Dia Cuma Nak Berkawan

Assalamualaikum warga fs, ni kali kedua aku share story ni, aku selalu baca story kat fs ni time memalam kononnya nak ambil feel, lepastu tak boleh tido walaupun cerita kadang takdelah seram mana,tapi sebab aku penakut sikit kot! Haha.

Jadi harini aku nak share pasal apa yang family dan aku kena. Terima kasih admin. Kat sini ada lima story aku nak share. Maaf kalau agak bosan sebab berjela-jela . Boleh skip-skip. Kan ada banyak version. hehe

Cerita 1 : maktok aku orang kedah tapi dari kecil memang duduk penang (pulau) ada orang bela, kalau tak silap mak tokwan aku ambil bela (suami dia sekarang). Waktu umur dia 12 tahun diorang disatukan, dan berpindah. Tak pi jauh pun, still dalam pulau

. Orang dulu-dulu bukan macam sekarang, duduk rumah papan je,dan maktok & tokwan aku dulu buat rumah atas kubur. Aku pun taktau kenapa pilih dekat kubur, tak tanya pula. Nak dijadikan cerita dari zaman maktok aku muda sampai sekarang aku dah 21 tahun, aku duduk dekat kawasan yang sama, Cuma tapak rumah yang berpindah-pindah tempat.

Maktok aku cakap, turun ja tangga rumah, terus jumpa kubur. Kubur ni atas bukit. jadi rumah maktok aku ni atas bukitlah, Jadi kalau nak ke pekan, ke pasar, kena lalu kubur dulu baru boleh turun tangga lepastu jalan kaki pergi pasar semua tu, ye lah dulu mana mampu nak ada kereta, sekadar basikal satu mampu lah.

Kat atas tuu bukan rumah maktok aku je, ada dalam empat biji rumah, semuanya adik beradik terdekat 😀 kalau setiap malam, bumbung kena cakar.. dengar periuk belanga jatuh, tingkap buka tutup padahal takde angina, bunyi orang menangis, mengilai, semua tu dah biasa bagi orang yang duduk kat situ.

Kalau ternampak tu memang bertuah lah lagipun Memang kawasan dia pun.
Cerita 2 : lepas tu rumah atas bukit tu kerajaan nak bagi pecah, jadi pindah rumah flat. Tak duduk lama pun sebab tokwan aku ni nelayan mesti nak kena dekat dengan lautkan, rumah atas bukit tu dulu dekat dengan laut, turun tangga, lintas jalan sampai dah tepi laut.

Jadi tokwan aku buat rumah pulak dekat tepi laut. Lama jugak lah duduk situ, rumah baru maktok aku ni cantik, besar, siap ada beranda yang besar. Mak aku anak kedua dalam keluarga, jadi lepas kahwin diorang buat rumah sebelah rumah maktok aku. Senang kalau apa-apakan.tapi kawasan rumah aku ni sedikit seram lah, dari jalan besar kena turun tangga baru jumpa rumah aku. kanan tangga belukar, kiri tanaman maktok aku, segala pokok pisang, nenas, pokok bunga semua dia tanam. Tapi bila siang kawasan tu cantik sebab maktok aku jaga, Cuma malam seram sikit sebab gelap takda lampu.

Jadi waktu aku kecik, aku suka pi main tepi laut, dekat gigi air tu, main panjat batu,batu yang besar-besar yang ada dekat tepi laut tu, biasalah buaskan. Lepastu aku selalu balik waktu maghrib. Satu hari tu aku selalu meracau, siap bersilat lagi (yang ni aku tak ingat sama ada mak aku atau maktok aku yang cerita dekat aku) cakap sesorang tu ofcourse.

Bawa pergi berubat, katanya hantu 7 beradik suka aku. Hm aku tak pasti hantu apa, aku rasa dia satu family yang ada 7 adik-beradik lah kot. Sebabnya aku suka main dekat dengan batu dan balik waktu maghrib. Sejak lepastu , Alhamdulillah aku dah okay. Pernah jugak satu malam tu, aku nak pi rumah maktok, sampai dekat pintu dapur rumah maktok, pintu berkunci (pintu dapur jalan shortcut antara rumah aku dengan rumah maktok aku) dan waktu tu aku terpandang dari jauh aku nampak benda kecil menyerupai toyol, datang dari arah pantai, makin lama makin dekat. laju, tah aku tak reti nak cerita sekilat petir gitu kot!

