‘Dia’ Ajak Naik Dorm Tingkat Atas

Aku selalu baca tentang kisah pengalaman masing -masing dan aku juga ada kisah yang aku alami sendiri ketika dibangku sekolah.Aku bersekolah di salah sebuah negeri di semenanjung malaysia.

Dulu aku tinggal di ibu kota dan ketika aku di tingkatan 4 ibu bapaku mendapat tawaran dinegeri tersebut. Disebabkan mereka perlu bekerja dari jam 4 pagi hingga lewat malam,jadi mereka meminta aku tinggal di asrama(walaupon aku memang taknak).demi keselamatan diri sendiri aku redha je..

hari pertama disekolah asrama tersebut dah buat aku takut..ada pelajar tingkatan 1 disorok dibawah tangga asrama..untuk pengetahuan semua sekolah aku ada pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.aku hanya diam seribu bahasa kerana masih blurr dengan suasana baru..

setiap hari aku antara yang terawal mandi sebab malas nk berebut..ada sekali tu..aku nampak benda melintas ketika aku lalu(macam cerita wayang bila kita lalu dia lalu tempat lain macam suruh ikot dia je)..sekolah asrama aku lain sikit..dua dorm berkongsi tandas dan tempat mandi..setiap dorm ada 10 orang.. Dan masa tu memang aku ikot dia sampai ke dorm sebelah..kawan aku mimi(bukan nama sebenar) kebetulan ada depan pintu dorm dia..dia sentuh aku terus aku sedar..dan aku blurr dan terus mandi..tu pengalaman pertama aku..waktu tingkatan 4 memang tiada masalah sehingga lah aku masuk tingkatan 5….

Actually aku tak dapat asrama untuk tahun tu tapi buat rayuan baru dapat dan aku ditempatkan di dorm atas sekali..untuk pengetahuan dorm atas sekali memang tak pernah dibuka untuk pelajar duduk di situ..tapi disebabkan blok lagi satu ada masalah air jadi kami terpaksa naik ke atas..

macam aku cakap dua dorm berkongsi tandas..dan untuk korang tahu dorm yang berfungsi hanya lah dorm aku dan dorm aku tu tak sampai 6 orang time masuk tu..aku pengawas asrama dan pada minggu pertama pelajar masuk awal tahun warden dan minta kami buat spotcek takot ada yang bawak barang terlarang(memang ramai pon).sebelum solat isyak disurau iaitu waktu prep kami diminta untuk pergi setiap dorm..dan setiap ketua dorm harus ada bila kami spotcek dan kami mintak semua kunci loker masing2..memang ramai yang kena..kebanyakan lupa nak bagi parents fon memasing..habis spotcek kami semua diminta makan malam dan terus ke surau untuk solat isyak..

Malam tu memang sunyi angin kuat sangat tapi aku biasa je la..lepas amik wuduk kawan dorm aku, sya(bukan nama sebenar) menangis..aku datang kat dia dan dia kata “aku nampak benda tu panggil aku naik atas”..dia kata dia tak nampak orang cuma nampak benda hitam je..nak bagitahu surau asrama aku berdepan dengan blok siswi memang boleh nampak ape je kat situ..aku tak jadi solat dah serabut dengan semua tu kawan aku panggil warden dan warden cakap dia takde pape stress sebab phone kena rampas..

aku diam je dan tak lama lepas tu junior aku tingkatan 2 pulak menangis..dia lemah semangat..habis je solat yang lain dah terkebil kebil masing masing takot..warden minta semua yang okay naik dorm duduk diam dalam dorm..yang ada kat surau hanya pengawas dan dua yang kena tadi je..kami tunggu ustaz datang pulihkan dorang..

Lega ingat dah selesai..on the way nak naik sorang pelajar junior nanges datang kat kami sambil tutup telinga “akak,kita tak tahan benda tu bisik kat kita suruh naik atas kita taknak takut”..aku dengan yang lain terdiam..dalam hati apehal pulak ni..kami bawak junior tersebut masuk kawasan siswi dan aku dengar alunan ayat al Quran di dataran kami..

rupanya semua ada kat bawah baca yaasiin..keadaan makin teruk..makin ramai yang kena gangguan..budak junior yang benda tu ajak naik atas tu dua pengawas dah jaga dia dan bisik ayatul qursi di telinga dia..

kawan aku siti(bukan nama sebenar) dia pon kena jugak..dia kena sebab dia ada saka jadi saka tu protect dia dari semua benda kat asrama tu(aku rasa)..lagi satu junior tingkatan 3(umi)..dia ni memang gelak je pandang kitorang sengih je bila tengok kitorang semua kalut uruskan masalah ni..bayangkan mata dia memang dah besar pastu dia tenung macam tu memang lagi seram la..kami panggil ustaz sekali lagi sebab warden perempuan tak habis habis cakap takde pape semua ni stress kena rampas fon..

Yang kawan aku siti ni tak habis habis main mata dengan umi..aku cakap kat siti “siti kau kuat aku kuat jangan risau kita lagi ramai dari dia kita boleh hadapi semua ni”..kau tahu ape siti balas? Dia kata”tak weh dia lagi ramai dari kita”.aku terus diam..

Kau bayangkan budak asrama perempuan waktu tu ada dalam 130 orang dan siti kata dorang lagi ramai?speechless terus aku nak bagi kata semangat..aku suruh siti duduk baca ape yang patut dan waktu tu umi ni bukak tudung dia dan kitorang ramai2 tahan dia..umi cuba main mata dengan kami yang pegang dia mungkin nk rasuk sekali dan aku sempat tampar junior aku sebab asyik pandang mata umi tu..

takut jugak dia yang kena..dan waktu tu ustaz datang terus umi diam pandang ustaz..ustaz tersebut pulihkan yang lain yang terkena tadi dan kami diminta balik ke dorm masing masing dan jangan keluar..semua termasuk pengawas dan yang ada hanya ustaz dan umi tu kat bawah..kami balik bilik kemas beg semua untuk kelas esok dan semua senyap tak bercakap pon termasuk aku..

dah habis kemas beg junior aku ajak kami semua tinjau ape ustaz buat kat bawah dengan umi tu..kami merangkak keluar dari dorm dan tinjau ke bawah..boleh pulak time tu angin kuat sangat terhempas pintu dorm tak memasal umi pandang kami kat atas..kelam kabut semua lari masuk balik terus kunci pintu..

malam tu aku tido dengan kawan aku sebab takut sangat..on the way nak tydo..aku dengan kawan aku dengar bunyi orang main palang besi kat tingkap..dari satu palang ke satu palang..katil aku ni kepala aku membelakangkan tingkap so memang dekat je lah bunyi tu..bunyi dia memang scary slow je pang..pang..pang..dari kepala aku sampai hujung nak ke tandas..lepas tu masing masing takot terus tutup dengan selimot dan tydo..untuk haritu memang berakhir..dan balik minggu tu mak aku cakap muka aku pucat sangat dan nampk penat..so aku dibawa untuk pulihkan semangat..ni kisah hostel nanti aku cerita kisah aku selepas kejadian ni berlaku..

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *