Dia bukan hantu… Dia kawan aku.

Assalamualaikum guys. Pertama sekali thanks admin publish cerita aku .Nama aku Hafiz (bukan nama sebenar). Benda yang aku nak ceritakan ni bukan lah cerita hantu sebab aku tak pernah anggap ‘benda’ ni hantu. Dia.. Kawan aku. (Maaf sebab cerita ni langsung tak seram)

Kita semua mesti ada kawan rapat dari sekolah rendah kan? Kawan pergi kantin, kawan pergi tandas, kawan ponteng puasa (hahaha aku memang budak nakal sekolah rendah dulu). Sama macam aku, aku ada seorang kawan, cukup korang kenal dia sebagai Paan. Dari sekolah rendah sampailah masuk ke sekolah menengah dialah sahabat aku susah senang dunia akhirat. Kitorang rapat sampailah kalau tiba tiba kitorang dua tak pergi kantin or surau sama sama member lain ingat kitorang gaduh. Tapi jangan risau kitorang bukan kunyit. Hahaha. Aku sayang dia.

Sampai lah naik tingkatan 4. Tahun kegelapan aku. Paan ni kawan yang baik, ada pendirian ada matlamat hidup dan aku sebaliknya. Dia selalu ingatkan aku pasal solat. Even perangai dia ni pun bukan baik mana macam jahanam juga sometime(hehe..) Tapi dia tak pernah tinggal solat. Dia minat math akaun dia ada cita cita nak jadi akauntan. Korang nak tahu aku ambil aliran akaun ni sebab dialah macam yang aku cakap aku ni berbeza dengan dia , aku tak ada arah tuju hidup. Kira aku ni ikut je dia. Okay dah dahlah tu aku puji kau sampai perenggan ketiga ni paan oi. Haha.

Hurm..

Satu subuh semasa cuti pertengahan tahun. Dapat satu mesej oleh sahabat kesayangan aku ni ajak sembahyang subuh kat surau. Dan ni penyesalan aku seumur hidup kerana aku tolak ajakan dia. Allahu. Mesej tu adalah mesej terakhir. Ajakan tu adalah ajakan terakhir oleh seorang sahabat. Dia accident masa perjalanan nak pergi surau. Meninggal di tempat kejadian. Sejak tu aku hilang pegangan hidup. Aku marahkan Tuhan. Aku kemurungan. Sakit tu aku tak boleh nak cerita melalui penulisan.

Buka cuti pertengahan tahun meja sebelah aku kosong. Semua kawan sekelas cuba bercakap dengan aku tapi aku membisu. Ada yang nak duduk tempat dia tapi aku tak bagi sampai akhir tahun aku tak bagi. Korang boleh bayang tak keadaan aku masa tu. Forever alone. Cuti akhir tahun pun datang aku tetap bersendiri. Aku pergi rumah keluarga paan aku minta maaf tanpa sebab. Aku masuk bilik dia. Then aku balik rumah. Dari hari tu, aku nampak dia. AKU NAMPAK DIA GUYS.

Korang faham tak perasaan jumpa kawan yang kau rindukan setengah mati tu? Aku mula mula takut juga sebab aku ingat dia hantu. Tapi dia yakin kan aku yang dia bukan. Dia tanya aku result akhir tahun okay tak. Dia suruh aku sembahyang. (Dah mati pun tak habis habis ingatkan pasal solat) dia tegur aku sebab aku marah Tuhan. Dia brainwash aku lah senang cerita. Semangat aku pun kian pulih. Sebab kawan aku dah kembali.

Naik tingkatan 5 aku bangkit bawa azam dia. Aku bawa cita cita dia. Aku dah ceria balik. Aku jadi dia. Ya. Aku jadi dia. Dalam diri aku ada diri dia? Come on guys mesti dah ingat aku gila. Haha aku berjaya spm pun sebab dia. Aku masuk matrik pun still dengan cita cita dia. Cuma degree aku tukar bidang aku tak ambil pun course accounting aku ambil financing. Sebab aku dah move on. Aku dah boleh terima kenyataan. Sebenarnya aku dah move on semenjak pertengahan tahun time form 5 tu sebab dia hilang. Dia tak muncul dah ! Di tinggalkan aku lagi. Sampai aku give up nak tunggu dia muncul jadi aku struggle belajar je. Btw kat degree ni lah aku dah mula berkawan balik. And cari sahabt lagi.

So kan aku dah cakap ni bukan cerita hantu. Dia mungkin datang nak sedarkan aku balik. Ingat tuhan. Ingatkan aku yang perjalanan hidup aku masih panjang. Terima kasih sebab sedarkan aku sahabat. Sampai sekarang dalam diri aku masih ada kau. Sebab sampai aku mati aku sayang kau. Berkaca mata ni menaip tak pasti sedih teringatkan member or sedih kena tulis tanpa shortform. Hehe gurau. Sayangi sahabat korang. Kalau ada yang sama mcm aku, aku doakan kau tabah. Sedekah fatihah banyak banyak. Okay thanks baca

Hafiz

Leave a Reply

6 Comments on "Dia bukan hantu… Dia kawan aku."

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Zaha

sahabat utk selama lama nya

Cotcot

menangis aku baca 😭😞

Caqlun

Sedih k…sedih…menangis aku baca..huhu T°T

Wan

Menangis aku baca…alfatihah buat paan…bertuah nye org yg di beri seorang sahabat seperti dalam cerita tak ternilai dunia ahirat

Hohoh

Ceritalah mcm mana saat mula2 arwah muncul balik tu.. mula2 dia tegur ko mcm mana.. tiba2 muncul dpn ko ke.. ketuk pintu ke.. terjaga dari tdo tau2 dia kat sebelah ke.. apa aktiviti korang buat.. mcm mana rupa dia.. mcm mana ko mengelak dari org tau ko tgh ckp dgn arwah terutamanya parents ko.. famili arwah tau x pasal arwah balik jumpa ko.. please please please cerita detail lg.. cerita ni best.. tp agak ringkas..

jem

betul tu.. bagi la detail masa jumpa balik jelmaan dia tu.. apa-apa pun bekaca jugalah mata aku baca kesah budak nie.. sedih wei.. tapi kelakar la, awal-awal lagi dah buat penafian bukan kunyit, kalau betul kunyit pun kami xkesah, kami nak baca kesah seram ko je.. huhuhu

wpDiscuz