Waktu tu kecik lagi, aku reti jerit jelah panggil mak aku. mak aku pulak tak dengar, tapi time jerit tu benda tu hilang, err apa lagi balik menangis lah aku, bila cerita kat mak aku, dia tak percaya. Mak aku Cuma pujuk aku je time tu.

Cerita 3 : ni tahun 2004, lepas tsunami. Ye, rumah aku pun terkena tempias ombak besar tu, sampai sekarang aku ingat lagi. Andai kata aku tengah hari tu aku dah p main tepi laut macam biasa, bawa payung, acah-acah model gitu, confirm aku dah arwah.

Allah panjangkan umur aku. jadi aku terselamat sebab aku time tu teruja bila mak aku tengah balut keupat palas. So aku pun terselamat, hehe. Okay lepas kejadian petang tu, orang kampung kebanyakan dipindahkan ke sekolah. Family aku taknak, jadi yang lelaki jaga barang dekat rumah yang sempat diselamatkan time tsunami tu, yang perempuan balik rumah flat maktok aku. sebab rumah tu jarang duduk, ofcourse ada penghuninya.

Jadi malam pertama tu, semua tidur dekat hall. Time tu bunyi bising dekat dapur. Hm dia mula dah, aku ni kan penakut. Time tu pejam mata terus tertidur. Waktu kejadian tu, banyak mayat bergelimpangann. Nasib dekat kawasan rumah aku tak ada apa, tapi rumah pakcik aku ada mayat perempuan (rasanya baru kahwin sebab ada inai lagi dekat tangan) sangkut tepi rumah dia. Pakcik aku ni duduk dihujung kampung. Time ni tak Nampak sangat benda-benda macam ni sebab baru lagi kan.

Lepas tu kami dapat rumah sementara. Ada dua fasa, rumah aku fasa 2, maknanya 15 minit dari rumah aku untuk sampai rumah sementara ni. Rumah sementara ni didirikan atas tanah tambak. Maknanya bawah tu laut. Ingat pindah rumah, takde dah. Tapi ada jugak , pernah sekali tuu benda tu menyerupai bapak aku. hm sampai hati benda tu sakat aku. aku memang Nampak bapak aku balik. Selalu bila bapak aku balik terus ke dapur dan mesti melalui bilik aku. aku pun pi bilik sebelah.

Time tu mak aku tengah menjahit, sebelum cari mak aku, aku cari bapak aku. pastu aku Tanya mak aku, mana bapak aku, mak aku bising sebab bapak aku mana balik lagi. habis siapa yang aku Nampak tadi.tak tipu weh ! memang sebijik bapak aku. time tu aku abaikan je sebab aku fikir, fikiran aku je kot. Kadang dengar bunyi bumbung kena cakar. Kalau dengar bunyi cakar tuu memang time tidur kepala aku dalam selimut je lah. Aku tidur dengan adik aku, tapi adik aku selalu tidur awal.

Kadang bangun je mesti ada kesan lebam. Ada jugak jiran pernah Nampak. Duduk atas pokok besar (pokok besar ni satu je dekat pintu masuk perumahan) , takpun Atas bumbung rumah. Orang kata langsuir. Kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita.

Cerita 4 : rumah sementara tu duduk kejap je sebab tunggu rumah ganti rumah yang dibina dekat tapak rumah lama. rumah ni betul betul dekat tapak rumah pakcik aku. lepas dua tahun duduk dekat rumah fasa 2, kami yang kena tsunami semua dapat kunci rumah baru. Rumah baru ni, flat. (rasanya ramai tahu kot rumah ni dekat mana) ada dua blok. Rumah aku tingkat empat, rumah maktok aku tingkat 1 tapi blok lain.

Mula-mula duduk rumah ni, semua okay takde pape. Lama-kelamaan, ada jiran aku ni Nampak dari balkoni rumah dia ada satu makluk berbulu, besar gila. Sebesar-besar laluan masjid (rumah aku dekat dengan masjid terapung) dan warna hitam. Lepas pada tu dia demam panas. Lepastu sorang-sorang budak kecik patah tangan lepas main kat taman permainan.

Mulanya semua kata salah mak ayah tak awasi anak main kat taman. Ada satu hari tu, ni mak aku cerita, time tu ada mesyuarat dekat dewan bawah rumah tu, waktu malam. Pasang Cuma satu lampu, lampu depan. Lampu belakang tak buka sebab tak guna pun kawasan tu. Lepas tu mak aku perasan macam orang tengah perhati.

