bergerak ke arahku. Barulah aku nampak dengan jelas… makhluk yang terbeliak cuma menampakkan mata putih, rambut panjang kembang dan kusut mencecah lantai… duduk bersimpuh memakai sari dan mula mengengsot laju ke arahku. Ya Allah! Aku pura-pura buat tak nampak. Aku terus petik suis lampu ruang tamu bagi terang, baring sambil baby peluk dan ubah posisi tidurku. Berpeluh-peluh aku sambil tunggang langgang membaca ayat-ayat Quran. Berasap-asap hati mengenangkan suamiku masih tak balik.

Aku ceritakan peristiwa itu pada suamiku keesokan harinya. Tiada respond. Katanya mainan perasaan. Kali ni berasap hidungku menahan geram.

Selang beberapa hari, around dua pagi, anak aku merengek nak susu. Aku husnozon since suamiku ada tidur di sebelah. Aku bangun dan melangkah ke dapur. Di sudut dapur, dalam keadaan samar-samar tu, aku nampak… “Dia ada lagi!” jerit hatiku. Aku nampak sekali lagi makhluk berpakaian sari. Sempat aku perhatikan wajahnya. Wajah hodoh dengan mata putih terbeliak. Dan sekali lagi, seperti dia menyedari aku nampak dia, dia mengengsot laju ke arahku dengan rambut panjang mengurai mencecah lantai dan pakaian sarinya. Aku sedar-sedar berada bawah selimut terketar menolak-nolak suamiku dengan harapan suami aku bangun. Aku goncang badan suamiku tapi tak terkeluar suara sebab ketakutan… masih suami aku tidur nyenyak. Dan aku tidur berpeluh-peluh dalam selimut sambil menyumpah-nyumpah, kenapalah laki aku tak bangun? Berasap-asap lagi hidung aku menahan marah!

Esok aku ceritakan pada suamiku dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh meyakinkannya dengan apa yang aku nampak semalam. Haish, masih tak ada perasaan! Katanya, itu cuma perasaanku. Nak gaduh pun tak guna. Aku pelik. Kenapa lately makhluk ni datang rumah aku?

Sejak peristiwa tu, aku cuba untuk sediakan susu di ruang tamu. Tak sanggup aku nak jumpa makhluk ngengsot tu malam-malam di dapur lagi. Pernah aku buat susu untuk anak di ruang tamu, aku rasakan seseorang memerhati di sudut dapur. Aku terpaksa acah berani, buat tak nampak. “Aku tak kacau kau, ko jangan kacau aku,” aku memberi amaran. Aku tak ada pilihan.

Selain kewujudan makhluk ngengsot, tidurku masih tak lena bilamana semenjak dua menjak ni ada bunyi burung yang menganggu tidurku. “Crittt! Crittt! Crittt!” nyaring. Kadang-kadang seperti burung itu terbang di sekeliling rumah. Aku selalu pastikan lubang-lubang di bahagian dapur disendal dengan kain sebelum tidur. Aku tak syak apa-apa. Kadang-kadang aku dengar bunyi burung yang nyaring dan bising tu meragas-ragas seperti nak masuk ke rumahku. Haish, geram pulak hati ni. Burung apa ni? Laki aku pulak masih belum pulang ke rumah.

Keesokan malamnya, suamiku ada di rumah. Burung tu masih berbunyi dengan nyaring. Aku cuit suamiku, “awak, awak dengar tak? Bunyi burung apa tu?”
“Shhhh…diam!” Kata suamiku sambil menutup mata.
“Ish, awak ni! Tu burung apa tu? Malam-malam bising!“
“Shhh… diamlah awak,” suami masih menyuruh aku diam sambil pura-pura menutup mata. Bengang pulak aku.

Keesokan harinya, aku tak puas hati, aku jumpa Mak Jah.
“Mak Jah, burung apa ek yang bising-bising tiap-tiap malam tu? Mak Jah dengar tak? Semenjak dua menjak ni nyaring sungguh bunyi burung… ganggu orang nak tidur!”
“Haish, kamu! Kamu nak tahu ke apa bendanya tu? Takkan kamu tak tahu?”
“Burung apa?”
“Itu bukan burung… itulah langsuir!”

Aku terbungkam. Tak terfikir dek akal aku yang benda aku dengari malam-malam tu rupanya makhluk tu. Buat pengetahuan pembaca, misteri gangguan-gangguan yang dialami ibuku terungkai bila kawasan semak belakang rumahku dibersihkan oleh pihak berwajib… dan nampak terang lagi jelas… belakang rumah yang selama ini aku duduki adalah kawasan jerat cina dan india. Hantu india tu marah agaknya sebab mak aku dengan senang hati ber-lalalala baling segala tin-tin kosong dan sampah sarap dekat kubur dia.

Since bukti kubur memukau pandangan di belakang rumah aku dah ada, bapaku kalah argument dengan mak aku. Tak tunggu lama, family aku cha-alif-but berpindah ke rumah lain.

Sekian dari aku. Menulis untuk pertama kali. Maafkan aku andaikata ada tersalah dan silap dalam penulisanku. Kredit buat ibuku yang kuat menahan segala dugaan dalam membesarkan kami dan mohon pembaca sedekahkan Al fatihah buat bapak kesayanganku. Hati kental dan penyabar. Kalau dapat sambutan baik, aku sambung cerita pengalaman bapakku bertemu panglima hitam berkuda tanpa kepala.
Assalammualaikum.
#Amy

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
Amy

205 thoughts on “Dia Ada Lagi!”

  1. 4th… sat lagi maira bagi rating ea..

    ** Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita 🙂

    ***try tengok ada yg kecam tak…kalau citer ni takde komen chitchat.. hahahaha

    Reply
  2. Macam tak puas pula nak baca tup-tup dah habis. Hihihi..

    Langsuir memang bunyi macam burung atau benda tu saja tak reti mengilai??

    8.2/10.. nanti post citer lagi ea Amy..

    Reply
  3. Bukan senang nak senang…
    Tak susah utk susah…
    Kdg2 ksesusahan buat kita lebih menghargai kesenangan yg bakal mendatang, dan lebih mematangkan kehidupan…

    Tapi kan…
    Org lelaki a.k.a suami ni kdg die punye tenang hati tu mmg bikin panas hati woooo…
    Die punye sedap tdo buat kita tak lena tdo…
    Alhamdulillah ar lepas dh sedar kewujudan jirat tu bapak terus carik umh lain kan…
    Kot buatnye die soh sabar lagi, mau x pepasal jd tanah perkuburan Islam plk kang tambah kat blkg umh tu…
    Hehehehhee…

    Reply
  4. “duduk bersimpuh memakai sari dan mula mengengsot laju ke arahku.” Hantu india ke?

    Kipidap writer! 7/10

    #Ok done komen pasal cerita hahahahahha

    **Admin! Please approve cite FAZ cepat tauuuuuuu! i know Faz dah hantar kawan psiko tu. hehehehehe

    Reply
  5. 1st time menulis tp cara penulisan senang nak faham & teratur..setori best..ade unsur lawak2 sikit membuatkan cikbambam nak teruskan membaca..ecehh..cm pengkomen bertauliah plk i ni..hahaha

    8/10

    **cikbambam komen pasal cerita je ni..admin jgn marah tauu..heee?

    Reply
  6. Alamak. one of my Sarawak friend cakap, atuk dia cerita, pontianak dia tak mengilai. Tapi
    #BUNYI BURUNG!

    *mcm betol je teori tu.

    Reply
  7. Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita 🙂
    Hantu cina tak kacau pulak? Gila tak seram sekali belakang rumah kubur ek

    Reply
  8. Cerita ibu awak memang menyeramkan.
    Cerita ditulis dengan baik, perenggan cantik, tanda baca yang bagus,
    6/10. kipidap

    Reply
  9. itulah krg padan muke aku dh kate jgn nk melalut selain dri citer ni kan admin pun dh ckp mcm tu . kahkah kesian sedih tgk .oklah citer ni faham jugak dan xmmbosankan

    Reply
  10. Ada pulak tu sambungan cerita panglima tanpa kepala.. mcm rekaan jer.. kalau panglima bibir pink aku percaya laa..harharhar..

    Reply
  11. Syukur la Admin da bagi reminder Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita 🙂 Diharapkan kaki sembang lebat boleh hentikan sembang melalut2 cari jodoh tu. Thanks Admin memahami jiwa halus Silent readers yang lain kerana sesungguhnya kami hanya mampu membaca dan jarang sekali nk join perbincangan yg x matang ni. SALUTE U ADMIN!

