Assalamualaikum geng. Haris Hensem disini.
Apa khabar korang semua?
Aku harap semua bebaik jela gamaknya.
Terima kasih bebanyak lah untuk korang yang mendoakan Adam, aku & Dahlia.
Buat korang yang belum pernah baca post aku sebelum ni.
Boleh la baca kalau nak
Kawan aku Adam part 1 : https://fiksyenshasha.com/kawan-aku-adam/
Kawan aku Adam part 2 : https://fiksyenshasha.com/kawan-aku-adam-part-2/
Kawan aku Adam part 3 : https://fiksyenshasha.com/kawan-aku-adam-part-akhir/
Kembalinya aku kat fs ni bukan dengan tangan kosong geng.
Kalau korang perasan kat hujung “Kawan aku adam part akhir” aku ada mention pasal Adam versi perempuan kan?
Ha ni aku nak cerita.
Tapi aku bagitau awal-awal yang cerita kalini langsung takde kena mengena tentang hantu ok kawan-kawan?
Jadi kalau korang mengharapkan kehadiran seakan bini-bini si Adam tu, sila skip sebab kes ni memang takde kena mengena dengan hantu, 100% pasal manusia yang perangai kalah hantu je.
Buat pengetahuan korang, lepas aku habis belajar dulu, aku terus dapat offer kerja dekat company yang aku intern tu.
Mungkin memang dah tertulis rezeki aku kat situ. Kerja situ pon best. Bos-bos osem, workmate sume bebaik.
Disebabkan aku ni jenis yang “terlebih friendly” bak kata squad ultraman bawang floor aku, maka ramai gak la yang kenal aku.
Sampai tahap kalau aku off day pun pakcik & makcik cleaner boleh tahu. Haha
Kenapa aku perlu mention yang ramai gak kenal aku? Salah tu kawan-kawan.. Aku bukan nak berlagak aku femes tapi cerita ni ada kene mengena dengan reputasi aku.
Floor aku awalnya kat tingkat 5 . Tapi atas sebab kerja, senang cerita muke aku ni memang akan bersepah pindah randah dari floor 5 sampai lah floor 2 (macam mana lah aku tak femes).
Dalam masa 7 bulan je, semua floor aku dah tapau.
Company aku kerja ni suka serap budak intern. Mungkin bebudak HR ni malas nak cari pekerja baru, tu yang main serap je.
Genap setahun aku kerja dekat situ, boss akhirnya bagi aku team.
Mungkin dia dah jemu tengok muka aku melepet kat segenap ruang syarikat dia ni.
Secara ringkasnya team yang aku join ni ada 9 orang.. (3 orang budak intern, 4 orang permanent iaitu Haris Hensem (aku) , Koo, Aqil & Hana. Tapi atas sebab tertentu, ada 2 orang lagi staff dept lain yang join team aku. Sarah & Alisha. Semua bukan nama sebenar).
Maka bersatu lah kami 9 otak dalam menjayakan project yang kami usahakan.
Kat company ni, aku paling rapat dengan sorang akak ni. Aku namakan kapten.
Kapten apa? Kapten segala bawang.
Ko tanya je gossip pasal apa-apa, sume dia tau.
Kenapa aku rapat dengan kapten bawang ni?
Sebab walaupun dia ni suka ambik tahu pasal size boxer orang lain tapi dia reti tapis la mana gossip yang boleh buat dosa kering, mana dosa yang kene simpan sorang-sorang.
Kapten ni jugak suka sound aku setepek kalau aku buat salah.
Makanya aku memang kenan betul dengan orang perangai macam ni. Tak bertopengkan syaiton.
Sebenarnya geng kes ni dah jadi lama.. tapi mungkin sebab aku tak terlalu ambik serious, maka kes ni berlarutan sampai lah lepas first pkp haritu.
Aku ni jenis orang yang peka bak kata mak aku.
Kalau pen aku orang alih seinci pon aku boleh tau.
Makanya, ni aku nak cerita perkara yang aku rasa pelik.
Aku tak tahan sejuk do, meja aku pulak dorang letak bebetul bawah aircond..
Jadi sweater memang dah jadi uniform kedua aku.
Setiap kali sebelum balik aku ada habit sangkut sweater aku kemas-kemas kat atas kerusi tapi cara aku sangkut tu lain sikit.
Makanya kalau orang duduk tempat aku ke apa ke aku boleh tau.
Banyak kali aku perasan bila aku datang kerja, barang aku macam beralih dari posisi asal yang aku tinggalkan.
Sweater aku pulak mesti mcm dah bertukar cara lipat lepastu bau lain macam.
Macam bau bunga jiran india aku guna buat sembahyang versi dorang tu.
Pelik, tapi memandangkan tempat aku ni memang kengkadang team aku guna untuk buat drawing, aku pejam mata jela.
Mungkin salah sorang teammate aku selalu pinjam sweater aku pergi dating diam-diam dengan achi cleaner. No hal.
Okay tu satu perkara pelik.
Perkara pelik kedua.
Kat floor aku ni ada 2 pantry.
Satu beso, satu kecik (yang kecik ni kat dalam office gak, yang beso kene keluar).
Disebabkan aku ni pemalas, aku selalu lepak kat pantry kecik je.
Tapi kat pantry kecik ni takde papercup kejadah tu suma, jadinya memang sesape nak guna pantry ni kene bawak cawan sendiri.
Maka boleh nampak lah bermacam jenis mug milo, batman, ju on dan seangkatan dengannya tersusun kat atas almari tu.. semuanya kepunyaan spesis pemalas nak jalan macam aku.
Part tu takde yang pelik.
Yang peliknya setiap kali aku nak break kat pantry, mesti nanti ada orang dah buat air guna cawan kedai RM2 aku.
Bila aku tanya sape yang buat, standard la kan.. sume tak mengaku.
Sekali dua, aku okay la boleh rilek.
Ni kalo dah tetiap hari, aku pon jadi bengkek.
Daripada membazir aunty cleaner buang, baik aku minum air kau. Ha padan muka. Sape suruh guna cawan aku, tau la cawan aku mahal. Cis.
Apa yang aku tak tahu kawan-kawan.. rupa-rupanya air tu memang khas di buat untuk aku.
Cuma aku je yang husnuzoon merangkap bebal tak paham-paham.
Macam mana aku tahu yang air tu memang untuk aku?
Okay macam ni cerita dia..
Masa tu aku baru je lepas balik Solat Jumaat.
Elok je aku lalu depan kedai buah seberang banggunan office aku ni tetibe Ahso kedai tu panggil aku.
Ahso : “Lengcai lengcai, lai lai”
Aku : “Ha kenapa aunty? saya takmau beli buah la ini hari”
Ahso : “Tak perlu beli la, you punya amoi sudah beli ma. Nah ini buah kasi ambik” Kata ahso sambil hulur kat aku tembikai susu dan jambu yang siap dah p****g dalam 2 bekas cawan plastik, yang paling aku suka. Aku pon blur. Celah mana pulak aunty ni kenal Dahlia? Tak kan la Dahlia datang tak inform aku dulu?
Aku : “Amoi mana aunty? Aunty jangan main-main eh. Saya mana ada amoi”
Ahso : “Aiya buat apa i mau main sama you.. itu amoi la, you punya amoi itu putih-putih itu dulu selalu pakai baju kurung. Now sudah tala pakai”
Puas aku cuba fikir sape pulak la yang aunty ni dok main petik je.
Masa tu aku fikir aunty ni salah orang gamaknya.
Dah semua lelaki datang beli buah kat kedai dia panggil lengcai, mungkin dia tersalah cam aku dengan lengcai lain la kot.
Tapi mak aku kata rezeki jangan ditolak.. Maka aku ambek je buah tu.
Tapi bila dah hampir tetiap minggu ahso tahan aku bagi buah ‘free’ yang dah dibayar oleh amoi dulu selalu pakai baju kurung, now tala pakai.
Aku pon tak sedap la tetiap minggu nak buat jahat.
Kemuncak dia bila akhirnya aku bukak mulut cakap kat Ahso yang dia salah orang, dia m**i-m**i cakap tak salah.
Siap kata ‘amoi’ tu sendiri tunjuk dia kat sape nak bagi buah tu.
Masa ni tetiba aku rasa tak sedap hati berserta riak sebab MUNGKIN ada “someone” dok suka aku dalam diam.
Secara tak langsung aku teringat air yang selalu dah siap tersedia dalam cawan aku.
Mungkin orang sama yang buat. ‘Amoi dulu selalu pakai baju kurung, now tala pakai’ dengan identiti yang aku pon tak tahu sape.
Tapi disebabkan aku dah ada Dahlia, aku punya riak tu pun tak tahan lama la.
Minggu seterusnya aku cakap kat Ahso tu yang kalau amoi tu beli, pesan kat dia suruh bagi aku sendiri. Kalau tak aku tak nak ambik.
Alhamdulillah lepas aku bagi ayat keramat macam tu, ahso dah tak tahan aku.
Tapi air masih hari-hari terhidang untuk aku. Yang tu aku minum je.
Okay habis. Tutup kes. Tak, tak tutup. Tu baru mukadimah kawan-kawan..
Masa kes buah tu jadi aku terlalu sibuk dengan kerja dan segala aspek kehidupan.
Jadi akhirnya setelah lebih kurang 3 bulan tak balik rumah mak pak, aku pun balik la ke Ipoh.
Tapi yang tak bestnya muka mak aku bila aku balik tu muncung sedepa geng, boleh sangkut hanger gamaknya.
Pandang aku pon tak nak, mungkin mak aku merajuk sebab anak hensem dia ni dah lama tak balik.. esok lusa aku bawak makan cendol okay la tu.
Sangkaan aku meleset bila muncung mak masih panjang dan pipi pon tak merah-merah walaupun bermangkuk-mangkuk cendol mak dah telan.
Sampailah masa tu aku tengah soal siasat adik aku pasal pakwe dia. Tetiba..
Adik- Ngah, kawan angah yang baru ni cantik jugak kan. Dah la cantik, asek belanja orang pulak tu.
Orang suka la akak baru ni.
Tapi Kak Dahlia pon orang suka gak..
Nape angah tak kawan dengan Kak Dahlia lagi?
Tak cite kat orang pun..
Mak marah tau angah tak kawan dengan Kak Dahlia dah. Tu yang merajuk tu.
Bertubi-tubi soalan aku dapat daripada adik aku yang buatkan aku tergamam sekejap.
M*ti-m*ti aku pertahankan diri tapi dalam masa yang sama adik aku tetap desak suruh aku mengaku aku dah ada makwe baru.
Last sekali dia tunjuk bukti berupa “account instagram” yang buat aku tergamam lagi sekali.
Mana taknya geng..
Account tu penuh dengan gambar aku!
Dah la semua gambar aku (kebanyakan macam gambar yang curik-curik ambik tapi ada gak gambar group dengan staff tempat kerja aku jadi aku syak ni budak company aku),
siap gambar zaman aku masa budak hingusan shuffle rambut senget-senget tepi pun ada!
Amende ni do.. Macam mana DIA boleh dapat sekali pakej gambar lama aku?
Tapi disebabkan dalam account tu takde satu pon gambar “awek” jadian aku, maka nak sedapkan hati aku yang dah mula gundah gulana aku pon saja la serkap jarang kata yang adik aku ni buat account palsu untuk prank aku, walaupun 99.9% diri aku tahu yang adik aku bukan jenis buat benda merepek ni.
Adik aku boleh je pura-pura ketawa dan berkata “PADAN MUKA KO TONGONG”.
Kalau adik aku buat macam tu nescaya aku boleh tutup kes dan tidur dengan aman malam tu.
Tapi si lembap ni boleh pula tunjuk bukti gambar-gambar dia pergi keluar bersama “awek” aku.