Time tu ada jugak dua tiga orang perasan, ada orang dekat belakang. Tengah berdiri kat hujung dewan, baju belang. Tapi kepala tak nampak. Mesyuarat pun jadi kejap je malam tu, semua naik awal sebab rasa seram sejuk. Bila mak aku naik, kami semua tengah baring dekat hall sambil tengok tv. Mak aku duduk atas kerusi. Then ada orang main rambut aku. tarik rambut, macam mengusik tu. Mak aku marah lah kami adik beradik sebab tarik rambut dia. Kami cakap lah, ‘tangan mana sampai tarik rambut mama’. Terus mak aku diam. Rupanya benda tu ikut mak aku balik rumah, lagipun time tu rumah aku tak dipagar.

Ada kejadian duit hilang. Padahal takda yang pecah masuk, duit yang simpan dalam tin, yang memang betul-betul tersorok pun boleh hilang, pelik. Tak semua hilang, macam duit tu dia ambil dan dia akan tinggal sikit sebagai tanda. Contoh kalau duit dah pernah dicuri, akan ada lipatan kecil dekat duit tu, maknanya tempat tu dia pernah ambil dan dia tak akan ambil dah, dia akan pergi tempat lain yang ada simpan duit.

Tak lain lah mesti kerja budak kecik. Budak kecik ni selalunya ada orang bela. Banyak rumah jugak budak kecik ni masuk. Bila dah banyak kes, panggil ustaz scan. Ustaz cakap tempat aku ni memang tempat dia, ye lah dekat dengan laut, hutan, dan tempat tu jugak bekas tapak lepas tsunami, jadi tak pelik lah kan. Yang kejadian jumpa dekat belakang dewan tu, suami isteri. Dia duduk lama kat kawasan tu.

Dekat pokok pisang, belakang dewan tu ada pokok pisang, dekat dengan tong sampah. Kalau lalu situ, siang ke malam, confirm meremang bulu roma. Ustaz tu cakap, yang budak jatuh kat taman sampai patah tangan tu semua dia yang buat. Sebab main waktu maghrib dan buat bising. Dia follow mak aku sebab mak aku balik rumah lewat malam. Disebabkan benda ni suami isteri, andai kata malam tu kau sorang dan kau lelaki, si isteri akan teman kau balik rumah, dan kalau kau perempuan, suaminya akan teman balik rumah.

Pakcik aku tanya dekat ustaz tu, tak ada cara ke untuk minta benda tu pindah, ustaz tu cakap ada, benda tu letak syarat kalau nak dia pindah. Syarat dia kena beli setandan pisang dekat masjid dan baca yasin kalau tak silap aku. yang pasal budak kecik tu ustaz cakap memang ada orang kawasan situ yang bela. siapa? Wallaualam , aku tak tau. Lepas ikut syarat tu, Alhamdulillah. Takde yang ganggu tempat tu lagi. tapi sebelum panggil ustaz tu, aku pun kena jugak. Sebab aku balik kerja lewat, dekat pukul 1.

Waktu nak naik rumah, aku dengan kawan aku sorang ni gelak tak ingat dunia. Bising memanjang sampai kat tingkat rumah kawan aku. sebab kawan aku duduk tingkat dua ja. Lepastu aku kena naik sengsorg sebab rumah aku tingkat empat. Time tu memang sunyi, seram pun ada, tapi aku buat berani je. Sampai rumah, semua dah masuk tido, Cuma mak aku je tertido depan hall. Waktu tu aku terus bergayut.

Aku gayut lepak dekat balkoni. Sebab kat balkoni aku ada kerusi malas. Jadi sebab taknak ganggu mak aku tidur, aku tutup sliding door, tak lah rapat sangat. Ada ruang untuk angin masuk. Punya seronok gayut sampai tak ingat dunia tambah pulak kena angina laut. Sejuk jee malam tu. Bila dah habis gayut aku nak masuk rumah balik, aku tengok intu sliding dah terkunci dari dalam dan pintu sliding memang tutup rapat.

Aku menangis jugak dekat luar tu, nasib tak terkucil punyalah takut. Aku ketuk pintu sliding punya kuat sebab nak kejut mak aku yang tido depan hall. Nasib mak aku terjaga. Lepastu mak aku suruh masuk tido terus. Hm tulah aku, bising lagi pagi-pagi buta.
Cerita 5 : flat aku ni dekat dengan jalan besar, dah berapa kali dah tembok pecah kena langgar dek kereta. Dekat situ macam selekoh sikit, takdelah tajam pun, biasa biasa je selekohnya. Haa , kalau dari arah town, bila smpai rumah aku, akan Nampak tangga nak ke kubur islam. Haa kat situ lah rumah maktok aku dulu.