    Reply
  12. assalammualaikum semua

    pertama sekali Maira nak minta maaf sebab banyak sangat drop kmone entah apa-apa dekat citer ni

    Sumpah!!! bukan komen merenyam pun. Just nak belajar tulisan yg macam-macam tu

    kepada yg tak suka benda-benda merapu. Maafkan kami. Refleks luar kawalan semua tu.

    to ADMIN. truly, deeply, madly sorry & sorry

    Reply
  13. KIPIDAP ADMIN SBB DAH SOUND SAMPAH2 DARI MENGGEDIK KAT KOMEN NI.. PUNYA LA BANYAK CHAT MEDIUM DLM ALAM CYBER NI, KAT SINI JUGAK DIORANG MENSAMPAHKAN KEADAAN.. GELI BONTOT AKU BACA.. NI TEMPAT UMUM.. XYAH NK TERGEDIK2 SGT.. KALO MEREYAM SGT RS NAK CHAT SAMPAI TONGGANG TERBALIK, MEH AKU NAK AJAR CARA DIA IN CASE KALO KORANG TAK TAU.. CARA2NYA

    1) SALAH SORANG DR GENG GEDIK KUMPUL SEMUA NOFON AHLI2 GEDIK YG LAIN.

    2) PERGI KE APLIKASI WHATTSAP DAN CREATE GROUP (AKU CADANGKAN NAMA ‘KAMI GENG GEDIK’)

    3) ADD SEMUA NOMBOR2 GENG2 GEDIK KORANG TU.. TADAAAA!!!. MAKA TERHASILAH GROUP GEDIK KORANG TU.

    4) SEMBANG LA TERGEDIK2 KAT SITU, SEKOR MANUSIA PON XKAN AMIK PORT DGN KORANG.

    SELAMAT BERJAYA AKU UCAPKAN

    Reply
    • ko ni kejap pakai nama lain.kejap nama lain.kesian…nak perhatian eh.. ke teringin..
      ambik berat sangat pasal kitorang.
      siap buat proposal lagi.hahahah
      sila meninggal lah buat siapa yang komen di atas ni.

      Ikhlas dari Juri

      Reply
    • Menegur jangan sampai menghina dan menyakiti hati insan lain☝️?
      Niat untuk menegur adalah perkara yang baik,tetapi ada kalanya cara kita menegur itu salah dan bercanggah.Menegurlah seseorang dengan perkataan yang baik.Contohilah Rasulullah SAW yang sentiasa lembut dalam tutur kata dan nasihat serta teguran.Allahurabbi?
      Airish yakin mereka boleh berubah,bagi mereka sedikit masa?
      Lagipun Airish kesian tengok diorang,selalu kena maki.Janganlah buat diorang macam ni lagi,ya?
      Sebaiknya elakkan diri daripada komen perkara yang negatif dan mencaci maki.Bukankah di dalam Al-Quran dan hadis telah menjelaskan banyak perkara mengenai larangan untuk menyakiti hati orang lain?☝️?
      Mari kita renungkannya bersama.?
      Sahabat sekalian,janganlah menjadikan perilaku ini sebagai suatu kebiasaan.Berusahalah untuk elakkan diri daripada melakukannya?
      Fastabiqul khairat!

      Reply
  14. nenek kpd nek dlu duduk sorg je bila semua anak2 dia berhijrah ke bandar..malam2 nenek tu dengar bunyi harimau la, bunyi pontianak laaa…sbb kawasan uma nek tu dlu, kawasan laluan jepun….mlm2 nek tak berani nak ke dapur mahupon ke tandas….penah jugak jumpa emas n syiling lama kat tanah tu…syiling lama tu, nenek kpd nenek buat loket….sampai skrg masih ada….

    Reply
  15. cita best..ringkas…seram kenangkan hantu ngesot…huu…rupanya kubur kat belakang rumah…bab bunyi langsuir tu…kat ofis aku pun ada bunyi tu…ada org ckp ofis ni laluan makhluk halus…tu sebab kdg2 nampak mcm orang tp bukan orang lalu tembus dinding…huuu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.