Member kemain gigih nak aku mengaku jugak aku dah beralih arah kepada orang lain.
Yang lebih memeranjatkan aku, muka perempuan dalam gambar tu…
Ye sekarang baru aku tahu identiti ‘Amoi dulu selalu pakai baju kurung, now tala pakai’.
Tapi aku tak boleh terima DIA ni disebalik hal ni.
Akhirnya bila aku dapat yakinkan adik aku yang aku masih berkawan dengan Dahlia dan dia ni sekadar kawan sepejabat aku, adik aku punya lah terkejut penyu.
Mana taknya, adik aku kata setiap kali dia bawak adik aku keluar dari hostel mesti dia belanja semua benda.
Dari makanan, pakaian, semua lah.
Dia siap ada datang rumah jumpa mak pak aku beberapa kali, volunteer hantar adik aku balik rumah time weekend.
Adik aku kata setiap kali diorang keluar, mesti dia akan bercerita pasal “kitorang” kat adik aku.
Dari awal perkenalan kitorang, sampailah kitorang “berpasangan” (berpasangan angguk kau..)
Lepas tu kadang-kadang dia tunjuk gambar-gambar aku tengah buat kerja kat office, gambar aku dengan kawan-kawan.
Pendek kata memang betul-betul macam awek aku la.
Sebab tu la dia m*ti-m*ti ingat aku dah tak kawan dengan Dahlia dan ada awek baru.
Adik aku kata dia pun pelik jugak asal DIA tak pernah tunjuk satu pun gambar aku dengan DIA.. Kalau ade pun mesti berkumpulan.
Tapi disebabkan DIA ni kemain baik dengan adik aku, maka adik aku pun tak fikir sangat.
Elok je kami tengah bercerita pasal DIA, tetiba adik aku terdiam pandang kat aku dengam muka cuak sambil tunjuk fon dia yang bertalu-talu wassap masuk dari “Gf baru abang” (macam harey je adik aku save nama dia)
Aku apa lagi, rampas fon adik aku dan baca
DIA- Salam adik, abang dah sampai rumah ibu ayah ke?
DIA- Akak whatsapp dia tak reply pun..
DIA- Risau pulak akak.. Huhu..
Dia- Nanti abang dah sampai, adik tolong buatkan dia air neslo tau. Mesti dia penat drive jauh..
Dia- Adik tolong akak k.. nanti akak belanja Mykori.. Tenkiu adikku yang comel.. (berserta emoji sengih mata love-love kejadah)
Aku telan air liur je baca. Peh… kemain caring habis “awek” jadian aku ni eh.(Buat beberapa saat, aku hampir lupa pasal Dahlia. Haha)
Aku saja scroll atas nak check dah berapa lama adik aku ni berhubung dengan awek jadian aku.
Hasil dia hampir buat aku kojol geng..
Mana taknya, hampir setengah tahun rupanya adik aku dah kenal dia ni.
Selidik punya selidik, adik aku pecah tembelang yang sebelum ni dia yang follow adik aku kat Instagram dulu perkenalkan diri dia sebagai “awek baru” aku.
Adik aku yang tak tahu menahu ni pun percaya je cakap dia sebab memang dia nampak mcm awek aku, dengan gambar aku melambak dalam ig dia, selalu buat story pasal aku semua. Memang betul-betul macam awek aku la senang cerita.
“Kawan-kawan” DIA pun rajin je komen kat gambar-gambar aku.
Hampir tercabut otak aku bila cuba hadam semua benda.
Adik aku pon dah takut nak reply wassap dia lepas tau benda sebenar.
Akhirnya pikir punya pikir aku pon call Dahlia, aku cerita pasal benda ni kat dia.
Mana boleh aku sorang je semak otak.
Aku buntu gila sebab DIA dah libatkan family aku sekali dalam khayalan DIA.
Tak memasal member dah ngamsui gegila dengan adik aku.
Adik aku pon dah termakan budi dia, tak ke serabut kalau korang kat tempat aku ?
Malam tu aku tak boleh tidur do dok fikir pasal DIA ni.