Senang cerita semua dekat-dekat je pindahnya. Jadi siapa je lalu pagi-pagi buta, sorang-sorang dalam keadaan ralik, boleh accident. Kat situ dah banyak dah orang m**i kemalangan. Mana yang terselamat, ada jugak Tanya kenapa sampai accident, sebab selalu yang accident selalu sorang-sorang. Tak bertembung apa pun, diowg cakap diorang Nampak lembu lintas. Ada yang Nampak budak lari atas jalan raya. Hm wallahualam. Sebenarnya nak cerita kisah yang jadi dekat rumah maktok aku. terbabas sampai jalan raya pula. Hehe

Rumah maktok aku ni macam-macam jadi. Ada satu malam tu, ada orang meninggal, malam tu maktok aku nak p ziarah, ada satu perempuan baju putih, bau harum maktok aku kata macam ajak maktok aku p tengok arwah.

Then lepastu dia ada Nampak arwah duduk tengok tv dekat hall. Tu takpa lagi, ada satu malam tu dia tengah basuh pinggan. Selalunya pukul 9 rumah maktok aku dah gelap. Lepas jaa dia basuh pinggan, dia kalih benda tu duduk betul belakang dia. Maktok aku ni selamba cakap “lah hang ka” bila esoknya aku dengar, aku ada Tanya maktok, awat dia tak pengsan, dia cakap dia dah biasa. Hahah! Kalau aku memang pengsan dulu la, boleh demam seminggu sebab takut.

Macam-macam jadi tapi aku tak berapa ingat, bila p berubat, ustaz cakap rumah maktok aku ada buruh binaan yang buang. Benda tu bagitau dekat ustaz yang dia dating dari indon naik kapal. Lepastu kena tinggal dekat 7 tahun . maknanya selama ni memang rumah maktok aku memang ada, Cuma tak perasan atas kewujudan dia. Tapi dah dihantar balik dah sebab benda tu cakap dia nak balik negara dia.

Okay lepastu ingat dah habis takat tu ja, mak aku ni kan menjahit, jadi dia ada sewa rumah jiran tingkat tiga. Lepastu satu malam tu, ada bau hangit. Aku ingat mesin jahit mak aku terbakar, takpa lah. Aku pi duduk dekat balkoni sat, ambil angin, rumah jiran ni bertentangan dengan rumah aku, maknanya rumah dia hadap hutan, dekat dengan jalan raya. Masa duk syok cuci mata, tiba-tiba bau d***h period.

Busuk sangat ! yang buat aku jadi curiga, bau tu dating dari belah kiri, maknanya dating dri arah bilik. Lagipun rumah jiran aku ni belah hujung, mana ada rumah. Takan dari bilik kot sebab yang ada dalam rumah tu aku dengan mak aku ja. Aku ni pun mulut puaka , aku tegur bau busuk tu. Cakap ma bau apa ni busuk bau d***h period. Mak aku apa lagi buat muka lah sebab aku cakap tak cover.

Terus kami kunci rumah tu balik rumah sendiri. Aku ingat dia tak ikut, sampai ke rumah aku dia follow. Tak tenang aku weh. Tapi dia tak dapat masuk, sampai takat dapur je sebab rumah aku dah kena pagar. Dekat seminggu jugaklah bau tuu. Memang menyesal lah tegur time tu. Entah macam mana boleh lupa tah. Sejak hari tu aku jaga mulut. Nak cakap pun berlapik. Hint hint je aku kasi. Okay sampai takat ni ja, rasa dah panjang, tapi rasa tak seram mana. Cukup lah pengalaman kena kunci dengan benda tu kat balkoni belum cerita kena kacau time balik malam lagi. cukup lah takat ni ja, dah panjang dah ni. Hehe. Ingat, Kat mana-mana pun dia ada. Sekian.

– hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

kyra

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

10 thoughts on “Dia Cuma Nak Berkawan”

  1. mcm arkitek pnya ceta pun ada, mcm pjual tnh pun ada. ni papan lh, tu 3 tgkt, dkt jln raya lh, ada tngga dkt kubur lh…pening nk imagine…

    Reply
  2. Pengalaman banyak, cuba tiap kali kongsi pilih dua atau tiga dulu. Kalau semua nak masuk sekali dalam satu cerita, jadi pening dan hilang tumpuan. Bagaimanpun , pengalaman awak memang mahal…
    Impian ramai orang umtuk tinggal tepi laut. Terima kasih kongsi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.