Serious aku tak pernah dan tak kan pernah sangka yang DIA akan buat benda macam ni.
Muka DIA bapak innocent do kawan-kawan..
Yang lebih menakutkan aku, adik aku kata DIA macam tahu pasal semua kisah hidup aku do.
Masa kecik-kecik aku selalu ponteng ngaji nyorok dalam tandas masjid,
habit tarik hidung kuat-kuat dalam diam bila aku takut (yang ni sumpah aku tak pernah cerita kat sesapa sebelum ni termasuk Dahlia),
masa sekolah menengah aku pernah bagi coklat expired kat cikgu kelas aku..
senang cerita semua benda yang selama ni aku tak pernah share dengan sesape (melainkan orang yang terlibat) semua dia tahu la!
Masa ni aku rasa macam semua buku amal jahat aku selama ni dah kantoi terdedah untuk tontonan umum.
Dah tak terkesahnya aku dekat bini Adam kalau dia datang kacau aku malam tu.
Silap haribulan aku ajak dia duduk perah otak macam mana nak deal dengan spesis hantu jadian ni.
Esoknya Adam kebetulan memang dah plan nak datang rumah aku tolong aku dengan bapak buat gazebo, jadi selaku orang yang berpengalaman ada bini yang tidak diingini aku pun mintak la nasihat dia walaupun bini dia tu jembalang (sebab Dahlia tak menolong. Member ingat aku saja buat cerita nak tengok dia jeles ke tak. Waklu..)
Adam ni bagus, dia suruh aku buat macam biasa je dulu.
Adik aku pon dia suruh buat macam tak tahu pasal permainan DIA ni.
Adam kata kalau aku terus “confront” DIA, takut DIA makin menggila sebab kitorang pon tak tahu perkara sebenar, samada dia sekadar “stalker” aku yang kuat berkhayal ataupun DIA ni spesis stalker berbahaya.
Orang macam ni kita kene perhati dulu cara dia sebelum ambik “next step” kata si Adam (member dah terer bab-bab ni sebab dia pun pernah hidup ala-ala zomba kan sebelum ni).
Makanya selaku abang yang osem lagi baik dan hensem, aku pun suruh jela adik aku bertenang dan buat macam biasa dengan DIA.
“Takpe dik, ko jangan risau, abang ada. I got your back, ko lek je dik. Dia macam-macam abang sebat dia guna raket letrik lalat tu, ko lek dik” tu la ayat aku bagi kat adik aku yang buat dia menangis. Terharu agaknya..
Bila aku dah masuk kerja balik korang tak tahu bertapa susahnya aku nak acah macam biasa dengan si DIA tu.
Nampak muka dia je dah cukup buat aku rasa nak tukar team.
Yang tak boleh blanya DIA memang macam muka budak tak buat salah langsung.
Siap boleh ajak aku join DIA dengan budak team aku main bowling lagi.
Aku tak tahu la sape yang stalk sape sekarang sebab lepas aku tahu pasal DIA, aku sentiasa rasa tak selamat kalau DIA takde dalam pemandangan aku.
Aku akan sentiasa perhatikan DIA baru aku rasa hidup aku selamat.
Kalau DIA hilang aku dah mula gelabah.
Ada la dalam beberapa hari macam tu aku tak senang duduk kat opis ni.
Tapi aku tak sangka pulak rupanya semua tindak tanduk aku diperhatikan Kapten dalam diam.
Habis je kerja hari Jumaat tu tetiba Kapten ajak aku lepak mamak, lama dah tak lepak dengan aku katanya.
Aku pon ikut jela, dapat gak aku “distract” diri aku ni daripada asek terpikir pasal DIA.
Masa lepak tu kitorang borak-borak kosong je sampailah tetibe kapten tanya asal dia perasan aku asek perhatikan si DIA tu.
Pikir punya pikir, memandangkan aku percaya kapten ni aku pun cerita la kat kapten yang DIA tipu family aku kata aku pakwe dia bagai (tapi pasal Acc Ig tu aku tak cerita la).
Aku ingatkan kapten bawang ni akan kemain terkejut la bila aku bagitahu dia perkara yang sebenar,
sekali member boleh geleng kepala dengan tenang je. Tak terkejut langsung.
Kapten- Sebenarnya kan Ris, dah lama dah akak ade benda nak bagitau ko.. Tapi akak tak tahu cemana nak mulakan.
Aku- Amende do? ko dah tau ke pasal budak ni kak??
Kapten- Tak sebenarnya.. Ko tau kan Alisha dengan Kak Qis (dept lain) duduk menyewa dengan si DIA tu?
Aku- Oh eh? manela aku tau kak. Ni baru tau la bila ko bagitau.
Kapten- Ah ko sume tak tau. Macam ni.. Kak Qis pernah cakap kat akak, masa dia OT haritu dia turun floor kita nak ajak si DIA pergi makan kejap sebab dia perasan kete si DIA tu ada lagi kat parking. Sekali bila sampai office, dia nampak budak tu tengah duduk kat meja ko sambil pakai baju sejuk ko siap peluk-peluk lagi. Pastu dia macam tengah bersembang sensorang tau.
Aku- Dia sejuk kot. Pastu tengah gayut dengan pakwe ke. Mana nak tau.. (Kapten bagi aku muka toya je bila dengar aku cakap macam tu. haha)
Kapten- Otak ko la senget. Kalo dia tak mengaku gepren ko, boleh la kita guna pakai alasan ko tu. Ni dah terang-terang dia syok kat ko bongok.
Aku- HAHAHA okok sori kak.
Kapten- Pastu, bukan tu je Ris. Akak pernah nampak depan mata akak sendiri dia pegang-pegang cawan ko sambil cakap sorang-sorang dik. Siap di cium cawan ko tu ha! Ha kali ni ko nak bagi alasan apa lagi ngok?
Tertelan air liur aku bila dengar kapten bancuh aku.
Marah bebeno nampaknya.
Serta merta mencanak segala bulu kat badan aku ni kawan-kawan bila aku terbayang DIA buat macam tu..
Masa ni baru la aku dapat tangkap asal kapten ni penah tetibe je sound aku dulu..
Time tu aku tengah betulkan laptop si kapten ni.
Pastu tetiba je dia cakap macam ni
Kapten : “Haris… ko dengan Dahlia gepren ko tu… okay ke?”
Aku : “Alhamdulillah okay je. Asal do tetibe tanya kak?”
Kapten: Ooo.. tak akak tanye je.. erm.. ko jaga Dahlia tu baik-baik tau Haris. Akak tau ko memang peramah.. tapi kalau boleh, ko jangan friendly sangat dengan semua orang”
Tu lah “first random warning” yang aku pernah dapat dari kapten membuatkan aku petak.
Rupanya dia nak bagi hint pasal si DIA ni.
Takut aku do sebab selama ni DIA memang nampak sangat baik dan normal.
Jenis-jenis budak perempuan yang selalu lepak library gelak pun tutup mulut hihihi gitu.
Tak aku sangka DIA boleh jadi macam ni.
Aku cuba jugak fikir apa yang aku ada buat sampai DIA macam suka sangat gayanya kat aku, tapi aku tak dapat tangkap.
Itu baru cerita yang aku dapat dari Kapten.
Yang aku dapat daripada Alisha lagi lah tak boleh nak dihadam akal fikiran aku yang tak berapa nak cetek ni..
Sampai sini dulu aku cerita. Kalau aku rasa ‘line clear’ daripada DIA, aku sambung.
Salam.
-HARIS HENSEM-
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Tu lah kau ngaku hensem sgt dah ada secret admirer. Cpt sambung k
Jgn lupa sambung hehe cambest la
Sambung cepat. Aku tekan 10/10 30 kali. Bestttttt ππ»ππ»ππ»
Aku igt kt Fiksyen Shasha je ko ad pmnt ris. Reality pn ada ekk?
Helok benar agknya la kan muka ko ni?
π€π€π€π€
Terhibur aku baca cerita hang niππππ
Abang haris nk ig boleh?
Hensem pun susah tak hensem pun susah.. Ish ish ish
Haris mari dohh gaiss. Citer dk pernoh dk bosan. Kalu boleh cepat sikit smbung part 2
Berani mnum air yg dh siap n mkn buah yg dia blnje..buat si DIA jampi ker bru tau..hihi..mmg rzeki jgn d tolok..tpi kena wspada dgn mknan org bg free..bnda mcm ni bila2 msa blh kena kt dia..mjur dia x sihir bg pgasih kt dia..klu x slalu ingt si DIA jer..ingt jgn suka2 mkn or mnum org bg free…bringt sblm kena…nk tnya agk2 dia bca x aku tlis..m**i klu dia tau aku tulis mcm ni..mnta maaf si DIA..sy x brmksud ckp mcm tu..cuma nk nasihat klu suka ssorg bdoa la kt Allah sm0ga d tunaikn sgala hajat n hasrat awk…jgn mrh sy ea…
Hazri – Haha mana la aku tau bro. Lepas ni kena kurang puji diri sendiri la gamaknye.
Payuk – Ye aku tengah sambung ni bro. Tunggu masa sesuai nak submit. Ko sabo jap haha
Volkswagen – Pehh sampai 30 kali ko vote eh? Mekasih bro, terharu aku. Sebagai balasan.. Ko nak kenal dengan DIA tak? HAHAHAπ
Powerpuffgirl – Idok le helok bebeno muke teman..Tapi boleh la buat ko termimpi-mimpi seminggu. HAHAHA punah π
You – Alhamdulillah
Omo2 – Sori la dik atas faktor keselamatan, abang tak boleh dan tak kan share acc social media. Kat komen fiksyen shasha ni je la abang reply. Lain-lain takde. Sori ye
Ida – Takde ape yang senang dalam dunia ni kak
Human – Kau seronok la bace bro. Aku yang menghadap ni nasib baik belum kojol je woi π
Alamak …terputus pulak dah ha …
cerita best do ….terus sambung . kalau boleh 5-6 page pon tak per …
Haris punya pasal …
Wah Adam pon dah berubah sepenuhnya ya …
Hebat ….
Moga Adam terus istiqamah …
Sambung lekaih Haris oii..syok baca cerita hang..dari cerita Adam sampai yang ni semua aku suka baca…ayat santai senang paham..lawak dalam takut..taktau nak takut ka nak gelak..hahaha
Halah halah Haris2..terbayangkan muka mcm Remy Ishak pulak dlm drama TV3 tu..cepat sambung cerita ok, x sabar nak tau siapa DIA tu..
hishh ko kan suka tau buat suspen gini. org tgh syok2 baca, ko to be continue plak.
Part 2 !!!!
ris bley bagi tip macam mne ko tackle dahlia dgn awek psiko?
Mcm snang sngt ko ni dpat awekk
ajar lh siket.
Lgi 1. Fb/insta/wechat ko ape broo?
lepasnih ko basuh dulu cawan 2hengget ko duyaiii seram Dia
Best ππ»ππ» cepat2 tau sambung x sabar tunggu
Tak hensem mane …tp cite ni henseeemmmm . . smbg k
Sila sambung cepat,tak sabar nk baca
kawen ngan aku je la haris π
Sambungggg cepattt
Untunglaa hensem..hahahaaahhah
Adui bedekah aqu pukul 2.49 pgi bang hensemππ
Lamanauuuu kau nk sambung, cpt sikit sambung aku x sbar dah nk baca part 2π
ala bila nak sambung ni.. lama dh tunggu, tahun dh berganti ni HAHAHA..
Best sangat cerita bang haris ni , bila nak buat part 2 , sekarang dah tahun 2021 lagipun best lah cerita bang haris
HARIS TOLONG LA SAMBUNG CITE KO CEPAT DIK OIIIIII. LAMA DA AKU TUNGGUUUUUUU